jabatan peguam negara malaysia dokumen sebut … · dari tarikh surat setuju terima ... (contoh:...

22
SULIT MEMBEKAL DAN MENGHANTAR ALATULIS KE JABATAN PEGUAM NEGARA, MALAYSIA SULIT JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA DOKUMEN SEBUT HARGA MEMBEKAL DAN MENGHANTAR ALAT TULIS KE JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA No. Sebut Harga : PN/SH/03/2018 Dokumen eBidding ini mengandungi 22 mukasurat tidak termasuk lampiran (termasuk Muka Hadapan)

Upload: ngotuong

Post on 03-Mar-2019

297 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SULIT

MEMBEKAL DAN MENGHANTAR ALATULIS KE JABATAN PEGUAM NEGARA, MALAYSIA

SULIT

JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA

DOKUMEN SEBUT HARGA

MEMBEKAL DAN MENGHANTAR ALAT TULIS KE JABATAN PEGUAM NEGARA

MALAYSIA

No. Sebut Harga : PN/SH/03/2018

Dokumen eBidding ini mengandungi 22 mukasurat tidak termasuk lampiran (termasuk Muka Hadapan)

SULIT

Mukasurat 2 dari 22 SULIT

BAHAGIAN 1: ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PEMBIDA

1.1 KENYATAAN TAWARAN

1.1.1 Pelawaan Sebut Harga ini adalah terbuka kepada syarikat-

syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Malaysia di bawah kod bidang 010201 (Alat Tulis) dan telah

ePerolehan enabled serta masih dibenarkan membuat tawaran

pada masa ini bagi bekalan berikut:

MEMBEKAL DAN MENGHANTAR ALAT TULIS KE JABATAN

PEGUAM NEGARA, MALAYSIA

1.1.2 Bekalan alat tulis perlu dilaksanakan dalam tempoh satu bulan

dari tarikh Surat Setuju Terima (SST).

1.1.3 Senarai dokumen-dokumen Sebut Harga adalah seperti berikut:

SAMPUL

TAWARAN

PERKARA

LAMPIRAN

TAWARAN

KEWANGAN

(Dimasukkan

ke dalam

sampul

Tawaran

Kewangan)

-

DOKUMEN WAJIB

LAMPIRAN A – Senarai Semak

LAMPIRAN B – Jaminan Pembida

LAMPIRAN C – Maklumat Pembida

LAMPIRAN D – Surat Akuan Pembida

LAMPIRAN E – Surat Akuan Pembida Berjaya

LAMPIRAN F – Jadual Harga Tawaran

Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari

Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang

010201 (Alat Tulis)

Penyata Bank bagi Bulan Januari 2018, Februari

SULIT

Mukasurat 3 dari 22 SULIT

SAMPUL

TAWARAN

PERKARA

2018 dan Mac 2018 (Dokumen Wajib) hendaklah

DIAKUI SAH oleh Pegawai Bank berkenaan.

Penyata Bank yang dikemukakan selain daripada

bulan-bulan yang dinyatakan tidak akan diambil

kira.

DOKUMEN TAMBAHAN ) (Jika Ada)

Salinan Laporan Tahunan Syarikat bagi tahun

2016/2017 yang telah diaudit oleh Juruaudit

Bertauliah bagi Syarikat Sdn.Bhd/ Berhad dan

DIAKUI SAH oleh SETIAUSAHA SYARIKAT

(Jika ada)

Salinan dokumen/surat pengesahan/perakuan

yang menunjukkan syarikat mempunyai sumber

kewangan lain seperti kemudahan pembiayaan

daripada bank/institusi kewangan (contoh: Over

Draft (OD), Simpanan Tetap (FD), Tabung Haj,

Akuan Simpanan, ASB, ASN dan sebagainya yang

diakui sah oleh pihak institusi berkenaan (Jika

ada)

Nota : semua dokumen berkenaan hendaklah

dikemaskini dalam tempoh tiga (3) bulan

sebelum tarikh tutup tender.

