jawapan naskah pelajar

52
 MODUL KAJIAN KES DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB 1  KAJIAN KES 1 Syarikat Mega Berhad ialah sebuah syarikat a utomobil negara yang terlibat dalam pengeluaran kereta untuk pasaran tempatan. Hasil kajian syarikat mendap ati nilai pekali keanjalan harga permintaan kereta ialah 1.5, maka pihak syarik at mengambil keputusan untuk m enurunkan harga kereta. Kesannya  permintaan kereta telah meningk at. Syarikat Mega Berhad bercadang untuk meningkatkan keluarannya bagi menampung peningkatan  permintaan dengan menambah bilangan buruh kepada 900 orang. Jadual 2 yang tidak le ngkap menunjukkan pengeluaran jangka pendek Syarikat Mega Berhad. Mesin Buruh Jumlah Keluaran Unit Keluaran Purata Keluaran Sut 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 0 100 200 300 400 500 600 700 800 900 1 000 0 1 000 2 400 4 100 6 000 w 9 300 10 300 10 800 10 800 10 500 - 10 12 13.7 15 15.6 15.5 x 13.5 12 10.5 - 10 y 17 19 18 15 10 5 0 -.3 Jadual 2 Komponen kereta syarikat ini diimport dari Jepun, Thailand dan United Kingdom yang juga merupakan rakan dagang import utama neg ara. Prestasi syarikat m ula terjejas apabila ketiga-tiga negara ini mengalami masalah inflasi y ang serius. Ini menyebabk an kos pengeluaran syarikat meningkat secara mendadak. Peningkatan ini mendorong syarikat menaikk an harga kereta keluarannya. Kenaikkan ini menyebabkan tingkat harga um um dalam negara menin gkat dan kuasa beli pengguna jatuh. Bagi menjaga kepentingan pengguna, persatuan pengguna telah menghantar memorandum supaya kerajaan mempertingkatkan tindakan berikut: (i) Menaikkan cukai jualan (ii) Menaikkan kadar faedah pinjaman Berdasarkan kes itu, jawab soalan-soalan berikut :- (a) Tafsirkan nilai keanjalan harga permintaan hasil kajian syarikat itu. [2 markah] - anjal / %Q > %P / %P < %Q - harga kereta turun 1%, kuantiti diminta bertam bah 1.5% (b) (i) Hitungkan nilai-nilai w, x dan y. [4 markah] w = 7 800 / L x AP / 500 x 15.6 x = 14.7 / L TP  / 700 300 10  y = 100 200 000 1 400 2  = L TP  / 14

Upload: nurul-aida

Post on 08-Oct-2015

198 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jawapan

TRANSCRIPT

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    1

    KAJIAN KES 1

    Syarikat Mega Berhad ialah sebuah syarikat automobil negara yang terlibat dalam pengeluaran kereta untuk pasaran tempatan. Hasil kajian syarikat mendapati nilai pekali keanjalan harga permintaan kereta ialah 1.5, maka pihak syarikat mengambil keputusan untuk menurunkan harga kereta. Kesannya permintaan kereta telah meningkat. Syarikat Mega Berhad bercadang untuk meningkatkan keluarannya bagi menampung peningkatan permintaan dengan menambah bilangan buruh kepada 900 orang. Jadual 2 yang tidak lengkap menunjukkan pengeluaran jangka pendek Syarikat Mega Berhad.

    Mesin Buruh Jumlah Keluaran

    Unit

    Keluaran

    Purata Keluaran Sut

    100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100

    0 100 200 300 400 500 600 700 800 900

    1 000

    0 1 000 2 400 4 100 6 000

    w 9 300

    10 300 10 800 10 800 10 500

    - 10 12

    13.7 15

    15.6 15.5

    x 13.5 12

    10.5

    - 10

    y

    17 19 18 15 10 5 0

    -.3

    Jadual 2

    Komponen kereta syarikat ini diimport dari Jepun, Thailand dan United Kingdom yang juga merupakan rakan dagang import utama negara. Prestasi syarikat mula terjejas apabila ketiga-tiga negara ini mengalami masalah inflasi yang serius. Ini menyebabkan kos pengeluaran syarikat meningkat secara mendadak. Peningkatan ini mendorong syarikat menaikkan harga kereta keluarannya. Kenaikkan ini menyebabkan tingkat harga umum dalam negara meningkat dan kuasa beli pengguna jatuh. Bagi menjaga kepentingan pengguna, persatuan pengguna telah menghantar memorandum supaya kerajaan mempertingkatkan tindakan berikut: (i) Menaikkan cukai jualan (ii) Menaikkan kadar faedah pinjaman Berdasarkan kes itu, jawab soalan-soalan berikut :- (a) Tafsirkan nilai keanjalan harga permintaan hasil kajian syarikat itu. [2 markah]

    - anjal / %Q > %P / %P < %Q - harga kereta turun 1%, kuantiti diminta bertambah 1.5%

    (b) (i) Hitungkan nilai-nilai w, x dan y. [4 markah] w = 7 800 / L x AP / 500 x 15.6

    x = 14.7 / L

    TP /

    700

    30010

    y = 100200

    00014002

    =

    L

    TP

    / 14

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    2

    (ii) Tindakan syarikat itu untuk menambah bilangan buruh kepada 900 orang adalah tidak wajar. Berdasarkan Jadual 2, berikan alasan dan cadangkan tindakan yang sepatutnya diambil. - Keluaran sut buruh pada buruh ke 900 adalah sifar/ jumlah keluaran tidak berubah / jumlah keluaran maksimum - Syarikat patut memilih bilangan buruh ke-400 kerana keluaran sut buruh mencapai maksimum (c) Adakah memorandum persatuan pengguna sesuai untuk mengatasi kenaikan tingkat harga umum dalam negara itu? Berikan alasan anda. [5 markah]

    Ya Alasannya :- - Menaikkan cukai jualan - harga kereta akan meningkat - permintaan kereta turun - Menaikkan kadar faedah pinjaman - pinjaman oleh orang ramai berkurang - penawaran wang di pasaran berkurang (d) Bagaimanakah bank pusat berperanan membantu menjayakan hasrat persatuan pengguna itu? [11 markah] - Jual surat jaminan kerajaan - SS wang dalam pasaran berkurang - DD/kuasa abeli jatuh - Menaikkan kadar rizab tunai - kemampuan bank memberi pinjaman berkurang - penawaran wang dalam pasaran jatuh - jumlah pinjaman jatuh - Menaikkan kadar rizab berkanun - kemampuan bank memberi pinjaman berkurang - penawaran wang dalam pasaran jatuh - jumlah pinjaman jatuh

    - Mengetatkan syarat sewa beli - memendekkan tempoh/mengurangkan jumlah maksimum pinjaman - pinjaman berurang/permintaan jatuh - penawaran wang berkurang

    ATAU

    Tidak

    Alasannya :- - Permintaan kereta naik - Inflasi bertambah buruk - Pinjaman orang ramai berkurangan

    - penawaran wang di pasaran berkurang

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    3

    KAJIAN KES 2

    Encik Azli ialah seorang pesara tentera yang telah menerima wang ganjaran sebanyak RM50 000. Beliau bercadang menabung 20% daripada wang ganjaran tersebut untuk tempoh satu tahun di sebuah institusi kewangan. Institusi itu menawarkan kadar faedah 2.5% setahun bagi Simpanan Tabungan dan kadar faedah 3% setahun bagi Simpanan Tetap. Beliau membuat keputusan untuk menabung dalam Simpanan Tabungan. Sementara itu Encik Azli telah membuka perniagaan batik secara kecil-kecilan dengan menggunakan baki wang ganjaran tersebut. Memandangkan permintaan terhadap batik tempatan semakin meningkat, beliau bercadang untuk membesarkan perniagaannya tetapi beliau menghadapi masalah modal yang tidak mencukupi. Beliau telah berusaha mendapatkan modal daripada beberapa sumber. Setelah berjaya memperoleh modal tersebut, perniagaan beliau semakin maju. Dua tahun kemudian, beliau mendapati potensi industri batik tempatan boleh dikembangkan ke peringkat antarabangsa. Pada masa sama, pasaran batik tempatan menghadapi persaingan daripada batik Indonesia. Encik Azli berharap kerajaan akan mengenakan sekatan-sekatan perdagangan antarabangsa untuk melindungi industri batik tempatan tanpa menjejaskan hubungan diplomatik dengan rakan dagang. Berdasarkan situasi kes di atas, jawab soalan-soalan berikut:- (a) (i) Adakah anda bersetuju dengan keputusan menabung yang dibuat oleh Encik Azli? Berikan alasan anda. [3 markah]

    Tidak setuju - Simpanan tetap - kadar faedah lebih tinggi

    (ii) Bagaimanakah Encik Azli beoleh menambahkan pendapatannya selain daripada yang dinyatakan dalam situasi di atas? [8 markah]

    Membeli aset/harta tetap/contoh : tanah/rumah - terima ganjaran untung Pelaburan/Membeli barang modal/ Contoh : Membeli harta pada harga rendah untuk dijual pada harga tinggi - terima ganjaran untung Membeli unit amanah saham/surat jaminan kerajaan/Contoh : ASB/ASW/ASN/bil perbendaharaan - terima ganjaran dividen/faedah Membeli polisi insurans nyawa/takaful keluarga - terima ganjaran faedah/dividen/bonus

    (b) Jelaskan sumber-sumber pinjaman yang boleh membantu Encik Azli menambahkan modal. [5 markah] Bank perdagangan/Bank Islam - pinjaman bercagar/overdraf Syarikat kewangan - pinjaman perusahaan Agensi kerajaaan/Contoh : MARA, Bank Pembangunan dan Infrastruktur - pinjaman perniagaan

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    4

    (c) Huraikan tiga bentuk sekatan yang boleh kerajaan laksanakan bagi melindungi industri itu. [9 markah] Tarif - cukai terhadap import batik Indonesia - harga batik import meningkat/ DD batik tempatan meningkat/ DD batik import berkurangan Kuota - menghadkan kuantiti import batik Indonesia - SS batik Indonesia berkurangan Subsidi - bantuan kewangan kepada pengeluar batik tempatan - kos pengeluaran batik tempatan berkurang/ harga batik tempatan murah Kawalan pertukaran asing - menghadkan pembelian pertukaran asing oleh pengimport batik Indonesia - SS batik Indonesia berkurang

    Sekatan bukan ekonomi - mengenakan undang-undang / peraturan / syarat-syarat tertentu ke atas batik Indonesia - SS batik Indonesia berkurang Nota : Tak terima embargo

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    5

    KAJIAN KES 3

    Syarikat Aroma, pengimport tunggal alat ganti kenderaan telah membuat kajian tentang harga alat-alat ganti kenderaan di pasaran domestik pada tahun 2005. Hasil kajian bagi dua jenis alat ganti ditunjukkan dalam rajah berikut: Oleh itu, Syarikat Aroma telah menetapkan sasaran keuntungan sebanyak 35% pada tahun 2006. Peningkatan sasaran ini memerlukan syarikat mengimport lebih banyak alat ganti dari luar negara seperti Perancis dan Amerika Syarikat. Dianggarkan nilai import alat ganti kenderaan ialah sebanyak RM700 juta. Pihak pengurusan syarikat telah dimaklumkan pada masa kini, pengeluar alat ganti kenderaan Amerika Syarikat diberi bantuan subsidi sebanyak 12% lebih tinggi daripada yang dinikmati oleh pengeluar di Perancis. Berikut adalah maklumat perdagangan negara Perancis dan Amerika Syarikat:

    Bil Butiran Perancis Amerika Syarikat

    1

    2

    3

    4

    Kadar pertukaran asing Kadar tarif Kos Pengangkutan Syarat penghantaran barang ke pasaran domestik

    RM1 = 0.22 20% Rendah Label kandungan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

    RM1 = US$0.20 5% Tinggi Label kandungan dalam Bahasa Inggeris sahaja

    Pada bulan Febuari 2006, bencana alam telah berlaku di Perancis dan Amerika Syarikat. Ini menyebabkan pengeluaran di kedua-dua negara tersebut menghadapi kesulitan untuk membekalkan alat ganti kepada pengimport. Keadaan ini telah menyebabkan gangguan bekalan alat ganti kenderaan di pasaran domestik. Syarikat Aroma terpaksa mengurangkan bekalan kepada peniaga-peniaga alat ganti dan menangguhkan penghantaran alat ganti kenderaan ke negeri-negeri pantai timur, Sabah dan Sarawak untuk tempoh enam bulan.

