jangan campur aduk dakwah dan siasah - jamiyah.org.my fileprogram dakwah dengan lebih ter-susun dan...

8
PERCUMA Bil. 55 2015 / 1436H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH) Lihat halaman 2 ANTARA SURAU DAN GEREJA... Jangan Campur Aduk Dakwah dan Siasah AM’IYAH disaran supaya menyusun program dakwah dengan lebih ter- susun dan berkesan bagi mengelak perndihan program dengan NGO lain. “Dakwah adalah tugas mulia; tetapi elak- kanlah dari dicampur aduk dengan hal-hal siasah dan hindarilah dari akvi yang bertentangan dengan undang-undang.” berpecah belah agama dak dapat berkembang dan suasana ibadah menjadi dak tenang.” Pihak JAKIM katanya, akan senasa bekerjasama dengan mana-mana NGO yang men- jalankan program-program dakwah, termasuk bantuan kewangan. “Kami banyak saluran bantuan termasuk Baitulmal dan tuan-tuan jalankanlah akvi dakwah.” Menurutnya, JAIS akan memberi sokongan terhadap sebarang akvi yang boleh me- nyemarakkan agama Islam serta menyediakan barisan pelapis dalam kerja-kerja dakwah. Beliau memuji pihak JAM’IYAH yang secara isqamah menjalankan akvi dakwah, terutamannya ceramah di surau dan masjid serta menekankan Demikian ingatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Y.Bhg. Dato’ Haji Haris Kasim (gambar) dalam sesi kunjung hormat oleh anggota AJK JAM’IYAH di pejabatnya di Menara Selatan, Shah Alam, akhir Mac lalu. “Keutamaan kita ialah dakwah serta penyatuan ummah. Soal siasah kita serahkan kepada pihak yang berwajib dalam urusan siasah. Nasihatnya lagi, “Apabila orang Islam Bermula dan Berakhirnya Dunia ms7 jamiyah 55.indd 1 5/27/2015 10:06:13 AM

Upload: vudan

Post on 15-Aug-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jangan Campur Aduk Dakwah dan Siasah - jamiyah.org.my fileprogram dakwah dengan lebih ter-susun dan berkesan bagi mengelak per tindihan program dengan NGO lain. “Dakwah adalah tugas

PERCUMABil. 55 2015 / 1436H PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN (JAM’IYAH)

Lihat halaman 2

ANTARA SURAU DAN GEREJA...

Jangan Campur Aduk Dakwah dan Siasah

AM’IYAH disaran supaya menyusun program dakwah dengan lebih ter-susun dan berkesan bagi mengelak per tindihan program dengan NGO lain.

“Dakwah adalah tugas mulia; tetapi elak-kanlah dari dicampur aduk dengan hal-hal siasah dan hindarilah dari aktiviti yang bertentangan de ngan undang-undang.”

berpecah belah agama tidak dapat berkembang dan suasana ibadah menjadi tidak tenang.”

Pihak JAKIM katanya, akan sentiasa bekerjasama dengan mana-mana NGO yang men-jalankan program-program dakwah, termasuk bantuan ke wangan. “Kami banyak saluran bantuan termasuk Baitulmal dan tuan-tuan jalankanlah aktiviti dakwah.”

Menurutnya, JAIS akan mem beri sokongan terhadap se barang aktiviti yang boleh me-nyemarakkan agama Islam serta menyediakan barisan pe lapis dalam kerja-kerja dakwah.

Beliau memuji pihak JAM’IYAH yang secara istiqamah menjalankan aktiviti dakwah, terutamannya ceramah di surau dan masjid serta menekankan

Demikian ingatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Y.Bhg.

Dato’ Haji Haris Kasim (gambar) dalam sesi kunjung hormat oleh anggota AJK JAM’IYAH di pejabatnya di Menara

Selatan, Shah Alam, akhir Mac lalu.“Keutamaan kita

ialah dak wah serta penyatuan ummah. Soal siasah kita serah kan kepada pihak yang berwajib dalam urusan siasah. Nasihat nya lagi, “Apabila orang Islam

Bermula dan Berakhirnya Dunia ms7jamiyah 55.indd 1 5/27/2015 10:06:13 AM

Page 2: Jangan Campur Aduk Dakwah dan Siasah - jamiyah.org.my fileprogram dakwah dengan lebih ter-susun dan berkesan bagi mengelak per tindihan program dengan NGO lain. “Dakwah adalah tugas

