jenayah perdagangan manusia

5
JENAYAH PERDAGANGAN MANUSIA (PUNCA, KESAN & LANGKAH) PENDAHULUAN: merupakan antara jenayah tertua dianggap sebagai suatu industri universal tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan, kegiatan perdagangan manusia di negara itu melibatkan keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3. 5 bilion hingga RM10.5 bilion) setahun. Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia dengan sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya diperdagangkan di AS setahun Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan Jenayah (UNODC) menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilion hingga AS$9 bilion (RM17.5 bilion hingga RM31.5 bilion) setahun Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam kebanyakan negara termasuk Malaysia Perangkaan rasmi memperlihatkan kira-kira 2.7 juta manusia diseludup di seluruh dunia setiap tahun dengan 80 peratus daripadanya membabitkan wanita dan kanak- kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran dan sebagainya. PUNCA: 1. Kemiskinan/ kesempitan hidup 2. Terpengaruh tawaran kerja 3. Kurang didikan moral/agama

Upload: delevingnejr

Post on 20-Feb-2016

252 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

keypoints for essay

TRANSCRIPT

Page 1: JENAYAH PERDAGANGAN MANUSIA

JENAYAH PERDAGANGAN MANUSIA (PUNCA, KESAN & LANGKAH)

PENDAHULUAN:

merupakan antara jenayah tertua

dianggap sebagai suatu industri universal

tidak tertakluk kepada satu-satu negara untuk beroperasi

Laporan Perdagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat

menganggarkan, kegiatan perdagangan manusia di negara itu melibatkan

keuntungan antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion (RM3. 5 bilion hingga RM10.5

bilion) setahun.

Dianggarkan sekitar 600,000 hingga 800,000 orang menjadi mangsa sindiket

perdagangan manusia dengan sekitar 14,500 hingga 17, 500 daripadanya

diperdagangkan di AS setahun

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Khusus Membanteras Dadah dan

Jenayah (UNODC) menganggap perdagangan manusia sebagai industri jenayah

yang menjana keuntungan sekitar AS$5 bilion hingga AS$9 bilion (RM17.5 bilion

hingga RM31.5 bilion) setahun

Isu perdagangan manusia kini menjadi antara fenomena yang mengancam

kebanyakan negara termasuk Malaysia

Perangkaan rasmi memperlihatkan kira-kira 2.7 juta manusia diseludup di seluruh

dunia setiap tahun dengan 80 peratus daripadanya membabitkan wanita dan kanak-

kanak yang diperalatkan bagi tujuan tertentu termasuk pelacuran dan sebagainya.

PUNCA:

1. Kemiskinan/ kesempitan hidup

2. Terpengaruh tawaran kerja

3. Kurang didikan moral/agama

4. Materialistik

5. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah

6. Taraf pendidikan mangsa

KESAN:

1. Imej negara terjejas

2. Masalah sosial meningkat

3. Penyakit berjangkit

Page 2: JENAYAH PERDAGANGAN MANUSIA

Aktiviti pemerdangan manusia adalah segala bentuk pengeksplotasian ke atas manusia. Terdapat pelbagai kesan negatif kepada negara disebabkan aktiviti ini dan beberapa usaha boleh dilakukan untuk mengekang masalah ini daripada terus berlaku.

Antara kesan negatif aktiviti pemerdangan manusia ialah mencemarkan imej negara. Aktiviti pemerdangan manusia yang berlaku secara giat di negara ini akan meninggalkan tanggapan negatif dari negara lain. Hal ini akan membantutkan pertumbuhan ekonomi di negara kita kerana para pelabur tidak berminat untuk melabur di negara ni disebabkan masalah pemerdagangan manusia. Sektor pelancongan yang turut menyumbang kepada pendapatan negara juga akan terjejas kerana pelancong asing berasa khuatir akan keselamatan mereka apabila berada di Malaysia.

Selain itu, berlaku peningkatan jenayah di negara ini. Aktiviti pemerdagangan manusia menyebabkan peratusan kadar jenayah di negara ini kian meningkat. Sebahagian besar manusia yang diperdagangkan ini terlibat dalam jenayah seperti pecah rumah, rompakan, sendiket dadah, dan sebagainya untuk mencari sumber kewangan. Terdapat juga sebahagian daripada mereka yang bekerja sebagai pelacur bagi mendapatkan duit untuk menampung keperluan hidup.

Seterusnya, aktiviti pemerdangan manusia juga menyebabkan berlaku penularan penyakit berjangkit. Sebahagian besar manusia yang diperdagangkan ini berasal dari negara yang mundur seperti Afrika Tengah, India, dan sebagainya. Golongan ini mempunyai taraf kesihatan yang rendah dan kebanyakkannya menghidap penyakit berjangkit seperti tibi, virus HIV, dan AIDS. Pergaulan mereka dengan masyarakat tempatan di negara ini di bimbangi akan merebakkan penyakit-penyakit berbahaya tersebut.

Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mengekang masalah ini daripada berterusan ialah dengan mengetatkan kawalan di sempadan. Pihak berkuasa perlulah lebih giat mengawal sempadan di negara ini daripada kemasukan golongan manusia yang di perdagangankan. Rondaan yang kerap perlu dilakukan bagi mengenalpasti pintu masuk haram manusia yang di perdangangkan ini. Kemasukan warga asing ke negara ini perlulah melalui syarat-syarat yang ketat agar golongan pemerdagangan manusia ini dapat dikesan dan dibawa ke muka pengadilan.

Di samping itu, pelaksanaan kempen juga boleh dilakukan bagi membendung aktiviti tidak bermoral ini. Kempen yang diadakan bertujuan untuk memaparkan kepada umum tentang keburukan aktiviti pemerdangan manusia, denda, dan hukuman yang boleh dikenakan kepada induvidu yang terlibat dalam aktiviti ini, dan usaha yang boleh dilakukan untuk membendung gejala ini. Melalui ini, orang awam akan lebih sedar akan tanggungjawab mereka dalam usaha membendung aktiviti pemerdangan manusia. Kempen ini boleh dilakukan menerusi media massa elektronik dan bercetak, seterusnya dipaparkan di sekolah, tempat awam seperti pasaraya, perhentian bas, dan sebagainya.

Kesimpulannya, aktiviti pemerdagangan manusia haruslah di banteras dengan segiat mungkin agar isu ini tidak meninggalkan kesan negatif kepada negara. Semua pihak perlu turun padang bagi membendung aktiviti pemerdangan manusia ini.

Page 3: JENAYAH PERDAGANGAN MANUSIA

ESEI PENGAJIAN AM: PEMERDAGANGAN MANUSIA (ORANG)

Pengenalan      Pemerdagangan orang adalah satu bentuk perhambaan di mana ia juga merupakan satu jenayah yang seharusnya dipandang serius oleh masyarakat pada masa kini. Pelbagai punca yang menyumbang kepada berlakunya peningkatan kes pemerdagangan manusia.Punca kes pemerdagangan manusia meningkat1. Kuat kuasa undang-undang yang tidak berkesanLokasi strategi seperti lapangan terbang pintu masuk sempadan atau pelaburan menjadi tumpuan agen-agen khas yang dilantik sindiket bagi berurusan dengan pihak berkuasa meneruskan aktiviti penyeludupan manusia.Terdapat sesetengah pihak berkuasa yang diamanahkan untuk bertanggungjawab terhadap penjagaan sempadan, mengambil rasuah daripada sindiket dan bertindak memandang sebelah mata.

2. Kurang pendedahan mengenai jenayah penyeludupan manusiaWarga-warga asing yang berpendidikan rendah mudah ditipu oleh sindiket pemerdagangan manusia kerana mereka kurang tahu mengenai wujudnya sindiket pemerdagangan manusia ini.Rakyat tempatan juga kurang memberi maklumat mengenai kewujudan jenayah ini kerana mereka juga tidak tahu bahawa jenayah ini sudah menjadi salah satu musuh negara yang berada pada tahap yang membimbangkan. 

3. Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesatPermintaan guna tenaga buruh asing yang tinggi di Malaysia oleh majikan tempatan disebabkan faktor perbelanjaan yang murah.Sesetengah rakyat asing  tertarik untuk datang ke Malaysia kerana dijanjikan peluang pekerjaan yang menghasilkan gaji yang lumayan, namun pada hakikatnya mereka ditipu dan diberi kerja sebagai hamba, pelacur dan buruh paksa.

4. Faktor sempadan yang luasMalaysia mengalami masalah logistik dan sumber manusia dalam mengawasi persempadanan yang begitu panjang sehingga memudahkan aktiviti pemerdagangan manusia oleh sindiket.Faktor ini turut melambatkan tindakan pengesanan sindiket yang membawa masuk orang yang didagang.

Kesan pemerdagangan manusia 1. Nama baik Malaysia terjejasKedudukan Malaysia dalam senarai 16 negara berprestasi buruk dalam mengekang isu pemerdagangan manusia mencemarkan imej negara di antarabangsa.Isu ini menunjukkan negara lemah dalam mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang.

2. Undang-undang dan keselamatan negara terancamKes-kes tertentu juga mencetuskan pertikaian diplomatik antara negara berhubung layanan terhadap mangsa penyeludupan. Ia melibakan banyak pihak seperti di peringkat negara sumber, transit dan destinasi, sindiket antarabangsa, mangsa dan mereka yang bersuhabat, yang kesemuanya boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan sempadan.

3. Hubungan Diplomatik antara negara terjejas Penyeludupan orang melanggar hak sesebuah negara dan isu yang berlaku menjejaskan hubungan diplomatik antara negara. Sebagai contohnya, Malaysia menjalin hubungan

Page 4: JENAYAH PERDAGANGAN MANUSIA

diplomatik yang erat dengan China.Isu-isu seperti penderaan, pembunuhan pembantu rumah menimbulkan rasa tidak puas hati antara negara yang terlibat.

4. Masalah sosial meningkatPelbagai masalah sosial akan wujud dan bertambah merebak dalam masyarakat. Sebagai contohnya, penyakit berjangkit menular dalam masyarakat.

Penutup      Kesimpulannya, isu pemerdagangan orang bukan sahaja dihadapi Malaysia, malah ia juga fenomena seluruh dunia. Semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang supaya keselamatan negara terjamin.