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    6

    Berdasarkan situasi kes di atas, jawab soalan berikut: (a) (i) Hitungkan nilai pekali keanjalan harga penawaran Alat Ganti J. [2 markah] Gunakan rumus :

    Keanjalan Harga Penawaran = aargHPerubahanPeratus

    DitawarKuantitiPerubahanPeratus

    100x50

    5060

    100x200

    200300

    =

    %20

    %50 = 2.5

    (ii) Tafsirkan nilai pekali keanjalan tersebut. [2 markah]

    - anjal - harga naik 1%, SS bertambah 2.5%

    (b) (i) Bagi memastikan tingkat keuntungan syarikat maksimum, tentukan negara manakah yang menjadi pilihan utama Syarikat Aroma? [1 markah]

    Jika pilih negara Amerika Syarikat

    (ii) Huraikan dua alasan anda. [6 markah] - Subsidi AS lebih tinggi daripada Perancis - harga alat ganti lebih murah - kuantiti lebih banyak - Kadar tarif lebih rendah - harga alat ganti lebih murah - kuantiti import lebih banyak

    ATAU

    Jika pilih Perancis - Kadar PA RM lebih tinggi/nilai RM lebih mahal/nilai EUro lebih murah - harga alat ganti lebih murah - kuantiti import lebih banyak - Kos pengangkutan lebih rendah - harga alat ganti lebih murah - kuantiti import lebih banyak - Syarat penghantaran lebih fleksibel - label dalam bahasa Belayu - mudah kepada pengguna/syarikat

    (c) Jelaskan kesan pengurangan bekalan alat ganti kenderaan tersebut kepada pihak berikut:- (i) pengguna [3 markah] - Peluang pekerjaan berkurangan - Pendapatan pengguna berkurang - Kebajikan pengguna terjejas/kereta rosak tak dapat alat ganti/harga alat ganti lebih mahal - Permintaan terhadap pengangkutan awam bertambah

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    7

    (ii) pengedar [3 markah]

    - Tingkat keuntungan syarikat berkurangan/rugi - Tiada pelaburan baru/syarikat tidak buat pelaburan baru - harga alat ganti mahal/DD>SS - Imej syarikat terjejas

    (iii) pengeluar [3 markah]

    - SS/pengeluaran alat ganti kenderaan berkurang - Eksport jatuh - Tingkat keuntungan firma berkurang/rugi - Tiada pelaburan baru

    (iv) kerajaan [5 markah]

    - Pengangguran tinggi - Pendapatan kerajaan melalui cukai import/cukai jualan jatuh - Import jatuh/berkurang - Aliaran keluar RM berkurang - Imbangan dagangan cenderung menjadi positif - Imbangan pembayaran cenderung menjadi positif/bertambah

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    8

    KAJIAN KES 4

    Encik Husni, pengurus besar syarikat Klasik Sendirian Berhad menjalankan perniagaan perabot antik. Perabot keluaran syarikatnya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan tempatan. Oleh itu, Encik Husni bercadang untuk memperkenalkan perabot model baru tetapi menghadapi masalah modal. Encik Halim, pengurus kewangan syarikat telah mencadangkan supaya mendapatkan tambahan modal daripada sumber dalam syarikat tetapi tidak dipersetujui oleh Encik Husni. Sebaliknya, beliau mengesyorkan membuat pinjaman daripada sumber luar syarikat. Sementara itu, pengeluaran perabot model baru memerlukan Encik Husni menambahkan bilangan buruh dan mesin yang ada. Maklumat berikut berkaitan dengan dua kaedah pengeluaran yang perlu dipertimbangkan untuk dipilih oleh Encik Husni.

    Faktor Pengeluaran

    (Unit)

    Kaedah pengeluaran Kos Seunit Input

    (RM) W X

    Buruh

    Mesin

    40

    1

    30

    3

    50.00

    500.00

    Output (unit)

    10 000 10 000 -

    Encik Husni telah memilih kaedah pengeluaran yang dapat memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos. Hasil daripada penggunaan kaedah pengeluaran baru ini telah menyebabkan syarikat berjaya mengeksport perabot ke pasaran Asia Tenggara. Kesannya permintaan terhadap perabot antik bertambah. Peningkatan dalam permintaan perabot antik menyebabkan masa kerja dan beban tugas pekerja bertambah. Pekerja-pekerja diminta bekerja pada hari minggu dan bekerja secara bergilir dalam tiga waktu pekerja. Ini menyebabkan sebahagian besar pekerja berasa tidak berpuas hati dan menuntut kenaikan gaji sebanyak 20 peratus, jika tidak mereka akan beralih ke syarikat lain. Encik Husni telah membawa perkara ini kepada ahli lembaga pengarah syarikat dan mereka bersetuju menaikkan gaji sebanyak 10 peratus disamping menyediakan beberapa kemudahan sampingan kepada pekerja. Namun begitu, masih terdapat segelintir pekerja membuat keputusan untuk bertukar kerja ke syarikat lain. Prestasi kewangan syarikat yang memberangsangkan telah menyebabkan keuntungan syarikat bertambah sebanyak 30 peratus berbanding tahun sebelumnya. Kenaikan ini juga menyebabkan beban membayar cukai keuntungan syarikat kepada kerajaan meningkat. Oleh itu, Encik Husni bercadang menaikkan harga perabot keluaran syarikatnya bagi menampung beban cukai tersebut. Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut : (a) Mengapakah Encik Husni tidak bersetuju dengan cadangan Encik Halim? [6 markah]

    - jumlah pinjaman banyak - tempat/pilihan pinjaman banyak *sumber/punca diterima - jenis pinjaman banyak/pinjaman bercagar/perniagaan/perusahaan - prosedur/dokumentasi yang lebih baik/terancang/sistematik - menjimatkan kos/masa/mudah diperoleh - lain-lain perkhidmatan disediakan seperti khidmat nasihat pengurusan - Contoh : bank perdagangan/syarikat kewanga/BSN/agensi kerajaan/badan berkanun - mengurangkan cukai pendapatan syarikat - daripada sumber dalam syarikat sedikit

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    9

    (b) (i) Tentukan kaedah pengeluaran yang dipilih oleh Encik Husni. Berikan dua alasan. [3 markah] Kaedah pengeluaranW/kaedah intensif buruh - kos purata minimum/kos purata W lebih kecil daripada kos purata X

    ACw = 00010

    )500RMx1()50RMx40( + = 25.0RM

    00010

    5002=

    ACx = 30.0RM00010

    0003

    00010

    )500RMx3()50RMx30(==

    ATAU

    Kaedah pengeluaran X/intensif modal

    ACx = 30.0RM00010

    0003

    00010

    )500RMx3()50RMx30(==

    (ii) Jelaskan lima kelebihan teknik pengeluaran tersebut dalam ekonomi. [5 markah]

    - menambah bilangan pekerja lebih banyak - peluang pekerjaan meningkat/mengurangkan pengangguran - pendapatan meningkat/keuntungan meningkat - taraf hidup meningkat - kuasa beli meningkat - permintaan meningkat/output meningkat - hasil kerajaan meningkat

    ATAU

    - menambahkan bilangan mesin lebih banyak - output meningkat/permintaan meningkat - kecekapan pengeluaran meningkat - keuntungan meningkat - hasil cukai meningkat - perbelanjaan kerajaan meningkat Nota : Jika tak jawab 6(b)(i), jawapan di6(b)(ii) mesti disemak kedua-duanya dan pilih mana yang markah tinggi

    (c) (i) Terangkan tiga tindakan yang telah diambil oleh ahli lembaga pengarah untuk mengelakkan pekerja syarikat beralih ke syarikat lain. [6 markah] Upah wang - meningkatkan upah/gaji Faedah sampingan - menyediakan lebih banyak faedah sampingan Prospek - menyediakan lebih banyak peluang kenaikan pangkat Suasana tempat kerja - mewujudkan suasana yang lebih selesa

    Mana-mana 3 x 2m

    Nota : Terima huraian dalam bentuk contoh

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    10

    (ii) Mengapakah segelintir pekerja membuat keputusan untuk bekerja di syarikat lain. [2 markah] - upah/gaji rendah - waktu bekerja panjang/terima contoh yang sesuai - beban kerja bertambah *jika jawapan beri jawapan kontra, mesti ada perkataan syarikat lain

    (d) Adakah anda bersetuju dengan cadangan Encik Husni untuk menaikkan harga perabot. Berikan dua alasan. [3 markah]

    Tidak bersetuju - cukai pendapatan syarikat - cukai langsung - beban cukai ditanggung sendiri/beban cukai tidak boleh dipindah

    ATAU Bersetuju

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    11

    KAJIAN KES 5

    Encik Haikal memulakan perniagaan dalam industri pembuatan pakaian kanak-kanak dengan menggunakan modal sendiri. Apabila perniagaannya berkembang, dia memerlukan lebih banyak modal. Saudara mara mengesyorkan pelbagai sumber pinjaman kepadanya. Keadaan ini menyebabkan Encik Haikal berasa keliru dan tidak dapat menentukan sumber pinjaman yang terbaik kepada syarikat. Setelah empat tahun beroperasi, Encik Haikal membuat keputusan untuk mempelbagaikan jenis pakaian kepada pakaian lelaki dan wanita. Oleh itu, beliau telah memohon dana daripada Kementerian Pembangunan Usahawan sebanyak RM800 ribu tetapi RM650 ribu sahaja yang diluluskan tanpa dikenakan kadar faedah. Bagi menampung kekurangan sebanyakRM150 ribu, beliau mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan dan dikenakan kadar faedah sebanyak 7 peratus. Encik Haikal berpendapat tindakan institusi kewangan tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana syarikat telah menyokong dasar kerajaan untuk meningkatkan potensi Perusahaan Kecil dan Sederhana(IKS) sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara. Bagi memastikan pengeluaran berjalan lancar, Encik Haikal telah menaikkan upah pekerja sebanyak 25 peratus di samping menyediakan suasana tempat kerja yang lebih selesa. Tindakan ini menyebabkan para pekerja bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh. Kesannya jumlah keuntungan syarikat meningkatk sebanyak 60% dalam tempoh setahun. Perkembangan ini mendorong beliau untuk memasarkan produknya ke pasaran antarabangsa. Terdapat dua buah syarikat pengimport yang berminat dengan keluaran perusahaan Encik Haikal. Maklumat berikut menunjukkan jenis pakaian, harga, kuantiti dan kadar pertukaran asing bagi dua buah negara.

