jabatan hal ehwal agama islam negeri …ekhutbah.ns.gov.my/upload/9654-[edited] teks khutbah julai...

Download JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI …ekhutbah.ns.gov.my/upload/9654-[Edited] TEKS KHUTBAH JULAI MING… · ... kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di ... Dan demikianlah pula Kami

If you can't read please download the document

Upload: truongnhi

Post on 06-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 1

    JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM

    NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

    TAJUK : AL-QURAN ATAU TELEFON PINTAR?

    22 JULAI 2016M / 17 SYAUWAL 1437H

    :

    (Surah al-Anam : 32)

    .

    .

    .

    SIDANG JUMAT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

    Marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan ketaqwaan yang

    sebenar, iaitu melakukan segala perintah Allah dan menjauhi segala

    larangan-Nya. Peliharalah diri daripada melakukan perkara-perkara yang

    dikhuatiri boleh merosakkan akidah dan ibadah kita. Kehidupan yang

  • 2

    kita nikmati selama ini, seharusnya kita syukuri dengan meningkatkan

    amal ibadah bagi memperkukuhkan lagi hubungan kita dengan Allah

    serta menjalin eratkan hubungan kita sesama manusia. Mudah-mudahan

    kita tergolong dalam golongan mereka yang memperolehi keredhaan

    Allah , kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

    Firman Allah di dalam Surah Ali Imran ayat 103:

    Maksudnya : Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada agama

    Allah, dan janganlah berpecah belah.

    Mimbar pada hari ini akan membicarakan khutbah yang bertajuk AL-

    QURAN ATAU TELEFON PINTAR?

    SIDANG JUMAT YANG DIMULIAKAN,

    Di zaman era dunia tanpa sempadan ini, manusia semakin leka dengan

    kemajuan arus perdana. Kecanggihan teknologi moden pada hari ini

    telah membuatkan umat Islam di Malaysia khususnya telah dilekakan

    sehingga ada di antara kita telah terlupa kepada perkara-perkara ibadah

    seperti membaca dan memahami isi kandungan al-Quran.

    Umat Islam wajib mempelajari al-Quran, dari segi sebutan hurufnya,

    tajwidnya, maksud isi kandungannya dan pengajaran yang perlu di ambil

    melalui ayat-ayat tersebut. Tambahan pula sebagai umat Islam, solat

    yang menjadi ibadah fardu memerlukan kita membaca ayat-ayat al-

    Quran. Namun, bacaan al-Quran ketika ini tidak menjadi amalan

    seharian bagi segelintir masyarakat. Mereka membaca al-Quran hanya

    ketika dalam mengerjakan solat dan membacanya dalam bulan

    Ramadhan untuk mengejar fadhilat khatam dalam bulan Ramadhan.

    Amat jarang sekali kita melihat masyarakat Islam membaca al-Quran

    pada waktu-waktu lain seperti ketika menunggu seseorang, ketika dalam

    perjalanan menaiki kenderaan awam, ketika ingin memulakan pekerjaan

    pada awal waktu dan sebagainya.

  • 3

    Berbanding dengan al-Quran, penggunaan telefon pintar ketika ini

    semakin menjadi keutamaan. Fenomena ini jelas di mana-mana sahaja

    kita akan melihat tidak kira sama ada lelaki dan wanita, tua dan muda,

    juga anak-anak kecil sentiasa memegang telefon. Sejak bangun tidur,

    selesai mandi, menaiki atau menuruni tangga, menunggu pengangkutan

    awam, sebelum dan sesudah selesai solat, juga sebelum tidur kita pasti

    memeriksa telefon jika ada menerima panggilan tidak berjawab, pesanan

    atau sebarang komen dalam laman sosial.

    Adakalanya kita menyedari penggunaan telefon ini membuatkan

    manusia semakin kurang beradab. Tidak memikirkan keselamatan diri

    dan kepentingan orang lain sebaliknya leka melayan kehendak sendiri.

    Masih ada dalam kalangan kita yang gemar melayani telefon walaupun

    ketika sedang menghadiri mesyuarat. Malah ketika berbual dan

    bersembang bersama orang lain, mata tetap memberi tumpuan pada

    telefon bimbit. Tidak wujud lagi suasana harmoni ketika menjamu selera

    bersama-sama keluarga kerana ada yang leka dan asyik melayan

    telefon bimbit. Paling menyedihkan ada di antara umat Islam kita masih

    leka melayan telefon ketika khatib sedang menyampaikan khutbah

    Jumat, ketika berada di majlis-majlis ilmu dan sebagainya.

    Telefon ini bagi mereka seolah-olah nyawa yang tidak boleh ditinggalkan

    walaupun seketika. Sanggup berpatah balik jika ia tertinggal di rumah.

    Perasaan resah gelisah mula melanda hati tatkala telefon itu tidak

    berada di depan mata. Begitu dahsyat tamparan yang diberikan dalam

    kehidupan manusia yang dilekakan dengan ujian Allah .

    SIDANG JUMAT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

    Allah berfirman dalam Surah al-Anam ayat 32:

  • 4

    Maksudnya: Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan

    permainan (yang sia-sia) dan hiburan (yang melalaikan), dan demi

    sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang

    bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?.

