jenis pencemaran alam sekitar

2
1. JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG, SELANGOR a) Pencemaran Udara Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing yang berbentuk habuk, asap, kabus, wap dan gas dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Pencemaran udara di Taman Putra Perdana berpunca utama daripada asap kenderaan bermotor seperti kereta dan motosikal penduduk. Selain tu, kegiatan pembakaran terbuka yang dijalankan oleh penduduk juga mengakibatkan pencemaran ini. b) Pencemaran Air Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila digunakan. Pencemaran air di Taman Putra Perdana kebanyakannya melibatkan longkang, tasik dan saliran-saliran utama yang lain. Pencemaran ini juga menyebabkan penduduk seringkali menghadapi masalah ketiadaan air bersih. Pembinaan jambatan penghubung ke bandar terdekat yang melintasi kawasan tasik di sini turut mencemarkan tasik tersebut. c) Pencemaran Bunyi Pencemaran bunyi didefinisikan sebagai signal yang tidak memberi apa-apa informasi dan kekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke semasa. Pencemaran bunyi di Taman Putra Perdana melibatkan bunyi kenderaan bermotor yang membanjiri kawasan ini terutamanya ketika waktu puncak iaitu pada pukul 7:30 pagi hingga 6:30 petang dan bunyi bising akibat daripada pembinaan- pembinaan rumah dan jalan raya yang sedang giat dijalankan. Pembinaan sekolah umpamanya, sering menyebabkan gangguan kepada penduduk akibat bunyi bising yang terhasil daripada aktiviti penanaman cerucuk. d) Pencemaran Bau

Upload: gadisnovel

Post on 04-Jul-2015

273 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis Pencemaran Alam Sekitar

1. JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN PUTRA PERDANA, SEPANG,

SELANGOR

a) Pencemaran Udara

Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing yang berbentuk habuk,

asap, kabus, wap dan gas dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan

manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang dan harta benda. Pencemaran udara di Taman

Putra Perdana berpunca utama daripada asap kenderaan bermotor seperti kereta dan

motosikal penduduk. Selain tu, kegiatan pembakaran terbuka yang dijalankan oleh

penduduk juga mengakibatkan pencemaran ini.

b) Pencemaran Air

Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan

dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila

digunakan. Pencemaran air di Taman Putra Perdana kebanyakannya melibatkan

longkang, tasik dan saliran-saliran utama yang lain. Pencemaran ini juga menyebabkan

penduduk seringkali menghadapi masalah ketiadaan air bersih. Pembinaan jambatan

penghubung ke bandar terdekat yang melintasi kawasan tasik di sini turut mencemarkan

tasik tersebut.

c) Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi didefinisikan sebagai ‘signal’ yang tidak memberi apa-apa

informasi dan kekuatannya berubah secara mendadak dari masa ke semasa. Pencemaran

bunyi di Taman Putra Perdana melibatkan bunyi kenderaan bermotor yang membanjiri

kawasan ini terutamanya ketika waktu puncak iaitu pada pukul 7:30 pagi hingga 6:30

petang dan bunyi bising akibat daripada pembinaan-pembinaan rumah dan jalan raya

yang sedang giat dijalankan. Pembinaan sekolah umpamanya, sering menyebabkan

gangguan kepada penduduk akibat bunyi bising yang terhasil daripada aktiviti

penanaman cerucuk.

d) Pencemaran Bau

Page 2: Jenis Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran bau khususnya berlaku di kawasan pelupusan sampah hasil buangan

domestik. Sampah-sampah ini seringkali dibiarkan berlonggok tanpa dikutip atau

diselenggara sehingga akhirnya menimbulkan bau yang tidak menyenangkan kepada

penduduk yang tinggal di sekitarnya. Di samping itu, sikap tidak bertanggungjawab

sesetengah penduduk Taman Putra Perdana yang membuang sampah merata-rata juga

menyebabkan pencemaran ini terjadi. Umpamanya, sampah makanan yang dibiarkan di

tepi jalan sehingga menjadi basi dan busuk.

JENIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR DI TAMAN PUTRA PERDANA

JENIS PENCEMARAN BILANGAN RESPONDENUdara 6Air 5Bunyi 4Bau 5

JUMLAH 20(Sumber: Soal Selidik terhadap Penduduk Taman Putra Perdana

Dilakukan pada 12 Mac 2011)