LAMPIRAN

TAWARAN

TEKNIKAL

(Dimasukkan

ke dalam

sampul

Tawaran

DOKUMEN WAJIB

LAMPIRAN G – Jadual Spesifikasi Teknikal

LAMPIRAN H – Senarai Pengalaman Pembida

Surat Pengesahan dari Pembekal Utama/ Principal

Supplier

Katalog (Jika Ada)

SULIT

Mukasurat 4 dari 22 SULIT

SAMPUL

TAWARAN

PERKARA

Teknikal)

Nota : Pembida hanya perlu mengemukakan dokumen yang

dikehendaki sahaja seperti dinyatakan dalam Senarai Semak.

Dokumen lain yang tidak berkaitan tidak perlu dikemukakan dan

tidak diambilkira. Dokumen perlu dikemukakan sebanyak 3

salinan (1 – ditandakan ASAL, 2 – ditandakan SALINAN)

1.1 SYARAT-SYARAT AM

1.2.1 Pembida mestilah mempunyai Sijil Pendaftaran Kewangan

dibawah kod bidang 010201 (Alat Tulis) yang masih sah dan

berkuatkuasa dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan.

1.2.2 Mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh serta memiliki

pengalaman dalam pembekalan dan penghantaran alat tulis.

1.2.3 Pembida hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang

ditetapkan apabila menyertai tawaran Sebut Harga. Kegagalan

mematuhi mana-mana syarat dan terma yang ditetapkan boleh

menyebabkan penyertaan Pembida ditolak.

1.2.4 Mengemukakan sesalinan surat pengedar sah dari Principal

bagi bekalan seperti di Lampiran G.

1.2.5 Pembida hendaklah memuat turun (download) semua dokumen

Sebut Harga dan menyerahkan tawaran sebut harga yang

lengkap seperti yang disenaraikan berikut:

SULIT

Mukasurat 5 dari 22 SULIT

i. LAMPIRAN A – Senarai Semak (wajib)

ii. LAMPIRAN B – Jaminan Pembida (wajib)

iii. LAMPIRAN C – Maklumat Pembida (wajib)

iv. LAMPIRAN D – Surat Akuan Pembida (wajib)

v. LAMPIRAN E – Surat Akuan Pembida Berjaya (wajib)

vi. LAMPIRAN F – Jadual Tawaran Harga (wajib)

vii. LAMPIRAN G – Jadual Spesifikasi Teknikal (wajib)

viii. LAMPIRAN H – Senarai Pengalaman Pembida (wajib)

1.2.5 Kesemua Dokumen Sebut Harga seperti di perenggan 1.2.4 di

atas perlu dicetak dan diserahkan secara manual (hardcopy)

bersama dokumen-dokumen sokongan yang lain iaitu:

i. sesalinan Penyata Akaun Bank Bagi Bulan Januari 2018,

Februari 2018 dan Mac 2018 yang diakui sah oleh pihak

bank (Wajib);

ii. katalog (jika ada); dan

iii. penyata kewangan bagi sumber kewangan lain, pinjaman

atau Baki Nilai Kemudahan Kredit/Nilai Kemudahan Kredit

Tambahan daripada bank atau institusi kewangan (jika

ada).

1.2.6 Dokumen manual (hardcopy) hendaklah dimasukkan ke dalam

satu sampul surat yang berlakri (sealed) yang mengandungi

Tawaran Kewangan dan Tawaran Teknikal dan ditanda di

sudut sebelah atas kiri sampul surat itu dengan dituliskan Tajuk

Tawaran Sebut Harga Bagi Alatulis Ke Jabatan Peguam

Negara, Malaysia dan mencatat No. Sebut Harga

(PN/SH/03/2018) di atas sampul surat berkenaan (Maklumat ini

Wajib diisi. Jika tidak, tawaran tuan akan terjejas):-

dan sampul surat hendaklah dialamatkan kepada :

SULIT

Mukasurat 6 dari 22 SULIT

JABATAN PEGUAM NEGARA

SEKSYEN KEWANGAN DAN PEROLEHAN

ARAS 4, NO.45

PERSIARAN PERDANA

PRESINT 4

62100 PUTRAJAYA.

1.3 TARIKH TUTUP PENYERAHAN eBIDDING

1.3.1 Tarikh tutup tawaran tawaran sebut harga ialah pada 27 April

2018 (Jumaat).

