jantung.docx

12
Jantung Jantung ataupun dalam Bahasa Inggeris lebih dikenali sebagai heart (Latin, cor) merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang- ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greek kardia untuk "jantung". Dalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu.

Upload: thami-celvaa

Post on 23-Dec-2015

37 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jantung.docx

Jantung

Jantung ataupun dalam Bahasa Inggeris lebih dikenali sebagai heart (Latin, cor)

merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan

denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan

jantung, berasal dari perkataan Greek kardia untuk "jantung".

Dalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di

belakang tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium

dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-

350g. Ia terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.

Page 2: Jantung.docx

Struktur jantung

Dinding otot yang tebal (septum) membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium

dan ventrikel kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan terdeoksigen dari bercampur. Injap

antara atrium dan ventrikel hanya membenarkan aliran darah secara satu hala dari atrium ke

ventrikel. Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh termasuk

paru-paru. Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding

ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir.

Page 3: Jantung.docx

Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur, vena kava

superior (superior vena cava) dan vena kava inferior (inferior vena cava). Darah kemudian

mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu

melalui arteri pulmonari. Selepas darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen dari

peparu, ia mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah beroksigen

dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui

aorta ke seluruh tubuh kecuali peparu.

Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan. Ini disebabkan oleh keperluan untuk

mengenakan tekanan yang tinggi bagi mengatasi rintangan yang dikenakan oleh tubuh.

Ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke peparu, jadi ia tidak memerlukan otot dinding

yang kuat. Ini juga diperlukan kerana kapilari peparu adalah lemah, jadi tekanan tinggi akan

merosakkan kapilari tersebut Selain itu, aliran darah yang perlahan adalah diperlukan bagi

memberi masa untuk pertukaran gas antara darah dan peparu.

Page 4: Jantung.docx

Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan terluar dikenali sebagai

perikardium (pericardium), lapisan tengah dipanggilmyokardium (myocardium), dan lapisan

terdalam dipanggil endokardium (endocardium). Perikardium boleh dibahagikan lagi kepada

dua lapisan iaitu fibrous pericardium (luar) dan serous pericardium (dalam). Myokardium adalah

lapisan yang paling tebal dan terdiri daripada otot jantung. Ia membentuk majoriti keseluruhan

dinding jantung. Endokardium merupakan lapisan terdalam yang terdiri daripada sel epitelium

leper dan tisu penyambung. Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan

nutrien, terutama oksigen, kepada jantung. Darah ini dibekalkan oleh arteri koronari kiri dan

kanan, yang bercabang keluar dari aorta. Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran darah

koronari

Kitaran kardiak

Setiap degupan jantung melibatkan turutan yang dikenali sebagai "kitar kardiak". Ia

terbahagi kepada tiga bahagian: "sistol atrium" (atrial systole), "sistol ventrikel" (ventricular

systole) dan "diastol kardiak sepenuhnya" (complete cardiac diastole). Sistol atrium adalah

pengecutan kedua-dua atrium, sistol ventrikel adalah pengecutan kedua-dua ventrikel,

manakala diastol kardiak pula merupakan pengenduran keseluruhan otot-otot jantung.

Page 5: Jantung.docx

Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular (atrioventricular valves) akan terbuka.

Darah dipam masuk ke dalam ventrikel. Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula

bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atrioventrikular tertutup, dan injap

sabit (semilunar valves) terbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri

pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium.

Diastol kardiak berlaku setelah darah dipam keluar dari jantung. Pada masa ini, darah di

dalam aorta akan mengalir balik ke dalam jantung, tetapi ini tidak berlaku kerana penutupan

injap sabit. Bunyi jantung yang kita dengari adalah disebabkan oleh penutupan injap

atrioventrikular (bunyi pertama - Lubb) dan penutupan injap sabit (bunyi kedua - Dupp).