SUARA JAM’IYAH 2 No.55 • 2015/1436H

Dari muka hadapan

AHLI-AHLI JAWATANKUASA AGUNG JAM’IYAH SESI 2013–2015

PenaungYAB Mohamed Azmin Ali(Menteri Besar Selangor)

Yang DipertuaHaji Isemaail Basri

Tim. Yang DipertuaProf. Madya Datuk Hj. Mohamad Ali Hassan

Naib Yang Dipertua IDato’ Seri Indah Diraja Dato’ Haji Abu

Bakar Haji Abdul Hamid, JP

Naib Yang Dipertua IIHaji Hishamuddin Tan Sri S.O.K. Ubaidullah

Setiausaha AgungHaji Milatusamsi Haji Hassan

Penolong Setiausaha IDato’ Seri Haji Mustapa Kamal Maulut

Penolong Setiausaha IIMohd Rijal A. Harris

BendahariHaji Shaari Ahmad Junid

Penolong BendahariHaji Fathil Haji Gzali

Ahli-Ahli Jawatan KuasaDrs. Haji R.S.Sofyan, Haji Zakariah Isa,

Haji Abdullah Osman, Dr. Ann Wan Seng, Hajah Rokiah Mohaimidin, Haji Mohamad

Ruslan Mat Jelas, Haji Minhat Dasmat, Haji Sujaidi Dasuki @ Sabda S.,

Haji Tumingan Marlan, Hj. Halhakasah Abdullah, Hjh. Qurrotul Aien Fatah Yasin,

Dr. Hj. Mokhtar Abu Bakar, Hj. Ab. Rahman Aziz, Encik Kalam Azad Abu Bakar,

Ir. Hj. Anhar Ahmad, Dra. Hajjah Hafsah Haji Abd. Rahman (Pengerusi Biro Wanita),

Hajah Zainab Ahmad

Setiausaha KerjaEncik Nor Izham Ismail

RekabentukIsmail Karim

SUARA JAM’IYAH diterbitkan oleh

Persekutuan Seruan Islam Selangor dan Wilayah (JAM’IYAH)

Persekutuan Darul Jam’iyah No. 25, Lot 203, Jalan Rahmat,

off Jalan Ipoh, 50350 Kuala Lumpur.Tel: 03-40441950/1951 Faks: 03-40441952

Pengerusi PenerbitanHaji Milatusamsi Haji Hassan

Sidang PengarangSabda S, Kamaluddin Mat Lela,

Abu Bakar Ali, Haji Shaari Ahmad Junid

Sumbangan rencana dan pandangan mengenai Suara Jam’iyah alamatkan kepada:

[email protected]

PengedaranMohd. Nazlie Nong, Mohd. Syukur Norfini,

Nurul Husna Mohamad Ruslan, Nasirah Ahmad, Nur Baity S. Nor

Langganan percuma alamatkan kepada: E-mel: [email protected]

www.jamiyah.org.my

agar program untuk remaja di per-banyak.

“Dakwah tidak semestinya ber-jubah; tetapi gunakanlah hikmah dengan cara yang berhemah. Menjaga keharmonian masyarakat Islam adalah tugas JAIS.” Justeru katanya, bantulah JAIS ke arah itu.

“Jangan terlalu drastik da lam melakukan perubahan. Guna-kanlah kaedah dan pendekatan yang bijak sana; yang penting mene pati kumpulan sasaran.”

Bagi anggota rombongan, per-te muan santai sehingga melebihi masa hakiki bekerja itu lebih merupa-kan reunion kerana lima orang dari anggota AJK ialah bekas pelajar Kolej Islam Klang (KIK) di mana Dato’ Haris sendiri merupakan bekas pelajar kolej tersebut.

Justeru dalam pertemuan itu be liau lebih bersantai sambil meng-

ingat kan mana-mana anggota Jam’iyah yang ingin mendapat tauliah berceramah agama agar berbuat demikian. “Tauliah bukanlah imtihan, tetapi sekadar se bagai rekod dan kita akan mem per mudah.”

Beliau juga mengingatkan agar setiap program tidak salah sasaran. “Cabaran dalam kerja-kerja dakwah memang ada, tetapi jangan sampai menimbulkan kegelisahan dan kebimbangan masyarakat.”

