pengangkutan awam darat (pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. pindaan seksyen 77...

38
D.R. 17/2018 RANG UNDANG-UNDANG b e r n a m a Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018. (2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta. Pindaan am 2. Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan perkataan “Suruhanjaya” di mana-mana jua terdapat termasuk dalam nota bahu dengan perkataan “Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat” kecuali dalam subseksyen 11(1), subseksyen 12F(1), subseksyen 14(1), subseksyen 69(2), subseksyen 71(1), subseksyen 74(1), (2) dan (4), subseksyen 83(5), perenggan 84(2) (a) , subseksyen 97(4), subseksyen 101(3), subseksyen 111(1), subseksyen 112(1), perenggan 112(3) (a) , subseksyen 112(4), subseksyen 117(8) dan (11), subseksyen 128(4), seksyen 149, seksyen 211, seksyen 228, seksyen 235, seksyen 238, subseksyen 252(1) dan seksyen 255.

Upload: others

Post on 30-Oct-2020

35 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 1

D.R. 17/2018

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

[ ]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2018.

(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan am

2. Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan perkataan “Suruhanjaya” di mana-mana jua terdapat termasuk dalam nota bahu dengan perkataan “Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat” kecuali dalam subseksyen 11(1), subseksyen 12f(1), subseksyen 14(1), subseksyen 69(2), subseksyen 71(1), subseksyen 74(1), (2) dan (4), subseksyen 83(5), perenggan 84(2)(a), subseksyen 97(4), subseksyen 101(3), subseksyen 111(1), subseksyen 112(1), perenggan 112(3)(a), subseksyen 112(4), subseksyen 117(8) dan (11), subseksyen 128(4), seksyen 149, seksyen 211, seksyen 228, seksyen 235, seksyen 238, subseksyen 252(1) dan seksyen 255.

Page 2: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Rang Undang-Undang2

Pindaan seksyen 2

3. Seksyen 2 Akta ibu dipinda—

(a) dengan memotong takrif “Entiti Kerajaan”;

(b) dengan memasukkan selepas takrif “kereta api” takrif yang berikut:

‘ “Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat” ertinya Ketua Pengarah yang dipertanggungjawabkan bagi pengangkutan awam darat;’;

(c) dengan menggantikan takrif “Ketua Pengarah” dengan takrif yang berikut:

‘ “Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan” ertinya Ketua Pengarah bagi pengangkutan jalan yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan termasuklah Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah dan Timbalan Pengarah;’;

(d) dengan menggantikan takrif “Kumpulan Wang” dengan takrif yang berikut:

‘ “Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan;’;

(e) dengan memotong takrif “Majlis Rancangan Fizikal Negara”;

(f) dalam takrif “Menteri”, dengan menggantikan perkataan “Perdana Menteri” dengan perkataan “Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengangkutan”;

(g) dengan memotong takrif “pegawai dilantik”;

(h) dengan memasukkan selepas takrif “pegawai kereta api” takrif yang berikut:

‘ “pegawai pengangkutan awam darat” ertinya mana-mana orang yang dilantik menjadi seorang pegawai pengangkutan awam darat di bawah seksyen 215a;’;

Page 3: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 3

(i) dengan memotong takrif “pelanggan”;

(j) dengan memotong takrif “Rancangan Fizikal Negara”;

(k) dengan memotong takrif “rancangan struktur”;

(l) dengan memotong takrif “Suruhanjaya”;

(m) dengan memotong takrif “Tribunal Rayuan”; dan

(n) dalam takrif “undang-undang pengangkutan awam darat”, dengan menggantikan perkataan “Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010” dengan perkataan “Akta Pengangkutan Jalan 1987”.

Pemotongan Bab 1 Bahagian II

4. Akta ibu dipinda dengan memotong Bab 1 Bahagian II.

Pindaan seksyen 11

5. Subseksyen 11(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 253(1)(mm)” dengan perkataan “peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tak)”.

Pindaan seksyen 12

6. Perenggan 12(1)(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “oleh mana-mana Entiti Kerajaan” dengan perkataan “di bawah mana-mana undang-undang bertulis”.

Pindaan seksyen 12f

7. Subseksyen 12f(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 253(1)(m)” dengan perkataan “peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tl)”.

Page 4: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Rang Undang-Undang4

Pindaan seksyen 12g

8. Perenggan 12g(1)(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “oleh mana-mana Entiti Kerajaan” dengan perkataan “di bawah mana-mana undang-undang bertulis”.

Pindaan seksyen 13

9. Seksyen 13 Ak ta i bu d ip inda dengan memotong subseksyen (7).

Pindaan seksyen 14

10. Subseksyen 14(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Suruhanjaya” dengan perkataan “Menteri”.

Pemotongan seksyen 15

11. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 15.

Pindaan seksyen 23

12. Perenggan 23(1)(a) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Ketua Pengarah” perkataan “Pengangkutan Jalan”.

Pindaan seksyen 33

13. Seksyen 33 Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “Menteri yang bertanggungjawab bagi pengangkutan dan”.

Pindaan seksyen 42

14. Perenggan 42(1)(a) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Ketua Pengarah” perkataan “Pengangkutan Jalan”.

Page 5: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 5

Pindaan seksyen 58

15. Perenggan 58(1)(a) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Ketua Pengarah” perkataan “Pengangkutan Jalan”.

Pindaan seksyen 69

16. Seksyen 69 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “Suruhanjaya” dengan perkataan “Menteri”; dan

(b) dengan menggantikan perkataan “kaedah-kaedah” d i mana-mana jua te rdapat dengan perkataan “peraturan-peraturan”.

Pindaan seksyen 71

17. Subseksyen 71(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 253(1)(mm)” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tak)”.

