jabatan pelajaran melaka 2010 · pdf filesejarah 940/1 ... • fenomena ini membawa kepada...
TRANSCRIPT
SULIT
Kod Kertas : 940/1
JABATAN PELAJARAN MELAKA
2010
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SELARAS
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA
SEJARAH 940/1
Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800
Masa : 3 jam
Arahan kepada calon :
Jawab empat soalan sahaja : Dua ( 2 ) soalan daripada Bahagian A dan dua ( 2 ) soalan
daripada Bahagian B
( Kertas soalan ini terdiri daripada dua ( 2 ) halaman bercetak )
( Lihat Sebelah
SULIT
Bahagian A
Jawab dua soalan sahaja.
1. Huraikan peranan masyarakat pada zaman Neolitik kepada kemunculan tamadun awal
manusia. ( 25M )
2. Jelaskan tentang sistem pemerintahan republik yang diamalkan dalam Tamadun Rom pada Zaman Klasik. ( 25M )
3. Sejauhmanakah kekuatan ketenteraan penting dalam pengukuhan kuasa empayar
tamadun-tamadun awal. ( 25M )
4. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan di Nusantara sebelum abad ke-15 Masihi. ( 25M )
5. Huraikan dasar dan sistem pendidikan dalam tamadun China. ( 25M )
6. Bincangkan konsep ketahanan dan pertahanan antara tamadun Islam dengan
tamadun Eropah. ( 25M )
Jawab dua soalan sahaja.
Bahagian B
7. Jelaskan konsep ketuhanan dan keagamaan secara perbandingan antara pandangan
Arab Jahiliah dengan pandangan Islam. ( 25M )
8. Huraikan kepentingan Sahifah Madinah dalam pemerintahan dan pentadbiran negara
kota Madinah. ( 25M )
9. Huraikan perkembangan institusi wazir pada zaman kerajaan Abbasiyah. ( 25M )
10. Huraikan organisasi ketenteraan Islam pada zaman pemerintahan Nabi Muhammad
SAW sehingga zaman Bani Abbasiyah. ( 25M )
11. Huraikan sistem pendidikan Islam di Timur Tengah dan pengaruhnya terhadap sistem
pendidikan Islam di Alam Melayu. ( 25M )
12. Bandingkan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan
di Barat. ( 25M )
SOALAN TAMAT
Kod Kertas: 940/1
JABATAN PELAJARAN MELAKA
STPM 2010
SKEMA PEMARKAHAN
SEJARAH 940/1 ( Tamadun Dunia Hingga Tahun 1800 )
PERINGATAN :
Skema pemarkahan ini adalah khas untuk kegunaan pemeriksa dan tidak boleh dikemukakan kepada
pihak yang tidak berkenaan.
Skema ini terdiri daripada 40 halaman bercetak.
Hakcipta Jabatan Pelajaran Melaka
2010
( Lihat Sebelah
SULIT
SULIT
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
2
1. Huraikan peranan masyarakat pada zaman Neolitik kepada kemunculan
tamadun awal manusia.
Pengenalan: ( 3 Markah )
1. Zaman Prasejarah :
• Definisi prasejarah: sebahagian daripada masa silam manusia yang
tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan.
• Bukti prasejarah diperolehi melalui kajian terhadap artifak dan fosil-fosil oleh ahli-ahli arkeologi.
• Zaman prasejarah dibahagi kepada 3 peringkat iaitu zaman Paleolitik, Mesolitik dan Neolitik. Perkembangan zaman Paleolitik dan Mesolitik
banyak mempengaruhi kemajuan pada zaman Neolitik.
2. Zaman Neolitik :
• Manusia dikatakan menyara hidup dengan bercucuk tanam dan
menternak binatang.
• Corak kehidupan mereka berubah yang bermula dari tahun 7000 S.M
hingga 3500 S.M. iaitu mula menetap dan berorganisasi berbentuk
mudah.
• Pada zaman ini manusia mula berfikir, mengetahui dan mengamalkan
cara-cara kehidupan lebih baik sama ada dari segi peralatan, ekonomi,
sosial, politik, dll.
3. Konsep masyarakat :
• Konsep Manusia
• Sejarah Manusia Zaman Prasejarah dan contoh-contoh manusia
Peranan masyarakat Neolitik ( 7 x 3M = 21 markah )
1. Memperkembangkan dan mengubah aspek pertanian
• Pakar sejarah yakin penemuan kaedah menanam dan menternak
binatang dimulai sekitar 10, 000 S.M hingga 5000 S.M lalu di Asia
Barat.
• Di kawasan utama seperti Jericho, Catal Huyuk, Iran, Syria, Mesir dan
Iraq manusia mula menanam gandum dan barli serta menternak
binatang seperti kambing, biri-biri dan babi sebagai sumber makanan
mereka yang berterusan.
• Bekalan makanan yang mewah menggalakkan pertambahan penduduk.
2. Memajukan aspek teknologi
• Pada zaman Neolitik penciptaan bajak dan roda sebagai kemajuan
teknologi telah meningkatkan lagi daya pengeluaran hasil pertanian.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
3
• Bajak menyebabkan manusia mula menggunakan tenaga binatang membantu meringankan tugas mereka.
• Binatang seperti kuda atau kerbau dilatih untuk mengangkut barang (anok) atau membajak sawah.
• Penemuan roda memudahkan pengangkutan hasil pertanian ke bandar-
bandar atau pelabuhan dan perkembangan pembuatan tembikar.
3. Mewujudkan perkampungan tetap
• Kemajuan pertanian (menanam dan menternak) membolehkan manusia
mula membina kawasan penempatan kekal di kawasan-kawasan yang subur, terutamanya di lembah sungai seperti Tigris atau Furat.
• Manusia tidak perlu lagi hidup secara nomad kerana kini dapat
menyara hidup daripada bekalan makanan yang dihasilkan di kawasan
tempat tinggal mereka.
• Mereka dapat mengawal bekalan makanan sendiri dan bekalan berterusan di samping dapat mengawal perubahan musim.
• Contoh : Perkampungan Jericho dan Jarmo.
4. Mewujudkan pertambahan penduduk
• Kemajuan pertanian dan teknologi pertanian pada zaman Neolitik menyebabkan manusia dapat mengawal dan menggunakan sumber
alam. Perubahan ini menyebabkan kehidupan manusia menjadi lebih stabil, selamat dan terjamin daripada kebuluran atau ancaman lain.
• Kehidupan sebagai individu atau anggota masyarakat bertambah baik.
• Fenomena ini membawa kepada berlakunya peningkatan bilangan
penduduk pada sesuatu kawasan dan akhirnya membentuk kawasan penempatan penduduk semakin kompleks seperti bentuk negara kota.
• Contoh, tanaman bijirin, millet dan gandum.
5. Mewujudkan pengkhususan kerja
• Pada zaman Neolitik berhasilnya peningkatan daya pengeluaran hasil
pertanian yang menjamin bekalan makanan mencukupi dan berterusan
membolehkan sebahagian penduduk telah menjalankan aktiviti bukan
pengeluaran pertanian seperti kegiatan kesenian atau kegiatan
keagamaan yang melahirkan pusat ibadat.
• Hal ini mencetuskan proses pembahagian kerja dalam masyarakat.
6. Membentuk organisasi sosial
• Perubahan kehidupan manusia bertambah kompleks menyebabkan
perlunjukan pengkhususan dalam menjalankan tugas tertentu
bergantung kepada kemahiran dan kebolehan seseorang.
• Kini diperlukan pemimpin untuk memandu dan memberi arahan
kepada semua anggota masyarakat.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
4
• Tentera dan pahlawan diperlukan untuk mengawal dan menjaga keamanan daripada ancaman.
• Pendeta diperlukan untuk mengetuai kegiatan keagamaan.
• Petani menumpukan usaha mempertingkatkan hasil pertanian.
7. Mewujudkan institusi pemerintahan
• Pada zaman ini juga melahirkan institusi pemerintahan, pendidikan, keagamaan dan sebagainya untuk membolehkan manusia
mengeksploitasi dan mengawal alam sekitar mereka seperti bencana
alam (banjir, kemarau).
• Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai orang berkuasa.
• Pemimpin dengan ideanya dan tipu helahnya, pahlawan dengan
senjatanya dan paderi dengan pengetahuannya.
• Contoh, tamadun Mesir penguasaan mutlak Firaun dalam bidang
kehakiman, ketenteraan dan pentadbiran
8. Mengasaskan kelahiran agama dan kepercayaan
• Manusia pada zaman Neolitik sudah ada kepercayaan berkaitan dengan unsur dewa-dewi dalam tamadun Indus.
• Minda pemikiran konseptual ketuhanan ini dimanifestasikan melalui upacara agama dan simbol-simbol pemujaan.
• Mereka yakin dan percaya upacara penyembahan akan
melipatgandakan hasil pengeluaran pertanian.
9. Mewujudkan petempatan bandar
• Perkembangan petempatan dan perkampungan yang tetap
menyebabkan peningkatan bilangan penduduk.
• Kehidupan manusia secara berkelompok dengan menjalankan aktiviti pertanian telah menyebabkan mereka mengalami proses pembandaran
yang pesat seperti bandar Catal Huyuk.
10. Mengasaskan sistem tulisan
• Masyarakat Neolitik menjadi lebih kompleks dan merintis jalan ke arah perkembangan sistem tulisan.
• Sistem tulisan lahir kerana keperluan untuk menyimpan rekod-rekod hasil pertanian serta jumlah keluasan tanah yang semakin meningkat.
