jihad mengikut perspektif islam

5
Jihad mengikut perspektif Islam SOALAN: Saya adalah antara peminat ruangan 1,001 kemusykilan agama. Saya tertarik dengan ulasannya yang bersifat ilmiah dan terbuka. Soalan saya kali ini ialah apa erti jihad dan perbezaannya dengan keganasan. Apakah tuntutan jihad masih berterusan hingga ke hari ini? Bagaimana jihad boleh dilaksanakan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada berbagai-bagai keturunan dan agama? Umat Islamnya pula masih lemah dan belum mempunyai kekuatan. - SHARIF, Kota Tinggi, Johor. Jawapan: Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada saudara kerana berminat dengan ruangan ini. Minat saudara merupakan suntikan semangat untuk menambahkan lagi keyakinan saya untuk terus berkongsi pendapat dengan saudara dan pembaca yang budiman, walaupun saya terpaksa meluangkan lebih banyak masa untuk membaca dan menelaah buku-buku, supaya jawapan lebih terkini dan sesuai dengan pemikiran pembaca. Merujuk kepada soalan jihad yang banyak diperkatakan orang sejak akhir-akhir ini, saya bersetuju jika kefahaman yang jelas tentang jihad dibincangkan dalam seminar-seminar secara rasmi dan terbuka. Imam-imam, guru-guru agama dan aktivis masyarakat patut diundang sebagai peserta. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut juga dicadangkan sebagai penganjur seminar seumpama itu. Kekeliruan tentang jihad dan isu-isu yang berkaitan dengan hubungan antara Islam dan bukan Islam, dalam sebuah negara seperti Malaysia, kelihatan lebih memuncak, terutama selepas serangan yang berlaku ke atas menara kembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York dan Pentagon di Washington pada 11 September lalu. Kali ini saya ingin berkongsi pendapat tentang jihad dan beberapa aspek yang berkaitan dengan isu-isu semasa dalam negara dari perspektif Islam. Justeru ruangan yang terbatas, saya hanya menumpukan kepada jihad. Isu keganasan dari perspektif Islam akan dibincangkan pada minggu akan datang, jika diizin Allah.

Upload: selvindianda

Post on 09-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Jihad mengikut perspektif Islam

Jihad mengikut perspektif Islam

SOALAN: Saya adalah antara peminat ruangan 1,001 kemusykilan agama. Saya tertarik dengan ulasannya yang bersifat ilmiah dan terbuka. Soalan saya kali ini ialah apa erti jihad dan perbezaannya dengan keganasan. Apakah tuntutan jihad masih berterusan hingga ke hari ini? Bagaimana jihad boleh dilaksanakan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada berbagai-bagai keturunan dan agama? Umat Islamnya pula masih lemah dan belum mempunyai kekuatan. - SHARIF, Kota Tinggi, Johor.Jawapan: Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada saudara kerana berminat dengan ruangan ini. Minat saudara merupakan suntikan semangat untuk menambahkan lagi keyakinan saya untuk terus berkongsi pendapat dengan saudara dan pembaca yang budiman, walaupun saya terpaksa meluangkan lebih banyak masa untuk membaca dan menelaah buku-buku, supaya jawapan lebih terkini dan sesuai dengan pemikiran pembaca.

Merujuk kepada soalan jihad yang banyak diperkatakan orang sejak akhir-akhir ini, saya bersetuju jika kefahaman yang jelas tentang jihad dibincangkan dalam seminar-seminar secara rasmi dan terbuka. Imam-imam, guru-guru agama dan aktivis masyarakat patut diundang sebagai peserta. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut juga dicadangkan sebagai penganjur seminar seumpama itu.

Kekeliruan tentang jihad dan isu-isu yang berkaitan dengan hubungan antara Islam dan bukan Islam, dalam sebuah negara seperti Malaysia, kelihatan lebih memuncak, terutama selepas serangan yang berlaku ke atas menara kembar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York dan Pentagon di Washington pada 11 September lalu.

Kali ini saya ingin berkongsi pendapat tentang jihad dan beberapa aspek yang berkaitan dengan isu-isu semasa dalam negara dari perspektif Islam. Justeru ruangan yang terbatas, saya hanya menumpukan kepada jihad. Isu keganasan dari perspektif Islam akan dibincangkan pada minggu akan datang, jika diizin Allah.

