jenis salah laku guru di sekolah

15
JENIS SALAH LAKU GURU DI SEKOLAH 1.0 PENDAHULUAN Guru termasuk di dalam kategori penjawat awam. Sebagai seorang penjawat awam, guru terikat dengan peraturan-peraturan dalam aspek kelakuan dan tatatertib seperti mana yang termaktub dalam Peraturan Kelakuan dan Tatatertib (Pindaan 2002). Peraturan-peraturan ini menyebabkan guru-guru sentiasa berkelakuan dan bertindak sepertimana yang telah terkandung di dalamnya. Sebagai seorang guru, kita hendaklah bertindak dengan kelakuan yang telah digariskan supaya dapat melambangkan profesionalisme keguruan itu sendiri. Namun, dewasa ini profesion perguruan seakan-akan tergugat dengan sikap dan kelakuan sesetengah guru yang melanggar peraturan yang telah digariskan. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya semasa menjalani internship selama sebulan, saya telah mendapati bahawa masih terdapat segelintir guru yang mengamalkan sikap dan kelakuan yang salah dan bertentangan dengan Peraturan Kelakuan dan Tatatertib (Pindahan 2002). 1.1 JENIS SALAH LAKU GURU DI SEKOLAH

Upload: mila-glieshiiteru

Post on 12-Jan-2016

41 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

assignment

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis Salah Laku Guru Di Sekolah

JENIS SALAH LAKU GURU DI SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN

Guru termasuk di dalam kategori penjawat awam. Sebagai seorang penjawat

awam, guru terikat dengan peraturan-peraturan dalam aspek kelakuan dan tatatertib

seperti mana yang termaktub dalam Peraturan Kelakuan dan Tatatertib (Pindaan 2002).

Peraturan-peraturan ini menyebabkan guru-guru sentiasa berkelakuan dan bertindak

sepertimana yang telah terkandung di dalamnya. Sebagai seorang guru, kita hendaklah

bertindak dengan kelakuan yang telah digariskan supaya dapat melambangkan

profesionalisme keguruan itu sendiri.

Namun, dewasa ini profesion perguruan seakan-akan tergugat dengan sikap dan

kelakuan sesetengah guru yang melanggar peraturan yang telah digariskan.

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya semasa menjalani internship selama

sebulan, saya telah mendapati bahawa masih terdapat segelintir guru yang

mengamalkan sikap dan kelakuan yang salah dan bertentangan dengan Peraturan

Kelakuan dan Tatatertib (Pindahan 2002).

1.1 JENIS SALAH LAKU GURU DI SEKOLAH

Page 2: Jenis Salah Laku Guru Di Sekolah

Pengenalan

Dewasa ini, pelbagai cabaran dan liku kehidupan yang harus ditempuhi oleh

setiap manusia.Begitu juga di dalam dunia keguruan. Profesion perguruan menjadi

salah satu profesion yang lebih mencabar berbanding profesion lain. Beban tugas guru

menjadi semakin kompleks kerana terdapatnya banyaknya perkara yang

dipertanggungjawabkan kepada seorang guru didalam satu masa yang sama.

Pelbagai isu-isu pendidikan sering terpampang di dada akhbar yang sering

menjadi buah mulut masyarakat setempat, antaranya adalah “Ramai Guru Sakit Jiwa”,

menerusi akhbar Kosmo yang bertarikh 22 Mac 2009. Mengapakah perkara ini boleh

terjadi?Apakah punca yang menyebabkan ramai guru sakit jiwa?Apakah pula

pandangan masyarakat terhadap insan yang bergelar guru?Bagaimakah perkara ini

dapat diatasi agar profesion perguruan tidak dipandang serong oleh masyarakat?

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Kesatuan Perkhidamatan Perguruan

Kebangsaan (NUTP), didapati bahawa 70 peratus daripada 9,000 guru seluruh negara

tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan

kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar. Terdapat pelbagai beban yang

harus digalas sebagai seorang guru, yang menyebabkan guru menjadi terlalu tertekan

dan mengakibatkan ramai guru sakit jiwa.

“Semasa mengajar di sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu,

dari pagi hinggalah petang sampai tiada masa untuk suami dan anak-anak.

Saya terbeban, tersepit, letih dan hampir kena mental block. Masa yang ada

untuk berehat ialah waktu malam, itu kami terpaksa bawa pulang buku

latihan murid-murid untuk ditanda” ujar Zaimah Mishan, 42 menerusi akhbar

Kosmo.

