wafak dalam naskah melayu

27
Wafak dalam naskah melayu: Kajian Kepustakaan Ilmu Tradisional Melayu oleh Mohd Ramli Raman Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya [email protected] mohdramli.multiply.com kemuningwarisan.blogspot.com

Upload: safaryayang

Post on 26-Jun-2015

783 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Wafak Dalam Naskah Melayu

Wafak dalam naskah melayu: Kajian Kepustakaan Ilmu Tradisional Melayuoleh

Mohd Ramli RamanAkademi Pengajian Melayu

Universiti [email protected]

mohdramli.multiply.comkemuningwarisan.blogspot.com

Page 2: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Pengenalan:• Memahami dunia mistik Melayu bukan mudah. Penjalanan

panjang bangsa Melayu merentasi sejarah bermula dari animisme, Hindu-Budha, Islam dan Barat menjadikan dunia Melayu penuh misteri. Bertolak dari kepercayaan Sang Mak Hyiang, sang penakluk alam, kepada konsep dunia penuh dewa-dewa penguasa sampailah kepada konsep Allah Tuhan Segala Alam.

Page 3: Wafak Dalam Naskah Melayu

• 1. Animisme suatu kepercayaan berkaitan kuasa ghaib atau semangat yang menguasai sungai, bukit, laut, tasik, tanah dan yang seumapamanya. Sesetengah suku asli misalnya dunia ini dijadikan dalam tiga lapisan yak ni Tanah Julang (dunia atas-atas langit), Tanah Kelam (bumi-tempat mereka hidup) dan Tanah Lirang (bawah tanah-dunia kematian). Manusia, roh nenek moyang, semangat dan segala yang dianggap “hidup dan bernyawa” menghuni Tanah Kelam dan dunia roh dan orang yang telah mati menghuni Tanah Lirang, tanah inilah dianggap alam roh dan akhirat yang juga disebut surgaak atau mangkah sagar.

Page 4: Wafak Dalam Naskah Melayu

• 2. Hinduisme menanggap alam semesta ini dicipta oleh Brahma berbentuk sepertti telur yang dikenali sebagai Brahmanda yang mempunyai 21 lapisan. Dunia terletak dilapisan ketujuh, di bawahnya terdapat tujuh Patala dan di bawah tujuh patala ini pula terletaknya neraka. Syurga yakni alam atas disebut Ilavrita. Semua berasal dari air, dan apabila telur tadi pecah maka bermulalah penciptaan.

Page 5: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Bumi mempunyai beberapa tanah yang disebut Dvipa yang dikelilingi oleh laut dan pusat kosmosnya terletak di puncak agung Mahameru yang kemudian menjadi terus kewujudan bangsa Melayu dari bukit Seguntang Mahameru yang rajanya turun dari kayangan seperti yang pernah diceritakan dalam Sejarah Melayu.

Page 6: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Islam dan Ilmu Hikmah mengikut Imam Malik ialah ilmu mengenal agama ( al-adin) dan beramal dengannya. Manakala Ibnu Sina dalam Risalah al-Tabi’iyyat menafsirnya sebagai penyempurnaan jiwa insan dengan tasawur/tasauf dalam segala kegiatan yang berkaitan dengan teori (nazariah) dan amalan/amali (amaliah) yang melibatkan kefahaman (al-fahm), tulisan dan kitab ( al-kitabah), kebaikan agama dan dunia, ibu segala kebaikan (abu salih), kenabian (al-nubuwwah), ilmu laduni (ilmu anugerah) dan banyak lagi hal-hal yang berkaitan dengan amal makruf nahi mungkarnya.

Page 7: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Kepustakaan Ilmu Tradisional Melayu. Iaitu segala ilmu yang berkaitan dengan amalan-amalan perubatan, penyakit, cara rawatan dan sebagainya yang menggunakan kaedah Islam dan keadah Melayu yang melibatkan azimat, sihir, jampi serapah, wafak, tangkal dan seumpamanya yang dapat dirujuk dalam kitab Senjata Hikmat karya Uthman Abdul Rauf Ahmad, Juga Seribu Hikmat dan Dunia Hikmah, hasil tulisan Ali Zulfikar. Selain itu terdapat banyak lagi kitab-kitab sedemikian rupa seperti Kitab Ilmu Tabib, Kitab Batu Permata, Kitab Ilmu Jimak, Kitab Firasat, Perdukunan Melayu, Kitab Tibb Petua, Azimat, Kitab Raksi dan sebagainya yang ribuan jumlahnya. Kebanyakan kitab-kitab di atas bersumberkan kitab mujarrabat Tajul Muluk

