isu profesionalisme.docx

23
Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083 1.0 PENDAHULUAN Tidak dinafikan pendidikan merupakan salah satu komponen atau asas penting yang boleh menjadi wahana kepada pencapaian matlamat membina masyarakat Malaysia yang berintegriti, bermoral dan beretika. Falsafah Pendidikan Negara secara jelas menggariskan matlamat untuk membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi dam jasmani. Falsafah ini kemudiannya diterjemahkan dalam sistem pendidikan negara dengan pelbagai strategi dan pendekatan. Hari ini, pendidikan tidak lagi sekadar untuk mencelikkan mereka yang buta huruf dan buta angka, tetapi turut berperanan untuk mencelikkan anak- anak kita yang buta IT, buta jati diri, buta budaya, buta nilai, budi bahasa dan adab sopan. Pendidikan tidak mencukupi untuk sekadar menyiapkan anak-anak kita dengan ilmu pengetahuan yang berbentuk teori semata-mata, tetapi berkehendakkan anak-anak kita mempunyai kemampuan berfikir di luar kotak, kemahiran yang bersifat `hands on’serta kemahiran interpersonal yang tinggi bagi menjamin keboleh pasaran (marketability) serta kebolehan hidup bermasyarakat. Dalam teras Memperkasa Sekolah Kebangsaan, integriti disentuh dalam konteks amanah kepimpinan sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar bagi mewujudkan sekolah yang cemerlang, beraspirasi nasional dan yang mempunyai persekitaran kondusif kepada setiap warganya. Dalam teras Merapatkan Jurang Pendidikan, integriti merupakan asas kepada kecekapan sistem penyampaian bantuan dan pembelaan terhadap golongan yang miskin, berkeperluan khas dan yang tinggal di lokasi yang lebih terkebelakang dan terpencil. Dalam teras Memartabatkan Profesion Keguruan, integriti merupakan dorongan dalaman agar guru melaksanakan amanah mendidik anak bangsa sebaik-baiknya serta berusaha meningkatkan keupayaan diri. Penerapan nilai integriti bukan sahaja melalui kurikulum semata-mata, kokurikulum juga bertindak sebagai agen ke arah pembentukan nilai integriti. Ia dilakukan melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti persatuan dan pasukan pakaian seragam yang mendedahkan pelajar dengan amalan-amalan serta sifat-sifat murni seperti jujur, ikhlas, dan amanah yang menjurus kepada pemupukan integriti dalam diri mereka. Zarina binti Selamat KP:680801055450 AG:2012161360044 1

Upload: zarina-selamat

Post on 12-Jan-2016

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISU PROFESIONALISME.docx

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083

1.0 PENDAHULUAN

Tidak dinafikan pendidikan merupakan salah satu komponen atau asas penting yang boleh

menjadi wahana kepada pencapaian matlamat membina masyarakat Malaysia yang

berintegriti, bermoral dan beretika. Falsafah Pendidikan Negara secara jelas menggariskan

matlamat untuk membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani,

emosi dam jasmani. Falsafah ini kemudiannya diterjemahkan dalam sistem pendidikan

negara dengan pelbagai strategi dan pendekatan.

Hari ini, pendidikan tidak lagi sekadar untuk mencelikkan mereka yang buta huruf

dan buta angka, tetapi turut berperanan untuk mencelikkan anak-anak kita yang buta IT,

buta jati diri, buta budaya, buta nilai, budi bahasa dan adab sopan. Pendidikan tidak

mencukupi untuk sekadar menyiapkan anak-anak kita dengan ilmu pengetahuan yang

berbentuk teori semata-mata, tetapi berkehendakkan anak-anak kita mempunyai

kemampuan berfikir di luar kotak, kemahiran yang bersifat `hands on’serta kemahiran

interpersonal yang tinggi bagi menjamin keboleh pasaran (marketability) serta kebolehan

hidup bermasyarakat.