Sementara itu dalam ucap salam pengenalan, Setiausaha Agung JAM’IYAH, Ustaz Haji Milatusamsi Haji Hassan pula memberitahu bahawa, selain dakwah, tumpuan utama ialah untuk membina surau di perkampungan orang asli di Ulu Tamu dan projek pembinaan Pusat Pendidikan di Pulau Indah (PUSPEN). Turut serta ialah Tuan Haji Mohd. Basori Haji Umar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan tiga orang pegawai kanan JAIS. – SS

Y.Bhg. Dato’ Hj. Haris Kasim (tengah) memberi ucapan alu-aluan kepada para anggota AJK Jam’iyah.

Dari kiri: Sabda S., Hj. Afifi Ahmad, Tuan Hj. Mohd. Basori Hj. Umar, Y.Bhg. Dato’ Hj. Abu Bakar Hj. Abdul Hamid, Y.Bhg. Dato’ Hj. Haris Kasim,

Tuan Hj. Isemaail Basri, Ustaz Hj. Milatusamsi Hj. Hassan dan pegawai JAIS.

Persekutuan Darul Jam’iyah

jamiyah 55.indd 2 5/27/2015 10:06:16 AM

Page 3: Jangan Campur Aduk Dakwah dan Siasah - jamiyah.org.my fileprogram dakwah dengan lebih ter-susun dan berkesan bagi mengelak per tindihan program dengan NGO lain. “Dakwah adalah tugas

SUARA JAM’IYAH 3 No.55 • 2015/1436H

(Petikan Khutbah)Oleh Haji Milatusamsi Haji Hassan

Buang Sifat MazmumahPupuk Sifat Mahmudah

Dalam kehidupan sehari-hari, kita tidak akan terlepas dari berhadapan dengan

karenah manusia yang ada kalanya menyenangkan dan tidak kurang pula yang menyakitkan hati hingga menyebabkan tekanan kepada emosi dan perasaan. Itulah yang dinamakan hakikat kehidupan; apatah lagi di zaman yang serba moden ini, di mana kehidupan mengejar kebendaan dan keduniaan menjadi fokus utama.

Keadaan ini merupakan salah satu punca penyebab berlakunya sifat sombong, bongkak, takbur, riyak dan suka cakap besar serta menganggap dirinya lebih dari orang lain.

MazmumahSesungguhnya sifat-sifat tersebut,

atau yang disebut sebagai sifat-sifat mazmumah, merupakan penyakit-penyakit hati yang sangat dibenci oleh Allah S.W.T. yang boleh membinasakan diri sendiri. Di samping itu juga, anggota masyarakat akan memandang jijik terhadap orang-orang yang me-nyom bong dan membangga diri. Firman Allah S.W.T. dalam surah Luqman ayat 18 yang bermaksud:

“Dan janganlah engkau memaling­kan muka kamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan jangan lah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong, takbur, riyak dan bongkak lagi suka membangga­banggakan diri.”

Ketahuilah bahawa sifat-sifat sombong, bongkak, takbur dan riyak

itu merupakan sifat iblis la’natullah. Ini jelas diceritakan dalam al-Quran apabila iblis diperintahkan untuk sujud kepada Nabi Adam a.s. tetapi dia menolaknya kerana menganggap dirinya lebih mulia dari Nabi Adam a.s. Lantaran kesombongannya itulah iblis telah dikeluarkan dari syurga se-bagaimana firman Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah ayat 34 yang ber-maksud:

“Dan (ingatlah) ketika Kami ber­firman kepada malaikat, ‘Tunduk lah (beri hormat) kepada Adam,’ lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis. Justeru de ngan keengganan itu menjadikan mereka (iblis) tergolong dalam golo ngan yang kafir.”

Begitulah juga yang terjadi kepada putra Nabi Nuh a.s. dan isterinya yang sombong, bongkak, takbur, riyak dan cakap besar apabila air banjir naik memenuhi bumi, mereka tidak mahu menyahut seruan (ayah dan suaminya) kerana dia beranggapan dapat menye-lamatkan diri daripada banjir. Tetapi akibat kesombongannya itu, akhirnya kedua-duanya ditenggelamkan oleh banjir dan mati bersama-sama orang yang kafir.