Berdasarkan Khudrizal (2012) menerusi blognya menyatakan bahawa mental

block merupakan hambatan secara mental / psikologis yang menyelubungi mental

seseorang.Profesion perguruan merupakan profesion yang penting sebagai tunjang

mencurahkan ilmu dan melahirkan anak didik yang berguna kepada semua pihak. Jika

Page 3: Jenis Salah Laku Guru Di Sekolah

guru itu sendiri mengalami mental block, apa akan terjadi kepada anak didik yang akan

diajar.Disebabkan terlalu banyak tugasan yang harus dilakukan, guru membawa balik

tugasan yang diamanahkan sehingga tiada ruang masa untuk keluarga sendiri.Tugas

demi tugas yang dipikul menjadikan satu tekanan emosi kepada sesorang guru. Ianya

secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap persembahan guru tersebut di

dalam kelas dan juga kerja yang dilakukan.

Tekanan emosi atau lebih dikenali dengan istilah stress sering membelengu guru

yang dihimpit dengan pelbagai bebanan. Dr. Hans Selye telah mendefinisikan stress

sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri sesorang disebabkan oleh sesuatu

beban yang menimpanya. Menurut beliau lagi, beban ini wujud di dalam pelbagai

bentuk antaranya, bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam

hidup seseorang.Di dalah konteks guru, guru mengalami tekanan emosi disebabkan

oleh pelbagai beban tugas yang diterima dan sukar untuk dilakukan di dalam sesuatu

masa.

Hatta dan Mohamed Hatta (2005) di dalam buku Syed Ismail Bin Syed Mustapa

dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010) menyatakan bahawa stress adalah fenomena

pelbagai dimensi yang mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kehidupan manusia.

Di mana ianya dibuktikan dengan pertambahan bilangan guru yang mengalami sakit

jiwa dan ianya memberikan impak yang besar terhadap kehidupan seseorang guru

tersebut.

Selain daripada itu, Kyriacou (2000) di dalam buku Noriati A.Rashid, Boon Pong

Ying, Sharifah Fakriah Syed Ahmad dan Zuraidah A. Majid (2010) menyatakan bahawa

stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingin seperti

tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada

tugasnya sebagai guru. Ianya merupakan satu tindak balas yang fizikal terhadap

sesuatu perkara yang menyebabkan ketidakseimbangan berlaku

Faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi

Page 4: Jenis Salah Laku Guru Di Sekolah

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi sesorang

guru, faktor yang pertama adalah bebanan tugas guru yang yang semakin

bertambah.Kerjaya sebagai guru dipertanggungjawabkan dengan pelbagai perkara,

selain mengajar, guru juga terpaksa ditugaskan untuk menjadi guru kelas, guru disiplin,

ketua panitia malahan guru juga perlu menyediakan kertas soalan-soalan

peperiksaaan, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang

kesihatan dan banyak lagi. Ianya menjadi bertambah terbeban apabila sesi

persekolahan hujung tahun, hal ini kerana pada ketika itu banyak perkara yang perlu

dilengkapkan sebelum sesi persekolahan tamat. Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying,

Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah (2010) menyatakan bahawa, dengan

berlakunya pertambahan tugasan tersebut, ramai guru akan mengalami tekanan stress.

Kebanyakkan stress berpunca daripada tugas mereka dan persekitaran mereka.

Selain daripada itu Kyriacou (1987) menerusi buku Noriati A.Rashid, Boon Pong

Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Zuraidah (2010) telah mengenalpasti antara

punca stress adalah masalah pengurusan bilik darjah. Antara masalah pengurusan

bilik darjah adalah bilangan murid yang terlalu ramai di dalam satu kelas, saiz kelas

yang terlalu kecil untuk menampung bilangan murid yang ramai, sikap murid yang tidak

menghormati guru, tidak menumpukan perhatian di dalam kelas, tidak menunjukkan

minat untuk belajar dan sering mencabar kesabaran guru, serta suasana kelas yang

tidak kondusif.Masalah-masalah ini merupakan masalah pengurusan bilik darjah yang

harus difikirkan oleh guru untuk mengatasinya dari terus berlaku.masalah pengurusan

bilik darjah ini ditambah pula dengan bebanan tugas yang lain menyebabkan seseorang

guru itu mengalami tekanan emosi.