1.3.2 Tawaran yang lewat dikemukakan tidak akan dipertimbangkan.

1.4 JANGKAMASA SAH LAKU TAWARAN SEBUT HARGA

1.4.1 Dokumen Sebut Harga mestilah sah laku dalam jangka masa

sekurang-kurangnya sembilan puluh (90) hari daripada tarikh

tutup sebut harga.

1.4.2 Dalam keadaan berkecuali, sebelum habis tempoh jangka masa

sah laku Sebut Harga asal, kerajaan boleh meminta tempoh

jangka masa sah laku Sebut Harga ditambahkan. Permintaan

dan jawapan akan dilakukan secara bertulis.

1.4.3 Penyebut harga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak

diperlukan atau diminta untuk mengubah dokumen Sebut Harga

yang asal tetapi hanya diminta untuk menambahkan tempoh

jangka masa sah laku dokumen Sebut Harga.

1.5 JAMINAN ATAS SEBUTHARGA

SULIT

Mukasurat 7 dari 22 SULIT

1.5.1 Pendaftaran pembida di Kementerian Kewangan adalah

merupakan jaminan ke atas sebut harga yang dikemukakan.

Sekiranya pembida menarik balik persetujuan setelah surat setuju

terima ditandatangani tindakan yang boleh diambil adalah seperti

berikut:

(a) menggantung pendaftaran selama dua (2) tahun bagi

kesalahan pertama;

(b) menggantung pendaftaran selama lima (5) tahun bagi

kesalahan kedua;

(c) pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.

1.5.2 Syarikat-syarikat yang digantung pendaftarannya tidak akan

dibenarkan mengambil bahagian di dalam mana-mana tender yang

dipelawa oleh semua Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun di

seluruh Malaysia.

1.5.3 Bagi semua penggantungan pendaftaran syarikat, nama pengarah-

pengarah termasuk nama pemegang-pemegang saham terbesar

akan di senarai hitamkan.

1.6 KEPERLUAN PENYERTAAN TAWARAN SEBUT HARGA

1.6.1 Pihak Kerajaan berhak pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup

penghantaran meminda dokumen Sebut Harga dengan

menyediakan Addendum di atas apa-apa sebab atas inisiatif

sendiri atau atas permintaan penjelasan daripada penyebut

harga.

1.6.2 Pembida diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur dari

segi komputer, keperluan komunikasi dan internet dan

SULIT

Mukasurat 8 dari 22 SULIT

keupayaan sumber manusia untuk menyertai proses bidaan dari

lokasi pembida sendiri. Kerajaan tidak akan bertanggungjawab

sekiranya berlaku kegagalan infrastruktur di lokasi pembida

semasa proses bidaan.

1.6.3 Tawaran harga yang dikemukakan oleh pembida sebelum tarikh

tutup sebut harga merupakan harga tawaran permulaan dalam

proses pelawaan Sebut Harga.

1.6.4 Keputusan Sebut Harga yang dikeluarkan adalah muktamad dan

tertakluk kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan

Malaysia.

1.6.5 Kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah

atau mana-mana tawaran. Kerajaan tidak akan melayan

sebarang surat-menyurat yang berupa rayuan dari pembida,

sekiranya bidaan mereka tidak berjaya.

1.6.6 Pembida yang dipilih akan menerima Surat Setuju Terima

daripada Kerajaan.

1.6.7 Pembida dikenakan caj perkhidmatan bagi perolehan secara

elektronik sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada

had maksimum RM9,600 bagi setiap transaksi yang melebihi

RM1.2 juta. Caj yang dikenakan ini adalah seperti yang

termaktub dalam Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal

di bawah Sistem e-Perolehan.

