isu tuntutan sabah dari sudut perspektif sejarah

15
ISU TUNTUTAN FILIPINA TERHADAP SABAH MELALUI SUDUT PERSPEKTIF SEJARAH NAMA PENSYARAH: DR AZIZAN BIN MORSHIDI NAMA TUTOR: CIK SUZANAH NAMA NO. MATRIX PROGRAM NUR AIN BINTI ABU KASSIM BA 14110445 HA15 HUBUNGAN ANTARABANGSA

Upload: ain94

Post on 21-Dec-2015

39 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Tuntutan Sabah Dari Sudut Perspektif Sejarah

ISU TUNTUTAN FILIPINA TERHADAP SABAH MELALUI SUDUT PERSPEKTIF SEJARAH

NAMA PENSYARAH: DR AZIZAN BIN MORSHIDI

NAMA TUTOR: CIK SUZANAH

NAMA NO. MATRIX PROGRAMNUR AIN BINTI ABU KASSIM

BA 14110445 HA15 HUBUNGAN ANTARABANGSA

SITI SOLEHA ARNENA BINTI AHAMAT SAMIN

BA14110633 HA18 GEOGRAFI

Page 2: Isu Tuntutan Sabah Dari Sudut Perspektif Sejarah

PENGENALAN

Isu tuntutan filipina terhadap Sabah bukan lagi sesuatu perkara

baru dalam lipatan sejarah Malaysia, hal ini telah lama berlarutan

semenjak zaman sebelum kemerdekaan di Tanah Melayu di kecapi

(Tuah, 2013). Isu tuntutan ini bermula pada tahun 1961 apabila

Tunku Abdul Rahman Al-haj telah menyatakan hasrat untuk

memasukkan Borneo atau kini lebih dikenali sebagai Sabah ke

dalam gagasan pembentukan Malaysia. Penyertaan ini telah

menyebabkan pemimpin Filipina iaitu Presiden Diasdado Macapagal

pada 12 September 1962 telah membantah terhadap kemasukan

Sabah ke dalam pembentukan Malaysia. Ini dapat dilihat apabila

Presiden Diasdado Macapagal telah menuntut hak ke atas Sabah di

Mahkamah Antarabangsa. Selain itu, Presiden Macapagal juga telah

memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia apabila Sabah

telah menyertai Malaysia pada tahun 1963 (Kitingan & Ongkili,

1989). Namun begitu,tindakan Presiden macapagal memutuskan

hubungan diplomatik ini tidak lama kerana pada tahun 1989

kerajaan Filipina telah menarik balik tuntutan mereka terhadap

Sabah demi menjaga hubungan mereka terhadap Malaysia. Walau

bagaimanapun, sehingga kini kerajaan Filipina masih mengajak

Malaysia untuk menyelesaikan kes ini dengan membawa kes

tersebut kepada Mahkamah Antarabangsa namun kerajaan Malaysia

enggan menerima ajakan ini kerana terdapat bukti yang kukuh

bahawa Sabah bukan lagi milik Kesultanan Sulu sebaliknya

merupakan negeri yang merdeka tanpa penjajah dan telah masuk

ke dalam Malaysia dengan rela hati tanpa paksaan daripada mana-

mana pihak (Tuah, 2013).

