jenis-jenis sekolah di malaysia

15
JENIS-JENIS SEKOLAH DI MALAYSIA

Upload: syidah-ahmad

Post on 06-Nov-2015

44 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

SEKOLAH MALAYSIA

TRANSCRIPT

  • JENIS-JENIS SEKOLAH DI MALAYSIA

  • SEKOLAH HARIAN (SMK)Sekolah menengah harian biasa yang menumpukan kepada aspek menyediakan hak pendidikan yang sama rata kepada rakyat di seluruh pelusuk Malaysia

  • SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA)

    Sekolah menengah harian atau pun berasrama yang memfokuskan kepada pembelajaran pendidikan yang berteraskan kepada ajaran Islam dan dalam masa yang sama juga menumpukan kepada kecemerlangan duniawi dan ukhrawi

  • SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK)

    Sekolah pondok, madrasah dan sekolah agama Islam lain merupakan sekolah yang berfungsi dengan menggunakan dana dan sumbangan daripada orang ramai atau badan-badan yang sudi. Namun kini sekolah berkenaan juga mendapat dana dan peruntukan daripada kerajaan dalam membaikpulih infrastruktur dan kemudahan di sekolah berkenaan.

  • SEKOLAH MENENGAH MUBALIGH

    Sekolah yang pada asalnya didirikan oleh mubaligh Kristian bagi memberi pendidikan kepada penduduk setempat serta menyediakan ruang untuk pembelajaran agama Kristian kepada yang beragama Kristian.

  • MAKTAB RENDAH SAINS MARA (MRSM)

    Sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan di kalangan Bumiputera.

  • SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

    Sekolah menengah perdana yang dikhaskan untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar yang memperolehi keputusan cemerlang di dalam UPSR dan PMR. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

  • SEKOLAH KLUSTER

    Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid dan sekaligus boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.

  • SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

    Sekolah Berprestasi tinggi ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Bertindak sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini.

  • KOLEJ VOKASIONAL / SEKOLAH MENENGAH TEKNIK / VOKASIONAL

    Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja separa professional dan professional dalam bidang teknikal dan kejuruteraan.

  • SEKOLAH SENI

    Sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

  • SEKOLAH SUKAN

    Sekolah Sukan Malaysia ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih.

  • SEKOLAH WAWASAN

    Beberapa sekolah awam berkongsi kemudahan yang sama di dalam sebuah sekolah yang dikenali sebagai Sekolah Wawasan. Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk menggalakkan interaksi yang lebih rapat antara kaum.

  • SEKOLAH AMANAH

    SEKOLAH 'separa korporat' akan menjadi kenyataan apabila pihak korporat dibenarkan terlibat secara langsung mengangkat status quo sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan - sama ada menengah atau rendah - di bawah inisiatif Sekolah Amanah mulai tahun depan.

  • SEKOLAH BESTARI

    Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah yang menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah di samping memastikan semua pelajar tanpa mengira latar belakang mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan.

    *