isu

5
‘TANGGUNGJAWAB MENDISIPLINKAN MURID: PERSELISIHAN TINDAKAN ANTARA IBU BAPA DAN GURU’. Isu kemerosotan disiplin sekolah dan masalah yang berkaitan dengannya pada masa ini sudah banyak diperkatakan oleh para pentadbir pendidikan, pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Masalah disiplin yang melibatkan murid sekolah begitu menjadi-jadi dan ini amat meresahkan para ibu bapa serta masyarakat umum. Kemerosotan disiplin yang berlaku dalam kalangan murid baik sekolah rendah, mahupun sekolah menengah agak membimbangkan dan akan menjadi kritikal sekiranya tidak dibendung dengan lekas dari peringkat awal lagi. Oleh hal yang demikian, perkara ini tidak boleh dipandang enteng dan remeh kerana ia membabitkan sistem pendidikan negara dan juga melibatkan semua penduduk dan rakyat Malaysia. Di sini terungkap pelbagai persoalan dalam polemik berkenaan langkah mendisiplinkan murid. Persoalan-persoalan yang terungkap itu ialah ‘siapakah yang bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid yang sebenarnya? Ibu bapa atau guru’, ‘apakah tindakan guru di sekolah tidak sesuai untuk mendisiplinkan murid sehingga ibu bapa sanggup menyaman guru di makkamah kerana dituduh mencederakan anak mereka?’ atau ‘apakah tindakan guru mendisiplinkan murid salah di mata ibu bapa dan tindakan ibu bapa sahaja yang betul dalam mendisiplinkan murid?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tanggungjawab bermaksud kewajiban yang dipikul oleh seseorang. Manakala, perkataan disiplin pula membawa erti latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. Menurut

Upload: yingying1102

Post on 03-Oct-2015

18 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

TANGGUNGJAWAB MENDISIPLINKAN MURID: PERSELISIHAN TINDAKAN ANTARA IBU BAPA DAN GURU.