Dalam teras Memperkasa Sekolah Kebangsaan, integriti disentuh dalam konteks

amanah kepimpinan sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar bagi mewujudkan sekolah yang

cemerlang, beraspirasi nasional dan yang mempunyai persekitaran kondusif kepada setiap

warganya. Dalam teras Merapatkan Jurang Pendidikan, integriti merupakan asas kepada

kecekapan sistem penyampaian bantuan dan pembelaan terhadap golongan yang miskin,

berkeperluan khas dan yang tinggal di lokasi yang lebih terkebelakang dan terpencil. Dalam

teras Memartabatkan Profesion Keguruan, integriti merupakan dorongan dalaman agar guru

melaksanakan amanah mendidik anak bangsa sebaik-baiknya serta berusaha meningkatkan

keupayaan diri.

Penerapan nilai integriti bukan sahaja melalui kurikulum semata-mata, kokurikulum

juga bertindak sebagai agen ke arah pembentukan nilai integriti. Ia dilakukan melalui

pelaksanaan pelbagai aktiviti persatuan dan pasukan pakaian seragam yang mendedahkan

pelajar dengan amalan-amalan serta sifat-sifat murni seperti jujur, ikhlas, dan amanah yang

menjurus kepada pemupukan integriti dalam diri mereka.

Zarina binti SelamatKP:680801055450AG:2012161360044 1

Page 2: ISU PROFESIONALISME.docx

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083

Menyedari bahawa pentadbir sekolah dan guru-guru merupakan penentu utama

kepada kejayaan usaha melahirkan generasi muda yang berintegriti, KPM juga telah

berusaha menerapkan elemen-elemen integriti di dalam kursus-kursus kepimpinan dan

latihan keguruan. Misalnya, dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), pelatih

didedahkan dengan elemen integriti melalui topik Pendidikan Negara Bangsa Malaysia,

manakala bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP), melalui topik Tatanegara

dan Sivik Kewarganegaraan. Kepentingan amalan integriti turut diterapkan melalui Program

Bina Insan Guru. Paling penting, elemen integriti disebut sebagai salah satu elemen yang

perlu diamalkan oleh para pendidik di dalam buku ‘Budaya IPG’. Penerapan nilai-nilai

integriti dalam jiwa pendidik amat penting bagi memastikan warga pendidik sentiasa

menjalankan tugas dengan bersistematik, berintegriti dan membina kerja cemerlang yang

luhur sekali gus mampu membentuk keperibadian pelajar yang berintegriti.

1.1 Konsep profesion,etika,akauntabiliti dan profesionalisme keguruan

Konsep Profesion dan profesionalisme keguruan

Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri

seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang

diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu

perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai

organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan

pendidikan   (Lieberman 1956). Menurut Kamus Dewan bahawa ‘profesion’ ialah

suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta

kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan,

perguruan dan lain-lain.)  Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 )

merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai  : Suatu pekerjaan

yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan

iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan

bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang

ditentukan oleh organisasinya.  Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada

pekerjaan (vocation) daripada profesion menurut Awang Had Salleh (1980 ).

Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh

organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti

dan nilaitara perkhidmatan tersebut . Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam

usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya.

Zarina binti SelamatKP:680801055450AG:2012161360044 2

Page 3: ISU PROFESIONALISME.docx

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083

Konsep Etika Perguruan

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan

negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Kepentingan Etika Guru

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod

etika dianggap penting kerana:

Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam

profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru

terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham

dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Atau dengan perkataan lain etika

keguruan bermaksud tugas hakiki guru yang menekankan dua amanah

penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan.

Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini

menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru

dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini

ataupun di negara lain.

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan

secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk

menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru

dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

Oleh yang demikian, adalah penting setiap guru di Malaysia wajib memahami kod

etika perguruan sebagai landasan dan arah pandu dalam membangunkan negara

bangsa.

Zarina binti SelamatKP:680801055450AG:2012161360044 3

Page 4: ISU PROFESIONALISME.docx

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083

Konsep Akauntabiliti Keguruan

Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan ‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai

bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu.

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan

dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud

berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan.

Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas

merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah,

masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.

2.0 ISU PENYALAHGUNAAN MASA DI KALANGAN GURU

Analisis Masalah

Saya telah mengajar di Sekolah Kebangsaan Sri Langat, Banting Selangor selama

hampir 10 tahun. Selama saya di sekolah ini masalah yang sering dilakukan oleh segelintir

guru ialah tidak menepati masa mengajar yang ditetapkan. Waktu bagi sesi persekolahan

adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.20 petang, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk

aktiviti kokurikulum pada sebelah petang setiap hari Rabu. Sepanjang tempoh ini guru dan

murid terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tetapi terdapat

segelintir guru yang tidak mematuhi masa mengikut jadual yang telah disusun.