Perkara itu diceritakan oleh Allah S.W.T. dalam al-Quran dalam surah Hud ayat 43 yang bermaksud:

“Jawab anaknya: ‘Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan daku daripada ditenggelamkan oleh air.’ (Kemudian)

Ustaz Hj. Milatusamsi Hj. Hassan ketika menyampaikan khutbah di Masjid at-Taqwa, Desa Subang Permai, Selangor.

jamiyah 55.indd 3 5/27/2015 10:06:16 AM

Page 4: Jangan Campur Aduk Dakwah dan Siasah - jamiyah.org.my fileprogram dakwah dengan lebih ter-susun dan berkesan bagi mengelak per tindihan program dengan NGO lain. “Dakwah adalah tugas

SUARA JAM’IYAH 4 No.55 • 2015/1436H

Nabi Nuh berkata: ‘Hari ini tidak ada sesuatu pun yang akan dapat me­nyelamatkan diri dari azab Allah, ke cuali orang­orang yang dikasihi­Nya!’ Dan dengan serta merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu jadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang­orang yang ditenggelamkan oleh taufan.”

Ketahuilah bahawa sifat-sifat som-bong itu terbahagi kepada tiga (3) bahagian:

Pertama: Takbur terhadap Allah S.W.T. seperti mengabaikan segala perintah dan suruhan-Nya dan me-lakukan perkara yang ditegah dan tidak takut terhadap peringatan dan ancaman-Nya; sebaliknya me remeh kan dan memperolok-olokkan syariat Islam.

Perlulah diingatkan bahawa Allah S.W.T. telah menjanjikan balasan yang buruk kepada orang-orang yang bersikap sombong, bongkak, takbur dan riyak sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Mukmin ayat 60 yang bermaksud :

“Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu kepada­Ku nescaya Aku perkenankan permohonan kamu. Sesungguhnya orang­orang yang sombong, takbur daripada ber ibadah dan berdoa kepada­Ku akan Aku masukkan ke neraka Jahanam dalam keadaan hina.”

Kedua: Takbur kepada Rasullullah S.A.W.

Perbuatan ini dilakukan oleh orang-orang kafir Quraisy yang mahu meng halang Nabi S.A.W. dalam usaha baginda menyebarkan agama Islam. Mereka berlaku sombong dengan mengatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah seorang anak yatim dan tidak berharta serta tidak layak untuk menjadi pemimpin. Disebabkan kesombongan mereka itulah mereka mati dalam keadaan kufur.

Ketiga: Takbur atau sombong terhadap sesama manusia.

Perkara ini boleh dilihat melalui tanda-tanda seperti berikut:

Merasa bangga dengan pen-capaian dirinya, seolah-olah orang lain tidak sepertinya;

Suka menunjuk-nunjuk keheba tan diri dan kaum kerabatnya;

Bergaya dan beraksi angkuh; Membantah teguran orang lain,

meskipun pendapatnya salah; Tidak mengindahkan nasihat,

teguran dan pandangan orang lain; Sentiasa menganggap dirinya

sahaja yang betul; Suka membanggakan diri; dan

lain-lain sifat mazmumah.

Oleh itu satu-satu cara meng-hindar kan diri dari penyakit som bong, bongkak, takbur, riyak dan membangga diri ialah dengan men contohi ke-peribadian Rasullullah S.A.W. kerana baginda tidak pernah menyimpan sifat-sifat mazmumah; sebaliknya baginda sentiasa bersifat mahmudah, iaitu sifat-sifat yang terpuji, sehingga Allah S.W.T. meletakkan kedudukan baginda sebagai insan dan pemimpin yang sangat mulia dari kalangan para rasul; sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya aku utuskan (Muhammad) untuk menyempurnakan akhlak manusia.”

Justeru untuk menghindarkan sifat sombong, bongkak dan riyak; kita hendaklah melazimkan diri dengan amalan-amalan yang baik dalam pergaulan; sama ada sesama anggota keluarga, sesama ahli masyarakat,

sesama warga organisasi, sesama jiran tetangga dan komuniti. Bertegur sapa dengan kasih sayang, berbincang dengan sopan dan beradab, tolong-menolong serta hormat menghormati antara satu sama lain.

