jamaludin zamzam

33
JAMALUDIN ZAMZAM GLUL 3033 UNDANG-UNDANG SYARIKAT 1 Jamaludin Bin Zamzam

Upload: ludlow

Post on 23-Feb-2016

110 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

JAMALUDIN ZAMZAM. GLUL 3033 UNDANG-UNDANG SYARIKAT. 1. BAB 5 : Artikel Persatuan. 5.0 ARTIKEL PERSATUAN 5.1 Pengenalan 5.2 Kesan memorandum dan artikel persatuan apabila didaftarkan 5.3 Pindaan Artikel Persatuan. BAB 5 : Artikel Persatuan. 5.1 Pengenalan - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: JAMALUDIN ZAMZAM

JAMALUDIN ZAMZAM

GLUL 3033UNDANG-UNDANG SYARIKAT

1Jamaludin Bin Zamzam

Page 2: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5 : Artikel Persatuan

5.0 ARTIKEL PERSATUAN 5.1 Pengenalan 5.2 Kesan memorandum dan artikel

persatuan apabila didaftarkan 5.3 Pindaan Artikel Persatuan

Page 3: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5 : Artikel Persatuan 5.1 Pengenalan Artikel Persatuan : perkara-perkara seperti

hal pengurusan syarikat: hubungan di antara mesyuarat agung pemegang saham dan mesyuarat lembaga pengarah, cara pelantikan pengarah, prosedur mesyuarat syarikat, prosedur pembahagian dan pindahmilik saham, pengisytiharan dividen dan juga hak dan obligasi syarikat.

Pekara ini boleh dirujuk kepada seksyen 29 Akta Syarikat 1965. Sila rujuk slide seterusnya.

Page 4: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5 : Artikel Persatuan 5.1 Pengenalan (cont)

29. Artikel-artikel syarikat(1) Maka bolehlah dalam hal syarikat berhad menurut syer dan maka hendaklah dalam hal syarikat berhad menurut gerenti atau syarikat tidak berhad didaftarkan dengan memorandum, artikel artikel yang ditandatangani oleh penandatangan-penandatangan kepada memorandum yang menetapkan peraturan-peraturan syarikat.(2) Artikel-artikel hendaklah-(a) dicetak;(b) dibahagikan kepada perenggan-perenggan bernombor; dan(c) ditandatangani oleh setiap penandatangan kepada memorandum di hadapan sekurang- kurangnya dua orang saksi ( yang bukan penandatangan yang satu lagi) yang mesti menyaksikan tandatangan itu dan menulis alamatnya.

Page 5: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5 : Artikel Persatuan 5.1 Pengenalan (cont)

29. Artikel-artikel syarikat(3) Dalam hal syarikat tidak berhad, perkara-perkara, jika syarikat mempunyai syer modal, hendaklah menyatakan amaun syer modal yang mana syarikat mencadangkan didaftarkan dan pembahagiannya kepada syer-syer jumlah tetap.(4) Dalam hal syarikat tidak berhad atau syarikat berhad menurut gerenti atau syarikat berhad kedua-duanya menurut syer atau gerenti, perkara-perkara hendaklah menyatakan bilangan ahli yang dicadangkan oleh syarikat bagi didaftarkan.(5) Sekiranya syarikat kepada mana subseksyen (4) terpakai menambah bilangan ahlinya melebihi bilangan yang didaftarkan ia hendaklah dalam masa satu bulan selepas penambahan itu diluluskan atau berlaku, menyerahsimpan dengan Pendaftar Notis tentang penambahan itu.(6) Setiap syarikat yang melakukan keingkaran dalam mematuhi subseksyen (5) dan setiap pegawai syarikat yang diingkar mematuhi subseksyen tersebut akan melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti : Seribu ringgit. Penalti ingkar

Page 6: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.2 Kesan memorandum dan artikel persatuan• Memorandum dan perkara-perkara merupakan suatu

kontrak antara syarikat dengan para ahlinya dan di kalangan para ahlinya secara inter se.