Antara penyalahgunaan masa di sekolah saya adalah guru tidak menepati masa

hadir ke sekolah, lewat memasuki kelas dan awal keluar dari kelas, guru menggunakan

masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan misalnya melayari facebook,

“chatting”, bergosip, melepak di kantin dan berniaga menerusi katalog. Saya percaya

masalah penyalahgunaan masa dalam kalangan guru bukan sahaja berlaku di sekolah saya

malah berlaku di sekolah yang lain juga. Isu ini jarang digembar gemburkan oleh media

massa kerana isu ini lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah. Oleh yang

demikian pihak pentadbiran sekolah perlu membendung isu ini dengan mengambil beberapa

tindakan dan langkah yang sesuai bagi membendung isu ini daripada terus menular.

Masalah penyalahgunaan masa mungkin tidak terlalu serius tetapi jika di biarkan

berlanjutan, masalah ini dapat menjejaskan kreadibiliti para guru dan merugikan murid.

Zarina binti SelamatKP:680801055450AG:2012161360044 4

Page 5: ISU PROFESIONALISME.docx

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083

Sepanjang pemerhatian saya terdapat beberapa perkara yang membawa kepada

penyalahgunaan masa yang sering dilakukan oleh guru sama ada secara disedari atau tidak

sedari. Masalah yang utama adalah guru yang masuk lewat ke dalam bilik darjah. Saya

sering terserempak dengan fenomena negatif yang berlaku sepanjang lebih sepuluh tahun

saya berkhidmat di sekolah ini. Situasi ini melibatkan guru yang sama .. Pada

permulaannya, saya tidak berapa mengambil berat tentang masalah ini. Namun ada satu

kali murid-murid kelas saya memberitahu bahawa guru kelas mereka setiap kali akan lewat

masuk ke kelas. Setiap kali loceng sudah berbunyi dan saya hendak keluar ke kelas,

mereka akan meminta saya jangan keluar dulu dan  meneruskan pengajaran dan

pembelajaran saya lagi. Saya berasa amat aneh, dan tidak berapa percaya dengan apa

yang mereka kata. Mereka panggil saya membuat satu eksperimen, tengok berapa lama

guru kelas itu masuk ke kelas. Memang, guru itu telah pun datang selepas 20 minit

kemudian dengan langkah perlahan-lahan. Apabila dia nampak saya masih dalam kelas, dia

berterima kasih kepada saya kerana membantunya mengawal kelas.

Ada pernah sekali , cikgu ini lewat masuk ke kelas . Beliau sepatutnya masuk ke

kelas selepas waktu saya. Seorang murid datang memberitah saya bahawa cikgu ini belum

masuk ke kelas. Saya ke kelas tersebut.   Apabila saya sampai sana, kelas itu tiada guru,

murid-murid membuat bising dan berjalan ke sana sini. Selepas itu, rakan sejawat saya

memberitahu saya bahawa guru ini ada di kantin. Saya pun mencari dia di kantin. Apabila

saya nampak dia sedang berbual-bual dengan penolong pengetua sambil memilih lauk

pauk di sana.  Saya kemudian menanyakannya “kenapa cikgu tidak ada di kelas,?” Dia

hanya senyum sahaja dan kemudian dia mencari bahan hiasan di bilik seni sehingga loceng

berbunyi dan waktunya pun sudah habis. Akhirnya, dia tidak masuk ke kelas. Ini sudah

bukan lewat ke kelas, ini panggil tidak masuk ke kelas kerana perkara yang remeh temeh.

Selain itu,  Penolong kanan pengetua, ketua kurikulum  ataupun  guru sering

meminta guru yang banyak waktu rehat pada hari itu untuk menggantikan kelas mereka

dengan alasan ada tugasan lain yang perlu disiapkan segera. Bukan ini sahaja, guru yang

tidak masuk kelas kerana terdapat pelbagai kertas kerja kena buat, bermesyuarat,

berkhusus, pergi hospital memeriksa badan kerana ada “appointment” dengan doktor dan

sebagainya.  