• Contoh, hieroglif, ceuniform, piktograf dan ideogram
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
5
Kesimpulan : ( 1 Markah )
• Neolitik merupakan zaman titik mula terbina tamadun awal manusia apabila manusia mulai bercucuk tanam dan berternak binatang telah menjana
perkembangan faktor lain seperti teknologi, pengkhususan kerja, organisasi,
institusi politik dan sebagainya. Implikasi daripada tinggal menetap kesan
daripada berlaku revolusi pertanian (bertanam dan menternak) menyebabkan
V. Gordon Childe merumuskan sebagai satu revolusi dalam kehidupan manusia atau sebagai titik tolak perubahan kepada kemunculan tamadun awal
manusia.
Catatan :
Pemeriksa perlu berhati-hati, ada calon menjawab ciri-ciri tamadun,
penekanan jawapan hanya kepada peranan zaman Neolitik.
Calon-calon yang menjawab ciri-ciri tamadun markah maksimum 5 markah.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
6
2. Huraikan sistem pemerintahan republik yang diamalkan dalam Tamadun Rom
pada Zaman Klasik.
Pengenalan : ( 3M )
a. Rom dipercayai wujud pada 1000 S.M dan mewarisi ciri-ciri dan pencapaian
Tamadun Yunani.
b. Menurut lagenda, Tamadun Rom dipercayai diasaskan oleh sepasang kembar yang dikenali sebagai Romulus dan Remus yang dibesarkan oleh sesekor
serigala betina.
c. Sebelum melaksanakan sistem republik, kerajaan Rom juga pernah mengamalkan pemerintahan beraja. Ketika itu iaitu sekitar tahun 753 S.M,
penduduk Rom terdiri daripada golongan bangsawan dan tuan tanah
(patrician) dan golongan rakyat biasa (plebian)
d. Raja-raja rom pada masa ini telah memrintah dengan zalim tanpa
perkemanusiaan. Justeru itu orang Rom telah memberontak dan mewujudkan
sebuah kerajaan bercorak republik.
Isi : ( 4 X 5M = 20M )
Definasi :
a. Kerajaan Republik boleh dinyatakan sebagai sistem kerajaan di mana rakyat
memilih wakil mereka untuk melulus dan melaksanakan undang-undang. b. Tidak ada sesiapa yang boleh mewarisi hak memegang jawatan politik.
c. Republik juga turut mengamalkan perinsip demokrasi d. Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan republik diketuai oleh
presiden.
Sistem pemerintahan republik dalam Tamadun Rom pada Zaman Klasik :
1. Konsul :
a. konsul merupakan pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan
republik terdapat dua orang konsul yang dipilih daripada penduduk
yang berumur melebihi 40 tahun.
b. konsul dilantik oleh Dewan Senat dan mentadbir selama satu tahun. Ia
mempunyai kuasa dalam bidang pentadbiran, keadilan, ketenteraan,
Keagamaan dan kewangan. Ia berperanan sebagai ketua hakim,ketua
Angkatan tentera dan ketua eksekutif.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
7
2. Dewan Senat :
a. Senat diwakili oleh 300 orang ahli yang dipilih daripada golongan
bangsawan. Ahli-ahli dewan ini dipilih oleh konsul. Dewan senat
bertindak menasihati konsul dalam urusan pentadbiran Negara.
b. Antara tugas dan peranan ahli-ahli senat ialah membincangkan hal-hal
pentadbiran negara,menggubal undang-undang untuk dibincangkan
dalam dewan perhimpunan ,mengadakan rundingan dengan duta-duta
asing,menetapkan rovinsi yang akan diuruskan oleh
konsul,menguruskan hal ehwal kewangan,menyelesaikan krisis
keagamaan.
3. Dewan Perhimpunan :
a. Dewan perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom. Ia dikenali
Sebagai forum.Ia merupakan tempat rakyat berkumpul untuk mendapat laporan tentang perbincangan dengan dewan senat
b. Dewan ini membantu dewan senat melaksanakan pemerintahan.Ia juga
bertindak meluluskan dan mengesahkan undang-undang yang telah
diputuskan oleh Dewan Senat.
Kesimpulan : ( 2M )
a. pemerintahan republik merupakan warisan kerajaan Rom kepada tamadun dunia.Dalam pemerintahan republik,terdapat imbangan kuasa
antara badan perundangan,badan eksekutif dan badan kehakiman.
b. Pemerintahan republik merintis ke arah pemerintahan diktator pada
Zaman Julius Caesar.Julius Caesar menamatkan pemerintahan
Republik dan mengistiharkan diri sebagai diktator setelah
Mengalahakan Jeneral Pompei.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
8
3. Sejauhmanakah kekuatan ketenteraan penting dalam pengukuhan kuasa
empayar tamadun-tamadun awal.
Pendahuluan : ( 3 M )
• Menurut Farmer dalam buku, Comparative History of Civilizations, empayar
merujuk kepada entiti politik yang menyatukan zon budaya yang luas.
Kemunculan empayar disebabkan oleh dasar imperialisme yang menyebabkan berlaku proses penaklukan dan perluasan kuasa terhadap
negara-negara lain. Proses perluasan kuasa menyebabkan muncul beberapa
empayar seperti empayar Maurya dan Gupta di India, empayar Chin dan
Han di China dan empayar Rom di Eropah. Terdapat dua jenis empayar yang
utama iaitu empayar daratan dan empayar maritim. Empayar daratan
menguasai tanah yang luas seperti empayar Maurya, Gupta, Rom dan Chin.
Empayar maritim pula bergantung kepada penguasaan laut seperti empayar
Srivijaya dan Majapahit .
• Konsep ketahanan dan pertahanan.
Isi-isi : ( 7 x 3M = 21 M )
1. Kekuatan ketenteraan melalui teknologi
Kekuatan ketenteraan amatlah penting dalam pengukuhan empayar dan bagi
Mewujudkan Keamanan Dalam Empayar. Para pemerintah menggunakan
tentera untuk mengatasi rampasan kuasa, pemberontakan dan keadaan
kacau bilau. Bagi memudahkan tentera mengawal keadaan dalam negara,
kota-kota pertahanan, jalanraya dan tembok didirikan. Contohnya pada zaman
pemerintahan Maharaja Shih Huang Ti, tembok besar yang dikenali sebagai
Tembok Besar China didirikan bagi mengelakkan serangan orang-orang
gasar.
2. Jenis Tentera
Dalam Tamadun India pula, kekuatan ketenteraan begitu dominan dalam pengukuhan dan perluasan empayarnya. Dalam hal ini,terdapat empat jenis
tentera yang digunakan iaitu tentera bergajah, tentera berkuda, tentera
berkereta kuda dan tentera berjalan kaki ( infantri ).
3. Komposisi Tentera
Terdapat juga unit – unit seperti tentera laut, pengintip, kumpulan perintis
dan komisariat. Keunikan ketenteraan India ialah penggunaan gajah dan ianya berperanan memecahkan barisan tentera musuh, meruntuhkan
kubu, pintu kota dan benteng pertahanan. Kereta kuda pula digunakan
secara meluas pada zaman Maurya dan kebiasaannya Raja – raja India
mempunyai angkatan tentera yang besar. Misalnya, Candragupta Maurya
mempunyai 600, 000 orang tentera , Rajaraja I mempunyai 900, 000 orang
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
9
tentera dan Mahendrapala boleh menggerakkan 800,000 orang tentera pada
bila-bila masa.
Selain faktor ketenteraan, ada faktor-faktor lain dalam pengukuhan kuasa
empayar tamadun-tamadun awal.
4. Perluasan wilayah
Salah satu ciri lain dalam pengukuhan empayar ialah perluasan kuasa.
Apabila sesebuah empayar menjadi stabil, langkah-langkah diambil untuk
memperkembangkan pengaruh di wilayah-wilayah berhampiran. Usaha
perluasan kuasa merupakan langkah untuk menundukkan kuasa-kuasa
besar di pinggiran yang menggugat kestabilan politik sesebuah empayar.
Contohnya, empayar Maurya diasaskan oleh Chandragupta Maurya dengan menyatukan negara-negara kecil di utara India. Pembentukan empayar ini
bertujuan untuk menundukkan ancaman Yunani.
5. Sistem birokrasi yang teratur
Kekuatan sesebuah empayar dapat dipertahankan dengan wujudnya sistem
pentadbiran yang sistematik dan teratur. Sistem pentadbiran amat penting
bagi mengukuhkan cengkaman kuasa kerajaan di seluruh wilayah jajahan
takluk. Untuk tujuan tersebut, biasanya sesebuah kerajaan membahagikan
empayar kepada wilayah-wilayah yang diperintah oleh gabenor. Kerajaan
pusat melantik pemerintah di peringkat wilayah dan sentiasa mengawasi pegawai-pegawai di wilayah. Contohnya, Maharaja Shih Huang Ti telah
membahagikan empayarnya kepada 36 wilayah dan wilayah-wilayah ini ditadbir oleh gabenor tentera.
6. Keseragaman budaya
Pembentukan empayar bertujuan untuk melahirkan keseragaman budaya di
seluruh empayar. Dalam konteks ini, lazimnya budaya negara induk akan
dijadikan budaya rasmi di seluruh jajahan takluk empayar. Contohnya,
Iskandar Zulkarnain menyebarkan kebudayaan Hellenistik yang merupakan
paduan antara budaya Yunani dan Parsi ke seluruh empayar. Beberapa
bandar baru ditubuhkan sebagai pusat penyebaran kebudayaan Hellenistik
seperti Iskandariah dan Antioch.