Pindaan seksyen 72

18. Perenggan 72(1)(b) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “oleh mana-mana Entiti Kerajaan” dengan perkataan “di bawah mana-mana undang-undang bertulis”.

Pindaan seksyen 73

19. Subseksyen 73(1) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Ketua Pengarah” perkataan “Pengangkutan Jalan”.

Page 6: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Rang Undang-Undang6

Pindaan seksyen 74

20. Seksyen 74 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (1)—

(i) dengan menggantikan perkataan “yang dibenarkan oleh Suruhanjaya, memberi Suruhanjaya” dengan perkataan “yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat”;

(ii) dengan menggantikan perkataan “yang dikehendaki oleh Suruhanjaya atau sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 253(1)(n)” dengan perkataan “yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm)”; dan

(iii) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “Suruhanjaya” dengan perkataan “Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat”;

(b) dalam subseksyen (2)—

(i) dengan menggantikan perkataan “kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 253(1)(n), memberi Suruhanjaya” dengan perkataan “peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm), memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat”; dan

(ii) dalam perenggan (a), (c) dan (d), dengan menggantikan perkataan “Suruhanjaya” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat”;

(c) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “yang dikehendaki oleh Suruhanjaya atau yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 253(1)(n)” dengan perkataan

Page 7: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 7

“yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm)”;

(d) dalam subseksyen (7)—

(i) dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantiknya” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”; dan

(ii) dengan memotong perkataan “ , a tas kos Suruhanjaya,”; dan

(e) dalam perenggan (8)(b) , dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantiknya” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”.

Pindaan seksyen 75

21. Seksyen 75 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan “pekerjanya yang diberi kuasa dengan sewajarnya” dengan perkataan “kepada pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam”;

(b) dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan “kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 253(1)(aa)” dengan perkataan “ p e r a t u r a n - p e r a t u r a n y a n g d i b u a t d i b a w a h perenggan 252(1)(ty)”; dan

(c) dalam subseksyen (8)—

(i) dalam perenggan (a), dengan menggantikan perkataan “pegawai pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang diberi kuasa dengan sewajarnya” dengan perkataan “pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam”;

Page 8: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Rang Undang-Undang8

(ii) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “pegawai pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang diberi kuasa dengan sewajarnya di bawah perenggan (a), kepada pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa dengan sewajarnya” dengan perkataan “pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam di bawah perenggan (a) , kepada pegawai pengangkutan awam darat”; dan

(iii) dengan menggantikan perkataan “pegawai pengendal i ber lesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang diberi kuasa dengan sewajarnya atau pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa dengan sewajarnya” dengan perkataan “pegawai diberi kuasa pengendali berlesen suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau pegawai pengangkutan awam darat”.

Pindaan seksyen 77

22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”.

Pindaan seksyen 78

23. Seksyen 78 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”.

Pindaan seksyen 79

24. S u b s e k s y e n 7 9 ( 1 ) A k t a i b u d i p i n d a d e n g a n menggantikan perkataan “pegawai dilantik” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”.

Page 9: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 9

Pindaan seksyen 80

25. Seksyen 80 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”; dan

(b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “seorang pegawai dilantik” dengan perkataan “seorang pegawai pengangkutan awam darat”.

Pindaan seksyen 81

26. Subseksyen 81(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”.

Pindaan seksyen 82

27. Seksyen 82 Akta ibu dipinda—

(a) dengan memasukkan selepas perkataan “Ketua Pengarah” di mana-mana jua terdapat perkataan “Pengangkutan Jalan”; dan

(b) dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”.

Pindaan seksyen 83

28. Subseksyen 83(5) Akta ibu dipinda—

(a) dengan menggantikan perkataan “Suruhanjaya hendaklah” dengan perkataan “Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah”; dan

Page 10: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Rang Undang-Undang10

(b) dengan menggantikan perkataan “kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 253(1)(nn)” dengan perkataan “peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tal)”.

Pindaan seksyen 84

29. Perenggan 84(2)(a) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Suruhanjaya atau sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 253(1)(oo)” dengan perkataan “Ketua Pengarah P e n g a n g k u t a n Aw a m D a r a t a t a u s e b a g a i m a n a y a n g dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tam)”.

Pindaan seksyen 93

30. Seksyen 93 Akta ibu dipinda—

(a) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “mana-mana Entiti Kerajaan” dengan perkataan “Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan”; dan

(b) dengan menggantikan perkataan “Entiti Kerajaan” d i mana-mana jua te rdapat dengan perkataan “Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan”.

Pindaan seksyen 96

31. Subseksyen 96(5) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Entiti Kerajaan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau kerajaan tempatan”.

Pindaan seksyen 97

32. Subseksyen 97(4) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Suruhanjaya boleh membuat kaedah-kaedah di bawah perenggan 253(1)(pp)” dengan perkataan “Menteri boleh membuat peraturan-peraturan di bawah perenggan 252(1)(tan)”.

Page 11: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 11

Pindaan seksyen 101

33. Seksyen 101 Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (3) dengan subseksyen yang berikut:

“(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah, dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tal), mengemukakan suatu syor bertulis kepada Menteri tentang permohonan itu.”.

Pindaan seksyen 103

34. Subseksyen 103(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seorang jurutera” dengan perkataan “orang”.

Pindaan seksyen 105

35. Seksyen 105 Akta ibu dipinda—

(a) dengan menggantikan perkataan “seorang jurutera yang dilantik oleh Suruhanjaya” dengan perkataan “orang yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat”; dan

(b) dengan menggantikan perkataan “kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 253(1)(qq)” dengan perkataan “peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tao)”.