1.7 PEMBETULAN KESALAHAN

1.7.1 Semua jadual yang disediakan hendaklah diisi dengan mesin taip

SULIT

Mukasurat 9 dari 22 SULIT

atau tulisan tangan yang kemas dan mudah dibaca

menggunakan dakwat hitam yang tidak luntur.

1.7.2 Segala pindaan atau pembatalan dalam borang-borang tawaran

kewangan hendaklah ditandatangani oleh penyebut harga dan

tandatangan ini hendaklah diberi tarikh dan di cop dengan cop

syarikat. Penggunaan pemadam dakwat adalah tidak

dibenarkan.

1.7.3 Jika terdapat apa-apa perbezaan dalam pengiraan di dalam

dokumen Sebut Harga ianya akan dibetulkan oleh Kerajaan

seperti berikut:

a) jika terdapat perbezaan di antara jumlah dalam bentuk

angka dan perkataan, jumlah dalam bentuk perkataan

akan diambil kira.

b) jika terdapat perbezaan di antara kadar unit dan jumlah

yang didapati daripada pendaraban kadar unit dan

bilangan, kadar unit yang dicatatkan akan diambil kira.

1.7.4 Jumlah yang dinyatakan di para 1.7.3(a) dan 1.7.3(b) dokumen

Sebut Harga akan diubah oleh Kerajaan mengikut prosedur di

atas bagi pembetulan kesalahan dan pembida adalah terikat

pada perubahan ini.

1.8 PERAKUAN PERALATAN BARU

Pembida adalah dikehendaki memberi satu perakuan yang menyatakan

bahawa alatulis dan semua perkara yang ditawarkan adalah baru dan

memenuhi keperluan dan spesifikasi sebagaimana yang dinyatakan

dalam dokumen Sebut Harga ini. Perakuan ini hendaklah dikemukakan

SULIT

Mukasurat 10 dari 22 SULIT

kepada Jabatan Peguam Negara bersama-sama dengan dokumen

tawaran seperti di LAMPIRAN D.

1.9 HAK KERAJAAN MENERIMA ATAU MENOLAK DOKUMEN SEBUT

HARGA

1.9.1 Kerajaan berhak menerima atau menolak mana-mana dokumen

Sebut Harga dan membatalkan proses pelawaan Sebut Harga

dan menolak semua dokumen Sebut Harga pada bila-bila masa

sebelum kontrak diberikan tanpa melibatkan apa-apa tanggungan

kepada penyebut harga yang terlibat atau tanpa memerlukan

pihak Kerajaan untuk memaklumkan sebab-sebab demikian

kepada penyebut harga yang terlibat.

1.9.2 Pihak Kerajaan adalah berhak mempersetujui nilai Sebut Harga

sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta

menambah atau mengurangkan kuantiti barangan.

1.9.3 Pertimbangan Sebut Harga ini adalah berasaskan tawaran

teknikal, harga tawaran dan keupayaan penyebut harga serta

lain-lain faktor yang difikirkan sesuai.

a) Kerajaan tidak terikat untuk menawarkan kontrak kepada

penyebut harga yang menawarkan harga terendah;

b) Keputusan Kerajaan adalah muktamad;

c) Kerajaan berhak memilih lebih dari satu Pembekal;

d) Kerajaan tidak diperlukan untuk memberi sebab penolakan

mana-mana Sebut Harga; dan

SULIT

Mukasurat 11 dari 22 SULIT

e) Kerajaan berhak berbincang mengenai harga dengan

penyebut harga yang berjaya sekiranya tawaran harga

yang dikemukakan adalah melebihi daripada anggaran

awal Kerajaan.

1.10 PEMBERITAHUAN TAWARAN (NOTIFICATION OF AWARD) DAN

KONTRAK

1.10.1 Kerajaan akan memberi notis bertulis dalam bentuk Surat

Setuju Terima (SST) kepada penyebut harga yang berjaya

apabila dokumen Sebut Harga dipersetujui dalam jangka

masa sah laku dokumen Sebut Harga atau jangka masa

tambahan yang terlibat.

1.10.2 Notis itu mengandungi syarat-syarat kontrak sebagai

tambahan kepada syarat-syarat atau sebagai

pengubahsuaian syarat-syarat yang dilampirkan bersama ini.

