isu penyalahgunaan masa di kalangan guru

20
ISU PENYALAHGUNAAN MASA DI KALANGAN GURU Pada era globalisasi ini, terdapat pelbagai perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek telah berlaku di sekeliling kita sama ada kita sedar atau tidak. Perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan professional. Antara bidang professional yang terlibat adalah keguruan, perubatan,kejuruteraan, perundangan dan lain-lain lagi. Apa yang dimaksudkan dengan professional? Menurut Ornstein dan Levine ( 1993 ), konsep professional merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. Jadi, guru merupakan seseorang yang professional. Ini juga bermakna guru adalah segolongan yang telah mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta mempunyai kod etika yang tersendiri. Namun, terdapat pelbagai isu yang timbul dan melanggar etika profesion perguruan. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana terdapat segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu mengenai salah laku guru tersiar di internet ataupun

Upload: mizie-hj-ahmad

Post on 09-Dec-2015

193 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Penyalahgunaan Masa Di Kalangan Guru

ISU PENYALAHGUNAAN MASA DI KALANGAN GURU

Pada era globalisasi ini, terdapat pelbagai perkembangan dan pembangunan

dari pelbagai aspek telah berlaku di sekeliling kita sama ada kita sedar atau tidak.

Perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli

masyarakat terutamanya golongan professional. Antara bidang professional yang

terlibat adalah keguruan, perubatan,kejuruteraan, perundangan dan lain-lain lagi.

            Apa yang dimaksudkan dengan professional? Menurut Ornstein dan Levine

( 1993 ), konsep professional merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan

ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai

pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang

mengawal tingkah laku ahli. Jadi, guru merupakan seseorang yang professional. Ini

juga bermakna guru adalah segolongan yang telah mendapat latihan yang khusus,

berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta mempunyai kod etika

yang tersendiri.

Namun, terdapat pelbagai isu yang timbul dan melanggar etika profesion

perguruan. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini

dilihat semakin goyah kerana terdapat segelintir guru yang sanggup melanggar kod

etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu

mengenai salah laku guru tersiar di internet ataupun dada-dada akhbar. Ini sudah tentu

akan menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang

mulia dan suci.

        Di sini, saya memilih untuk membincangkan “Masalah Penyalahgunaan Masa”

sebagai isu yang melanggar etika profesion perguruan kerana masalah ini kerap terjadi

di kalangan guru. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi persekolahan yang umum adalah

dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam tidak termasuk aktiviti

kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid-murid dan guru terlibat

secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaubagaimanapun,

sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di sekolah.

Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya

Page 2: Isu Penyalahgunaan Masa Di Kalangan Guru

lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk

membendung isu ini daripada terus menular.  

Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah adalah guru tidak menepati

masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran dengan bersungguh-

sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh

kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru menggunakan

masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan

misalnya melayari facebook, ber”chatting”, bergosip, melepak di kantin, guru melakukan

kerja sambilan di malam hari ( misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam,

mengajar “dance”, membuat persembahan tarian) hingga menjejaskan produktivitinya

dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi. Walaupun saya tidak

menjalankan kajian penyelidikan tentang masalah ini tetapi melalui pengamatan saya,

adalah wajar masalah ini diberi perhatian.  Masalah penyalahgunaan masa mugkin

tidak terlalu serius tetapi jika dibiarkan berlanjutan, masalah ini dapat menjejaskan

kredibiliti para guru dan merugikan murid. Ramai guru masih tidak menyedari hakikat

ini. Jadi, saya berharap agar saya dapat menangani isu ini dalam diri saya agar tugas

saya sebagai bakal guru boleh menyumbang satu kebaikan kepada murid-murid saya.  

