the maskot

Upload: faith-ling

Post on 10-Jan-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

the maskot

TRANSCRIPT

The Maskot

SinopsisCathy Anderson merupakan guru pelatih yang mengajar kanak-kanak berumur 11 hingga 13 tahun dan mendapat tutor bernama Mrs. Clem.Permasalahan berlaku apabila cara Mrs. Clem memperkenalkan Cathy kepada murid-muridnya menyebabkan dirinya seperti mascot.Mrs. Clem berat hati untuk memberi peluang kepada Cathy untuk mengajar. Masalah lain timbul apabila Mrs Clem meminta Cathy memperkenalkan St. Patricks Day dan agama lain kepada murid-murid secara tiba-tiba tanpa membuat sebarang persediaan.Mrs Clem meminta Cathy mengajar tajuk pendidikan seksual. Apabila Cathy mengajar tajuk ini, tiba-tiba Mrs Clem mengganggunya dengan maklumat yang salah tentang cara penyebaran Aids.

Cathy juga merancang pengajarannya untuk menggunakan Science Kit sebagai bahan bantu mengajar. Namun, masalah timbul antara Mrs. Clem dan Cathy. Cathy telah mengingatkan Mrs. Clem untuk membawa Science Kit tersebut. Namun, apabila Cathy bertanya, Mrs Clem mengatakan bahawa Science kit itu berada di kereta. Cathy ingin mengambil tetapi Mrs. Clem tidak membenarkannya. Beliau mengatakan bahawa dia akan mengambilnya dan letak di dalam kelas.

Keesokan hari di dalam kelas, dia mendapati Science Kit yang diingini tiada di kelas. Cathy meminta sekali lagi kepada Mrs. Clem. Mrs Clem menyuruh Cathy membawa seorang murid untuk mengambilnya. Cathy meminta Tai mengikutnya mengambil Science Kit tersebut tetapi Mrs Clem mahu Jabar mengambilnya. Apabila Science Kit telah diambil, Cathy meneruskan pengajarannya. Namun, Jabar tidak memberikan perhatian dengan mengganggu rakan yang lain. Cathy menegur Jabar dan Jabar keluar dari kelas.Mrs Clem berkata bahawa tindakan itu adalah hak Jabar sebagai seorang murid. Cathy tidak mahu bertelagah dan setelah itu, Cathy mendenda Jabar dengan menahannya keluar rehat lewat 15 minit tetapi Mrs Clem membenarkan Jabar keluar rehat selepas 10 minit. Tindakan ini dikesani oleh Cathy. Cathy mengambil keputusan untuk berjumpa Jabar dan bertanya sebab Jabar berkelakuan nakal. Jawapannya ialah Jabar menyangka Cathy tidak menyukainya.

Justeru, Cathy mahu menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Cathy sedar hubungan yang kurang mesra dan tiada persefahaman antara Mrs. Clem banyak mempengaruhi tingkah laku murid dan mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran.

WatakCathy Anderson

Seorang guru praktikum selama 8 minggu yang mengajar kelas bagi kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 11 hingga 13 tahun yang kesemuanya murid murid lelaki.Beliau mengharapkan tunjuk ajar dari Mrs. Clem kerana ini adalah pengalaman yang baru baginya. Beliau masih keliru tentang apa yang perlu diadaptasikan untuk mengajar. Beliau ingin belajar dengan Mrs. Clem kerana Mrs. Clem seorang guru yang berpengalaman kerana telah mengajar selama 20 tahun.

Mrs. ClemBeliau merupakan guru kelas yang telah ditetapkan sebagai tutor kepada Cathy. Beliau menganggap murid di dalam kelasnya adalah seperti keluarganya dan melayan murid-muridnya seperti anaknya di rumah.Pada awal kehadiran Cathy, Mrs. Clem banyak mengadu kepada kelasnya tentang kesusahannya dalam bertanggungjawab menyediakan murid-murid ke arah masa depan mereka. Beliau seorang yang autokratif dan tidak boleh menerima teguran orang lain tentang pengajarannya.JabarSeorang pelajar yang cerdik .Dia sering mengganggu rakan lain agar rakannya tidak dapat menyiapkan kerja yang diberikanoleh guru lebih awal daripadanya.Jabar merupakan murid pilihan Mrs. Clem kerana selalu mendapat perhatian yang utama di dalam kelas berbanding rakan rakannya yang lain.Masalah yang dihadapiCara Mrs. Clem memperkenalkan Cathy kepada murid-muridnya menyebabkan dirinya seperti mascot.Mrs Clem mengubah isi pengajarannya dan menyuruhnya melakukan sesuatu yang diluar jangkaannya. Cathy hendak mengajar St Patrick Day namun Mrs Clem menyuruh beliau mengajar agama lain.Mrs Clem meminta Cathy mengajar tajuk pendidikan seksual. Apabila Cathy mengajar tajuk ini, tiba-tiba Mrs Clem mengganggunya dengan maklumat yang salah tentang cara penyebaran Aids.