Pindaan seksyen 106

36. Subseksyen 106(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “jurutera” dengan perkataan “orang”.

Pindaan seksyen 107

37. Seksyen 107 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seorang jurutera” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “orang”.

Page 12: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Rang Undang-Undang12

Pindaan seksyen 111

38. Seksyen 111 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Suruhanjaya” dengan perkataan “Menteri”; dan

(b) dengan menggantikan perkataan “kaedah-kaedah” d i mana-mana jua te rdapat dengan perkataan “peraturan-peraturan”.

Pindaan seksyen 112

39. Seksyen 112 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (1)—

(i) dengan menggantikan perkataan “mengemukakan kepada Suruhan jaya” dengan pe rka taan “mengemukakan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat”;

(ii) dengan menggantikan perkataan “yang dikehendaki oleh Suruhanjaya atau yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 253(1)(n)” dengan perkataan “yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm)”; dan

(iii) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “Suruhanjaya” dengan perkataan “Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat”;

(b) dalam perenggan (3)(a), dengan menggantikan perkataan “yang dikehendaki oleh Suruhanjaya atau yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah subperenggan 253(1)(b)(i)” dengan perkataan “yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subperenggan 252(1)(tb)(i)”;

Page 13: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 13

(c) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “yang dikehendaki oleh Suruhanjaya atau yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 253(1)(n)” dengan perkataan “yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm)”;

(d) dalam subseksyen (7)—

(i) dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantiknya” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”; dan

(ii) dengan memotong perkataan “, dengan kos ditanggung oleh Suruhanjaya,”; dan

(e) dalam perenggan (8)(b), dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantiknya” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”.

Pindaan seksyen 113

40. Perenggan 113(1)(e) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “oleh mana-mana Entiti Kerajaan” dengan perkataan “di bawah mana-mana undang-undang bertulis”.

Pindaan seksyen 117

41. Seksyen 117 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (8), dengan menggantikan perkataan “kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 253(1)(aa)” dengan perkataan “ p e r a t u r a n - p e r a t u r a n y a n g d i b u a t d i b a w a h perenggan 252(1)(ty)”; dan

(b) dalam subseksyen (11)—

(i) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “seorang pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa dengan sewajarnya” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”; dan

Page 14: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Rang Undang-Undang14

(ii) dengan menggantikan perkataan “pegawai Suruhanjaya yang diberi kuasa dengan sewajarnya itu” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat itu”.

Pindaan seksyen 128

42. Subseksyen 128(4) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah subperenggan 253(1)(b)(ii)” dengan perkataan “peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subperenggan 252(1)(tb)(ii)”.

Pindaan seksyen 137

43. Seksyen 137 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik yang diberi kuasa olehnya bagi maksud itu boleh, bagi maksud Bahagian ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Bahagian ini,” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat boleh”.

Pindaan seksyen 142

44. Seksyen 142 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”.

Pindaan seksyen 149

45. Seksyen 149 Akta ibu dipinda—

(a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “kaedah-kaedah”dengan perkataan “peraturan-peraturan”;

(b) dengan menggantikan perkataan “Suruhanjaya” dengan perkataan “Menteri”;

(c) dengan menggantikan perkataan “kaedah-kaedah” dengan perkataan “peraturan-peraturan”; dan

Page 15: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 15

(d) dalam perenggan (c), dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”.

Pemotongan Bahagian VII

46. Akta ibu dipinda dengan memotong Bahagian VII.

Penggantian Bahagian VIII

47. Akta ibu dipinda dengan menggantikan Bahagian VIII dengan Bahagian yang berikut:

“Bahagian VIII

RAYUAN

Rayuan kepada Menteri

177. (1) Seseorang yang terkilan dengan keputusan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berhubung dengan permohonan lesen, pembaharuan lesen dan pembatalan lesen boleh merayu kepada Menteri.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), tidak ada hak rayuan oleh mana-mana orang jika permohonan di bawah Akta ini ditolak di bawah subseksyen 17(3), 37(3) atau 52(3).

(3) Suatu rayuan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Menteri dalam tempoh sembilan puluh hari dari tarikh keputusan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat disampaikan kepada orang itu.

Syor oleh jawatankuasa rayuan

178. (1) Menteri boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, melantik suatu jawatankuasa rayuan untuk menimbangkan rayuan di bawah seksyen 12d, 27, 45 dan 62.

Page 16: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Rang Undang-Undang16

(2) Jawatankuasa rayuan hendaklah membuat syor kepada Menteri berhubung dengan rayuan yang disebut dalam subseksyen (1).

(3) Menteri hendaklah memberikan apa-apa pertimbangan yang difikirkannya patut mengenai syor jawatankuasa rayuan itu dalam mencapai keputusannya berhubung dengan rayuan itu.

Keputusan Menteri

179. Tertakluk kepada Akta ini, Menteri boleh mengesahkan, mengakas atau mengubah keputusan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat selepas menimbangkan keputusan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan keputusan Menteri adalah muktamad.

Keesahan lesen dilanjutkan bagi rayuan berjaya

180. Walau apa pun seksyen 19, 39 dan 54, jika Menteri membenarkan rayuan secara penuh terhadap suatu perintah yang membatalkan suatu lesen yang diberikan di bawah Akta ini, keesahan lesen itu hendaklah dilanjutkan oleh suatu tempoh yang bersamaan dengan tempoh yang lesen itu tidak berkuat kuasa dan tempoh lanjutan itu hendaklah dimasukkan dengan sewajarnya ke dalam lesen itu.

