kementerian dalam negeri polis

12

Upload: lee-dahlan

Post on 12-Sep-2015

264 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

psk tingkatan 2

TRANSCRIPT

Khidmat Mesra

Dalam usaha untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat, pucuk pimpinan PDRM telah memperkenalkan pendekatan KHIDMAT MESRA (Friendly Policing). Ini selaras dengan matlamat Kementerian Dalam Negeri untuk menjadikannya sebagai Kementerian MESRA RAKYAT.

Secara ringkasnya, MESRA didefinisikan sebagai interaksi yang harmoni antara individu yang berteraskan keikhlasan dan kejujuran. Mesra itu sendiri membawa maksud bahawa segala pemikiran dan tindakan itu mempunyai nilai-nilai kemanusiaan sejagat. Dalam konteks PDRM, ia merujuk kepada interaksi ahli pasukan dengan pelanggan iaitu orang ramai.

Mesra juga merupakan satu cara berfikir dan tindakan yang boleh diaplikasikan dalam semua situasi kehidupan seharian dan semasa menjalankan tugas.

Pembudayaan Khidmat Mesra akan mudah dapat dilihat dalam tiga situasi iaitu dalam hubungan polis dengan rakyat, polis sesama sendiri dan anggota polis dengan ahli keluarga masing-masing. Konsep KHIDMAT MESRA ini adalah berteraskan kepada visi pasukan iaitu meningkatkan profesionalisme pegawai dan anggota. Hubungan mesra akan menjalinkan suasana yang harmonis dan saling menghormati antara polis dan orang ramai.

Matlamat membudayakan konsep KHIDMAT MESRA adalah untuk :-

memupuk kesedaran di segenap lapisan pegawai dan anggota dalam PDRM bahawa kemesraan boleh membawa keharmonian dan kestabilan serta keyakinan rakyat kepada pasukan polis. Seterusnya dapat meningkatkan penyertaan dan kerjasama dua hala (polis dan orang ramai) dalam mengekalkan ketenteraman dan keselamatan negara.

Rakyat melihat dan menilai pasukan polis sebagai satu badan penguatkuasa undang-undang yang adil, amanah dan bertimbang rasa. Setiap pegawai polis sebagai pelindung nyawa dan harta benda mereka.mempereratkan hubungan setiakawan di kalangan rakan sejawat serta memupuk semangat kerja berpasukan.Untuk merealisasikan pendekatan ini Ketua Polis Negara telah mengisytiharkan Moto Pasukan Polis yang baru iaitu MESRA, CEPAT DAN BETUL sempena sambutan Peringatan Hari Polis ke-192 pada 25 Mac 1999.

Selaras dengan usaha membudayakan konsep MESRA ini, semua pegawai dan anggota PDRM akan memakai lencana di saku baju sebelah kiri sebagai tanda komited untuk mendukung iltizam pasukan ini.

Pasukan turut mencetak poster dan 'sticker' kenderaan bagi kegunaan di pejabat-pejabat dan dalam kenderaan pasukan untuk mengingatkan setiap anggota pada setiap masa supaya memberikan perkhidmatan yang mesra kepada masyarakat.

Poster dan 'sticker' ini bertujuan untuk memperingatkan warga polis bahawa teras tatalaku sepanjang masa ialah MESRA. Di sini cukup jelas bahawa sasarannya ialah anggota pasukan sendiri, disamping ia juga akan mempengaruhi ahli masyarakat yang membacanya.

Poster ini hendaklah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat oleh anggota, di pejabat-pejabat pertanyaan di Ibu Pejabat, Balai, Pondok, Pengkalan, Unit atau tempat mana anggota ramai berkumpul. Peringatan yang berterusan ini akan memberi kesan positif kepada anggota polis dalam menjalinkan perhubungan rasmi, sosial dan kekeluargaan.

Di antara ciri-ciri "Khidmat Mesra" ialah kesediaan untuk bermesra, peramah dan berbudi bahasa, tingkahlaku dan pertuturan yang sopan, sentiasa bersedia untuk menolong, nada suara yang tidak dipengaruhi emosi, tidak emosional dan tenggelam punca, air muka yang manis, menghindari perang mulut, tenang dan mengawal keadaan, bersabar dan tidak menyeleweng, pendengar yang baik, mengutamakan maklumat daripada sentimen, memberi penjelasan bukan leteran, cekal hati dan tegas.

