jawatankuasa fatwa

5
SEKOLAH PENGAJIAN ISLAM SEMESTER 2 2012/2013 JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG KURSUS : PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA ( ASU 2032 ) PENSYARAH : PUAN.HASIAH BINTI MAT SALLEH TAJUK : JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA PELAJAR: NOR ADILAH FITRI BINTI AZHAR ( PID12112 ) KUMPULAN 3

Upload: nor-adilah

Post on 23-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Fatwa

TRANSCRIPT

Page 1: Jawatankuasa Fatwa

SEKOLAH PENGAJIAN ISLAM

SEMESTER 2 2012/2013

JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG

KURSUS :

PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA ( ASU 2032 )

PENSYARAH :

PUAN.HASIAH BINTI MAT SALLEH

TAJUK :

JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA

PELAJAR:

NOR ADILAH FITRI BINTI AZHAR ( PID12112 ) KUMPULAN 3

Page 2: Jawatankuasa Fatwa

1.1 LATARBELAKANG JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA.

1.1.1 Penubuhan

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ditubuhkan

pada awal tahun 1970 sebagaimana diperuntukan pada Perkara 11 Peraturan Majlis

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Jawatankuasa ini merupakan

badan pengeluar fatwa di peringkat Kebangsaan atas apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya

oleh Majlis Raja-Raja. Sementara MKI yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri

merupakan badan penyelaras di peringkat Persekutuan yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja

pada Mac 1968.

 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah bersidang buat pertama kalinya pada 23 hingga

24 Jun 1970 yang dipanggil dengan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

tersebut berlangung sebanyak 18 kali dan yang terakhir diadakan pada 14 Mei 1980.

Kemudiaannya penggunaan perkataan Persidangan ditukar kepada perkataan Muzakarah.

Maka pada tarikh 28 hingga 29 Jun 1981 diadakan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis

Kebangsaan Bagi Kali Pertama.1

1.1.2 Tugas Antara tugas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengikut pada Perkara 14 Peraturan

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia adalah menimbang, memutus dan

mengeluarkan fatwa atas apa-apa perkara berkenaan dengan agama Islam yang dirujuk

kepadanya oleh Majlis Raja-Raja. Jawatankuasa ini akan mengemukakan pendapat-

pendapatnya kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) yang

kemudian menghantarkannya bersama dengan pengesyoran-pengesyoran kepada Majlis Raja-

Raja.2

1 http://www.e-fatwa.gov.my. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.06/01/2013.2 http://www.e-fatwa.gov.my. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.06/01/2013.

Page 3: Jawatankuasa Fatwa

1.1.3 Keanggotaan 

Secara ringkas ahli-ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama

Islam Malaysia terdiri daripada seorang pengerusi yang dilantik oleh Majlis Kebangsaan Bagi

Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) di kalangan ahlinya. Mufti tiap-tiap negeri yang mengambil

bahagian atau seorang yang mewakili Negeri dalam Hal Ehwal Agama Islam. Sembilan orang

alim ulama dan kalangan profesional serta pakar-pakar muslim yang dipilih dan dilantik oleh

Majlis Raja-Raja dan seorang ahli yang beragama Islam dari Perkhidmatan Kehakiman dan

Undang-undang atau dari professional undang-undang yang dipilih dan dilantik oleh Majlis

Raja-Raja.3

Keahlian anggota Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam

Malaysia.

1. Y. Bhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Bin Haji Husin ( Pengerusi

Jawatankuasa Fatwa MKI ).

2. Y.Bhg. Dato' Haji Othman bin Mustapha ( Setiausaha Jawatankuasa Fatwa MKI ).4

1.1.4 Objektif Jawatankuasa Undang- Undang Agama ( Fatwa )

1. Memberikan penjelasan hukuman dan fatwa secara mendalam kepada masyarakat islam.

2. Membantu pelaksanaan penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran dan pembangunan

ummah.

3. Membantu Majlis Raja-raja dan Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam melaksanakan

syariat islam.

4. Mempertingkatkan undang-undang Syariah yang berjalan sekarang.

5. Terkini adalah penubuhan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menyelaras semua fatwa negeri-

negeri.5

1.2 FATWA

3 http://www.e-fatwa.gov.my. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.06/01/2013.4 http://www.e-fatwa.gov.my. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.06/01/2013.5 Ruzian Markom.Apa Itu Undang-Undang.PTS Publication & Distributors.2003.Pahang.H.145.