Oleh yang demikian dokumen Sebut Harga itu tidaklah boleh

disifatkan sebagai dipersetujui sehingga pengesahan bertulis

daripada penyebut harga menyatakan bahawa syarat-syarat

tambahan atau yang diubahsuai itu telah di setuju terima.

1.10.3 Apabila dipersetujui maka suatu kontrak hendaklah disifatkan

sebagai telah dibuat di antara pihak Kerajaan dengan

penyebut harga mengikut syarat-syarat kontrak yang

dilampirkan (termasuk syarat-syarat tambahan atau yang

diubahsuai yang tersebut di atas, jika ada) dan tidak ada

sebarang perjanjian atau syarat lain walau dari apa jenis pun

boleh disifatkan sebagai termasuk dalam kontrak ini.

SULIT

Mukasurat 12 dari 22 SULIT

1.10.4 Tempoh kontrak adalah bermula daripada tarikh yang

dinyatakan dalam Surat Setuju Terima sehingga tarikh tamat

pembekalan toner. Kerajaan adalah berhak menentukan

tempoh kontrak yang sebenarnya jika didapati perlu berbuat

demikian.

1.10.5 Syarat-syarat dalam Sebut Harga ini dan Surat Setuju

Terima adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat

kontrak.

1.10.6 Jabatan Peguam Negara, bagi pihak Kerajaan akan

menyediakan lima (5) salinan dokumen kontrak (jika

berkaitan). Penyebut harga yang berjaya dikehendaki menjilid

dokumen ini dengan jilidan kekal seperti “Hard Cover Binding”

dengan kulit sekurang-kurangnya daripada “Art Card

230gsm”. Kelima-lima salinan dokumen kontrak juga

hendaklah di setem dan dimaterikan setem di Pejabat Setem.

Semua kos yang terlibat akan ditanggung penyebut harga.

1.10.7 Jabatan Peguam Negara mempunyai hak untuk menamatkan

kontrak pada bila-bila masa apabila pembida yang berjaya,

gagal memenuhi obligasi kontrak mengikut perjanjian.

1.11 TAWARAN HARGA

1.11.1 Kerajaan berhak memohon pelanjutan tempoh sah laku harga

yang ditawarkan. Permohonan akan dibuat secara bertulis

kepada pembida yang berjaya.

SULIT

Mukasurat 13 dari 22 SULIT

1.11.2 Sekiranya pembida bersetuju untuk melanjutkan tempoh sah

laku tawaran sebut harga, pembida hendaklah menjawab

secara bertulis kepada kerajaan.

1.11.3 Harga bagi semua perkara dan bidang kerja yang di bida

mestilah dalam RINGGIT MALAYSIA (RM) sahaja dan

tawaran harga Sebut Harga mestilah mengikut kaedah

pembelian yang diuruskan secara percuma ke atas kapal

(PAK)/Free On Board (FOB) SPP.8/94 serta hendaklah

termasuk semua kos penghantaran, pemasangan, pengujian

dan penyenggaraan. Harga ini mestilah sah laku sepanjang

tempoh sah laku tawaran atau satu tempoh lanjutan sah laku

tawaran.

1.11.4 Tawaran harga yang dikemukakan dinyatakan dalam angka

yang tepat. Sekiranya terdapat masalah berhubung dengan

harga, maka harga seunit tiap-tiap butiran akan diambil kira.

1.11.5 Harga-harga yang ditawarkan dalam Sebut Harga ini adalah

tetap dan tidak boleh dipinda selepas pelawaan Sebut

Harga ini ditutup dan akan berkuat kuasa selama dalam

tempoh sah laku. Sebarang tuntutan kenaikan harga bagi

mana-mana perkakasan atau perisian atau perkhidmatan

dalam jangka masa sah laku dokumen Sebut Harga tidak

akan dilayan.

1.11.6 Tiap-tiap diskaun (jika ada) hendaklah ditunjukkan dalam

LAMPIRAN G – Jadual Spesifikasi Perkakasan,

Pembekalan dan Tawaran Harga.

