isu wahabi di malaysia

Upload: syafiq-aiman-naqsya

Post on 05-Jan-2016

66 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

isu wahabi yang ada di Malaysia, Sama sama ambil perhatian dan tindakan,

TRANSCRIPT

  • Isu Wahabi Di Malaysia : Suatu Pengenalan

    Sejak kebelakangan ini, isu Salafi Wahhabi menjadi buah mulut masyarakat di Malaysia,

    khususnya di kalangan ahli ilmu. Dikatakan bahawa, kefahaman Salafi Wahhabi telah tersebar

    meluas dalam masyarakat IPTA khususnya di Malaysia. Jadi, apakah gerakan ini dan apakah

    matlamat mereka dalam menyebarkan ajaran mereka di dalam masyarakat.

    Kalau di Mesir khususnya, isu Salafi Wahhabi sememangnya tidak pernah padam

    dibincangkan. Ini kerana, golongan Salafi Wahhabi di sini sememangnya berkembang secara

    meluas. Jadi, kebanyakkan ulama-ulama muktabar di Al-Azhar berusaha untuk melawan arus deras Wahhabisme di Mesir. Ulama-ulama seperti Dr. Ali Jumah (mufti Al-Azhar), Dr. Omar abu Hasyim (bekas rektor Al-Azhar) dan kebanyakkan ulama-ulama hadis, falsafah dan syariah di Al-Azhar menentang fahaman Wahhabi dalam penulisan mahupun

    dalam pidato mereka.

    Mengapa perlu melawan arus Wahhabisme? Siapakah Wahhabisme? Apakah matlamat

    mereka?

    Secara ringkasnya, kumpulan Salafi Wahhabi diasaskan oleh Muhammad Abdul Wahab.

    Beliau menganggap umat Islam setelah zaman salaf (zaman Rasulullah s.a.w. sehingga 300

    Hijrah) telah mengalami kepincangan khususnya dari sudut aqidah dan terlibat dengan amalan

    bidah.

    Beliau beranggapan begitu apabila beliau melihat fenomena umat Islam pada ketika itu yang

    terlalu mengagungkan para wali, sering menziarahi kubur mereka, dan pelbagai lagi perkara

    yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., yang dilakukan oleh umat Islam setelah

    zaman salaf.

    Golongan utama yang menjadi sasaran Muhammad ibn Abdul Wahab dan para pengikutnya

    ialah golongan sufi yang giat mengembangkan ilmu akhlak dan adab dalam bermuamalah kepada Allah dan makhluk. Mereka menuduh golongan sufi menyembah kubur para wali dan

    meminta pertolongan dari para wali, dan seterusnya membuktikan golongan sufi ialah

    golongan yang syirik.

    Dari sudut aqidah pula, golongan Wahhabi terpengaruh dengan fahaman Shiekh Ibn Taimiyah

    dan mereka menyerang mazhab-mazhab asas ahlul sunnah wal jamaah sejak berzaman, iaitu

    mazhab Imam Al-Asyari (mazhab aqidah di Malaysia) dan mazhab Imam Al-Maturidiyah.

    Bukan itu sahaja, malah mereka turut menyerang mazhab-mazhab fiqh termasuklah mazhab

    As-Syafie dan mereka menganggap hanya merekalah yang benar dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah, sedangkan perbezaan pendapat yang bercanggah dengan mazhab mereka

    dianggap sesat dan salah, bahkan sampai ke tahap membidahkan pendapat mazhab yang kontra dengan mereka.

    Pelopor-pelopor mereka pada zaman ini termasuklah Sheikh al-Albani, Sheikh Ibn Baz,

    Sheikh Al-Uthaimin, dan Sheikh Abu Bakar al-Jazairi. Benteng terbesar golongan tersebut ialah di Arab Saudi, dan mereka bernaung di bawah naungan kerabat kerajaan Bani Saud, kerana unsur-unsur sejarah di mana golongan Wahhabilah yang membantu Bani Saud mendapatkan tahkta kerajaan di Tanah Hijjaz (Arab Saudi kini).

  • Kini, golongan tersebut terus menebarkan sayapnya ke serata alam dengan pelbagai cara

    termasuklah dengan menggunakan wang, mengedarkan buku-buku percuma tentang fahaman

    mereka kepada jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia, menanam fahaman Wahhabi

    kepada para pelajar yang menuntut di Mekkah dan Madinah, khususnya para pelajar yang

    datang dari negara-negara islam yang lain.

    Persoalannya, apakah matlamat sebenar golongan Wahhabi dan benarkah apa yang mereka

    perjuangkan?

    Para ulama muktabar telah menyingkap persoalan tersebut secara mendalam, dan kesimpulan yang dapat mereka buat ialah, golongan Wahhabi sebenarnya cuba memecahkan kesatuan

    umat Islam khususnya dengan menutup pintu perselisihan pendapat dan menuduh golongan

    yang bercanggah dengan mereka adalah sesat dan bidah.

    Golongan Wahhabi cuba menegaskan bahawa, perbezaan pendapat tidak dibenarkan dalam

    memahami Al-Quran dan As-Sunnah, dan hanya ada satu sahaja kefahaman yang benar dan

    perlu diikut, sedangkan kefahaman yang lain adalah sesat atau bidah.

    Contohnya, dalam isu doa qunut dalam solat Subuh.Golongan Wahhabi menegah daripada

    membacanya sedangkan itu merupakan masalah khilafiyah (masalah yang para ulama berselisihan pendapat mengenainya), dan Mazhab As-Syafie khsusnya, menyatakan bahawa membaca qunut pada Solat Subuh adalah sunat.