    Pengimport Jenis Pakaian Harga Pakaian

    (RM)

    Kuantiti

    ('000 helai0

    Oldmill Sdn. Bhd. Amerika Syarikat

    Kanak-kanak Lelaki

    40.00 50.00

    200 300

    Franzye Colours Sdn. Bhd. Britain

    Wanita 55.00 500

    Kadar Pertukaran Asing

    RM3.80 = USD1.00 RM7.20 = 1.00

    Pada masa yang sama, Encik Haikal sebagai Pengerusi Persatuan Pengeluar Pakaian Kebangsaan mendesak kerajaan agar menaikkan cukai import pakaian dan berharap mendapat pertimbangan yang sewajarnya bagi mengukuhkan industri pakaian negara. Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut : (a) Terangkan dua sumber pinjaman yang boleh diperoleh Encik Haikal bagi menampung modal yang tidak mencukupi. [4 markah]

    - Bank perdagangan/ nama bank perdagangan - Pinjaman peribadi /pinjaman bercagar /overdraf /contoh perbankan Islam - mudharabah/musyarakah - Syarikat kewangan/contoh dalam buku teks - Pinjaman perdagangan perusahaan

    - Bank Simpanan Nasional - Pinjaman perniagaan - Agensi kerajaan/ contoh/ MARA - Pinjaman pembiayaan/industri Mana-mana 2F + 2H x 1m

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    12

    (b) Adakah anda bersetuju dengan pendapat Encik Haikal tentang kadar faedah yang tidak sepatutnya dikenakan kepada peniaga Perusahaan Kecil dan Sederhana(IKS)? Berikan tiga alasan. [4 markah]

    Tidak setuju Alasannya :- - Menangguhkan perbelanjaan pada masa kini - Melepaskan wangnya untuk tempoh tertentu - Menanggung risiko - Pinjaman tidak dibayar balik/ tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan - Menanggung kejatuhan nilai wang - Kesan inflasi/ kuasa beli jatuh

    ATAU Setuju - Bertentangan dengan syariat Islam - Meminjam daripada skim perbankan Islam

    (c) Jelaskan kesan perubahan upah terhadap pasaran pakaian. [4 markah]

    - Penawaran jatuh - Kos pengeluaran meningkat - DD tetap - Lebihan permintaan - Harga naik

    ATAU - Permintaan bertambah - Pendapatan bertambah - SS tetap - Lebihan permintaan - Harga naik

    (d) (i) Hitungkan nilai eksport pakaian ke Amerika Syarikat dalam sebutan dolar Amerika (USD) dan Britain dalam sebutan pound(). [6 markah]

    Amerika Syarikat

    Pakaian kanak-kanak = 80.3

    140000200

    RM

    USDRMx

    = USD2 105 2633.16 / USD2.11 juta

    Pakaian lelaki = 80.3

    150000300

    RM

    USDxRMx

    = USD3 947 368.58 / USD6.06 juta

    Jumlah : USD6 052 631.58 / USD6.06 juta

    Nota : Jawapan sahaja 1m

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    13

    Britain

    Pakaian wanita : 20.7

    155000500

    RM

    xRMx

    = 3 819 444.44 / 3.82 juta

    Nota : Mesti ada juta sekurang-kurangnya sekali

    (ii) Negara yang manakah memberi pulangan keuntungan yang tinggi kepada syarikat Haikal? Berikan alasan anda. [2 markah] Britain Lebihan sebanyak RM4.48 juta/RM4.5 juta/ RM27.505 juta RM23.028 juta

    (e) Jelaskan kesan kepada pihak berikut sekiranya kerajaan melaksanakan desakan Persatuan Pengeluar Pakaian Kebangsaan. (i) Pengguna [1 markah]

    - Pilihan terhad - Merugikan pengguna/ harga pakaian import mahal - DD pakaian tempatan meningkat / DD pakaian import berkurang

    (ii) Pengeluar [2 markah]

    - SS pakaian meningkat - Untung bertambah - Pelaburan baru meningkat - Tingkat kecekapan meningkat - Mampu bersaing dengan pakaian import - Kurang persaingan dengan pakaian import - Menimbulkan ketidakcekapan industri tempatan

    (iii) Kerajaan [ 2 markah]

    - Pendapatan negara / hasil cukai meningkat - Perbelanjaan kerajaan meningkat - Mengurangkan pengangguran/mewujudkan lebih peluang pekerjaan/ tingkatkan taraf hidup - Import berkurang - Aliran wang keluar negara berkurang - Memperbaiki imbangan perdagangan / pembayaran - Nilai RM meningkat / Kadar pertukaran meningkat - Negara asing memberi tindak balas yang sama

    - Eksport berkurang - Aliran wang masuk berkurang - Memburukkan imbangan dagangan / pembayaran - Nilai RM berkurang / Kadar pertukaran berkurang

    Nota : 1. H1 - H7 kesan positif

    2. H8 - H12 kesan negatif

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    14

    KAJIAN KES 6

    Angin monsun yang melanda pantai timur Malaysia dan bencana alam yang berlaku secara berterusan menyebabkan para nelayan tidak dapat turun ke laut. Kesannya stok bekalan ikan negara terjejas menyebabkan pengguna yang panik telah membeli ikan secara berlebihan. Segelintir pemborong pula menyorok bekalan ikan dengan tujuan meningkatkan keuntungan. Tindakan tersebut memburukkan lagi keadaan pasaran ikan dalam negara. Sehubungan itu, persatuan pengguna menjalankan kempen menasihati pengguna menggantikan pengambilan ikan laut dengan ikan air tawar tetapi kempen tersebut tidak berjaya. Oleh itu, pihak persatuan mendesak kerajaan meningkatkan import ikan daripada Thailand untuk mengawal kenaikan harga ikan secara berterusan dan melampau. Bagi tempoh jangka panjang, kerajaan memodenkan industri perikanan dengan meningkatkan kapasiti melalui penyediaan peralatan dan kemudahan penangkapan ikan kepada nelayan. Kerajaan turut membina 1000 bot yang dilengkapi dengan peralatan moden dan diperbuat daripada bahan komposit untuk penangkapan ikan air dalam. Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut : (a) Berdasarkan ilmu ekonomi yang dipelajari, adakah anda bersetuju dengan tindakan pengguna tersebut? Beri tiga alasan. [4 markah]

    - Tidak setuju kerana :- - bercanggah dengan hukum DD - apabila harga naik, kuantiti diminta akan berkurang - menyebabkan harga terus naik/berlaku inflasi - berlaku pembaziran/beli berlebihan ATAU - Setuju kerana :- - jangkaan harga ikan akan naik pada masa depan - SS/stok/bekalan ikan semakin berkurangan

    (b) Jelaskan kesan tindakan segelintir pemborong terhadap : (i) Pengguna [4 markah]

    - Sukar mendapat bekalan/tiada bekalan - Harga meningkat - Utiliti/kepuasan jatuh - Kuasa beli jatuh - Kos sara hidup meningkat/taraf hidup jatuh - DD barang pengganti meningkat

    (ii) Pasaran ikan tempatan [4 markah]

    - SS berkurang - DD tetap - berlaku lebihan DD - harga akan meningkat

    (c) Mengapakah kempen persatuan pengguna tersebut tidak berjaya? [2 markah]

    Kempen persatuan pengguna tidak berjaya kerana:- - cita rasa pengguna tidak berubah/makan ikan laut sahaja/ikan air tawar hanyir - kempen tidak meluas/kos tinggi/promosi ridak berkesan - bekalan ikan air tawar tidak mencukupi - SS tidak anjal

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    15

    (d) Wajarkah tindakan persatuan pengguna mendesak kerajaan mengawal kenaikan harga ikan? Beri tiga alasan. [4 markah]

    Wajar kerana :- - kerajaan berkuasa mengawal harga barang keperluan - penguatkuasaan undang-undang/peraturan - elak inflasi/harga ikan distabilkan - jaga kebajikan rakyat - meningkatkan SS ikan import ATAU - Tidak wajar kerana :- - mekanisme harga/ kuasa pasaran/DD & SS menentukan harga - meningkatkan kecekapan pengeluaran - mengurangkan pembaziran sumber

    (e) Jelaskan dua kebaikan kerajaan meningkatkan import ikan. [2 markah]

    - Kebaikan kerajaan meningkatkan import ikan ialah : - menampung kekurangan bekalan dalam negeri - mewujudkan kerjasama/hubungan baik dengan Thailand - membendung kenaikan harga ikan tempatan - mempelbagaikan pilihan pengguna/menikmati ikan yang tiada dalam negeri - meningkatkan hasil kerajaan - menikmati harga ikan yang lebih murah

    (f) Tentukan jenis perbelanjaan kerajaan dalam memodenkan industri perikanan.

    Beri tiga alasan. [4 markah]

    Jenis perbelanjaan tersebut ialah perbelanjaan pembangunan kerana : - perbelanjaan modal/pelaburan - penyediaan peralatan/kemudahan penangkapan ikan/bot - bersifat tidak berulang-ulang - sektor perkhidmatan ekonomi/pertanian

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    16

    KAJIAN KES 7

    Puan Sharifah yang mengeluarkan pasu bunga tanah liat telah mengimport sebuah mesin dari negara Australia walaupun lebih mahal daripada tawaran harga oleh pengeluar dari negara India. Berikut ialah sebut harga mesin dan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan kedua-dua mata wang negara tersebut.

    Negara pengeksport

    Harga

    (dalam sebutan mata

    wang pengeksport)

    Kadar

    pertukaran

    India

    Australia

    1 200 000 rupee

    AU$6 500

    RM1.00 = 750 rupee AU$1.00 = RM2.70

    Puan Sharifah menghadapi pelbagai halangan semasa mengimport mesin tersebut. Halangan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia telah menyebabkan jumlah yang perlu dibayar untuk mengimport mesin dari Australia telah bertambah. Tindakan menambah bilangan mesin telah menyebabkan kos purata keluaran pasu bunga meningkat. Harga pasu bunga keluarannya terpaksa dinaikkan, namun demikian permintaan terhadap pasu bunga keluaran Puan Sharifah terus meningkat dan keuntungan yang diterima juga meningkat. Puan Sharifah lebih suka menyimpan wang hasil jualan pasu bunganya di pejabat sahaja kerana dengan cara ini beliau akan sentiasa mempunyai wang tunai untuk membiayai upah buruh, pembelian bahan mentah dan pelbagai pembiayaan tanpa berurusan dengan pihak lain. Tindakan yang dibuat oleh Puan Sharifah mendapat bantahan daripada suaminya kerana suaminya merasakan tindakan Puan Sharifah itu tidak selamat dan mengundang pelbagai risiko. Suaminya telah mencadangkan beberapa cara menyimpan yang lebih selamat di samping dapat membantu perkembangan ekonomi negara. Walau bagaimanapun cadangan itu masih dibantah oleh Puan Sharifah kerana beliau percaya ada cara lain yang lebih baik. Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut : (a) (i) Apakah bentuk pelaburan yang telah dilakukan oleh Puan Sharifah. [1 markah] Bentuk pelaburan yang dilakukan oleh puan Sharifah ialah membeli barang modal

    (ii) Terangkan tiga bentuk pelaburan lain yang boleh dilakukan oleh Puan Sharifah. [6 markah] Tiga bentuk pelaburan lain ialah :

    - membeli aset tetap - disewa/dijual atanah/rumah - membeli stok bahan mentah - pembelian pukal dapat diskaun yang besar/menjimatkan - modal sosial/sumber manusia - memberi latihan, kursus. bengkel

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    17

    (b) Kirakan harga seunit mesin dari kedua-dua negara dalam sebutan Ringgit Malaysia. [4 markah] Dari India

    Rupee RM

    750 1 1 200 000 X

    =rupee0002001

    X

    rupee750

    1RM

    X = rupee750

    1RM x 1 200 000 rupee

    = RM 1 600.00 Dari Australia

    AU$ RM

    1 2.70 6 500 X

    =5006$AU

    X

    1$AU

    70.2RM

    X = 1$AU

    70.2RM x AU$6 500

    = RM17 550.00

    (c) Terangkan halangan import yang dihadapi oleh Puan Sharifah. [2 markah]

    Halangan import yang dihadapi oleh Puan Sharifah ialah :

    Tarif - cukai yang dikenakan ke atas barang yang diimport

    (d) Terangkan faktor yang menyebabkan peningkatan permintaan pasu bunga. [8 markah]

    Harga barang pengganti - jika harga pasu bunga plastik meningkat maka DD terhadap pasu bunga tanah liat akan meningkat Pendapatan pengguna - jika pendapatan pengguna meningkat maka pendapatan boleh gunanya meningkatk, maka DD terhadap pasu bunga tanah liat akan meningkat

    Cita rasa - jika pengguna suka kepada pasu bunga tanah liat maka DD terhadap pasu bunga tanah liat akan meningkat Jangkaan harga masa depan - jika harga pasu bunga tanah liat dijangka naik pada masa depan maka DD terhadap pasu bunga tanah lia akan meningkat