7. Kehegemonian sosial dan ekonomi
Para pemerintah sesebuah empayar lazimnya akan bertindak menyeragamkan
sistem tulisan, ukuran timbangan dan penggunaan matawang. Tindakan ini diambil untuk melicinkan urusan pentadbiran dan juga untuk memupuk
semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Contohnya, Sargon Agung telah memperkenalkan bahasa Akkadia sebagai bahasa rasmi empayarnya.
Manakala, Asoka yang merupakan pemerintah agung empayar Maurya telah
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
10
menjadikan bahasa Sanskrit sebagai bahasa rasmi empayarnya bertujuan
mewujudkan penyatuan politik dan budaya. Dalam bidang ekonomi pula
para pemerintah memperkenalkan sistem timbangan, ukuran dan matawang
yang seragam. Contohnya, di Melaka, sistem timbangan berdasarkan ukuran
kati dan tahil digunakan.
8. Kewibawaan pemimpin
Kekuatan dan keutuhan sesebuah empayar bergantung kepada pemimpin
yang berwibawa. Pemimpin yang berwibawa dapat mewujudkan kestabilan
politik. Ini dapat diwujudkan dengan menggunakan kekuatan tentera. Di
samping itu, pemimpin-pemimpin juga memberikan naungan politik kepada
pertumbuhan tamadun. Contohnya, Maharaja Shih Huang Ti memberi peluang kepada golongan sarjana yang berminat dengan falsafah Konfucius
menjalankan penyelidikan sejarah. Manakala, kerajaan Maurya memberikan naungan politik kepada golongan karyawan untuk bergiat dalam lapangan
kesenian dan kesusasteraan.
9. Penyebaran agama
Pemimpin sesebuah empayar juga bertindak menyebarkan fahaman agama
ke wilayah-wilayah jajahan takluk khususnya kepada pemimpin yang terikat
dengan sesuatu fahaman agama dan ingin membawa perubahan dalam
masyarakat. Contohnya,Maharaja Asoka telah mengambil beberapa langkah
untuk menyebarkan agama Buddha dalam empayarnya. Selain, mengadakan
siri lawatan ke seluruh empayar untuk menyebarkan agama Buddha, baginda juga melantik pegawai-pegawai yang dikenali sebagai Dharma Mahamatra
untuk menyebarkan agama Buddha. Selain itu, Asoka telah mempraktikkan dan mengamalkan ajaran-ajaran Buddha dalam kehidupannya dengan
menghentikan amalan membunuh binatang dan memakan daging. Hasil usaha dan langkah-langkah tersebut, agama Buddha telah menjadi agama dunia.
9. Kemajuan komunikasi
Kejayaan sesebuah empayar juga bergantung kepada sistem pengangkutan
dan komunikasi. Rangkaian jalanraya diperlukan untuk menggerakkan
pasukan tentera untuk melicinkan pentadbiran. Hal ini dapat dilihat dalam
kerajaan Rom pada zaman Augustus Caesar. Beliau telah membina jalanraya-
jalanraya yang menghubungkan Rom dengan kebanyakan kawasan
jajahannya. Ini telah memudahkan pergerakan tentera ke kawasan jajahan
untuk mematahkan sebarang kebangkitan untuk mencabar kepimpinan
maharaja.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
11
Kesimpulan : ( 1 M )
Empayar merupakan entiti politik yang lahir daripada kegiatan ketenteraan yang
menyebabkan proses perluasan wilayah. Sebagai unit politik yang merangkumi
kawasan yang luas, empayar mempunyai beberapa ciri seperti sistem birokrasi
kerajaan pusat yang mantap , kehomogenian budaya, agama dan budaya,
kekuatan militer, perlaksanaan hegemoni dan sistem naungan ekonomi. Ciri-ciri
ini amat penting dalam memantapkan serta mengukuhkan kedudukan sesebuah
empayar dari segi politik, ekonomi dan sosial.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
12
4. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan di
Nusantara sebelum abad ke-15 Masihi.
Pengenalan : ( 3M )
Latar belakang perdagangan di Nusantara :
a. Sumber-sumber bertulis China, India,Arab dan Yunani membuktikan bahawa
kegiatan perdagangan di rantau ini berkembang pesat sebelum kebangkitan kerajaan Melayu Melaka.
b. Latar belakang Nusantara (Alam Melayu) menjadi tumpuan pedaganga-pedagang India, Arab dan China sejak abad pertama lagi.
c. Contoh, pusat-pusat perdagangan yang muncul di Alam Melayu berdasarkan sumber-sumber berikut iaitu:
i. sumber China Tun-Sun, Tan chu-Li, Pan-Pan dan lain-lain
ii. sumber Yunani(Ptolomy)-Takola, Kole dan Sabaria
iii. sumber India-Takola, Kataha, Kalagam, Tambaralinga
iv. sumber Arab-Kalah, Qaqullah dan Tiyumah
Isi-isi : ( 5 X 4M = 20M )
1. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemajuan perdagangan di Nusantara
a) Faktor kedudukan geografi gagasan kepulauan Melayu yang
strategik :
� Terletak di tengah-tengah perjalanan perdagangan Timur dan Barat yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang asing seperti
China, India, Arab dan kepulauan Melayu sendiri � Angin Monsun Barat Daya dan Timur Laut juga membantu
pedagang-pedagang China dan India pergi ke gugusan kepulauan Melayu.
� Pusat persinggahan dan proses jual beli.
b) Kekayaan sumber asli :
� Nusantara kaya dengan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur
barus dan rotan
� Kekayaan hasil pertanian seperti rempah ratus, teh, beras dan
lain-lain
� Hasil-hasil laut seperti kowri (mata wang), kerang dwi katup,
tiram mutiara dan lain-lain
� Hasil Perlombongan seperti emas, bijih besi, antimony dan
bijih timah yang diperolehi menerusi proses mendulang.
Perkembangan hasil perlombongan menyebabkan pedagang
Eropah seperti British berdagang ke Asia khususnya Melaka
untuk mendapatkan hasil keperluan dan memperkembangkan pelabuhan Melaka di Nusantara.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
13
� Wujud pelabuhan dan pasar-pasar yang menarik pedagang luar.
c) Pemerintahan dan pentadbiran yang cekap, teratur dan stabil :
� Kebanyakan kerajaan di Alam Melayu mempunyai sistem
pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun
� Empayar Srivijaya – terdapat sistem pemerintahan kerajaan
pusat dan wilayah
� Empayar Melaka – wujud sistem Pembesar Empat Lipatan dan
sistem perundangan sepeti Undang-undang Laut Melaka
� Sistem ini melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan perdagangan
d) Peranan Orang laut :
� Orang Laut direkrut untuk bertanggungjawab menjaga
keselamatan kawasan perairan untuk membanteras kegiatan perlanunan
� Mereka mengawal jalan-jalan laut supaya selamat daripada
ancaman dan serangan lanun
� Orang Laut juga memaksa kapal-kapal dagang singgah
berdagang
e) Kemudahan perdagangan dan pentadbiran perniagaan :
� Pemerintah menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap, tempat perniagaan, gudang, sistem
sukatan dan timbangan yang standard, kemudahan membaiki kapal dan lain-lain
� Kemudahan-kemudahan tersebut telah menarik pedagang untuk
berdagang di pelabuhan-pelabuhan perdagangan di Nusantara.
� Di Melaka, Syahbandar, Nakhoda dan Kiwi mengurus hal-hal
perdagangan
� Mata wang logam digunakan dalam urusniaga.
f) Hubungan diplomatik dengan China :
� Hubungan persahabatan Srivijaya, Majapahit dan Melaka
dengan China bererti mendapat pengiktirafan dan perlindungan
daripada China daripada ancaman musuh � Suasana aman dan damai meningkatkan kegiatan perdagangan
berjalan dengan lancar � Hubungan erat dengan China menggalakkan kemasukan ramai
pedagang dari China.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
14
g) Peranan dan pengaruh agama :
� Srivijaya dan Majapahit merupakan empayar beragama Hindu-
Buddha di Nusantara
� Pusat perkembangan agama Buddha membantu
mengembangkan kegiatan perdagangan dengan India dan China
yang seagama
� Melaka merupakan empayar Islam, dapat menarik pedagang
Islam
Kesimpulan : ( 2M )
Perkembangan perdagangan di Nusantara berlaku kerana kedudukannya di pesisiran pantai dan kepentingannya berasaskan kepada penguasaan lalu lintas
perdagangan di antara China dan India.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
15
5. Huraikan dasar dan sistem pendidikan dalam tamadun China.
Pengenalan ( 3 M )
1. Pendidikan membantu manusia untuk meningkatkan tahap intelek yang
seterusnya membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang lain.
Pendidikan merupakan satu seni yang membolehkan manusia mengumpulkan segala pengalaman yang diperolehi dalam kehidupan mereka dan selanjutnya
menyampaikan pengalaman itu kepada generasi baru.
2. Proses pendidikan bermula serentak sejak kelahiran dan berterusan sehingga akhir hayat. International Dictionary of Education pendidikan ialah suatu
proses yang membentuk ability dan sikap manusia. Plato – Pendidikan sebagai sesuatu yang memberikan keindahan dan kesempurnaan kepada jasmani dan
rohani.
Isi : ( 20M )
Dasar pendidikan di China. ( 10M - Impression )
1. Dalam tamadun China, masyarakat menghargai pendidikan, matlamat utama
pendidikan ialah lulus peperiksaan awam.
2. Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap : Hsiu Tai, Tahap pertama selaras
dengan ijazah pertama, tahap kedua, Chun-Jen, setaraf dengan sarjana dan
Chin Shih, setaraf dengan doctor falsafah seperti yang terdapat pada zaman
moden ini.
3. Pada zaman Confucius, terdapat sekolah-sekolah di kampung kecul ( hamlet ), kampung ( villaga ) dan negeri-negeri feudal.
4. Satu ciri nyata pendidikan tradisional China ialah hubungan system pemilihan
pegawai-pegawai awam melalui peperiksaan awam dan menyediakan pelajar-pelajar untuk tiga peringkat ijazah dan tiga tahap peperiksaan.
5. Pelajar perlu menduduki peperiksaan di daerahnya sendiri sebelum menduduki
peperiksaan untuk ijazah pertama di Bandar . Diadakan dua kali dalam
tempoh tiga tahun.– Lulus menerima ijazah Hsiu Tsai.
6. Peperiksaan peringkat kedua di ibu kota provinsi , calon yang berjaya di
anugerah ijazah Chun-Jen. Peperiksaan peringkat ketiga di adakan di Ibu kota
empayar, di istana dengan kehadiran maharaja, ijazah dikenali sebagai Chin
Shih. Peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.
7. Penghormatan kepada ketiga-tiga ahli akademik, penghormatan tertinggi
diberi gelaran Chuang Yuan.
Mereka yang lulus ijazah pertama akan berpeluang menjadi pegawai kerjaan , ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
16
8. Han Lin- Sebuah majlis ahli-ahli akademik terkemuka sebagai sebuah badan
penasihat dan penyunting., kebiasaannya bertindak sebagai kabinet maharaja,
ada dilantik sebagai tokoh kesusasteraan negara dan berkedudukan tinggi
dalam negara.
Institusi Pendidikan China ( 10 M – Impression )
Terbahagi kepada dua :
Peringkat :
1. Sekolah peringkat rendah - diadakan di rumah guru, rumah penai\ung yang
kaya, di rumah pagoda lama, rumah berhala atau pondok . Di bilik darjah terdapat meja dan kerusi untuk guru dan tempat pemujaan Confucius di sudut
bilik darjah. Pelajar lelaki membawa kerusi, buku kertas, pensel dan dakwat sendiri. Pelajar berusia tujuh tahun ,berpakaian rasmi dan topi. Harus
menyembah gambar Confucius sebelum beri penghormatan kepada guru. Sekolah dari pagi hingga petang dan dibuka sepanjang tahun.
2. Sekolah menengah atau sekolah tinggi : tajaan kerajaan, naungan persendirian
atau dengan pembiyaan oleh golongan kaya dan pegawai-pegawai awam.
Peperiksaan Awam :
1 . Menyediakan pelajar untuk peperiksaan kerajaan , mereka yang lulus akan
mengisi jawatan-jawatan penting dalam kerjaaan.
Contoh :
a. Maharaja Wu Ti ( Dinasti Han ) : Diri sekolah tinggi di ibu kota dan galak penubuhan sekolah di provinsi dan daerah.
b. Maharaja Yan Kuan ( dinasti Sui ) : Galak penubuhan sekolah dan
perpustakaan imperial. Dinasti Sung : Sistem persekolahan
berkembang daru ibu kota ke semua bahagian pentadbiran imperial.
c. Dinaasti Ming : Kolej bagi belia dan universiti Kebangsaan di pusat
dan sekolah awam di setiap wilayah, jabatan daerah dan kampung.
d. Dinasti Tang : Galak penubuhan sekolah kerajaan, wujud sebuah
sekolah awam di setiap wilayah, daerah dan kampung. Maharaja
Hsuan Tsung menubuhkan akademik Han Lin.
e. Percetakan diperkenalkan buat pertama kali.
Dinasti Chou : Dua jenis sekolah, Pertama kolej yang terdapat di ibu
kota kerajaan diraja dan di daerah-daerah bangsawan. Kedua sekolah yang berselerak di kampung kecil, kampung dan derah.
f. Mereka yang lulus ijazah kedoktoran boleh mengambil peperiksaan keempat . Lulus menjadi ahli seumur hidup dalam Imperial Academy
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
17
g. Tiada had umur untuk menduduki peperiksaan, calon dikunci
sepanjang waktu peperiksaan dijalankan .
Kesimpulan ( 1M )
Apa sahaja yang berkaitan.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
18
6. Bincangkan konsep ketahanan dan pertahanan antara tamadun Islam dengan
tamadun Eropah
Pengenalan : ( 3M )
1. Tamadun Islam merujuk kepada zaman kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
sehingga sekarang. Manakala tamadun Eropah pula merujuk kepada zaman
pertengahan yang bermuIa pada selepas keruntuhan Empayar Rom - berlaku
antara abad ke-5 hingga abad ke-15 Masihi. Zaman ini dapat dibahagikan
kepada Zaman Gelap dan Zaman Moden awal.
2. Dalam tamadun Islam, isu ketahanan dan pertahanan bermula sejak dari zaman Nabi Adam as. lagi. Manakala dalam tamadun barat pula isu ini mula
berkembang ketika munculnya tamadun awal manusia.
Isi-isi :
Tamadun Eropah : ( 10M – impression )
1. Pengertian Ketahanan :
Dalam tamadun Eropah ketahanan merujuk kepada ketabahan dan kecekalan
mencakupi unsur fizikal. Ketahanan yang kuat datangnya dari ilmu
pengetahuan, pengalaman, kecekapan pelaksanaan
2. Pengertian Pertahanan :
Pertahanan merupakan usaha untuk mempertahankan diri, masyarakat, dan
negara daripada ancaman pihak musuh. Dalam hal ini, pertahanan
bergantung kepada ketahanan. Setiap warganegara dimestikan mempertahankan diri masyarakat dan negara daripada serangan musuh
3. Etika Peperangan :
Etika peperangan tamadun Eropah tidak menekankan nilai-nilai moral dan akhlak.
3. Matlamat Peperangan :
Matlamat peperangan di Barat adalah berbeza-beza mengikut peringkat.
Pada zaman gelap - peperangan sering berlaku di kalangan golongan bangsawan kerana ingin menguasai wilayah-wilayah yang dimiliki oleh
golongan bangsawan yang lain. Pada zaman tersebut tanah merupakan punca
kekayaan.Peperangan yang berlaku di antara raja dengan golongan
bangsawan pula adalah disebabkan oleh raja mahu mengurangkan kuasa
golongan bangsawan. Pada zaman moden awal pula, di Eropah peperangan
merupakan perkara yang penting. Ini membawa kepada berlakunya Perang
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
19
Salib di antara orang-orang Kristian dengan orang-orang Islam untuk
mempertahankan tanah suci Jurusalern. Matlamat peperangan di Eropah pada
zaman moden pula, menjelang abad ke-16 Masihi adalah untuk
mengukuhkan kedudukan clan imej sesebuah negara. Implikasinya
peperangan merupakan satu perkara yang biasa di antara negaranegara
bangsa.
Tamadun Islam : ( 10M – impression )
1. Pengertian Ketahanan :
Ketahanan umat Islam yang utama terletak pada akidah dan syariah. Dengan kemantapan akidahlah, pada peringkat awal umat Islam yang berjuang telah
mencapai kemenangan yang gemilang. Ketahanan dalam Islam juga
merangkumi aspek fizikal termasuklah jasmani, persiapan alat senjata atau
kelengkapan perang. Di samping itu Islam juga menekankan kepada ilmu,
sama ada ilmu ketenteraan atau ilmu agama.
2. Pengertian Pertahanan :
Sementara itu pengetian pertahanan dalam Islam merujuk kepada langkah
kedua yang berbentuk praktikal bagi melaksanakan dasar-dasar ketahanan untuk membendung kehormatan dan keutuhan agama, masyarakat, dan
negara. la juga merangkumi langkah bagi membela mereka yang lemah atau
golongan yang dizalimi. Dalam hubungan ini, setiap individu muslim wajib
mempertahankan diri, agama, masyarakat, dan negara jika diancam oleh
pihak musuh
3. Etika Peperangan :
Islam juga telah menetapkan etika dan peraturan ketika berperang. Antaranya
ialah larangan membunuh kanak-kanak, orang tua, wanita ahli ibadat,
melancarkan peperangan selepas menyeru pihak musuh kepada Islam dan
memberi pilihan membayar jizyah serta tidak menyiksa tawanan perang.
Etika-etika ini jelas menunjukkan matlamat peperangan dalam Islam adalah
untuk mewujudkan perdamaian dan bukannya menimbulkan permusuhan.
.
4. Matlamat Peperangan :
Setiap individu Muslim wajib mempertahankan diri, agama, masyarakat, dan
negara jika diancam oleh pihak musuh.
Kesimpulan : ( 2M )
Peperangan dalam Islam lebih mementingkan aspek akhirat.Manakala dalam tamadun
Barat ia lebih menekankan kepentingan duniawi.Islam menjadikan maslahat duniawi
hanya sebagai alat bagi menegak dan memelihara agama disamping membela ummah
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
20
7. Jelaskan konsep ketuhanan dan keagamaan secara perbandingan antara
pandangan Arab Jahiliah dengan pandangan Islam.
