jabatan peguam negara malaysia dokumen sebut … filesudut sebelah atas kiri sampul surat itu dengan...

21
SULIT SULIT JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA DOKUMEN SEBUT HARGA PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM BAGI KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN UNTUK KEGUNAAN RASMI DI JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC) TAHUN 2018 No. Sebut Harga : PN/SH/02/2018 Dokumen Sebut harga ini mengandungi 21 mukasurat tidak termasuk lampiran (termasuk Muka Hadapan)

Upload: vothu

Post on 11-May-2019

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SULIT

SULIT

JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA

DOKUMEN SEBUT HARGA

PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM BAGI KUMPULAN PELAKSANA BERKELAYAKAN UNTUK KEGUNAAN RASMI DI JABATAN PEGUAM

NEGARA (AGC) TAHUN 2018

No. Sebut Harga : PN/SH/02/2018

Dokumen Sebut harga ini mengandungi 21 mukasurat tidak termasuk lampiran

(termasuk Muka Hadapan)

SULIT

Mukasurat 2 dari 21 SULIT

BAHAGIAN 1: ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA

1.1 KENYATAAN TAWARAN

1.1.1 Pelawaan Sebut Harga ini adalah terbuka kepada syarikat-

syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Malaysia di bawah kod bidang 020701, 020799, 020801 atau

222401 telah ePerolehan enabled serta masih dibenarkan

membuat tawaran pada masa ini bagi bekalan berikut:

PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM KUMPULAN

PELAKSANA BERKELAYAKAN BAGI KEGUNAAN RASMI DI

JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC) TAHUN 2018

1.2 TAKLIMAT SEBUT HARGA PEMBEKALAN

1.2.1 Taklimat akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti di

bawah:

Tarikh : 13 Mac 2018 (Selasa) Masa : 10.00 pagi Tempat : Bilik Bincang Aras 4

Bahagian Pengurusan Jabatan Peguam Negara No. 45, Persiaran Perdana Presint 4, 62100 Putrajaya

Setiap Penyebut Harga hanya dibenarkan menghantar dua (2)

orang wakil sahaja.

1.2.2 Kehadiran taklimat adalah wajib bagi penyebut-penyebut Harga.

Penyebut Harga yang gagal menghadiri taklimat ini akan

menyebabkan tawaran tidak dipertimbangkan. Penyebut

Harga diminta membawa bersama semasa sesi taklimat borang

berikut:

SULIT

Mukasurat 3 dari 21 SULIT

(a) Borang Pengesahan Kehadiran Taklimat; dan

(b) LAMPIRAN G - Surat Perwakilan Kuasa (jika Penyebut

Harga adalah wakil kepada Syarikat).

1.2.3 Penyebut Harga hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum

mengikuti sesi taklimat tersebut. Dokumen yang perlu diserahkan

di kaunter pendaftaran adalah:

(a) Borang Pengesahan Kehadiran Taklimat; dan

(b) LAMPIRAN G - Surat Perwakilan Kuasa (jika Penyebut

Harga adalah wakil kepada Syarikat).

1.3 SYARAT-SYARAT AM

1.3.1 Penyebut Harga mestilah mempunyai Sijil Pendaftaran

Kewangan di bawah kod bidang 020701, 020799, 020801 atau

222401 yang masih sah dan berkuat kuasa dalam tempoh

tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan.

1.3.2 Mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh serta memiliki

pengalaman.

1.3.3 Penyebut Harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma

yang ditetapkan apabila menyertai Sebut Harga. Kegagalan

mematuhi mana-mana syarat dan terma yang ditetapkan

boleh menyebabkan penyertaan Penyebut Harga ditolak.

1.3.4 Penyebut Harga hendaklah memuat turun (download) semua

dokumen Sebut Harga dan melengkapkan semasa penyerahan

tawaran yang disenaraikan seperti berikut:

SULIT

Mukasurat 4 dari 21 SULIT

(a) LAMPIRAN A – Keterangan Mengenai Penyebut Harga;

(b) LAMPIRAN B – Surat Akuan Penyebut Harga;

(c) LAMPIRAN C – Jadual Harga dan Skop Perkhidmatan;

(d) LAMPIRAN D – Akuan Pembida;

(e) LAMPIRAN E – Akuan Pembida Berjaya;

(f) LAMPIRAN F – Peringatan Mengenai Kesalahan Rasuah;