Sebelum saya menyentuh isu penyalahgunaan masa di kalangan guru dalam

tempoh bertugas, saya ingin merujuk kepada  peraturan-peraturan yang perlu di patuhi

guru ketika berada dalam perkhidmatan.  Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/81

yang bertarikh 12 September 1981, semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,

kakitangan sekolah dan para pelajar dikehendaki berada di sekolah sekurang-

kurangnya lima minit sebelum sekolah bermula. Surat ini juga memberi penekanan

terhadap tanggungjawab guru untuk mengamalkan ketepatan masa sepanjang waktu

bertugas di sekolah, semasa datang dan balik dari sekolah, ketika memasuki bilik

darjah untuk mengajar dan semasa menjalankan sesuatu kegiatan di luar bilik darjah

seperti kegiatan kokurikulum. Maksud ketepatan masa juga merangkumi keperluan

guru untuk mengikut jadual pengajaran dan tidak dibenarkan meninggalkan kelas

ataupun kawasan sekolah semasa tempoh persekolahan.

Page 3: Isu Penyalahgunaan Masa Di Kalangan Guru

Di samping itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh

guru berkaitan pematuhan waktu dan masa. Semua guru dikehendaki menandatangani

buku kedatangan sebaik sahaja tiba di sekolah dengan mencatatkan nama, masa

sampai dan menurunkan tandatangan. Pada zaman yang teknologi kini, ada sekolah

yang menggunakan ‘punch card’ atau menggunakan perisian komputer yang

menggunakan pengesanan corak ibu jari sebagai bukti kehadiran. Guru Besar pula

diberi kuasa mengizinkan guru meninggalkan kawasan sekolah sekiranya ada hal-hal

tertentu dan mereka perlu mengisi buku catatan meninggalkan sekolah. Begitu juga jika

terdapat hal yang memerlukan guru meninggalkan bilik darjah, kegiatan dan upacara

rasmi sekolah dan aktiviti kokurikulum, guru perlu mendapat kebenaran dari Guru

Besar.

Selain itu,  pada masa senggang iaitu ketika guru tidak menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru perlu melaksanakan beberapa

perkara seperti memeriksa buku latihan dan kerja rumah murid dengan teliti, menulis

buku ringkasan mengajar, menyediakan alatan dan bahan bantu mengajar,

menguruskan hal ehwal kelas, menguruskan yuran murid, hal-hal kokurikulum dan

sebagainya. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh guru pada waktu ini mestilah aktiviti

yang memberikan faedah kepada murid-murid. Selain itu, guru juga diberi

tanggungjawab untuk menggantikan guru lain untuk melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran.

Di bawah ini, saya akan menyatakan perkara yang membawa kepada

penyalahgunaan masa yang sering dilakukan oleh guru sama ada secara disedari atau

tidak disedari.  Yang paling utama adalah guru lewat masuk ke dalam kelas. Guru yang

mematuhi ketetapan masa tidak menunggu loceng berbunyi untuk berjalan dari sesuatu

tempat untuk ke kelas mereka. Mereka akan bergerak awal ke kelas dan kadangkala

sanggup pula menunggu waktu guru lain habis di luar kelas. Sekiranya waktu

pengajaran adalah berturutan, guru ini tergesa-gesa pergi bergerak dari satu kelas ke

kelas berikutnya dengan penuh semangat. Maka, fenomena guru yang lewat masuk ke

kelas akan menimbulkan isu penyalahgunaan masa. Bukan itu sahaja, sekiranya

Page 4: Isu Penyalahgunaan Masa Di Kalangan Guru

berlaku sebarang kemalangan di dalam kelas, guru tersebut harus dipersalahkan.

‘Mencuri masa’ adalah perbuatan yang tidak wajar bagi seorang guru.