Larangan permohonan yang serupa apabila permohonan terdahulu menunggu rayuan

181. Jika apa-apa rayuan bagi permohonan yang ditolak di bawah Akta ini masih belum ditentukan atau diselesaikan oleh Menteri, seseorang tidak boleh membuat permohonan yang serupa di bawah Akta ini dan apa-apa lesen yang dikeluarkan dalam tempoh rayuan yang belum selesai itu hendaklah disifatkan tidak sah.”.

Page 17: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 17

Pindaan seksyen 204

48. Subseksyen 204(4) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seorang pegawai dilantik” dengan perkataan “seorang pegawai pengangkutan awam darat”.

Pindaan seksyen 205

49. S u b s e k s y e n 2 0 5 ( 2 ) A k t a i b u d i p i n d a d e n g a n menggantikan perkataan “pegawai dilantik” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”.

Pindaan seksyen 207

50. Subseksyen 207(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “seorang pegawai dilantik” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “seorang pegawai pengangkutan awam darat”.

Pindaan seksyen 208

51. Seksyen 208 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantiknya” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”.

Pindaan seksyen 210

52. Subseksyen 210(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan p e r k a t a a n “ p e g a w a i d i l a n t i k n y a ” d e n g a n p e r k a t a a n “pegawai pengangkutan awam darat”.

Pindaan seksyen 211

53. Seksyen 211 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “kaedah-kaedah yang dibuat oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 253(1)(m)” dengan perkataan “peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tl)”.

Page 18: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Rang Undang-Undang18

Pindaan kepala Bab 2 Bahagian XI

54. Bab 2 Bahagian XI Akta ibu dipinda dalam kepala dengan memotong perkataan “pegawai dilantik”.

Penggantian seksyen 215

55. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 215 dengan seksyen yang berikut:

“Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

215. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah bertanggungjawab bagi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan bagi segala perkara yang berhubungan dengan pengangkutan awam darat di bawah Akta ini.

(2) Kuasa dan kewajipan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat yang dikehendaki dijalankan olehnya di bawah Akta ini boleh dijalankan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan Timbalan Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Timbalan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan Timbalan Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya dengan mematuhi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat yang dinyatakan secara lisan atau bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.”.

Seksyen baharu 215a

56. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 215 seksyen yang berikut:

“Pelantikan pegawai pengangkutan awam darat

215a. (1) Menteri boleh melantik apa-apa jumlah pegawai pengangkutan awam darat setakat yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.

Page 19: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 19

(2) Pegawai pengangkutan awam darat yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya dengan mematuhi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat yang dinyatakan secara lisan atau bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

(3) Suatu perakuan pelantikan dalam bentuk suatu kad pengenalan hendaklah dikeluarkan kepada setiap pegawai pengangkutan awam darat yang dilantik di bawah Akta ini dan kad itu hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pelantikan di bawah Akta ini.”.

Pindaan seksyen 216

57. Seksyen 216 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Seseorang pegawai dilantik” dengan perkataan “Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”;

(b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “seseorang pegawai dilantik” dengan perkataan “seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”; dan

(c) da lam subseksyen (3 ) , dengan menggan t ikan perkataan “pegawai dilantik” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”.

Pindaan seksyen 217

58. Seksyen 217 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (1)—

(i) dengan menggantikan perkataan “Seseorang pegawai dilantik” dengan perkataan “Seseorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”; dan

Page 20: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Rang Undang-Undang20

(ii) dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”; dan

(b) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “Seorang pegawai dilantik” dengan perkataan “Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”.

Pindaan seksyen 218

59. Seksyen 218 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”;

(b) dalam subseksyen (3) dan (4), dengan menggantikan perkataan “Seorang pegawai dilantik” dengan perkataan “Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”; dan

(c) dalam subseksyen (6), dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”.

Pindaan seksyen 219

60. Seksyen 219 Akta ibu dipinda—

(a) dengan menggantikan perkataan “seseorang pegawai dilantik” dengan perkataan “seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”; dan

(b) dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”.

Page 21: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 21

Pindaan seksyen 220

61. Seksyen 220 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Seorang pegawai dilantik” dengan perkataan “Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”.

Pindaan sekyen 222

62. Subseksyen 222(1) dan (3) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”.

Pindaan seksyen 223

63. Seksyen 223 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”.

Pindaan seksyen 224

64. Seksyen 224 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (1)—

(i) d e n g a n m e n g g a n t i k a n p e r k a t a a n “Seorang pegawai dilantik” dengan perkataan “Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”; dan

(ii) dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”; dan

(b) da lam subseksyen (2 ) , dengan menggan t ikan perkataan “pegawai dilantik” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”.

Page 22: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Rang Undang-Undang22

Pindaan seksyen 225

65. Seksyen 225 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “Seorang pegawai d i lant ik” dengan perkataan “Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”;

(b) da lam subseksyen (2 ) , dengan menggan t ikan perkataan “pegawai dilantik” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”; dan

(c) da lam subseksyen (4 ) , dengan menggan t ikan perkataan “Pegawai dilantik” dengan perkataan “Pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”.

Pindaan seksyen 226

66. Seksyen 226 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (1) dan (5), dengan menggantikan perkataan “seorang pegawai dilantik” dengan perkataan “seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”; dan

(b) da lam subseksyen (2 ) , dengan menggan t ikan perkataan “pegawai dilantik” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”.

Pindaan seksyen 227

67. Subseksyen 227(4) dan (5) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”.

Page 23: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 23

Pindaan seksyen 228

68. Seksyen 228 Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “atau Suruhanjaya”.

Pindaan seksyen 230

69. Seksyen 230 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Seorang pegawai dilantik” dengan perkataan “Seorang pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”.