Aturan kitar kardiak

Otot kardiak adalah myogenik. Ini bererti bahawa berbeza dengan otot rangka yang

memerlukan rangsangan (sama ada sedar atau reflex), rangsangan otot jantung adalah secara

automatik. Pengecutan berirama berlaku sendiri, walaupun frekuensi boleh berubah disebabkan

keresahan, kesan hormon, senaman atau berasa terancam.

Irama pengecutan diselaraskan oleh node sinoatrial dan node atrioventrikular. Node

sinoatrial, sering dikenali sebagai perentak jantung, terletak di bahagian atas dinding atrium

kanan dan bertanggungjawab menghasilkan impuls eletrik yang memulakan pengecutan atrium.

Apabila impuls ini tiba di node atrioventrikular yang terletak di dinding antara ruang ventrikel, ia

akan dilambatkan sedikit. Ini bertujuan memastikan atrium telah mengecut sepenuhnya.

Selepas itu, impuls ini dialirkan melalui berkas His (bundle of His) di dalam septum dan dialirkan

ke dalam dinding-dinding ventrikel. Impuls ini menyebabkan pengecutan ventrikel berlaku.

Page 6: Jantung.docx

Penyakit kardiovaskular

Penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung ialah sejenis penyakit yang berkait

dengan sistem peredaran jantung dan pembuluh darah. Sakit jantung yang biasa adalah:-

Penyakit jantung koronari

Penyakit jantung hipertensif

Kegagalan jantung

Penyakit serebrovaskular

Selain daripada penyakit-penyakit ini, sakit dada juga boleh disebabkan oleh pelbagai jenis

penyakit lain seperti pedih hulu hati, akibat pembalikan asid ke saluran pemakanan, sakit pada

otot-otot dada dan pneumonia. Selain itu, ia mungkin ada kaitan dengan sakit tulang rusuk,

pelbagai masalah jantung seperti radang selaput jantung, retak bahagian dalam permukaan

pembuluh besar aortadan sebagainya. Tekanan, penyakit batu karang atau batu di pundi

hempedu dan kayap juga boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit dada.

Penyakit jantung koronari

Penyakit jantung koronari (coronary heart disease), terhasil akibat pengumpulan

mendapan ateromatus dalam dinding ateri yang membekalkan miokardium. Penyakit jantung

koronari tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan dianggap 'musuh

nombor satu' dalam kehidupan yang paling ditakuti. Menduduki tempat teratas, penyakit jantung

bukan lagi menjadi pembunuh misteri. Paras kolesterol yang tinggi, diabetes, hipertensi,

kegemukan, merokok, kurang melakukan senaman, faktor jantina, dan proses penuaan adalah

antara faktor penyumbang kepada penyakit ini. Justeru, isu-isu yang dikaitkan dengan penyakit

ini lebih banyak berkisar kepada aspek pencegahan yang merangkumi gaya hidup sihat,

pemakanan seimbang, senaman dan sebagainya. Namun, statistik kematian mengenai penyakit

jantung tetap mencatatkan peningkatan yang membimbangkan.

Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, Dr. Yap Sau Peng,

berkata pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama

penyakit jantung koronari. Menurut beliau, proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-

Page 7: Jantung.docx

tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. "Pembentukan kolesterol ini bermula sejak

muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia", katanya. Jantung terdiri daripada otot-otot

jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalanoksigen yang mencukupi untuk

berfungsi dengan baik.

Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai

arteri. Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung. Setiap individu mempunyai

tiga pembuluh darah utama. Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai "penyakit arteri

koronari". Perkataan koronari bermakna 'mahkota'. Nama ini diambil sempena arteri yang

mengelilingi jantung seperti mahkota. Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot

jantung dengan oksigen dan zat makanan. Seseorang boleh mendapat penyakit jantung

koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana

pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut

tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah

ke jantung.

Rawatannya pula, selepas angiogram dilakukan, doktor akan berbincang dengan

pesakit dan keluarga mengenai pilihan rawatan terbaik berdasarkan keadaan pembuluh darah

jantung seperti:

Ubat-ubatan

Pembedahan pintasan pembuluh darah jantung

Angioplasti koronari: kaedahnya sama seperti angiogram di mana kateter akan

dimasukkan melalui saluran darah pangkal paha atau saluran darah di lengan.