Menurut laporan artikel yang saya membaca, guru yang suka lewat masuk kelas

biasanya akan memberikan pelbagai alasan seperti terlupa jadual waktu atau tidak

ingat.  Ada di kalangan guru yang memberikan alasan terlalu banyak kerja yang perlu

dibereskan. Malahan kadangkala memberikan alasan kononnya dipanggil guru besar

atau pengetua. Awal-awal tahun, ada guru buat-buat sibuk menyiapkan pelbagai

borang dan data sehingga meninggalkan kelas. Sekiranya mereka terpaksa

menyiapkan tugasan yang amat penting, ini bolehlah dimaafkan. Murid-murid yang

datang ke sekolah saban hari mengharapkan ilmu pengetahuan daripada guru.Sejak

awal pagi mereka telah bangun meredah kesejukan pagi dengan satu niat yang maha

suci untuk belajar. Tetapi apalah malangnya nasib mereka apabila ada segelintir guru

yang mengabaikan tugas untuk mencurahkan ilmu. Sebenarnya pelbagai perkara yang

tidak diingini boleh berlaku apabila ketiadaan guru di dalam kelas. Pelbagai gejala

negatif akan timbul jika tiada kawalan guru.Secara peribadi, penulis laporan artikel ini

berpendapat seharusnya gejala lewat masuk kelas dan langsung tidak masuk kelas

kerana alasan-alasan yang remeh-temeh sudah tidak boleh diterima lagi.

            Mengikut pemerhatian saya semasa praktikal dan internship di sekolah, saya

juga ternampak fenomena negatif yang sama berlaku dengan apa yang ditulis dalam

laporan artikel tersebut. Pada permulaannya, saya tidak berapa mengambil berat

tentang masalah ini. Namun ada satu kali murid-murid kelas saya memberitahu bahawa

guru kelas mereka setiap kali akan lewat masuk ke kelas. Setiap kali loceng sudah

berbunyi dan saya hendak keluar ke kelas, mereka akan meminta saya jangan keluar

dulu dan  meneruskan pengajaran dan pembelajaran saya lagi. Saya berasa amat

aneh, dan tidak berapa percaya dengan apa yang mereka kata. Mereka panggil saya

membuat satu eksperimen, tengok berapa lama guru kelas itu masuk ke kelas.

Memang, guru itu telah pun datang selepas 20minit kemudian dengan langkah

perlahan-lahan. Apabila dia nampak saya masih dalam kelas, dia  berterima kasih

kepada saya kerana membantunya mengawal kelas. Ada satu kali lagi, dia memesan

saya mencari dia di kelas pada waktu akhir untuk mengambil barang dengannya di bilik

Page 5: Isu Penyalahgunaan Masa Di Kalangan Guru

seni.  Saya sudah lewat 10minit pergi mencari dia di kelas itu, tetapi apabila saya

sampai sana, kelas itu tiada guru, murid-murid membuat bising, jalan sana sini. Selepas

itu, rakan sejawat saya memberitahu saya bahawa guru ini ada di kantin. Saya pun

mencari dia di kantin. Apabila saya nampak dia, dia sedang melengan-lengan serta

berbual-bual dengan penolong pengetua sambil memilih lauk pauk di sana.  Saya

kemudian menanyakannya “kenapa puan tidak ada di kelas, bukannya puan pesan

saya cari puan?” Dia hanya senyum sahaja dan kemudian kami berdua mencari bahan

hiasan di bilik seni. Dia pun mencari bersama-sama dengan saya sehingga loceng

berbunyi dan waktunya pun sudah habis. Akhirnya, dia tidak masuk ke kelas. Ini sudah

bukan lewat ke kelas, ini panggil tidak masuk ke kelas kerana perkara yang remeh

temeh. Selain itu,  Penolong kanan pengetua, ketua kurikulum  ataupun  guru akan

sering memesan kami untuk menggantikan kelas mereka . Kadang-kala alasan mereka

adalah bagi kami membuat “kajian tindakan” dan sebenarnya kami juga perlu waktu

yang extra bagi membuat “kajian tindakan” dengan murid-murid. Jadi, ini merupakan

satu situasi dipanggil “win win”. Bukan ini sahaja, guru yang tidak masuk kelas kerana

terdapat pelbagai kertas kerja kena buat, bermesyuarat, berkhusus, pergi hospital

memeriksa badan kerana ada “appointment” dengan doctor dan sebagainya.  Masalah

ini perlu dititikberatkan sebelum ia menjadi parah.