Zarina binti SelamatKP:680801055450AG:2012161360044 5

Page 6: ISU PROFESIONALISME.docx

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083

Dalam pemerhatian saya juga terdapat segelintir guru yang suka lewat masuk ke

kelas akan memberikan pelbagai alasan seperti terlupa jadual waktu, tersalah tengok jadual

atau tak ingat. Ada di kalangan guru yang memberikan alasan terlalu banyak kerja yang

perlu dibereskan. Malahan kadangkala memberikan alasan kononnya dipanggil guru besar .

Keadaan ini lebih teruk pada awal tahun. Ada guru yang buat-buat sibuk menyiapkan

pelbagai borang dan data sehingga meninggalkan kelas. Adakah perkara ini boleh

dimaafkan? Cuba banyangkan sekiranya perkara ini berlaku kepada anak kita yang datang

ke sekolah saban hari mengharapkan ilmu pengetahuan daripada guru. Sejak awal pagi

mereka telah bangun meredah kesejukan pagi dengan satu niat yang maha suci untuk

belajar. Tetapi apalah malangnya nasib mereka apabila ada segelintir guru yang

mengabaikan tugas untuk mencurahkan ilmu. Sebenarnya pelbagai perkara yang tidak

diingini boleh berlaku apabila ketiadaan guru di dalam kelas. Pelbagai gejala negatif akan

timbul jika tiada kawalan guru. Secara peribadi, sayan berpendapat seharusnya gejala lewat

masuk kelas dan langsung tidak masuk kelas kerana alasan-alasan yang remeh-temeh

sudah tidak boleh diterima lagi. Masalah ini perlu dititikberatkan sebelum ia menjadi parah. 

3.0 CADANGAN PELAN TINDAKAN DAN PERANCANGAN DENGAN MENGAMBIL

KIRA KEPIMPINAN BERKESAN

 Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahan ini tidak dibendung, maka

semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu

memainkan peranan bagi memastikan permasalahn ini tidak terus menular dan menjari

semakin parah dan teruk.

Isu penyalahgunaan masa di kalangan guru-guru dapat diselesaikan menggunakan

Teori Pilihan dan Terapi Realiti. Namun, persoalan utama yang perlu dilalui oleh guru

ialah adakah mereka mahu mengubah tingkahlaku mereka kepada sikap yang lebih

baik?  Teori Pilihan membincangkan bagaimana individu itu bertingkahlaku dan mengapa

mereka bertingkahlaku berdasarkan perspektif kawalan luaran, psikologi kawalan dalaman,

dunia kualiti, keperluan masa, dunia pengertian, dunia sebenar, nilai dan pengetahuan,

skala perimbangan, tingkahlaku keseluruhan, sistem tingkahlaku, identiti berjaya dan identiti

gagal.

Zarina binti SelamatKP:680801055450AG:2012161360044 6

Page 7: ISU PROFESIONALISME.docx

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083

       Merujuk kepada teori ini, guru seharusnya mengkaji semula tingkahlaku mereka bagi

mengenalpasti mengapa mereka menyalahgunakan masa mereka berdasarkan kepada

faktor-faktor yang dinyatakan tadi. Guru hendaklah menetapkan kehendak kualiti yang ingin

dicapai. Dalam kes ini, kehendak kualiti tersebut ialah mengisi masa senggang mereka di

sekolah bagi mengelakkan masalah penyalahgunaan masa. Bagi memenuhi identiti berjaya

pula, mereka akan mengalami rasa cinta terhadap kerjaya mereka, rasa dihargai dan

keperluan-keperluan psikologikalnya yang lain. Namun begitu, kadangkala guru perlu

melawan identiti gagal mereka seperti personaliti tidak seimbang, kurang keyakinan diri dan

cepat putus asa. Sebagai seorang guru juga, mereka bertanggungjawab dalam memilih

keputusan dalam hidup mereka. Setiap pilihan yang mereka buat adalah berdasarkan

kepada keperluan asas mereka. Namun harus diingatkan, bahawa setiap pilihan itu

mempunyai beberapa risiko tertentu. Maka guru seharusnya memilih tingkahlaku yang

efektif sahaja agar dapat membentuk identiti berjaya.

            Terapi realiti pula adalah bagaimana kita dapat membantu diri kita dan orang lain.