(g) LAMPIRAN G – Surat Perwakilan Kuasa (dibawa semasa

Taklimat);

(h) LAMPIRAN H – Jadual Spesifikasi Teknikal;

(i) LAMPIRAN I – Senarai Pengalaman Penyebut Harga;

(j) Borang Kehadiran (dibawa semasa Taklimat); dan

(k) LAMPIRAN Q

1.3.5 Kesemua Dokumen Sebut Harga seperti di perenggan 1.3.4 di

atas perlu dicetak dan diserahkan secara manual (hardcopy)

bersama dokumen-dokumen sokongan yang lain iaitu:

(a) Sesalinan Penyata Akaun Bank Bagi Bulan Disember

2017, Januari 2018 dan Februari 2018 yang DIAKUI SAH

oleh PIHAK BANK (wajib);

(b) Salinan Laporan Tahunan Syarikat bagi dua (2) tahun

berakhir (2015/2016/2017) yang telah diaudit oleh

Juruaudit Bertauliah bagi Syarikat Sdn.Bhd./Berhad dan

DIAKUI SAH oleh SETIAUSAHA SYARIKAT (jika ada);

dan

(c) Penyata kewangan bagi sumber kewangan lain, pinjaman

atau Baki Nilai Kemudahan Kredit/Nilai Kemudahan Kredit

Tambahan daripada bank atau institusi kewangan (jika

ada).

SULIT

Mukasurat 5 dari 21 SULIT

1.3.6 Dokumen manual (hardcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam

satu (1) sampul surat yang berlakri (sealed) yang mengandungi

Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal dan ditanda di

sudut sebelah atas kiri sampul surat itu dengan dituliskan tajuk

PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM BAGI KUMPULAN

PELAKSANA BERKELAYAKAN UNTUK KEGUNAAN RASMI

DI JABATAN PEGUAM NEGARA (AGC) TAHUN 2018

dan mencatat No. Sebut Harga PN/SH/02/2018 di atas sampul

surat berkenaan (Maklumat ini wajib diisi. Jika tidak, tawaran

tuan akan terjejas);

dan sampul surat hendaklah dialamatkan kepada:

JABATAN PEGUAM NEGARA

BAHAGIAN PENGURUSAN

SEKSYEN KEWANGAN DAN PEROLEHAN

ARAS 4, NO. 45, PERSIARAN PERDANA

PRESINT 4, 62100 PUTRAJAYA

1.3.7 Penyebut Harga adalah dikehendaki mengemukakan dokumen

dalam dua (2) jilid yang dilabel secara berasingan seperti

berikut:

JILID 1 : CADANGAN TEKNIKAL

JILID 2 : CADANGAN KEWANGAN

1.3.8 Penyebut Harga tidak boleh mencatatkan nama syarikat di

mana-mana pun di dalam Jilid 1 – (Cadangan Teknikal, termasuk

risalah dan softcopy) yang dikemukakan. Kegagalan Penyebut

SULIT

Mukasurat 6 dari 21 SULIT

Harga mematuhi syarat ini boleh menyebabkan tawaran

Penyebut Harga tidak dipertimbangkan.

1.3.9 Penyebut Harga hendaklah memastikan Jilid 1 dan Jilid 2 setiap

satunya diserahkan dalam bentuk berikut:

(a) Satu (1) salinan hardcopy dokumen Jilid 1 yang

ditandakan sebagai “ASAL” berserta tiga (3) salinan

hardcopy yang ditandakan sebagai “SALINAN”.

(b) Satu (1) salinan hardcopy dokumen Jilid 2 yang

ditandakan sebagai “ASAL” berserta tiga (3) salinan

hardcopy yang ditandakan sebagai “SALINAN”.

1.3.10 Kerajaan boleh menolak mana-mana Sebut Harga jika kedua-

dua Jilid 1 dan Jilid 2 dimasukkan ke dalam satu salinan

softcopy atau satu salinan hardcopy.

1.3.11 Sekiranya terdapat sebarang perbezaan atau keraguan di mana-

mana salinan tawaran dokumen Sebut Harga, tawaran dokumen

Sebut Harga softcopy yang terkini akan dirujuk dan digunapakai.

1.4 TARIKH TUTUP PENYERAHAN SEBUT HARGA

1.4.1 Tarikh tutup tawaran sebut harga ialah pada 21 Mac 2018 (Rabu)

jam 12.00 tengah hari.