Sebelum Cathy mengajar Science, Cathy hendak mengambil Science Kit namun Mrs Clem tidak membenarkannya. Mrs Clem berjanji akan mengambilnya ke kelas namun beliau tidak berbuat demikian.Mrs Clem tidak menghormati keputusan Cathy. Pada masa itu, Cathy menyuruh Tai dan Judy untuk menolong beliau mengambil Science Kit, namun Mrs Clem mahu Jabar mengambilnya.

Apabila dia keluar daripada kelas untuk mengambil science kit dan apabila pulang daripada mengambil science kit itu, Jabar dan tujuh orang murid sedang berkerumun untuk menyiapkan science kit tersebut. Semua itu kerana arahan Mrs. Clem mendahului arahannya. Kelas tersebut akan menjadi bising apabila Cathy tidak berada di dalam kelas.Apabila kelas bermula, Jabar tidak memberikan perhatian dengan mengganggu rakan yang lain. Cathy menegur Jabar dan Jabar keluar dari kelas. Mrs Clem berkata bahawa tindakan itu adalah hak Jabar sebagai seorang murid. Cathy mendenda Jabar dengan menahannya keluar rehat lewat 15 minit tetapi Mrs Clem membenarkan Jabar keluar rehat selepas 10 minit.Jabar juga kerap menunjukkan tindak balas atau rangsangan negatif apabila ditegur oleh Cathy. Alasannya ialah dia merasakan Cathy tidak menyukainya sepertimana Mrs. Clem yang selalu memberi perhatian kepadanya.

Mrs. Clem dilihat sebagai masalah utama yang menyebabkan kepada isu isu atau permasalahan lain yang telah tercetus kepada Cathy yang merasakan dirinya sebagai mascot kepada Mrs. Clem. Sikapnya dan perangainya langsung tidak mencerminkan ciri ciri seorang guru yang efektif. Lorin W. Anderson (1989) menerangkan bahawa guru yang efektif tahu apa yang ingin diajar, prihatin terhadap murid dan melayan mereka dengan rasa hormat serta mampu untuk membuat keputusan yang bijak.

Antara isu isu atau peristiwa yang menunjukkan Mrs. Clem bukannlah seorang guru yang efektif Mrs. Clem bersungut tentang kehidupannya yang sibuk terhadap murid muridnya. Mrs. Clem tidak berpendirian tetap dan sesuka hati mengubah sesuatu malah memberikan maklumat yang salah kepada murid tentang Aids. Mrs. Clem juga seorang yang tidak suka ditegur dan dibetulkan kesalahannya. iv. Mrs. Clem juga tidak memperkenalkan Cathy dengan baik pada sesi perkenalan Cathy dengan murid kelasnya buat pertama kali.v. Selepas rehat, Jabar, Isaac dan Thomas sedang bergaduh di atas lantai sedangkan Mrs. Clem turut berada dalam kelas.

Model-Model yang boleh dilihat dalam Kes iniModel SkinnerMenurut Skinner, pengukuhan positif merupakan rangsangan yang diberikan untuk menggalakkan dan mendorong murid-murid mengulangi rangsangan atau sikap yang baik. Contohnya, semasa Cathy menjalankan proses p&p, dia menyediakan goodwork tickets iaitu ganjaran bagi murid yang menyiapkan kerja sekolah dengan cepat. Model SkinnerPengalaman yang lalu juga akan mempengaruhi tindakan yang selanjutnya.Sebagai contoh, Mrs Clem semakin beranggapan negatif terhadap Cathy selepas peristiwa Cathy tidak bersetuju dengan pandangan beliau dalam pengajaran dan tindakan Cathy mengkritik gaya pembelajaran Mrs Clem telah menyebabkan Cathy tidak diberi peluang untuk mengajar.