Page 3: Isu Tuntutan Sabah Dari Sudut Perspektif Sejarah

ABAD KE-14 DAN KE-15

Pada abad ini, empayar kesultanan Brunei memiliki keseluruhan

kepulauan Nusantara. Pada abad tersebut, Brunei merupakan sebuah

kerajaan yang sangat besar. Empayarnya mencakupi bahagian utara

Kalimantan hingga Filipina di bahagian selatan. Kesultanan Brunei muncul

sebagai kerajaan yang sangat kuat dan mengalami kejayaan pada abad

ke-14 hingga abad ke-16. (Majul,D.C 1988) Namun begitu, pada abad

ke-17 telah menyaksikan Kesultanan Brunei telah mengalami

kemerosotan akibat berlakunya perang saudara di Brunei dimana perang

itu lebih dikenali sebagai Perang Chermin (1704). Segalanya bermula

apabila anakanda sultan Muhammad Ali telah dibunuh oleh Pengiran

Muda Bongsu sewaktu beliau menyabung ayam. Hal ini telah

menyebabkan Sultan Muhammad Ali telah membunuh Pangeran Muda

Bongsu yang seterusnya menyebabkan Pangeran Bendahara Hakkul

Mubbin ingin menuntut bela atas kematian anaknya. Perang Chermin ini

telah berlarutan selama 10 tahun dan kesan daripada peperangan ini

menyebabkan wujud dua pemerintahan beraja di Brunei. Hal ini dapat

dilihat apabila Sultan Muaddin memerintah di Tanah besar manakala

Sultan Abdul Mubin menjalankan pemerintahan di Pulau Chermin. Tampuk

pemerintahan yang berlainan ini telah mendatangkan kerugian yang

besar terhadap pemerintahan Sultan Muaddin kerana ini dapat dilihat

dalam misi Sultan Abdul Mubin untuk menjatuhkan pemerintahan Sultan

Muaddin iaitu melalui cara menahan kapal-kapal dagang yang hendak

berdagang di Tanah Besar. Akibat tindakan Sultan Abdul Mubin ini secara

tidak langsung menyebabkan Sultan Muaddin menghadapi masalah

ekonomi yang sangat teruk kerana tidak berlaku sebarang aktiviti

perdagangan yang melibatkan keuntungan yang besar terutama urusan

melibatkan pedagang asing seperti China yang pada ketika itu amat

penting dalam meningkatkan ekonomi di Tanah Besar. Oleh itu,

disebabkan tidak ada alternatif lain untuk membendung masalah ini

Page 4: Isu Tuntutan Sabah Dari Sudut Perspektif Sejarah

Sultan Muaddin telah meminta bantuan Sultan Sulu iaitu Sultan

Salahuddin Karamat (Bentara Soolook) (Majul, 1988). Melalui bantuan ini

Sultan Salahuddin telah menghantar hulubalangnya ke Brunei untuk

menyelesaikan masalah ini. Hulubalang yang bijaksana ini telah pergi

menemui Sultan Abdul Mubin di Pulau Chermin seterusnya menemui

Sultan Muaddin, di dalam perjumpaan ini hulubalang tersebut telah

menasihati kedua-dua sultan tersebut bahawa tidak elok berperang

sesama muslim hanya demi mempertahankan kawasan pemerintahan

sendiri. Selepas perjumpaan ini berlangsung, hulubalang Sultan Sulu

berpendapat bahawa hanya satu sultan sahaja yang layak untuk

ditabalkan menjadi sultan iaitu sultan yang memerintah di Tanah Besar

iaitu Sultan Muaddin. Hal ini dapat dilihat melalui Takrif Diraja Sulu yang

mengatakan “Sesiapa yang melantik dirinya sultan sedangkan dia tidak

berada di pusat pentadbiran kesultanan maka tidak dianggap sultan” .

Oleh itu berdasarkan Takrif Diraja Sulu ini, hulubalang Sultan Sulu telah

memberi amaran kepada Sultan Abdul Mubin untuk menyerahkan

kawasan pemerintahannya kepada Sultan Muaddin jika tidak pihak

kesultanan Sulu akan menyerang Sultan Abdul Mubin. Namun, Sultan

Abdul Mubin enggan melakukan menyerah dan bersedia untuk berperang.

Maka pada tahun 1704 tercetusnya Perang Chermin yang sangat

menyayat hati apabila tentera Sulu berjaya mengalahkan Sultan Abdul

Mubin dan pahlawan Sulu telah memenggal kepala baginda untuk

dihadapkan kepada Sultan Muaddin sebagai bukti penyerahan. Oleh itu,

sebagai tanda penghargaan terhadap pertolongan yang diberikan oleh

Sultan Sulu, Sultan Muaddin telah menyerahkan tiga kawasan wilayah

Brunei di Borneo kepada Sultan Sulu iaitu Daerah Marudu, Daerah

Magindora dan Daerah Tirun yang bermula dari Sungai Kimanis sehingga

Sungai Sibuko.

