jerebu 3

1
MAKLUMAN MENGENAI ISU JEREBU DI SEKOLAH Berdasarkan pemantauan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga jam 4.00 petang hari ini bersamaan 20 Oktober 2015, didapati tahap bacaan IPU bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, daerah Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Serian, Samarahan, Simunjan dan Lubok Antu di negeri Sarawak, daerah Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung dan kawasan Tanjung Malim di negeri Perak serta daerah Kuala Muda / Yan, di negeri Kedah menunjukkan tahap bacaan IPU Tidak Sihat. Sehubungan itu KPM memaklumkan semua sekolah di negeri dan daerah tersebut perlu ditutup pada 21 Oktober 2015 (Rabu). Penutupan ini akan melibatkan sejumlah 2,528 buah sekolah dan seramai 1,734,668 orang murid di negeri dan daerah tersebut. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing- masing akan penutupan ini dengan kadar segera. Sementara bagi semua sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, serta sekolah-sekolah dalam daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak di negeri Sabah serta di daerah Muar, Ledang dan Segamat di negeri Johor yang ditutup pada 20 Oktober 2015 (Selasa) perlu dibuka seperti biasa pada 21 Oktober 2015 (Rabu). Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah termasuk pengurusan sekolah di seluruh negara juga hendaklah secara berterusan memantau bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib. Sekiranya berlaku peningkatan ke tahap Tidak Sihat dan Sangat Tidak Sihat, maka pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh KPM. Sekian dimaklumkan. Kementerian Pendidikan Malaysia 20 Oktober 2015

Upload: asdfghjkllz

Post on 12-Feb-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

JE

TRANSCRIPT

Page 1: JEREBU 3

MAKLUMAN MENGENAI ISU JEREBU DI SEKOLAH Berdasarkan pemantauan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga jam 4.00 petang hari ini bersamaan 20 Oktober 2015, didapati tahap bacaan IPU bagi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, daerah Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Serian, Samarahan, Simunjan dan Lubok Antu di negeri Sarawak, daerah Kinta Utara, Kinta Selatan, Manjung dan kawasan Tanjung Malim di negeri Perak serta daerah Kuala Muda / Yan, di negeri Kedah menunjukkan tahap bacaan IPU Tidak Sihat. Sehubungan itu KPM memaklumkan semua sekolah di negeri dan daerah tersebut perlu ditutup pada 21 Oktober 2015 (Rabu). Penutupan ini akan melibatkan sejumlah 2,528 buah sekolah dan seramai 1,734,668 orang murid di negeri dan daerah tersebut. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah terlibat hendaklah memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibu bapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera. Sementara bagi semua sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, serta sekolah-sekolah dalam daerah Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak di negeri Sabah serta di daerah Muar, Ledang dan Segamat di negeri Johor yang ditutup pada 20 Oktober 2015 (Selasa) perlu dibuka seperti biasa pada 21 Oktober 2015 (Rabu). Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah termasuk pengurusan sekolah di seluruh negara juga hendaklah secara berterusan memantau bacaan IPU yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib. Sekiranya berlaku peningkatan ke tahap Tidak Sihat dan Sangat Tidak Sihat, maka pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang telah ditetapkan oleh KPM. Sekian dimaklumkan. Kementerian Pendidikan Malaysia 20 Oktober 2015