Pindaan seksyen 233

70. Seksyen 233 Akta ibu dipinda—

(a) dalam nota bahu, dengan menggantikan perkataan “Pegawai dilantik” dengan perkataan “Pegawai pengangkutan awam darat”;

(b) dalam subseksyen (1)—

(i) dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”; dan

(ii) dengan menggantikan perkataan “seorang pegawai dilantik” dengan perkataan “seorang pegawai pengangkutan awam darat”; dan

(c) dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”.

Pindaan seksyen 234

71. Seksyen 234 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”.

Page 24: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Rang Undang-Undang24

Pindaan seksyen 235

72. Seksyen 235 Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (2)—

(i) dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau mana-mana pegawai pengangkutan awam darat;”; dan

(ii) dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan “Ketua Pengarah” di mana-mana jua terdapat perkataan “Pengangkutan Jalan”;

(b) dalam subseksyen (4), dengan menggantikan perkataan “Suruhanjaya atau mana-mana pegawai dilantik yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya,” dengan perkataan “Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau mana-mana pegawai pengangkutan awam darat”; dan

(c) dalam subseksyen (5), dengan menggantikan perkataan “Kumpulan Wang Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat yang ditubuhkan di bawah seksyen 29 Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010” dengan perkataan “Kumpulan Wang”.

Pindaan seksyen 238

73. Seksyen 238 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Pengerusi Suruhanjaya” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat”.

Pindaan seksyen 241

74. Subseksyen 241(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai dilantik” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat atau pegawai pengangkutan jalan”.

Page 25: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 25

Pemotongan seksyen 247 dan 248

75. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 247 dan 248.

Seksyen baharu 249a dan 249b

76. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 249 seksyen yang berikut:

“Pengelakan kontrak

249a . Apa-apa kontrak bagi pengangkutan seorang penumpang di dalam suatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api hendaklah, setakat yang ia berupa sebagai menidakkan atau membataskan tanggungan mana-mana orang berkenaan dengan mana-mana tuntutan yang mungkin selainnya boleh dibuat secara sah terhadap orang itu berkenaan dengan kematian atau kecederaan badan penumpang itu semasa dibawa di dalam, memasuki atau turun dari kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api itu atau yang berupa mengenakan apa-apa syarat berkenaan dengan penguatkuasaan mana-mana tanggungan sedemikian, adalah tidak sah.

Menteri boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk menjalankan fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat

249b. Walau apa pun yang terkandung dalam Akta ini, Menteri boleh melalui peraturan-peraturan memberi kuasa kepada mana-mana orang, atas syarat yang disifatkannya layak, untuk menjalankan apa-apa fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah Akta ini berkenaan dengan pelesenan terminal, pelesenan pengendali perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam, pelesenan kenderaan pelancongan, pelesenan pengendali perkhidmatan kenderaan barang, pelesenan pengendali perkhidmatan kereta api dan pembukaan kereta api, pengumpulan bayaran atau caj di bawah Akta ini.”.

Page 26: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Rang Undang-Undang26

Pindaan seksyen 252

77. Subseksyen 252(1) Akta ibu dipinda—

(a) dengan memotong perkataan “, atas syor Suruhanjaya,”;

(b) dalam subperenggan (a)(ii) dan (iii) dan perenggan (b), dengan memotong perkataan “yang dikehendaki supaya diberikan kepada Suruhanjaya”;

(c) dengan memotong perenggan (c);

(d) dalam perenggan (g), dengan memotong perkataan “supaya diberikan kepada Suruhanjaya berkaitan dengannya”;

(e) dengan memotong perenggan (n);

(f) dalam perenggan (o), dengan menggantikan perkataan “orang yang dilantik sebagai pegawai dilantik” dengan perkataan “pegawai pengangkutan awam darat”;

(g) dengan memotong perenggan (p);

(h) dengan memotong perenggan (q);

(i) dengan memasukkan selepas perenggan (t) perenggan berikut:

“(ta) memperuntukkan bagi pembawaan penumpang, bagasi mereka dan barangan secara selamat oleh pengangkutan awam darat;

(tb) memperuntukkan bagi penggunaan selamat dan penyenggaraan—

(i) terminal; dan

(ii) kereta api termasuklah sistem kereta api dan premis kereta api;

(tc) mengawal selia pembukaan dan penutupan stesen kereta api dan laluan kereta api;

Page 27: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 27

(td) mengawal selia aktiviti yang berkaitan yang ditetapkan yang diusahakan berkaitan dengan penyediaan mana-mana perkhidmatan kereta api;

(te) memperuntukkan mengenai obligasi pemegang lesen dan pengendali berlesen berkenaan dengan gangguan kepada perkhidmatan pengangkutan awam darat;

(tf) memperuntukkan mengena i pencegahan pencerobohan, kacau ganggu atau halangan ke atas, atau kerosakan atau kecederaan berhubung dengan, suatu kereta api;

(tg) memperuntukkan bagi pemeliharaan dan penggalakan ketertiban, sanitasi dan kebersihan ke atas kenderaan yang berkaitan dan kereta api;

(th) memperuntukkan bagi standard minimum dan spesifikasi berkenaan dengan reka bentuk, pembinaan dan penyenggaraan get atau sawar sesuatu lintasan rata kerja dan bagi mengawal selia penggunaan lintasan rata itu;

(ti) memperuntukkan mengenai jagaan lesen dan lesen pengendali, pengeluaran, pengembalian dan penyerahan balik lesen dan lesen pengendali apabila habis tempoh, pembatalan atau penggantungan lesen dan lesen pengendali itu, atau pengubahan syarat lesen dan lesen pengendali itu dan jagaan, pengeluaran, pengembalian dan penghapusan dokumen;

(tj) memperuntukkan mengenai bentuk daftar dan rekod lain yang hendak disimpan dan disenggarakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, pembukaan, penyenggaraan, penutupan, pemeriksaan, pembekalan salinan, dan pengambilan cabutan daripada, daftar dan rekod lain itu;