Pendahuluan : ( 3M )
1. Pengertian Jahiliah..
2. Kedatangan Islam.
Isi : ( 20M )
Konsep Ketuhanan Orang Arab Jahiliah. ( 5 X 2M = 10M )
1. Agama Wathani adalah agama ciptaan manusia menjadi agama utama kepada orang-orang Arab jahiliah. Ada beberapa cara anutan dikalangan mereka,
iaitu:
1.1 Penyembahan Berhala
Orang Arab jahilian menyembah berhala terdapat sebanyak 360 buah
berhala di sekeliling kaabah. Diantara yang terkenal ialah Al-Latta, Al-
Uzza dan Al-Manat (tiga orang puteri tuhan. Burnagat (Tuhan yang
membawa kebaikan), jahanam (tuhan pembawa kecelakaan ) Hubal
(tuhan yang menyerupai manusia) widdah (berbentuk wanita) Yaghus
(berbentuk lembu jantan atau singa) Yang (berbentuk kuda) dan
sebagainya.
1.2 Penyembahan Cakerawala
Mereka menyembah matahari, bulan, bintang dan sebagainya. Mereka percaya bahawa cakrawala sebagai sumber segala kehidupan dan
kuasa. Matahari untuk kegiatan hidup di siang hari, bulan untuk perjalanan pada waktu malam dan membolehkan ternakan makan. Dan
bintang untuk pedoman perjalanan pada waktu malam.
1.3 Polidemonisme atau penyembahan jin dan dewa-dewa.
Agama ini diamalkan oleh mereka yang mengamalkan ajaran sihir.
Ada juga antara mereka menyembah malaikat yang dianggap
berjantina lelaki dan perempaun. Mereka dianggap sebagai perantaran
( Al- Quraan, Surah 43 : ayat 19 )
1.4 Majusi ( Zoroster)
Agama ini berasal dari Parsi yang mempunyai dua tuhan iaitu tuhan
baik dan tuhan jahat. Penganutnya mempercayaai bahawa api
mempunya dua konsep iaitu api sebagi penerang dan api sebagai
pemusnah.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
21
1.5 Penyembahan Tuhan Padang Pasir
Penganutnya dikenali sebagi ahl al- saf. Mereka berjalan – jalan di
tengah padang pasir pada waktu malam dengan membawa api sambil
bergendang dan bernyanyi – nyanyi sesama mereka.
1.6 Animise
Penganutnya menyembah objek yang dianggap ganjil dan yang
membawa untung atau yang menggerunkan di persekitaran mereka
seperti batu – batan, pokok – pokok besar, air, api, binatang, padang
rumput dan lain – lain lagi.
1.7 Kepercayaan Tahyul
Kepercayaan ini berhubung kait dengan ketuhanan, penyembahan dan
suci antaranya: a. mempercayaai tangkal azimat.
b. Roh orang yang mati menjadi seekor burung. c. Mempercayaan binatang yang melintas di tengah – tengah
perjalanan, kalau ke kanan membawa kebaikan, kalau ke kiri
membawa kecelakaan.
d. Mengikat tali pada mana – mana pokok. Jika ikatan tersebut terurai
sekembalinya suami dari perantauan, ini menandakan bahawa
isterinya telah berlau curang.
e. Mengorbankan anak perempuan yang merupakan perbuatan yang mulia.
f. Percaya kepada ahli nujum dan tukang tenun. g. Percaya kepada nasib dan sihir.
h. Membuat keputusan melalui anak panah (al-Azlam) yang diletakkan berhampiran dengan al-Hubal.
1.8 Orang Jahiliah menganggap apa sahaja yang boleh memberi
keuntungan dan manafaat kepada mereka berhak disembah. Mereka
menyembah pelbagau tuhan benbentuk pelabagi objek kebendaan atau
tahyul.
1.9 Agama Yahudi.
Agama kitab yang dianuti di Tanah Arab, ajaran disampaikan oleh
Nabi Musa a.s melalui kitab Taurat. Penganut agama tahudi terdapat di
Madinah, Khaibar, Yaman, dan Taima’. Penganut Yahudi menyeleweng isi Kitab Taurat dan menganggap agama Yahudi untuk
mereka sahaja.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
22
1.10 Agama Nasrani ( Kristian )
Agama ini dikenali sebgai agama masehi bersempena gelaran al-Maseh
yang diberikan kepada nabi Isa a.s. Berasal daripada Palestin dan
berkembang di Najran, Ghassan dan Tadmur. Kitab agama Nasrani
ialah Kitab Injil. Isi kandungan Injil telah diubah suai oleh pendeta-
pendeta Nasrani dab mewujudkan konsep Triniti dalam agama
Nasrani.
1.11 Agama Hanif
Agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, tidak mempunyai kitab
tetapi hanya mempunyai suhuf. Penganut agama ini dikenali sebagai Hunafa. Amalan agama ini bersembahyang, puasa dan mengerjakan
Haji
Kepercayaan agama yang diselewengkan ini berakhir dengan kebangkitan
Rasullah s.a.w.
Konsep Keagamaan Menurut Pandangan Islam. ( 5 X 2M = 10M )
Terdapat dua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w
1. Di Mekkah :
Ajarannya berbentuk Tasyri Kulli ( ajaran secara umum ) sebagaimana yang
termaktub di dalam al – quraan melalui surah – surah Makkiayah sebayak 93
surah. Ia menyentuh mengenai Hablum Minallah ( Hubungan antara Hamba
dengan Allah ) iaitu berhubung dengan akidah, keimanan, akhlak dan
peribadatan.
2. Di Madinah :
Ajarannya berbentuk Tasyri’ Juz’i (ajaran secara umum), sebagaimana disebut di dalam 21 surah Madaniyyah. Ia menerangkan persoalan Hablum Minanas (
Hubungan antara individu, manusia dengan individu yang lain ) iaitu berhubung dengan kenegaraan, ekonomi, kemasyarakatan dan lain – lain lagi.
Aspek-aspek Ajarannya pula menyangkuti :
Aspek Akidah:
1. Tauhid : mengesakan Allah s.w.t sebagai tuhan yang berhak disembah,
memiliki segala sifar kesempurnaan, berkuasa mencipta alam semesta. Dengan
sendirinya menolak segala ajaran anthropomorphisme iaitu segala bentuk
penyembahan berhala dan penyamaan tuhan dengan makhlukNya.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
23
2. Mempercayaai rukun iman, beriman kepada allah, kepada Malaikat kitab –
kitab Allah, para Rasul, hari kiamat dan Qada dan Qadar yang telah
ditetapkan oleh Allah.
3. Mempunyai tanggungjawab terhadap amalan sendiri. Mempercayaai bahawa
syurga adalah tempat kediaman di akhirat nanti bagi mereka yang mematuhi
perintah Allah dan negara yang tidak mematuhi peraturan Allah.
4. Perkara – perkara selepas mati : mempercayaai adanya alam barkhzah (kubur)
hari nisab, hari kiamat, titian siratul mustaqim, nikmat dalam syurga dan lain-
lain lagi. Di dalam ajaran islam ini, umat islam boleh terus beribadat kepada
Allah dengan mendirikan sembahyang lima wakyu sehari semalam. Semua
bentuk penyembahan dilarang melakukan perantaraan.
Aspek Syariah :
1. Ajaran ini membezakannya dengan ajaran-ajaran jahiliah kerana ia
membentuk cara hidup sendiri melalui syariah. Syariah yang merupakan
undang atau tatacara bagi manusia hidup sementara di bumi ini. Di dalam syariah terdapat pelbagai bentuk peraturan yang diturunkan oleh Allah melalui
wahyuNya kepada Rasullah s.a.w. hanya mengamalkan peraturan dan undang-undang ini sahaja yang terselamat dari kesesatan di dunia dan beroleh
keberuntungan di akhirat kelak.
Aspek Akhlak.
1. Ajaran ini tidak lengkap tanpa peraturan berhubung dengan akhlak di
dalamnya terdapat peraturan yang menegah umat Islam khasnya dan umat manusia amnya supaya tidak melakukan kejahatan dan tidak
berperikemanusiaan seperti merompak, mencuri, membunuh, menyakiti hati jiran, berzina dan sebagainya. Dengan melaksanakan tiga aspek ajaran Islam
ini sahaja, barulah umat Islam secara individu atau masyarakat boleh dianggapkan beriman kepada Allah, rasul Nya dengan sebenar – benarnya.
Aspek – aspek ini telah membezakan keagamaan setiap penganut Islam dengan keagamaan orang – orang Jahiliah sebelum Islam.
Kesimpulan : ( 2M )
Orang Arab jahiliah tidak mempunyai peraturan hidup yang jelas, hanya menutut
nafsu semata-mata. Allah telah menurunkan agama Islam senagai agama kepada manusia seluruhnya.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
24
8. Huraian kepentingan Sahifah Madinah dalam pemerintahan dan pentadbiran
negara kota Madinah.
Pendahuluan : ( 3M )
1. Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan
penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri
dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar (Golongan Penolong)
dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar Muhajirin
(golongan Pendatang). Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada
beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.
2. Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat
perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam
negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.
3. Piagam Madinah berbeza dari tulisan-tulisan peraturan pemerintah sebelum
ini, kerana perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w
untuk diterima pakai oleh rakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini
merupakan satu undang-undang tertinggi di Madinah, selain itu Al-Quran, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia berlainan
dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan perlembagaan di negara itu. Piagam Madinah tidak seperti dokumen
Shuking oleh Confucious yang merupakan buku teks untuk kanak -kanak raja. Ia juga bukan seperti dokumen Artha Sastera yang dianggap sebagai peraturan
pemerintahan pada zaman Chandra Gupta Mauriya, yang hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anak-anak raja waktu itu.
4. Aspek utama Piagam Madinah.
Isi-isi : ( 7 X 3M = 21M )
Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai beberapa peruntukan berhubung
dengan perkara-perkara berikut:
1. Penerimaan Rasullah s.a.w sebaagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan
kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana
penduduknya terdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk
memutuskan apa – apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah –
masalah yang timbul dari masa ke semasa.
2. Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak
bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya
mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autority terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah sebagai Ketua hakim yang akan
memutuskan hukumaan terhadap kesalahan-kesalahan di luar bidang kuasa ketua-ketua kaum berkenaan.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
25
3. Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara
aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah
membantu dan berpihak kepada musuh-musuh Islam.
4. Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku
bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.
5. Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua
penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh
orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum
Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah.
6. Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah.
Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islams ecara beransur-ansur telah menguasai
ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.
7. Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan
keselamatan negara.
8. Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh
membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka
diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama dengan
orang Islam.
9. Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-
penganut agama lain.
10. Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam
bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti
orang-orang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini
semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam.
11. Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf
kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan
Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini,
ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi.
12. Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana
pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah
dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam
Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
26
13. membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan
berkerjamasa dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.
Kesimpulan : ( 2M )
1. Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.
2. Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama
di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya,
yang memerintah dunia selama tujuh abad.
3. Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana – mana piagam Islam
yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
27
9. Huraikan Perkembangan Institusi Wazir pada Zaman Kerajaan Abbasiyah.
Pengenalan : ( 3M )
1. Kalimah wazir (menteri) membawa erti pembantu yang menjalankan urusan
pentadbiran atau kuasa eksekutif bagi sesebuah negara telah dikenali dalam
hampir semua tamadun manusia. Di zaman Rasullah s.a.w dan Khalifah Ar – Rashidin, walaupun pemakaian istilah wazir ( menteri) tidak dikenali secara
rasmi, namun Baginda Rasullah s.a.w dan khalifah al-Rasyidin bermesyuarat dan memberikan tugas-tugas tertentu bersifat pentadbiran kepada kalangan
sahabat-sahabatnya.
2. Penggunaan wazir (menteri) dalam sistem pentadbiran Islam hanya pada zaman Khalifah Abbasiyah. Bahkan pada zaman Abbasiyah sendiri,
pemakaian sistem wazir telah bermula sebelum kejayaan pemberontakan
Abbasiyah yang terawal iailah Abu Salamah al – Khallal, diikuti oleh Khalid
bin Barmak dan lain – lain. Ada pendapat yang mengatakan bahawa
pemakaian sistem wazir dalam pemerintahan Abbasiyah sebagai membuktikan
pengaruh Parsi yang besar dalam kejadian itu. Ini disebabkan oleh kalangan
bangsa Parsi yang telah menjadi pendorong terkuat dalam pemberontakan
Abbasiyah dan pembinaan kerajaan dan pembangunannya.
Isi-isi : ( 7 X 3M = 21M )
1. Setelah pemberontakan Abbasiyah berjaya menamatkan kerajaan Islam
pimpinan bani Umaiyyah dan berjaya mendirikan kerajaan, ciri
pentadbirannya banyak dipengaruhi oleh sistem Parsi kerana bangsa itu menjadi pendokong terkuat kerajaan Abbasiyah sebagai tindak balas terhadap
Umaiyyah yang mengutamakan orang – orang Arab dalam pemerintahannya.
2. Pemerintah Abbasiyah yang beribu kota di Baghdad mentauliahkan seorang yang baik, berpengalaman dan terlatih bagi menjalankan urusan pentadbiran
atau diberi kuasa eksekutif bagi pihak khalifah. Wazir (menteri) yang diberikan kuasa ini bertanggungjawab bagi semua urusan negara.
3. Jawatan wazir atau menteri yang dilantik ini sama ada bertaraf Wazir Tafwidh
atau Wazir Tanfiz. Apa yang dimaksudkan dengan wazir Tafwidh ialah
seorang wazir yang diberikan kuasa yang tidak terbatas hingga ia
bertanggungjawab dalam menentukan dasar dan melaksanakan pentadbiran.
Wazir Tafwidh selalunya seorang sahaja. Manakala Wazir Tanfiz pula
diberikan kuasa yang terbatas dalam aspek perlaksanaan dan dalam banyak hal
ia dikehendaki merujuk kepada khalifah yang bertindak sebagai penggubal
dasar pemerintahan negara. Bagi Wazir Tanfiz jumlah yang dibenarkan agak
ramai seolah-olah bertaraf kementerian di bawah pimpinan khalifah. Dengan
kedudukan wazir Tanfiz ini seolah-oleah mereka ini adalah pengantara antara
rakyaat dengan khalifah.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
28
4. Sebagai contoh yang dijelaskan oleh Al-Iman al-Mawar di dalam kitabnya
Ahkam al Sultaniah bahawa Wazir Tafwidh berhak menjalankan tindakan
berikut secara bebas tanpa merujuk kepada khalifah. Anatarnya:
a. Menentukan urusan berkaitan peperangan dan mengendalikan kes-kes
al Mazlim ( aduan ).
b. Hak-hak mentauliahkan dan melantik pegawai-pegawai tinggi dalam
kerajaan.
c. Mengendalikan dan bertanggungjawab dalam kewangan negara.
d. Mengurus dan bertanggungjawab dalam urusan ketenteraan.
Dalam bidang seperti di atas kuasa bagi Wazir Tanfiz adalah terbatas dan
dikehendaki merujuk kepada khalifah sebagai penentu dasar.
5. Berdasarkan kedudukan wzir Tafwidh yang mempunyai kuasa pentadbiran yang lebih luas telah menyebabkan syarat-syarat bagi melantik ke jawatan
Wazir Tafwidh adalah seperti syarat-syarat perlantikan khalifah dan ia hendaklah beragama Islam. Manakala bagi Wazir Tanfiz pula boleh dilantik
dikalangan bukan penganut Islam.
6. Di Andalus pula, corak dan sistem wazir (menteri) berbeza di mana
pentadbiran Islam di Andalus dijalankan oleh Jemaah menteri. Contohnya bagi
urusan kewangan seorang wazir yang dikenali sebagai wazir almal. Bagi
pelaksanakan undang-undang dan pengadilan, ada seorang menteri. Bagi
urusan luar, terdapat seorang wazir, bagi urusan ketenteraan dan hal ehwal
keamanan dan pertahanan seorang wazir yang lain pula dilantik.
7. Jemaah Menteri dalam pentadbiran kerajaan Islam di Sepanyol diketuai atau dipimpin oleh seorang yang menggunakan istilah Hajib. Jawatan Hajib di
dalam Islam di Sepanyol seperti kedudukan Ketua Menteri atau Perdana Menteri dalam pentadbiran moden hari ini.
8. Hakikatnya jawatan hajib sebenarnya wujud juga dalam sistem pentadbiran di
Baghdad atau dalam kerajaan Abbasiyyah. Apa yang membezakan antara
keduanya ialah Hajib di Baghdad hanya sebagai pegawai protokol istana
sahaja. Manakala dalam kerajaan Bani Umaiyyah di Sepanyol ialah
pengantara Khalifah dan Jemaah Menteri atau dapat disifatkan sebagai Ketua
Menteri.
Kesimpulan : ( 1M )
1. Berasaskan penjelasan di atas nyata terdapat perbezaan antara sistem menteri dalam Kerajaan Abbasiyah dan Umaiyyah. Perjalanan pentadbiran di Sepanyol berjalan
berdasarkan Jemaah Menteri. Manakala sistem pentadbiran kerajaan Abbasiyah pula kadang-kadang berjalan dalam bentuk sistem Wazir Wazir Tafwidh iaitu mengenal
seorang menteri terkadang-kadang sebagai bertaraf Wazir Tanfiz yang berkemungkinan dijalankan oleh lebih dari seorang Ketua Menteri.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
29
2. Demikian juga jemaah menteri dalam sistem pentadbiran di Sepanyol, ia merupakan
pengantara antara Khalifah dan Jemaah Menteri yang dipimpin oleh Hajib yang
bertindaak sebagai Ketua Jemaah Menteri. Sedangkan jawatan hajib di baghdad
merupakan pegawai protokol dalam Istana Khalifah sahaja yang sifatnya lebih rendah
dan umum berbanding Hajib di Sepanyol.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
30
10. Huraikan organisasi ketenteraan Islam pada zaman pemerintahan Nabi
Muhammad SAW sehingga zaman Bani Abbasiyah.
Pengenalan : ( 3M )
1. Konsep Ketahanan
2. Konsep Pertahanan
3. Latar belakang kepimpinan ketenteraan Nabi Muhammad SAW.
4. Konsep Organisasi Ketenteraan.
Isi-isi : ( 4 x 5M = 20M )
1. Sistem Pengerahan Tentera dan Daftar Tentera :
Pada zaman Nabi Muhammad dan Khalifah Abu Bakar tiada organisasi sosial
yang khusus. Organisasi ketenteraan terbentuk apabila diperlukan. Tentera
berperang secara sukarela dan jihad contoh Perang Badar. Zaman Khalifah
Umar al-Khattab perkenalkan daftar tentera kepada dua bahagian iaitu tentera
sukarela dan tentera sepenuh masa. Manakala pada zaman Bani Umayyah dan
Bani Abbasiyah, sistem pengerahan berubah dan tentera telah ditawarkan
ganjaran dan dibayar gaji.
2. Jenis Tentera :
a. Tentera Islam kebanyakannya terdiri daripada tentera darat sahaja.
Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab jalan laut telah digunakan
untuk tentera-tentera laut walaupun pada ketika itu potensi tentera laut
kurang terutamanya selepas kekalahan mereka di Tawus yang telah
mengorbankan ramai tentera laut Islam. Tentera laut masih diteruskan
juga pada zaman Khalifah Uthman dan Bani Umayyah pada zaman
pemerintahan Muawiyah yang telah melancarkan ekspedisi ketenteraan
laut menentang Byzentine dan Constantinople pada 54H.
b. Tentera laut terbahagi kepada dua bahagian iaitu tentera Laut
Mediterranean yang menggunakan kapal-kapal besar berpaku dan Laut
Merah dan Laut India yang menggunakan kapal-kapal kecil tanpa besi
dan berpaku.
3. Gaji Tentera :
a. Zaman Nabi Muhammad SAW tentera berjihad dan tidak dibayar gaji.
Zaman Khalifah Umar Al-Khattab telah memperkenalkan pembayaran
gaji dan elaun kepada para tentera setelah penubuhan Diwan Tentera
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
31
b. pada tahun 20H.Contoh Lelaki Muhajirin dan Ansar menerima dua
hingga lima ribu dirham setahun. Tentera junior pula menerima 1500
hingga 2000 dirham setahun.
c. Pada zaman Bani Umaiyah purata gaji ialah 1000 dirham setahun
termasuk elaun keluarga dan elaun tambahan pada zaman
pemerintahan Yazid sebanyak 100 dirham.
d. Zaman Bani Abbasiyah, pembayaran gaji sebanyak 960 dirham
setahun dan harta rampasan perang diberikan kepada tentera pejalan
kaki, manakala tentera berkuda menerima sekali ganda kerana mereka
terpaksa menanggung kos pembiayaan kuda.
4. Alat Kelengkapan Perang :
a. Alatan senjata yang digunakan semasa zaman Nabi Muhammad SAW
yang diperbuat dari kayu dan telah dicelup dengan cuka dengan tujuan
kalis api dan pada zaman Bani Abbasiyah pula penggunaan kereta
kebal Bani Abbasiyah seperti tombak,panah,pedang, manjaniq dan
dabbabah.
b. Kuasa semula jadi seperti angin yang kuat merupakan senjata seperti
dalam Perang Khandak dan Hunain
c. Penggunaan kuda semasa serangan secara mengejut kerana lebih
tangkas dan sifat seekor kuda yang sabar dan tahan panas.
5. Komposisi Tentera :
a. Penyusunan tentera terawal adalah al-saf , setiap barisan mempunyai
100 hingga 1000 orang tentera semasa zaman Nabi Muhammad SAW.
Contoh Perang Badar diketuai oleh Nabi Muhammad SAW, jumlah
tentera seramai 313 orang dan dibahagikan dua barisan iaitu barisan
hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan belakang
pula bersenjatakan panah dan perisai.
b. Pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib, sistem kurdus atau Karadis
(pasukan) digunakan dalam penyusunan tentera Islam yang
mengandungi 300 hingga 600 orang.
c. Pada zaman Bani Umaiyah pasukan tentera diketuai oleh komander
atau al-Amir yang mempunyai 50 hingga 100 orang tentera.
d. Pada zaman Bani Abbasiyah tentera Islam terbahagi kepada lima
bahagian iaitu tentera berkuda (al-Fursan), tentera berjalan kaki (al-
harbiyah),tentera menembak (al-naqqaabun),tentera pemanah (al-
ramiyah) dan tentera bola api (al-ghilman).
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
32
Kesimpulan : ( 2M )
1. Struktur dan organisasi ketenteraan yang sesuai dan berkesan membawa
kejayaan.
2. Memperlihat kewibawaan Nabi Muhammad SAW perintis sebagai seorang
pemimpin ketenteraan dan perangcang taktik dan strategic perang.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
33
11. Huraikan Sistem Pendidikan Islam Di Timur Tengah dan Pengaruhnya
Terhadap Sistem Pendidikan Islam Di Alam Melayu.
Pendahuluan : ( 3M )
1. Pendidikan Islam adalah wahana terpenting untuk meneruskan kesinambungan
budaya dan tradisi keilmuan Islam di dalam sesebuah masyarakat.
2. Pendidikan Islam amat berharga kerana ia boleh mempengaruhi pembentukan generasi Islam yang akan datang.
3. Institusi pendidikan islam bermula di rumah dan masjid – masjid pada wala
Islam, kemudiannya ditubuhkan Baitul – ‘ilm, al – Madrasah al – Baihaqqiyah di Naisabur dan Madrasan Nizammiyyah di Baghdad pada tahun 1067 Masihi
sebagi institusi pengajian tinggi Islam. Sebagi kemuncak perkembangan
institusi pendidikan Islam ialah dengan tertubuhnya Universiti Al – Azhar
359H ( 980 M ).
4. Terpengaruh dari sistem pendidikan Islam di Timur Tengah, pengajian
berbentuk Halaqah, pondok dan pesantren lahir di Alam Melayu.
Isi-isi : ( 20 M )
Konsep : ( 2 X 2M = 4M )
1. Menurut Ibnu Khaldun, antara matlamat pendidikan Islam ialah :
a. Mempersiapkan seseorang dari segi keagamaan, iaitu mengajarnya syair – syair agama menerusi Al – Quraan dan Al – Sunnah. Melalui
kaedah sedemikian potensi iman dapat diperkukuhkan, sebagaimana halnya dengan potensi – potensi lain sekiranya telah menajdi darah
daging ia boleh menjadi fitnah. b. Memperlengkapkan akhlak manusia.
c. Memperlelengkapkan sosio – budaya manusia. d. Memperlengkapkan seseorang dengan asas kemahiran prosfesional
atau pekerjaan.
e. Mempertingkatkan daya pemikiran seseorang kerana dengan tahap
pemilihan yang tinggi seseorang itu dapat membuat berbagai – bagai
pekerjaan dan menambah lagi daya kreativitinya.
f. Membekalkan seseorang dengan kemahiran kesenaian, termasuk
muzik, syair, khat, seni bina dan lain – lain lagi.
2. Antara prinsip – prinsip pendidikan Islam ialah untuk :
a. memahami penciptaan manusia dan mahkluk seluruhnya, iiatu
mengenal Allah sebagai pencipta dan yang lain semuanya adalah
mahkluk Allah.
b. Memahami sumber ilmu yang diakui sebagai benar dalam Islam.
c. Memahami martabat ilmu dalam Islam.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
34
d. Menjurus kepada pembiaan tiga fakulti manusia, iiatu akal ( minda )
roh ( kerohanian, dan jasad ( jasmani ) dalam pengisian ilmu .
e. Memiliki dan mengembangkan ilmu berasaskan kepada tauhid.
Perkembangan pendidikan Islam Di Timur Tengah: ( 4 X 2M = 8M )
3. Sejarah perkembangan pendidikan Islam melalui beberapa proses mengikut
perubahan masa. perkembangan adalah seperti berikut:
a. Pada zaman awal Islam, penddikan agama disampaikan di rumah –
rumah perseorangan. Rasullah s.a.w menjadikan rumah al – Arqam bin
Al – Arqam sebagai tempat belajar, selain itu sebagai tempat markas
dakwah. Di rumah itu baginda menyampaikan dasar – dasar Islam dan pengajian Al – Quraan. Di samping rumah Al – Arqam, baginda
menyampaikan pendidikan agama di rumahnya sendiri sebagai tempat kaum muslimin berhimpun mempelajari akidah dan syariah Islam. Dar
Al – Arqam adalah sekolah pertama dalam Islam, mankala Rasullah s.a.w sebagai guru dan pendidik pertama.
b. Selepas baginda Rasullah s.a.w berhijrah ke Madinah pada tahun 622
masihi, masjid – masjid didirikan sebagai rumah ibadahdan
penyebaran islam. Di Madinah, Rasullah s.a.w menjadikan masjid
Nabawi sebagai tempat belajar. Struktur pengajian di masjid Nabawi
ini adalah tidak formal. Kemudian surau yang diberikan nama al –
Suffiah didirikan bersambungan dengan masjid Nabawi. Di sinilah
Rasullah s.a.w mengajar umat Islam memahami agama Islam secara formal, di samping melatih beberapa orang sahabat terkemuka untuk
menjadi guru mengajar pelbagai matapelajaran. Antara guru yang dilantik mengajar al – Suffiah ialah Abdullah bin
Rawahah, Ubadah bin Samit dan Ubaidah Al – Jarrah. Antara matapelajaran yang diajar ialah Al – Quraan, akidah Islam, hukum
Islam, seni Khat, sejarah, menunggang kuda, memanah dan bahasa
asing. Pengetahuan yang diajar di sini merangkumi pendidikan rohani
dan jasmani.
c. Pada zaman Khulafah Ar – Rashidin, banyak masjid – masjid didirikan
untuk menjadi pusat kegiatan masyarakat, termasuk menjadi tempat
ibadat dan pendidikan Islam. Pada masa ini para sahabat meneruskan
tugas Rasullah s.a.w sebagai pendakwah dan guru telah berkhidmat
secara sukarela sebaga guru atau pendidik. Antara mereka ialah
‘Aisyah yang mengajar di Masjid Madinah: Abdullah bin Abbas di
masjid Makkah; Abdullah bin Masud di masjid Kufah: Abu Musa Al – Asy’ari di masjid Basrah dan Abu al – Darda’ di masjid Damsyik.
d. Pada zaman kerajaan bani Umaiyyah, para sahabat dan tabiin pula
membuka banyak pusat pengajian Islam di masjid – masjid di seluruh negara Islam. Matapelajaran yang diajar ialah ilmu Tafsir, Hadis, Fiqh,
bahasa dan kesusasteraan Arab dan lain – lain.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
35
e. Pada zaman kerajaan Abbasiyyah, perkembangan penddiikan telah
mencapai kemajuan yang paling tinggi dalam pengajian Islam. Selain
masjid didirikan juga pusat – pusat pendidikan yang lain untuk
mempelajari ilmu agama dan ilmu – ilmu yang lain seperti matematik,
kimia, fizik, astronomi, logik, falsafah, bahasa kesusasteraan Arab dan
lain – lain lagi. Kursus pengajian dibahagikan kepada tiga peringkat
iaitu permulaan, menengah dan pengkhususan ( kepakaran ).