Kesimpulan Sebagai kesimpulan, marilah kita

sama-sama menjaga keharmonian dan kerukunan hidup dalam masyarakat, pertubuhan dan organisasi; dengan interaksi yang mesra, kasih sayang dan hormat-menghormati; dan dalam masa yang sama membuang sifat-sifat mazmumah seperti sombong, bongkak, takbur, riyak dan mem-bangga diri. Sebaliknya amalkanlah sifat mahmudah seperti taqwa dan tawaduk, menghormati idea dan buah fikiran orang lain, bantu-membantu serta bersedia memaafkan kesilapan rakan dan taulan.

Sesungguhnya segala pangkat, darjat dan harta kekayaan akan tinggal jadi warisan sebaik kita dijemput Allah kembali meninggalkan dunia yang fana’ ini. Hanya amal ibadah fardu, amal jariah dan anak-anak yang soleh yang bakal jadi bekalan; sementara sifat-sifat mahmudah akan terus jadi sebutan oleh teman-teman dan rakan taulan yang ditinggalkan.

Nota:Khutbah disampaikan oleh Hj. Milatusamsi Hj. Hassan di Masjid At-Taqwa, Desa Subang Permai, Shah Alam, Selangor pada 2 Februari 2015.

Rasullullah S.A.W. tidak pernah menyimpan sifat-sifat mazmumah; sebaliknya baginda sentiasa bersifat mahmudah, iaitu sifat-sifat yang terpuji, sehingga Allah S.W.T. meletakkan kedudukan baginda sebagai insan dan pemimpin yang sangat mulia dari kalangan para rasul; sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya aku utuskan (Muhammad) untuk menyempurnakan akhlak manusia.”

jamiyah 55.indd 4 5/27/2015 10:06:16 AM

Page 5: Jangan Campur Aduk Dakwah dan Siasah - jamiyah.org.my fileprogram dakwah dengan lebih ter-susun dan berkesan bagi mengelak per tindihan program dengan NGO lain. “Dakwah adalah tugas

SUARA JAM’IYAH 5 No.55 • 2015/1436H

Pernahkah Anda Menangis...?

Cinta Rasul

Demikian diingatkan oleh Ustaz Hosni Mubarak Abdul Hamid ketika menyampaikan ceramah yang ber tajuk “Cinta Rasul” yang diadakan khusus untuk para pelajar jururawat PICOMS, Jalan Ipoh.

Pendakwah bebas itu kemudiannya menceritakan bagaimana sepohon kurma telah menangis kerana rindukan Rasulullah. Menurutnya di zaman ‘awalin sebelum para sahabat membina mimbar khas untuk baginda menyampaikan khutbah; Nabi setiap kali, apabila menyampaikan khutbah akan bersandar di pangkal pohon kurma itu. Tetapi setelah pohon itu ditebang bagi mendirikan mimbar khas buat baginda, tiba-tiba ketika

Nabi sedang berkhutbah, para hadirin mendengar suara tangisan; dan apabila diamati tangisan itu datang dari tunggul kurma yang ditebang itu.

“Pernahkah anda menangis kerana rindukan Rasulullah?” tanya Ustaz Hosni. Beliau kemudiannya menyebut adanya remaja yang menangis kerana kematian artis kesayangannya, tetapi tidak pula menangis di hari kelahiran baginda.

“Setiap tahun kita mengadakan majlis maulud, tetapi adakah kita benar-benar cinta Rasulullah?”

“Berapa banyakkah amalan sunah baginda yang kita amalkan dalam sehari?”

“Berapa banyak pula larangan

Nabi Muhammad ialah insan yang paling mulia dan yang ter hebat berbanding segala

makhluk ciptaan Allah, lewat gene-rasi jin dan malaikat. Kehebatan dan kemuliaannya disebab kan beberapa mukjizat yang dimiliki; justeru umatnya juga boleh men-jadi mulia dan hebat jika patuh kepada mukjizatnya yang satu – iaitu al-Quran.

Lantaran kehebatan al-Quran itu, umat Nabi Muhammad juga akan menjadi umat yang pertama dihisab di Padang Mahsyar, dan yang pertama memasuki syurga (bagi yang layak); walhal umat nabi-nabi yang terdahulu mempunyai kehebatan dari segi ibadatnya, di mana di antara mereka ada yang beribadat lebih dari seratus tahun.

