isu penambakan

5
Isu Penambakan Pantau penambakan laut Oleh: ABDUL RAZAK DIN (Wartawan Utusan) 14 Julai 2008 11 Rejab 1429 Penambakan boleh didefinisikan secara ringkas sebagai proses `korek' kemudian `tambak'. Ini bermaksud projek penambakan memerlukan bahan timbus (lazimnya pasir) dan proses pengorekkan bahan timbus tersebut. Dalam konteks lazim, pasir laut dikorek dan kemudian dipindahkan ke tempat penambakan untuk kerja-kerja penimbusan.Contoh mudah, pihak Singapura mengambil pasir dari Malaysia atau Indonesia, diangkut dan kemudiannya ditimbuskan di Pulau Tekong.Menurut Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof. Dr. Abdul Aziz Ibrahim, kerja pengorekkan pasir laut di lokasi yang sensitif (dari sudut perikanan) mendatangkan kesan negatif.Kerja penambakan di lokasi yang sensitif contohnya di kawasan bakau, berhampiran pelabuhan juga mendatangkan masalah. Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Institut Kajian Hidraulik Malaysia (Nahrim) yang pakar dalam bidang kerja- kerja penambakan laut menjelaskan, Malaysia mempunyai garis panduan sendiri yang sedang diterima pakai untuk melaksanakan projek ini tanpa meninggalkan kesan terhadap alam sekitar.Katanya, kalau kita kaji negara Belanda, 40 peratus tanahnya adalah hasil penambakan. Kita di Malaysia begitu juga Singapura banyak mempelajari selok-belok penambakan ini dari Belanda. Belanda telah begitu lama menjalankan kerja-kerja ini (sehingga sekarang) tetapi tiada pun rungutan dari negara jiran.Jadi apakah persoalannya, mengapa di rantau sebelah sini ia menimbulkan masalah? Adakah mentaliti orang kita `bila terhantuk baru terngadah' selalu menimbulkan masalah?

Upload: nazuwa

Post on 06-Jun-2015

4.101 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Penambakan

Isu Penambakan

Pantau penambakan lautOleh: ABDUL RAZAK DIN (Wartawan Utusan) 14 Julai 200811 Rejab 1429

Penambakan boleh didefinisikan secara ringkas sebagai proses `korek' kemudian `tambak'. Ini bermaksud projek penambakan memerlukan bahan timbus (lazimnya pasir) dan proses pengorekkan bahan timbus tersebut.

Dalam konteks lazim, pasir laut dikorek dan kemudian dipindahkan ke tempat penambakan untuk kerja-kerja penimbusan.Contoh mudah, pihak Singapura mengambil pasir dari Malaysia atau Indonesia, diangkut dan kemudiannya ditimbuskan di Pulau Tekong.Menurut Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof. Dr. Abdul Aziz Ibrahim, kerja pengorekkan pasir laut di lokasi yang sensitif (dari sudut perikanan) mendatangkan kesan negatif.Kerja penambakan di lokasi yang sensitif contohnya di kawasan bakau, berhampiran pelabuhan juga mendatangkan masalah.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Institut Kajian Hidraulik Malaysia (Nahrim) yang pakar dalam bidang kerja-kerja penambakan laut menjelaskan, Malaysia mempunyai garis panduan sendiri yang sedang diterima pakai untuk melaksanakan projek ini tanpa meninggalkan kesan terhadap alam sekitar.Katanya, kalau kita kaji negara Belanda, 40 peratus tanahnya adalah hasil penambakan. Kita di Malaysia begitu juga Singapura banyak mempelajari selok-belok penambakan ini dari Belanda.

Belanda telah begitu lama menjalankan kerja-kerja ini (sehingga sekarang) tetapi tiada pun rungutan dari negara jiran.Jadi apakah persoalannya, mengapa di rantau sebelah sini ia menimbulkan masalah? Adakah mentaliti orang kita `bila terhantuk baru terngadah' selalu menimbulkan masalah?