Tugas

Seksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-tugas pegawai polis seperti berikut:- menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap; memproses risikan keselamatan; menjalankan pendakwaan; memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran; memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan; melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten; mempamerkan maklumat; melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya; menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam; memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta; melindungi harta awam daripada hilang atau rosak; menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan menjaga ketenteraman didalamnya danmengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan polis.Seksyen 21 pula ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam.

Objektif Mengurangkan kadar jenayah ke tahap yang minimum ; Meningkatkan kecekapan serta keberkesanan perkhidmatan pembangunan sumber manusia ; Meningkatkan kadar penyelesaian kes dan pembanterasan jenayah terancang ; Mengurangkan bekalan dan permintaan dadah ; Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta keperluan logistik yang optima bagi menentukan kejayaan PDRM; Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, ketenteraman awam dan keselamatan negara dan Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan perolehan dan analisis risikan keselamatan bagi membanteras kegiatan yang mengancam keselamatan negara dan/atau ketenteraman awam.

PERKAHWINAN MASYARAKAT CINAPerkahwinan Masyarakat Cina

Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

Adat Perkahwinan Masyarakat Cina

PengenalanPerkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan.MerisikAdat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang dihajati. Masyarakat Cina terlalu mengambil berat tentang nama , keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku si gadis. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan perkahwinan yang berkekalan. Cara merisik terpulang kepada ibu bapa kerana pada lazimnya ibu bapa pihak lelaki akan menanyakan kenalan dan rakan taulan yang kenal dengan keluarga si gadis. Sebahagian masyarakat Cina lebih gemar mengadakan perbincangan tersebut di restoran-restoran dengan disertai saudara mara lain. Tradisi makan bersama ini amat penting dalam masyarakat Cina kerana ia dapat mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga. Perbincangan ketika merisik adalah berkenaan perkara-perkara umum terutama tentang latar belakang keluarga dan asal keturunan.MeminangSetelah kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar belakang keluarga masing-masing adat meminang akan dijalankan. Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan. Ibu pengantin pengantin perempuan pula akan berbincang dengan wakil tersebut berkenaan jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan memilih hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah. Segala ketetapan yang telah dipersetujui, diberitahu kepada kedua ibu bapa pihak lelaki. Ibu bapa pihak lelaki akan berbincang dengan anaknya untuk menyediakan segala permintaan daripada pihak perempuan.. Setelah kedua-dua pihak sudah saling mengenal dan bersetuju untuk berkahwin, barulah adat bertunang dijalankan.BertunangHari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa yang ditetapkan . cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga hari perkahwinan. Bagi membukitkan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang didapati daripada tukang tilik. Setelah nyen-sang diterima, pihak lelaki akan mengadakan persediaan. Nyen-sang kepunyaan si gadis pula akan diberi kepada tukang tilik bersama-sama maklumat yang sama tentang dirinya. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun kelahiran kedua pasangan. Setelah mendapat tarikh dan masa yang sesuai, tukang tilik akan menyediakan dua keping nyik-kor dan diberikan kepada lelaki dan perempuan yang hendak berkahwin. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan atau pada hari lain seperti hari istiadat perkahwinan yang diadakan di Pejabat Pendaftaran Perkahwinan. Di antara hantarannya ialah sebentuk cincin emas, sepersalinan pakaian, kain dan wang tunai. Sekiranya pihak lelaki tidak menyediakan barang hantaran yang cukup kepada pengantin perempuan, sejumlah besar wang tunai akan diberi. Beserta dengan penghantaran mas kahwin, keluarga pengantin perempuan diberitahu tarikh perkahwinan dan rundingan akan dibuat dengan pengantin perempuan. Dalam masyarkat Cina, semakin besar mas kahwin yang diberikan, semakin tinggi martabat dan kedudukan pihak lelaki.Majlis PerkahwinanHari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebelum tiba hari perkahwinan sekiranya terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun selama seratus hari. Adalah tidak manis mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang berkabung kesedihan. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan lelaki dihias indah. Masyarakat Cina pada masa dahulu memakai pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas. Kemudian setiap pakaian dihias dengan pelbagai aksesori. Baju pengantin sebaik-baiknya bewarna putih, merah atau kuning. Adalah dilarang memakai baju hitam, biru dan kelabu kerana dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan.Seterusnya pengantin lelaki akan bertandang ke rumah pengantin perempuan dan pada masa itulah pengantin lelaki dan perempuan akan duduk bersama buat kali pertama. Mereka akan diiringi oleh pengiring masing-masing. Seterusnya pasangan pengantin akan didudukkan di atas pelamin yang telah disediakan di ruang tamu. Selepas acara bersanding, pasangan pengantin akan dibawa bertemu ahli keluarga masing-masing. Pengantin lelaki akan memperkenalkan keluarga dan sauadara maranya kepada isterinya dan ini begitulah sebaliknya di samping itu juga kedua pengantin akan meminta restu daripada keluarga mertua masing-masing. Dalam masyarakat Cina juga, upacara meminum teh sangat penting dan masih diamalkan. Ia merupakan tradisi masyarakat Cina yang mempunyai maksud yang tersendiri. Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin terutamanya si isteri dalam keluarga si suami di samping bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada saudara mara pihak lelaki. Walau bagaimanapun adat bersanding dan upacara minum teh ini sudah kurang diamalkan oleh masyarakat Cina hari ini.Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah pada sebelah malam iaitu jamuan makan. Jamuan makan ini diadakan secara besar-besaran samada di rumah, dewan, atau restoran. Tetamu-tetamu yang datang akan membawa ang-pau sebagai hadiah kepada pasangan pengantin. Pada masa yang sama kedua pengantin akan cuba mengenali dan beramah mesra dengan ahli keluarga kedua belah pihak. Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan menandatangani dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.Pada hari ini masyarakat Cina kurang mengamalkan adat perkahwinan secara tradisi sebaliknya menjalankan perkahwinan secara sivil iaitu dengan mendaftarkan perkahwinan di gereja, terutamanya di kalangan mereka yang beragama Kristian.