Lebih hebat lagi – seluruh generasi manusia sejak zaman Nabi Adam hingga bayi yang lahir menjelang kiamat pun akan memohon syafaat baginda di Padang Mahsyar, di mana ketika itu tiada lagi sebarang perlin-dungan dan pertolongan melainkan perlindungan dari Allah.

“Sebab itulah, kita mesti me nanam-kan kasih sayang yang men dalam terhadap baginda Rasulullah S.A.W.”

Ustaz Hosni Mubarak (kiri) menerima cenderahati dari Sabda S., editor Suara Jam’iyah, yang mewakili SUA, Haji Milatusamsi Hj. Hasan. Di kanan ialah Ustaz Syawal Saad, Pegawai Dakwah.

jamiyah 55.indd 5 5/27/2015 10:06:18 AM

Page 6: Jangan Campur Aduk Dakwah dan Siasah - jamiyah.org.my fileprogram dakwah dengan lebih ter-susun dan berkesan bagi mengelak per tindihan program dengan NGO lain. “Dakwah adalah tugas

SUARA JAM’IYAH 6 No.55 • 2015/1436H

AIR-AIR YANG MULIA

Air yang keluar dari jari jemari Rasulullah

Air telaga KautharAir Zam-ZamAir Sungai Nil

Air Sungai Furat (di Iraq)

Sebahagian dari para pelajar PICOMS di majlis berkenaan.

baginda yang kita tinggalkan?” tanya beliau lagi bertubi-tubi.

Semua kealpaan itu disebabkan kita tidak mengenali Rasulullah, berbanding mengenali kehidupan rutin para artis, pelawak dan pelakon, ujar beliau. Hal yang demikian me nurutnya lagi disebabkan sanjungan melampau pihak media yang mem promosikan kehidupan para artis se hingga di luar profesyen sebenar nya.

Beliau menceritakan bagaimana se suatu yang hina pada manusia biasa, tetapi menjadi hebat pada baginda.

Suatu hari seorang sahabat (Umu ‘Aiman) yang dalam keadaan amat dahaga telah masuk ke rumah Nabi dan ternampak bekas air di bawah katil baginda lalu meminumnya sam-pai habis tanpa meminta izin terlebih dahulu.

Apabila mendapati be kas itu telah kosong, baginda memberitahu Umu ‘Aman: “Demi Allah, selepas ini kamu tidak akan mengalami sebarang penyakit…”

“Tuan-tuan tahu, air apakah itu?” Tanya Ustaz Hosni.

(Ustaz Hosni memberitahu – pada sebelah malamnya – udara terlalu sejuk dan malam agak gelap, di mana kesihatan baginda ketika itu agak kurang mengizinkan, lalu baginda telah

membuang air kecil ke dalam bekas itu dengan qasad untuk dibuang pada keesokan hari).

Begitu juga, selama ini kita men-dengar betapa tampan dan segak-nya Nabi Yusuf A.S. sebagai yang di ceritakan dalam kebanyakan kitab. Namun katanya, sewaktu baginda mikraj ke langit dan menemui Nabi Yusuf, yang terkenal memiliki wajah yang lawa, sedang menurut Jibrail bahawa Nabi Muhammad S.A.W. lebih tampan dan kacak.

Mengenai tubuh Nabi pula – Syedina Umar dikatakan mempunyai ketinggian tiga meter, iaitu melebihi ketinggian Nabi; tetapi apabila kedua-duanya duduk bersebelahan, bagin da kelihatan lebih tinggi daripada Syedina Umar.

Ustaz Hosni juga menceritakan bagaimana Anas bin Malik (khadam baginda) yang telah berkhidmat selama lebih 10 tahun dengan baginda memberitahu bahawa uban baginda tumbuh berbaris dan tersusun rapi; tidak berselerak sebagaimana terjadi pada kebanyakan kepala umatnya.

Begitu juga beliau menyebutkan sebuah hadis dari Anas bin Malik, bahawa bulu yang tumbuh pada tubuh baginda tidak menyebar ke seluruh dada sebagaimana lelaki biasa,

melainkan tumbuh sebaris dari atas hingga ke pusat.

Selanjutnya beliau menasihati generasi muda supaya berazam untuk bertemu Rasulullah. “Nasihat para ulama ialah dengan mengamalkan selawat sekurang-kurang 10,000 kali setiap hari serta melakukan kerja-kerja nubuwwah sebagai yang pernah diamalkan oleh baginda.”