Terdapat empat proses dalam melaksanakan Terapi Realiti ini iaitu W(wants), D(directions),

E(evaluation) dan P(planning).

            Proses menyelesaikan isu penyalahgunaan masa ini dapat dilakukan seperti di

bawah:

a)         Penerokaan terhadap kehendak, keperluan dan persepsi.(wants)

Dibawah proses ini, guru hendaklah menentukan matlamat mereka dalam

kehidupan. Matlamat utama mereka ialah menyelesaikan masalah penyalahgunaan

masa. Masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih kecil. Maka guru hendaklah

menggariskan beberapa matlamat yang lebih kecil. Matlamat-matlamat tersebut

ialah, menentukan aktiviti pada masa senggang, menepati masa apabila masuk ke

dalam kelas, mendahulukan perkara yang lebih penting dan menentukan kaedah

pengajaran terbaik yang perlu dilaksanakan di dalam kelas. Semua matlamat ini

hendaklah ditulis dengan jelas di atas satu kertas yang mudah menjadi rujukan guru

tersebut.

Zarina binti SelamatKP:680801055450AG:2012161360044 7

Page 8: ISU PROFESIONALISME.docx

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083

b)              Kaunselor meneroka arah tuju guru (  terarah dan lakukan )

Dalam proses ini pula, pengalaman masa lampau perlu dilihat untuk membentuk

masa hadapan. Beberapa perkara perlu dilihat semasa proses ini berlaku. Dari segi

perasaan, guru hendaklah benar-benar cuba untuk memfokuskan diri mereka untuk

mencapai matlamat tersebut. Ini bermakna mereka perlu menyediakan diri mereka

dari segi emosi agar matlamat tersebut dapat dicapai. Dari segi emosi pula,

sokongan keluarga tidak kurang pentingnya. Selain itu, guru juga hendaklah

mempunyai pemikiran yang positif dan sentiasa yakin bahawa matlamat mereka

akan tercapai.

c)         Membuat penilaian terhadap diri (Evaluation)

Guru hendaklah memikirkan bahawa adakah matlamat mereka akan tercapai

ataupun tidak tercapai. Oleh sebab itu, guru hendaklah memikirkan beberapa

halangan yang akan dihadapi oleh mereka untuk mencapai matlamat yang diingini.

Halangan yang paling besar adalah datangnya dari diri mereka sendiri. Dalam kes

ini, motivasi intrinsik memainkan peranan yang paling penting untuk menyelesaikan

masalah mereka. Maka guru perlu memikirkan langkah yang terbaik untuk

meningkatkan motivasi intrinsik mereka. Halangan yang seterusnya datang dari

keluarga guru itu sendiri. Perkara yang baik perlu mendapat sokongan dari keluarga

sama ada pasangan, anak-anak mahupun ibu bapa. Sokongan dari pentadbir dan

rakan sejawat tidak kurang pentingnya.

Zarina binti SelamatKP:680801055450AG:2012161360044 8

Page 9: ISU PROFESIONALISME.docx

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083

d)      Berbincang dengan guru tentang pilihan untuk membuat tindakan

Setelah membuat penilaian dan menyenaraikan matlamat, guru perlulah membuat

perancangan tindakan yang ingin dilakukan. Senarai yang dibuat perlulah

mendahulukan perkara yang lebih penting dulu. Pada masa yang sama, guru

perlulah sentiasa menanamkan azam yang kuat untuk melakukan aktiviti tersebut

demi mengatasi masalah penyalahgunaan masa. Guru hendaklah melakukan

muhasabah diri agar dapat memikirkan perkara yang dilakukan adalah adalah kea

rah kebaikan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah:

Masuk ke kelas awal dan keluar tepat pada masanya.

Melakukan reflesi pengajaran dan pembelajaran.

Berbincang dengan Ketua Panitia dan rakan-rakan sejawat mengenai hal-hal

pengajaran dan pembelajaran.

Meneroka maklumat baru dari internet atau jurnal-jurnal pendidikan.

Menjalankan penyelidikan tindakan.

Memberikan latihan yang mencukupi dan memenuhi standard kecukupan.

            Selain itu, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke

semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara

berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adalah terbatas.

Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha mengenal pasti dan bersedia memberikan

khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka

bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh

mengambil tindakan tegas dengan memberikan amaran dan mengenakan tindakan tatatertib

kepada guru yang terlibat jika masalah yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan

cara ini, guru-guru akan sedar kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi. 

            Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam menangani masalah ini. Rakan

sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan-rakan yang bermasalah memberikan nasihat

dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah

dirinya. Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk

berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dilakukan adalah dengan cara sentiasa

muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan

kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk

berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang

Zarina binti SelamatKP:680801055450AG:2012161360044 9

Page 10: ISU PROFESIONALISME.docx

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083

mampu menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat-sifat yang ideal

sebagai seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas

dapat dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.

Langkah-langkah yang telah dijalankan oleh Pentadbir

Antara tindakan yang telah diambil untuk mengatasi kelewatan masuk kelas,

tindakan-tindakan berikut telah diambil:

i. Guru waktu pertama serepas perhimpunan pagi dan waktu rehat mengiringi murid

beredar dari tapak perhimpunan ke kelas.

Justifikasi : Bagi mengatasi masalah kelewatan ini, Guru Besar telah memaklumkan

melalui perhimpunan rasmi sekolah dengan menyatakan bahawa guru yang masuk

pada waktu pertama selepas perhimpunan pagi dan selepas waktu rehat hendaklah

membawa murid bergerak ke kelas masing-masing dari tapak perhimpunan. Dengan

ini Guru Besar dan Guru-guru penolong Kanan dapat memantau siapakah guru yang

lewat mengiring murid untuk masuk ke kelas" pada mulanya ada yang lewat tetapi

telah semakin berkurangan kecuali guru waktu pertama yang tidak hadir ke sekolah

atas sebab-sebab tertentu. Didapati guru yang terlibat dalam telah menepati masa

ke kelas .

ii. Pencerapan waktu pertama atau waktu selepas waktu rehat.

Justifikasi: Guru Besar menjalankan pencerapan pengajaran dan pembelajaran di

bilik darjah bagi waktu pertama dan waktu selepas rehat terhadap guru yang terlibat

tanpa memberitahu mereka terlebih dahulu. walau bagaimanapun, Guru Besar telah

menyatakan melalui mesyuarat guru bahawa pencerapan akan dilakukan oleh Guru

Besar, sernua Guru Penolong Kanan dan Ketua-ketua panitia pada bila-bila masa

saja dan dipinta semua guru sentiasa bersedia.

iii. Mempamerkan jadual waktu ditempat yang strategik.

Justifikasi : Mempamerkan jadual waktu di tempat yang strategik seperti di Bilik

Guru, Kantin sekolah dan papan Notis sekolah supaya guru amat peka terhadap

kepatuhan ke bilik darjah. Di samping itu juga rakan-rakan sejawat lain boleh

membantu mengingatkan mereka untuk masuk ke kelas.

Zarina binti SelamatKP:680801055450AG:2012161360044 10

Page 11: ISU PROFESIONALISME.docx

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083

Berdasarkan pemerhatian dan pemantauan di luar bilik darjah, guru yang sering

lewat masuk ke kelas, dapat masuk ke kelas mengikut waktunya kecuali seorang guru yang

lewat ke kelas. Setelah disiasat didapati beliau lewat ke sekolah sekurang-kurang dua kali

seminggu kerana tinggaljauh dari sekolah dan menghadapai masalah kesesakan di jalan

raya. Selain daripada itu, kesedaran guru-guru terhadap kepentingan masuk ke kelas

menepati waktu yang ditetapkan telah meningkat. Saya merasa gembira dengan perubahan

yang berlaku. Saya sangat kagum dengan kebolehan dan kebijaksanaan pihak pentadbir

menangani masalah ketepatan masa mengajar dalam kalangan guru di sekolah beliau.

Dengan beberapa peraturan baharu yang dilaksanakan saya dapati langkah ini dapat

meningkatkan komitmen guru terhadap tanggungjawab dan amanah yang dipikul sebagai

pendidik yang dedikasi dalam melaksanakan tugas yang berkesan dalam proses pengajaran

dan Pembelajaran di bilik darjah. Guru juga dapat menepati masa masuk ke kelas dan

memulakan pengajaran tepat pada waktunya . Guru lebih bertanggungjawab untuk

mendidik dan memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid sekaligusn dapat memberi

komitmen yang tinggi untuk membentuk murid-murid menjadi warganegara yang berguna,

berilmu, berdisiplin dan berketrampilan.