1.4.2 Tawaran yang lewat dikemukakan tidak akan dipertimbangkan.

SULIT

Mukasurat 7 dari 21 SULIT

1.5 TEMPOH SAH LAKU SEBUT HARGA

1.5.1 Tempoh sah laku cadangan Sebut Harga ini ialah 90 hari

daripada tarikh tutup Sebut Harga.

1.5.2 Dalam keadaan berkecuali, sebelum habis tempoh jangka masa

sah laku Sebut Harga asal, kerajaan boleh meminta tempoh

jangka masa sah laku sebut harga ditambahkan. Permintaan dan

jawapan akan dilakukan secara bertulis.

1.5.3 Penyebut Harga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak

diperlukan atau diminta untuk mengubah dokumen Sebut Harga

yang asal tetapi hanya diminta untuk menambahkan tempoh

jangka masa sah laku dokumen Sebut Harga.

1.6 JAMINAN ATAS SEBUT HARGA

1.6.1 Pendaftaran Penyebut Harga di Kementerian Kewangan adalah

merupakan jaminan ke atas Sebut Harga yang dikemukakan.

Sekiranya Penyebut Harga menarik balik persetujuan setelah Surat

Setuju Terima ditandatangani tindakan yang boleh diambil adalah

seperti berikut:

(a) Menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi

kesalahan pertama;

(b) Menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi

kesalahan kedua; dan

(c) Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.

1.6.2 Syarikat-syarikat yang digantung pendaftarannya tidak akan

dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana Sebut

SULIT

Mukasurat 8 dari 21 SULIT

Harga yang dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan/Badan

Berkanun Kerajaan di seluruh Malaysia.

1.6.3 Bagi semua penggantungan pendaftaran syarikat, nama pengarah-

pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar

akan disenarai hitamkan.

1.7 KEPERLUAN PENYERTAAN SEBUT HARGA

1.7.1 Pihak Kerajaan berhak pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup

penghantaran meminda dokumen Sebut Harga dengan

menyediakan Addendum di atas apa-apa sebab atas inisiatif

sendiri atau atas permintaan penjelasan daripada Penyebut

Harga.

1.7.2 Penyebut Harga diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur

daripada segi komputer, keperluan komunikasi dan internet dan

keupayaan sumber manusia untuk menyertai Sebut Harga dari

lokasi Penyebut Harga sendiri. Kerajaan tidak akan

bertanggungjawab sekiranya berlaku kegagalan infrastruktur di

lokasi Penyebut Harga.

1.7.3 Keputusan Sebut Harga yang dikeluarkan adalah muktamad dan

tertakluk kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan

Malaysia.

1.7.4 Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah

atau mana-mana tawaran. Kerajaan tidak akan melayan

sebarang surat-menyurat yang berupa rayuan dari Penyebut

Harga, sekiranya Sebut Harga mereka tidak berjaya.

SULIT

Mukasurat 9 dari 21 SULIT

1.7.5 Penyebut Harga yang dipilih akan menerima Surat Setuju Terima

daripada Kerajaan.

1.7.6 Penyebut Harga hendaklah mengambil kira kadar fi perkhidmatan

dalam menawarkan harga.

1.7.7 Jadual Bayaran yang akan dibuat oleh Kerajaan adalah seperti

yang dinyatakan dalam Perjanjian. Penyebut harga hendaklah

mengambil kira kadar fi perkhidmatan dalam menawarkan harga.

1.7.8 Kadar fi perkhidmatan ditetapkan seperti berikut :

(a) Kadar fi Perkhidmatan 0.8%

Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi

tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi

transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi pembelian

yang melibatkan hanyak sekali bayaran (one time payment).

(b) Kadar fi Perkhidmatan 0.4%

Kadar fi Perkhidmatan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi

tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi

setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau

lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali

pembayaran (Multiple Payment) sama ada melalui Jadual

Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian

Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive

Payment) atau mengikut permintaan (as-and-when-

required) yang ditetapkan dalam tempoh kontrak.

SULIT

Mukasurat 10 dari 21 SULIT

1.8 PEMBETULAN KESALAHAN

1.8.1 Semua jadual yang disediakan hendaklah diisi dengan mesin taip

atau tulisan tangan yang kemas dan mudah dibaca

menggunakan dakwat hitam yang tidak luntur.