Dalam pada itu, Kyriacou juga turut menyatakan bahawa antara punca stress

adalah disebabkan olehkeadaan bekerja yang tidak kondusif.Keadaan bekerja yang

tidak kondusif terjadi apabila, tiada hubungan yang mesra dengan rakan sejawat, sering

diperhatikan dan dinilai oleh pihak pentadbir, dan mendapat bebanan tugas yang

banyak dari pihak pentadbir sekolah.Keadaan ini menjadikan seseorang guru itu

Page 5: Jenis Salah Laku Guru Di Sekolah

mengalami tekanan emosi apabila melakukan pekerjaan di dalam suasana yang tidak

mesra dan dibebani pelbagai tugasan dari pihak pentadbir.

Zaharin Bin Haji Othman (2010) menyatakan bahawa tekanan kerja yang

berterusan yang dialami seseorang itu boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif

kepada individu yang terlibat.Tekanan kerja boleh diklasifikasikan kepadatiga kategori

iaitu kesan yang mempunyai symptom ke atas fisiologi, psikologikal dan tingkah laku.

Di samping itu, Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon

(2010) menyatakan bahawa antara faktor berlakunya stress adalah berlakunya

perubahan dalam organisasi iaitu sebab berlaku perubahan dalam struktur pekerjaan.

Di dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai bidang tugas yang berlainan.Apabila

berlakunya perubahan jawatan ataupun tugas didalam sesuatu organisasi, ianya boleh

menyebabkan stres pada tahap yang tinggi.

Ianya terjadi apabila seseorang guru itu diberikan jawatan dan tugasan baru, dan

bidang tugas jawatan baru adalah berbeza dan lebih banyak dengan bidang tugas

jawatan lama. Hal inilah yang akan menyebabkan berlakunya tekanan emosi pada diri

guru tersebut apabila guru tersebut sukar untuk menyesuaikan diri dengan tugasan

baru. Faktor ini juga turut disokong oleh Dunham dan Varma (1998) menerusi Noriati

A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah dan Zuraidah (2010) yang menyatakan

bahawa antara punca stress yang dihadapi oleh guru adalah menangani perubahan.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan emosi dalam

kalangan guru, antaranya adalah kerana faktor dalaman diri guru itu sendiri.Mohd

Salleh Lebar (1999) menyatakan bahawa di antara faktor dalaman yang menyebabkan

tekanan emosi ialah seperti mempunyai masalah kesihatan, kurang keyakinan,

kelemahan berfikir untuk menghadapi masalah, perasaan rendah diri yang keterlaluan,

takut kepada kegagalan, pendedahan pada bunyi bising, selalu menghadapi

kekecewaan dan sebagainya. Seseorang guru yang yang mempunyai masalah

kesihatan yang memerlukan guru tersebut berehat dan tidak melakukan banyak kerja

yang berat akan merasa tertekan kerana dalam pada masa yang sama guru tersebut

Page 6: Jenis Salah Laku Guru Di Sekolah

perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru dengan melaksanakan segala

tugasan yang telah diamanahkan. Guru yang mempunyai faktor dalam sebegini akan

mudah untuk merasa tertekan.

Selain daripada itu juga, kurang pengetahuan teknologi maklumat juga

merupakan salah satu faktor berlakunya tekanan emosi dalam kalangan guru. Menurut

Mohd Azhar (2004) menerusi buku Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki

Bin Miskon (2010), menyatakan bahawa teknologi tinggi seperti industri komputer

menyumbang kepada stress pada tahap yang paling tinggi. Di sekolah keadaan ini

berlaku apabila banyak data yang ingin dimasukkan seperti rekod peperiksaan,

maklumat peribadi murid, salah laku disiplin murid, maklumat guru dan sebagainya.

Apabila seseorang guru itu kurang pengetahuan untuk mengendalikan aplikasi

yang terdapat di dalam komputer, guru tersebut akan mengambil masa yang lama

untuk menyiapkan tugasan mengkemaskini data di dalam komputer. Tambahan pula

fenomena terkini apabila guru perlu mengkemaskini markah dan evidens untuk setiap

pelajar dan setiap subjek. Ianya merupakan kerja yang banyak dan memerlukan masa

yang lama, ianya akan menambahkan lagi tekanan emosi kepada guru yang sukar

untuk mengendalikan perisian tersebut,

Tindakan yang bakal guru perlu ambil untuk menghindarkan diri dari tekanan

emosi.