Kegagalan guru mematuhi ketetapan masa akan menimbulkan beberapa kesan.

Perkara yang ingin dibincangkan di sini ialah bukan hanya melihat kesan kepada guru

tetapi juga kesan kepada murid itu sendiri memandangkan isu penyalahgunaan masa

ini sebenarnya lebih banyak merugikan mereka. Beberapa kesan yang dapat dilihat

ialah:

a)      Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran tidak maksimum akibat

kurangnya kualiti dan produktiviti.

Apakah yang dimaksudkan oleh kualiti dan produktiviti? MS ISO 9000

mendefinisikan kualiti sebagai keseluruhan ciri-ciri sesuatu entiti iaitu produk dan

perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak pelanggan yang dinyatakan dan tersirat.

Dalam perkhidmatan pendidikan, guru hendaklah menyediakan perkhidmatan yang

dapat memenuhi kehendak pelanggan iaitu murid dan ibu bapa. MS ISO 9000 mula

Page 6: Isu Penyalahgunaan Masa Di Kalangan Guru

digunapakai seperti yang tercatat di dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.

2/1996 : Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO 9000 dalam Perkhidmatan Awam.

Selain itu, kakitangan awam juga boleh merujuk kepada Surat Pekeliling Kemajuan

Pentadbiran Bil 2/2002 : Garis Panduan bagi Melaksanakan MS ISO 9000:2000 Dalam

Perkhidmatan Awam. Kualiti menyentuh tentang kefahaman kehendak dan

pengharapan pelanggan. Ini menghendaki guru menunjukkan kemampuan mereka

dalam merekabentuk perkhidmatan seperti yang diperlukan dan diharapkan murid dan

ibu bapa.

Apakah pula yang dimaksudkan oleh produktiviti? Merujuk kepada Pekeliling

Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 6 Tahun 1991 : Panduan Mengenai

Peningkatan Produktiviti dalam Perkhidmatan Awam, produktiviti boleh didefinisikan

sebagai nilai atau kuantiti output yang dapat dihasilkan oleh satu unit input. Maka,

output merujuk kepada keluaran atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah

organisasi. Dalam konteks sekolah sebagai organisasi, input perujuk kepada ilmu dan

kemahiran yang diberikan kepada murid manakala output merujuk kepada tingkahlaku

dan pengadaptasian ilmu dan kemahiran oleh murid itu sendiri. Mengapa pula kualiti

dan produktiviti adalah berkaitan dengan penyalahgunaan masa? Jika kita merujuk

kepada Pekeliling tadi, Kerajaan Malaysia ada menggariskan beberapa panduan untuk

meningkatkan produktiviti. Salah satu cara untuk meningkatkan kualiti ialah pihak

pentadbiran sekolah mengambil langkah-langkah bagi mengukuhkan faktor-faktor yang

mempengaruhi produktiviti. Faktor-faktor tersebut ialah:

<!--[if !supportLists]-->i.                  <!--[endif]-->Tenaga manusia (guru-guru)

<!--[if !supportLists]-->ii.                 <!--[endif]--> Sistem dan prosedur

<!--[if !supportLists]-->iii.                <!--[endif]-->Struktur organisas

<!--[if !supportLists]-->iv.                <!--[endif]-->Gaya pengurusan

<!--[if !supportLists]-->v.                 <!--[endif]-->Persekitaran kerja

<!--[if !supportLists]-->vi.                <!--[endif]-->Teknologi

<!--[if !supportLists]-->vii.              <!--[endif]-->Bahan-bahan

<!--[if !supportLists]-->viii.             <!--[endif]-->Kelengkapan modal

Page 7: Isu Penyalahgunaan Masa Di Kalangan Guru

Kesemua faktor di atas menyumbang kepada produktiviti Negara. Maka tidak

syak lagi jika penyalahgunaan masa guru akan menyebabkan kurangnya produktiviti

kerana guru tidak bersikap positif, berada dalam persekitaran yang kurang kondusif,

tidak menyediakan atau menggunakan teknologi dalam pengajaran, tidak menyediakan

bahan dan alatan yang bersesuaian dan tidak melakukan refleksi pengajaran

untukmengenalpasti dan menyelesaikan masalah murid. Penyalahgunaan masa

menyebabkan guru tidak membuat persediaan rapi dalam menentukan dan

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

b)  Kepimpinan Melalui Teladan tidak diaplikasikan.