Melalui kateter, satu dawai halus dimasukkan ke bahagian pembuluh darah yang

tersumbat. Pada hujung kateter ini, terdapat belon. Belon akan dikembangkan untuk menolak

plak yang menyumbat pembuluh darah. Rawatan ini semakin popular kerana ia tidak

membabitkan pembedahan yang besar. Walaubagaimanapun, 30 peratus pesakit boleh

mengalami penyempitan pembuluh darah semula. Bagi menangani masalah ini, besi gegelung

(stent) yang dilapisi ubat-ubatan diperkenalkan. Bagaimanapun, kos rawatannya tiga kali lebih

tinggi.

Page 8: Jantung.docx

Penyakit jantung hipertensif (hypertensive heart disease)

Penyakit jantung hipertensif (hypertensive heart disease), penyakit yang berciri-cirikan

tekanan darah tinggi kepada jantung. Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap

pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi

atau Hipertensi merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap

biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah

yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut

keperluan badan anda. Jika tekanan darahanda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula

tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darahanda yang

sebenar. Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg.

Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia

dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasajantung berehat di

antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur

tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Menurut kertas penyelidikan April 2007 yang dihasilkan oleh pakar sains British,

penyakit vaskular otak adalah punca tekanan darah tinggi, bukannya penyakit vaskular pada

jantung seperti yang dipercayai sebelum ini. Protein yang terdapat pada otak yang dikenali

sebagai JAM-1 didapati bertanggungjawab bagi memerangkap sel darah putih yang kemudian

menyebabkan keradangan dan menghalang aliran darah, mendorong kepada kekurangan

bekalan darah pada otak yang kemudian mengawal tekanan darah dalam badan.

Kegagalan jantung (heart failure)

Kegagalan jantung (heart failure), penyakit yang membabitkan jantung gagal

mengekalkan aliran darah. Kegagalan jantung, kerap dipanggil kegagalan jantung kongestif,

berlaku apabila jantung tidak mampu menyediakan tindakan pam secukupnya untuk

mengekalkan aliran darah untuk menemui keperluan badan. Kegagalan jantung boleh

Page 9: Jantung.docx

menyebabkan sebilangan gejala termasuk kependekan nafas, pembengkakan kaki, dan

intoleransi latihan. Keadaan ini didiagnosis dengan pemeriksaan fizikal pesakit dan disahkan

dengan ekokardiografi. Ujian darah membantu untuk menentukan sebab. Rawatan bergantung

pada keterukan dan sebab kegagalan jantung. Pada pesakit kronik yang dalam keadaan stabil,

rawatan biasanya terdiri daripada langkah gaya hidup seperti pemberhentian merokok,

senaman ringan, perubahan diet, dan ubat-ubatan. Kadang-kadang, bergantung pada etiologi,

keadaan ini dirawat dengan peranti terimplan (perentak atau peranti bantuan ventrikel) dan

kadang-kadang transplantasi jantung diperlukan.

Penyakit serebrovaskular

Penyakit serebrovaskular, penyakit yang terjadi pada salur darah ke serebrum atau otak.

Penyakit serebrovaskuler (CVD) meliputi semua gangguan pada area dari otak; dan secara

sepintas atau tetap dipengaruhi oleh iskemia. Oklusi atau perdarahan dari satu atau lebih

pembuluh darah serebral pada proses patologis tersebut. CVD adalah penyebab utama

kematian yang ketiga. Kebiasaanya, CVD akan melumpuhkan anggota gerak dan beberapa

kranialis dan utama dari semua penyakit-penyakit neurologik. Kira-kira 50% daripada para

penyandang strok yang bertahan hidup mempunyai defisit neurologik residual dan lebih dari

25% pesakit menjalani rawatan kronik.