Seksyen 33 memperuntukkan :33. Kesan memorandum dan artikel-artikel(1) Tertakluk kepada Akta ini, memorandum dan artikel-artikel hendaklah apabila didaftarkan mengikat syarikat dan ahli-ahlinya seolah-olah memorandum dan artikel-artikel itu masing-masingnya telah ditandatangani dan dimeterai oleh setiap ahli dan terkandung waad-waad di pihak setiap ahli untuk mematuhi semua peruntukan memorandum dan artikel-artikel tersebut.

Page 7: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.2 Kesan memorandum dan artikel persatuan A) Kesan kontraktual di antara syarikat dan ahlinya• Memorandum dan perkara-perkara persatuan adalah

juga merupakan suatu kontrak antara syarikat dan ahlinya berasaskan seksyen 33(1).

• Kesan peruntukan seksyen: syarikat boleh mengambil tindakan terhadap ahli untuk memastikan agar mereka mematuhi peruntukan di dalam artikel dan memorandum jika ahli enggan mengikuti peruntukan secara sukarela.

• Prinsip ini dapat dilihat dalam kes Hickman Iwn Kent or Romney Marsh Sheep Breeders Assoc (1915). …..(refer next slide)

Page 8: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.2 Kesan memorandum dan artikel persatuan A) Kesan kontraktual di antara syarikat dan ahlinya(cont) Kes: Hickman Iwn Kent or Romney Marsh Sheep Breeders

Assoc (1915). Fakta: Hickman adalah ahli kepada Kent Association sebuah

perbadanan yang tidak berorientasikan keuntungan (non profit company). Dia mendakwa terdapat beberapa salah aturan di dalam pengurusan syarikat dan membawa hal ini ke mahkamah. Artikel 49, satu peruntukan di dalam artikel persatuan syarikat: ‘bahawa sebarang pertelingkahan antaranya dengan ahli-ahlinya hendaklah dirujuk kepada timbangtara.

Keputusan: Permohonan syarikat untuk membatalkan perbicaraan diberhentikan. Artikel persatuan merupakan kontrak yang mengikat Hickman dan syarikat. Peruntukan timbangtara yang terdapat dalam artikel 49….Hickman mesti merujuk kepada penimbangtara seperti yang dinyatakan dalam artikel syarikat.

Page 9: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.2 Kesan memorandum dan artikel persatuan A) Kesan kontraktual di antara syarikat dan ahlinya(cont) Dalam kes Pender Iwn Lushington (1877), mahkamah

memutuskan: ahli berhak untuk menguatkuasakan peruntukan di dalam artikel persatuan yang memberikan hak untuk mengundi di dalam mesyuarat syarikat. Jika hak ahli untuk mengundi dinafikan, ahli tersebut boleh menurut haknya dari syarikat kerana hak tersebut telah ternyata di dalam artikel.

Jadi bila artikel memperuntukkan seorang ahli berhak mengundi dan apabila hak tersebut tidak diberi, maka syarikat tidak mematuhi peruntukan artikel, ahli boleh menuntut agar syarikat mematuhi peruntukan artikel tersebut.

Page 10: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.2 Kesan memorandum dan artikel persatuan A) Kesan kontraktual di antara syarikat dan ahlinya(cont) Seksyen 31(1) menetapkan bahawa memorandum dan

perkara-perkara akan mengikat syarikat dan para ahlinya, iaitu memorandum dan perkara-perkara telah ditandatangani dan dimeterai oleh setiap ahli dan mengandungi waad di pihak setiap ahli untuk mematuhi kesemua peruntukan yang ada.

Tetapi syarikat tersebut tidak dianggap menandatangani atau memeterai kontrak statutori tersebut.

Walau bagaimanapun, telah diputuskan bahawa seorang ahli boleh meminta syarikat tersebut dan pengarah-pengarahnya daripada bertindak melanggar perkara tersebut.