    Juga firman Allah dalam Surah al-Ankabut ayat 64:

    Maksudnya: Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala

    kesenangan dan kemewahan jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat)

    tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan; dan sesungguhnya

    negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benar hidup; kalaulah

    mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan

    hari akhirat).

    Ibnu Kathir dalam tafsirnya mengatakan bahawa kebanyakan kehidupan

    manusia di dunia ini adalah merupakan permainan dan senda gurau

    sahaja. Allah menegaskan bahawa kehidupan di dunia ini begitu

    rendah dan hina berbanding kehidupan di akhirat. Namun berapa ramai

    dalam kalangan kita menyedari perkara ini. Mengambil berat akan perihal

    ujian yang Allah turunkan kepada manusia ketika di dunia. Kita diuji

    oleh Allah dengan keseronokan dunia. Kita leka dengan ujian ini

    hingga akhirnya kita semakin lalai daripada mengingati Allah .

    SIDANG JUMAT YANG BERBAHAGIA,

    Al-Quran itu memang ternyata jelas menjadi petunjuk dan pedoman

    kepada umat manusia. Membawa manusia ke jalan kebenaran. Di

    dalamnya penuh nasihat, peringatan, perintah melaksanakan kebaikan

    dan menegah daripada melakukan kemaksiatan. Tidak sewajarnya kita

    membandingkan antara al-Quran dengan telefon pintar. Sangat jauh

    perbezaannya jika kita membandingkan perkara-perkara yang menjadi

  • 5

    keutamaan yang terkandung dalam al-Quran dengan berita-berita yang

    kita perolehi melalui telefon pintar.

    Firman Allah dalam Surah al-Hajj ayat 16:

    Yang bermaksud: Dan demikianlah pula Kami menurunkan al-Quran itu

    sebagai ayat-ayat keterangan yang jelas nyata; dan sesungguhnya Allah

    memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut

    peraturan dan undang-undang-Nya).

    Al-Quran lebih jelas dan nyata tanpa ada keraguan setiap huruf dan

    helaian muka suratnya. Manakala telefon pintar pula hanya bersandar

    kepada penerimaan dan penyebaran berita. Sama ada sahih atau tidak

    berita tersebut, kita sendiri tidak pasti. Justeru, mengapa kita

    membiarkan berita yang kita tidak pasti kesahihannya tersebar merata-

    rata tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Tidak perlulah kita bertanya

    kepada orang lain. Sebaliknya tanyalah kepada diri sendiri berapa lama

    masa yang kita ambil untuk membaca al-Quran sehari? Berbanding

    dengan melayani telefon pintar, mampukah kita membaca sehari sehelai

    muka surat al-Quran di samping mentadabbur isi kandungannya.

    Rasulullah bersabda:

    Maksudnya: Sesungguhnya Allah meninggikan darjat suatu kaum

    dengan sebab berpegang teguh kepada kitab ini (iaitu al-Quran) dan

    merendahkan kaum lainnya dengan sebab mengabaikan kitab ini.

    (Hadith riwayat Imam Muslim)

    SIDANG JUMAT YANG DIRAHMATI ALLAH ,

    Penggunaan telefon pintar yang semakin berleluasa perlu dimanfaatkan

    sebaik-baiknya. Ia perlu diletakkan pada kedudukannya yang sesuai

    sebagai alat komunikasi. Kita tidak nafikan bahawa telefon pintar juga

  • 6

    boleh digunakan untuk mencari ayat-ayat al-Quran, membaca dan

    mempelajari tafsirnya. Kecanggihan teknologi terkini membolehkan kita

    melayari internet untuk mendapatkan apa sahaja yang kita ingin tahu,

    malah kita juga boleh memuat turun perisian mushaf al-Quran melalui

    telefon pintar. Namun, berhati-hatilah dan pilih perisian yang betul agar

    kita tidak tersilap.

    Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar menyeru marilah kita

    mengarus perdanakan al-Quran dengan menanamkan sifat suka

    membaca al-Quran dalam diri kita. Budayakan kehidupan kita dengan

    bacaan al-Quran walaupun sehari satu ayat, sama ada ketika di rumah

    atau di mana sahaja. Pelajarilah segala pengajaran yang terkandung di

    dalamnya dan mengamalkannya untuk seluruh kehidupan kita agar kita

    memperolehi syafaat daripadanya.

    Rasulullah bersabda:

    Yang bermaksud: Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan

    datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada orang yang

    membacanya.

    (Hadith riwayat Muslim)

    Kesimpulannya khutbah pada hari ini menekankan tentang kepentingan

    al-Quran berbanding telefon pintar. Antaranya:

    1. Al-Quran adalah mukjizat agung, kitab suci dan kalam Allah

    yang diutuskan kepada Nabi Muhammad untuk panduan dan

    pedoman bagi seluruh umat Islam.

    2. Al-Quran ternyata jelas kebenaran segala isi kandungannya

    berbanding telefon pintar yang mendapat maklumat daripada

    sumber yang tidak pasti sahihnya.

  • 7

    3. Al-Quran memberi syafaat yang besar kepada orang-orang yang

    membacanya, memahami isi kandungannya dan mengamalkan

    segala perintah yang terkandung di dalamnya.

    Allah berfirman dalam Surah al-Munafiqun ayat 9:

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu

    dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak pinak kamu

    daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan

    (ingatlah) sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-

    orang yang rugi.

    .