jerebu

18
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203 1 Bil KANDUNGAN M.SURAT 1 Pengenalan 2 2 Indeks Pencemaran Udara (IPU) 2-3 3 Punca-Punca Jerebu 4-6 4 Dapatan data Indeks Pencemaran Udara (IPU) 7-8 5 Huraian data Indeks Pencemaran Udara (IPU) 9-11 6 Cadangan Mengatasi Masalah Jerebu 12-14 7 Kesan Jerebu 15-16 8 Penutup 17 9 Rujukan 18

Upload: dayang-shahira

Post on 30-May-2017

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jerebu

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203

1

Bil KANDUNGAN M.SURAT

1 Pengenalan 2

2 Indeks Pencemaran Udara (IPU) 2-3

3Punca-Punca Jerebu 4-6

4 Dapatan data Indeks Pencemaran Udara (IPU) 7-8

5 Huraian data Indeks Pencemaran Udara (IPU) 9-11

6 Cadangan Mengatasi Masalah Jerebu 12-14

7 Kesan Jerebu 15-16

8 Penutup 17

9 Rujukan 18

Page 2: Jerebu

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203

2

PENGENALAN

Negara-negara di Asia Tenggara sering dilanda oleh masalah jerebu yang melawat hampir setiap tahun.

Fenomena ini seolah-olah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara kerana sudah sering kali

terjadi. Pada tahun ini, kejadian jerebu sekali lagi mengganggu kehidupan seharian kita, bahkan lebih

teruk dari peristiwa jerebu pada tahun 2006. Kejadian jerebu pada kali ini telah meragut nyawa dua

orang rakyat Malaysia dan juga telah membawa kepada perintah darurat kepada beberapa kawasan

yang berkenaan. Masalah jerebu ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia memberi impak

negatif kepada negara dari segi ekonomi dan sosial.

Jerebu merupakan satu fenomena atmosfera di mana debu, habuk, asap dan lain-lain zarah mencemar

kejelasan langit. Kod panduan Organisasi Meteorologi Dunia juga mengklasifikasikan pengaburan

mendatar ke dalam kategori kabus , kabus ais, kabus wap, kabus, jerebu, asap, abu gunung berapi,

habuk , pasir dan salji. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi

pandangan serta membawa banyak kesan negatif dari segi kesihatan, ekonomi, sosial dan lain-lain.

INDEKS PENCEMARAN UDARA

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan satu kaedah umum dan ringkas yang digunakan untuk

memeriksa kualiti udara di Malaysia, Hong Kong dan China. Pada tahun 2012, negara China telah

menukar sistem tersebut kepada sistem Indeks Kualiti Udara. Indeks tersebut dikira dari beberapa set

data pencemaran udara dan melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon

monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.

Page 3: Jerebu

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203

3

Petunjuk berikut digunakan untuk menunjukkan gas dominan dengan kepekatan tertinggi:

* = Habuk Halus (PM10)

c = Ozon (O3)

a = Sulfur Dioksida (SO2)

d = Karbon Monoksida (CO)

b = Nitrogen Dioksida (NO2)

& = Lebih daripada satu pencemar

Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu Sulfur Dioksida,

Nitrogen Dioksida, Karbon Monoksida, Ozon dan habuk halus. Pencemar udara yang dominan dengan

kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya,

kepekatan habuk halus adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini

menentukan bacaan IPU.

Page 4: Jerebu

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203

4

PUNCA-PUNCA TERJADINYA JEREBU

Jumlah kenderaan yang semakin meningkat menyumbang

kepada masalah jerebu. Ini kerana kenderaan menghasilkan

gas ekzos, sejenis asap, juga dikenali sebagai asbut, yang

mengandungi bahan-bahan seperti karbon monoksida,

nitrogen, karbon dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon,

zarahan dan lain-lain.

Partikel-partikel halus, ataupun dikenali sebagai zarahan,

akan terapung di udara lalu menyerap ataupun

menghalang cahaya matahari lalu mengubah laluan dan

menyerakkan cahaya matahari tersebut, menyebabkan

jerebu tersebut menjadi lebih jelas dan jarak penglihatan

berkurangan. Semakin banyak zarah halus di udara,

semakin kurang jarak penglihatan, sehingga boleh jatuh

ke bawah 200m.