Guru adalah ‘role model’ murid. Maka, guru perlu menghayati slogan kepimpinan

melalui teladan. Ini disebabkan oleh murid suka meniru perlakuan, memek muka,

pakaian malah personaliti guru tersebut.  ‘Kepimpinan Melalui Teladan’ merupakan

slogan yang dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 19 Mac 1983.

Slogan ini diwujudkan bagi menanam dan memupuk sifat kepimpinan yang berkesan

bagi dicontohi dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat. Selain itu, ia juga

dapat menerap nilai kebertanggungjawab dan etika murni di kalangan kakitangan

awam. Guru merupakan antara orang yang paling kerap mendampingi murid selain ibu,

bapa dan ahli keluarga mereka. Malah, kebanyakan murid sering mendengar kata guru

berbanding dengan ibu dan bapa mereka sendiri. Malah, mereka juga kerap bercerita

kepada ibu bapa tentang kehebatan guru. Tetapi sekiranya guru mereka sering

menghabiskan waktunya dengan perkara yang tidak berfaedah, apakah pula

pandangan dan cerita yang akan didengari oleh ibu bapa mereka? Tentunya ini akan

menimbulkan pandangan yang negatif dari pihak ibu bapa dan mengundang tanggapan

yang negatif dari murid-murid juga.

c)      Penambahbaikan dalam kaedah dan strategi pengajaran tidak berlaku.

Sekiranya guru tidak menggunakan masa terluang kita untuk membuat kajian

tindakan, guru tidak dapat membuat penambahbaikan terhadap teknik pengajaran

mereka. Kajian tindakan ialah kajian yang dibuat berdasarkan sesuatu situasi iaitu

mendiagnos sesuatu masalah dan cuba mengatasi dalam konteks itu. Ada baiknya jika

Page 8: Isu Penyalahgunaan Masa Di Kalangan Guru

guru terus menulis refleksi pengajaran selepas sesi pembelajaran dilaksanakan atau

selepas sesuatu tajuk diajar. Selepas itu, guru tersebut hendaklah membuat kajian

tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Guru boleh menggunakan masa

senggang di antara waktu pengajaran atau sewaktu sesi persekolahan untuk mencari

jalan penyelesaian. Guru boleh merujuk artikel akademik seperti jurnal pendidikan,

bertanya kepada guru lain, merujuk kepada guru cemerlang dan jurulatih utama

ataupun merujuk kepada kajian penyelidikan yang pernah dilakukan sebelum ini.

    Menurut Stenhouse (1975), penyelidikan tindakan bukan sahaja menyumbang

kepada pengajaran dan pembelajaran tetapi kepada teori pendidikan dan pengajaran

yang boleh diakses oleh guru-guru lain. Maka, jika penyelidikan tindakan dijalankan,

guru boleh berkongsi maklumat dengan guru lain untuk menyelesaikan sesuatu

masalah. Semua perkara ini boleh dilakukan pada waktu persekolahan sekiranya guru

tidak berhasrat untuk menyalahgunakan masa.

d)     Tidak maju akibat tidak positif dan tiada matlamat hidup.