Dalam hal ini, penambakan oleh pihak Singapura telah berjalan berpuluh tahun tetapi mengapa sekarang dipersoalkan?Apa yang kita buat selama ini? Adakah pemantauan dibuat? Jika ada, apa tindakannya?

Pencerobohan pada dasarnya pelanggaran sempadan perairan antarabangsa yang telah dipersetujui bersama. Dalam isu penambakan laut di selatan tanah air, tindakan Singapura memang sah satu pencerobohan.Dari konteks kerja-kerja penambakan oleh Singapura, bentuk pencerobohan ini bermaksud penambahan kawasan tanah secara fizikalnya melampaui garis sempadan yang hakikatnya berbentuk imaginasi atau maya.

Ini hakikatnya kata Abdul Aziz, belum lagi berlaku di sekitar kawasan yang ketara iaitu di sepanjang Selat Tebrau.Apa yang berlaku dan sedang hangat diperkatakan ialah pembesaran pulau-pulau milik Singapura melalui tebus guna laut atau tambak laut.

Apa yang perlu difikirkan juga apakah `penyempitan' Selat Tebrau menerusi penambakan oleh mana-mana pihak boleh dianggap menceroboh walaupun sempadan itu belum

Page 2: Isu Penambakan

dilampaui.Walaupun pada zahirnya di atas permukaan air, sempadan ini belum diceroboh - apakah pencerobohan mungkin telah berlaku secara tersorok dan ini perlu dipantau dan disahkan.Isu besar lain yang penting akibat penyempitan terusan Selat Tebrau yang dilakukan tanpa kajian antara lain ialah perubahan perilaku regim hidraulik secara mendadak ke atas aliran air di selat.

Lazimnya perubahan ini ke arah yang lebih ekstrem iaitu arus yang lebih deras dan ia akan memberi kesan dalam bentuk hakisan pantai di sebelah Johor (di sebelah Singapura dilindungi oleh tembok laut).Pencemaran pantai Johor oleh sampah-sampah yang dibuang dari Singapura secara terbuka atau tersorok.

Lebih serius ialah pencemaran air selat atau kumbahan atau sisa kilang yang beroperasi di Singapura.Pencemaran ini akan melupuskan kelompok hutan bakau di bahagian Johor dan akhirnya melupuskan juga spesies ikan.Kesan yang lebih serius, walaupun ia mungkin berlaku dalam tempoh yang panjang ialah ke atas sosio-ekonomi penduduk di pesisiran pantai Selat Tebrau di bahagian Johor yang banyak bergantung hidup dalam bidang perikanan.Apa yang ditakuti ialah rungutan ini akan mendatangkan implikasi politik apabila rakyat berpandangan Kerajaan Malaysia tidak mampu menangani masalah ini.

Perubahan aliran air di Selat Tebrau juga memberi kesan kepada operasi Pelabuhan Tanjong Pelepas (PTP) memandangkan ia berhampiran dengan Tuas, di mana kerja-kerja penambakan sedang dijalankan.Menurut Abdul Aziz, proses penambakan juga mengakibatkan pengampaian mendapan (bahan tambakan) dan jika tidak dikawal mendapan ini akan mendap di kawasan PTP.

Kesannya ialah saluran pemaliman di PTP akan cepat terkambus, lalu penyempitan selat mungkin memberi kesan ke atas pergerakan kapal-kapal yang keluar masuk.Jika diteliti, penambakan di Pulau Tekong akan memberi kesan kepada operasi Pelabuhan Pasir Gudang.Apa akan terjadi kepada pelabuhan ini jika pihak Singapura membina satu lagi pelabuhan di Pulau Tekong - pintu masuk ke Pasir Gudang.

