jizyah

9

Upload: amir-hyung

Post on 04-Jul-2015

229 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: JIZYAH
Page 2: JIZYAH

Kamus Dewan: Pemberian ufti yang dibayar oleh individu atau negara bukan Islam kepada

negara Islam

Kamus Bahasa Arab: bermaksud cukai perlindungan. Ianya daripada

perkataan jaza bermaksud ganti rugi kepada kebaikan dan keburukan.

Erti kata lain, ianya sebagai cukai politik yang dikenakan ke atas orang bukan

Islam dan orang zimmi bagi mendapatkan perlindungan daripada

kerajaan Islam.

Dibayar dalam bentuk tunai atau barangan atau kedua-duanya. Jika dibayar dengan tunai, 1 dinar atau kain senilai dengannya. Sekiranya melalui benda, ianya satu daripada

hasil pertanian.

Definisi

Page 3: JIZYAH

Perlindungan diberi melalui keselamatan jiwa dan harta benda orang bukan Islam yang menetap dan bernaung di dalam Kerajaan Islam.

Selain itu, orang bukan Islam diberi tanggungjawab untuk mempertahankan negara dan mematuhi undang-undang.

Orang bukan Islam juga diberikan kebebasan untuk beragama dan dikecualikan daripada tugas tentera dan mendapat hak sama seperti orang Islam.

Tambahan

Page 4: JIZYAH

Syarat-syarat Jizyah

Sihat mental dan fizikal. Bagi orang gila dan cacat tidak perlu

membayar jizyah.

Orang yang akil baligh dan kanak-kanak dikecualikan

Lelaki sahaja dan kaum wanita tidak sesuai untuk ke medan perang dan bukan

untuk diperangi

Selamat dari bencana yang berpanjangan

seperti buta, dan sakit tua.

Merdeka atau bebas.

Page 5: JIZYAH

Mazhab Shafi’e menyatakan kadar minimum jizyah adalah satu dinar.

Ini berdasarkan hadis daripada Mu’az bin Jabal.

Mazhab Hanafi dan Hambali menyatakan jizyah dibayar

mengikut keadaan individu. Bagi orang kaya 48 dirham, orang

sederhana 24 dirham dan orang miskin 12 dirham.

Mazhab Hanafi memaklumkan jizyah dibayar pada awal tahun

kerana diwajibkan jizyah sebagai jaminan keselamatan sepanjang

tahun.

Kewajipan membayar jizyah akan gugur sekiranya seseorang itu

memeluk Islam.

Kadar Jizyah dan masa

pembayaran

Page 6: JIZYAH

ZAMAN KHALIFAH AL-

RASYIDIN

(ABAD KE-7 HINGGA

KE-8 M.)

Page 7: JIZYAH

• Beliau berusaha melaksanakan semua perintah Nabi Muhammad S.A.W termasuk perluasan kuasa dan meningkatkan ekonomi.

• Beliau menghantar tentera ke Iraq dan Syria.

• Contohnya, Khalid al-Walid dihantar ke utara untuk menawan Iraq. Selepas itu, pemimpin Hirahbersetuju membayar jizyah setelah diberi tiga pilihan iaitu memeluk Islam, bayar jizyah atau diserang. Hirah membayar 19 ribu dirham setahun.

• Seterusnya, Khalid al-Walid meneruskan misinya. Khalid al-Walid berjaya menawan al-Anbar dan A’inal-Tamar.

• Kedua-duanya bersetuju membayar jizyah.

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.

Page 8: JIZYAH

Khalifah Umar

• Jizyah dikutip oleh gabenor-gabenor

wilayah. Antaranya kawasan yang

membayar jizyah ialah

Baitulmuqaddis.

• Khalifah Umar menandatangani

perjanjian dengan Byzantine iaitu

Baitulmuqaddis.

• Anatara perjanjiannya ialah

1. memberi jaminan keselamatan

nyawa dan harta benda.

2. Kebebasan beragama

3. Hendaklah membayar jizyah

4. Diberi hak untuk mengerjakan tanah

yang dimiliki

• Jizyah juga dikutip dengan

pemerintah Babylon iaitu Muqaudis

dan penduduk Mesir sebanyak 2

dinar.

• Di syria, jizyah di kutip mengikut

keupayaan individu sebanyak 1, 2,

dan 4 dinar.

• Selepas Adherbayjan ditawan, rakyat

diberi kelonggaran untuk menyertai

tentera Islam. Oleh itu, mereka

dikecualikan jizyah.

• Malahan perjanjian juga

ditandatangani dengan Armenia,

Syahbaraz dan Jurjan.

Page 9: JIZYAH

Pada pemerintahan Khalifah Uthman, Tripoly, Nubah, dan Qairawan ditakluki. Penduduk di kawasan ini meminta pendamaian dan bersetuju membayar jizyah kepada kerajaan Islam Madinah dan telah memeluk Islam.

Semasa pemerintahan Khalifah Ali, jizyah terus dilaksanakan. Keadaan negara kucar-kacir semasa pemerintahan Khalifah Ali iaitu berlaku Perang Jamal dan Perang Siffin.

Walau bagaimanapun, pendapatan jizyah masih diperoleh daripada wilayah yang ditakluki oleh Khalifah Umar dan Khalifah Uthman.

Ringkasnya, pelaksanaan jizyah pada zaman Khalifah al-Rasyidin adalah untuk membolehkan orang Islam memberi perlindungan kepada orang bukan Islam untuk

mempertahankan nyawa dan keselamatan harta benda mereka.