Dalam dunia yang kian maju ini, jumlah industri turut meningkat, sekaligus meningkatkan jumlah

pembinaan kilang. Hal ini sudah tentu akan membawa kepada kejadian jerebu dimana asap industri,

seperti asap kenderaan, mempunyai pelbagai zarahan partikel halus yang akan menyerap atau

menghalang cahaya matahari daripada memancar seperti biasa. Jika asap itu datang dari beberapa

kilang bahan api fosil, ia mungkin akan mempunyai sejumlah besar zarahan (debu), karbon monoksida,

karbon dioksida, nitrogen oksida, dan wap air. Kilang

batu arang juga mempunyai sulfur dioksida dan sejumlah

kesan merkuri. Sesetengah operasi seperti pemprosesan

kimia atau kilang-kilang cat semburan akan

mengeluarkan sebatian organik meruap (VOC) . Zarahan

adalah satu-satunya bahan pencemar yang boleh dilihat;

dimana pencemar yang lain merupakan dalam bentuk gas.

Page 5: Jerebu

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203

5

Letupan gunung berapi St. Helens pada

tahun 1980 telah menghasilkan asap

yang menyelimuti bumi selama 15 hari.

Ini menunjukkan bahawa bencana

alam ini juga merupakan penyebab

berlakunya jerebu. Apabila berlakunya

letupan, gunung berapi tersebut akan

melepaskan gas (terutamanya sulfur oksida) yang akan bertindak balas dengan cahaya matahari,

oksigen dan kelembapan untuk menghasilkan vog, iaitu secara umumnya bermaksud asap gunung

berapi. Hasilnya termasuklah asid sulfurik dan sulfat yang lain. Vog terdiri daripada campuran gas dan

aerosol yang menjadikan ia sukar untuk dikaji dan lebih berbahaya.

Vog dan asbut adalah berbeza. Ini kerana vog terhasil apabila sulfur oksida yang dihasilkan oleh

gunung beapi bertindak balas dengan kelembapan disekelilingnya untuk menghasilkan aerosol.

Aerosol yang terhasil menyerakkan cahaya lalu menjadikan vog tersebut lebih jelas dan ketara. Asbut

pula terhasil daripada pembakaran bahan api yang tidak lengkap yang bertindak balas dengan nitrogen

oksida dan ozon, dihasilkan daripada karbon monoksida, oleh tindak balas dengan cahaya matahari.

Walaubagaimanapun, bahan yang terdapat dalam asap tersebut adalah sama.

Sejak tahun 1998, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melancarkan Operasi Mencegah Kebakaran

Terbuka (Ops Bakar) di seluruh negara. Ini kerana pembakaran terbuka menyumbang kepada

pencemaran udara dan masalah jerebu. Pembakaran terbuka ditakrifkan sebagai pembakaran sebarang

bahan dalam cara yang hasil pembakaran dari pembakaran

tersebut dibebaskan secara langsung ke udara sekitar tanpa

melalui serombong, pendiang, atau lohong. Pembakaran benda

yang bukan organik seperti plastik akan melepaskan bahan

bertoksik dan zarahan ke udara manakala pembakaran benda

organik adalah lebih selamat kerana asapnya mengandungi air

dan karbon dioksida. Walaubagaimanapun, ia tetap

menghasilkan zarahan dan tetap akan menyumbang kepada

masalah jerebu.

Page 6: Jerebu

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203

6

Jerebu Asia Tenggara 2013 yang telah berlaku pada pertengahan tahun

2013 sebenarnya berpunca daripada pembakaran hutan haram oleh

pihak tidak bertanggungjawab di pulau Sumatera, Indonesia.

Kebakaran hutan juga dikenali sebagai kebakaran liar, iaitu kebakaran

yang tidak terkawal yang terjadi di kawasan desa atau belantara.