Isu kemerosotan disiplin sekolah dan masalah yang berkaitan dengannya pada masa ini sudah banyak diperkatakan oleh para pentadbir pendidikan, pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Masalah disiplin yang melibatkan murid sekolah begitu menjadi-jadi dan ini amat meresahkan para ibu bapa serta masyarakat umum. Kemerosotan disiplin yang berlaku dalam kalangan murid baik sekolah rendah, mahupun sekolah menengah agak membimbangkan dan akan menjadi kritikal sekiranya tidak dibendung dengan lekas dari peringkat awal lagi. Oleh hal yang demikian, perkara ini tidak boleh dipandang enteng dan remeh kerana ia membabitkan sistem pendidikan negara dan juga melibatkan semua penduduk dan rakyat Malaysia. Di sini terungkap pelbagai persoalan dalam polemik berkenaan langkah mendisiplinkan murid. Persoalan-persoalan yang terungkap itu ialah siapakah yang bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid yang sebenarnya? Ibu bapa atau guru, apakah tindakan guru di sekolah tidak sesuai untuk mendisiplinkan murid sehingga ibu bapa sanggup menyaman guru di makkamah kerana dituduh mencederakan anak mereka? atau apakah tindakan guru mendisiplinkan murid salah di mata ibu bapa dan tindakan ibu bapa sahaja yang betul dalam mendisiplinkan murid? Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tanggungjawab bermaksud kewajiban yang dipikul oleh seseorang. Manakala, perkataan disiplin pula membawa erti latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. Menurut Foucault (1977), disiplin merupakan satu bentuk pengawasan dan membiasakan amalan yang dikehendaki. Pada pandangan beliau, sekolah dilihat sebagai sebuah mesin pedagogi dan pelajar-pelajar didisiplinkan supaya mematuhi peraturan-peraturan yang digariskan di sekolah tersebut. Berbagai-bagai cara mendisiplinkan murid dijalankan seperti dengan mengadakan jadual waktu, sistem pastoral, buku kedatangan, perhimpunan, pakaian seragam, peperiksaan, pengredan dan sebagainya. Mok Soon Sang (1995) pula berpendapat, dalam konteks masyarakat, disiplin bermaksud peraturan yang dipersetujui oleh ahli-ahli bagi mewujudkan tingkah laku yang sesuai demi menjamin kesempurnaan kehidupan mereka dalam masyarakat itu. Manakala pada peringkat sekolah pula, disiplin adalah peraturan yang dikenakan ke atas murid-murid dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman ataupun ganjaran. Perkataan murid pula ditakrifkan sebagai pelajar atau penuntut (Kamus Dewan, 1996). Pelajar adalah golongan orang yang belajar atau menuntut di sekolah, maktab, institusi-institusi pendidikan atau universiti. Pelajar juga membawa maksud, sesiapa yang berada di bangku sekolah dan bertujuan untuk mendapatkan pelajaran secara formal sama ada di sekolah menengah ataupun sekolah rendah. Ibu bapa dihuraikan sebagai: A parent is a mother or father, one who sires or gives birth to/or nurtures andraises an offspring. The different roles of parents vary throughout the tree of life, and are especially complex in human culture.Sumber: (http://en.wikipedia.org/wiki/Parent) Wikipedia,freeencyclopediaBerdasarkan definisi ibu bapa di atas, jelas menyatakan bahawa ibu bapa merupakan individu yang memberikan kelahiran atau menjaga dan meneruskan keturunan. Konsep ibu bapa ini juga mempunyai pelbagai definisi. Kebanyakan definisi ini mempunyai maksud yang seakan sama iaitu melibatkan ibu, ayah atau juga dipanggil sebagai individu yang mewujudkan generasi baru.Menurut Kamus Dewan (1996), guru bermaksud orang yang mengajar, pendidik, tenaga pengajar, dan pengasuh. Dari segi tanggungjawab, guru bertindak sebagai kaunselor, pengadil, polis, hakim, pelakon, kerani, jururawat, pensyarah, penulis, setiausaha, pekerja sosial dan lain-lain di dalam sekolah bagi memenuhi dan menjunjung Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru perlu cekap memberikan kebebasan kepada pelajar dalam menggunakan kebolehan mereka. Kecekapan guru juga merangkumi kebolehan berkomunikasi dengan orang lain, membawa idea-idea baru, membuat keputusan, sentiasa membuat kajian dan berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif. Guru adalah model yang menjadi contoh kepada para pelajar. Selain itu, guru bertanggungjawab membina hubungan dengan setiap murid dan memandang mereka sebagai individu yang unik dan suci. Pendek kata, pendefinisian ini melibatkan tiga pihak, iaitu ibu bapa, murid dan guru yang merupakan individu yang terlibat dalam persekitaran mendisiplinkan murid dan seterusnya pengurusan disiplin di bik darjah.Secara keseluruhannya, isu yang akan dibincangkan kali ini adalah berkaitan dengan perselisihan tindakan antara guru dan ibu bapa dalam mendisiplinkan atau erti kata lain membentuk sahsiah murid-murid di dalam bilik darjah. Dalam penulisan ini, akan dirungkai segala permasalahan yang berkaitan dengan pertelingkahan antara guru dan ibu bapa. Pertelingkahan yang saya maksudkan di sini ialah, ibu bapa tidak senang dengan tindakan guru yang memberikan dendaan fizikal ke atas anak mereka dan seterusnya ibu bapa memutuskan untuk bertindak balas ke atas tindakan guru tersebut seperti menyaman guru itu di mahkamah, mencederakan guru tersebut dan sebagainya. Selain itu, saya juga akan membincangkan mengenai faktor berlakunya masalah perselisihan tindakan ibu bapa dan guru dalam mendisiplinkan murid, kesan masalah ini kepada institusi pendidikan, murid, guru dan ibu bapa serta cara-cara mengatasi masalah ini daripada berlaku. Kesimpulannya, pihak ibu bapa janganlah menyalahkan pihak sekolah dan pihak sekolah pula tidak patut menuding jari itu adalah kesilapan ibu bapa. Setiap insan yang terlibat dengan sepatutnya bertanggungjawab dalam membendung gejala ini tanpa kompromi. Komitmen dan kerjasama yang jitu dan padu amat diperlukan daripada semua pihak agar masalah yang diibaratkan sebagai duri dalam daging ini dapat dibendung dengan baik. Hal ini demikian kerana tiada penyakit yang tiada penawarnya. Maka, langkah-langkah yang konkrit, sistematik, dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar isu ini dapat diatasi dengan segera. Antara langkah yang dapat diambil adalah Sekiranya setiap langkah tersebut dikuatkuasakan dan disemai dalam setiap jiwa individu maka, tidak dapat dinafikan bahawa isu perselisihan faham antara pihak ibu bapa dan guru dalam mendisiplinkan murid dapat dibendung dengan segera dan dengan ini diharapkan pada masa akan datang tiada lagi kes-kes yang melibatkan murid cedera parah akibat dibelasah guru, atau guru ditetak oleh ibu bapa kerana merotan murid atau guru disaman ibu bapa kerana menghukum murid murid makan rumput dan sebagainya. Diharapkan pada masa hadapan, perjalanan sistem pendidikan kita berjalan semakin lancar dan tiadanya masalah sedemikian berlaku lagi.