it is the essence of genius to make use of the simplest...

24
1 Kemuliaan Kesederhanaan merupakan satu sifat terpuji. Bersederhana dalam semua perkara; tidak keterlaluan, memilih jalan pertengahan antara dua extremes. Kesederhanaan akan menjamin tidak berlakunya pemborosan. Antara sifat yang patut diamalkan ialah: (i) Sederhana dalam semua aspek kehidupan; (ii) Tidak membazir, (iii) Adil dalam tindakan; (iv) Bersikap terbuka (v) Berjimat cermat. Mereka yang bersikap keterlaluan dalam urusan, antara lainnya, suka menunjuk-nunjuk. Kerapkali pula mereka ini terdiri daripada golongan munafik yang suka berpura-pura. SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK It is the essence of genius to make use of the simplest ideas. Charles Peguy

Upload: phungkhue

Post on 08-Mar-2019

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

Kemuliaan Kesederhanaan merupakan satu sifat terpuji. Bersederhana

dalam semua perkara; tidak keterlaluan, memilih jalan pertengahan antara

dua “extremes”. Kesederhanaan akan menjamin tidak berlakunya

pemborosan. Antara sifat yang patut diamalkan ialah:

(i) Sederhana dalam semua aspek kehidupan;

(ii) Tidak membazir,

(iii) Adil dalam tindakan;

(iv) Bersikap terbuka

(v) Berjimat cermat.

Mereka yang bersikap keterlaluan dalam urusan, antara lainnya, suka

menunjuk-nunjuk. Kerapkali pula mereka ini terdiri daripada golongan

munafik yang suka berpura-pura.

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

It is the essence of genius to make use of the

simplest ideas. Charles Peguy

2

KEMULIAAN KESEDERHANAAN

Kesederhanaan adalah sikap yang menolak keterlaluan, sama ada

keterlaluan dalam menetapkan sesuatu peraturan, perbelanjaan dan

sebagainya. Kesederhanaan menimbulkan keadaan yang bersih, kemas,

selesa dan harmoni.

Sesuatu yang keterlaluan umpamanya hiasan yang berlebihan tidak

menyenangkan mata memandang.

Begitu juga orang yang suka menggunakan perkataan-perkataan yang

bombastic tidak begitu disenangi.

3

Dalam tugas seharian, sikap sederhana dalam percakapan, mengeluarkan

arahan, bergaul, berpakaian yang sopan dan lain-lain adalah sangat penting

bagi meningkatkan kecekapan sesuatu organisasi. Perbuatan seperti

melambatkan kerja, ponteng kerja dan melanggar disiplin tidak boleh

dibiarkan kerana ini bukan dianggap sederhana lagi.

“Only those who have the patience

to do simple things perfectly ever

acquire the skill to do difficult

things easily,”

Johann C. Schiller

4

TONGGAK 12 TONGGAK NOMBOR 4 : Kemuliaan Kesederhanaan

Amalan Positif (OK) Amalan Negatif (KO) jelas dan jitu dalam pemikiran,

penulisan dan percakapan

tidak tamakkan pangkat dan

kedudukan

tidak membazir dalam

perbelanjaan pejabat

bersifat pemaaf dalam pergaulan

boleh menerima teguran

berlaku adil dalam semua

tindakan

menepati janji

sedia menerima cadangan dan

nasihat

jujur dan ikhlas

merendah diri

bijaksana dalam membuat

pertimbangan

bermaruah dan berhemah tinggi

berjimat cermat

cermat dalam kata-kata

tidak memperagakan kemewahan

mesra dalam pergaulan

senang didampingi oleh semua

pihak

menonjol-nonjolkan diri

bercakap dengan menggunakan

perkataan “bombastic”

berkelakuan mengada-ngada

sombong dan meninggi diri

menyukarkan persoalan yang

mudah

memperbesar-besarkan perkara

kecil

kedekut atau berlebihan dalam

memenui keperluan organisasi

berlebih-lebihan mengampu ketua

memperagakan kemewahan dan

kedudukan

membazir dan merosakkan harta

kerajaan

kerap menghias diri di pejabat

bersifat melampau dan

keterlaluan dalam semua hal

( Tonggak Dua Belas, INTAN 1992 )

5

CONTOH AMALAN POSITIF

1. Sesuatu kerja yang dibuat hendaklah mudah difahami, tidak berbelit-

belit, tidak terlalu tebal dan tidak mengandungi terlalu banyak rajah

atau jadual yang tidak bersesuaian. Cadangan dalam kertas itu

hendaklah mudah dilaksanakan.