Terdapat segelintir guru yang tidak mempunyai matlamat hidup. Mereka tiada

fokus tertentu dalam kerjaya mereka. Maka, mereka tidak tahu untuk memenuhi masa

di sekolah mereka. Sebagai guru, seharusnya mereka menetapkan satu atau lebih

matlamat untuk dicapai. Contohnya, Cikgu Hadi mempunyai matlamat untuk menjadi

guru cemerlang Matematik dalam tempoh 2 hingga 3 tahun lagi. Untuk mencapai

matlamatnya, Cikgu Hadi merancang untuk mendokumentasikan aktiviti pengajaran dan

pembelajarannya sebelum memohon jawatan tersebut. Oleh itu, Cikgu Hadi akan

menggunakan masa senggang di sekolah untuk menyediakan dokumentasi

tersebut. Guru juga hendaklah lebih positif dalam menentukan hala tujunya dalam

kerjaya. Sebagai guru yang positif, mereka sentiasa berfikir untuk memenuhi keperluan

murid. Jadi, masa terluang tersebut akan digunakan untuk memikirkan sesuatu yang

dapat meningkatkan motivasi intrinsik agar dapat melakukan tugasnya dengan lebih

ikhlas dan bersungguh-sungguh. Terdapat beberapa ciri guru yang berfikiran positif iaitu

optimis, bersemangat, keberanian, keyakinan, keazaman, kesabaran, ketenangan dan

Page 9: Isu Penyalahgunaan Masa Di Kalangan Guru

fokus. Sekiranya seorang guru itu mempunyai matlamat kerjaya dan bersikap positif,

maka isu penyalahgunaan masa ini dapat dikurangkan.

            Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama

kenapa masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, individu dalam

konteks ini iaitu guru mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli, kurang komitmen

dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah. Apabila sikap

ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah diamanahkan

sehinggalah tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh-sungguh dalam mendidik

anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima

pada setiap bulan.

            Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang

lemah dan kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya

permasalahan ini. Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka

guru-guru menjadi lebih berani untuk menyalahgunakan masa kerana mereka tidak

perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka.

            Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk

kepada banyak pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli professional dan murid-

murid. Antara kesan yang boleh dilihat daripada permasalahn ini adalah merosotnya

prestasi kerja guru dan pencapaian pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan

memandang sinis akan profesion keguruan dan tidak yakin dengan kebolehan guru

dalam mendidik anak-anak mereka.

            Menyedari akan kesan yang akan menimpa jika permasalahan ini tidak

dibendung, maka semua pihak termasuk pihak pentadbir, rakan sejawat, dan individu

itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan permasalahn ini tidak terus

menular dan menjari semakin parah dan teruk.

Isu penyalahgunaan masa di kalangan guru-guru dapat diselesaikan

menggunakan Teori Pilihan dan Terapi Realiti. Namun, persoalan utama yang perlu

dilalui oleh guru ialah adakah mereka mahu mengubah tingkahlaku mereka kepada

Page 10: Isu Penyalahgunaan Masa Di Kalangan Guru

sikap yang lebih baik?  Teori Pilihan membincangkan bagaimana individu itu

bertingkahlaku dan mengapa mereka bertingkahlaku berdasarkan perspektif kawalan

luaran, psikologi kawalan dalaman, dunia kualiti, keperluan masa, dunia pengertian,

dunia sebenar, nilai dan pengetahuan, skala perimbangan, tingkahlaku keseluruhan,

sistem tingkahlaku, identiti berjaya dan identiti gagal.

       Merujuk kepada teori ini, guru seharusnya mengkaji semula tingkahlaku mereka

bagi mengenalpasti mengapa mereka menyalahgunakan masa mereka berdasarkan

kepada faktor-faktor yang dinyatakan tadi. Guru hendaklah menetapkan kehendak

kualiti yang ingin dicapai. Dalam kes ini, kehendak kualiti tersebut ialah mengisi masa

senggang mereka di sekolah bagi mengelakkan masalah penyalahgunaan masa. Bagi

memenuhi identiti berjaya pula, mereka akan mengalami rasa cinta terhadap kerjaya

mereka, rasa dihargai dan keperluan-keperluan psikologikalnya yang lain. Namun

begitu, kadangkala guru perlu melawan identiti gagal mereka seperti personaliti tidak

seimbang, kurang keyakinan diri dan cepat putus asa. Sebagai seorang guru juga,

mereka bertanggungjawab dalam memilih keputusan dalam hidup mereka. Setiap

pilihan yang mereka buat adalah berdasarkan kepada keperluan asas mereka. Namun

harus diingatkan, bahawa setiap pilihan itu mempunyai beberapa risiko tertentu. Maka

guru seharusnya memilih tingkahlaku yang efektif sahaja agar dapat membentuk identiti

berjaya.