1.12 BON PERLAKSANAAN BAGI KONTRAK BEKALAN/PERKHIDMATAN

(jika berkenaan)

SULIT

Mukasurat 14 dari 22 SULIT

1.12.1 Pembida yang berjaya dikehendaki mengemukakan cagaran

keselamatan dalam bentuk bon jaminan bank 2.5%

daripada nilai kontrak dalam masa empat belas (14) hari

dari tarikh Surat Setuju Terima dikeluarkan.

1.12.2 Jaminan pelaksanaan ini hendaklah sama ada dalam bentuk :

a) Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank

berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan

1989 yang beroperasi di Malaysia; atau

b) Jaminan Syarikat Kewangan yang dikeluarkan oleh

syarikat-syarikat kewangan berlesen di bawah Akta

Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang beroperasi di

Malaysia; atau

c) Jaminan Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank

berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983 yang

beroperasi di Malaysia; atau

d) Jaminan Insurans yang dikeluarkan oleh syarikat-

syarikat insurans berlesen di bawah Akta Insurans 1996

yang beroperasi di Malaysia; atau

e) Jaminan Takaful yang dikeluarkan oleh pengendali

takaful yang berdaftar di bawah Akta Takaful 1984 yang

beroperasi di Malaysia; atau

SULIT

Mukasurat 15 dari 22 SULIT

f) Jaminan yang dikeluarkan oleh Bank Pembangunan &

Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB).

1.12.3 Nilai Bon Pelaksanaan dikira mengikut purata nilai kontrak

setahun adalah seperti berikut:

a) 2.5% bagi kontrak bekalan dan perkhidmatan yang

bernilai melebihi RM200,000.00 sehingga

RM500,000.00; atau

b) 5% bagi kontrak bekalan atau perkhidmatan yang

bernilai melebihi RM500,000.00.

1.12.4 Bon Pelaksanaan hendaklah terus berkuat kuasa dari tarikh

kuat kuasa kontrak sehingga 12 bulan selepas tamatnya

kontrak atau tarikh perkhidmatan terakhir, mengikut mana

yang terkemudian.

1.12.5 Selain daripada remidi-remidi lain yang sedia terkandung di

dalam kontrak ini, Kerajaan juga sentiasa berhak memotong

kesemua atau apa-apa jumlah wang yang terkumpul di dalam

Bon Perlaksanaan tersebut jika sekiranya terdapat apa-apa

pelanggaran syarat di bawah kontrak yang akan

ditandatangani oleh kontraktor.

1.12.6 Pembida yang berjaya dan telah mengikat kontrak dengan

Kerajaan dikehendaki membayar tuntutan ganti rugi

sekiranya didapati pihak penyebut harga melanggar syarat-

syarat kontrak (breach of contract) dan disabitkan kesalahan.

1.12.7 Bon Perlaksanaan akan dikembalikan kepada pembida

selepas semua syarat kontrak dipenuhi.

SULIT

Mukasurat 16 dari 22 SULIT

1.13 DESKRIPSI PERKHIDMATAN

1.13.1 Spesifikasi perkakasan adalah seperti di Lampiran G -

Jadual Spesifikasi Pembekalan dan Harga.

1.13.2 Pihak Kerajaan tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran

tambahan harga akibat perbezaan antara tafsiran pembida

dengan tafsiran Kerajaan mengenai spesifikasi tersebut.

1.13.3 Bekalan untuk satu-satu butiran boleh dibuat berperingkat-

peringkat berdasarkan arahan atau keperluan Jabatan Peguam

Negara.

1.13.4 Semua alat tulis mestilah berada dalam keadaan baik.

Semua alatulis hendaklah berkualiti, baru dan belum

digunakan. Alat tulis yang didapati rosak atau cacat semasa

penyerahannya akan ditolak dan pembida hendaklah

menggantikan alatulis yang rosak atau cacat itu dengan

bekalan yang baru tanpa apa-apa kos tambahan.