Kebakaran liar boleh terjadi melalui faktor semulajadi ataupun

disebabkan oleh manusia. Faktor semulajadi termasuklah kilat, letupan gunung berapi, gelinciran batu,

dan pembakaran spontan. Oleh kerana api boleh merebak dengan cepat di dalam hutan, percikan api

yang terhasil dari gelinciran batu atau kilat boleh mengakibatkan pembakaran liar.

Kajian menunjukkan bahawa 4 daripada 5 kejadian kebakaran liar berlaku akibat perbuatan

manusia. Biasanya manusia menjalankan pembakaran hutan untuk mengosongkan kawasan tersebut

dengan cara yang paling murah. Inilah yang berlaku pada tahun ini, dimana jerebu menyelimuti bumi

Malaysia dan kejiranannya sehingga Indeks Pencemaran Udara di beberapa tempat seperti Muar

mencecah sehingga 700, iaitu lebih dari tahap berbahaya.

Page 7: Jerebu

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203

7

DATA INDEKS PENCEMARAN UDARATarikh: 14 Jun 2013 – 28 Jun 2013

Page 8: Jerebu

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203

8

Page 9: Jerebu

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203

9

HURAIAN

Pada 14 Jun 2013, bacaan IPU adalah normal, iaitu berada dalam keadaan yang baik dan sederhana

dimana bacaan IPU tertinggi ialah 85 di Banting, Selangor. Pada pagi 15 Jun 2013, terdapat satu

kawasan yang mencatatkan bacaan IPU yang tidak sihat iaitu 108 di Muar, Johor. Hal ini merupakan

ekoran kejadian pembakaran hutan di Bengkalis di kepulauan Sumatera pada 9 Jun 2013. Semenjak

hari itu, bacaan IPU meningkat hingga mencapai tahap berbahaya di sesetengah kawasan. Pada 28 Jun

2013, tiada bacaan IPU yang mencatatkan tahap tidak sihat oleh kerana jerebu tersebut telah reda

akibat hujan yang turun di kebanyakan kawasan di pantai barat.

Muar, Johor merupakan kawasan pertama untuk merekodkan bacaan IPU yang tidak sihat iaitu 108.

Pada keesokan harinya, bacaan tersebut meningkat kepada 125. Pada 17 dan 18 Jun 2013, bacaan

IPUnya berkurang hingga ke tahap sederhana. Namun begitu, bacaan tersebut melonjak pada keesokan

paginya sehingga ke tahap tidak sihat. Bacaannya terus meningkat pada keesokan harinya, iaitu 337

dan mencapai tahap berbahaya. Pada 21 Jun 2013, bacaan tersebut turun ke tahap tidak sihat iaitu 183

tetapi meningkat pada keesokan harinya sehingga mencapai tahap sangat tidak sihat iaitu 276. 23 Jun

2013 menandakan bacaan IPU tertinggi yang pernah dicatatkan dalam kejadian jerebu pada tahun ini

iaitu 746, yang bermaksud ia melebihi tahap berbahaya. Hal ini

membawa kepada perintah darurat di Muar dan juga Ledang. Pada

hari seterusnya, bacaan IPU menurun ke 148 hingga ke tahap kurang

sihat dan meningkat keesokan harinya ke 165. Walaubagaimanapun,

bermula dari 26 Jun 2013, bacaan IPUnya menurun ke tahap

sederhana dan akhirnya mencapai tahap baik pada 28 Jun 2013. Muar

merupakan kawasan yang menerima jerebu paling teruk antara semua

kerana kedudukannya yang hanya seberang daripada Bengkalis di

Kepulauan Indonesia.

Page 10: Jerebu

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203

10

Melaka merupakan antara kawasan yang mempunyai bacaan IPU tertinggi ketika berlakunya jerebu

tersebut. Pada 14 dan 15 Jun 2013, bacaan IPU di Bandaraya Melaka mencatatkan bacaan tahap

sederhana. Keesokan harinya, kawasan tersebut telah mencatatkan bacaan IPU tahap tidak sihat iaitu

112, membawa kepada peningkatan bacaan IPU pada keesokan harinya ke 129. Namun begitu, bacaan

IPU kawasan tersebut pada 18 Jun 2013 telah menurun kepada 65

iaitu pada tahap sederhana. Pada 19 Jun 2013, bacaan tersebut

meningkat semula hingga mencecah tahap tidak sihat dan bacaan

IPU kawasan tersebut turun naik dalam lingkungan tahap tidak

sihat sehingga 22 Jun 2013. Pada 23 Jun 2013, bacaan tersebut

melonjak kepada 357, iaitu melebihi tahap berbahaya yang

membawa kepada arahan untuk menutup sekolah di negeri ini.