Menurutnya, untuk membiasakan kita berselawat ialah dengan berzikir memegang tasbih sepanjang masa. “Itulah caranya, untuk kita meng hidup-kan hati supaya sentiasa meng ingati Allah dan mulut kita sentiasa basah membesarkan Allah dan Rasul-Nya,” nasihat Ustaz Hosni. – SS

jamiyah 55.indd 6 5/27/2015 10:06:20 AM

Page 7: Jangan Campur Aduk Dakwah dan Siasah - jamiyah.org.my fileprogram dakwah dengan lebih ter-susun dan berkesan bagi mengelak per tindihan program dengan NGO lain. “Dakwah adalah tugas

SUARA JAM’IYAH 7 No.55 • 2015/1436H

Bermula dan Berakhirnya Dunia

(AL-BIDAYAH WAN NIHAYAH)

Rencana ini disesuaikan dari poster “Al-Bidayah Wan Nihayah” yang me­

rupa kan sanggahan terhadap faham materialis dan teori ten tang penciptaan seluruh jagad raya berserta isinya hanya dalam enam hari – terbitan Granada Production, Solo, Indonesia.

Allah mencipta langit dan bumi dalam masa enam hari dan manusia pertama (Adam) dicipta pada hari keenam (hari Jumaat) selepas Asar

dan ditempatkan di Jannah; dan dikeluarkan dari Jannah untuk turun ke bumi juga pada hari Jumaat.

Pentafsiran tentang enam hari itu para ulama berbeza pendapat; apakah ia bersamaan dengan hari di dunia atau sebanding dengan 1,000 tahun atau 60,000 tahun.

Disebutkan hari Jumaat (hari berkumpul) kerana pada hari itu telah sempurna segala ciptaan-Nya termasuk segala planet, gunung-ganang dan lautan, segala tumbuh-tumbuhan dan segala binatang dan hidup-hidupan dalam masa enam hari.

Para ulama berbeza pendapat tentang penciptaan yang pertama. Berikut pendapat beberapa qaul tentang awal penciptaan.

a. Sabda Nabi S.A.W.: “Sesungguh-nya yang pertama kali diciptakan oleh Allah S.W.T. adalah Qalam (pena) lalu dikatakan kepadanya: “Tulislah.” Ia menjawab: “Apa yang harus aku tulis?” dan Dia berfirman: “Tulislah takdir segala sesuatu sehingga hari kiamat tiba.” (Hadis riwayat Muslim)

b. Muhammad bin Ishak berkata: “Yang pertama kali diciptakan ialah cahaya dan kegelapan, kemudian Allah

Istana Nabi Sulaiman menurut imaginasi pelukis.

jamiyah 55.indd 7 5/27/2015 10:06:20 AM

Page 8: Jangan Campur Aduk Dakwah dan Siasah - jamiyah.org.my fileprogram dakwah dengan lebih ter-susun dan berkesan bagi mengelak per tindihan program dengan NGO lain. “Dakwah adalah tugas

SUARA JAM’IYAH 8 No.55 • 2015/1436H

menisbahkan keduanya; lalu Allah menjadikan kegelapan sebagai malam yang gelap gelita dan menjadikan siang sebagai cahaya yang bersinar.”

c. Imam Tabrani berkata: “Sesung-guh nya yang diciptakan oleh Rabb kita setelah Qalam adalah Kursi, kemudian menciptakan ‘Arasy setelah itu menciptakan udara dan kegelapan, kemudian menciptakan air lalu meletakkan ‘Arasy-Nya di atas air.”

1. ‘Arasy adalah satu makam di mana Allah beristiwa’ di atasnya; di mana luas dan besarnya apabila dibandingkan dengan Kursi-Nya se-perti sebuah padang pasir dibanding-kan dengan sebuah lingkaran gelang. Terletak atas air (Surah Hud ayat 7) dan jarak antara air dengan Kursi tersebut adalah sejauh perjalanan 500 tahun. Ibnu Hafiz bin Usman menyebutkan bahawa ‘Arasy adalah makhluk yang diciptakan dari yaquth yang berwarna merah dan jarak antara kedua tepinya adalah sejauh perjalanan 50,000 tahun.