1.14 DENDA LEWAT BAGI PEMBEKALAN

1.14.1 Sekiranya pembida yang berjaya gagal menyempurnakan

pembekalan seperti terkandung di dalam skop tawaran Sebut

Harga, dalam tempoh kontrak, maka perkiraan denda adalah

setengah peratus (0.5%) daripada nilai harga alat tulis atau

perkara-perkara deliverables yang lewat dihantar untuk

setiap minggu atau sebahagian daripadanya sehingga

maksima dua belas peratus (12%).

SULIT

Mukasurat 17 dari 22 SULIT

1.14.2 Sekiranya pembida gagal menyempurnakan pembekalan

alatulis dalam masa 30 hari dari tarikh surat setuju terima

selepas tarikh pembekalan yang dipersetujui, maka Kerajaan

akan membuat ketetapan bahawa pembekal dikehendaki

mengembalikan mana-mana wang bayaran yang dibuat oleh

pihak Kerajaan kepada penyebut harga ke atas semua

pembekalan atau sebarang perkara-perkara deliverables

yang belum diterima.

1.14.3 Bagi kerja-kerja yang terpaksa ditangguhkan disebabkan oleh

keadaan di luar kawalan pembida seperti rusuhan,

kekacauan awam, mogok, kebakaran, banjir, bahaya laut

atau yang seumpama dengannya, maka Kerajaan boleh

membenarkan perlanjutan tempoh pembekalan dengan

syarat penyebut harga perlu mengemukakan notis sebab-

sebab pembekalan tertangguh dan masa yang diperlukan.

1.15 PRESTASI PERALATAN DAN KHIDMAT

Pembida adalah bertanggungjawab bagi segala prestasi dan jaminan

ke atas alatulis yang dibekalkan berdasarkan pengakuan pihak ketiga

yang telah dimasukkan ke dalam Sebut Harganya.

1.16 PEMBAYARAN

1.16.1 Semua pembayaran adalah dibuat dalam RINGGIT

MALAYSIA (RM).

1.16.2 Pembida yang berjaya perlu mengemukakan invois pada

setiap bulan selepas habis satu-satu bulan pembekalan alat

tulis.

SULIT

Mukasurat 18 dari 22 SULIT

1.16.3 Pembayaran juga HANYA akan dibuat selepas

penyerahan Bon Pelaksanaan dan Kontrak Perjanjian

ditandatangani oleh Kerajaan dan penyebut harga yang

berjaya (jika berkaitan).

1.17 IKLAN

Sebarang maklumat mengenai Sebut Harga atau Kontrak ini tidak

boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah atau alat

pengiklanan tanpa kelulusan Kerajaan.

1.18 PERTIKAIAN

Apa-apa pertikaian terbit di antara Kerajaan dengan penyebut harga

mengenai pentafsiran, pengertian atau kuat kuasa Perjanjian, atau hak

dan tanggung pihak-pihak di dalamnya atau apa-apa perkara yang

terbit darinya atau yang berhubung dengannya hendaklah kecuali jika

selainnya dipersetujui dengan tertentu dengan bertulis di antara

Kerajaan dengan penyebut harga, dirujukkan kepada penimbangtaraan

dua orang, seorang dilantik oleh Kerajaan dan seorang oleh penyebut

harga, dan atur cara timbang tara itu adalah seperti diperuntukkan di

dalam Akta Timbang tara 1952.

1.19 UNDANG-UNDANG

Tawaran ini hendaklah ditafsirkan mengikut dan dikawal oleh Undang-

undang Malaysia.

1.20 PENAMATAN KONTRAK

1.20.1 Jabatan Peguam Negara akan memberi notis bertulis 30 hari

kepada pembida untuk menamatkan kontrak sekiranya

SULIT

Mukasurat 19 dari 22 SULIT

didapati pembida yang dipilih gagal untuk mematuhi atau

melaksanakan mana-mana terma atau syarat dalam kontrak

perjanjian.