Bacaan IPUnya menurun pada keesokan harinya ke 182 iaitu

pada tahap tidak sihat dan terus menurun sehingga pada 26 Jun

2013, bacaan IPU kawasan tersebut sudah mencecah tahap

sederhana.

Sandakan merupakan antara negeri yang tidak terjejas dengan

kejadian jerebu ini. Ini kerana Sandakan, Sabah teletak jauh dari

kepulauan Sumatera.Walau bagaimanapun, asap jerebu tersebut

tetap tesebar ke seluruh Asia Tenggara dan juga ke Sandakan dan

bacaan IPU dikawasan tersebut turut meningkat. Sehingga 25 Jun

2013, bacaan IPU tersebut masih di tahap yang baik. Pada 26 Jun

2013, bacaan IPU mencecah 55 iaitu tahap sederhana dan menurun

kepada 53 pada keesokan harinya. Pada 28 Jun 2013, bacaan IPU

turun ke tahap baik semula.

Page 11: Jerebu

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203

11

Selangor juga merupakan antara negeri yang terjejas dengan teruk kesan daripada kejadian jerebu

tersebut. Pada 14 dan 15 Jun 2013, bacaan IPU di kawasan tersebut dicatatkan berada pada tahap

sederhana iaitu 68 dan 76. Pada keesokan harinya, bacaan IPUnya mencecah tahap tidak sihat iaitu 102.

Namun begitu, bacaannya turun kepada tahap sederhana pada keesokan harinya, diikuti dengan bacaan

turun naik dalam likungan tahap sederhana. Pada 22 Jun 2013, bacaan tersebut meningkat kembali

kepada 118 iaitu tahap tidak sihat diikuti dengan bacaan 188 pada keesokan harinya. Bacaan IPU

mencecah tahap sangat tidak sihat pada keesokan harinya iaitu 296 diikuti dengan bacaan IPU

keesokan harinya yang mencapai tahap berbahaya iaitu 487. Ini kerana jerebu yang menyelubungi

negeri Johor pada hari-hari sebelumnya telah tersebar ke bahagian utara Semenanjung Malaysia,

menurunkan bacaan IPU di Johor manakala meningkatkan bacaan IPU di Selangor. Pada 26 Jun 2013,

bacaan IPU menurun ke tahap tidak sihat dan terus menurun pada hari seterusnya pada tahap sederhana.

Page 12: Jerebu

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203

12

CADANGAN MENGATASI MASALAH JEREBU

1. Mengurangkan Asap Kereta

Seperti yang kita ketahui, asap kenderaan merupakan penyumbang besar

ke dalam masalah jerebu ini dan kita perlu mencari jalan untuk

menghapuskannya. Hal ini sebenarnya telah dijadikan prioriti oleh

negara-negara barat dan mereka telah mencipta penapis asap yang

dipanggil pemangkin asap. Pemangkin asap adalah alat yang dipasang

pada sistem ekzos kenderaan untuk mengurangkan kandungan bahan

toksik dan zarahan di dalam asap ekzos seperti karbon monoksida kepada karbon dioksida, nitrogen

oksida kepada nitrogen dan oksigen, dan hidrokarbon tak terbakar kepada karbon dioksida dan air.

Terdapat dua jenis pemangkin iaitu penukar bermangkin dua hala dan penukar bermangkin tiga hala.