(tk) memperuntukkan mengenai bentuk pemberitahuan, notis dan perintah yang hendaklah dibuat di bawah Akta ini;

Page 28: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Rang Undang-Undang28

(tl) memperuntukkan mengenai rekod yang hendaklah disimpan oleh pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal, pemegang lesen perniagaan pengantaraan dan pemandu kenderaan yang berkaitan dan kereta api, penyata yang hendaklah dibuat dan cara menyimpan rekod;

(tm) memperuntukkan mengenai segala perkara yang berhubungan dengan penyediaan maklumat dan maklumat tambahan, dan pengecualian daripada menyediakan maklumat oleh pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan, selain maklumat yang disebut dalam perenggan 252(1)(b) dan ( f ) dan subperenggan 252(1) (a) ( i i ) dan (iii), dan tahap perincian, lat tempoh, cara dan bentuk yang mengikutnya maklumat itu hendak disediakan bagi maksud Akta ini;

(tn) memperuntukkan bagi penubuhan, pentadbiran dan pengawalseliaan skim pematuhan berasaskan pentauliahan berhubung dengan pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan atau pemandu kenderaan yang berkaitan atau kereta api dan segala perkara lain yang berkaitan, termasuklah pemerakuan pentauliah bagi skim itu dan peruntukan yang berhubungan dengan penguatkuasaan skim itu;

(to) mengawal selia kewajipan, kelakuan dan syarat perkhidmatan termasuk waktu bertugas bagi pemandu, konduktor dan orang yang menjaga kenderaan yang berkaitan atau kereta api;

(tp) mengawal selia bilangan orang yang hendak diambil kerja sebagai pemandu, konduktor dan orang yang menjaga kenderaan yang berkaitan atau kereta api;

(tq) memperuntukkan bagi borang dan tatacara yang berhubungan dengan permohonan bagi lesen vokasional oleh pemandu kenderaan yang berkaitan

Page 29: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 29

dan tren kereta api, dan konduktor kenderaan perkhidmatan awam, kelayakan minimum yang hendak dimiliki oleh orang itu, mengawal selia kelakuan, kewajipan dan kuasa mereka, dan apa-apa perkara yang berhubungan dengan terma perkhidmatan mereka dan kehendak bagi latihan yang berterusan;

(tr) mengawal selia bilangan orang yang hendak dibawa dalam sesuatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api;

(ts) mengawal selia pembawaan penumpang dalam kenderaan barangan;

(tt) memperuntukkan mengenai kelengkapan, termasuklah alat pemadam api, alat pertolongan cemas atau kon keselamatan yang hendak dibawa oleh atau dilekatkan pada kenderaan yang berkaitan atau kereta api;

(tu) memperuntukkan bagi jenis meter teksi yang boleh dibenarkan, pengehadan penggunaannya, dan kawalan terhadap ujian, pembaikan dan penyenggaraan meter teksi;

(tv) memperuntukkan mengenai kelakuan orang yang diambil kerja dengan atau berkaitan dengan kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api, dan cara pengenalan dan pakaian seragam yang hendak dipakai oleh mereka;

(tw) memperuntukkan mengenai kelakuan penumpang yang menaiki, dalam perjalanan di dalam atau menuruni daripada sesuatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api dan kelakuan bakal penumpang yang sedang menunggu untuk menaiki sesuatu kenderaan perkhidmatan awam (kecuali kereta sewa dan pandu), kenderaan pelancongan atau kereta api;

Page 30: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Rang Undang-Undang30

(tx) menghendaki—

(i) mana -mana o rang yang me langga r peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan (tw) dikeluarkan daripada sesuatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api; dan

(ii) seseorang penumpang yang d isyaki dengan munasabah te lah melanggar peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan (tw) oleh pemandu atau konduktor kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api itu untuk memberikan nama dan alamatnya kepada seorang pegawai polis, atau pemandu, konduktor atau pegawai yang diberi kuasa oleh pemegang lesen atau pengendali berlesen, atau pegawai pengangkutan awam darat, jika berkaitan, apabila diminta;

(ty) mengawal selia cara pembayaran dan pengutipan tambang dan tambang muatan bagi perkhidmatan pengangkutan awam darat dan, tertakluk kepada perenggan 252(1)(r), sistem pentiketan;

(tz) menghendaki seseorang penumpang di atas suatu kenderaan perkhidmatan awam (kecuali kereta sewa dan pandu) atau kereta api, jika diminta sedemikian oleh pemandu atau konduktor kenderaan perkhidmatan awam itu (kecuali kereta sewa dan pandu) atau kereta api atau pegawai yang diberi kuasa oleh pemegang lesen atau pengendali berlesen, supaya meninggalkan kenderaan itu apabila tamat perjalanan yang baginya tambang telah dibayar olehnya;

(taa) memperuntukkan bagi penyimpanan selamat atau pelupusan mana-mana harta yang ditinggalkan secara tidak sengaja dalam suatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api dan mendapatkan balik kos yang ditanggung berkaitan dengan penyimpanan selamat atau pelupusan mana-mana harta itu;

Page 31: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 31

(tab) menghendaki tali pinggang keledar jalan dipasangkan pada apa-apa kelas atau perihalan kenderaan perkhidmatan awam atau kenderaan pelancongan sebagaimana yang dinyatakan, menyatakan standard minimum tentang kualiti bahan dan pembuatan berkenaan dengan tali pinggang keledar itu dan tempat di mana tali pinggang keledar itu dipasang, menghendaki penggunaan tali pinggang keledar itu dalam kenderaan itu, dan mengawal penjualan atau pembekalan tali pinggang keledar yang tidak mematuhi standard minimum bagi kualiti bahan dan pembinaan itu;