Nikahikatan yg sah antara lelaki dgn perempuan utk hidup sbg suami isteri; perkahwinan: Jika tidak ada saksi ~nya tidak sah. ~ gantung perkahwinan yg sudah sah tetapi pasangan suami isteri itu belum bersatu lagi. ~ turun malim perkahwinan utk menutup malu saja (selepas bernikah terus bercerai). bernikah bersetuju menjadi suami atau isteri; berkahwin: Maka ~lah Tengku Kamariah dgn Raja Kecil. menikahi berkahwin dgn; mengahwini: Dia enggan ~ gadis pilihan ibunya. menikahkan menjadikan sbg suami isteri; mengahwinkan: Pak Imamlah yg ~ kedua-dua pengantin itu. pernikahan perbuatan atau hal bernikah; perkahwinan.Perkahwinan 1. perihal berkahwin, pernikahan: ~ itu berlangsung dgn selamat; 2. pergabungan (perpaduan dsb) antara dua unsur dll yg berlainan: gaya penulisan kewartawanan baru yg merupakan semacam ~ antara dunia fiksyen dgn bukan fiksyen.

PerkahwinanDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perkahwinanialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaanagamapeserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitukontrak undang-undangterikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekod-rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satuadat resamyang mantap. Walaupun ahli-ahliantropologitelah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesispersetubuhanprimitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti.Didunia Barat, perkahwinan difahami secaratradisisebagai satu kesedudukanmonogamiantara seorang lelaki (suami) dan seorang perempuan (isteri), sedangkan di bahagian-bahagian dunia yang lain,poligamipernah merupakan bentuk perkahwinan yang biasa.Secara umumnya, pandangan masyarakat tentang konsep poligami adalah apabila seorang suami mempunyai lebih daripada seorang isteri.Sebenarnya dalam antropologi, konsep yang paling tepat untuk menghuraikan seorang suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri ialah poligini manakala konsep yang menghuraikan seorang isteri yang mempunyai lebih daripada seorang suami ialah poliandri. Poligami biasanya mengambil bentukpoligini(seorang lelaki mempunyai banyak isteri), tetapi sebilangan masyarakat yang amat kecil membenarkanpoliandri(seorang perempuan mempunyai banyak suami).