jenis jenis ayat

8
Kumpulan 1 Jessyca Anak Ungat Ellif Mopilin Mohd Hamdan Nur Hidayah Herman Marius

Upload: jessyca-ungat

Post on 17-Jun-2015

1.917 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jenis jenis ayat

Kumpulan 1

Jessyca Anak UngatEllif Mopilin

Mohd HamdanNur Hidayah

Herman Marius

Page 2: Jenis jenis ayat

Jenis-jenis ayat- Ayat-ayat bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis

Jenis-jenis ayat

Ayat penyata

Ayat tanya

Ayat perintah

Ayat seruan

Page 3: Jenis jenis ayat

Jenis-jenis ayat

Ayat Penyata

- Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan.

- Bertujuan untuk menyatakan atau memberi keterangan sesuatu hal.

-Ayat ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan.

Contohnya :

1. Eddona jurutaip.

2. Miyra sedabg tidur.

3. Caroline menjadi pegawai polis.

Page 4: Jenis jenis ayat

Jenis-jenis ayat

Ayat Tanya

- Digunakan untuk tujuan menanyakan

sesuatu hal.

Ayat tanya tanpa kata tanya

- Ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir nada.

- Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soal (?).

Contohnya :

1. Encik Jumat pengurusnya?

2. Adik masih menangis?

3. Dia tersenyum?

- Ayat tanya dengan kata tanya

- Menggunakan kata tanya seperti siapa, apa

dan mengapa.

Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya

- Ayat ini mengandungi kata ganti nama tanya seperti apa, siapa dan mana.

Contohnya :

1. Apa benda itu?

2. Manakah adik awak?

Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya

- Ayat-ayat yang didahului oleh frasa sendi nama seperti di mana, dari mana, sejak bila, sampai bila,

bagaimana dan sebagainya.

Contohnya ;

1. Tuan tinggal di mana?

2. Ani boleh memegang jawatan itu sampai bila?

Page 5: Jenis jenis ayat

Ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup- Ayat tanya tertutup ialah ayat tanya yang memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan.- Ayat tanya terbuka tidak terhad kepada perkataan ya atau tidak/bukan tetapi

sebaliknya bergantung kepada maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut.

Jenis-jenis ayat

Ayat Tanya Tertutup Ayat Tanya Terbuka

1. Encik Jumat pengurusnya? Ya, Encik Jumat pengurusnya.2. Ke sekolahkah murid-murid? Ya, murid-murid ke sekolah.

1. Apakah benda itu? Benda itu alat komputer.2. Dari manakah mereka datang? Mereka datang dari Brunei.

Page 6: Jenis jenis ayat

Jenis-jenis ayat

Ayat Perintah- Diucapkan dengan

tujuan untuk menimbulkan sesuatu

tindakan.- Perintah ditujukan kepada orang kedua seperti awak,kamu,

engkau dan sebagainya.

Ayat suruhan- Bertujuan untuk memberi perintah atau arahan

Contohnya :1. Keluar dari bilik ini!2. Pergi dari sini!3. Pukullah ular itu.

Ayat Larangan- Ayat menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, atau tak usah.

Contohnya :1. Jangan duduk di sini.2. Janganlah menangis.3. Usahlah dikenang lagi

perkara itu.

Ayat Silaan- Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang

Contohnya :1. Sila datang ke rumah saya.2. Jemput masuk.

Ayat permintaan- Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti tolong dan minta dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan

Contohnya :1. Minta tuan benarkan kami

masuk.2. Tolong selesaikan

pergaduhan ini.

Page 7: Jenis jenis ayat

Ayat Seruan- Ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan

melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya.

- Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!).- Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dan

sebagainya. Contohnya :

Jenis-jenis ayat

1 Cis, terimalah tikamanku ini!

2 Amboi, garangnya!

3 Aduh,sakitnya!

4 Syabas, engkau telah menang!

5 Eh, kamu rupanya yang datang!

Page 8: Jenis jenis ayat

Sekian,terima kasih.