    Dasar kerajaan - jika kerajaan mengadakan kempen "Belilah Barangan Keluaran Tempatan" maka DD terhadap pasu bunga tanah liat akan meningkat

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    18

    (e) Adakah anda bersetuju dengan cadangan suami Puan Sharifah? Berikan alasan anda. [4 markah] Setuju kerana : - menyimpan wang di bank perdagangan/ syarikat kewangan/BSN/LTH - ia dijamin oleh kerajaan/syarikat kewangan - wang yang disimpan akan menerima faedah - sumber pinjaman kerajaan/membiayai perbelanjaan mengurus/pembangunan - menyediakan peluang pekerjaan/mengurangkan pengangguran - menambah pendapatan/meningkatkan taraf hidup - menstabilkan ekonomi negara/mengawal inflasi

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    19

    KAJIAN KES 8

    Zaizen Auto Berhad, pengedar kereta nasional dalam laporan tahunannya menyatakan bahawa jualan kenderaan kereta nasionalnya telah susut kepada 35 989 unit pada Januari 2009 daripada 39 678 pada Januari 2008 walaupun harga kereta naik 7 % . Dalam mesyuarat Lembaga Pengarah, Eksekutif pemasarannya Encik Mohd Syafiq berkata penurunan harga petrol pada bulan Ogos 2008 masih tidak dapat meningkatkan jualan kenderaan nasional. Sementara Eksekutif Kewangan, En.Zakaria Zahid berpendapat kenaikan harga kenderaan nasional sebanyak 7% adalah punca utama jualan kenderaan nasional menyusut. Ia turut menegaskan bahawa penurunan harga petrol sebanyak 10% tidak mampu memberi kesan yang besar kepada permintaan kereta. Semasa mesyuarat tersebut terdapat tiga cadangan meningkatkan jualan kereta nasional. Encik Rahman mengesyorkan supaya pihak kerajaan memberi subsidi sebanya RM5 000 terhadap pembelian kereta baru nasional dengan menukarkan kereta lama melebihi 10 tahun. Encik Zakaria merasakan pengurangan harga kenderaan adalah langkah yang pragmatik. Manakala Encik Adam mencadangkan harga minyak diturunkan lagi bagi meningkatkan jualan kereta. Satu memorandum telah dihantar oleh Zaizen Auto Berhad kepada kerajaan, ketiga-tiga cadangan ini telah diutarakan.

    Kerajaan melalui Persatuan Automobil telah membuat kajian ke atas 50 000 orang untuk mendapatkan maklum balas terhadap implemantasi setiap cadangan. Selepas dikaji kerajaan memutuskan memberi subsidi RM5 000 terhadap pembelian kereta baru nasional dengan menukarkan kereta lama melebihi 10 tahun. Bagaimanapun selepas tiga bulan didapati jualan kereta hanya meningkat 3%. Pihak Zaizen Auto Berhad sekali lagi menyeru kerajaan membantunya melalui bank pusat bagi meningkatkan jualan kereta nasional. Kerajaan pula mencadangkan adalah lebih baik jika pengeluar kenderaan tempatan meluaskan pasaran ke luar negara melalui perdagangan antarabangsa. Ini dapat meningkatkan jumlah jualan kereta nasional. Berdasarkan situasi di atas, jawab soalan-soalan berikut: (a) Dengan membandingkan jumlah jualan kereta nasional Januari 2008 dan 2009, kira dan tafsirkan nilai pekali keanjalan permintaan kereta nasional. [4 markah]

    ED = P%

    Q%

    67839

    6783998935 X 100 = 9.3%

    ED = %7

    %3.9 = 1.33

    - Anjal / %Q > %P - Harga kereta naik 7% kuantiti diminta turun 9.3 %.

    (b) Pada pandangan anda, apakah punca-punca menyebabkan berlakunya kemerosotan jualan kenderaan nasional. Jelaskan. [3 markah]

    Punca-punca menyebabkan berlakunya kemerosotan jualan kenderaan nasional ialah - Harga kereta nasional naik. - Apabila harga meningkat permintaan kereta nasional turun. - Harga merupakan penentu utama kepada permintaan kereta nasional.

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    20

    (c) Berikan cadangan lain untuk meningkatkan jualan kereta nasional. [3 markah]

    Cadangan lain untuk meningkatkan jualan kereta nasional ialah : - Menurunkan harga kereta nasional

    - Kereta adalah barang mewah - Ia adalah anjal - Menurunkan harga kereta ia memberi kesan yang lebih kepada permintaan kereta nasional.

    (d) Bagaimanakah kerajaan dapat membantu meningkatkan jualan kereta nasional? [9 markah] Kerajaan dapat membantu meningkatkan jualan kereta nasional - Menurunkan cukai jualan kereta

    - Harga kereta akan turun - Permintaan untuk kereta nasional naik

    - Melonggarkan syarat sewa beli - Memanjangkan tempoh/menambah jumlah maksimun pinjaman - Pinjaman bertambah - Permintaan kereta nasional bertambah

    - Menurunkan kadar faedah pinjaman - Kos pinjaman turun - Permintaan untuk pinjaman kereta naik - Permintaan untuk kereta nasional naik

    (e) Apakah masalah yang akan dihadapi oleh pengeluar kereta tempatan jika ia mengikut cadangan pihak kerajaan meluaskan pasaran ke luar negara. [6 markah]

    Sekatan perdagangan antarabangsa : Tarif - Negara pengeksport akan mengenakan tarif ke atas kereta negara Malaysia ini akan menyebabkan kereta Malaysia lebih mahal dari kereta tempatan dan ini tidak dapat meningkatkan jualan. Kouta - Negara pengeksport akan mengenakan kouta keatas kereta Malaysia, ini akan menghadkan penawaran dalam pasaran di luar negara.

    Subsidi - Subsidi diberikan oleh negara lain kepada pengeluar tempatan, maka kereta Malaysia akan menjadi mahal di luar negara

    Kawalan pertukaran asing - Pengedar negara pengeksport dihadkan pembelian matawang asing oleh kerajaan negaranya ini akan menyebabkan jumlah penawaran kereta Malaysia akan berkurang

    Sekatan bukan ekonomi - Kerajaan luar negara / pengeksport akan mengenakan pelbagai syarat dan peraturan sebelum kereta Malaysia boleh dibawa masuk. Contoh syarat piawaian keselamatan/syarat piawaian teknikal

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    21

    KAJIAN KES 9

    Puan Zarina seorang setiausaha di Syarikat Arba Jaya Sendirian Berhad. Beliau menetap di Taman Sentosa, Johor Bahru. Setiap tahun beliau membayar cukai pintu. Beliau juga perlu membayar cukai perkhidmatan apabila membawa keluarganya menginap di hotel. Memandangkan dunia kini telah mengalami kemelesetan ekonomi global, keadaan ini turut memberi kesan kepada negara Malaysia. Oleh itu kerajaan melalui dasar belanjawan negara telah menjalankan beberapa langkah untuk mengatasi masalah ekonomi tersebut. Ekoran daripada masalah tersebut, banyak syarikat telah memberhentikan operasi pengeluaran dan pekerja mereka termasuk Syarikat Arba Jaya Sendirian Berhad. Puan Zarina juga diberhentikan kerja. Oleh itu beliau terpaksa mencari sumber pendapatan lain. Berbekalkan wang pampas an yang diterima sebanyak RM25 000 daripada Syarikat Arba Jaya Sendirian Berhad, beliau mengambil keputusan untuk menjalankan perniagaan Serbuk Kari Idaman resipi keluarganya. Dalam proses pengeluaran produknya, beliau telah menggunakan sebuah mesin pengisar, 4 orang pekerja serta bekalan rempah ratus dari luar negara. Setelah dua tahun beroperasi, pengeluaran Serbuk Kari Idaman telah meningkat berikutan permintaan yang tinggi di pasaran tempatan kerana harganya yang rendah dan rasanya yang enak. Bagi memenuhi permintaan pelanggan, Puan Zarina telah memesan 2 unit mesin pengisar dari Amerika Syarikat dengan harga US$1 500 seunit. Pada masa kini kadar pertukaran asing ialah US$1.00 bersamaan RM3.70. Berkat kegigihan dan kesabaran, kini perniagaan beliau semakin maju. Puan Zarina cuba memasarkan Serbuk Kari Idaman ke India tetapi beliau mendapati terdapat beberapa sekatan dalam memasarkan prosuk tersebut ke India berbanding dengan pasaran tempatan. Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut : (a) (i) Kenal pasti dua jenis cukai yang dibayar oleh Puan Zarina. [2 markah]

    Cukai pintu ialah cukai langsung Cukai perkhidmatan ialah cukai tak langsung

    (ii) Bezakan antara kedua jenis cukai tersebut. [4 markah]

    Perbezaan antara kedua jenis tersebut ialah :

    Cukai langsung Cukai tak langsung

    Beban cukai tidak boleh dipindahkan kepada orang lain

    Beban cukai boleh dipindahkan kepada orang lain

    Cukai dikenakan setahun sekali kecuali duti setem Cukai yang dikenakan pada bila-bila masa dalam setahun apabila urus niaga berlaku

    Dikenakan mengikut jumlah pendapatan atau jumlah keuntungan

    Dikenakan terhadap setiap urus niaga yang berlaku

    Memberi kesan langsung kepada kebajikan individu Tidak memberi kesan langsung kepada kebajikan individu

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    22

    (b) Bagaimanakah kerajaan memulihkan keadaan ekonomi melalui belanjawan negara? [4 markah] Kerajaan memulihkan keadaan ekonomi melalui belanjawan negara dengan cara : - Menurunkan kadar cukai - pendapatan boleh guna meningkat - jumlah DD barang meningkat - dapat meningkatkan pelaburan

    - Meningkatkan perbelanjaan kerajaan - menambahkan projek-projek pembangunan - mewujudkan banyak peluang pekerjaan - menyebabkan pendapatan individu bertambah - maka DD masyarakat bertambah

    (c) (i) Hitungkan nilai pembelian mesin yang perlu dibayar oleh Puan Zarina dalam sebutan Ringgit Malaysia(RM). [2 markah]

    Harga mesin pengisar yang perlu dibayar oleh Puan Zarina dalam sebutan RM ialah :

    US$ RM 1

    2 x 1 500 3.70

    x

    =

    = x

    RM11 100

    (ii) Nyatakan dua jenis input yang terlibat dalam pengeluaran Serbuk Kari Idaman. [2 markah] Mesin pengisar cili - input tetap Pekerja dan rempah ratus - input berubah

    (iii) Terangkan perbezaan antara dua jenis input tersebut. [4 markah]

    Input berubah Input tetap

    Wujud dalam jangka masa pendek dan panjang Wujud dalam jangka masa pendek sahaja

    Bertambah dengan bertambahnya keluaran Tidak bertambah walaupun keluaran bertambah

    Tidak wujud pada output sifar Wujud pada output sifar

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    23

    (d) Terangkan sekatan-sekatan yang dihadapi oleh Puan Zarina dalam usaha memasarkan Serbuk Kari Idaman ke India. [7 markah]

    Sekatan yang dihadapi oleh Puan Zarina ialah : Tarif - cukai yang dikenakan terhadap barang import - menyebabkan harga barang import meningkat/ - SS barang import akan berkurang Kuota - mengehadkan jumlah kemasukan barang import - SS barang import terhad Sekatan bukan ekonomi - mengenakan undang-undang dan pelbagai syarat bagi kemasukan barang import - SS barang import akan berkurang Kawalan pertukaran asing - menghadkan pembelian pertukaran asing oleh pengimport rempah - SS rempah berkurang Subsidi - bantuan kewangan kepada pengeluar rempah tempatannya - harga rempah tempatan murah/harga rempah import mahal

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    24

    KAJIAN KES 10

    Encik Salman merupakan pemilik Syarikat Salman Berhad yang menghasilkan komputer peribadi jenama RAM ERA untuk pasaran tempatan. Pada bulan Disember 2008, hasil kajian mendapati nilai pekali keanjalan harga permintaan harga komputer peribadi ialah 1.5, maka Encik Salman membuat keputusan menurunkan harga komputer peribadi dan kesannya untung bertambah 20%. Memandang permintaan terhadap komputer peribadi jenama RAM ERA semakin meningkat, beliau bercadang untuk membesarkan perniagaannya tetapi beliau menghadapi masalah kekurangan modal. Beliau telah membuat pinjaman sebanyak RM250 000 daripada beberapa sumber. Setelah memperoleh modal tersebut, beliau perlu mengimport sebanyak 100 kotak komponen komputer sebulan sama ada dari Amerika Syarikat atau Jepun untuk menampung kekurangan bekalan. Di Amerika Syarikat harga satu kotak komponen komputer ialah US$505 dan di Jepun 60 000 kotak. Berikut adalah maklumat perdagangan antara Amerika Syarikat dan Jepun.

