isu program transisi

5
Isu Program Transisi Untuk Pendidikan Khas Di Malaysia, perlaksanaan program transisi masih kurang jelas. Tidak dapat dipastikan peraturan yang memerlukan program transisi dilaksanakan kepada pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran di sekolah. Kajian oleh Ab Rahman (2003) mendapati bahawa perlaksanaan transisi di sekolah merupakan program intergrasi pendidikan khas hanya dijalankan atas inisiatif penyalaras program. Kajian Tang (2004) pula menyatakan bahawa pelajar kurang upaya boleh memperolehi kemahiran pra vokasional melalui program transisi di mana ia belum dilaksanakan secara menyeluruh di Malaysia. Manakala di luar negara, polisi pendidikan khas berkaitan perkhidmatan transisi telah berkembang dengan nyata semenjak tahun 1983. The Individuals with Disabilities Education Act (IDEA 1990) menyatakan bahawa perkhidmatan transisi mestilah mempertimbangkan minat, pilihan dan keperluan pelajar. IDEA juga meminta agar Rancangan Pendidikan Individu (RPI), disertakan dengan komponen transisi yang spesifik seperti kenyataan mengenai keperluan perkhidmatan transisi dan agensi yang terlibat. Malah pindaan Akta IDEA pada tahun 1997, menambah bahawa permintaan transisi di dalam Rancangan Pendidikan Individu (RPI) mestilah disertakan dengan keperluan perkhidmatan transisi berkaitan dengan kursus yang dipelajari apabila usia pelajar mencapai 14 tahun. Rancangan perkhidmatan transisi juga harus melibatkan lebih ramai penglibatan pelbagai pihak dan berfokus kepada hasilan selepas tamat persekolahan.

Upload: muhammad-iftitah

Post on 29-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

wrwer

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Program Transisi

Isu Program Transisi Untuk Pendidikan Khas

Di Malaysia, perlaksanaan program transisi masih kurang jelas. Tidak dapat

dipastikan peraturan yang memerlukan program transisi dilaksanakan kepada pelajar-

pelajar bermasalah pembelajaran di sekolah. Kajian oleh Ab Rahman (2003) mendapati

bahawa perlaksanaan transisi di sekolah merupakan program intergrasi pendidikan khas

hanya dijalankan atas inisiatif penyalaras program. Kajian Tang (2004) pula menyatakan

bahawa pelajar kurang upaya boleh memperolehi kemahiran pra vokasional melalui

program transisi di mana ia belum dilaksanakan secara menyeluruh di Malaysia.

Manakala di luar negara, polisi pendidikan khas berkaitan perkhidmatan transisi

telah berkembang dengan nyata semenjak tahun 1983. The Individuals with Disabilities

Education Act (IDEA 1990) menyatakan bahawa perkhidmatan transisi mestilah

mempertimbangkan minat, pilihan dan keperluan pelajar. IDEA juga meminta agar

Rancangan Pendidikan Individu (RPI), disertakan dengan komponen transisi yang

spesifik seperti kenyataan mengenai keperluan perkhidmatan transisi dan agensi yang

terlibat. Malah pindaan Akta IDEA pada tahun 1997, menambah bahawa permintaan

transisi di dalam Rancangan Pendidikan Individu (RPI) mestilah disertakan dengan

keperluan perkhidmatan transisi berkaitan dengan kursus yang dipelajari apabila usia

pelajar mencapai 14 tahun. Rancangan perkhidmatan transisi juga harus melibatkan

lebih ramai penglibatan pelbagai pihak dan berfokus kepada hasilan selepas tamat

persekolahan.

Perkhidmatan transisi merupakan satu gabungan aktiviti untuk pelajar, melalui

hasil dapatan daripada orientasi yang membentuk pergerakan dan sekolah ke aktiviti

selepas tamat sekolah termasuk pendidikan selepas menengah, latihan vokasional,

intergrasi pekerjaan secara berterusan, pendidikan dan perkhidmatan dewasa, hidup

berdikari serta penglibatan komuniti. Gabungan aktiviti berdasarkan keperluan pelajar

secara individu, dengan mengambil kira pilihan dan minat pelajar, termasuklah arahan,

pengalaman komuniti, perkembangan pekerjaan, dan pelbagai objektif kehidupan alam

dewasa selepas tamat persekolahan. Ia juga turut melibatkan kemahiran hidup seharian.

Program transisi yang dijalankan bagi setiap kategori kecacatan haruslah mempunyai

reka bentuknya sendiri dan disesuaikan dengan persekitarannya (Smith 2001).

Page 2: Isu Program Transisi

Implikasi dengan Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia.