1.8.2 Segala pindaan atau pembatalan dalam borang-borang tawaran

kewangan hendaklah ditandatangani oleh Penyebut Harga dan

tandatangan ini hendaklah diberi tarikh dan dicop dengan cop

syarikat. Penggunaan pemadam dakwat adalah tidak

dibenarkan.

1.8.3 Jika terdapat apa-apa perbezaan dalam pengiraan di dalam

dokumen Sebut Harga ianya akan dibetulkan oleh Kerajaan

seperti berikut:

(a) Jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk

angka dan perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan akan

diambil kira; dan

(b) Jika terdapat perbezaan di antara kadar unit dan jumlah

yang didapati daripada pendaraban kadar unit dan

bilangan, kadar unit yang dicatatkan akan diambil kira.

1.8.4 Jumlah yang dinyatakan di para 1.8.3(a) dan 1.8.3(b) dokumen

sebut harga akan diubah oleh Kerajaan mengikut prosedur di

atas bagi pembetulan kesalahan dan Penyebut Harga adalah

terikat pada perubahan ini.

SULIT

Mukasurat 11 dari 21 SULIT

1.9 PERAKUAN BEKALAN BARU

Penyebut Harga adalah dikehendaki memberi satu perakuan yang

menyatakan bahawa bekalan dan semua perkara yang ditawarkan

adalah baru dan memenuhi keperluan dan spesifikasi sebagaimana

yang dinyatakan dalam dokumen Sebut Harga ini. Perakuan ini

hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC)

bersama-sama dengan dokumen tawaran seperti di LAMPIRAN B –

Surat Akuan Penyebut Harga.

1.10 HAK KERAJAAN MENERIMA ATAU MENOLAK DOKUMEN SEBUT

HARGA

1.10.1 Kerajaan berhak menerima atau menolak mana-mana

dokumen sebut harga dan membatalkan proses Sebut Harga

dan menolak semua dokumen sebut harga pada bila-bila

masa sebelum kontrak diberikan tanpa melibatkan apa-apa

tanggungan kepada Penyebut Harga yang terlibat atau tanpa

memerlukan pihak Kerajaan untuk memaklumkan sebab-

sebab demikian kepada Penyebut Harga yang terlibat.

1.10.2 Pihak Kerajaan adalah berhak mempersetujui nilai Sebut

Harga sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya

serta menambah atau mengurangkan kuantiti barangan.

1.10.3 Pertimbangan Sebut Harga ini adalah berasaskan tawaran

teknikal, harga tawaran dan keupayaan Penyebut Harga serta

lain-lain faktor yang difikirkan sesuai.

SULIT

Mukasurat 12 dari 21 SULIT

(a) Kerajaan tidak terikat untuk menawarkan kontrak

kepada Penyebut Harga yang menawarkan harga

terendah;

(b) Keputusan Kerajaan adalah muktamad;

(c) Kerajaan berhak memilih lebih dari satu (1) Pembekal;

(d) Kerajaan tidak diperlukan untuk memberi sebab

penolakan mana-mana Sebut Harga; dan

(e) Kerajaan berhak berbincang mengenai harga dengan

Penyebut Harga yang berjaya sekiranya tawaran harga

yang dikemukakan adalah melebihi daripada anggaran

awal Kerajaan.

1.11 PEMBERITAHUAN TAWARAN (NOTIFICATION OF AWARD) DAN

KONTRAK

1.11.1 Kerajaan akan memberi notis bertulis dalam bentuk Surat

Setuju Terima (SST) kepada Penyebut Harga yang berjaya

apabila Dokumen Sebut Harga dipersetujui dalam jangka

masa sah laku Dokumen Sebut Harga atau jangka masa

tambahan yang terlibat.

1.11.2 Notis itu mengandungi syarat-syarat kontrak sebagai

tambahan kepada syarat-syarat atau sebagai pengubahsuaian

syarat-syarat yang dilampirkan bersama ini. Oleh yang

demikian Dokumen Sebut Harga itu tidaklah boleh disifatkan

sebagai dipersetujui sehingga pengesahan bertulis daripada

Penyebut Harga menyatakan bahawa syarat-syarat tambahan

atau yang diubahsuai itu telah di setuju terima.