Penukar bermangkin 3 hala digunakan pada kereta dan motosikal untuk mengurangkan kandungan

karbon monoksida, nitrogen oksida dan hidrokarbon tak terbakar manakala penukar bermangkin 2 hala

pula digunakan pada kenderaan berenjin diesel seperti bas dan lori kerana enjin diesel tidak

menghasilkan gas nitrogen oksida. Cara pemangkin 2 hala

berfungsi adalah sama seperti penukar 3 hala tetapi tiada

operasi penurunan gas nitrogen oksida. Di negara-negara barat,

pemasangan pemangkin gasa ini adalah harus bagi kereta

keluaran mereka. Namun begitu, Malaysia dan negara-negara

kecil yang lain masih lagi belum melakukan hal itu kerana hal

tersebut memerlukan perbelanjaan yang amat tinggi kerana

kita terpaksa mengimport bahan tersebut dari negara lain.

Kerajaan haruslah menguatk uasakan undang-undang dimana pemasangan alat ini adalah wajib demi

mengurangkan masalah jerebu yang kian meningkat terutamanya di Asia Tenggara. Alatan ini juga

sepatutnya mudah didapatkan serta dijual dengan harga yang berpatutan supaya rakyat mampu

membelinya.

2. Penggunaan Pengangkutan Awam

Pengangkutan awam juga haruslah dibaikpulih dan dinaik taraf untuk menggalakkan orang ramai

untuk menggunakan pengangkutan awam. Dengan adanya kemudahan ini, orang ramai tidak perlu

Page 13: Jerebu

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203

13

menggunakan kenderaan persendirian untuk ke tempat kerja. Jikalau kita lihat di sekitar kita, kita akan

melihat seseorang bersendirian memandu sebuah kereta dan rakan sekerjanya juga memandu kereta

secara bersendirian: dan mereka mempunyai hala tuju yang sama. Mengapa tidak gunakan kenderaan

yang sama untuk ke tempat kerja? Itulah gunanya pengangkutan awam. Ia akan menjimatkan masa,

wang dan juga tenaga sekaligus mengurangkan pencemaran udara dan bunyi. Namun, pengangkutan

awam yang tidak selesa dan menawarkan harga yang tidak berpatutan menyebabkan menyebabkan

orang ramai lagi selesa menggunakan kereta persendirian.

Kemudahan awam seperti stesen bas yang kurang juga perlu diatasi.

Ruang pejalan kaki dan basikal juga harus disediakan bagi mereka

yang lebih gemar berjalan kaki atau berbasikal. Sudah tentu ini semua

akan menyumbang kepada kemerosotan pencemaran udara dan

memberi kita peluang untuk menikmati udara yang bersih. Ole h itu,

pihak berkuasa haruslah menyediakan pengangkutan awam yang

selesa dan murah untuk untuk orang ramai demi menjayakan misi untuk menikmati udara segar.

3. Menggunakan Sistem Penggahar

Selain daripada itu, asap daripada kilang turut menyumbang kepada

masalah ini. Mujurlah masalah ini turut mempunyai

penyelesaiannya. Sebuah sistem telah dicipta untuk menapis asap

yang mengandungi bahan toksik daripada terlepas ke udara iaitu

sistem penggahar. Sistem penggahar adalah kumpulan pelbagai

alat-alat kawalan pencemaran udara yang boleh digunakan untuk

menghapuskan beberapa zarahan atau gas daripada aliran ekzos perindustrian. Penggahar adalah salah

satu daripada alat-alat utama yang mengawal pelepasan gas, terutamanya gas asid. Sistem seperti

inilah yang perlu dijalankan di seluruh dunia demi memastikan kita mendapat kualiti udara yang bersih.

4. Kerjasama Antara Negara

Kerjasama antara negara di Asia Tenggara juga perlu untuk menghapuskan kejadian jerebu ini. Pada

tahun 2002, sebuah perjanjjian telah dilakukan yang melibatkan negara-negara di Asia Tenggara yang

dipanggil Perjanjian ASEAN Mengenai Jerebu Merentas Sempadan. Perjanjian ini bertujuan untuk

mengurangkan pencemaran jerebu di Asia Tenggara dan mengiktiraf bahawa pencemaran jerebu yang

berpunca daripada kebakaran tanah atau hutan perlu dikurangkan melalui usaha negara dan kerjasama