Pelbagai punca dan faktor yang menyebabkan kebanyakkan guru mengalami

tekanan emosi.Hal ini rentetan daripada tugas guru yang semakin lama semakin

mencabar.Sebagai bakal guru saya perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak

terlibat di dalam kalangan guru yang mengalami tekanan emosi. Sebagai guru baru,

pasti akan diberikan pelbagai tugas, jawatan dan beban yang banyak, untuk itu saya

haruslah bersedia dari segi mental dan juga fizikal.

Antara tindakan yang akan saya ambil untuk menghindarkan diri dari tekanan

emosi adalah saya akan berkongsi masalah atau beban yang dialami dengan orang

Page 7: Jenis Salah Laku Guru Di Sekolah

yang boleh dipercayai seperti kawan dan juga keluarga. Noriati A .Rashid, Boon Pong

Ying, Sharifah Fakhriah dan Zuraidah (2010) juga turut menyatakan perkara yang

sama, dalam keadaan stress, guru boleh berkongsi pandangan dan luahan dengan

rakan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai. Apabila saya mengalami sesuatu

masalah ataupun saya merasakan teralau berat beban tugasan yang ingin dilakukan,

saya akan berkongsi perasaaan saya, dengan orang yang saya percayai seperti rakan

baik saya ataupun ahli keluarga saya yang rata-ratanya terdiri daripada guru juga.

Selain itu, untuk mengelakkan diri dari mengalami tekanan emosi, saya

akanmenambah pengetahuan stres dan cara mengantasinya. Hal ini kerana, sudah

sedia maklum besar kemungkinan tugas sebagai guru akan terdedah dengan tekanan

emosi, oleh yang demikian saya harus bersedia agar saya dapat menguruskan stress

dengan cara yang betul dan tidak mengalami tekanan emosi yang serius serta dapat

mengawal emosi dan tekanan. Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin

Miskon (2010) menyatakan bahawa pembelajaran mengenai psikologi manusia

membolehkan seseorang guru lebih mudah memahami diri sendiri dan juga orang lain.

Oleh yang demikian penting untuk saya sebagai bakal guru untuk menyiapkan diri

dengan ilmu psikologi yang menjurus kepada pengurusan stress.

Dalam pada itu, saya sebagai bakal guru akanmelibatkan diri di dalam

perbincangan, kumpulan di laman sosial khusus untuk guru dan juga

forum.Banyak forum atau kumpulan di laman sosial khusus untuk guru di internet yang

banyak membincangkan mengenai isu-isu semasa pendidikan, masalah-masalah yang

sering guru hadapi, cara penyelesaiannya, malahan saya juga boleh berkongsi

pendapat atau pandangan saya mengenai perkara yang berkaitan sekolah di forum

berkenaan. Secara tidak langsung saya dapat mengetahui cara guru-guru lain

mengatasi masalah yang dihadapi dan saya juga dapat menambah pengetahuan

daripada guru yang lebih berpengalaman di forum berkenaan.Noriati A .Rashid, Boon

Pong Ying, Sharifah Fakhriah dan Zuraidah (2010) menyatakan bahawa terdapat

banyak forum di internet di mana guru bukan sahaja boleh meluahkan perasaan atau

Page 8: Jenis Salah Laku Guru Di Sekolah

kekecewaan tetapi bagi mendapatkan nasihat daripada guru berpengalaman yang

mengalami masalah yang sama.

Selain daripada itu juga, sebagai bakal guru saya akansentiasa berfikiran

positif bagi mengelakkan dari tekanan emosi semasa bekerja kelak. Mohd Salleh

Lebar (1999) menyatakan bahawa berfikir secara positif penting bagi seseorang

individu untuk meyakinkan diri dalam segenap aspek. Kebiasaannya guru akan merasa

terbeban apabila sentiasa berfikiran negatif dan merasakan dia tidak boleh melakukan

tugasan tersebut. Untuk itu saya haruslah sentiasa berfikir positif agar saya tidak

merasa terbeban dengan tugasan yang diberikan. Di samping itu juga saya harus

sentiasa yakin bahawa setiap tugasan yang diberikan dapat dilakukan seperti yang

diinginkan, jika saya tidak yakin, saya mungkin akan mengalami tekanan emosi dengan

beranggapan bahawa saya tidak mampu melakukan tugasn yang telah diberikan.

