jahiliyyah seorang daie erkkk sentap lahh

Upload: syahirah-permai

Post on 03-Jun-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Jahiliyyah Seorang Daie Erkkk Sentap Lahh

    1/3

    Jahiliyyah Seorang Daie

    Bismillahirrahmanirrahim

    Dia telah mendengar pengisian-pengisian yang menyentap tangkai jantungnya untuk bangkit

    menegakkan Deen. Dia telah menelan makna sebenar kesaksian. Dia telah bersetuju menggalas dakwah

    ini di atas bahunya, dia telah rapi mengatur langkah nya bersama rombongan angkatan pejuang al haq

    ini.

    Dia juga telah membuka seluruh jiwanya untuk menerima kehadiran berita-berita pedih yang bakal

    muncul di sepanjang jalan yang sangat panjang ini. Dia sudah mula menghiasi kotak mindanya dengan

    merenung keruntuhan umat, dan membenarkan hal itu merobek-robek hatinya yang rindu melihat Islam

    kembali tertegak di tanah tempat dia berpijak. Ya, dia seorang daie yang baru mulai sedar, bahawa dia

    seorang daie!

    Namun, dia juga yang kemudiannya menonton movie di depan laptop. Bukan satu atau dua movie

    dalam simpanannya, tapi satu folder nya penuh dengan movie pelbagai tema. Kadang-kadang dia

    menonton secara online.

    Daie itu juga yang selepas habis berhalaqah, dia bermain permainan video di komputer. Kadang-kadang

    sendiri, kadang pula berteman. Tak juga mustahil, temannya itu juga seorang daie!

    Ada masa, dia seorang daie yang tekun membaca komik. Ada masa pula, novel menjadi pilihan

    twilight, di persisiran rindu, eat pray love, dan bermacam lagi. Dia lah daie yang selepas berpenat

    mengharungi musim peperiksaan lalu dia berehat dengan membelek majalah-majalah hiburan untuk

    mencari secebis keseronokan.

    Facebook apa kurangnya, buat dia terhibur. Kadang berjam-jam juga dia melekat. Dia daie yang rancak

    melayan chatting, comment-comment sana sini, like itu ini, dan seribu macam lagi interaksi di lamanFacebook yang tidak penting pun sebenarnya. Kadang-kala, sehingga solat dilengah-lengahkannya.

    Dia juga merupakan daie yang masih ringan menjaga ikhtilatmasih bersms dan becakap ditelefon

    dengan corak ikhtilat yang sepatutnya tidak terlihat pada seorang daie yang sudah faham.

    Ada waktu pula, dia adalah daie yang masih berkeinginan untuk pergi ke tempat-tempat bergembira

    seperti panggung wayang misalnya, atau keraian-keraian yang ada terselit unsur-unsur lagha. Dengan

    rasional bahawa, dia jaga pakaian, dia bukan pergi dengan couple, dia bukan pergi lama, dan bermacam

    bentuk lagi alasan untuk membenarkan kehendak dalam dirinya itu. Tak kurang juga alasan yang

    berbunyi, dia kan seorang daie, dia kan pergi usrah, dia kan rancak berprogram! Sekali sekala ke

    birthday party bukan salah pun.

    Sounds familiar? Itulah hakikat seorang daie, atau bukan seorang tapi ramai sebenarnya,daie yang

    masih gagal mengikis karat-karat jahiliyah pada dirinya. Kefahaman tentang tugasnya terhadap deen

    sudah ada, malangnya dia masih gagal menolak kehendak nafsu yang membisik-bisik dalam dirinya

    yaitu dorongan rasa mahu untuk mendapat secebis keseronokan di sebalik aktiviti-aktiviti sia (lagha) itu.

    Wahai daie! Bagaimana kamu mahu menyeru manusia kepada Rabb, agar bertuhankan Allah dan

    HANYA Allah sahaja, sedangkan kamu sendiri masih bertuhankan kehendak-kehendak yang bersembunyi

    dalam diri kamu itu? Kamu masih dibayangi telunjuk kemahuan-kemahuan itu?