Pada pengamatan saya, perkataan jihad dalam bahasa Arab diambil daripada kata nama al-jahd, ertinya penat atau al-juhd yang membawa erti tenaga. Tentera dikatakan mujahid, kerana ia sedia berkorban tenaga dan kekuatannya untuk berjihad. Berasaskan pengertian ini, istilah jihad dalam Islam bermaksud mengorbankan tenaga bagi mencapai cita-cita atau bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Seorang mujahid yang mengharapkan kejayaan pada cita-citanya, bersedia melakukan apa jua cara, jalan, kaedah dan lapangan yang ada di hadapannya, sekali gus lahir bentuk-bentuk jihad, seperti jihad melawan nafsu, menentang syaitan, membasmi kemiskinan, menentang kejahilan dan sebagainya.

Banyak keterangan sama ada daripada al-Quran atau hadis sahih yang menerangkan bahawa jihad dilakukan bagi tujuan menentang kezaliman, pencerobohan, mempertahankan agama dan akidah, harta, nyawa, kehormatan dan kedaulatan negara. Kematian kerana mempertahankan semua ini dikatakan mati syahid, sebagaimana disahkan dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud:

Sesiapa terbunuh kerana mempertahankan harta, nyawa, agama dan keluarganya maka kematiannya syahid (al-Tirmizi, bilangan 1421).

Amalan jihad fi sabilillah pada pelaksanaannya disinonimkan dengan perang atau harb. Sejarah Islam mencatatkan jihad dengan pengertian perang berlaku beberapa kali semasa hayat baginda Rasulullah s.a.w. seperti perang Uhud, Badar dan lain-lain.

Apabila pemerintah mengisytiharkan jihad, maka seluruh rakyat hendaklah bangun menyahut seruan itu tanpa mengira sama ada mereka daripada kakitangan kerajaan, petani, peniaga, ahli-ahli profesional, jurutera, pendakwah, penulis bahkan semua orang Islam hendaklah melibatkan diri dengan seruan itu, sesuai dengan firman Allah yang bermaksud:

Apabila dikatakan kepada kamu, keluarlah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, mengapa kamu merasa keberatan untuk meninggalkan kenikmatan masing-masing? (al-Taubah: 38).

Memang jihad dengan pengertian menegakkan agama Allah menjadi tugas yang telah disempurnakan oleh seluruh Islam pada zaman awal pertumbuhan masyarakatnya. Baginda menyatakan dalam sabdanya yang bermaksud: Apabila kamu diperintah keluar jihad maka keluarlah (hadis riwayat Bukhari 6/202. Muslim bilangan 1353).

Pada permulaan Islam, umatnya dikehendaki keluar dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk menyeru manusia kepada agama Allah. Pergerakan mereka ke seluruh pelosok dunia atas sifat sebagai pendakwah memerlukan tenaga dan kekuatan yang cukup bagi menjamin keselamatan mereka daripada diganggu musuh yang tidak senang dengan kelahiran Islam. Amalan ini bertepatan dengan kehendak ayat yang bermaksud:

Dan sediakanlah untuk menentang mereka yang menceroboh segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap untuk menggerunkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kamu (al-Anfal: ayat 60).

Persoalan yang berbangkit sekarang ialah adakah mengangkat senjata itu satu-satunya jalan dakwah yang ada di hadapan, atau masih ada jalan-jalan yang lain, atau sudahkah tiba masanya untuk mengangkat senjata, atau adakah mengangkat senjata itu sudah tidak relevan lagi dengan masa ini. Saya dengan tegas berpendapat, jihad dengan mengangkat senjata dalam sejarah Islam hanya berlaku bagi memenuhi dua situasi berikut:

Pertama, mempertahankan diri daripada serangan musuh yang menyerang dan yang dijangka membuat serangan. Jihad dalam suasana ini perlu dengan mengangkat senjata bagi membalas serangan. Peperangan Badar dan Uhud yang tidak asing dalam sejarah Islam adalah contoh peperangan yang bertujuan mempertahankan diri bukan menyerang, atau hanya menyerang untuk mempertahankan diri.

Kedua, menjamin kelancaran perjalanan dakwah. Sebagai contoh, tatkala umat Islam ingin keluar dari Madinah kerana menyebarkan Islam kepada seluruh dunia, jihad diperlukan bagi melindungi dakwah Islam daripada diganggu musuh. Kelengkapan seperti kuda dan kekuatan yang cukup perlu dilengkapkan bagi menghadapi segala kemungkinan yang berlaku.

Tidak dinafikan Islam mewajibkan umatnya berperang dan pernah menyatakan bahawa rezeki berada pada hujung pedang sebagaimana dalam hadis riwayat Ahmad daripada Ibn Umar (r.a.) yang bermaksud: Rezekiku disediakan pada hujung tombakku.