Model SkinnerKonflik ini berlaku sehingga memberikan Jabar pelbagai imuniti untuk melakukan sebarang masalah disiplin seterusnya menyebabkan Cathy tidak dapat mengawal Jabar. Ringkasnya, pengalaman lalu merupakan konsekuen yang membawa kepada kawalan tingkah laku yang berubah dalam persekitaran kini.

Model Akibat LogikalDreikurs menyatakan bahawa disiplin bukan hukuman sebaliknya kawalan diri. Berdasarkan kajian kes, ia berkaitan dengan keperluan dalam menginginkan perhatian murid-murid daripada guru.Sebagai contoh, Jabar mengganggu tumpuan rakan lain ketika Cathy memberi kerja. Selain itu, terdapat situasi di mana Mrs Clem mencelah dengan menyuruh Jabar mengambil science kit itu. Setelah mengambilnya, Jabar langsung tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran Cathy.Model Akibat Logikalkeperluan dalam membalas dendam seperti yang ditunjukkan oleh Jabar keluar dari kelas, tidak menumpukan perhatianDia tidak menghormati kepada Cathy kerana menyangka Cathy tidak menyukainya. Konflik terus berlaku apabila Mrs Clem melepaskan Jabar sebelum pernahanan Jabar selesai. Jabar semakin hilang hormat kepada Cathy kerana Mrs Clem lebih berkuasa daripada Cathy. Model Akibat LogikalMrs Clem menggunakan kuasa yang diberi secara autokratik. Segala pandangan Cathy ditolak mentah dan mereka bertelagah di hadapan murid-murid setelah Cathy memberikan hadiah sebagai ganjaran kepada murid yang menyiapkan kerja dengan cepat. Rasa berkuasa juga timbul dalam diri Jabar setelah Mrs Clem menyuruh dia mengambil science kit. Penggunaan model ini dapat memupuk autonomi di mana murid bertanggungjawab ke atas tindakan mereka. Tetapi, ia agak sukar untuk mengenalpasti akibat logikal yang setimpal dengan salah laku tertentu.

Model Terapi Realiti GlasserSetiap individu supaya memenuhi keperluan dan kehendak sendiri tanpa mengganggu keperluan dan kehendak individu lain. Ini dibuktikan melalui sikap keinginan untuk dipunyai oleh Jabar. Dia berkelakuan nakal kerana menyangka Cathy tidak menyukainya.Model Terapi Realiti Glasser Sikap manusia yang ingin memiliki kuasa -Jabar.Mrs Clem memilih Jabar untuk membantu Cathy mengeluarkan science kit. Model Terapi Realiti GlasserModel ini berkesan bagi guru permulaan untuk pelan pengurusan bilik darjah yang sistematik dan berstruktur. Tetapi, tidak semua murid berupaya menyelesaikan masalah tingkah laku masing-masing kerana mereka belum mencapai kematangan emosi, psikologi atau perkembangan.Langkah-langkah untuk mengatasi kes tersebutGuru perlu mengekalkan suasana pembelajaran yang positif supaya dapat mempengaruhi tingkah laku positif daripada murid-murid sesuai dengan model Modifikasi Tingkah Laku Skinner. Bagi murid yang sering membuat bising dan mengganggu murid lain semasa guru mengajar seperti Jabar, kaedah time-out boleh digunakan.Guru perlu memberi peluang kepada murid untuk memperlihatkan kemampuan mereka tetapi jangan sampai terlalu memberi kepercayaan atau kuasa kepada mereka. Pendekatan reverse phsycology juga sesuai digunakan bagi murid yang suka melawan dan tidak mengikut arahanCathy pula seharusnya melibatkan semua murid dalam proses p&p supaya tidak ada seorang pun dianggap tersisih seperti Jabar. Perhatian yang lebih perlu diberi kepada murid yang sukar dikawal. Selain itu, Cathy dan Mrs Clem hendaklah berbincang dengan mengenalpasti punca masalah yang berlaku antara mereka dan berusaha untuk mengatasinya bersama-sama.Mrs. Clem perlu adil terhadap muridnya.Isu bagi kes ini ialah Mrs. Clem tidak menunjukkan ciri ciri guru efektif malah pendekatan terlalu memilih kasih terhadap Jabar menyebabkan Jabar berkelakuan negatif terhadap Cathy. Kemungkinannya, Jabar beranggapan bahawa perhatian yang tidak sama antara Cathy dan Mrs. Clem terhadapnya menunjukkan bahawa Cathy tidak menyukainya.