    Bil Butiran Amerika Syarikat Jepun

    1

    2

    3

    Kadar tukaran asing Kadar tarif Kos pengangkutan

    RM1 = US$0.25

    20%

    US$5 setiap kotak

    RM1 = 30

    16%

    600 setiap kotak

    Pada bulan Mac 2009, prestasi syarikat mula terjejas apabila negara rakan dagang Malaysia iaitu Amerika Syarikat dan Jepun mengalami masalah krisis ekonomi yang teruk. Keadaan ini menyebabkan barang keluaran syarikat tidak mendapat sambutan di pasaran. Syarikat terpaksa membuang pekerja dan pengangguran meningkat dengan ketara. Syarikat melalui Persatuan Komputer Peribadi memohon agar kerajaan melakukan tindakan berikut : (i) Menaikkan cukai jualan (ii) Mengurangkan perbelanjaan kerajaan Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut : (a) Tafsirkan nilai keanjalan harga permintaan hasil kajian syarikat tersebut. [3 markah]

    - permintaannya anjal - %Q > %P - jika harga turun 1%, kuantiti diminta naik 1.5%

    (b) Terangkan sumber-sumber pinjaman yang membantu beliau menambah modal.

    [6 markah]

    Sumber-sumber pinjaman yang membantu Encik Salman ialah :

    Bank perdagangan/Bank Islam - pinjaman bercagar/overdraf/pinjaman peribadi Syarikat kewangan - pinjaman perusahaan/perdagangan Agensi kerajaaan/Contoh : MARA, Bank Pembangunan dan Infrastruktur - pinjaman perniagaan`` Bank Simpanan Nasional - pinjaman perniagaan

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    25

    (c) (i) Hitungkan jumlah kos pengimportan komponen komputer dari Amerika Syarikat dan Jepun. [7 markah]

    Jumlah kos pengimportan komponen komputer bagi kedua-dua negara ialah :

    Jenis kos Amerika Syarikat Jepun

    Harga komponen US$ 0.25

    100 x 505

    RM 1 x

    30

    100 x 60 000

    RM 1 x

    =

    = x

    = RM200 000

    =

    = x US$50 500

    = RM202 000

    Kadar tarif RM202 000 x 20% = RM40 400

    RM200 000 x 16% = RM32 000

    Kos pengangkutan US$ 0.25

    100 x 5

    RM 1 x

    30

    100 x 600

    RM 1 x

    =

    = x

    = RM2 000

    =

    = x US$500

    = RM2 000

    Jumlah kos RM 244 400 RM234 000

    (ii) Tentukan daripada negara manakah Syarikat Salman Berhad akan mendapat bekalan komponen komputer. Berikan alasan anda. [3 markah]

    Syarikat Salman Berhad memilih untuk mendapatkan bekalan dari Jenpun kerana : - jumlah kos lebih rendah - iaitu RM244 000 - RM234 000 = RM10 000

    (d) Adakah wajar tindakan memorandum persatuan pengeluar komputer peribadi tempatan untuk mengatasi masalah di atas. [6 markah]

    Tindakan tidak wajar kerana kerajaan sepatutnya :

    - Menurunkan cukai jualan - harga akan turun - maka permintaan akan bertambah - Meningkatkan perbelanjaan kerajaan - mengurangkan kadar pengangguran/wujudkan peluang pekerjaan - permintaan terhadap barang akan bertambah

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    26

    KAJIAN KES 11

    Syarikat ABC ialah syarikat pengeluar baju batek di Kelantan. Dalam tempoh tiga bulan pertama syarikat ini telah menjual sebanyak 2 000 helai baju batik dengan harga RM75 sehelai. Akibatnya syarikat ini menanggung kerugian sebanyak RM10 000 ekoran krisis kenaikan harga minyak. Oleh itu harga baju batek telah dinaikkan sebanyak 20% dan jualan baju batik meningkatkan kepada 2 240 helai. Dalam masa yang sama berlaku kenaikan dalam tingkat harga umum. Oleh itu, kerajaan telah mengumumkan pengecualian cukai ke atas keuntungan syarikat sebanyak 15% kepada syarikat yang mengambil Orang Kurang Upaya(OKU) sebagai pekerja. Bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran, Syarikat ABC telah membuat pinjaman bercagar dengan sebuah bank perdagangan sebanyak RM10 000 untuk membeli sebuah mesin terpakai. Pembelian mesin tersebut menimbulkan beban kepada syarikat kerana kos penyelenggaraan yang tinggi. Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut : (a) Kirakan kos tetap Syarikat ABC dalam tempoh tiga bulan pertama operasinya jika kos berubah ialah RM90 000. [3 markah]

    Jumlah hasil = Kuantiti x harga = 2000 x RM75 = RM150 000 Keuntungan/Kerugian = Jumlah hasil - Jumlah kos Jumlah kos = Jumlah hasil + Kerugian = RM150 000 + RM10 000 = RM160 000 Jumlah kos = Kos tetap + Kos berubah Kos tetap = Jumlah kos - Kos berubah = RM160 000 - RM90 000 = RM70 000

    (b) (i) Terangkan tiga sebab jualan baju batik Syarikat ABC meningkat. [5 markah]

    Tiga sebab jualan baju batik Syarikat ABC meningkat ialah : Kejatuhan harga faktor pengeluaran - kos pengeluaran berkurang maka SS batik bertambah Jangkaan harga masa depan - harga baju batik dijangka turun pada masa depan, maka SS batik dijnagka bertambah pada masa kini Harga barang lain - jika harga baju kemeja turun, maka SS batik bertambah Tingkat teknologi - jika Syarikat ABC menggunakan teknologi canggih dalam pengeluaran batik, maka SS batik bertambah Matlamat pengeluaran - jika pengeluar ingin memaksimumkan jualan maka SS batik bertambah Dasar kerajaan - jika kerajaan memberi subsidi kepada pengeluar batik maka SS batik bertambah

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    27

    (ii) Kirakan nilai pekali keanjalan harga permintaan baju batik. [3 markah]

    ED = = x 100

    = x 100 = 12%

    ED = = 0.6

    (c) Adakah anda bersetuju dengan pengumuman yang dibuat oleh kerajaan. Berikan alasan anda. [4 markah]

    Tidak bersetuju kerana : - berlaku inflasi/harga barang naik - kuasa beli jatuh - produktiviti firma akan jatuh ATAU Setuju kerana : - pendapatan pengguna meningkat

    (d) Selain membeli mesin, berikan dua cadangan lain yang boleh diambil oleh Syarikat ABC untuk meningkatkan keupayaan pengeluarannaya. [4 markah]

    Dua cadangan lain yang boleh diambil oleh Syarikat ABC ialah :

    - Pelaburan sumber manusia - menghantar pekerja berkursus/meningkatkan kemahiran pekerja - Membeli bahan mentah - tambah stok untuk jimatkan kos

    (e) (i) Terangkan dua jenis pinjaman lain yang disediakan oleh bank perdagangan kepada

    Syarikat ABC. [4 markah] Dua jenis pinjaman lain yang disediakan oleh bank perdagangan kepada Syarikat ABC ialah : - Overdraf - pengeluaran wang melebihi baki dalam akaun semasa - Mendiskaunkan bil - bank membeli bil pertukaran dengan harga lebih rendah daripada nilai muka bil tersebut

    (ii) Nyatakan dua sumber lain Syarikat ABC dapat melakukan pinjaman. [2 markah]

    Dua sumber lain Syarikat ABC boleh dapatkan pinjaman ialah : - Syarikat Kewangan - Syarikat Insurans - Bank Simpanan Nasional - Koperasi Pengusaha Batik

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    28

    KAJIAN KES 12

    Encik Zhaffrin seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaan hiasan dalaman. Syarikatnya Zhaffrin & Sons Sdn. Bhd. mengeluarkan pelbagai jenis barang kelengkapan hiasan dalaman. Hasil kajian jualan tahunan didapati bahawa permintaan terhadap beberapa barangannya bertambah seperti dalam jadual di bawah selepas potongan harga sebanyak 30%.

    Barang Pertambahan Kuantiti Diminta(%)

    Bunga hiasan Langsir

    20 40

    Setelah dua tahun beroperasi, syarikatnya telah berjaya menguasai pasaran tempatan. Namun kebelakangan ini, produk syarikatnya menghadapi persaingan hebat daripada produk negeri China yang jauh lebih murah. Oleh itu Encik Zhaffrin berharap pihak kerajaan dapat mengambil langkah segera dengan mengenakan sekatan ke atas barangan import dari luar negara. Bagi meringankan beban Encik Zhaffrin, isteri beliau terpaksa bekerja semula sebagai seorang jurutera dengan gaji bulanan sebanyak RM4 200. Mereka mempunyai lima orang anak yang masih bersekolah. Setiap bulan isterinya mencarum 11% daripada gajinya ke dalam KWSP dan membayar premium insurans nyawa sebanyak RM165. Bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam, beliau telah mengeluarkan zakat sebanyak RM600 pada tahun tersebut. Maklumat tambahan :

    Pelepasan cukai

    Diri sendiri Isteri Anak KWSP dan Insurans Nyawa

    RM8 000 RM3 000

    RM1 000(seorang) RM6 000(seorang)

    Kadar cukai

    RM2 500 yang pertama RM2 500 yang berikut RM15 000 yang berikut RM15 000 yang berikut

    0% 1% 3% 5%

    Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut : (a) (i) Hitungkan keanjalan harga permintaan bagi bunga hiasan dan langsir. [2 markah]

    Keanjalan bunga hiasan = = 0.67

    Keanjalan langsir = = 1.33

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    29

    (ii) Tafsirkan keanjalan tersebut. [4 markah]

    Bunga hiasan

    - ia tak anjal/Ed < 1 - %Q < %P - jika harga turun 1%, kuantiti diminta naik 0.67%

    Langsir

    - ia anjal/Ed > 1 - %Q > %P - jika harga turun 1%, kuantiti diminta naik 1.33%

    (b) Nyatakan bagaimana Syarikat Zhaffrin & Sons Sdn. Bhd. dapat meningkatkan jumlah hasil mereka dalam penjualan bunga hiasan dan langsir. [2 markah]

    Untuk meningkatkan jumlah hasil, Syarikat Zhaffrin & Sons Sdn. Bhd.perlu : - naikkan harga bunga hiasan - turunkan harga langsir

    (c) Jelaskan bentuk sekatan yang boleh dilakukan oleh kerajaan bagi mengawal kemasukan barang import dari negeri China. [8 markah]

    Tarif - cukai yang dikenakan terhadap barang import - menyebabkan harga barang import meningkat/ - SS barang import akan berkurang Kuota - mengehadkan jumlah kemasukan barang import - SS barang import terhad Sekatan bukan ekonomi - mengenakan undang-undang dan pelbagai syarat bagi kemasukan barang import - SS barang import akan berkurang Kawalan pertukaran asing - menghadkan pembelian pertukaran asing oleh pengimport - jumlah import berkurang Subsidi - bantuan kewangan kepada pengeluar tempatannya - harga barang tempatan murah/harga barang import mahal Embargo - kerajaan melarang sesuatu barang diimport untuk melindungi industri tempatan

