jika laporan polis telah dibuat tetapi keterangan saya tidak diambil ataupun tiada tindakan oleh...

Upload: ennyella

Post on 04-Jun-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Jika laporan polis telah dibuat tetapi keterangan saya tidak diambil ataupun tiada tindakan oleh pihak polis.docx

    1/1

    Jika laporan polis telah dibuat tetapi keterangan saya tidakdiambil ataupun tiada tindakan oleh pihak polis, kepadasiapa boleh saya kemukakan aduan berkenaan perkara

    tersebut?

    Sekiranya laporan polis telah dibuat dan tiada tindakan ataupun keterangan pengadu tidak diambil oleh pihak polis,

    maka aduan bertulis boleh dikemukakan kepada Ketua Polis Daerah/Ketua Polis Balai (OCPD/OCS) di mana laporan

    polis tersebut dibuat dan aduan tersebut juga bolehlah dibuat salinan kepada Bahagian Pendakwaan, Jabatan

    Peguam Negara. Aduan bertulis juga boleh dibuat secara terus kepada Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam

    Negara (sama ada kepada Unit Pendakwaan Negeri ataupun kepada Ibu Pejabat di Putrajaya) di mana Bahagian

    Pendakwaan akan membuat tindakan susulan untuk mendapatkan maklumbalas daripada pihak polis berkenaan

    laporan yang diadukan.

    Menurut subseksyen 107A(1) Kanun Tatacara Jenayah, seseorang pengadu yang telah membuat laporan polis boleh

    memohon daripada OCPD/OCS di mana laporan polis tersebut dibuat, untuk mendapatkan laporan status siasatan

    terhadap laporan yang telah dibuat olehnya. Di bawah subseksyen 107A(2) pula, OCPD/OCS di mana laporan polis

    tersebut dibuat hendaklah mengemukakan laporan status siasatan sebagaimana dipohon kepada pengadu dalamtempoh 2 minggu daripada tarikh penerimaan permohonan tersebut. Namun begitu, peruntukan subseksyen 107A(2)

    di atas hanya terpakai sekiranya:

    1. laporan yang dibuat adalah melibatkan kes yang boleh ditangkap tanpa waran;2. tempoh 4 minggu daripada tarikh laporan polis tersebut dibuat telah tamat; dan3. laporan status siasatan tersebut tidak mungkin melibatkan perkara-perkara yang boleh memberi kesan

    memudaratkan terhadap siasatan ataupun pendakwaan kes tersebut.

    Sekiranya kriteria-kriteria seperti di atas dipenuhi dan OCPD/OCS terbabit gagal mengemukakan laporan status

    siasatan sebagaimana dipohon mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh undang-undang, maka pengadu

    bolehlah membuat aduan kepada Pendakwa Raya (Jabatan Peguam Negara) akan kegagalan pihak polis itu.

    Mengapakah setelah siasatan dijalankan, kes yang telah sayalaporkan di NFA (no further action) ataupun saspek tidak dituduhdi mahkamah? Bolehkah saya kemukakan rayuan atas keputusanPendakwa Raya/Timbalan Pendakwa Raya itu? Jika boleh, kepadasiapa rayuan tersebut boleh dikemukakan?

    Keputusan terhadap kes-kes yang disiasat oleh pihak polis ataupun mana-mana agensi penguatkuasaan yang lain akan bergantungsepenuhnya kepada keterangan yang ada. Sekiranya terdapat keterangan yang kukuh dan menyokong laporan/aduan oleh pengadu, makasaspek yang terlibat mungkin akan didakwa di mahkamah. Namun begitu, sekiranya tiada keterangan yang kukuh dan menyokonglaporan/aduan pengadu, maka saspek kes tersebut tidak akan didakwa di Mahkamah. Ini adalah prinsip asas pendakwaan di manapendakwaan kes-kes jenayah hanya akan dilakukan sekiranya terdapat bukti dan keterangan yang mencukupi.

    http://www.agc.gov.my/index.php?view=article&catid=74:prosecution-division&id=190:after-an-investigation-had-been-conducted-why-was-the-case-that-i-reported-was-nfa-no-further-action-or-the-suspect-was-not-charged-in-court-can-i-appeal-against-such-decision-of-the-public-prosecutor-if-i-can-to-whom-can-i-forward-my-appeal-to&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=44&lang=bmhttp://www.agc.gov.my/index.php?option=com_mailto&tmpl=component&link=7a68a606b2a7339db3ac78f92820dd517fcc5dc3&lang=bmhttp://www.agc.gov.my/index.php?view=article&catid=74:prosecution-division&id=190:after-an-investigation-had-been-conducted-why-was-the-case-that-i-reported-was-nfa-no-further-action-or-the-suspect-was-not-charged-in-court-can-i-appeal-against-such-decision-of-the-public-prosecutor-if-i-can-to-whom-can-i-forward-my-appeal-to&tmpl=component&print=1&layout=default&page=&option=com_content&Itemid=44&lang=bmhttp://www.agc.gov.my/index.php?option=com_mailto&tmpl=component&link=7a68a606b2a7339db3ac78f92820dd517fcc5dc3&lang=bm