  • 8/12/2019 Jahiliyyah Seorang Daie Erkkk Sentap Lahh

    2/3

    Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah

    membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya

    dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah

    Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?

    (al-jatsiyah ayat 23)

    Wahai daie! sedarkah kamu bahawa gerak kerja ini perlukan perkakasan yang benar-benar baik danmantap kalau ia ingin dilaksanakan dengan jaya. Sedarkah kamu bahawa kita sudah tak punya masa, kita

    sudah kesuntukan tenaga.

    Masih ingatkah kamu wahai daie, akan sepuluh wasiat yang Imam Hassan Al-Banna tinggalkan?

    1.Dirikanlah solat dengan segera apabila mendengar azan walau dalam apa keadaan sekalipun.

    2.Bacalah alQuran atau bacalah buku-buku atau dengarlah perkataan yang baik-baik atau berzikirlah

    kepada Allah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tiada faedah.

    3.Berusaha dan bersungguh-sunggulah saudara untuk bertutur Bahasa Arab yang betul (fus_hah)

    kerana sesungguhnya itu adalah antara syiar-syiar Islam.

    4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran tidak memberi

    sebarang kebaikan.

    5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi

    tenteram.

    6.Janganlah bergurau kerana ummat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh

    dalam semua perkara.

    7.Janganlah saudara meninggikan suara lebih daripada kadar keperluan para pendengar kerana suara

    yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia dan menyakiti hati orang.

    8.Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap

    melainkan yang boleh mendatangkan kebaikan.

    9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudaramu walaupun ia tidak meminta saudara berkenalan

    kerana asa gerakan dawah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

    10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada. Oleh itu tolonglah saudaramu

    sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara

    mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

  • 8/12/2019 Jahiliyyah Seorang Daie Erkkk Sentap Lahh

    3/3

    Sedarkah kamu wahai daie, jalan ini sudah tersedia sangat panjang dan penuh liku, dan ia akan jadi

    bertambah panjang dan berliku kalau peserta-peserta nya dipikat-pikat oleh kepalsuan manisnya noda

    jahiliyah.

    Sedarkah kamu wahai daie, bukan dakwah yang memerlukan kamu, bukan dakwah yang akan rugi

    kalau kamu tidak kikis dan buang karat jahiliyah itu. Akan tetapi kamu yang akan rugi, akan lebih sakit

    dan payah, akan lebih perlahan dan akhirnya kecundang. Mahukah kamu tersingkir dari rombongan ini?

    Wahai daie yang di sayangi, sedarlah betapa bertuahnya kamu kerana dipilih oleh Allah untuk menemui

    erti perjuangan ini lantas turut bersamanya. Betapa bertuahnya kamu kerana mengenal al haq. Maka

    jangan lah kamu cemarkan kesucian al haq itu dengan noda jahiliyah yang kamu tak ingin tinggalkan.

    Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang

    benar itu pula padahal kamu semuam mengetahuinya.

    (albaqarah:42)

    Wahai daie yang sedang menelan pahitnya mujahadah, sesungguhnya kamu sudah mengerti hakikat

    ini. Dan kamu memang sedar akan kesulitan ini. Ya, kamu sedang berperang dengan nafsu, kamu sedang

    lelah berlawan dengan sisa jahiliyah yang begitu bertubi-tubi serangan nya sambil bergerak memikul

    dakwah di atas dada kamu.

    Andai kamu hampir tewas, moga ini jadi semboyan nya. Andai kamu hampir terlena, moga ini jadi

    penggera nya.

    Ayuh daie!! Tinggalkan semua kenikmatan palsu itu, andai kamu merasa dunia ini banyak pesonanya,ingatlah bahawa rahmat dan syurga Allah itu jauh lebih manis dan indah, dan Dia tidak sekali-kali

    mungkir pada janjiNya. Asalkan kamu,

    benar-benar berjihad!

    Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela ugamaNya), Allah

    akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu

    dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan

    (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    (attaubah:39)

    Ayuh wahai daie, kita maju ke hadapan!