Untuk pendidikan di peringkat permulaan kuttab ( pondok ) didirikan
sebagai institusi pengajiannya. Institusi ini menyediakan pendidikan
kepada kanak – kanak. Kuttab ada didirikan bersambungan dengan
masjid dan ada juga berasingan di seluruh negara. Antara
matapelajaran yang diajar di Kuttab ialah Al – Quraan, Al – Hadis, Khat, tatabahasa Arab, dan sejarah.
4. Perkembangan pendidikan Islam melalui sistem persekolahan bermula
pada akhir abad keempat Hijar setelah penduduk – penduduk Naisabur menubuhkan al – Madrasah al Baihaqiyyah. Kemudiannya diikuti oleh
Nizam al – Mulk ( 485 H ) yang mendirikan institut Nizamiyyah di Naisabur dan baghdad. Kerajaan Ayyubiyyah dan mamlik
kemudiannya menubuhkan sekolah – sekolah di seluruh daerah yang
ditakluki oleh mereka.
5. Untuk menyokong perkembangan sistem pendidikan Islam, para ulama
telah mengarang pelbagai buku mengikut pengkhususan para sarjana
dan penuntut di Institusi pengajian rendah dan tinggi. Bagi memudahkan buku – buku dibaca dan ditelaah, pihak pemerintah
dengan pusat – pusat pengajian berkenaan telah menubuhkan beberapa perpustakaan yang diletakkan berhampiran dengan pusat – pusat
pengajian berkenaan. Antara perpustakan yang termasyhur pada zaman kegemilangan Islam ialah;
a. Baitul Hikmah : Perpustakaan terawal ini dibina oleh Harun Al
– Rasyid. Allah Al – Syuibi telah dilantik menjadi penyalin
buku bagi Al – rasyid dan al – Ma’mundi baitul Hikmah dan
Abu Shal al – fadl bin Nawbakht pula dilantik sebagai
pentyerjemah buku di bawah al – Rasyd di perpustakaan ini. Di
sini terdapat pelbagai koleksi buku berbagai – bagai bidang
ilmu pengetahuan.
b. Perpustakaan Haidani : Di Najaf, terletak berhampiran dengan
perkuburan khalifah Ali yang masih ada sehingga sekarang.
c. Perpustakaan Abu Ali bin Sawar di Basrah. Sebuah lagi
perpustakaan Abu Ali ialah di Ram Hurmuz. Seorang Ulama juga dilantik di perpustakaan ini mengajar ilmu agama.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
36
d. Khizanat Sabur ( Dar al – ‘ilm ) pula didirikan oleh Abu Nasr
Sabur bin Ardasyir ( 416 H ) pada tahun 381 H di Baghdad.
Beliau adalah perdana menteri kerajaan Buwaih. Terdapat
e. seratus naskhah Al – Quraan yang ditulis oleh Banu Muqlah
dan sebanyak 10.400 jilid buku yang ditulis tangan disimpan di
sini.
f. Perpustakaan separuh awam terdapat di sekolah Nizamiyyah di
baghdad dan di sekolah al – Mustansiriyyah pada zaman
pemerintahan Abbasiyyag di Baghdad.
g. Perpustakaan separuh awam juga didirikan oleh khalifah –
khalifah dan raja – raja antaranya ialah perpustakaan ‘Adud al – daulah di Syiraz dan perpustakaan Sanianid yang pernah
dikunjungi oleh Ibu Sina, eorang ahli falsafah Islam terkenal. Keahlianperpustakaan jenis ini hanya dikhaskan kepada orang
yang berpangkat dan terkenal sahaja.
6. Sejarah perkembangan sistem pendidikan Islam di Timur Tengah dan pengaruhnya di Alam Melayu adalah seperti berikut : ( 4 X 2M = 8M )
a. Perkembangan institusi pendidikan islam di rumah, masjid, kuttab
( pondok ) dan sekolah telah tersebar ke seluruh dunia Islam bersama
– sama dengan perkembangan agama Islam ke kawasan – kawasan
berkenaan. Perkembangan sistem penddiikan ini telah menjalar
sehingga ke Timur termasuk Alam Melayu. Struktur dan kurikulum pengajian Islam dan institusi – institusinya yang adadi kawasan –
kawasan ini adalah sama dengan yang wujud di negari – negari Arab di Timur Tengah.
b. Di Acheh, struktur pengajian Islam seperti ini telah wujud sejak zaman
awal kedatangan Islam lagi. Antara pelopor pengajian Islam ini ialah
wali Songo dan para ulama yang lain. Menurut kebiasaan kaum
muslimin apabila kanak – kanak mereka mencapai umur tujuh tahun,
mereka akan dihantar ke surau untuk mengaji Al – Quraan, ibadat,
tauhid dan akhlak. Sistem pendidikan Islam dilihat lebih jelas di
Acheh, apabila kerajaan Islam Acheh di bawah Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam ( 1607 – 1636 M ) telah menyusun sistem pendidikan
secara lebih teratur dengan menubuhkan Munasah dan Rangkang
untuk pelajar – pelajar peringkat rendah dan Jamiat Baitur – Rahman
sebagai sebuah universiti yang setaraf dengan Universiti – universiti di
Timur Tengah.
c. Di Filipina, kanak – kanak yang berumur antara enam hingga sepuluh tahun mula belajar membaca dan menghafaz Al – Quraan di rumah
d. guru yang diadakan di sebelah pagi pada setiap hari. Pembelajaran
sedemikian wujud sehingga sekarang.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
37
e. Di Brunei, sistem pengajian tradisi orang Islam wujud sehingga
diperkenalkan sistem persekolahan moden pada tahun 1908 dan tidak
ada pendidikan Islam di peringkat universiti.
f. Di Singapura, pendidikan tradisional Islam juga wujud sehingga
diperkenalkan sistem persekolhan moden pada tahun 1908 dan tidak
ada pendidikan Islam di peringkat universiti sehingga sekarang di
Singapura.
g. Di Semenanjung Tanah Melayu, struktur pendidikan tradisional Islam
juga wujud sejak Islam bertapak di Tanah Melayu, sebagaimana yang
disebutkan oleh Abdullah Munsyi dalam Hikayat Abdullah dan Kisah
Pelayaran Abdullah.
Kesimpulan : ( 2M )
Apa – apa sahaja yang berkaitan di atas.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
38
12. Bandingkan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi kapitalis yang
diamalkan di Barat.
A. Pengenalan : ( 3M )
� Perkataan ekonomi daripada bahasa Greek bermaksud pengurusan
rumah tangga.
� Menurut Routedge Dictionary of Economy ialah kaedah umum
manusia./individu bekerjasama untuk memenuhi kehendak material
manusia.
� Ekonomi ialah ilmu yang mengkaji pertukaran dan penggunaan bahan/
barang pelbagai dan terhad.
A. Isi : ( 5 X 4M = 20M )
1. Konsep :
� Islam menekankan usaha mencari rezeki yang halal, tanpa
menindas dan kerana Allah. � Barat meletakkan keuntungan material semata-mata
2. Pemilikan Harta :
� Islam menganggap harta kekayaan adalah milik Allah dan
diberikan milik sementara kepada manusia.
� Barat menganggap harta adalah milik individu.
3. Matlamat :
� Usaha mencari rezeki dalam Islam adalah untuk mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.
� Barat-untuk memaksimakan untung, majikan menindas pekerja,
bayar gaji yang rendah dan nafikan hak mereka.
� Barat- untuk kepuasan individu semata-mata.
4. Agihan Kekayaan :
� Islam mensyaratkan kekayaan yang diperoleh bukan untuk
individu semata-mata, malah dikenakan zakat bagi membantu
mereka yang kurang bernasib baik.
� Ekonomi barat meletakkan kekayaan yang diperoleh adalah hak
individu.
Peperiksaan Pertengahan Tahun Selaras 2010
39
5. Ekonomi yang memudaratkan awam :
� Islam mensyaratkan aktiviti ekonomi yang dijalankan bagi
kesejahteraan awam. Akitiviti yang memudaratkan seperti judi,
arak, pelacuran, riba dan sebagainya diharamkan.
� Barat mengiktirafkan kegiatan ini.
6. Kebebasan mencari rezeki :
� Masyarakat Islam bebas mencari rezeki namun kerajaan berhak
campur tangan bagi menjaga kepentingan umum
� Kapitalis menuntut agar tidak campur tangan daripada kerajaan
‘laissez faire’
B. Kesimpulan : ( 2M )
� Sistem ekonomi Islam dan sistem ekonomi kapitalis adalah berbeza kerana ekonomi Islam berdasarkan sunnah dan wahyu sedangkan
kapitalis adalah ciptaan manusia.