ABAD KE-18: BERMULANYA PEMERINTAHAN KESULTANAN SULU DI

BORNEO

Page 5: Isu Tuntutan Sabah Dari Sudut Perspektif Sejarah

Setelah kesultanan Sulu diberikan wilayah di bahagian pantai timur dan

di bahagian utara Sabah oleh kerajaan Brunei, Kesultanan Sulu telah

meluaskan empayar ke Sabah dan mengeksploitasi segala hasil bumi

Sabah pada ketika itu. Sabah telah diperintah oleh Kesultanan Sulu

melalui Wakil Sultan yang digelar Datuk Panglima atau Shariff tetapi

pemerintahan ini menimbulkan masalah akibat eksploitasi kuasa dan

salah guna kuasa di antara kalangan wakil kesultanan Sulu di Sabah telah

menyebabkan kuasa asing menjajah dan menguasai Sabah dimulai

dengan Overbeck dan Dent. Sabah telah jatuh ke tangan penjajah barat

sepenuhnya mulai pada 16 September 1877, apabila Overbeck dan Dent

telah menemui Sultan Brunei untuk mendapatkan kebenaran daripada

Sultan Brunei untuk menguasai Wilayah Telok Gaya sehingga ke Sungai

Sibuku dengan pampasan yang diberikan kepada Sultan Brunei dan

Temenggung. Sultan Brunei juga telah menganugerahkan mereka wilayah

lembah Kimanis dan Sungai Benoni di Papar . Namun begitu pada 22

Januari 1878 melalui satu penjanjian yang telah ditandangani oleh Sultan

Sulu kepada Overback dan Dent setelah mendapat tahu bahawa Sultan

Sulu juga mempunyai hak ke atas Sabah setelah dimaklumkan oleh

Pemangku Gabenor Labuan dan Konsul Agung Borneo ketika itu iaitu,

William Hood Treacher. Di dalam perjanjian itu, Sultan Sulu bersetuju

menyerahkan kesemua tanah dan “hak pertuanan” meliputi kawasan dari

sungai Sibuku hingga ke Sungai Padasan di Sabah kepada syarikat

Overback dan Dent. Pajakan yang dipersetujui oleh Sultan Sulu itu

merupakan penyerahan kekal sebagaimana yang termaktub di dalam

perjanjian “selagi ada bintang dan cakerawala” (Kitingan & Ongkili, 1989).

Di dalam perjanjian antara Sultan Sulu dengan SBUB pada 1878 pula,

waris-waris Sultan Sulu telah menerima bayaran ‘cession’ sehingga ke

hari ini, yang membawa maksud waris-waris Sultan Sulu mengakui Sabah

telah diserah dan bukannya dipajak (leased) , kepada British North Borneo

Company. Perjanjian 1878 ini berlaku kerana Kesultanan Sulu telah

mendapat tekanan yang hebat daripada penjajahan imperialisme negara

Sepanyol ketika itu yang telah menjajah Filipina yang seterusnya telah

menganggu dan mengancam pusat pemerintahan Kesultanan Sulu di Jolo.

Page 6: Isu Tuntutan Sabah Dari Sudut Perspektif Sejarah

Hal ini menyebabkan Kesultanan Sulu telah hilang kedaulatannya

terhadap Sabah melalui perjanjian 1878 ini dan menyebabkan era

penjajahan kuasa barat bermula.  

Hak kedaulatan ini diperkuatkan lagi apabila, Kesultanan Sulu

kemudiannya menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat pada

22 Mac 1915 iaitu Perjanjian Carpenter dimana Sultan Sulu menyerahkan

sepenuhnya kuasanya ke atas wilayah-wilayah serta “kedaulatannya”

kepada AS. Maka dengan kedua-dua penjanjian itu, sudah jelaslah

Kesultanan Sulu tidak lagi wujud sebagai sebuah negara, mahupun

sebuah kerajaan, tetapi hanya tinggal sebagai institusi beraja tanpa

kekuasaan. Perjanjian Carpenter ini adalah salah satu bukti kukuh dimana

hak Kesultanan Sulu terhadap Sabah telah lama hilang kerana Kesultanan

Sulu itu sendiri tidak lagi mempunyai kedaulatan untuk mempertahankan

tampuk pemerintahannya setelah temeterainya perjanjian Carpenter pada

tahun 1915 anatara Kesultanan Sulu dengan Amerika Syarikat pada ketika

itu (Archie, 2013).

ABAD KE-19: ISU TUNTUTAN KE ATAS SABAH BERMULA

Namun begitu, isu pajakan Sabah kepada Syarikat Berpiagam Borneo

Utara ini telah dibawa dua kali ke mahkamah, dan tahun 1939 adalah

yang pertama. Keputusan Hakim Mahkamah Seksyen Borneo Utara

memutuskan SBUB untuk terus membayar kepada waris-waris Kesultanan

Sulu dan pembayaran ini telah diteruskan oleh kerajaan British pada

tahun 1946 apabila SBUB telah menyerahkan segala wilayah jajahannya

kepada kerajaan British selepas tamatnya Perang Dunia Kedua (Kitingan &

Ongkili, 1989). Tahun 1961, Tunku Abdul Rahman telah mecadangkan

gagasan pembentukan Malaysia di Hotel Aldephie, Singapura dimana

gagasan Malaysia melibatkan penyatuan Tanah Melayu, singapura, Sabah,

Sarawak dan Brunei. Pada tahun 1962 semasa pembentukan Malaysia

sedang giat dilaksanakan, Sultan Esmail Kiram I telah menyerahkan surat

rasmi kepada presiden Macapagal untuk meminta bantuan kerajaan

Page 7: Isu Tuntutan Sabah Dari Sudut Perspektif Sejarah

Filipina menuntut sebahagian dari Sabah bagi pihak kesultanan tetapi

kerajaan Tanah Melayu ketika itu dikatakan tidak berhajat untuk

mengembalikan Sabah kepada Filipina atau hanya membiarkan sahaja isu

tuntutan itu menjadi penghalang kepada proses pembentukan Malaysia.

