jisim tahun 4-2003

Upload: zuhri-ismail

Post on 05-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 jisim tahun 4-2003

    1/4

    Tahun : 4 Ariff

    Topik : Jisim

    Tarikh : 20 Julai 2012

    Masa : 8.15 pagi 9.15 pagi

    Objektif pembelajaran : 1) Menimbang barang dan menyatakan jisim dalam gram

    dan kilogram

    mengikut standard unit.

    Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat

    1) Pelajar dapat menyatakan jisim barang dalam kilogram

    dan gram yang tepat.

    2) Pelajar boleh membezakan barang yang lebih berat danlebih ringan merujuk kepada jisim yang telah didapati.

    Pengetahuan sedia ada :

    Resos : Batu, guli, penimbang, gambar muka penimbang, kotak pensil,

    buku teks,

    seikat penyepit makanan dan lampiran kerja.

    Nilai :

    KBKK :

    MASA PERINGKAT AKTIVITI P&P CATATANSet induksi5 minit

    Membuatanggaransama berat

    1. Guru meletakkanbeberapa ketul batu didalam bekas A danmeletakkan beberapa bijiguli di dalam bekas B.

    2. Bekas A diletakkan di atastapak tangan kanan dan

    bekas B diletakkan di atastangan kiri.

    3. Beberapa pelajar dimintauntuk mencuba danmengenalpasti berat samaada lebih berat atau sama.

    4. Sekiranya lebih berat,pelajar dikehendaki

    Resos:1. Batu2. Guli3. Neraca

    Nilai :

    KBKK :

  • 7/31/2019 jisim tahun 4-2003

    2/4

    mengurangkan bilanganguli atau batu yangberlebihan

    5. Untuk mendapatkankepastian, pelajardibimbing oleh guru untuk

    meletakkan kedua-duabekas di atas neraca yangdisediakan.

    6. Pelajar akanmengenalpasti manakahyang lebih berat atau lebihkurang sama berat.

    7. Guru mengaitkan aktivititimbangan denganstandard unit jisim yangdigunakan pada hari iniiaitu kilogram dan gram.

    Perkembanganpengajaran20 minit

    Gurumembimbingpelajar untukmenyatakannilai jisim dancara bacaanyang betul

    1. Guru memperkenalkanpenimbang dan fungsinyadi dalam kelas.

    2. Jarum penimbang perluberada tepat di nombor 0sebelum memulakantimbangan.

    3. Kedudukan mata perlulahselari dengan kedudukan

    jarum agar tidak berlakuralat pada bacaan.

    4. Pelajar diajar membacanilai bagi setiap senggatanpada penimbang.

    5. Guru menyediakanpenimbang dan gambarmuka penimbang yangbesar ditampal di papanhitam.

    6. Guru meletakkansebungkus batu di ataspenimbang

    7. Seorang murid dipanggildan diminta untukmenyatakan dimana jarumpenimbang ditunjukkan

    8. Guru melukis jarumpenimbang yang terpapardi gambar mukapenimbang.

    9. Murid dibimbing oleh guruuntuk menyatakan jisim

    Resos :1. Penimbang2. Gambar

    mukapenimbang.

    3. Sebungkusbatu

    4. Sebungkusguli

    Nilai :

    KBKK :

  • 7/31/2019 jisim tahun 4-2003

    3/4

    bungkusan yangdiletakkan.

    10.Aktiviti menimbangditeruskan denganmenimbang sebungkusguli yang berbeza

    beratnya.11.Berat dinyatakan dalam

    kilogram dan gram.Latihanberkumpulan15 minit

    Pelajarmencari beratbagi 5 barangyangdisediakan.Pelajarmembuatbacaan danperbandinganberat.

    1. Pelajar dibahagikankepada 5 kumpulan.

    2. Setiap ahli kumpulan akanmendapat helain tugasanuntuk mengisi barang danberat yang akanditimbang.

    3. Dengan 5 stesen yangada, guru membahagikansetiap kumpulan untukpergi ke setiap stesen.

    4. Hanya 1 minit diberikansebelum kumpulantersebut bertukar kekumpulan lain.

    5. Pada setiap stesen, pelajardiminta untuk menimbangbarang yang disediakandan mencatat.

    6. Pada akhir sesi ini, pelajarakan membuat semakanberat barang dengankumpulan-kumpulan laindan menyatakan barangyang paling ringan setabarang yang paling berat.

    Resos :1. Kotak pensil2. Buku teks3. Sebungkus

    batu4. Sebekas guli5. Seikat

    penyepitmakanan

    Nilai :

    KBKK :

    Latihanindividu10 minit

    Aktivitipenilaianindividudenganhelaianlampiran kerja

    1. Setiap pelajar diberi masa5 minit untuk menjawabsoalan untuk menentukan

    jisim objek berdasarkangambar jarum.

    2. Murid dibenarkanberbincang dengan rakansebelah sahaja.

    3. Selepas 5 minit, jawapanakan disemak.

    4. 80 peratus pelajar dapatmenjawab dengan betul.

    Resos :1. Lampiran

    kerja

    Nilai :

    KBKK :

    Penutup5 minit

    Teka-tekiuntuk mengujiminda

    1. Guru memberi teka-tekikepada pelajar.Contoh : ada seekor anar

    Nilai :

  • 7/31/2019 jisim tahun 4-2003

    4/4

    gajah. Seorang pengusahazoo ingin menimbang anakgajah tersebut denganmenggunakan neraca.Bagaimana untukmendapat jisim anak gajah

    tersebut??2. Pelajar diberi masa dan

    peluang untuk menjawabteka-teki tersebut.

    3. Sekiranya ada jawapanyang betul, pelajar akanmendapat hadiah.

    4. Sekiranya tiada pelajaryang dapat menjawabdengan betul, soalanditunda ke hariseterusnya.

    KBKK :