jihad dalam pendidikan (rumi)
DESCRIPTION
khutbahTRANSCRIPT
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“ JIHAD DALAM PENDIDIKAN ”
(21 Mei 2010 / 7 Jamadilakhir 1431H)
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi
sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-
benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala
larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.Mimbar
pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: “JIHAD DALAM
PENDIDIKAN”.
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Menurut sumber Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi pada
hari ini terdapat seramai 5.7 juta orang anak-anak kita sedang belajar di sekolah-
sekolah dan seramai 930,000 orang lagi sedang menuntut di pusat-pusat pengajian
tinggi awam dan swasta secara formal di seluruh negara. Selain itu terdapat juga
orang dewasa dan warga emas sedang belajar secara tidak formal di masjid, surau
dan kelas-kelas pengajian lain. Tumpuan besar pelajar-pelajar yang mencari dan
dahagakan ilmu sebenarnya selari dengan tuntutan Islam. Firman Allah SWT
dalam surah an-Nahl, ayat 43:
1
Maksudnya: “Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu melainkan orang lelaki, yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui”.
Rasulullah SAW menyifatkan bidang pendidikan adalah perjuangan fi
sabilillah- berjuang di jalan Allah. Rasulullah SAW bersabda,
Mafhumnya: ” Sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali” (Riwayat: at-Tirmizi).
Pekerjaan sebagai guru, murabbi dan pendakwah diiktiraf amat mulia di sisi
agama dan masyarakat kerana mereka mewarisi tugas-tugas Rasul membimbing
manusia ke jalan yang benar, pencetus hidayah, membantu mengubah nasib
seseorang, mengangkat darjat seseorang, membebaskan seseorang dari kemiskinan
dan membentuk tamadun manusia melalui pendidikan dan penyebaran ilmu. Betapa
besar peranan guru ini, maka mereka diibaratkan seperti bintang di langit yang
menjadi penunjuk jalan menerangi laluan sama di desa atau di bandar, di darat atau
di lautan. Anas bin Malik RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya : "Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan".(Riwayat: Imam Ahmad)
Ruang lingkup pendidikan ini amat luas. Ia memerlukan perkhidmatan guru,
murabbi dan pendakwah yang ramai. Syeikh Dr. Yusof Al-Qaradhawi seorang
tokoh ulama’ semasa yang amat berpengaruh menyatakan, “pendidikan
merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak
dan tingkahlaku, ia bertujuan untuk membentuk manusia bagi menghadapi
masyarakat yang sering berhadapan dengan kebaikan, kejahatan, kemanisan dan
kepahitan”.
2
Walaubagaimana pun kejayaan dan keberkesanan pencapaian sistem
pendidikan sebenarnya berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap
tanggungjawabnya, kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya. Kesepaduan
antara peribadi dan kemahiran keilmuan adalah unsur penting membantu
kecemerlangan pendidikan.
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah
Berdasarkan bilangan institusi pendidikan dan bilangan pelajarnya ternyata guru
mempunyai pengikut yang ramai, sentiasa berkerumun mengelilingi guru-guru
serta amat berpengaruh pula dalam mencorakkan nilai-nilai hidup anak-anak kita.
Persoalan besar timbul apa akan terjadi jika tidak ada guru sepenuh masa
membimbing anak-anak kita dalam mengharungi pancaroba kehidupan ini?.
Banyak hadis-hadis sahih menjelaskan Allah SWT sendiri, para Malaikat, penghuni
langit dan bumi hatta semut sekalipun berselawat kepada guru atau orang yang
mengajarkan kebaikan kepada manusia.
Saidina Umar RA pernah berkata “ kematian seribu ahli ibadat adalah
sedikit kesannya berbanding kematian seorang alim (ahli ilmu) yang mahir dalam
ilmu halal haram dalam syariat Allah”. Iman Shafie amat menghormati gurunya.