1.11.3 Apabila dipersetujui maka suatu kontrak hendaklah disifatkan

sebagai telah dibuat di antara pihak Kerajaan dengan

SULIT

Mukasurat 13 dari 21 SULIT

Penyebut Harga mengikut syarat-syarat kontrak yang

dilampirkan (termasuk syarat-syarat tambahan atau yang

diubahsuai yang tersebut di atas, jika ada) dan tidak ada

sebarang perjanjian atau syarat lain walau dari apa jenis pun

boleh disifatkan sebagai termasuk dalam kontrak ini.

1.11.4 Tempoh kontrak adalah bermula daripada tarikh yang

dinyatakan dalam Surat Setuju Terima (SST) sehingga tarikh

tamat pembekalan pakaian seragam. Kerajaan adalah berhak

menentukan tempoh kontrak yang sebenarnya jika didapati

perlu berbuat demikian.

1.11.5 Syarat-syarat dalam Sebut Harga ini dan SST adalah menjadi

sebahagian daripada syarat-syarat kontrak.

1.11.6 Jabatan Peguam Negara (AGC), bagi pihak Kerajaan akan

menyediakan lima (5) salinan dokumen kontrak. Penyebut

Harga yang berjaya dikehendaki menjilid dokumen ini dengan

jilidan kekal seperti “Hard Cover Binding” dengan kulit

sekurang-kurangnya daripada “Art Card 230gsm”. Kelima-lima

salinan dokumen kontrak juga hendaklah disetem dan

dimaterikan setem di Pejabat Setem. Semua kos yang

terlibat akan ditanggung Penyebut Harga.

1.11.7 Kerajaan mempunyai hak untuk menamatkan kontrak pada

bila-bila masa apabila Penyebut Harga yang berjaya, gagal

memenuhi obligasi kontrak mengikut perjanjian.

SULIT

Mukasurat 14 dari 21 SULIT

1.12 TAWARAN HARGA

1.12.1 Harga bagi semua perkara dan bidang kerja mestilah dalam

RINGGIT MALAYSIA (RM) sahaja dan tawaran harga Sebut

Harga mestilah mengikut kaedah pembelian yang diuruskan

secara percuma ke atas kapal (PAK)/Free On Board (FOB)

SPP.8/94 serta hendaklah termasuk semua kos

penghantaran, pemasangan, pengujian dan penyenggaraan.

Harga ini mestilah sah laku sepanjang tempoh sah laku

tawaran atau satu tempoh lanjutan sah laku tawaran.

1.12.2 Tawaran harga yang dikemukakan dinyatakan dalam angka

yang tepat. Sekiranya terdapat masalah berhubung dengan

harga, maka harga seunit tiap-tiap butiran akan diambil kira.

1.12.3 Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebut Harga ini adalah

tetap dan tidak boleh dipinda selepas Sebut Harga ini

ditutup dan akan berkuat kuasa selama dalam tempoh sah

laku. Sebarang tuntutan kenaikan harga bagi mana-mana

perkakasan atau perisian atau perkhidmatan dalam jangka

masa sah laku dokumen sebut harga tidak akan dilayan.

1.12.4 Tiap-tiap diskaun (jika ada) hendaklah ditunjukkan dalam

LAMPIRAN C – Jadual Harga dan Skop Perkhidmatan.

1.13 DESKRIPSI PERKHIDMATAN

1.13.1 Spesifikasi perkakasan adalah seperti di LAMPIRAN H –

Jadual Spesifikasi Teknikal.

1.13.2 Pihak Kerajaan tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran

tambahan harga akibat perbezaan antara tafsiran Penyebut

SULIT

Mukasurat 15 dari 21 SULIT

Harga dengan tafsiran Kerajaan mengenai spesifikasi

tersebut.

1.13.3 Bekalan untuk satu-satu butiran boleh dibuat berperingkat-

peringkat berdasarkan arahan atau keperluan AGC.

1.13.4 Semua bekalan pakaian seragam dan kain mestilah berada

dalam keadaan baik. Semua bekalan pakaian seragam dan

kain hendaklah baharu dan belum digunakan. Bekalan

pakaian seragam dan kain yang didapati rosak atau cacat

semasa penyerahannya akan ditolak dan Penyebut Harga

hendaklah menggantikan pakaian seragam dan kain yang

rosak atau cacat itu dengan bekalan yang baharu tanpa apa-

apa kos tambahan.