Hadis ini perlu difahami dengan tenang dan baik, iaitu Islam mahukan umatnya menyediakan kekuatan, seberapa yang mungkin, kerana Islam merupakan agama yang baru muncul. Adalah dalam dugaan agama ini akan menghadapi ujiannya daripada lawan, apabila ia disebar ke seluruh dunia. Ditakdirkan kekuatan Islam dicabar, maka cabarannya harus diterima dengan hati terbuka. Bagaimana cabaran hendak disambut jika umatnya tidak menyediakan sebarang kekuatan?

Andainya Islam hanya untuk penduduk tempatan atau sekitar Mekah dan Madinah, nescaya kekuatan senjata cuma untuk mempertahankan diri sahaja, tetapi Islam agama seluruh manusia. Pergerakan pada masa itu selalu dibuat ke tempat-tempat yang jauh melalui kenderaan berkuda, unta atau berjalan kaki.

Suasana seumpama ini selalunya terdedah kepada ancaman dan bahaya daripada musuh yang menunggu ketika dalam perjalanan. Kekuatan senjata perlu dilengkapkan bagi menghadapi apa jua kemungkinan yang didatangi daripada pihak yang tidak senang dengan dakwah dan pendakwah yang sedang dalam perjalanan itu.

Jika pada masa-masa yang lalu pendakwah memerlukan senjata dan kelengkapan bagi menjamin keselamatan nyawa mereka ketika dalam perjalanan ke luar negara dan tempat-tempat yang jauh, maka apakah hari ini perjalanan dakwah kita masih ada sesuatu yang ditakuti. Pengalaman jemaah tabligh yang mengembara ke seluruh dunia Islam dan bukan Islam kerana menyampaikan dakwah membuktikan keselamatan nyawa mereka tidak diganggu. Bahkan di mana jua mereka tetap dibenarkan mengundang suara azan tanpa menghadapi sebarang kesulitan.

Dakwah Islam kini boleh dilalui dengan banyak jalan. Allah masih menyediakan jalan-jalan yang aman dan damai, kini tidak lagi memerlukan perjalanan yang jauh berbekalkan senjata. Masih ada jalan dakwah yang boleh disampaikan melalui tulisan, sebaran risalah, internet dan berbagai-bagai lagi. Jika ada pihak yang menghalang perkembangan Islam, maka kini Islam mampu masuk ke seluruh rumah dan tiada lagi rumah yang tidak mampu dimasuki Islam.

Islam menolak penggunaan senjata bagi penyebarannya. Kedatangan nabi adalah untuk merahmati manusia dan dunia sejagat. Jika para nabi dahagakan darah dan peperangan, nescaya baginda tidak memaafkan orang quraisy yang datang meminta maaf kepada baginda, termasuk seorang perempuan yang bernama Hindun yang pernah membelah perut Sayyidina Hamzah, bapa saudara Nabi s.a.w. yang amat dikasihi. Sebaliknya baginda bersabda: Pergilah! Kamu bebas daripada sebarang tindakan.

Kefahaman bahawa Islam berkembang melalui perang adalah mendatar dan kurang sihat, bahkan bertentangan dengan banyak ayat al-Quran dan hadis. Jika benar fahaman itu, nescaya tiada lagi bumi yang boleh dihuni manusia, bahkan peperangan dan pembunuhan sentiasa berlaku kerana ada orang yang ingin beribadah kepada Allah dengan membunuh orang yang dianggapnya musuh Islam dan musuh Allah.

Jika membunuh itu suatu pencapaian yang mempunyai nilai yang tinggi di sisi Allah, nescaya Nabi Muhammad dan nabi-nabi terdahulu merupakan orang yang paling banyak membunuh mangsa, tetapi hakikatnya tiada nyawa terkorban di tangan nabi.

Sesungguhnya, dakwah Islam hanya untuk disampai kepada sasarannya, bukan untuk dipaksa supaya diterima. Akidah Islam tidak pernah disebar melalui paksaan, sama ada pada umat nabi-nabi terdahulu atau pada umat Nabi Muhammad s.a.w.. Kita pernah baca ayat 28 dalam surah Hud di mana Nabi Nuh a.s. dengan terus terang menyatakan kepada kaumnya: Adakah kamu nampak ada gunanya aku paksa kamu memeluk Islam?

Memang benar ada hadis yang menyatakan jihad berterusan hingga kiamat, tetapi suasana damai hendaklah dikekalkan.