1.20.2 Walau apa pun jua dalam kontrak perjanjian ini, Jabatan

Peguam Negara boleh menamatkan kontrak perjanjian ini

lebih awal daripada tamat tempoh kontrak atas apa-apa

sebab sekalipun dengan memberi satu (1) bulan notis

bertulis kepada pembida yang dipilih.

BAHAGIAN 2: SKOP PERKHIDMATAN

Pembida yang berjaya mestilah mematuhi skop kerja seperti berikut :-

2.1 PEMBEKALAN PERKAKASAN

2.1.1 Membekal dan menghantar alat tulis di Ibu Pejabat Jabatan

Peguam Negara mengikut spesifikasi yang ditetapkan seperti

di Lampiran G - Jadual Spesifikasi Pembekalan dan Harga.

2.1.2 Alat tulis yang dibekalkan hendaklah yang berkualiti dan belum

digunakan.

2.1.3 Pembekalan dan penghantaran peralatan akan dibuat secara

terus mengikut keperluan Jabatan Peguam Negara bagi setiap

suku tahun dan .

2.1.4 Kuantiti pembekalan dan penghantaran alat tulis akan dibuat

mengikut permintaan Jabatan Peguam Negara dan Jabatan tidak

terikat kepada jumlah yang dinyatakan untuk setiap alatulis di

SULIT

Mukasurat 20 dari 22 SULIT

Lampiran G. Walaubagaimanapun, pembekalan alatulis tidak

akan melebihi jumlah harga yang dipersetujui di dalam setahun.

2.2 JAMINAN DARI PEMBIDA

Pembida yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk membekal dan

menghantar semua alatulis yang dipohon dan memastikan alat tulis

tersebut berfungsi dengan baik. Proses ini mestilah selesai dalam

tempoh yang ditetapkan selepas dari tarikh surat Tawaran Setuju Terima.

2.3 KUANTITI

Kuantiti barang berserta jenama (brand) dan harga hendaklah

dinyatakan di Lampiran G - Jadual Spesifikasi Pembekalan dan

Harga.

2.4 PENERIMAAN

2.4.1 Perakuan penerimaan perkakasan hanya akan dibuat setelah

alatulis diperiksa oleh pegawai bagi Pihak Kerajaan yang diberi

kuasa.

2.4.2 Pegawai kerajaan yang dilantik berhak membuat penolakan

terhadap bekalan perkakasan yang rosak, terdapat kecacatan,

rendah kualiti atau yang tidak mengikut penentuan teknikal.

Pembida hendaklah menggantikan perkakasan yang ditolak dan

kos perbelanjaan yang berkaitan ditanggung oleh pembida.

2.4.3 Perkakasan yang dibekalkan hendaklah bebas dari kecacatan dan

malfunction.

SULIT

Mukasurat 21 dari 22 SULIT

2.5 PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN

2.5.1 Pembida yang berjaya dikehendaki membekal dan menghantar

alat tulis yang dicadangkan mengikut permohonan pembekalan

yang dipersetujui oleh Jabatan Peguam Negara.

2.5.2 Semua urusan pembekalan dan penghantaran perkakasan

hendaklah diuruskan oleh pembida.

2.6 PEMERIKSAAN

2.6.1 Kerajaan adalah sentiasa berhak mengkehendaki barang-barang

itu diperiksa atau diuji oleh seseorang pegawai yang dilantik

olehnya dalam masa pembuatan atau bila-bila masa lain sebelum

penyerahan.

2.6.2 Pembida hendaklah memberi kerjasama dan kemudahan

pemeriksaan apabila dikehendaki.

3. PERTANYAAN

3.1 Pembida yang memerlukan sebarang penjelasan mengenai

dokumen Sebut Harga dan pertanyaan selepas taklimat pembida

boleh merujuk kepada:

(a) Hal-hal Berkaitan Perolehan

Nama : Puan Norshahida Md Kasim

No. Tel : 03-8872 2636

SULIT

Mukasurat 22 dari 22 SULIT

E-mel : [email protected]

(b) Hal-hal Berkaitan Spesifikasi Teknikal

Nama : Shahrul Nizam bin Mohd Shukri

No. Tel : 03-8872 2937

E-mel : [email protected]