Page 8: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Taj Al Muluk (Tajul Muluk), kitab yang disusun oleh Haji Ismail Acheh ini telah disempurnakan penulisan dan penyalinannya pada hari sabtu 28 hb. Rabiul awal tahun 1306, yang mengandungi empat bahagian utama iaitu bahagian kitab Siraj Nur adz ‘Dzolam (karya Syeikh Abbas Acheh), bahagian kedua Kitab Fal (tanpa pengarangnya), kumpulan mujarrabat dan ilmu kepustakaan tradisional (tidak dinyatakan pengarangnya) dan terjemahan Hadis Arba’in (karya terjemahan Tuan Hassan Besut ibn Al-Marhum Tuan Ishak Fatani).

Page 9: Wafak Dalam Naskah Melayu

• A. Dalam salinan Siraj Nur adz ‘Dzolam mengandungi dua bab iaitu bab pertamanya penjelasan bagaimana mengenal tarikh dan bulan-bulan arab dan dalamnya terdapat lapan fasal. Fasal-fasal di bab pertama ini lebih kepada sumber rujukan dan terjemahan dari kitab Wasilah At ‘Tolab karangan Syeikh Yahya ibn Muhammad Khatab al ‘Maliki yang berkaitan huraian mengenal tarikh bulan Arab. Terdapat juga terjemahan rujukan dari kitab Amadah at ‘ Tolabu fi Tarikh al Arab, Syamsi al ‘Ma’arif al ‘Kubra. Natijah al ‘Miqat dan Nazam Siraj al .Munir yang semuanya terkandung dalam lapan fasal bab pertamanya.

Page 10: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Dalam bab dua pula terkandung sembilan fasal. Fasal pertama berkaitan dengan sirah/syarah haribulan yang disandarkan pada fahaman mazhab Jaafari (Jaafar ash ‘Shadiq}. Fasal kedua berkaitan dengan nahas di dalam sebulan berdasarkan mazhab yang sama. Fasal ketiga berhubungan dengan saat baik dan buruk dalam tiap-tiap hari dalam tujuh hari seminggu dengan peperangan atau berkelahi berdasarkan pandangan beberapa ulamak.

Page 11: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Fasal keempat pula berkaitan baik buruk setiap hari dalam sebulan (tanpa sumber rujukan). Fasal lima berkaitan satu muharam bersandarkan Syarah/sirah Natijah al Miqat karangan Syeikh Muhammad Al Marzuki. Manakala fasal enam menyatakan Rijal Al Ghaib,dengan rujukan kitab karangan Syeikh Abdul Wahab al Syarani. Fasal tujuh berhubungan ghalib dan maghlub berteraskan mazhaz Jaafari. Fasal lapan satu lagi kaedah mengenal ghalib dan maghlub atas mazhab Abu Masyar al Falaki dan fasal sembilan berkaitan mengenal kifayah suatu hayat (kehidupan) berdasarkan mazhab Jaafari.

Page 12: Wafak Dalam Naskah Melayu

• 2. Jenis jenis ilmu kepustakaan tradisional Melayu ini terkandung dalam 50 bab yang meliputi ilmu perkasih, ilmu berahi, ilmu kebal, azimat-azimat dan tangkal, ilmu nafas, ilmu gerak atau Qaf, ilmu buang baris yang barkauitan raksi suami isteri, bab isim, ilmu bercucuk tanam, firasat mimpi dan segala macam ilmu kepustakaan tradisonal yang dapat disimpulkan sebagai, ilmu kutika, katurangan, perubatan dan perbomohan, mendirikan rumah dan bangunan, racun, pertanian, seksologi dan sebagainya.