Page 11: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.1 Kesan memorandum dan artikel persatuan Kesan kontraktual di antara syarikat dan ahlinya(cont) Kes: Salmon Iwn Quin & Axtens Ltd [1909], Mahkamah Rayuan

England.o Fakta : Perkara-perkara syarikat menetapkan bahawa kontrak

tertentu tidak boleh ditandatangani tanpa keizinan daripada Salmon dan Axtens. Lembaga pengarah telah bercadang untuk mendapatkan premis tertentu dan menyewa premis yang lain. Salmon telah menentang cadangan tersebut selaras dengan perkara-perkara syarikat. Untuk menghalang veto Salmon, suatu resolusi daripada para ahli telah diluluskan melalui undian oleh Axtens. Salmon telah mendakwa untuk mendapatkan injuksi untuk menyekat syarikat tersebut dan pengarahnya daripada bertindak terhadap resolusi tersebut.

o Keputusan: Resolusi tersebut adalah tidak selaras dengan perkara-perkara syarikat, dan membenarkan injuksi tersebut,

Page 12: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.1 Kesan memorandum dan artikel persatuan Kesan kontraktual di antara syarikat dan ahlinya(cont) Prinsip: Di England, pandangan luar biasa tentang

kontrak statutori antara syarikat dan ahlinya telah diterima.

Prinsip di England adalah, walaupun wujud kontrak antara syarikat dan ahlinya, tetapi kontrak tersebut tidak meliputi hak yang diberikan kepada seorang ahli yang dalam kedudukan selain seorang ahli.

Contoh kes : Eley Iwn Positive Government Life Assurance Co (1876), Mahkamah Rayuan, England.

Page 13: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan Contoh kes : Eley Iwn Positive Government Life Assurance Co

(1876), Mahkamah Rayuan, England.o Perkara-perkara syarikat menetapkan bahawa Eley akan

menjadi peguamcara bagi syarikat dan beliau akan menguruskan kesemua urusan perniagaan dari segi undang-undang. Eley juga merupakan seorang pemegang syer. Syarikat tersebut enggan untuk menggajikan beliau seorang peguamcara. Eley telah mendakwa bagi pelanggaran kontrak.

o Keputusan: Artikel tidak memberikan hak kepada ahli sekiranya ahli cuba menguatkuasakan haknya di dalam kedudukan selain dari ahli. Eley tidak boleh bergantung pada perkara-perkara tersebut(artikel) bagi mendapatkan hak untuk menjadi peguamcara syarikat tersebut.

o Dalam kes ini, Eley ingin menguatkuasakan peruntukan artikel yang memberikannya hak sebagai peguam syarikat.

o Penyelesaian masalah: menandatangani satu kontrak yang lain daripada artikel.

Page 14: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.1 Kesan memorandum dan artikel persatuan Kesan kontraktual di antara syarikat dan ahlinya(cont) Kes Eley telah dijelaskan dalam Hickman Iwn Kent or

Romney Marsh Sheep Breeders Association [1915], Mahkamah Tinggi, England, di mana hak yang diberikan kepada Eley adalah diberikan pada keupayaan lain selain sebagai seorang ahli, dan dengan itu, tidak boleh dikuatkuasakan.

Hakim Astbury menyatakan:“ .......saya berpendapat jelas bahawa tiada suatu perkara syarikat boleh menjadi suatu kontrak antara syarikat dengan pihak ketiga. Kedua, sesuatu hak tidak boleh diberikan oleh perkara kepada seseorang sama ada sebagai seorang ahli, contohnya peguamcara, penaja, pengarah dan hak itu TIDAK boleh dikuatkuasakan terhadap syarikat tersebut.”

Page 15: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.2 Kesan memorandum dan artikel persatuan A) Kesan kontraktual di antara syarikat dan ahlinya(cont) Kritikan• Dalam kes Raffles Hotel Ltd Iwn Malayan Banking Bhd

(No2) di mana pihak defendan sebagai pihak ketiga tidak boleh mengambil kesempatan terhadap artikel 77; sebab perlantikan pengarah yang diberi kuasa dalam artikel 77 tidak mempunyai kesan dari segi undang-undang dan tidak sah. [ plaintiff tidak terikat dengan defendan oleh artikel 77 sebab defendan adalah pihak ketiga]....