Zarina binti SelamatKP:680801055450AG:2012161360044 11

Page 12: ISU PROFESIONALISME.docx

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083

4.0 KESIMPULAN

Masa adalah sangat berharga kepada manusia. Di dalam al-Qur’an, Surah Al-‘Asr,

Allah menerangkan kepada manusia tentang kepentingan masa. “Demi masa,

sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka

menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran.” Maka, di dalam Islam itu

sendiri telah menyatakan bahawa manusia yang tidak menggunakan masa dengan betul

adalah orang-orang yang kerugian. Tugas guru adalah sebagai penyampai ilmu

pengetahuan. Sekiranya kita tidak cuba menerapkan kepentingan masa kepada murid,

maka, kita sebagai guru boleh dikatakan tidak berjaya memberi satu ilmu yang amat

berguna. Pepatah Arab ada menyebut bahawa masa adalah ibarat pedang. Jika kita tidak

menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita. Pepatah Cina pula menyebut

bahawa semua bunga yang bakal berkembang pada hari esok adalah benih pada hari ini.

Sebagai guru, kita hendaklah menghargai masa yang diberikan kepada kita terutamanya

dalam waktu persekolahan. Ada juga yang mengatakan bahawa bertangguh itu pencuri

masa. Orang yang tidak tahu menggunakan masa pula dikatakan orang yang mati.

Kesemua kata-kata hikmat di atas menunjukkan kepentingan masa yang perlu dihayati

insan bernama guru.

Secara keseluruhannya, guru perlu memahami bahawa penyalahgunaan masa

adalah melanggar etika profession perguruan. Bukan itu sahaja, penyalahgunaan masa

juga melibatkan hukum agama yang mengundang kepada rezeki yang halal. Sebagai guru,

seharusnya kita menggunakan masa yang diperuntukkan kepada kita dengan perkara-

perkara yang dapat memberi faedah yang berguna untuk pelajar-pelajar kita. Sebagai guru,

kesedaran terhadap penyalahgunaan masa sangat penting dan perlu diberi perhatian.

Justeru seluruh warga pendidik perlu memberikan komitmen yang tinggi untuk membentuk

murid-murid ini menjadi warganegara yang berguna, berilmu, berdisiplin dan berketrampilan.

            Namun begitu, terdapat beberapa faktor dan mekanisme yang mengawal tingkah

laku manusia. Faktor-faktor tersebut ialah keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup,

penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama dan budaya kerja. Seharusnya, guru

Zarina binti SelamatKP:680801055450AG:2012161360044 12

Page 13: ISU PROFESIONALISME.docx

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083

dapat mematuhi etika perguruan dan memiliki sahsiah yang baik ketika melaksanakan tugas

mulia ini.    Guru perlu melakukan muhasabah diri dengan cara menilai diri, menghitung

kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan. Selain itu, lakukan juga penilaian diri

dengan melihat kepada apa yang telah kita lakukan dan bagaimana untuk memperbaikinya.

BIBLIOGRAFI

1. Awang Had Salleh, 1980. “ Keguruan dan perguruan di Malaysia:

keperihalan kini dan arah yang dituju”. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.

2. lbrahim Mamat, 993 Kepimpinan sekolah: Teori untuk praktis: Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn,Bhd.

3. Manual Kajian Tindakan, Bahagian perancangan dan penyelidikan Dasar

Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.

4. Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan

Budiman.

5. Rashidi Azizan,A.M.(1994). Pendidikan Guru,Cabaran,Falsafah dan Strategi

DalamPembentukan Guru Yang Unggul. Bangi: Masa Enterprise.

5. Sharifah Alwiah Alsagoff, 1986, llmu pendidikan: pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemen

(Malaysia) Sdn. Bhd.