            Terapi realiti pula adalah bagaimana kita dapat membantu diri kita dan orang

lain. Terdapat empat proses dalam melaksanakan Terapi Realiti ini iaitu W(wants),

D(directions),

E(evaluation) dan P(planning).

            Proses menyelesaikan isu penyalahgunaan masa ini dapat dilakukan seperti di

bawah:

a)      Wants ( keperluan, kehendak dan persepsi )

Dibawah proses ini, guru hendaklah menentukan matlamat mereka dalam kehidupan.

Matlamat utama mereka ialah menyelesaikan masalah penyalahgunaan masa. Masalah

ini perlu dilihat dalam skop yang lebih kecil. Maka guru hendaklah menggariskan

Page 11: Isu Penyalahgunaan Masa Di Kalangan Guru

beberapa matlamat yang lebih kecil. Matlamat-matlamat tersebut ialah, menentukan

aktiviti pada masa senggang, menepati masa apabila masuk ke dalam kelas,

mendahulukan perkara yang lebih penting dan menentukan kaedah pengajaran terbaik

yang perlu dilaksanakan di dalam kelas. Semua matlamat ini hendaklah ditulis dengan

jelas di atas satu kertas yang mudah menjadi rujukan guru tersebut.

b)     Directions (  terarah dan lakukan )

Dalam proses ini pula, pengalaman masa lampau perlu dilihat untuk membentuk masa

hadapan. Beberapa perkara perlu dilihat semasa proses ini berlaku. Dari segi perasaan,

guru hendaklah benar-benar cuba untuk memfokuskan diri mereka untuk mencapai

matlamat tersebut. Ini bermakna mereka perlu menyediakan diri mereka dari segi emosi

agar matlamat tersebut dapat dicapai. Dari segi emosi pula, sokongan keluarga tidak

kurang pentingnya. Selain itu, guru juga hendaklah mempunyai pemikiran yang positif

dan sentiasa yakin bahawa matlamat mereka akan tercapai.

c)      Evaluation ( penilaian )

Guru hendaklah memikirkan bahawa adakah matlamat mereka akan tercapai ataupun

tidak tercapai. Oleh sebab itu, guru hendaklah memikirkan beberapa halangan yang

akan dihadapi oleh mereka untuk mencapai matlamat yang diingini. Halangan yang

paling besar adalah datangnya dari diri mereka sendiri. Dalam kes ini, motivasi intrinsik

memainkan peranan yang paling penting untuk menyelesaikan masalah mereka. Maka

guru perlu memikirkan langkah yang terbaik untuk meningkatkan motivasi intrinsik

mereka. Halangan yang seterusnya datang dari keluarga guru itu sendiri. Perkara yang

baik perlu mendapat sokongan dari keluarga sama ada pasangan, anak-anak mahupun

ibu bapa. Sokongan dari pentadbir dan rakan sejawat tidak kurang pentingnya.

d)     Plan (perancangan)

Setelah membuat penilaian dan menyenaraikan matlamat, guru perlulah membuat

perancangan tindakan yang ingin dilakukan. Senarai yang dibuat perlulah

mendahulukan perkara yang lebih penting dulu. Pada masa yang sama, guru perlulah

sentiasa menanamkan azam yang kuat untuk melakukan aktiviti tersebut demi

mengatasi masalah penyalahgunaan masa. Guru hendaklah melakukan muhasabah diri

Page 12: Isu Penyalahgunaan Masa Di Kalangan Guru

agar dapat memikirkan perkara yang dilakukan adalah adalah kea rah kebaikan. Antara

aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah:

a.       Masuk ke kelas awal dan keluar tepat pada masanya.