Perancangan berfokuskan pelajar merupakan pembentukan matlamat pelajar

dengan menggunakan maklumat penaksiran yang relevan sebagai asas perancangan,

penglibatan pelajar dalam perancangan dan membuat keputusan serta penilaian pelajar

terhadap kemajuan diri dalam menuju matlamat tersebut (Ward & Kohler 1996). Pelajar

membentuk kemahiran keazaman diri melalui aplikasi dan amalan. Guru bertindak

sebagai pembimbing semasa proses tersebut berlaku. Aspek yang paling penting dalam

perancangan berfokuskan pelajar adalah pemilihan pendidikan berasaskan matlamat,

hala tuju dan minat pelajar. Maka matlamat pelajar dibentuk melaluinya untuk terlibat

secara aktif iaitu pelajar harus berlatih kemahiran keazaman diri untuk menyatakan

kesediaan kendiri mereka kepada orang lain.

Dalam kontek ini juga mereka perlu melakukan refleksi diri. Kedua-dua elemen

ini iaitu keazaman dan refleksi diri merupakan komponen yang penting dalam

perancangan berfokuskan pelajar (Hofman & Field 1995). Perancangan berfokuskan

pelajar adalah perkara yang amat penting semasa pembentukan program transisi untuk

mereka. Pelajar merupakan objek utama dalam program ini perlu mempunyai sikap dan

motivasi serta keazaman kendiri untuk berjaya dan bekerja serta boleh melibatkan diri

dalam persekitaran sosial dengan baik.

Dari segi perkembangan pelajar, ianya adalah menitikberatkan tentang

kehidupan, pekerjaan, dan kemajuan kemahiran pekerjaan melalui pengalaman

pembelajaran berasaskan sekolah dan tempat kerja. Ia juga melibatkan penaksiran dan

penyesuaian diri pelajar yang merupakan asas penentuan dan penilaian pengalaman

pembelajaran untuk memastikan program transisi berjaya. Melalui aktiviti perkembangan

ini, pelajar memajukan dan menggunakan kemahiran keazaman diri seperti akademik,

kehidupan, sosial, kemahiran pekerjaan, kesedaran kerjaya, dan tingkahlaku bekerja.

Hasilan lepasan sekolah berkait dengan perwatakan dan tingkahlaku yang positif

(Eluneyer & Swartz 1997).

Page 3: Isu Program Transisi

Menyediakan pelajar bermasalah pembelajaran hidup berdikari sebagai orang

dewasa. Benz et al. (1997) mendapati bahawa pengalaman pekerjaan, kemahiran

akademik, kemahiran sosial, dan kemahiran mencari pekerjaan memperbaiki lepasan

sekolah dalam mendapatkan pekerjaan. Benz et al. (2000) mendapati bahawa

pengalaman pekerjaan dan kejayaan pelajar menamatkan matlamat transisi dengan

sepenuhnya berkait rapat dengan pekerjaan.

Strategi yang khusus untuk meningkatkan keyakinan pelajar dalam membuat

keputusan, ketegasan memilih kerjaya, kemahiran mencari pekerjaan di mana semua

perkara tersebut penting dalam persediaan vokasional pelajar. Kohler dan Hood (2000)

mendapati kepelbagaian program meningkatkan kemahiran pelajar dan hasilan lepasan

sekolah. Ia juga menunjukkan contoh yang spesifik dalam memberikan latihan

pekerjaan, pengalaman kerja, kemajuan pendidikan, dan juga aspek-aspek lain dalam

perkembangan diri pelajar. Contohnya, perkembangan kemahiran pekerjaan, dan

pengalaman kerja dengan sokongan yang baik akan menyebabkan pelajar-pelajar

bermasalah pembelajaran konsisten dalam pekerjaan di sektor swasta. Leuking dan

Fabian (2000) juga mendapati bahawa ia memberi kesan positif dalam pemberian gaji

bagi pekerjaan pelajar.

Struktur program merupakan ciri-ciri yang berkait dengan perjalanan program

transisi yang efisien dan efektif mengandungi falsafah, perancangan, polisi, penilaian,

dan pembangunan resos (Koh1er 1998). Struktur-struktur atribut sesebuah sekolah

menyediakan rangka kerja untuk memperkenalkan program transisi berfokuskan

pendidikan. Amalan yang memperkenalkan hasilan berasaskan sekolah dan

memperkembangkan pilihan atau opsyen kurikulum termasuk perancangan strategik di

peringkat komuniti, sensitiviti budaya dan etnik, misi dan nilai yang jelas, kakitangan

yang berkelayakan, dan sumber peruntukan yang mencukupi (Kohler 1996). Transisi

berorentasikan sekolah juga perlu menfokuskan penglibatan komuniti yang sistematik

dalam kemajuan pendidikan, peluang-peluang pendidikan berasaskan komuniti,

penyertaan pelajar secara sistematik dalam kehidupan sosial di sekolah, dan

meningkatkan jangkaan berkaitan dengan nilai dan hasilan untuk semua pelajar (Adgar

& Polloway 1994).