Page 14: Jerebu

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203

14

bersepadu antarabangsa. Namun begitu, hanya Indonesia sahaja yang belum mengiktiraf perjanjian

tersebut dan ekoran daripada kejadian jerebu pada tahun 2013, Malaysia dan Singapura mendesak

Indonesia untuk mengiktiraf perjanjian tersebut, dimana Indonesia berjanji akan melakukan

sedemikian pada tahun 2015. Namun demikian, perjanjian tersebut terbukti tidak memberi apa-apa

peningkatan terhadap kes jerebu ini dan kejadian jerebu akan tetap berlaku jikalau negara kita masih

duduk diam dan tidak mengambil apa-apa tindakan. Oleh itu, Persatuan Negara-negara Asia Tenggara

perlulah berganding bahu untuk menjayakan misi dan memikirkan jalan yang bernas untuk

menyelesaikan masalah ini demi kebaikan dan masa depan penduduk Asia Tenggara.

5. Mengadakan Kempen

Penubuhan kempen-kempen juga boleh

menyedarkan orang ramai tentang tanggungjawab

bersama dalam mencegah keadian jerebu. Seorang

penduduk kampung pernah berkata" Jika kita tidak

membakar hutan, dari mana kita akan mendapat

makanan?" Ini menunjukkan bahawa mereka tidak

tahu kesan daripada pembakaran tersebut. Dengan

adanya kempen serta penggunaan media masa, orang ramai akan lebih tahu akan keburukannya serta

langkah-langkah untuk mengelakkannya. Pihak berkuasa juga harulah mengadakan hari yang

bertemakan alam sekitar. Seperti di China, mereka akan mengadakan Hari Tanpa Kereta sekali setahun

dan dilaporkan bahawa kempen tersebut menjimatkan sebanyak 33 juta liter gas dan pencemaran

dikurangkan sebanyak 3,000 tan.

Page 15: Jerebu

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203

15

KESAN JEREBU

Pada waktu ini, seramai 4.3% orang di bumi ini menghidap penyakit asma dan sekitar 250 000 orang

telah meninggal setiap tahun akibat penyakit ini. Salah satu punca utama penyakit asma ini adalah

kerana persekitaran yang kotor dan berhabuk. Hal ini bertambah

teruk dari tahun ke tahun kesan daripada berlakunya peristiwa

jerebu yang sering melanda negara kita. Seperti yang kita tahu,

jerebu mengandungi zarahan dan pelbagai bahan toksik yang

lain. Orang yang menghidap penyakit asma mempunyai saluran

pernafasan yang amat sensitif. Apabila bernafas, zarahan-

zarahan daripada jerebu tersebut boleh membengkakkan saluran

pernafasan dan paru-paru. Saluran pernafasan akan dapat

mengesan kehadiran zarahan tersebut lalu menghasilkan kahak untuk menyingkirkan zarahan tersebut.

Namun, apabila otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Kehadiran kahak

lebih menyukarkan penghidap asma untuk bernafas. Apabila ini terjadi,paru-paru akan kekurangan

udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan. Kesesakan nafas bermaksud badan tidak cukup oksigen dan

ini boleh membawa kepada kematian. Mereka yang menhidap penyakit asma akan sering tidak hadir

ke sekolah atau ke tempat kerja dan ini akan membawa kepada kemerosotan prestasi penghidap

tersebut.

Orang dewasa secara puratanya memerlukan 13,000 liter udara setiap hari manakala kanak-kanak

memerlukan 50 peratus lebih banyak per paun berat badan daripada orang dewasa. Kerana sistem

pernafasan kanak-kanak masih membangun, mereka lebih mudah terdedah kepada ancaman alam

sekitar daripada orang dewasa yang sihat. Pendedahan kepada zarah halus dikaitkan dengan kekerapan

menghidapi penyakit pada zaman kanak-kanak dan masalah ini boleh membawa kepada penyakit paru-

paru yang lebih serius ketika mereka lebih dewasa. Partikel halus juga dikaitkan dengan kesusahan

bernafas dan kecacatan paru-paru, termasuk gejala seperti batuk teruk dan kesukaran atau sakit

bernafas. Ini boleh menyebabkan ketidakhadirannya ke sekolah dan batasan dalam aktiviti-aktiviti

kanak-kanak normal.