b.      Melakukan reflesi pengajaran dan pembelajaran.

c.       Berbincang dengan Ketua Panitia dan rakan-rakan sejawat mengenai hal-hal

pengajaran dan pembelajaran.

d.      Meneroka maklumat baru dari internet atau jurnal-jurnal pendidikan.

e.       Menjalankan penyelidikan tindakan.

f.       Memberikan latihan yang mencukupi dan memenuhi standard kecukupan.

            Selain itu, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa

ke semasa terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan

secara berterusan, maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah

adalah terbatas. Seterusnya, pihak pentadbir juga perlu berusaha mengenal pasti dan

bersedia memberikan khidmat nasihat kepada guru yang bermasalah. Jika pihak

pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut kepada kaunselor.

Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan memberikan

amaran dan mengenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah

yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru-guru akan sedar

kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi.

            Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan dalam menangani masalah ini.

Rakan sejawat perlulah menjadi teladan kepada rakan-rakan yang bermasalah

memberikan nasihat dan dorongan supaya guru yang terlibat dalam penyalahgunaan

masa itu dapat mengubah dirinya. Selain itu, individu yang terlibat juga perlu

memainkan peranan dalam usaha untuk berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang

boleh dilakukan adalah dengan cara sentiasa muhasabah diri tentang apa yang telah

dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan kelemahan dapat dikenalpasti dan

diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk berusaha menjadi lebih baik.

Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu menjadi teladan agar

diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat-sifat yang ideal sebagai seorang guru.

Page 13: Isu Penyalahgunaan Masa Di Kalangan Guru

Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat dilaksanakan

dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.

Masa adalah sangat berharga kepada manusia. Di dalam al-Qur’an, Surah

Al-‘Asr, Allah menerangkan kepada manusia tentang kepentingan masa. “Demi masa,

sesungguhnya manusia kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh.

Mereka menyeru kepada kebenaran dan menyeru kepada kesabaran.” Maka, di dalam

Islam itu sendiri telah menyatakan bahawa manusia yang tidak menggunakan masa

dengan betul adalah orang-orang yang kerugian. Tugas guru adalah sebagai

penyampai ilmu pengetahuan. Sekiranya kita tidak cuba menerapkan kepentingan

masa kepada murid, maka, kita sebagai guru boleh dikatakan tidak berjaya memberi

satu ilmu yang amat berguna. Pepatah Arab ada menyebut bahawa masa adalah ibarat

pedang. Jika kita tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita.

Pepatah Cina pula menyebut bahawa semua bunga yang bakal berkembang pada hari

esok adalah benih pada hari ini. Sebagai guru, kita hendaklah menghargai masa yang

diberikan kepada kita terutamanya dalam waktu persekolahan. Ada juga yang

mengatakan bahawa bertangguh itu pencuri masa. Orang yang tidak tahu

menggunakan masa pula dikatakan orang yang mati. Kesemua kata-kata hikmat di atas

menunjukkan kepentingan masa yang perlu dihayati insan bernama guru.

Secara keseluruhannya, guru perlu memahami bahawa penyalahgunaan masa

adalah melanggar etika profession perguruan. Bukan itu sahaja, penyalahgunaan masa

juga melibatkan hokum agama yang mengundang kepada rezeki yang halal. Sebagai

guru, seharusnya kita menggunakan masa yang diperuntukkan kepada kita dengan

perkara-perkara yang dapat member faedah yang berguna untuk pelajar-pelajar kita.

Sebagai guru, kesedaran terhadap penyalahgunaan masa sangat penting dan perlu

diberi perhatian. Justeru seluruh warga pendidik perlu memberikan komitmen yang

tinggi untuk membentuk murid-murid ini menjadi warganegara yang berguna, berilmu,

berdisiplin dan berketrampilan.