• Kes Raffles Hotel adalah di mana seorang luar yang cuba menguatkuasakan hak yang diberikan oleh perkara-perkara persatuan dan BUKAN tentang seorang ahli yang menguatkuasakan hak yang diberikan kepadanya oleh perkara dalam keupayaan selain sebagai seorang ahli.

Page 16: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.2 Kesan memorandum dan artikel persatuan A) Kesan kontraktual di antara syarikat dan ahlinya(cont) Kritikan Isu dalam seksyen 33(1): sukar untuk menyelaraskan perbezaan antara

hak yang diberikan kepada seorang ahli sebagai seorang ahli dengan hak yang diberikan kepada seorang ahli yang dalam keupayaannya selain sebagai seorang ahli berasaskan prinsip dan akal budi.

Contohnya perkara-perkara persatuan menyatakan bahawa X akan dilantik sebagai peguamcara syarikat. Tetapi syarikat tidak melantik X dan X bukan seorang ahli dan tidak boleh menguatkuaskan haknya. Terserah kepada Y, seorang ahli untuk pergi ke mahkamah dan memastikan perkara-perkara persatuan di patuhi. Jika X boleh memujuk Y untuk mendakwa, maka stipulasi X menjadi peguamcara boleh dikuatkuaskan secara tidak langsung.

Soalan: Jika X seorang ahli syarikat tersebut,mempunyai hak diri supaya memorandum dan perkara-perkara dipatuhi.

Seksyen 33(1) tidak membezakan hak yang diberikan kepada seorang ahli sebagai seorang ahli dan hak yang diberikan dalam keupayaan yang lain.

Page 17: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.2 Kesan memorandum dan artikel persatuan B) Kesan kontraktual Antara Sesama Ahli (members

inter se)• Seksyen 33(1) juga memperuntukkan memorandum dan

artikel persatuan didaftarkan memberi kesan kontrak sesama ahli ( members inter se)

• Kontrak yang dibentuk oleh artikel adalah kontrak antara ahli dan setiap ahli yang lain.

• Dengan itu, setiap ahli mempunyai hak peribadi supaya syarat bagi memorandum dan artikel dipatuhi.

• Setiap ahli mempunyai hak bersendirian (personal right) untuk memastikan peruntukan di dalam memorandum dan artikel persatuan dipatuhi oleh ahli syarikat.

Page 18: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.2 Kesan memorandum dan artikel persatuan B) Kesan kontraktual Antara Sesama Ahli (members inter se) Contoh kes: Rayfield Iwn Hands [1960] Mahkamah Tinggi, England. Fakta: Artikel 11 dalam artikel persatuan syarikat memperuntukkan: “Setiap ahli

yang ingin untuk memberi saham mesti memberitahu pengarah yang akan mengambil saham secara “equal” @ harga yang berpatutan. Pada April 1955, pihak plaintiff telah memberi notis kepada defendan tentang niatnya untuk memindah amoun saham sebanyak 725 shares. Bila pihak defendan(pengarah tersebut menolak cadangan, plaintiff memberi arahan yang pengarah perlu buat sedemikian.

Keputusan : Arahan oleh plaintiff dibenarkan, sebab pengarah juga adalah ahli dalam syarikat tersebut. Artikel 11 telah mengikat pihak plaintiff dan pengarah dalam capacity mereka sebagai “qua members”.

Pengarah diarahkan untuk membeli saham sebab S 33(1) Akta Syarikat 1965 : kesan kontraktual antara ahli sesama sendiri “inter se” dan boleh dilaksanakan oleh ahli terhadap para ahli yang lain dan syarikat tersebut tidak perlu menjadi salah satu pihak kepada tindakan tersebut.

Dalam kes ini, syarikat bukan merupakan suatu pihak kepada prosiding tersebut. Hak dan liabiliti seseoarng ahli di bawah perkara-perkara persatuan merupakan obligasi kontraktual.