Sentiasa berfikiran positif juga dapat membuatkan saya lebih tenang untuk

melakukan tugasan yang diberi.Naffi Mat (2011) menyatakan bahawa ketenangan

merupakan salah satu di antara ciri-ciri peribadi yang sangat kuat dan harus dimiliki

oleh seseorang guru.Tanpa ciri tersebut, kegiatan harian di bilik darjah yang begitu

padat dan ditambah dengan begitu banyaknya tuntutan yang harus segera di uruskan

memudahkan guru mengalami stress.

Selain daripada itu juga, sebagai seorang bakal guru saya harus melakukan

jadual tugasan iaitu perancangan masa untuk melakukan setiap tugasan yang

diberi. Telah sedia maklum bahawa tugas sebagai guru bukan sekadar mengajar di

bilik darjah, malahan terdapat pelbagai tugasan lain yang sentiasa bertambah dari

semasa ke semasa. Oleh yang demikian saya akan menyenaraikan tugasan yang perlu

di lakukan di dalam jadual pelaksanaan tugasan berdasarkan tempoh masa tugasan

tersebut perlu dihantar. Melalui jadual pelaksanaan tugasan ini, saya dapat melihat

berapa banyak tugasan yang belum dilakukan, tugasan mana yang perlu diberi

keutamaan dan secara tidak langsung dapat mengelakkan diri dari menangguhkan

kerja yang telah diterima.Mohd Salleh Lebar (1999) menyatakan bahawa

menangguhkan kerja boleh menambahkan tugas yang dihadapi.Norbi Husin (2011)

Page 9: Jenis Salah Laku Guru Di Sekolah

menyatakan bahawa kita haruslah pandai mengatur tugas mana yang boleh dibuat

awal.Jangan tangguhkan kerja, ini dapat melancarkan tugas yang diberi.

Di samping itu, sebagai seorang bakal pendidik di arus kemodenan ini saya

harus meningkatkan ilmu pengetahuan terutamanya didalam bidang teknologi

maklumat untuk mengelakkan berlakunya tekanan emosi.Dasar-dasar kerajaan sering

berubah-ubah, di mana setiap tahun kerajaan inginkan peningkatan di dalam

pendidikan.Syed Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Miskon (2010)

menyatakan bahawa penggunaan teknologi komputer bukan hanya mampu membantu

tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran tetapi berpotensi sebagai alat untuk

mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata

pelajaran.

Oleh yang demikian perisian yang digunakan dalam bidang pendidikan

terutamanya untuk mengkemaskini data murid dan untuk menghasilkan bahan bantu

mengajar akan ditambahbaik dari semasa ke semasa. Mungkin pada masa akan

datang perisian yang digunakan lebih sukar dan kompleks, ianya menyebabkan saya

mengambil masa yang lama untuk menggunakan perisian tersebut. Oleh yang demikian

saya tidak boleh berpuas hati dengan pengetahuan di dalam bidang teknologi maklumat

yang saya peroleh. Namun saya harus sentiasa menambah ilmu pengetahuan di dalam

diri saya sendiri di samping mempelbagaikan sumber bahan bantu mengajar saya.

Page 10: Jenis Salah Laku Guru Di Sekolah

Kesimpulan

Dapat diperkatakan bahawa tugas sebagai seorang guru memainkan peranan

yang penting dalam melahirkan insan yang berguna dan seimbang dalam aspek JERIS

sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Ianya menyebabkan pelbagai perkara

yang perlu dilakukan sehingga memberi tekanan kepada gguru itu sendiri.Tekanan

yang dihadapi oleh guru merupakan masalah yang akan dihadapi oleh guru. Oleh yang

demikian menjadi tanggungjawab guru itu sendiri untuk mengatasi dan mengawal

tekanan emosi yang dialami.

Sesungguhnya terdapat pelbagai perkara, punca, dan juga faktor yang

menyumbang berlakunya peningkatan bilangan guru yang mengalami masalah tekanan

emosi.Tekanan emosi bukanlah satu masalah yang tiada jalan

penyelesaiannya.Malahan terdapat pelbagai jalan penyelesaian yang bermula dari diri

guru itu sendiri.Tiada siapa yang dapat merubah diri kita selain daripada diri kita

sendiri.Bak kata pepatah “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Page 11: Jenis Salah Laku Guru Di Sekolah