Golongan orang tua lebih terdedah kepada penyakit kerana sistem imunisasi mereka yang semakin

lemah dan juga ketidakbolehan organ-organ mereka untuk berfungsi secara normal. Oleh itu,

kehadiran zarahan dan bahan-bahan bertoksik di udara akan meningkatkan risiko penyakit seperti

penyakit jantung atau paru-paru.

Page 16: Jerebu

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203

16

Kajian menganggarkan bahawa puluhan ribu orang tua mati lebih awal setiap tahun akibat pendedahan

kepada tahap ambien zarah halus. Kajian juga menunjukkan bahawa pendedahan kepada zarah halus

dikaitkan dengan beribu-ribu kemasukan ke hospital setiap tahun. Kebanyakan kemasukan hospital

adalah orang tua yang mengalami paru-paru atau penyakit jantung.Golongan ini juga tidak mempunyai

jantung yang kuat seperti dulu, menyebabkan jantung mereka tidak boleh berkerja dengan kadar yang

lebih pantas untuk membekalkan oksigen kepada seluruh badan. Jikalau golongan ini terdedah kepada

asap jerebu, sudah pasti mereka akan kesesakan nafas dengan senang dan boleh membawa kepada

kematian.

Mereka yang menghidapi penyakit kardiovaskular merupakan antara

yang berisiko tinggi untuk menghadapi serangan jantung. Dengan hidung

dan saluran pernafasan meradang, badan berada di bawah tekanan dan

jantung bergerak dengan kadar yang lebih cepat, sekaligus meningkatkan

tekanan darah. Badan juga melepaskan bahan kimia yang membuatkan

darah beku dengan lebih mudah. Tekanan darah tinggi dan pembentukan

darah beku boleh menyebabkan serangan, strok atau lemah jantung.

Perokok merupakan antara golongan berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit sewaktu

keadaan berjerebu. Golongan tersebut berisiko menghadapi jangkitan di bahagian paru-paru akibat

asap rokok dan jerebu dimana kedua-dua asap tersebut akan menyerang ruang paling kecil di saluran

paru-paru hingga boleh merebak dan memberi kesan yang serius. Golongan ini berisiko menyedut asap

rokok dan partikel jerebu di mana kedua-dua jenis asap itu akan terus masuk ke dalam saluran alveoli

dan terus memberi jangkitan seperti sesak nafas, kerengsaan dan alergi.

Page 17: Jerebu

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203

17

PENUTUP

Sebagai pemegang amanah bagi bumi ini kita haruslah sentiasa bertanggungjawab dan menjaganya

daripada pencemaran. Ternyata jerebu bukan sahaja menyumbang kepada masalah kesihatan malah

boleh menjatuhkan ekonomi sesebuah negara. Kita haruslah berusaha untuk mencari penyelesaian

kepada masalah jerebu ini demi menjamin masa depan yang sihat. Jikalau kita tidak mengatasi

masalah ini dengan segera, masalah ini akan berpanjangan dan lebih sukar untuk diselesaikan.

Tuntasnya, kita hendaklah berganding bahu demi mencipta persekitaran yang lebih sihat untuk masa

hadapan.

(2978 patah perkataan)

Page 18: Jerebu

KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA HBHE // 2203

18

RUJUKAN

Buku

Modul OUM. (2012 ). Kesihatan Diri dan Keluarga.Kuala Lumpur : Open University Malaysia .

Intrenet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu_Asia_Tenggara_2013

http://sengkangbabies.com/tag/asthma-and-other-haze-trigger-complications/

http://kidshealth.org/kid/asthma_basics/what/asthma.html#

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu_Asia_Tenggara_2006

http://en.wikipedia.org/wiki/Exhaust_gas

http://ms.wikipedia.org/wiki/Penukar_bermangkin

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Risikobergandabuatperokok/Article/index_html

http://en.wikipedia.org/wiki/ASEAN_Agreement_on_Transboundary_Haze_Pollution

http://apims.doe.gov.my/apims/hourly4.php

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu