jahitan

16
Garis Leher-Kolar Lurus Definisi kolar lurus Kolar ialah dua kepingan kain yang dibentuk, dicantumkan dan kemudian dilekatkan pada garis leher. Kolar ini berbentuk lurus dan tegak pada bahagian belakang garis leher. Lebar kolar pada bahagian belakang adalah kira-kira setengah atau kurang daripada setengah lebar kolar. Kegunaan Kolar Untuk menyudahkan garis leher pada pakaian. Memberi gaya atau stail pada pakaian. Sebagai perhiasan supaya pakaian kelihatan lebih menarik. Memberikan kepanasan kepada pakaian. Ciri-ciri Kolar Lurus Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabric. Permukaan kolar rata. Kolar terletak rata dan kemas di garis leher. Garis Leher- Kolar Lurus Definisi Kolar Kegunaan Kolar Lurus Ciri-ciri Kolar Lurus Perkara yang dipertimba ngkan semasa menjahit kolar lurus Langkah- langkah menjahit kolar lurus

Upload: vivian-wong

Post on 14-Sep-2015

179 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

RBT

TRANSCRIPT

Garis Leher-Kolar Lurus

Definisi kolar lurusKolar ialah dua kepingan kain yang dibentuk, dicantumkan dan kemudian dilekatkan pada garis leher. Kolar ini berbentuk lurus dan tegak pada bahagian belakang garis leher. Lebar kolar pada bahagian belakang adalah kira-kira setengah atau kurang daripada setengah lebar kolar.Kegunaan Kolar Untuk menyudahkan garis leher pada pakaian. Memberi gaya atau stail pada pakaian. Sebagai perhiasan supaya pakaian kelihatan lebih menarik. Memberikan kepanasan kepada pakaian.Ciri-ciri Kolar Lurus Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabric. Permukaan kolar rata. Kolar terletak rata dan kemas di garis leher. Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang. Kedua-dua hujung kolar sama lebar. Cantuman kelim kolar tidak beralur.Perkara yang dipertimbangkan semasa menjahit kolar lurus1. Potong kolar diatas dua lapis fabrik mengikut ira fabrik kain yang betul.2. Tandakan semua garisan pola dan tanda imbangan dengan tepat dan jelas.3. Jahit tepi garis leher dengan jahit mesin atau sebaris jelujur halus supaya garis leher itu tidak memberi.4. Jahit kolar dengan betul di atas garis pemadan untuk menjaga bentuk yang baik.5. Gunting kain yang berlebihan dan snip semua bahagian yang melengkung dan penjuru sebelum menterbalikkan kolar ke sebelah luar.6. Ini mengurangkan ketebalan kolar dan membuatnya rata.7. Gunakan lapik dalam jika perlu.8. Tanda garis tengah belakang kolar adalah sebagai asas perimbangan.9. Jahit jelujur halus pada tepi kolar dan jelujur tegak pada tengah kolar disebelah luar supaya kedua-dua lapis kolar itu sama rata. Gambar: Kalar lurus kancing rapatGambar: Kolar lurus terbuka

Langkah-langkah menjahit kolar lurusMenyediakan kolar lurusLangkah 1 1. Temukan SL kolar dengan memadankan garis pemadan dan garis leher kolar.2. Semat, jelujur dan jahit mesin hujung kolar dari tepi berlipat hingga ke garis leher.3. Buka jelujur4. Gunting basi kelim hingga tinggal 6mm dan gunting serong basi kelim di penjuru.

Gambar: Menyediakan kolar langkah 1.

Langkah 21. Balikkan kolar ke SL fabrik dan seterika. 2. Jelujur di sekeliling tepi kolar. 3. Jelujur tegak di tengah-tengah kolar.

Gambar: Menyediakan kolar langkah 2.

B. Menyediakan Badan Pakaian Langkah 1 1. Lipat tepi lapik badan ke sebelah dalam fabrik. 2. Jelujur dan mesin atau jahit tepi.

Gambar: Menyediakan badan pakaian langkah 1.

Langkah 2 1. Lipat lapik badan pada garis lipatan ke sebelah luar pakaian.2. Jelujur dan jahit mesin pada garis leher dari garis lipatan ke garis tengah hadapan. Buka jelujur. 3. Snip dari sudut basi leher hingga ke garis leher dan gunting basi leher di sudut hingga tinggal 6mm.Gambar: Menyediakan badan pakaian langkah 2.

Langkah 3 1. Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian.Gambar: Menyediakan badan pakaian langkah 3.

2. Padankan garis leher lapik badan ke garis leher badan hadapan. 3. Sembat hujung lapik ke kelim bahu pakaian.Gambar: Menyediakan badan pakaian langkah 1.

Menjahit Kolar ke Pakaian Langkah 1 1. Temukan sebelah luar kolar atas pada sebelah dalam pakaian dengan memadankan hujung kolar ke garis tengah hadapan pakaian, garis tengah belakang kolar ke garis tengah belakang pakaian dan garis leher kolar ke garis leher pakaian.Gambar: Menjahit kolar ke pakaian langkah 1.

2. Semat, jelujur dan jahit mesin pada garis leher. Buka jelujur. 3. Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm. 4. Snip basi penjahit 6mm 1.3cm jarak.Langkah 2 1. Tarik kolar keluar dari pakaian dan seterika.Gambar: Menjahit kolar ke pakaian langkah 2.

2. Lipat tepi kolar bawah mengikut garis leher ke sebelah luar fabrik. Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm. 3. Letakkan tepi yang berlipat ini di atas jahit mesin dan jelujur.4. Sembat dengan mengambil tiap-tiap mata jahit mesin.

KancingTujuan menjahit kancing Kancing dijahit pada pakaian ialah untuk: mengancingkan belah. sebagai perhiasan. Kancing biasanya dilekatkan pada lipat tindih atas dan lipat tindih bawah belah. Cara-cara melekatkan kancing pada pakaian bergantung kepada jenis kancing yang dipilih.

Jenis-jenis kancing Terdapat dua jenis kancing yang utama:

1. Jenis kancing yang tersembunyi Butang katup Butang cangkuk dan matanya Butang cangkuk dan rumah Butang cangkuk dan rumah cangkuk bersirat. 2. Jenis kancing yang nampak Butang dan rumah butang. Butang dan rumah butang bersirat atau gelungan. Pita dan simpul hias. Reben dan bow - zip Gancu

Cara-cara memilih kancing. Pilihan kancing bergantung kepada: 1. Jenis kain yang digunakan: Kain yang halus mestilah dijahit dengan kancing yang lebih halus untuk mencegah berat kancing daripada mengoyakkan kain.2. Jenis pakaian dan stail pakaian yang dijahit: Pakaian kanak-kanak biasanya tidak menggunakan kancing logam untuk mengelakkan calar pada kulit kanakkanak yang lembut. 3. Jenis belah dan kedudukan kancing: Kancing zip adalah lebih sesuai bagi belah yang bertempat di kelim rusuk skrit daripada yang dijahit pada belah kelepet sama lebar di hadapan pakaian.Justeru, saya telah memilih jenis kancing yang nampak iaitu Butang dan rumah butang.1. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan apabila menjehit kancing 2. Kancing hendaklah dijahit dengan kukuh supaya tidak cepat tercabut.3. Kancing hendaklah mencukupi dan terletak sama jaraknya di antara satu kancing dengan yang lain supaya belah ditutup dengan baik dan tidak ternganga. 4. Kancing hendaklah dijahit betul-betul bertentangan di antara satu sama lain dan elakkan daripada menjahit kancing terlalu ketat pada pakaian untuk mengelakkan: belah pakaian daripada berkedut. belah pakaian itu tidak tertutup rapat. pakaian kelihatan tidak kemas. 5. Jenis dan saiz butang mestilah sesuai dengan rumahnya dan gaya pakaian supaya pakaian kelihatan lebih elok. 6. Kancing logam tidak sesuai untuk pakaian kanak-kanak,baju tidur dan pakaian dalam. 7. Jenis kancing yang hendak dijahitkan pada pakaian mestilah ditentukan semasa jenis belah untuk pakaian itu dipilih.Butang lubang butang dua/empat Butang boleh didapati dalam pelbagai saiz, warna dan bentuk. Butang diperbuat daripada plastik, logam ,tulang, kayu dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa jenis butang iaitu butang berlubang dua, butang berlubang empat dan butang bertangkai.Butang lubang duaButang lubang empat

Butang bertangkai

Saya telah memilih butang lubang empat dan lubang butang dijahit di sebelah kanan belahan pakaian. Lubang butang telah dijahit dengan mesin.Butang dan lubang butang Butang dan lubang hanya dijahit selepas belah pakaian itu siap atau apabila pakaian itu siap. Dijahit di atas dua lapisan fabrik. Kancing ini teguh, kemas dan tahan lasak jika dijahit dengan baik. Ia digunakan pada semua jenis pakaian dan kain kelengkapan rumahtangga. Butang dijahit selepas lubang butang telah siap kerana kedudukannya boleh diubah-ubahkan supaya sesuai dengan rumah butangnya. Terdapat dua jenis lubang butang iaitu lubang butang berjahit dan lubang butang berkun. Lubang butang boleh dijahitkan melintang atau menegak Perkara-perkara yang harus diingatkan apabila menjahit lubang butang. Lubang butang selalu dijahit pada 2 lapisan fabrik. Jika lubang butang mesti dijahit pada selapis kain, kukuhkan sebelah dalamnya dengan sehelai kain pengukuh, pita atau reben. Semua mata jahitan hendaklah sama panjang dan sesuai dengan jenis kain yang digunakan iaitu mata jahitan yang kecil dan halus pada kain yang nipis. Berlatihlah menjahit jahitan lubang butang sebelum menjahit pada pakaian sebenar. Selalu menjahit dari bahagian bawah pakaian menghala ke atas. Gunting lubang butang satu per satu dan sudahkan satu lubang dahulu sebelum menebuk lubang yang lain untuk mengelakkan tepinya daripada berbulu.

Contoh-contoh jahitan butang empat lubangLangkah-langkah menjahit lubang butang empat lubang Mulakan jahitan dengan jahitan kia pada butang. Masukkan jarum melalui satu daripada lubang butang. Letakkan jarum melalui satu daripada lubang pada butang. Masukkan jarum pada lubang butang kedua menembusi belakan fabrik. Ulang jahitan/ teruskan sehingga kukuh. Lilitkan benang di keliling tangkai yang berbentuk. Keluarkan jarum ke belakang fabrik. Ulang jahitan pada kedua-dua lubang pada bahagian bawah butang. Matikan jahitan dengan jahitan kia.

Butang lubang empat

Langkah-langkah menjahit lubang butang bertangkai Mulakan dengan jahit kia pada tempat butang. Terus menjahitkan butang pada fabrik melalui lubang butang sebanyak 3 atau 4 kali. Sudahkan di sebelah dalam dengan jahit ulat-ulat. Ukuran lubang butang untuk butang bertangkai = lebar butang bertangkai + 6mm.

Butang bertangkai

Senarai BahanBILNAMA BAHANCONTOH BAHAN

1Fabrik kapas kain tanpa corak

2Fabrik kapas bercorak (lengan, kolar dan kocek)

3Lapik (pengeras)

4Kertas minyak

5Benang

6Butang

Kos Bahan

BILBAHANKUANTITI HARGA SEUNIT (RM)JUMLAH HARGA (RM)

1Fabrik kapas kain tanpa corak

2 meter5.0010.00

2Fabrik kapas bercorak (lengan, kolar dan kocek)1 meter5.005.00

3Lapik (pengeras) meter3.600.90

4Kertas minyak

2 keping0.601.20

5Benang11.001.00

6Butang5 biji0.100.60

JUMLAH18.70

Kos UpahBILKOS UPAH

KEPAKARANUPAH SEORANG / (jam)BIL. (jam)JUMLAH HARGA (RM)

Membuat pola

MenjahitRM 0.50

RM 1.004

10RM 2.00

RM 10.00

JUMLAHRM 12.00

KOS SAMPINGANBILKOS SAMPINGAN

PERKARAJUMLAH (RM)

Eletrik

Jahit kemas tepi

Jahit lubang butang RM 4.00 RM 1.00 RM 1.00

JUMLAHRM 6.00

Kos pakaian:

Kos Bahan + Kos Upah + Kos Sampingan = Kos Pakaian

RM 18.70 + RM 12.00 + RM 6.00 = RM 36.70