1.14 DENDA LEWAT BAGI PEMBEKALAN

1.14.1 Sekiranya Penyebut Harga yang berjaya gagal

menyempurnakan pembekalan seperti terkandung di dalam

skop Sebut Harga dalam tempoh kontrak, maka perkiraan

denda adalah setengah peratus (0.5%) daripada nilai harga

pembekalan atau perkara-perkara deliverables yang lewat

dihantar untuk setiap minggu atau sebahagian daripadanya

sehingga maksima dua belas peratus (12%).

1.14.2 Sekiranya Penyebut Harga gagal menyempurnakan

pembekalan pakaian seragam dalam tempoh seperti

ketetapan berikut:

BIL. KATEGORI PAKAIAN

SERAGAM

TEMPOH PEMBEKALAN

1 KATEGORI A

Pemandu Kenderaan

SULIT

Mukasurat 16 dari 21 SULIT

Penghantar Notis

Pembantu Awam Lelaki dan

Wanita

Pembantu Operasi Lelaki

dan Wanita

satu (1) bulan dari tarikh SST

2 KATEGORI B

Polis Bantuan Lelaki dan

Wanita

14 hari dari tarikh SST

maka Kerajaan akan membuat ketetapan bahawa pembekal

dikehendaki mengembalikan mana-mana wang bayaran yang

dibuat oleh pihak Kerajaan kepada Penyebut Harga ke atas

semua pembekalan atau sebarang perkara-perkara

deliverables yang belum diterima.

1.14.3 Bagi kerja-kerja yang terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh

keadaan di luar kawalan Penyebut Harga seperti rusuhan,

kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, bahaya laut atau

yang seumpama dengannya, maka Kerajaan boleh

membenarkan perlanjutan tempoh pembekalan dengan syarat

Penyebut Harga perlu mengemukakan notis sebab-sebab

pembekalan tertangguh dan masa yang diperlukan.

1.15 PRESTASI PEMBEKALAN PERKHIDMATAN

Penyebut Harga adalah bertanggungjawab bagi segala kualiti dan

jaminan ke atas pakaian seragam yang dibekalkan berdasarkan

pengakuan pihak ketiga yang telah dimasukkan ke dalam Sebut

Harganya.

SULIT

Mukasurat 17 dari 21 SULIT

1.16 PEMBAYARAN

1.16.1 Semua pembayaran adalah dibuat dalam RINGGIT

MALAYSIA (RM).

1.21.2 Penyebut Harga yang berjaya perlu mengemukakan invois

dengan segera selepas habis membekal dan menghantar

pembekalan pakaian seragam bagi tempoh yang ditetapkan

seperti di dalam SST.

1.21.3 Pembayaran juga hanya akan dibuat selepas penyerahan

Bon Pelaksanaan dan Kontrak Perjanjian ditandatangani

oleh Kerajaan dan Penyebut Harga yang berjaya (jika

berkaitan).

1.18 IKLAN

Sebarang maklumat mengenai Sebut Harga atau Kontrak ini tidak

boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau alat

pengiklanan tanpa kelulusan Kerajaan.

1.19 PERTIKAIAN

Apa-apa pertikaian terbit di antara Kerajaan dengan Penyebut Harga

mengenai pentafsiran, pengertian atau kuat kuasa Perjanjian, atau hak

dan tanggung pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang

terbit darinya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali jika

selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara

SULIT

Mukasurat 18 dari 21 SULIT

Kerajaan dengan Penyebut Harga, dirujukkan kepada penimbangtaraan

dua (2) orang, seorang dilantik oleh Kerajaan dan seorang oleh

Penyebut Harga, dan atur cara timbang tara itu adalah seperti

diperuntukkan di dalam Akta Timbang Tara 1952.

1.20 UNDANG-UNDANG

Tawaran ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh Undang-

undang Malaysia.

1.21 PENAMATAN KONTRAK

1.21.1 Kerajaan akan memberi notis bertulis 30 hari kepada

Penyebut Harga untuk menamatkan kontrak sekiranya

didapati Penyebut Harga yang dipilih gagal untuk mematuhi

atau melaksanakan mana-mana terma atau syarat dalam

kontrak perjanjian.

1.21.2 Walau apa pun jua dalam kontrak perjanjian ini, Kerajaan

boleh menamatkan kontrak perjanjian ini lebih awal daripada

tamat tempoh kontrak atas apa-apa sebab sekalipun dengan

memberi satu (1) bulan notis bertulis kepada Penyebut

Harga yang dipilih.