(tac) menyatakan saiz, bentuk dan sifat bagi apa-apa lambang, butir-butir, perkataan, huruf, warna, plat atau tanda yang hendak dipamerkan pada mana-mana kenderaan yang berkaitan atau kelas kenderaan yang berkaitan itu, cara yang lambang, butir-butir, perkataan, huruf, warna, plat atau tanda itu hendak dipasangkan, dipamerkan, disuar dan dijadikan mudah dicamkan, sama ada pada waktu malam atau pada waktu siang, dan bagi mengadakan peruntukan mengenai lambang, butir-butir, perkataan, huruf, warna, plat atau tanda yang berlainan untuk dibawa oleh atau diletakkan pada kenderaan yang berkaitan yang dilesenkan bagi suatu maksud tertentu atau bagi mengenal pasti kenderaan itu sebagai kenderaan yang berkaitan di bawah Akta ini;

(tad) melarang, berkaitan dengan penggunaan kenderaan yang berkaitan dan kereta api, penggunaan apa-apa perkakas, perkakas tambahan atau jentera, atau pelakuan apa-apa perbuatan, yang mungkin akan menyebabkan kegusaran atau bahaya;

(tae) mengawal selia lampu dan reflektor yang hendak dipasang atau pada mana-mana kenderaan yang berkaitan atau mana-mana kelas atau perihalan kenderaan yang berkaitan itu, sama ada berkenaan dengan jenis lampu itu, tempat di mana dan

Page 32: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Rang Undang-Undang32

warna latar belakang yang padanya lampu dan reflektor itu hendak dipasangkan, dan masa bila lampu dan reflektor itu hendak dinyalakan, atau selainnya;

(taf) menetapkan keadaan yang tertakluk kepadanya, dan masa apabila, benda yang mempunyai berat luar biasa atau dimensi yang luar biasa besarnya boleh dibawa di atas jalan oleh kenderaan yang berkaitan;

(tag) menetapkan cara memuatkan kenderaan yang berkaitan yang digunakan atas jalan dan langkah berjaga-jaga yang hendak diambil untuk memastikan keselamatan orang awam;

(tah) menetapkan syarat-syarat yang tertakluk kepadanya, dan masa apabila, barangan boleh dimuatkan ke dalam atau dipunggah daripada kenderaan yang berkaitan atau mana-mana kelas atau perihalan kenderaan yang berkaitan atas jalan, kecuali yang berhubung dengan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang didaftarkan dalam mana-mana negara asing yang tertakluk kepada peruntukan mana-mana perjanjian antarabangsa yang dibuat oleh Kerajaan;

(tai) melarang atau menetapkan syarat yang tertakluk kepadanya kenderaan yang berkaitan atau mana-mana kelas atau perihalan kenderaan yang berkaitan yang tertentu boleh ditinggalkan dalam keadaan tidak bergerak atau ditinggalkan tanpa dijaga di mana-mana jalan, mana-mana kelas jalan yang tertentu atau mana-mana jalan tertentu;

(taj) mengehadkan dan mengawal selia penggunaan kenderaan atas jalan yang menjalankan kerja menegakkan, menempatkan, mengalihkan, mengubah atau membaiki lampu, kabel atas dan kerja-kerja jalan atau lebuh;

Page 33: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 33

(tak) memperuntukkan mengenai akaun dan rekod yang hendaklah disimpan oleh pemegang lesen, pengendali berlesen, pemegang lesen terminal dan pemegang lesen perniagaan pengantaraan, dan rekod berkenaan dengan terminal atau penggunaan kenderaan yang berkaitan, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini;

(tal) memperuntukkan tempoh yang syor bertulis oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat kepada Menteri boleh dikemukakan mengenai pemberian kelulusan bagi suatu skim kereta api atau lesen untuk mengendali suatu kereta api;

(tam) memperuntukkan mengenai pendepositan pelan, keratan atas skala dan buku rujukan bagi maksud kelulusan suatu skim kereta api;

(tan) memperuntukkan bagi pembinaan, pembukaan dan penutupan dan syarat penggunaan lintasan rata suwa;

(tao) memperuntukkan mengenai cara dan kekerapan pemeriksaan sesuatu kereta api selepas kereta api telah dibuka;

(tap) menyediakan bentuk dan kandungan apa-apa perkiraan atau perjanjian antara pengendali berlesen perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam dengan pemandu kenderaan perkhidmatan awam;

(taq) memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk menjalankan fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat;”.

Pemotongan seksyen 253

78. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 253.

Page 34: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Rang Undang-Undang34

Pindaan seksyen 254

79. Seksyen 254 Akta ibu dipinda—

(a) dengan memotong perkataan “dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah seksyen 253”; dan

(b) dengan memotong perkataan “, kaedah-kaedah”.

Pindaan seksyen 255

80. Seksyen 255 Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan “, atas syor Suruhanjaya, dari semasa ke semasa,”.

Pemotongan seksyen 256, 257 dan 258

81. Akta ibu dipinda dengan memotong seksyen 256, 257 dan 258.

Kecualian

82. (1) Apa-apa tindakan atau keputusan yang dibuat, atau pendaftaran, perintah, arahan, pekeliling, garis panduan, arahan atau kelulusan yang diberikan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa Akta ibu oleh Suruhanjaya, sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat atau diberikan di bawah, atau mengikut, atau menurut kuasa, Akta ini oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dan hendaklah terus berkuat kuasa berhubung dengan orang yang perkara itu terpakai baginya sehingga dibatalkan.