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    30

    (d) Hitungkan : (i) jumlah cukai yang perlu dibayar [6 markah]

    Butiran RM RM

    Pendapatan (RM4 200 x 12) 50 400 - Pelepasan cukai Diri sendiri 8 000 Anak (RM1 000 x 5) 5 000 Insurans Nyawa dan KWSP (RM50 400 x 11% + RM165 x 12 = RM5 544 + RM1 980 = RM7 524)

    + 6 000 -----------------

    Jumlah pelepasan cukai - 19 000 ------------ Jumlah pendapatan boleh cukai 31 400 Pengiraan cukai pendapatan RM2 500 x 0% 0 RM2 500 x 1% 25 RM15 000 x 3% 450 RM11 400 x 5% 570 ------------ Jumlah cukai pendapatan 1 045 - Zakat - 600 -------------- Jumlah cukai pendapatan kena bayar 445 =======

    (ii) pendapatan boleh guna [3 markah]

    Butiran RM RM

    PENDAPATAN 50 400 - POTONGAN WAJIB KWSP Cukai pendapatan Zakat

    5 544 445 + 600

    --------------- JUMLAH POTONGAN WAJIB PENDAPATAN BOLEH GUNA

    6 589

    43 811 =========

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    31

    KAJIAN KES 13

    Syarikat Gemilang Enterprise (SGE) adalah sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya yang menjalankan peniagaan mengimport komponen kereta sejak tahun 2004. Syarikat ini mempunyai hubungan dagang dengan syarikat pembekal komponen kereta di luar negara seperti Singapura dan Australia. Sepanjang tahun tersebut, SGE menggunakan sumber pengeluaran seperti dalam jadual berikut :

    Butiran Jumlah(RM)

    Sewa kilang 240 000

    Insurans kilang 200 000

    Gaji pekerja 300 000

    Elektrik dan air 18 000

    Kos pengangkutan 75 000

    Sejak penubuhannya, perniagaan SGE mendapat sambutan daripada syarikat-syarikat tempatan. Permintaan terhadap komponen kereta yang diimport oleh SGE meningkat dari setahun ke setahun. Peningkatan permintaan yang memberangsangkan ini memberi keuntungan yang besar kepada SGE. Walaupun begitu, SGE perlu membayar sebanyak 25% daripada keuntungannya kepada kerajaan setiap tahun. Selain perubahan permintaan, keuntungan SGE juga bergantung kepada perubahan pertukaran asing dari semasa ke semasa. Hal ini kerana perubahan kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia berbanding Dolar Singapura dan Dolar Australia amat memberi kesan kepada penduduk dan pengusaha negara-negara tersebut. Perubahan kadar pertukaran asing tersebut memberi kesan kepada pelancong dan pengusaha asing. Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut : (a) (i) Kenal pasti kedua-dua jenis kos yang ditanggung oleh syarikat itu. [2 markah]

    Sewa kilang, Insurans kilang - ialah kos tetap Gaji pekerja, elektrik dan air, kos pengangkutan - ialah kos berubah

    (ii) Hitungkan kedua-dua jenis kos yang dinyatakan dalam (a)(i) [4 markah]

    Jumlah kos tetap ialah ;-

    Butiran Jumlah(RM)

    Sewa kilang 240 000

    Insurans kilang

    + 200 000 -----------------------------

    Jumlah 440 000 =================

    Jumlah kos berubah ialah :

    Butiran Jumlah(RM)

    Gaji pekerja 300 000

    Elektrik dan air 18 000

    Kos pengangkutan + 75 000 ------------------

    Jumlah 393 000 ==========

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    32

    (b) (i) Nyatakan jenis cukai yang dibayar oleh SGE. [1 markah]

    Cukai langsung/cukai pendapatan syarikat

    (ii) Jelas tiga kepentingan cukai tersebut kepada negara. [3 markah]

    Tiga kepentingan cukai kepada negara ialah :-

    - merupakan sumber hasil kerajaan/menambah pendapatan negara - untuk menampung belanja mengurus - untuk menampung belanja pembangunan - membaiki imbangan dagangan/pembayaran

    (c) Jadual berikut menunjukkan kadar pertukaran Ringgit Malaysia berbanding dengan setiap Dolar Singapura dan setiap Dolar Australia.

    Tahun

    Kadar pertukaran Ringgit Malaysia dengan

    setiap unit wang asing

    1 Dolar Singapura 1 Dolar Australia

    2005 RM2.50 RM3.00

    2006 RM2.40 RM3.15

    (i) Hitungkan berapakah harga komponen kereta yang perlu dibayar dalam Dolar Singapura dan Dolar Australia sekiranya SGE membayar RM100 000 kepada pembekal Australia dan Singapura pada tahun 2006. [4 markah]

    Harga komponen kereta dalam Dolar Singapura

    S$ RM

    1 2.40 X 100 000

    =000100RM

    X

    40.2RM

    1$S

    X = 40.2RM

    1$S x RM100 000

    = S$41 666.67 Harga komponen kereta dalam Dolar Australia

    AUD$ RM

    1 3.15 X 100 000

    =000100RM

    X

    15.3RM

    1$AUD

    X = 15.3RM

    1$AUD x RM100 000

    = AUD$31 746.03

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    33

    (ii) Huraikan kesan perubahan kadar pertukaran tersebut ke atas imbangan perdagangan Malaysia dengan kedua-dua negara tersebut. [11 markah]

    Singapura

    - Kadar pertukaran RM naik - Harga import menjadi murah, maka DD import bertambah - Harga eksport menjadi mahal, maka DD eksport berkurang - Nilai import melebihi nilai eksport - Imbangan dagangan menjadi negatif Australia - Kadar pertukaran RM jatuh - Harga eksport menjadi murah, maka DD eksport bertambah - Harga import menjadi mahal, maka DD import bertambah - Nilai eksport melebihi nilai import - Imbangan dagangan menjadi positif

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    34

    KAJIAN KES 14

    Sebuah negara tidak dapat menghasilkan semua barangan untuk memenuhi keperluan dan kehendak penduduknya. Terdapat banyak barangan yang kita gunakan setiap hari diimport seperti gandum, epal dan jam tangan dari Kanada, Amerika Syarikat dan Switzerland. Negara kita juga mengeksport barangan ke negara lain, apabila banyak barangan dihasilkan di dalam negara dan melebihi penggunaan dalam negeri. Kesannya, pengeluar tempatan dapat meluaskan pasaran dan seterusnya dapat menambah pendapatan mereka. Contohnya kelapa sawit, petroleum dand alat penghawa dingin yang dieksport ke Amerika Syarikat. Aktiviti mengeksport barangan juga membolehkan negara kita mendapat pertukaran asing. Manakala aktiviti mengimport barangan menyebabkan mata wang kita mengalir ke luar negara. Dasar ekonomi terbuka yang diamalkan oleh Malaysia telah menggalakkan kemasukan pelaburan asing yang secara tidak langsung telah menambah peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Di samping itu, kerjasama dua hala antara negara juga dapat diwujudkan dalam pelbagai bidang. Walaupun kegiatan antarabangsa ini membawa benak kebaikan kepada sesebuah negara namun kerajaan tetap mengenakan pelbagai sekatan. Antara sekatan yang dikenakan ialah duti import dan sekatan bukan ekonomi untuk menjamin kesejahteraan sosial dan kesihatan penduduk. Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut : (a) Mengapakah negara kita tidak dapat menghasilkan semua barang untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Bincangkan. [5 markah]

    Negara tidak dapat menghasilkan semua barang untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna kerana : - Perbezaan sumber semula jadi - boleh mengimport sumber daripada negara lain yang mempunyai sumber - Perbezaan iklim dan jenis tanah-tanih - mengeluarkan hasil pertanian dan ternakan yang berbeza - Perbezaan budaya masyarakat - kecenderungan masyarakat dalam pengeluaran sesuatu barang - Perbezaan harga faktor/kos pengeluaran - upah, sewa dan modal yang murah maka boleh keluarkan barang dengan harga murah - Perbezaan kecekapan - pengeluaran sesuatu barang dengan kos yang rendah - Perbezaan cita rasa pengguna - kehendak yang pelbagai

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    35

    (b) Terangkan tiga kebaikan perdagangan antarabangsa selain daripada yang dinyatakan dalam kes di atas. [6 markah] Kebaikan perdagangan antarabangsa ialah :- - Menikmati barangan yang tidak dihasilkan - Perbezaan sumber semula jadi/ iklim/ tanih - Memperoleh barangan dengan lebih murah - Kos pengeluaran lebih murah/ pengkhususan - Memperluas pilihan pengguna - Memenuhi cita rasa / meningkatkan taraf hidup/ boleh memilih barang tempatan/ import - Menggalakkan penggunaan teknologi - Meningkatkan daya pengeluaran/ mengurangkan kos pengeluaran - Meningkatkan kecekapan pengeluaran - Persaingan menggalakkan penghasilan barang bermutu/ R&D - Meluaskan pasaran - Keuntungan pengeluar meningkat

    Mana-mana 3 fakta x 2 6 markah

    (c) Jelaskan tiga kepentingan pertuakran asing kepada negara kita. [6 markah] Kepentingan pertukaran asing ialah :- - Membiayai import - pengimport tempatan perlu menukarkan mata wang tempatan kepada mata wang negara pengeksport untuk membayar barang yang diimport - Membuat pelaburan di luar negara - pelabur-pelabur tempatan memerlukan mata wang asing untuk membeli saham/modal di luar negara - Membayar balik pinjaman luar negara - hutang luar negara dalam bentuk mata wang asing, maka negara perlu membayar kembali hutang mengikut mata wang negara pemberi pinjaman - Mempertahankan nilai mata wang - jika nilai RM merosot, bank pusat akan membeli RM maka permintaan RM akan meningkat. Oleh itu nilai RM akan naik/ - jika nilai RM meningkat, bank pusat akan menjual RM maka penawaran RM meningkat. Oleh itu nilai RM akan jatuh

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    36

    (d) Kadar pertukaran Ringgit Malaysia(RM) dengan Dolar Amerika Syarikat(USD) ialah seperti berikut: Hitungkan jumlah yang perlu dibayar oleh peniaga Malaysia sekiranya mengimport barang bernilai RM350 ribu daripada Amerika Syarikat. [2 markah]

    USD RM

    1 3.20 350 000

    Nilai yang perlu dibayar oleh pengimport Malaysia ialah :

    20.3RM

    1USDx

    000350RM

    = 20.3RM

    1USD x RM350 000

    = USD109 375.00

    (e) Selain daripada duti import, jelaskan tiga jenis cukai tidak langsung lain yang boleh mendatangkan pandapatan kepada negara. [6 markah]

    Jenis cukai langsung yang boleh mendatangkan pendapatan kepada negara ialah : - Duti eksport - cukai yang dikenakan ke atas komoditi utama yang di eksport - Duti eksais - cukai yang dikenakan ke atas barang-barang keluaran tempatan yang dijual di dalam negeri - Cukai jualan - cukai ke atas barang akhir keluaran tempatan dan luar negara - Cukai perkhidmatan - cukai yang ditanggung sepenuhnya oleh pengguna ke atas perkhidmatan tertentu spt. hotel, restoran, insurans, pengiklanan dan perkhidmatan profesional - Cukai perjudian - cukai yang dikenakan ke atas syarikat yang menjalankan aktiviti perjudian berlesen

    Contoh : Magnum, TOTO

    USD 1 = RM3.20

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    37

    KAJIAN KES 15

    Encik Nazim seorang akauntan di sebuah bank perdagangan. Gaji bulanannya ialah RM3 000 dan pendapatan daripada pelaburannya ialah RM1 000 setahun. Dia mencarum ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) sebanyak 11% daripada gaji bulanannya dan membayar premium insurans nyawa sebanyak RM1 000. Selain itu, Encik Nazim turut menunaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim dengan membuat bayaran zakat pendaptan RM300 setahun. Encik Nazim memperuntukkan RM1 000 sebulan kepada isterinya yang tidak bekerja sebagai wang saku. Hasil daripada perancangan perbelanjaan yang bijak iaitu dengan membuat belanjawan peribadi, Encik Nazim dapat menabung RM500 sebulan di bank. Encik Nazim mempunyai lima orang anak. Anak sulungnya, Nadzlina telah bekerja di sebuah syarikat komputer sebagai pengaturcara komputer dengan gaji RM2 500 sebulan. Nadzlina memilih untuk bekerja di syarikat tersebut kerana minatnya yang mendalam dalam bidang ICT dan pekerjaan tersebut bersesuaian dengan kelayakan dan pengalamannya. Manakala empat orang lagi anaknya masih bersekolah.