Beliau pernah berkata: “Malik bin Anas adalah guruku. Seandainya tidak ada
Iman Malik dan guruku seperti Ibnu Uyainah, maka hilanglah seluruh ilmu ulama-
ulama negeri Hijaz ini. Saidina Ali RA juga pernah berkata “Barangsiapa yang
mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin memetik nasihat Luqman al-
Hakim kepada anaknya supaya menghormati guru, katanya, “ wahai anakku,
pergaulilah para guru dan rapatilah mereka dengan kedua lututmu, kerana Allah
SWT menghidupkan hati dengan nur (cahaya) hikmat, sebagaimana Allah
menghidupkan bumi dengan hujan dari langit”.
Mimbar amat yakin habuan, pangkat dan hadiah tinggi menggunung
bukanlah dituntut oleh para guru. Tetapi apa yang penting ialah murud-murid yang
dibimbingnya menjadi manusia yang berguna dan mampu mengembalikan maruah
3
agama dan martabat negara. Bagaimanapun kadangkala guru-guru menghadapi
cabaran besar dalam membentuk murid yang berjaya dan bertamadun. Berdasarkan
pemerhatian mimbar walaupun besar pengorbanan guru tetapi terdapat juga di
kalangan ibubapa dan murid yang tidak menghormati guru.
Penghormatan kepada guru semakin longgar dan semakin luntur dalam
masyarakat kita. Mimbar ingin mengingatkan para jemaah dan umat Islam sekalian
bahawa tidak salah jika kita berkawan rapat dengan guru, tetapi adalah salah jika
kita tidak beradab dan kurang ajar kepadanya. Sejahat-jahat guru, selagi mana dia
menumpahkan ilmu maka adalah perlu untuk kita menghormatinya. Ingatlah pesan
Saiyidina Ali RA yang bermaksud : Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias
diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang.
Bukanlah yatim itu seseorang yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang
sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab.
Jika kita hendak menegur seseorang guru hendaklah dilakukan dalam
keadaan penuh beradab. Setinggi mana pun kita mencapai kedudukan, ingatlah
kepada guru yang membimbing kita. Mimbar tidak nampak ruang dan sebab untuk
seseorang murid mendabik dada kepada gurunya. Malah kalau hubungan antara
murid dan guru ini baik, maka akan terhasil satu gabungan dan perkongsian ilmu
yang cantik. Apa yang nyata tidak rugi jika kita menghormati guru tetapi
sebaliknya satu kerugian besar jika kita tidak mengambil peluang menimba ilmu
bersama guru.
Guru adalah manusia biasa, mereka juga mempunyai kelemahan. Tetapi kita
sebagai anak muridnya perlu berlapang dada dan menerimanya secara waras kerana
dia memberikan manfaat yang banyak kepada kita.
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Ibubapa dan guru-guru adalah institusi utama yang amat berpengaruh dalam
memberi pendidikan dan membentuk nilai murni di kalangan pelajar. Peranan
4
ibubapa dan guru jika dilakukan dengan ikhlas bukan sahaja dapat melahirkan
generasi yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara malah memberi
pelaburan yang menguntungkan berterusan hingga hari akhirat. Rasulullah SAW
bersabda:
Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.(Riwayat Muslim)
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Sempena sambutan Hari Guru pada tahun 2010 yang bertemakan: “Guru Pembina
Negara Bangsa”, maka mimbar ingin merumuskan bahawa:
Pertama: Perkhidmatan perguruan dan pendidikan adalah jihad dan amalan mulia
kerana mewarisi tugas para rasul dan nabi malah Allah SWT dan para malaikat
sentiasa berselawat keatas guru-guru,
Kedua: Penampilan dan akhlak guru menjadi ikutan kepada murid kerana
mereka mempunyai pengikut yang ramai dan pengaruh yang kuat,
Ketiga: Ibubapa dan guru perlu berkawan mesra supaya kesinambungan
bimbingan dan tarbiah anak-anak dapat menghasilkan kualiti pendidikan yang
cemerlang
Keempat: Ibubapa perlu melatih anak-anak supaya menghormati dan beradab
dengan guru agar ilmu yang diperolehi itu berkat.
Sebagai muhasabah pentingnya ilmu dalam kehidupan , kita ikuti Firman
Allah SWT dalam surah az-Zumar ayat 9:
5
Maksudnya: “Apakah orang yang taat beribadat diwaktu malam dengan sujud dan berdiri, ia takutkan azab hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya, sama dengan orang musyrik? Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal”.
6