Page 4: Jawatankuasa Fatwa

1.2.1 Definisi Fatwa

Perkataan fatwa berasal daripada perkataan Arab iaitu fata-yaftu-fatwa atau ifta. Daripada

segi istilah ia bermaksud suatu perubahan yang dikeluarkan oleh alim mengenai hukum-

hukum yang berkaitan dengan syariah.

Jawatankuasa Fatwa Wilayah Perseketuan mendefinisikan fatwa sebagai suatu penentuan

syarie yang tidak didapati dalam mana-mana nas ( nas yang tidak jelas yang memerlukan

fatwa atau tidak ada nas yang berhubung dengan sesuatu hukum ). Fatwa ini diputuskan

berdasarkan istinbat ( mengambil sesuatu penentuan atau mengeluarkan hukum) dan istidlal

( keputusan yang diambil daripada penghujahan atau pendalihan ).6

1.2.2. Kaedah Fatwa

Kebiasaannya Majlis dan Jawatankuasa Fatwa menggunakan qaul ( kata-kata ) yang

muktamad dalam Mazhad Syafie. Tetapi jika pendapat tersebut bertentangan dengan kebaikan

masyarakat, Majlis dan Jawatankuasa Fatwa boleh mengikut qaul yang dhaif daripada

Mazhad Syafie. Misalnya menggunakan pendapat 3 Mazhad lain seperti Hanafi, Maliki dan

Hanbali. 7

Prosedur Membuat Fatwa Adalah Melalui Dua Cara :

Pertama: Berdasar Seksyen 41 (1) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989

mengatakan Jawatankuasa Fatwa dibenarkan mengeluarkan fatwa melalui permintaan

bertulis daripada mana-mana pihak yang dihantar kepada Jawatankuasa Fatwa. : “ Siapa-siapa

boleh menghantar surat kepada Setiausaha Jawatankuasa Fatwa mengenai agama islam atau

nas atau undang-undang Adat Istiadat Melayu. Surat akan segera diserahkan kepada

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa.

Kedua : Mengikut Seksyen 41 (3) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989

yang menyatakan Jawatankuasa Fatwa boleh mengeluarkan fatwa bila-bila masa tanpa

permintaan daripada mana-mana pihak.” Majlis pada bila-bila masa dengan kehendak sendiri

boleh membuat dan mengistiharkan apa-apa fatwa.”

Seksyen 42 (3) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor mengatakan “ Setiap fatwa

yang sudah ditetapkan hukumnya hendaklah digazet dalam warta kerajaan.”8

6 Ruzian Markom.Apa Itu Undang-Undang.PTS Publication & Distributors.2003.Pahang.H.145-147.7 Ruzian Markom.Apa Itu Undang-Undang.PTS Publication & Distributors.2003.Pahang.H.146.8 Ruzian Markom.Apa Itu Undang-Undang.PTS Publication & Distributors.2003.Pahang.H.147-148.

Page 5: Jawatankuasa Fatwa

1.2.3. Kedudukan Fatwa Sebagai Autoriti Undang-Undang

Fatwa yang dikeluarkan adalah fatwa daripada mufti negeri atau jawatankuasa syariah yang

ditubuhkan oleh kerajaan negeri atau fatwa yang dikeluar oleh Majlis Kebangsaan bagi Hal

Ehwal Agama Islam atau pihak kerajaan. Fatwa bukanlah keputusan yang muktamad tetapi

penjelasan mengenai hukum syarak sebagai panduan masyarakat islam.

Oleh itu fatwa mesti selaras dengan hujan tersebut:

1. Firman Allah dalam Surah Al-Nisa ayat yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang

beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan orang yang berkuasa

di kalangan kamu.

2. Sesuatu fatwa dikeluarkan selepas mendapat persetujuan daripada Raja atau YDA atau

Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu.

3. Sesuatu fatwa sudah diwartakan dan dikeluarkan dalam Warta Rasmi Kerajaaan.9

9 Ruzian Markom.Apa Itu Undang-Undang.PTS Publication & Distributors.2003.Pahang.H.148-149