    Maklumat tambahan

    Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut : (a) Nyatakan dalam sektor ekonomi apakah Encik Nazim bekerja? [1 markah] Sektor ketiga/perkhidmatan

    Pelepasan cukai : Diri RM8 000 Isteri RM3 000 Anak RM1 000 seorang

    Insurans nyawa dan KWSP RM5 000 maksimum

    Kadar cukai : RM2 500 yang pertama 0% RM2 500 yang berikut 1% RM5 000 yang berikut 3%

    RM10 000 yang berikut 5%

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    38

    (b) Hitungkan jumlah cukai pendapatan yang perlu Encik Nazim bayar pada tahun tersebut. [9 markah]

    Butiran RM RM

    Pendapatan Gaji[RM3 000 x 12]

    36 000

    Pendapatan daripada pelaburan 1 000 Jumlah pendapatan 37 000 (-) Pelepasan cukai

    Diri sendiri 8 000 Isteri 3 000 Anak[RM1 000 x 4] 4 000 KWSP + Premium Insurans Nyawa [11% x RM36 000 + RM1 000] 4 960 Jumlah pelepasan cukai - 19 960 Jumlah pendapatan bercukai 17 040 Pengiraan cukai pendapatan RM2 500 x 0% 0 RM2 500 x 1% 25 RM5 000 x 3% 150 RM7 040 x 5% + 352 Jumlah cukai pendapatan 527 - Zakat - 300 Jumlah cukai kena bayar 227

    (c) Encik Nazim memberi RM1 000 sebulan kepada isterinya yang tidak bekerja sebagai wang saku. Jelaskan jenis pendapatan individu bagi perkara tersebut. [2 markah] Jenis pendapatan ialah bayaran pindahan - ganjaran yang diterima oleh individu yang tidak menyumbangkan apa-apa dalam aktiviti ekonomi

    (d) " Hasil daripada perancangan perbelanjaan yang bijak iaitu dengan membuat belanjawan peribadi, Encik Nazim dapat menabung RM500." (i) Apakah maksud belanjawan peribadi? [2 markah]

    Maksud belanjawan peribadi ialah :- - suatu anggaran perbelanjaan/rancangan perbelanjaan yang berdasarkan anggaran pendapatan/pendapatan boleh guna individu - untuk suatu jangka masa tertentu/setahun/sebulan/seminggu - garis panduan berbelanja dengan cermat

    (ii) Selain daripada dapat membuat tabungan, apakah kelebihan membuat belanjawan peribadi? [6 markah]

    Kelebihan membuat belanjawan peribadi ialah :- - Mendahulukan barang yang penting/elak pembaziran - beli barang ikut keutamaan/mencapai kepuasan maksimum - Menyelaraskan perbelanjaan mengikut pendapatan boleh guna - berbelanja ikut kemampuan/tidak melebihi pendapatan/elak berhutang

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    39

    - Membantu mengawal kenaikan harga barang/inflasi - peningkatan permintaan lebih terkawal - Mengelakkan berhutang - beli barang dan perkhidmatan berdasarkan kemampuan

    Mana-mana 3 fakta x 2 6 markah

    (e) Selain minat, kelayakan dan pengalaman yang dimiliki dalam bidang yang berkaitan, nyatakan empat faktor lain yang telah dipertimbangkan oleh Nadzlina dalam memilih pekerjaan tersebut. [4 markah]

    Faktor-faktor pemilihan pekerjaan yang lain ialah :- - Suasana tempat kerja - Pengaruh Keluarga - Prospek pekerjaan - Waktu bekerja - Jarak - Faedah sampingan

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    40

    KAJIAN KES 16

    Encik Kamal tinggal di negara yang tiada campur tangan kerjaan. Rakyat hidup selesa kerana barang yang dikeluarkan adalah mengikut kehendak rakyat. Firma bebas mengeluarkan barang dan mengaut keuntungan. Oleh itu, firma wujud bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Encik Kamal berminat dalam perniagaan dan telah membuka sebuah syarikat yang mengeluarkan jus kurma. Pada peringkat permulaan, Encik Kamal menyewa sebuah bangunan kecil yang dijadikan kilang dan mengupah empat orang pekerja. Di samping itu beliau merancang cara-cara lain bagi menambah pendapatan syarikatnya. Setelah dua tahun beroperasi, syarikat Encik Kamal berjaya mencatat keuntungan yang besar. Encik Kamal bercadng untuk menyimpan RM30 000 di bank selama dua tahun untuk memperoleh faedah yang maksimum. Untuk itu, beliau meneliti dua jenis deposit yang ditawarkan oleh Bank Teguh Berhad. Encik Kamal telah membuat keputusan untuk menyimpan wangnya di dalam deposit tabungan. Bagi mengekalkan prestasi syarikat, Encik Kamal berusaha mencari kurma yang berkualiti tinggi tetapi dengan harga yang murah. Seorang kenalannya menawarkan kurma dari Qatar dan beliau meminta Encik Kamal membuat tempahan dan bayaran mengikut Riyal Qatar dengan segera. Encik Kamal bersetuju. Bagaimana pun, hasrat beliau tidak kesampaian kerana Riyal Qatar yang terdapat di dalam negaranya pada masa itu tidak mencukupi. Tambahan pula, negaranya mengenakan tarif yang tinggi terhadap kurma yang diimport. Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut :

    (a) Terangkan tiga ciri-ciri sistem ekonomi yang diamalkan di negara Encik Kamal. [6 markah] Sistem ekonomi kapitalis - Pemilikan Sumber - Sumber dimiliki oleh individu dan swasta - Pembuat keputusan ekonomi - Keputusan ekonomi dibuat oleh individu dan swasta - Pilihan - individu dan firma bebas buat pilihan barang - Penentuan harga - Harga ditentukan oleh mekanisme harga - Persaingan - Wujud persaingan antara firma dengan firma - Motif - firma ingin memaksimumkan untung dan isi rumah ingin maksimumkan kepuasan Nota : Pilih mana-mana tiga fakta

    DEPOSIT TABUNGAN

    Kadar faedah

    4% setahun

    DEPOSIT TETAP

    Kadar faedah 5% setahun - 3 bulan - 12 bulan

    7% setahun - 13 - 24 bulan

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    41

    (b) Jelaskan dua cara lain yang boleh dilalkukan oleh Encik Kamal bagi menambah pendapatannya. [6 markah]

    - Membuat pelaburan - Contoh : membeli stok modal - ganjarannya untung - Membeli aset tetap - Contoh : membeli rumah/tanah - ganjarannya sewa - Membeli Unit Saham Amanah - Contoh : ASN/ASB - ganjarannya dividen

    3 fakta x 3 Markah [6m]

    (c) Adakah anda bersetuju dengan deposit pilihan Encik Kamal? Jelaskan. [4 markah] Tidak setuju kerana : - Pulangan deposit tetap lebih tinggi Faedah yang diterima daripada deposit tabungan RM 30 000 X 4% X 2 = RM 2 400 Faedah yang diterima daripada deposit tetap RM 30 000 X 7% X 2 = RM 4 200

    (d) Selain daripada tujuan yang dinyatakan di atas, terangkan tiga kepentingan lain negara Encik Kamal perlu menyediakan Riyal Qatar. [6 marlah] - Membiayai import - pengimport tempatan perlu menukarkan mata wang tempatan kepada mata wang negara pengeksport untuk membayar barang yang diimport - Membuat pelaburan di luar negara - pelabur-pelabur tempatan memerlukan mata wang asing untuk membeli saham/modal di luar negara - Membayar balik pinjaman luar negara - hutang luar negara dalam bentuk mata wang asing, maka negara perlu membayar kembali hutang mengikut mata wang negara pemberi pinjaman - Mempertahankan nilai mata wang - jika nilai RM merosot, bank pusat akan membeli RM maka permintaan RM akan meningkat. Oleh itu nilai RM akan naik/ - jika nilai RM meningkat, bank pusat akan menjual RM maka penawaran RM meningkat. Oleh itu nilai RM akan jatuh

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    42

    (e) Jelaskan tujuan negara Encik Kamal mengenakan tindakan tersebut terhadap kurma yang diimport dari Qatar. [3 markah]

    Tujuan sekatan: - Melindungi industri muda - Membolehkan keluaran industri muda bersaing dengan barang import. - Sumber hasil kerajaan - Tarif merupakan hasil kerajaan - Menentang dasar lambakan - Menghalang barang import menguasai pasaran - Membaiki imbangan dagangan - Pengurangan import dapat membaiki imbangan dagangan Nota : terima mana-mana dua fakta Maksimum 3 markah

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    43

    KAJIAN KES 17

    Puan Kamariah adalah seorang lulusan Pentadbiran Pengurusan dari Universiti Utara Malaysia. Beliau telah berkhidmat sebagai Pegawai Kewangan di Bank Teguh Berhad selama 10 tahun. Pada tahun 2008, beliau telah meletakkan jawatan dan mengambil keputusan untuk membantu perniagaan keluarganya yang semakin merosot. Beliau telah ke United Kingdom untuk mengikuti kursus perniagaan. Setelah menamatkan kursus tersebut, Puan Kamariah telah mengambilalih pengurusan syarikat keluarganya. Setelah beberapa tahun menguruskan syarikat tersebut, Puan Kamariah telah berjaya memajukan perniagaan keluarganya dan kini memiliki sebuah kilang yang besar. Kilang tersebut menghasilkan dua jenis barang iaitu Barang W dengan pekali keanjalan harga permintaan 1.4 dan Barang R dengan pekali keanjalan harga permintaan 0.3. Untuk menambahkan hasil jualan, Puan Kamariah bertindak menurukan harga Barang W dan menaikkan harga Barang R. Bagi menambah keluaran, Puan Kamariah mengambil keputusan menggantikan dua unit mesin sedia ada yang telah usang. Beliau telah memesan dua unit mesin tersebut dari United Kingdom dengan harga USD1 800 seunit. Kadar pertukaran asing ialah 1 = RM4.43 Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut :

    (a) (i) Namakan sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara yang Puan Kamariah mengikuti kursus? [1 markah] Sistem ekonomi campuran

    (ii) Terangkan tiga ciri sistem ekonomi yang dinyatakan dalam a(i). [6 markah] - Pemilikan Sumber - Sumber dimiliki oleh individu / swasta dan kerajaan memiliki barang awam - Pembuat keputusan - Keputusan ekonomi dibuat oleh individu / swasta dan bagi barang awam ianya dibuat oleh kerajaan - Pilihan - individu / firma bebas buat pilihan barang dan kerajaan membuat pilihan untuk barang awam - Penentuan harga - Harga ditentukan oleh mekanisme harga dan dikawal oleh kerajaan melalui akta/undang-undang - Persaingan - Wujud persaingan yang sihat tapi dikawal oleh kerajaan - Motif - firma ingin memaksimumkan untung / isi rumah ingin maksimumkan kepuasan dan kerajaan memaksimumkan kebajikan rakyat Nota : Pilih mana-mana tiga fakta

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    44

    (b) Senaraikan lima faktor yang mempengaruhi Puan Kamariah memilih untuk bertukar kerja. [5 markah] Faktor yang mempengaruhi Puan Kamariah bertukar kerja ialah : - Pengaruh keluarga - Minat - Jarak - Upah wang - Prospek pekerjaan - Kelayakan - Faedah sampingan ## Nota : Pilih mana-mana 5 fakta

    (c) Adakah anda bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh Puan Kamariah untuk menambah hasil jualan? Berikan tiga alasan anda. [6 markah]

    Bersetuju kerana Barang W - ia anjal - %Q > %P - jika harga naik 1% kuantiti diminta, berkurang 1.4% / sebaliknya Barang R - ia tidak anja; - %Q < %P - jika harga naik 1% kuantiti diminta, berkurang 0.3% / sebaliknya

    (d) (i) Kirakan jumlah perbelanjaan pembelian mesin yang perlu dibayar oleh Puan Kamariah dalam sebutan Ringgit Malaysia. [2 markah]

    (ii) Jelaskan kesan ke atas imbangan perdagangan Malaysia jika kadar pertukaran asing berubah kepada 1 = RM4.95. [5 markah]

    - Kadar pertukaran RM jatuh - Harga barang eksport murah maka DD eksport meningkat - Harga barang import mahal maka DD import berkurang - Nilai eksport melebihi nilai import - Imbangan perdagangan Malaysia menjadi positif/lebihan/surplus

    RM 1

    2 x 1 800 4.43

    ?