2. Dari segi peribadi, orang yang sederhana tidak meninggi diri, boleh

ditegur, sedia menerima kritikan, sedia menerima cadangan yang

membina, merendah diri dan bijaksana.

I believe that a simple and unassuming manner

of life is best for everyone, best both for the

body and the mind. Albert Einstein

7

CONTOH AMALAN NEGATIF

1. Kesederhanaan tidak bererti sambil lewa dalam penghasilan kerja.

Kalau ini dilakukan, maka sikap demikian timbul kerana kemalasan

dan tanpa disiplin serta tiada rasa tanggungjawab terhadap kualiti

pekerjaan.

2. Ketua yang senang diampu adalah contoh peribadi yang rendah dan

kurang disiplin dalam kepimpinan. Ketua yang tegas dan adil dapat

mengurangkan sifat suka mengampu ini.

9

MENGAMALKAN KESEDERHANAAN

DALAM HIDUP SEHARIAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat supaya

mengamalkan kesederhanaan dalam cara hidup seharian bagi menjamin

keharmonian dan perpaduan setiap kaum di negara ini.

Katanya, amalan kesederhanaan dapat mewujudkan budaya hormat

menghormati antara satu sama lain.

Menurutnya, rakyat perlu menolak kefahaman “ekstrem” serta fanatik

kerana ia tidak membawa sesiapa ke mana-mana.

10

Malah katanya, bukan sahaja sikap toleransi tetapi rakyat juga harus

memahami dan menerima secara total perbezaan setiap kaum.

"Dalam menjalani hidup ini, kita perlu terima hakikat yang kita berada

dalam negara yang dibina atas perlembagaan dan falsafah rukun negara

serta Gagasan 1Malaysia.

" Kalau kita pegang kepada cara kesederhanaan ini, walaupun kita masing-

masing ada cara hidup yang berbeza, kita masih boleh hidup dalam

keadaan aman damai. Ini terjadi kerana adanya rasa hormat-menghormati

antara satu sama lain," katanya.

Everything should be made as simple as possible, but

not simpler. Albert Einstein

11

Katanya perkara yang mampu mencuit perasaan dan sensitiviti mana-mana

kaum di negara ini juga perlu dielakkan.

All the great things are simple, and

many can be expressed in a single word:

freedom, justice, honour, duty, mercy,

hope.--Winston Churchill

12

KE ARAH KESEDERHANAAN

1. Kesederhanaan Pertuturan

Pertuturan dalam erti kata yang lain adalah menghormati kebenaran dan

menghormati kebajikan orang lain. Ini bermaksud kita mengelakkan diri

daripada berbohong, menyebarkan khabar-khabar angin, mengeluarkan

kata-kata yang menyakitkan orang lain dan bercakap sia-sia.

Biasanya kita pandang ringan terhadap kuasa pertuturan dan kurang

mengawal fakulti pertuturan kita. Kebanyakan masalah dan salah faham

mungkin dapat dielak jika kita berfikir sebelum bertutur dan bertutur

dengan jujur serta bersopan-santun.

Sebaliknya lidah yang tidak „dijinakkan‟ boleh mendatangkan

pertelingkahan dalam keluarga, lebih-lebih lagi peperangan antara negara.

Pernah kita berasa sakit hati kerana percakapan tajam seseorang itu, begitu

juga kita pernah digalakkan dengan kata-kata yang tidak disukai.

Adakalanya kata-kata yang menyakitkan boleh mendatangkan penderitaan

yang lebih buruk daripada senjata. Sebaliknya pula, pertuturan yang betul

mungkin dapat mengubah fikiran dan minda seseorang penjenayah.

13

Maka untuk hidup dalam satu masyarakat yang harmoni, perlulah kita

mengawal, memelihara dan menggunakan pertuturan secara positif. Cuba

kita mengatakan pertuturan yang benar, membawa keharmonian, sopan

dan bermakna.

Dalam konteks Pertuturan yang Betul, kita elakkan diri

daripada :

i. Bercakap bohong (false speech)

14

ii) Menyebarkan khabar angin

Boleh memecahbelahkan persaudaraan ataupun menyebarkan satu

kenyataan palsu yang boleh merosakkan kehormatan orang lain (slander).

iii) Pertuturan yang menyakitkan (harsh word).

iv) Bercakap sia-sia yang tidak bermanfaat (gossip).