Hal ini telah menyebabkan, kerajaan Filipina pada Jun 1962 telah

membuat tuntutan ke atas Sabah bagi pihak waris Kesultanan Sulu.

Filipina pada masa itu mendakwa bahawa Sabah hanya dipajak dan

bukannya dijual sepertimana termeterainya perjanjian antara Sultan Sulu

dengan Baron Von Overback dan Alfred Dent pada tahun 1874, dan

pajakan itu telah dibatalkan pada tahun 1958 (Sigh R.R, 2013). Kerajaan

British sememangnya mengakui kedaulatan Filipina keatas Sabah, namun

enggan melayan tuntutanan itu. Namun begitu, apabila hubungan

Malaysia dan Filipina semakin menegang pada ketika itu, Suruhanjaya

Cobbold telah ditubuhkan untuk meninjau reaksi rakyat Sabah pada ketika

itu mengenai pembentukan gagasan Malaysia dan keputusan  laporan

Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati

bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan

Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka

dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka

yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran

British diteruskan. Oleh disebabkan, majoriti rakyat Sabah menyokong

Gagasan pembentukan Malaysia maka pada 16 September 1963

terbentuk negara Malaysia dimana menyatukan Singapura, Sarawak dan

Sabah(Tuah IT, 2013).

Namun begitu, Filipina tidak pernah mengiktiraf Malaysia dan apabila

diikuti kedua-dua pihak telah bersetuju untuk berunding pada Febuari

1963 tetapi tetap gagal mencapai kata putus kerana kerajaan British

enggan mengiktiraf kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Hubungan dua hala

Malaysia dan Filipina pada ketika itu tegang. Pada tahun 1966, apabila

Presiden Ferdinard Marcos telah mengiktiraf bahawa Sabah adalah

sebahagian daripada Malaysia secara tidak langsung telah menyebabkan

usaha waris Kesultanan Sulu menuntut kedaulatan Sabah yang telah

Page 8: Isu Tuntutan Sabah Dari Sudut Perspektif Sejarah

diterajui oleh keluarga Kiram berakhir. Malangnya, isu ini berlarutan

semula pada tahun 1974 apabila Presindential Memorandum Order 427

yang mengiktiraf semula kewujudan Kesultanan Sulu apabila anak Sultan

Esmail Kiram iaitu Datu Muhamad Mahakuttah A. Kiram ditabalkan

menjadi Sultan Sulu telah menyebabkan isu tuntutan ke atas Sabah

bertambah kuat(Alim R, 2010).

Rajah 1.0:Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu

pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang

ditabalkan sebagai Raja Muda.

Sumber:

Majul, P. C. (1988). Islam di Filipina. Manila: Dewan Bahasa Pustaka.

Apabila Filipina menyertai ASEAN pada tahun 1977, presiden Marcos pada

ketika itu telah menarik balik tuntutan terhadap Sabah semasa

persidangan ASEAN di Kuala Lumpur atas semangat ASEAN. Hal ini

dianggap tamat apabila kerajaan Filipina bertindak berhenti mengiktiraf

Page 9: Isu Tuntutan Sabah Dari Sudut Perspektif Sejarah

Sultan Sulu selepas kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada

tahun 1986 dan akibat ketiadaan waris lelaki selepas kemangkatan Sultan

Mohd. Mahakuttah A. Kiram(Ali,1988). Oleh yang demikian, tuntutan

Jamalul Kiram III pada tahun 1989 dianggap tidak sah memandangkan

Kesultanan Sulu tidak lagi wujud sebagai sebuah negara dan kerajaan dan

Jamalul Kiram III bukanlah pewaris sah takhta Kesultanan Sulu serta

kenyataan ini diperkuatkan lagi apabila Kesultanan Sulu sememangnya

pada awalnya sudah hilang kedaulatan dan kekuasaannya kerana telah

menyerahkan wilayah-wilayah serta kedaulatannya kepada Sepanyol,

Amerika Syarikat dan Filipina melalui Perjanjian Carpenter 1915.