(2) Mana-mana pegawai dilantik yang dilantik di bawah Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus menjadi pegawai pengangkutan awam darat di bawah Akta ini sehingga pelantikan pegawai dilantik itu dibatalkan.

(3) Apa-apa lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah disifatkan telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan hendaklah terus berkuat kuasa berhubung dengan orang yang perkara itu terpakai baginya sehingga dibatalkan atau sehingga tarikh habis tempohnya.

Page 35: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 35

(4) Apa-apa permohonan bagi suatu lesen yang belum selesai pada tarikh permulaaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diuruskan di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

(5) Apa-apa tindakan, penyiasatan atau prosiding yang dimulakan atau yang belum selesai sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, diteruskan seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(6) Apa-apa obligasi, liabiliti, penalti atau hukuman yang terakru atau dikenakan di bawah Akta ibu, boleh diteruskan, dikuatkuasakan, dikenakan dan diuruskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.

(7) Semua wang yang ada pada, atau kena dibayar kepada, Kumpulan Wang Pengangkutan Awam Darat, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, hendaklah dipindahkan kepada Kerajaan.

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara

83. Apa-apa dasar atau perancangan termasuk Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara yang dibuat oleh Suruhanjaya, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, dibatalkan.

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (“Akta 715”) berbangkit daripada pemansuhan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 (“Akta 714”) dan pembubaran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (“Suruhanjaya”). Dengan pindaan yang dicadangkan ini, fungsi, kuasa, hak, kewajipan, liabiliti dan obligasi Suruhanjaya akan diturunkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, mengikut mana-mana yang berkenaan.

2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas Akta yang dicadangkan dan memberi Menteri kuasa untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.

3. Fasal 2 mengandungi pindaan am untuk menggantikan perkataan “Suruhanjaya” dengan perkataan “Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat” berbangkit daripada pembubaran Suruhanjaya.

Page 36: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Rang Undang-Undang36

4. Fasal 3 bertujuan untuk memasukkan takrif baharu “Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat” dan “pegawai pengangkutan awam darat” dan untuk meminda takrif bagi perkataan dan ungkapan yang tertentu.

5. Fasal 4 bertujuan untuk memotong Bab 1 Bahagian II berbangkit daripada pembubaran Suruhanjaya.

6. Fasal 9 dan 11 masing-masing bertujuan untuk memotong subseksyen 13(7) dan seksyen 15 memandangkan peruntukan-peruntukan itu tidak lagi relevan berbangkit daripada pembubaran Suruhanjaya.

7. Fasal 46 bertujuan untuk memotong Bahagian VII Akta 715 yang memperkatakan tentang perlindungan pelanggan dan penyelesaian pertikaian memandangkan isu perlindungan pelanggan dan penyelesaian pertikaian akan diuruskan oleh Kementerian Pengangkutan.

8. Fasal 47 bertujuan untuk menggantikan Bahagian VIII Akta 715 untuk mengadakan peruntukan bagi rayuan kepada Menteri berhubung dengan permohonan lesen, pembaharuan lesen dan pembatalan lesen. Sebelum ini, pihak yang terkilan boleh membuat rayuan kepada Tribunal Rayuan terhadap apa-apa keputusan atau arahan yang dibuat oleh Suruhanjaya.

9. Fasal 55 bertujuan untuk menggantikan seksyen 215 Akta 715 untuk mengadakan peruntukan bagi pelantikan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.

10. Fasal 56 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 215a ke dalam Akta 715 bagi mengadakan peruntukan bagi pelantikan Timbalan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Timbalan Pengarah Pengangkutan Awam Darat dan pegawai pengangkutan awam darat.

11. Fasal 76 bertujuan untuk memasukkan seksyen baharu 249a dan 249B ke dalam Akta 715.

Seksyen baharu 249a memperuntukkan bahawa mana-mana kontrak, setakat yang ia berupa sebagai menidakkan atau membatalkan tanggungan mana-mana orang berkenaan dengan mana-mana tuntutan yang mungkin boleh dibuat dengan sah terhadap orang itu berkenaan dengan kematian atau kecederaan badan penumpang suatu kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan pelancongan atau kereta api, adalah tidak sah.

Seksyen baharu 249B memperuntukkan bahawa Menteri boleh memberi mana-mana orang kuasa untuk menjalankan apa-apa fungsi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah Akta 715 berkenaan dengan pelesenan terminal, pelesenan pengendali perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam, pelesenan kenderaan pelancongan, pelesenan pengendali perkhidmatan kenderaan barangan, pelesenan pengendali perkhidmatan kereta api dan pembukaan kereta api, pengumpulan bayaran atau caj di bawah Akta 715.

Page 37: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai

Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 37

12. Fasal 77 bertujuan untuk meminda seksyen 252 Akta 715 untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan bagi perkara yang diperuntukkan di bawah seksyen 253 Akta 715 yang sedia ada yang dicadangkan untuk dipotong di bawah fasal 78 Akta yang dicadangkan.

13. Fasal 81 bertujuan untuk memotong seksyen 256, 257 dan 258 Akta 715. Peruntukan ini tidak lagi terpakai berbangkit daripada pembubaran Suruhanjaya.

14. Fasal 82 bertujuan untuk mengadakan peruntukan kecualian.

15. Fasal 83 bertujuan untuk membatalkan apa-apa dasar atau perancangan termasuk Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara yang dibuat oleh Suruhanjaya.

16. Pindaan lain yang tidak diperkatakan secara khusus dalam Huraian ini merupakan pindaan kecil atau berbangkit.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini.

[PN(U2)3122]

Page 38: Pengangkutan Awam Darat (Pindaan)...awam atau pegawai pengangkutan awam darat”. Pindaan seksyen 77 22. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “pegawai