Biasanya pertuturan begini menghiburkan diri-sendiri dan

merosakkan imej orang lain.

15

2. Kesederhanaan Perbuatan

2.1 Menghormati/menghargai nyawa

Setiap makhluk walau sekecil mana pun saiz makhluk itu menghargai

nyawa masing-masing, takut kepada dendaan, takut kepada kematian.

Kita sepatutnya mengelakkan daripada mengambil nyawa yang kita

sendiri tidak boleh berikan itu dan cuba elakkan diri daripada

mencederakan makhluk lain.

2.2 Menghormati hak milik orang lain

Mengelakkan diri daripada perbuatan mencuri dan sebaliknya hidup

secara jujur. Mengambil apa yang dimiliki orang lain tanpa kebenaran

adalah seperti mengambil kebahagiaan orang lain. Tiada sesiapa yang

ingin dirompak atau dicuri. Perbuatan merompak pula boleh

melibatkan kekerasan, kezaliman dan juga pembunuhan.

16

2.3 Menghormati perhubungan peribadi

(personal relationship)

Perbuatan yang Betul adalah mengelakkan diri daripada perhubungan

seks yang tidak wajar. Kawalan ke atas diri adalah lebih diperlukan

daripada cuma bacaan melalui buku-buku sahaja. Nafsu seks

merupakan “impulse” yang paling kuat dalam manusia. Seseorang

yang menjadi hamba kepada nafsu ini walau betapa berkuasapun, ia

akan jatuh dari paras yang tertinggi ke paras yang rendah.

The firm, the enduring, the simple,

and the modest are near to virtue.

Confucius

17

3. Pekerjaan yang Betul

Pekerjaan yang Betul bermaksud mencari nafkah tanpa mendatangkan

keburukan kepada makhluk yang lain. Jikalau seseorang atau sesuatu

komuniti menyerah diri kepada kuasa dosa dengan mempergunakan orang

lain, ketenteraman dan keharmonian dalam masyarakat itu akan terancam.

Pekerjaan yang Betul bertujuan membawa perubahan kepada seluruh

kewujudan secara kolektif, pembentukan satu masyarakat yang “ideal”.

Pilihlah apa-apa jenis pekerjaan yang halal asalkan ia tidak mengakibatkan

kesengsaraan kepada makhluk lain.

Sederhana dalam erti meninggalkan kemewahan dan sikap

berlebihan dalam kemudahan dunia adalah sikap terpuji.

Baik dalam pakaian, makanan, minuman, kenderaan,

tempat tinggal dan lain-lain. “Makan dan minumlah kalian

dan jangan berlebih-lebihan, sesungguhnya Dia membenci

orang-orang yang berlebih-lebihan” (QS Al-Araf [7]: 31)

18

4. Usaha yang Betul

Manusia sekarang mudah menjadi terburu-buru dan menjadi tegang.

Ekspresi, percakapan dan pergerakan mereka jarang menunjukkan

ketenteraman. Jika kita berdiri di satu sudut di jalan raya yang sibuk dan

perhatikan air muka manusia yang lalu-lalang, kita akan dapati

kebanyakan daripada mereka nampaknya gelisah dan tidak tenteram.

Terdapat kesemuanya empat aspek dalam Usaha yang Betul:

4.1 Menghalang timbulnya fikiran yang tidak rasional dan negatif.

4.2 Menghapuskan fikiran tidak rasional dan negatif yang telah

timbul.

4.3 Memupuk pemikiran rasional, positif dan kreatif yang belum

timbul.

4.4 Mengekalkan dan mengembangkan pemikiran rasional, positif

dan kreatif yang telah timbul.

Inilah usaha-usaha yang patut kita lakukan dalam kehidupan.

19

4.1 Menghalang Timbulnya Fikiran Yang Tidak Rasional

dan Negatif

Fikiran yang tidak rasional dan negatif termasuk tamak haloba,

kebencian dan kejahilan (delusion). Seseorang itu berusaha memupuk

tenaga dan memperkuatkan mindanya. Sebarang fikiran tidak

rasional dan negatif dan berdosa yang timbul disebabkan rangsangan

luar (melalui penglihatan, pendengaran, menghidu, merasa dan

perasaan jasad) akan dapat dikawal oleh seseorang dengan usaha yang

bersungguh-sungguh.