Artikel :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_06.htm

Zarina binti SelamatKP:680801055450AG:2012161360044 13

Page 14: ISU PROFESIONALISME.docx

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083

LAMPIRAN

Contoh Dokumen Memantau Keberadaan Guru Dalam Bilik Darjah

Zarina binti SelamatKP:680801055450AG:2012161360044 14

Page 15: ISU PROFESIONALISME.docx

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083

Guru waktu pertama mengiringi murid masuk ke kelas

Sistem ‘Punch Card’ digunakan bagi mengesan masa kehadiran guru ke sekolah

Zarina binti SelamatKP:680801055450AG:2012161360044 15

Page 16: ISU PROFESIONALISME.docx

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083

Jadual Guru ganti juga disediakan bagi menggantikan guru yang tidak hadir

REFLEKSI

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah izin dan nikmatnya dapat saya

menyiapkan tugasan Subjek EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan PProfesional

Guru mengikut kritiria-kritiria yang telah digariskan. Saya juga memanjatkan kesyukuran

kerana melalui pemerhatian saya dan kajian kes, saya telas banyak menimba pengetahuan,

dan pengalaman baharu dalam mengharungi profesion keguruan ini.

Zarina binti SelamatKP:680801055450AG:2012161360044 16

Page 17: ISU PROFESIONALISME.docx

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083

Setelah selesai tugasan dilakukan, saya merasakan bahawa tugasan ini mampu

menjadi satu penyelesaian masalah kepada sebarang perkara yang timbul dalam isu

guru. Apabila berlakunya sesuatu masalah, maka sebagai guru kita haruslah

mempunyai satu cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini termasuklah isu

yang dipilih iaitu isu penyalahgunaan masa dalam segelintir guru. Perkara yang

penting ialah bagaimana pentadbir mampu untuk menyelesaikan masalah mencuri

masa dalam kalangan guru. Selain itu, dalam hal kehidupan seharian kita sebagai

seorang guru juga, ianya mampu menjadi satu panduan dan petunjuk supaya setiap

masalah itu pasti ada cara untuk menyelesaikannya.

Sepanjang menyelesaikan tugasan ini juga, ianya memberi cabaran kerana terlalu

banyak tekanan kerja yang dialami. Namun begitu, ianya adalah sebagai salah satu

permulaan dalam kehidupan yang mana lebih mencabar untuk masa akan datang.

Setiap kerja yang dilakukan pasti ada cabaran yang datang. Begitu juga halnya

dengan diri sebagai seorang guru iaitu cabaran dari segi fizikal dan mental pasti

menjelma. Tetapi, di sebalik rintangan dan cabaran yang direntasi pasti ada

kejayaannya. Kejayaan tidak akan datang bergolek dan tidak akan datang mengikut

perancangan.   

\

Selain itu, pelbagai kemahiran baharu yang diperoleh sepanjang menyiapkan

tugasan ini. Ini termasuklah kemahiran dari segi pengurusan dan etika untuk

menjadi seorang guru yang beretika dan berintegriti . Kemahiran ini wajib

diaplikasikan dalam kehidupan sebagai guru. Ini sekaligus akan menjadikan saya

sebagai seorang guru yang mempunyai akauntabiliti yang tinggi dan mampu

bertindak profesionalisme. Apa yang penting ialah, bagaimana sesuatu

pengetahuan itu diselarikan dengan kemahiran supaya dapat menjadi seorang guru

yang beretika tinggi.

Zarina binti SelamatKP:680801055450AG:2012161360044 17

Page 18: ISU PROFESIONALISME.docx

Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru EDU 3083

Tugasan ini dapat dikaitkan dengan rancangan masa hadapan saya dengan cara

bagaimana sekiranya masalah seperti isu ini atau isu-isu lain melanda dan dialami

oleh saya apabila bergelar pentadbir kelak. Oleh itu, saya perlu mengekalkan

kredibiliti saya sebagai seorang guru supaya saya dapat menjadi seorang guru yang

tidak mempunyai sebarang masalah disiplin apatah lagi melanggar etika profesion

keguruan ini. Saya seharusnya mempersiapkan diri dengan segala cabaran yang

akan datang supaya mampu menjadi guru dan pentadbir yang bagus. Insyaallah

Akhir sekali guru perlulah bersikap positif, bersemangat dan menanam sikap

untuk mendidik murid ke arah kejayaan dan bukan dijadikan mangsa keadaan.

Sekian terimakasih

Zarina binti SelamatIC: 680801055450

Zarina binti SelamatKP:680801055450AG:2012161360044 18