    43.4RMx

    600?

    600?x?

    43.4RM=

    = RM159 480

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    45

    KAJIAN KES 18

    Syarikat Jaguh Sendirian Berhad merupakan sebuah syarikat pengeluar kereta yang terkenaldi Malaysia. Salah satu keluaran syarikat tersebut ialah kereta JUARA yang merupakan jenama yang paling laris di pasaran. Permintaan kereta ini menguasai 50% pasaran iaitu berjumlah 100 000 unit setahun. Pada tahun 2006, harga jualan kereta JUARA ialah RM55 000 seunit. Sejak kebelakangan ini, permintaan kereta ini semakin bertambah kerana pelbagai promosi dan inovasi yang tekah dilaksanakan. Berikut adalah maklumat permintaan terhadap permintaan kereta JUARA :-

    Tahun Harga (RM ribu) Permintaan

    (ribu unit)

    2006 55 100

    2007 53 120

    2008 50 150

    Pada tahun 2009, harga kereta JUARA kekal pada harga RM50 00 seunit tetapi permintaannya telah bertambah daripada 150 ribu unit kepada 180 ribu unit. Oleh itu pada tahun 2009, Syarikat Jaguh Sendirian Berhad mula menembusi pasaran antarabangsa iaitu ke negara-negara Timut Tengah dan Asia. Kesannya, keuntungan syarikat semakin bertambah. Namun begitu, tidak semua keuntungan tersebut menjadi milik syarikat kerana syarikat perlu membayar cukai sebanyak 30% kepada kerajaan. Selain daripada aktiviti eksport, Syarikat Jaguh Sendirian Berhad juga mengimport komponen-komponen kereta dari negara Jepun. Import yang terlalu banyak boleh merugikan kerajaan dari segi imbangan dagangan. Oleh itu, kerajaan telah mengenakan beberapa sekatan antarabangsa ke atas syarikatnya. Salah satu tujuan sekatan ialah untuk mengelakkan lambakan barangan import di pasaran tempatan. Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut : (a) (i) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk permintaan bagi kereta JUARA. [4 markah]

    K E L U K P ER M IN T A A N K ER E T A J U A R A

    0

    1 0

    2 0

    3 0

    4 0

    5 0

    6 0

    0 5 0 1 0 0 1 5 0 2 0 0

    K U A N T I T I (r i b u U N IT )

    HARGA(RM ribu)

    D D

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    46

    (ii) Mengapakah berlaku pertambahan permintaan kereta JUARA pada tahun 2009. [4 markah] Pertambahan permintaan kereta JUARA kerana : - Harga barang pengganti - jika harga kereta jenama lain mahal, maka permintaan kereta JUARA akan bertambah/ - Harga barang pengganti - jika harga petrol murah, maka permintaan kereta JUARA akan bertambah - Cita rasa - jika pengguna suka model kereta JUARA maka permintaan kereta JUARA akan bertambah - Pendapatan pengguna - jika pendapatan pengguna meningkat maka permintaan kereta JUARA akan bertambah - Dasar kerajaan - jika kerajaan mengurangkan cukai jualan maka permintaan kereta JUARA akan bertambah - Jangkaan harga masa depan - jika harga kereta JUARA di jangka naik pada masa depan, maka DDnya pada masa kini akan meningkat ##Nota : Faktor musim tidak diterima

    (iii) Hitungkan keanjalan harga permintaan apabila harga kereta JUARA jatuh daripada RM55 000 unit kepada RM50 000 unit. [2 markah]

    Ed = 000100

    000100000150 x

    00055RM00050RM

    00055RM

    Ed = 0005RM

    00055RMx

    000100

    00050

    Ed = 5.5

    (b) Terangkan dua kebaikan Syarikat Jaguh Sendirian Berhad berdagang dengan negara- negara lain. [4 markah]

    Kebaikan perdagangan antarabangsa ialah :- - Memperoleh barang yang tidak dikeluarkan dalam negara - perbezaan alam semula jadi/iklim/jenis tanih/kecanggihan teknologi/budaya masyarakat - Memperluaskan pilihan - memenuhi citarasa/keperluan dan kehendak/menikmati barang tempatan dan import - Memperoleh barang dengan harga yang lebih murah - kecekapan pengeluaran/pengkhususan/kos pengeluaran rendah - Meluaskan pasaran - meningkatkan pengeluaran/eksport /untung / pendapatan negara - Menggalakkan penggunaan teknologi - Peningkatan kualiti/penurunan kos pengeluaran/peningkatan produktiviti - Peningkatan kecekapan pengeluaran - peningkatan kualiti/penurunan kos pengeluaran/peningkatan produktiviti

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    47

    - Peningkatan peluang pekerjaan - penurunan dalam pengangguran/peningkatan taraf hidup/peningkatan dalam tingkat pendapatan - Menggalakkan pelaburan - peningkatan kemasukan modal asing/perkongsian bijak - Wujud hubungan baik dengan rakan dagang - Persefahaman/kerjasama/kukuh hubungan diplomatik/ sosial/ ekonomi

    ## Nota : Mana-mana 2 fakta x 2m

    (c) Nyatakan dua jenis cukai yang perlu dibayar oleh Syarikat Jaguh Sendirian Berhad. [2 markah] Cukai yang dibayar oleh Syarikat Jaguh Sendirian Berhad ialah : - cukai pendapatan syarikat - cukai import - cukai jualan - cukai eksais - cukai eksport ##Nota : Mana-mana 2 fakta

    (d) Terangkan tiga tujuan lain kerajaan melaksanakan sekatan perdagangan antarabangsa. [6 markah]

    - Sumber hasil kerajaan - tarif/duti import kepada pengimport - Melindungi industri muda/tempatan - dapat menghadapai persaingan daripada firma asing/kuota ke atas barang import untuk mengurangkan penawaran barang import seterusnya mengurangkan persaingan - Antilambakan - mengelakkan barang import memenuhi pasara tempatan - Menghadapi persaingan - membolehkan barang tempatan dijual pada harga yang rendah/ menawarkan barang yang lebih bermutu/mengurangkan pergantungan kepada ekonomi asing - Keselamatan - menghalang pengimportan barangan yang membahayakan keselamatan negara/kesihatan penduduk/budaya masyarakat

    (e) Jelaskan kesan pertambahan import komponen kereta kepada kadar pertukaran asing. [3 markah] Kesan kepada kadar pertukaran asing ialah : - jumlah import meningkat - maka SS RM akan meningkat - wujud lebihan SS RM di pasaran - kadar pertukaran RM akan jauh

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    48

    KAJIAN KES 19

    Encik Harun seorang akauntan telah berkhidmat selama 15 tahun di Syarikat Maju Sendirian Berhad. Beliau menerima gaji bulanan sebnyak RM7 000 berserta beberapa faedah sampingan. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah berjaya menyimpan sebanyak RM300 000 dalam Bank Amcorp dan telah membeli dua unit rumah teres satu tingkat. Encik Hashim mengambil tindakan berhenti kerja dan menubuhkan sebuah syarikat melalui pinjaman bank perdagangan sebanyak RM500 000. Bank menawarkan tempoh bayaran balik sepuluh tahun pada kadar faedah 7% setahun atau 5% setahun untuk tempoh lima tahun. Syarikat ini mengeluarkan produk makanan kesihatan berasaskan herba. Pengeluaran produknya kini telah meningkat dalam masa tiga bulan pertama berikutan permintaan yang tinggi kerana harganya yang rendah. Beliau bercadang untuk meningkatkan pengeluaran bagi menguasai pasaran tempatan dan Timut Tengah. Tahun kedua beroperasi, prestasi syarikat mulai terjejas akibat pertumbuhan ekonomi yang agak lembab. Jualan syarikat menurun dan keadaan ini turut dialami oleh syarikat-syarikat lain di seluruh negara. Pengangguran semakin meningkat dan kerajaan telah mengambil untuk memulihkan keadaan tersebut. Berdasarkan situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut : (a) (i) Nyatakan jenis pendapatan yang diterima oleh Encik Harun. [3 markah] Jenis pendapatan yang diterima oleh Encik Harun ialah :- - upah - faedah - untung - sewa

    (ii) Tentukan tempoh pembayaran balik pinjaman yang terbaik untuk Encik Hashim. Berikan alasan anda. [3 markah] Bayaran faedah 5 tahun

    = RM500 000 x 100

    5 x 5 = RM125 000

    Bayaran faedah 7 tahun

    = RM500 000 x 100

    7 x 10 = RM350 000

    Tempoh pembayaran balik pinjaman yang terbaik untuk Encik Hashim ialah 5 tahun kerana bayaran faedahnya lebih rendah/faedah 10 tahun lebih tinggi.

    (b) (i) Jelaskan jenis pinjaman bank yang ditawarkan kepada Encik Harun. [5 markah] Jenis pinjaman tersebut ialah :- - pinjaman bercagar - pinjaman jangka panjang - untuk membeli aset tetap/bangunan/tanah/rumah - memerlukan cagara/contoh geran tanah/polisi insurans - bayaran balik pinjaman beserta faedah secara bulanan - tempoh bayar balik melebihi lima tahun

  • MODUL KAJIAN KES

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKDJ, JB

    49

    (ii) Terangkan tiga faktor lain yang mendorong pertambahan permintaan produk berkenaan. [6 markah] Faktor-faktor yang mendorong pertambahan produk ialah :- - Harga barang pengganti - jika harga barang pengganti tinggi maka DD bagi produk tersebut meningkat - Jangkaan harga masa depan - jika harga produk tersebut dijangka meningkat pada masa depan, maka DD bagi produk tersebut akan meningkat pada masa kini - Pendapatan pengguna - jika pendapatan pengguna meningkat maka DD bagi produk tersebut meningkat - Cita rasa - jika pengguna suka kepada produk kesihatan tersebut maka DD bagi produk tersebut meningkat - Dasar kerajaan - jika kerajaan mengadakan kempen produk berasaskan herba maka DD bagi produk tersebut meningkat

    (c) Jelaskan kesan situasi ekonomi tersebut ke atas : (i) pengeluar [2 markah] Kesannya ialah :- - stok barang meningkat/lebihan penawaran - jualan merosot - mengalami kerugian - terpaksa membuang pekerja

    (ii) pengguna [2 markah] Kesannya ialah : - pendapatan boleh guna/kuasa beli jatuh - DD barang berkurang

    (d) Bagaimanakah kerajaan memulihkan keadaan ekonomi negara melalui belanjawan negara? [4 markah] Kerajaan mengawal melalui belanjawan negara dengan cara : - Menambahkan perbelanjaan kerajaan - menambahkan perbelanjaaan pembangunan - sumber hasil / pendapatan negara bertambah - DD/kuasa beli meningkat - Mengurangkan kadar cukai - pendapatan boleh guna bertambah