Tambahan pula, perjanjian pajakan itu diantara Kesultanan Sulu dengan

SBUB pada tahun 1878 dan bukannya antara waris Kesultanan Sulu

dengan SBUB. Malahan Jamalul Kiram III tidak diiktiraf sebagai Sultan Sulu

oleh mana-mana kerajaan, termasuk kerajaan Filipina (Ali, 1988). Namun

begitu, pada 9 Februari 2013 Sultan Jamalul Kiram III meneruskan

tuntutan tersebut dengan cara lebih drastik apabila menceroboh Sabah

dan melakukan kekacauan dan kekejaman yang melanggar peraturan

antarabangsa bersama pengikutnya. Seramai 200 pemberontak yang

diketuai oleh Raja Muda Azzumudie Kiram melakukan pemberontakan di

Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 1 Mac 2013. Kumpulan penceroboh

yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu

Sultanate Army) datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri

daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka

bersenjata dan kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Azzumudie Kiram,

adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.

Presiden Benigno Aquino III iaitu presiden Filipina telah memberikan

kerjasama dalam menangani hal ini dan menggesa pemberontak keluar

daripada Lahad Datu (Kitingan, Jg. & Ongkill 1989). Namun begitu,

pemberontak Sulu berkeras dan enggan menerima rundingan perdamaian

yang telah dijalankan selama tiga minggu. Hal ini telah menyebabkan

kerajaan Malaysia mengarahkan operasi Ops Daulat dijalankan apabila

dua orang perwira negara terkorban apabila pemberontak Sulu

mengenakan teknik kotor dengan mengibarkan bendera putih sebelum

Page 10: Isu Tuntutan Sabah Dari Sudut Perspektif Sejarah

melontarkan mortar dan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah

pasukan komando VAT 69. Pemberontakan ini telah menyebabkan enam

orang perwira negara terkorban di Semporna. Bilangan pemberontak Sulu

banyak terkorban apabila Ops Daulat dijalankan, fasa terakhir iaitu sesi

pembersihan musuh dijalankan oleh pihak tentera darat dan PDRM

termasuk unit komando dari Grup Gerak Khas dan VAT 69 (Archie, 2013).

KESIMPULAN

Isu tuntutan Filipina ke atas Sabah sehingga kini masih tidak menemui

jalan penyelesaian walaupun isu ini telah dapat dibuktikan bahawa Sabah

sememangnya milik Malaysia dan ini dapat disahkan dan dibuktikan

melalui bukti-bukti dokumen dan perjanjian seperti Perjanjian 1878,

Perjanjian Carpenter(1915) dan Perjanjian Protokol Madrid. Oleh yang

demikian, waris Kesultanan Sulu seharusnya menyedari hal ini dan

memberi lebih perhatian kepada isu untuk mendapatkan kembali hak

kedaulatan Kesultanan Sulu yang selama ini berpusat di Jolo yang telah

dimonopoli oleh kerajaan Filipina. Seharusnya, Kesultanan Sulu

mengambil insentif dalam mentransformasikan struktur politik, ekonomi

dan sosial mereka daripada berbentuk tradisional kepada moden untuk

membentuk sebuah negara mereka sendiri.

Akhir kata, Malaysia sebagai negara yang berdaulat hendaklah tegas

dalam mempertahankan kedaulatan negara daripada anasir-anasir jahat

Page 11: Isu Tuntutan Sabah Dari Sudut Perspektif Sejarah

yang sentiasa ingin menjatuhkan imej negara sebagai negara yang

bersatu padu dan disegani dari segi kepelbagaian agama dan masyarakat

yang majmuk hidup dalam aman harmoni.

RUJUKAN

Ali, P. M. (1988, Januari 01). New Sabah Times. Retrieved from Fahami Apa Itu Fakta dan Realiti Sejarah.

Alim, R. (2010). Ketua Bahagian Pemeliharaan Arkib Awam dan Kaji Selidik. Jabatan Arkib Negeri Sabah.

Archie, D. N. (2013, September 1). Utusan Borneo. Retrieved from Tragedi 923- Pencerobohan Berdarah Tentera Sulu di Lahad Datu.

Kitingan, J. G., & Ongkili, M. J. (1989). Sabah 25 Years Later 1963-1988. Kota Kinabalu: Institute for Development Studies Sabah.

Majul, P. C. (1988). Islam di Filipina. Manila: Dewan Bahasa Pustaka.

Page 12: Isu Tuntutan Sabah Dari Sudut Perspektif Sejarah

Singh, P. R. (2013). The Lahad Datu Imbroglio: The Sabah Claim and Beyond. Pakar Sejarah Sabah dan Sarawak, Universiti Utara Malaysia .

Tuah, I. T. (2013, 03 06). Berita Harian Online. Retrieved from Sabah Sah Milik Malaysia.