Page 19: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.2 Kesan memorandum dan artikel persatuan B) Kesan kontraktual Antara Sesama Ahli (members inter se) (cont) Contoh kes : Wong Kim Fatt Iwn Leong & Co Sdn Bhd [1976],

Mahkamah Tinggi, Malaysia Fakta : Dalam artikel syarikat mengandungi peruntukan seperti

“pemegang-pemegang......dari 7 per sepuluh modal yang dikeluarkan oleh syarikat pada bila-bila masa boleh menyerahkan suatu rekuisisi untuk menguatkuasakan pemindahan mana-mana syer tertentu yang tidak dipegang oleh para rekuisisi tersebut.........

Defendan kedua memegang 250 000 syer daripada 300 000, telah mengemukakan suatu rekuisisi untuk membeli syer kepunyaan Wong(plaintiff) Wong membantah tindakan ini, mendapatkan injuksi untuk menyekat penguatkuasaaan perkara tersebut.

Keputusan : Hakim Chang Min Tat : tidak membenarkan suatu deklarasi untuk menyatakan bahawa perkara tersebut tidak boleh dikuatkuasakan. Artikel persatuan adalah kewajipan kontrak dan obligasi kontraktual dan pihak plaintiff (Wong) mesti mematuhi obligasi tersebut.

Page 20: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.2 Kesan memorandum dan artikel persatuan C) Hubungan Antara Syarikat Dengan Orang

Luar Artikel persatuan: satu kontrak antra para ahli

syarikat tersebut. Orang luar iaitu yang bukan ahli tidak terlibat dalam kontrak, dan tidak boleh menguatkuasakan apa-apa hak yang dikatakan diperoleh daripada memorandum atau perkara-perkara syarikat.

Contoh kes : Raffles Hotel Ltd Iwn Malayan Banking Bhd ( No.2) [1996] (Mahkamah Persekutuan Malaysia di Singapura).....

Page 21: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan Kes :Raffles Hotel Ltd Iwn Malayan Banking Bhd ( No.2)

[1996] Fakta: Malayan Banking Bhd adalah pemberi pajak tapak

bangunan Hotel Raffles. Syarikat plaintiff (“syarikat tersebut”) adalah penerima pajak tanah tersebut. Perkara-perkara syarikat telah menyatakan bahawa pemberi pajak mempunyai kuasa untuk melantik seorang pengarah. Malayan Banking telah melantik dirinya sebagai pengarah. Syarikat tersebut telah memohon suatu deklarasi bahawa pelantikan ini adalah tidak sah.

Keputusan: Oleh sebab Malayan Banking bukan ahli syarikat tersebut, maka perkara-perkara syarikat tidak memberi kepadanya apa-apa hak yang boleh dikuatkuasakan untuk melantik pengarah syarikat tersebut.........

Perlantikan tersebut tidak sah.....

Page 22: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.2 Kesan memorandum dan artikel persatuan C) Hubungan Antara Syarikat Dengan Orang Luar Kes Raffles Hotel Ltd perlu dibezakan dengan kes New Zealand,

Woodlands Iwn Logan [1948] Fakta: Dalam kes tersebut, artikel syarikat telah memberi kuasa kepada

pemegang amanah bagi mendiang pengarah urusan untuk melantik pengarah urusan syarikat tersebut. Pemegang amanah itu telah membuat perlantikan tetapi dicabar oleh beberapa orang ahli. Hakim Cornish telah mengesahkan kuasa pemegang amanah untuk melantik pengarah urusan tersebut.

Soalan? Adalah perlantikan itu sah dan bukan sama ada hak untuk melantik boleh dikuatkuasakan oleh pemegang amanah itu.

Keputusan: Artikel memberikan kuasa perlantikan kepada pemegang amanah, maka perlantikan pengarah urusan oleh pemegang amanah tersebut adalah sah dan pengarah urusan telah bertindak bagi pihak syarikat dan syarikat terikat dengan tindakannya.

Kritikan: Kes ini tidak selaras dengan Akta…..pandangan yang lebih baik: Hakim Winslow dan Ambrose dalam kes Malayan Banking itu.

Page 23: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.2 Kesan memorandum dan artikel persatuan C) Hubungan Antara Syarikat Dengan Orang

Luar Kesimpulan: Pindaan terhadap artikel tidak boleh

menjejaskan suatu hubungan yang sedia ada dengan orang luar. Jika terdapat suatu kontrak antara syarikat dengan orang luar, pindaan terhadap perkara-perkara syarikat tidak dapat mewujudkan suatu pelanggaran kontrak tersebut.

Contoh kes : RECARATTI HOLDING COMPANY PTY LTD [1975] 1 ACLR 87

Page 24: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.2 Kesan memorandum dan artikel persatuan C) Hubungan Antara Syarikat Dengan Orang Luar Contoh kes : RECARATTI HOLDING CO. PTY LTD [1975] 1

ACLR 87 Fakta:Artikel persatuan sykt memperuntukkan pemegang

saham majoriti boleh mendapatkan saham-saham pemegang saham minoriti. Mahkamah memutuskan bahawa peruntukan artikel adalah kewajipan kontrak yang boleh dikuatkuasakan untuk membenarkan pemegang saham majoriti mendapatkan saham pihak pemegang saham majoriti. Peruntukan artikel boleh dikuatkuasakan terhadap pemegang saham minoriti sama ada oleh syarikat atau pemegang saham majoriti sendiri. Adil atau tidak, peruntukan artikel Persatuan adalah tidak berkaitan dalam memutuskan sama ada peruntukan di dalam artikel boleh dikuatkuasakan atau tidak. Hak & tanggungan atau obligasi seseorang ahli dibawah Artikel Persatuan adalah kewajipan kontrak.

Page 25: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan Prinsip: Artikel Persatuan tidak mewujudkan kesan kontrak yang

boleh memberikan hak kepada orang luar untuk menguatkuasakannya terhadap syarikat.

Kes: FORBES lwn NSW TROTTING CLUB LTD [1971] 2 NSWLR 515 Ahli jawatankuasa kepada NSW Trotting Club telah membuat

keputusan untuk mengecualikan Forbes daripada memasuki satu pertandingan yang dianjurkan oleh kelab tersebut.Forbes mengambil tindakan undang-undang terhadap kelab dengan hujahnya semasa membuat keputusan untuk mengeluarkannya daripada pertandingan tersebut, ahli jawatankuasa kelab tidak mematuhi prosidur di dalam peruntukan artikel syarikat. Mahkamah memutuskan Forbes tidak boleh memaksa kelab untuk mematuhi prosidur-prosidur di dalam artikel kerana beliau bukan ahli kelab berkenaan. Artikel Persatuan merupakan kontrak antara ahli syarikat & syarikat.Hanya ahli sahaja yang boleh menguatkuasakan peruntukan di dalam artikel persatuan terhadap syarikat, jadi orang luar atau bukan ahli syarikat tidak mempunyai hak untuk menguatkuasakan peruntukan dalam artikel.

Page 26: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.3 Pindaan Artikel Persatuan Syarikat mempunyai kuasa am untuk meminda artikel

persatuan dengan meluluskan ketetapan khas di bawah Seksyen 31 Akta Syarikat.

Walau bagaimanapun, kuasa am ini tertakluk kepada beberapa sekatan. Antaranya ialah:(a) Pindaan terhadap artikel persatuan tidak boleh bercanggah dengan memorandum atau akta Syarikat, atau undang-undang lain yang berkaitan. Seksyen 31(b) Jumlah syer seseorang ahli tidak boleh dipinda atau ditambah tanpa keizinannya. (Seksyen 33(3). Hak terhadap kelas bagi syer hanya boleh dipinda mengikut kaedah dan atur cara yang terdapat dalam memorandum atau artikel persatuan.(c) Secara am, pindaan mesti dibuat bagi faedah syarikat secara keseluruhan.

Page 27: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.3 Pindaan Artikel Persatuan Seksyen 33(3)….