SULIT

Mukasurat 19 dari 21 SULIT

BAHAGIAN 2: SKOP PERKHIDMATAN

Penyebut Harga yang berjaya mestilah mematuhi skop kerja seperti berikut:

2.1 PERKHIDMATAN

2.1.1 Pembekalan Pakaian Seragam Bagi Kumpulan Pelaksana

Berkelayakan Untuk Kegunaan Rasmi Di Jabatan Peguam

Negara (AGC) Tahun 2018 mengikut spesifikasi yang ditetapkan

seperti di LAMPIRAN H – Jadual Spesifikasi Teknikal.

2.2 JAMINAN DARI PENYEBUT HARGA

2.2.1 Penyebut Harga yang berjaya adalah bertanggungjawab ke atas

Pembekalan Pakaian Seragam Bagi Kumpulan Pelaksana

Berkelayakan Untuk Kegunaan Rasmi Di Jabatan Peguam

Negara (AGC) Tahun 2018 seperti yang dipersetujui oleh

Penyebut Harga pada LAMPIRAN H – Jadual Spesifikasi

Teknikal.

2.3 PENERIMAAN

2.3.1 Perakuan penerimaan semua bekalan pakaian seragam hanya

diakui diterima setelah diperiksa oleh pegawai bagi Pihak Kerajaan

yang diberi kuasa.

2.3.2 Pegawai kerajaan yang dilantik berhak membuat penolakan

terhadap sekiranya perkhidmatan tidak selesai dilaksanakan.

Penyebut Harga hendaklah membuat penambahbaikan atau

menggantikan pakaian seragam yang baharu dan kos

perbelanjaan yang berkaitan ditanggung oleh Penyebut Harga

sendiri.

SULIT

Mukasurat 20 dari 21 SULIT

2.4 PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN

2.4.1 Penyebut Harga yang berjaya dikehendaki membekal pakaian

seragam bagi Pembekalan Pakaian Seragam Kumpulan

Pelaksana Berkelayakan Bagi Kegunaan Rasmi Di Jabatan

Peguam Negara (AGC) Tahun 2018 berdasarkan tempoh masa

yang ditetapkan seperti berikut:

BIL. KATEGORI PAKAIAN

SERAGAM

TEMPOH PEMBEKALAN

1 KATEGORI A

Pemandu Kenderaan

Penghantar Notis

Pembantu Awam Lelaki dan

Wanita

Pembantu Operasi Lelaki dan

Wanita

satu (1) bulan dari tarikh SST

2 KATEGORI B

Polis Bantuan Lelaki dan

Wanita

14 hari dari tarikh SST

2.4.2 Semua urusan pembekalan ditanggung oleh Penyebut Harga.

2.5 PEMERIKSAAN

2.5.1 Kerajaan adalah sentiasa berhak mengkehendaki semua

Penyebut Harga membekalkan pakaian seragam adalah lengkap

dan seseorang pegawai yang dilantik olehnya dalam masa

pembuatan atau bila-bila masa lain sebelum penyerahan.

2.5.2 Sekiranya terdapat kerosakan atau pindaan pada pembekalan

pakaian seragam yang diterima, Penyebut Harga perlu sentiasa

memberi kerjasama dan dikehendaki membekal pakaian

seragam mengikut spesifikasi ditetapkan.

SULIT

Mukasurat 21 dari 21 SULIT

2.5.3 Kos pembekalan semula pakaian seragam adalah di bawah

tanggungan pihak Penyebut Harga.

2.6 PERTANYAAN

2.6.1 Penyebut Harga yang memerlukan sebarang penjelasan

mengenai dokumen Sebut Harga dan pertanyaan selepas

taklimat/lawatan tapak, Penyebut Harga boleh merujuk kepada:

(a) Hal-hal Berkaitan Perolehan

Nama : Puan Nurul Akmal binti Nordin No. Tel : 03-8885 2636

E-mel : [email protected]; atau Nama : Puan Norshahida binti Md Kassim

No. Tel : 03-8885 2636 E-mel : [email protected].

(b) Hal-hal Berkaitan Spesifikasi Teknikal

Nama : Puan Norhaizan binti Ismail No. Tel : 03-8872 2222 E-mel : [email protected]