Page 13: Wafak Dalam Naskah Melayu

• 3. asas rajah-rajah azimat dan tangkal banyak ditemui dalam kitab ini yang berdasar rajah angka dan huruf Yunani yang dikembangkan lagi oleh ahli-ahli falsafah Arab khususnya oleh Jabir Ibnu Al Hayyan, Ismail al Khayyali yang diadunkan pula dengan teori-toeri perubatan Jalinus dan Hipocrates yang dikaitkan pula dengan matemati Pithagoras. Nombor-nombor dan aksara disusun dalam petak-petak tertentu dalam satu kumpulan (wakaf) dan dalam beberapa kumpulan (beberapa wakaf) yang diikat dengan beberapa syarat sebelum proses penulisannya dilakukan seperti berpuasa inin khamis, puasa tiga hari, solat sunat hajat, membaca ayat-ayat Al Quran, menggunakan minyak zafron dan seumpamanya yang disertakan pula dengan pembakaran stanggi dan lain-lain lagi.

Page 14: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Sistem nombor atau akrasa yang digunakan menggunakan konsep huruf-huruf al jummal sistem abjad hawwaz. Sistem ini menggunakan huruf Arab atau Jawi mengikut tertib alif, ba..jim, dal, ha, wa zai…ya. Nombor-nombor ini pula ditafsir mengikut mazhab Phitagoras bagi tujuan ilmu kasih sayang, kebal, pelaris, seksologi, penunduk, penjauh, pendinding diri dan ilmu kiriman.

Page 15: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Ilmu huruf atau yang juga dikenali sebagai ilmu simia atau juga dipanggil ilmu rahsia huruf atau ilmu wafaq. Ilmu wafaq melibatkan rajah bulatan, segiempat, tiga segi, berbentuk manusia, haiwan, tumbuhan dan sebagainya menggunakan nombor-nombor, aksara arab dan jawi atau sepenuhnya ayat-ayat Al Quran.

Page 16: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Beberapa contoh wafak samada dalam bentuk azimat yang dibalut kain hitam, kain merah, pada objek perhiasaan diri seperti pending, dokoh, gelang, pada senjata, alat-alat kelengkapan rumah tangga seperti tempat menyimpan ubat, peti simpanan barang perhiasan dan sebagainya.

Page 17: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Huruf-huruf, Malaikat dan khadam• 1. Alif khadamnya malaikat Hatmataqiya• 2. Ba khadamnya malaikat Jarmahya• 3. Jim khadamnya malaikat tholqotyaa• 4. Dal khadamnya malaikat Sak mahyaa• 5. Ha khadamnya malaikat Ifriyaa• 6. Wau khadamnya malaikat Thufiyaa• 7. Zha khadamnya malaikat Almasyaa• 8. Haa khadamnya malaikatnTifyaa• 9. tho khadamnya malaikat Asthiyaail• 10. Yaa khadamnya malaikat Harduqil

Page 18: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Contoh-contoh wafak: Membuka kunci birahi perempuan

Wafak ini dilukis di atas tapak tangan kiri kemudian diusap pada bahagian sulit perempuan.Ianya dikatakan dapat membuka nafsu perempuan terutamanya yang berumur.

Page 19: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Contoh wafak memujuk kembali kekasih atau isteri yang bercerai

Penulisan wafak jenis ini hendaklah ditulis pada malam jumaat yang pertamaPada bulan Islam. Ianya hendaklah ditulis pada sekeping papan dan hendaklahDigantung pada pokok pada malam bulan purnama 14 haribulan, di bawah gantunganWafak ini iaitu di atas tanah tulislah nama perempuan/janda tadi berbintikan ibunya.

Page 20: Wafak Dalam Naskah Melayu

Wafak mengikat isteri lebih setia dan tambah birahi/bernafsu terhadap suaminya

Tulislah wafak ini pada pakaian isteri dan panaskannya pada cahaya lilin/lampu atau jamung, necaya nafsu dan kasihnyaKekal membara terhadap suaminya.

Page 21: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Wafak merawat impotensi

• Tulislah rajah ini dipiring putih dengan dakwat merah,kemudian airnya diminum setiap hari selama tujuh hari berturut.

Page 22: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Wafak pada pending• Koleksi Walikota

w

Page 23: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Wafak pada azimat

Wafak ilmu pengasih

Page 24: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Wafak pada keris

Page 25: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Wafak pada senjata

Page 26: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Wafak pada bekas ubat

Page 27: Wafak Dalam Naskah Melayu

• Wafak pada peti simpanan barang kemas