(3) Walau apa pun yang terkandung dalam memorandum atau artikel-artikel syarikat, tiada mana-mana ahli syarikat, melainkan sama ada sebelum atau selepas pindaan dibuat ia bersetuju secara bertulis , hendaklah terikat dengan pindaan yang dibuat selepas tarikh menjadi ahli setakat mana pindaan itu menghendakinya mengambil atau mohon beli lebih banyak syer daripada bilangan yang dipegangnya pada tarikh pindaan itu dibuat atau dalam mana-mana cara menambahkan liabiliti setakat tarikh itu untuk menyumbang kepada syer modal atau selainnya untuk membayar wang kepada syarikat.

Page 28: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan 5.3 Pindaan Artikel Persatuan Jika terdapat percanggahan di kalangan

ahli tentang pindaan terhadap artikel persatuan.

Persoalannya ialah adakah pihak majoriti ingin mendapat kesempatan yang tak saksama atau hanya melaksanakan hak mereka sebagai kumpulan majoriti untuk membuat perubahan bagi faedah syarikat secara keseluruhan walaupun segolongan kecial akan terjejas.

Page 29: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan

5.3 Pindaan Artikel Persatuan (cont) Ujian tentang keesahan pindaan, sama ada dibuat

secara ikhlas demi faedah syarikat secara keseluruhannya, telah diputuskan dalam kes Greenhalgh Iwn Ardene Anemas (1951)

“ tiada satu kontrak pun boleh menyekat syarikat daripada meminda perkara persatuan tetapi syarikat akan dikenakan tanggungan bagi ganti rugi jika meminda perkara persatuan tersebut, syarikat telah melakukan kemungkiran kontrak tersebut.

Remedi berkaitan isu hak seorang ahli secara adil …..relief di bawah seksyen 181

Page 30: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel Persatuan S.181. Remedi dalam kes-kes penindasan

(1) Mana-mana ahli atau pemegang debentur syarikat , Menteri boleh memohon kepada Mahkamah untuk perintah di bawah seksyen ini atas alasan-(a) bahawa hal-ehwal syarikat adalah dikendalikan atau kuasa pengarah adalah dijalankan dengan cara yang menindas kepasa satu atau lebih ahli atau pemegang debentur termasuk dirinya sendiri atau dengan tidak mengambilkira dirinya atau kepentingan mereka sebagai ahli, pemegang saham atau pemegang debentur syarikat; atau(2) Jika di atas permohonan Mahkamah berpendapat salah satu dari alasan dibuktikan boleh:-(a) mengarah atau menghalang apa-apa perbuatan atau membatalkan atau mengubah apa-apa transaksi atau resolusi;(b) mengatur tindakan hal-ehwal syarikat pada masa hadapan;(c) memperuntukkan untuk membeli syer atau debentur syarikat oleh lain-lain ahli atau pemegang debentur syarikat atau oleh syarikat itu sendiri;(d) dalam kes pembelian syer oleh syarikat, memperuntukkan untuk pemotongan kerana itu terhadap modal syarikat; atau(e) memperuntukkan supaya syarikat digulungkan.

Page 31: JAMALUDIN ZAMZAM

Jamaludin Bin Zamzam

BAB 5: Artikel PersatuanSek. 65 A.sykt 1965 Sykt yang mempunyai modal saham yang

dibahagikan kepada beberapa kelas saham, di mana setiap kelas saham ini mempunyai hak-hak yang berlainan.

Sekiranya hak kelas saham ini diperuntukkan di dalm artikel, maka fasal yang memperuntukkan tentang cara untuk meminda kelas ini dikenali sebagai fasal variasi.

Kebebasan sykt untuk pinda artikel dihadkan oleh fasal tersebut.

Page 32: JAMALUDIN ZAMZAM

BAB 5: Artikel Persatuan Had pindaan menerusi prinsip ‘Majority

Rule’ ialah ahli-ahli majoriti boleh minda atau menambah peruntukan artikel tetapi ianya mestilah dilihat suci untuk kebaikan sykt secara keseluruhan bukan untuk individu tertentu dalam sykt.

Jamaludin Bin Zamzam

Page 33: JAMALUDIN ZAMZAM

“THE END”

Jamaludin Bin Zamzam