2. Kursi adalah (menurut Ibnu Abbas) luasnya jika dibandingkan dengan tujuh lapis langit seperti se buah tameng yang di atasnya di-letakkan tujuh keping mata wang.

3. Lauhul Mahfuz adalah makhluk Allah yang tercipta dari mutiara putih, di mana lembaran-lembaran-nya tercipta daripada yaquth merah, penanya daripada cahaya dan tulisan-nya adalah cahaya Allah. Di dalamnya setiap hari terdapat 360 kejapan (lahdzat) di mana Allah men ciptakan, memberi rezeki, menghidup kan, me-matikan, menghinakan dan memulia-kan dan Allah berbuat mengikut ke hen dak-Nya.

4. Ada pun siang dan malam, para ulama berselisih pendapat, yang mana -kah yang diciptakan terlebih dahulu; siang atau malam. Ibnu Atsir dalam Al­Kamil menyatakan bahawa malam terlebih dahulu diciptakan. (Al­Kamil fit Tarikh; 1/14; Al­Bidayah wan Nihayah: 1/8; Tafsir al­Qurtubi: 1/238)

“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawa langit

dan bumi itu kejadiannya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?” (Al­Anbiya’ ayat 30)

Katakanlah: “Patutkah kamu kafir kepada yang menciptakan bumi dalam dua masa?” (Fussilat ayat 9)

Pada hari ketiga dan keempat Allah melengkapi bumi dengan ber bagai-bagai isinya yang berupa gunung-ganang, lembah, sungai, laut, tum-buhan dan binatang.

Kemudian Dia menuju kepada pen ciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi:

“Datang lah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan rela hati atau terpaksa.” Keduanya menjawab: “Kami datang dengan rela hati.”

Maka Dia men jadikannya tujuh langit dalam dua masa. Dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang gemerlapan dan Kami memelihara dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Fussilat ayat 11-12)

Pada hari Jumaat maka sempurna-lah sudah keseluruhan ciptaan Allah. Dengan demikian Allah menciptakan seluruh alam semesta berserta isinya hanya dalam tempoh enam hari.

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam masa enam masa, lalu Dia bersemayam di atas ‘Arasy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (dicipta-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya.

“Ingatlah bahawa menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Rabb semesta alam.”

(Al-A’raf ayat 54)

ADAM ( 4096 – 3096 SM)IDRIS (Menurut Ibnu Abbas, jarak antara Adam dengan Nuh ialah 10 kurun)NUH ( 3900 – 2900 SM)HUD ( 2500 – 2200 SM)SALIH ( 2000 – 1900 SM)IBRAHIM ( 1861 – 1686 SM)LUTH ( 1861 – 1686 SM)ISMAIL ( 1781 – 1628 SM)ISHAQ ( 1761 – 1581 SM)YA’QUB ( 1700 – 1652 SM)YUSUF ( 1610 – 1500 SM)SYU’AIB ( abad 16 – 15 SM)AYUB ( abad 16 & 15 SM)ZULKIFLI ( abad 16 & 15 SM)MUSA ( 1426 – 1316 SM)HARUN ( 1429 – 1317 SM)DAWUD ( 1043 – 973 SM)SULAIMAN ( 985 – 922 SM)ILYAS ( abad 9 SM)ILYASA ( abad 9 SM)YUNUS ( abad 8 SM)ZAKARIA ( 1000 – 20M)YAHYA ( 1SM – 20M)ISA ( 1SM – 22M)MUHAMMAD (570 – 632M)

Data di atas merujuk kepada kitab Al-Aqidah al-Islamiyah wa Ususuha, hlm. 447, oleh Abdul Rahman Hassan Habanakah al­Madani. Mengenai masa hidup Nabi Adam dan Nabi Idris a.s. tidak kami tentukan kecuali dalam buku Rangkaian Cerita da-lam Al-Quran oleh Bey Ariffin. Angka-angka tahun di atas bukan satu kepastian. Para sejarahwan berkemungkinan meriwa­yat kannya dari sum ber Israiliyyat.

KHULAFA’ RASYIDIN11 – 40H Bani Umayyah40 – 132H Bani Abbasiyah132 – 656H Turki Uthmaniyyah687 –1257H Runtuhnya Khalifah IslamiyahMASA VAKUM Kaum Musli min tanpa mempunyai Khalifah Islam.

jamiyah 55.indd 8 5/27/2015 10:06:20 AM