4.2 Menghapuskan Fikiran Tidak Rasional Dan Negatif

Yang Telah Timbul

Berazam kuat untuk menghapuskan fikiran tidak rasional dan

berdosa yang telah timbul. Seseorang itu berusaha menolak dan

menghilangkan fikiran yang negatif.

20

4.3 Memupuk Pemikiran Rasional, Positif Dan Kreatif

Yang Belum Timbul

Seseorang itu bersungguh-sungguh memperkuatkan mindanya. Usaha

diberikan dalam memperkembangkan faktor-faktor Pencerahan

seperti kesedaran, ketenteraman, tumpuan dan kegembiraan.

4.4 Mengekalkan Dan Mengembangkan Pemikiran Rasional,

Positif dan Kreatif Yang Telah Timbul

Mengekalkan objek yang bersesuaian untuk penumpuan.

Keempat-empat usaha ini diperlukan untuk penumpuan minda. Usaha,

kesedaran dan Tumpuan yang Betul adalah saling bergantung dalam

memastikan kejayaannya.

21

5. Kesedaran yang Betul

Kesedaran yang Betul amat diperlukan dalam kehidupan kita setiap hari.

Kesedaran yang Betul bermaksud sentiasa sedar akan segala yang kita

lakukan pada setiap masa, sama ada daripada segi kelakuan, pertuturan

ataupun fikiran.

Kita mesti selalu sedar dan membuat pemerhatian terhadap perkara-

perkara yang berlaku di sekeliling kita. Jangan menjadi seorang pelalai

yang tidak mengawal perbuatan, pertuturan dan fikiran yang dipenuhi

dengan sifat tamak, kegusaran dan kejahilan.

Minda merupakan sesuatu yang amat mengagumkan. Kalau kita

dibandingkan dengan magnet, minda kita adalah semacam daya magnet

yang tidak dapat dilihat atau disentuh tetapi ia mempunyai kuasa yang

menakjubkan. Kesedaran yang Betul mengawal seseorang daripada

terbabas daripada jalan yang betul dan sebaliknya menggalakkan seseorang

itu untuk melakukan apa yang betul. Kesedaran yang Betul ialah faktor

mental yang mempertajamkan lagi daya pemerhatian kita dan menolong

kita dalam memperolehi fikiran dan pandangan yang betul.

22

6. Tumpuan yang Betul

Tumpuan yang Betul merupakan proses melatih fikiran menumpu kepada

sesuatu objek. Objek itu boleh merupakan satu benda yang wujud seperti

bunga atau konsep seperti kasih sayang.

Ketenteraman atau ketenangan minda bukan satu kelemahan. Tidaklah

susah bagi seseorang untuk bertenang pada masa biasa, tetapi adalah susah

dikekalkan apabila sesuatu masalah timbul. Ia memperkembangkankan

minda sehingga mencapai kebijaksanaan dan menghapuskan kejahilan.

In character, in manners, in style,

in all things, the supreme excellence

is simplicity.

--Henry Longsworth Longfellow

23

Orang Yang Suka Menggunakan Perkataan-

Perkataan Yang “Bombastic” Tidak Begitu

Disenangi.

Tuhan menjadikan manusia amat istimewa dan berbeza dengan

makhluk-Nya yang lain. Antara keistimewaannya yang paling utama ialah

Tuhan menciptakan akal untuk manusia berfikir dan lidah untuk berbicara.

Justeru, lidah menjadi jurubicara menyampaikan apa yang terasa dalam

hati dan terlintas dalam fikiran manusia.

Keupayaan berbicara merupakan nikmat Tuhan yang begitu besar kepada

seseorang manusia. Manusia perlu menggunakan lidahnya untuk berbicara

perkara-perkara yang berfaedah. Justeru, nikmat kebolehan berbicara ini

wajib dihargai, disyukuri dan digunakan dengan sebaik-baiknya mengikut

landasan syarak.

Beauty of style and harmony and

grace and good rhythm depend on

simplicity. Plato (The Republic)

24

Jika ada kesilapan bahasa atau

kata-kata yang menyinggung perasaan.

Dengan ikhlas saya menyusun sepuluh jari,

mohon ampun dan maaf.

Sekian, terima kasih.

Jika anda memerlukan perkhidmatan daripada Sektor Psikologi dan Kaunseling, sila

hubungi kami :

SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

No. Telefon : 05-5015258

No. Fax : 05-5267945

e-mel : 1govuc\khadijah.mohd.moe