Lazimnya, penambakan laut di Malaysia dan di mana-mana juga dilakukan mengikut garis panduan yang sedia ada dan diguna pakai. Garis panduan di Malaysia adalah seperti yang termaktub dalam dokumen Akta Kualiti Alam Sekitar 1987.``Perancangan dan pelaksanaan projek tambak laut yang telah saya laksanakan di Kedah, Melaka, Sabah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor, Langkawi dan Selangor berdasarkan garis panduan ini,'' kata Abdul Aziz.

Katanya, sebagai contoh, penyempitan Selat Tebrau oleh penambakan laut perlu dikaji dengan kaedah simulasi komputer (pemodelan hidraulik) untuk menggambarkan regim aliran sebelum dan selepas penambakan.Isunya sekarang, adakah mereka peduli akan kesan-kesan negatif ini memandangkan ia menimpa ke atas pihak Malaysia/Johor bukan Singapura?

Page 3: Isu Penambakan

Tindakan-tindakan mencegah kesan negatif ini semasa proses penambakan itu sedang berjalan dan ia bukan asing bagi kontraktor bertaraf antarabangsa dan pihak berkuasa tempatan (Singapura).Pihak tertentu di Johor dan di Malaysia amnya ada mempersoalkan, adakah proses pemantauan dibuat?

Soal pemantauan ini agak sulit tambahan pula ia melibatkan dasar laut dan kawasan negara asing. Setakat pemantauan kerja-kerja penambakan di atas permukaan air ia adalah mudah.Kemudahan dan kepakaran yang ada di Malaysia dalam bidang teknologi penginderaan jauh (remote sensing) membolehkan pemantauan ini dijalankan dengan mudah.

Tetapi bagaimana pula dengan pemantauan di dasar laut? Satu cara yang berkesan ialah kajian ukur hidrografi. Masalahnya ialah kita terpaksa memasuki sempadan Singapura.Dalam suasana keruh seperti sekarang pastinya pihak Singapura menghalang.Teknologi penginderaan jauh dalam keadaan tertentu boleh menembusi permukaan air dan memeta dasar laut tetapi ia bergantung kepada kejernihan air. Dengan keadaan kualiti (kejernihan) air di Selat Tebrau yang begitu teruk, teknologi ini tidak sesuai.

Pemantauan yang lebih berkesan ialah pengawalan eksport pasir ke negara luar. Penambakan di Singapura rata-rata menggunakan bahan timbus (pasir) dan sebahagian bahan batu yang diimport dari Malaysia (Johor).Larangan mengeksport bahan ini ke Singapura dibuat pada tahun 2000 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir. Namun ia terus berlaku secara sulit.

Penggunaan bahan dari Indonesia (Pulau Karimun) hanya dilakukan sejak kebelakangan ini setelah larangan berkuat kuasa dan penangkapan dibuat ke atas kontraktor dari Korea.Masalah pengawalan ini agak rumit kerana konsesi pengambilan pasir di perairan Malaysia iaitu berhampiran Johor, diberikan kepada individu/syarikat persendirian.Sumber pasir laut banyak terdapat di Teluk Ramunia dan Kota Tinggi dan perlombongan pasir di kawasan ini telah lama berlaku.Berbeza dengan negeri lain di Semenanjung, contohnya di Melaka, Kedah dan Selangor, konsesi pasir laut di perairan negeri diserahkan kepada anak syarikat negeri.

Jadi, kawalan agak mudah dan rata-rata pengeksportan pasir keluar Malaysia tidak dibenarkan.Begitu juga di Thailand, pemindahan pasir dari kawasannya keluar negara dianggap `penjualan' maruah negara.Satu lagi isu besar yang tersorok di belakang masalah penambakan laut oleh pihak Singapura ialah isu pembekalan air ke republik tersebut.Dengan penambahan kawasan tanah, maka penduduk Singapura akan bertambah, keperluan kawasan pertanian dan kilang perindustrian juga akan meningkat.

Ini semua memerlukan bekalan air yang lebih besar. Dalam keadaan tersepit begini, kita perlu merangka pelan tindakan tertentu.