isu kenaikan harga minyak

11
1.0 Pengenalan Kenaikan harga minyak di Malaysia merupakan salah satu fenomena yang hangat diperkatakan oleh setiap golongan rakyat. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat sangat mengambil berat terhadap isu kenaikan harga minyak tersebut. Minyak petrol merupakan komoditi yang penting di dalam kehidupan seharian dan juga banyak digunakan sebagai input di dalam sektor ekonomi seperti pengangkutan, pembinaan dan sebagainya. Menurut Teori Maslow, minyak boleh dikategorikan di bahagian keperluan fisiologi. Keperluan fisiologi merupakan keperluan manusia yang paling asas untuk hidup. Dalam erti kata lain, apa saja yang diperlukan untuk diri. Setiap individu mempunyai kenderaan sendiri yang digunakan untuk pergi dan pulang dari kerja dan sebagainya. Oleh itu, minyak sememangnya diperlukan bagi menggerakkan kereta tersebut. Menurut Noresah Bt Baharom (2010), Minyak petrol ataupun dikenali sebagai gasolin boleh didefinisikan sebagai campuran cecair bahan api yang diperolehi daripada petroleum. Minyak ini digunakan sebagai bahan api bagi enjin pembakaran dalaman. Di Malaysia, terdapat 3 jenis minyak yang di jual dengan harga berbeza iaitu petroL RON95, petrol RON 97 dan diesel. Selain itu, Malaysia juga merupakan negara pengeksport dan mengimport minyak. Walaubagaimanapun, kebergantungan Malaysia terhadap sumber energi yang bersifat non- renewable menyebabkan berlakunya peningkatan harga minyak di pasaran akibat daripada beberapa faktor seperti peperangan negara pengeluar minyak, permintaan

Upload: unie-onie

Post on 12-Aug-2015

77 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Kenaikan Harga Minyak

1.0 Pengenalan

Kenaikan harga minyak di Malaysia merupakan salah satu fenomena yang hangat diperkatakan

oleh setiap golongan rakyat. Hal ini menunjukkan bahawa rakyat sangat mengambil berat

terhadap isu kenaikan harga minyak tersebut. Minyak petrol merupakan komoditi yang penting

di dalam kehidupan seharian dan juga banyak digunakan sebagai input di dalam sektor ekonomi

seperti pengangkutan, pembinaan dan sebagainya. Menurut Teori Maslow, minyak boleh

dikategorikan di bahagian keperluan fisiologi. Keperluan fisiologi merupakan keperluan manusia

yang paling asas untuk hidup. Dalam erti kata lain, apa saja yang diperlukan untuk diri. Setiap

individu mempunyai kenderaan sendiri yang digunakan untuk pergi dan pulang dari kerja dan

sebagainya. Oleh itu, minyak sememangnya diperlukan bagi menggerakkan kereta tersebut.

Menurut Noresah Bt Baharom (2010), Minyak petrol ataupun dikenali sebagai gasolin

boleh didefinisikan sebagai campuran cecair bahan api yang diperolehi daripada petroleum.

Minyak ini digunakan sebagai bahan api bagi enjin pembakaran dalaman. Di Malaysia, terdapat

3 jenis minyak yang di jual dengan harga berbeza iaitu petroL RON95, petrol RON 97 dan

diesel. Selain itu, Malaysia juga merupakan negara pengeksport dan mengimport minyak.

Walaubagaimanapun, kebergantungan Malaysia terhadap sumber energi yang bersifat non-

renewable menyebabkan berlakunya peningkatan harga minyak di pasaran akibat daripada

beberapa faktor seperti peperangan negara pengeluar minyak, permintaan terhadap minyak,

keperluan minyak kepada negara pengeluar, pengurangan subsidi dan juga spekulasi mata wang

Amerika Syarikat.

Kenaikan harga minyak juga turut memberi kesan yang negatif dan positif kepada negara

dan juga masyarakat. Secara prinsipnya, setiap kenaikan harga minyak di pasaran dunia akan

menberi kesan kepada ekonomi secara berangkai, seperti kenaikan harga runcit minyak yang

dibeli oleh pengguna. Oleh itu, Kenaikan harga minyak sudah pastinya memberi kesan kepada

kenaikan harga barangan, kos pengangkutan dan juga pertambahan beban kerajaan.

Page 2: Isu Kenaikan Harga Minyak

2.0 Punca- punca kenaikan harga minyak

Kenaikan harga minyak sering berubah-ubah berpunca daripada keadaan politik. Menurut Unit

Perancangan Ekonomi & Majlis Tindakan Ekonomi Negara (2005), peperangan yang berlaku di

antara negara- negara pengeluar minyak utama seperti Iraq, Nigeria dan Venezuela telah

menganggu proses pengeluaran minyak dunia. Peningkatan harga minyak buat pertama kalinya

bermula pada tahun 17 Oktober 1973, iaitu apabila berlakunya perang Yom Kippur, perang di

antara Israel dengan Mesir dan Syria. Semasa perang tersebut, Pertubuhan Negara- Negara

Pengeksport Petroleum (OPEC) membuat keputusan untuk menggunakan minyak sebagai senjata

untuk membebaskan wilayah Mesir dan Syria yang diduduki oleh Israel dengan mengenakan

sekatan minyak iaitu mereka tidak mahu mengeksport petroleum ke negara yang menyokong

Israel dalam konflik Israel dengan Mesir dan Syria. Contohnya Amerika Syarikat. Sekatan ini

berlangsung selama enam bulan sehingga menyebabkan harga minyak naik. Hal ini

menyebabkan semua negara di dunia mengalami krisis minyak. Tambahan pula, OPEC

mempunyai peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia dan juga

mempengaruhi harga pasaran minyak. Oleh itu, dapatlah kita simpulkan bahawa peperangan

yang berlaku ini secara tidak langsung memjadi punca kepada peningkatan harga minyak di

Malaysia.

Selain itu, langkah yang diambil oleh kerajaan iaitu mengurangkan pemberian subsidi ke

atas petrol menjadi salah satu punca kepada perubahan harga minyak di Malaysia. Menurut

Noresah Bt Baharom (2010), subsidi boleh ditakrifkan sebagai bantuan berupa wang ataupun

kebendaan yang selalunya diberi kepada pihak tertentu. Tindakan kerajaan mengurangkan

subsidi minyak pada 3 September 2013, ini bermakna harga petrol RON95 ialah RM2.10 naik

sebanyak 20 sen, manakala diesel pula ialah RM2.00. Disebabkan keputusan ini, terdapat juga

spekulasibahawa tindakan pihak kerajaan ini menunjukkan bahawa negara kita sedang

mengalami masalah kewangan. Hal ini kerana sebelum ini kerajaan amat menjaga kebajikan

rakyat dengan memberi subsidi yang tinggi bagi mengurangkan beban kos sara hidup rakyat

Malaysia. Walaubagaimanapun, peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen adalah dianggap

sebagai penjimatan yang boleh dilakukan oleh kerajaan. Hal ini kerana kerajaan mahu rakyat

menyedari bahawa pentingnya berjimat cermat dalam penggunaan petrol dan berbelanja secara

berhemah bagi menampung peningkatan dalam perbelanjaan rakyat. Keputusan ini dapat

Page 3: Isu Kenaikan Harga Minyak

membantu mengurangkan defisit dalam belanjawan negara yang mencecah 4.5 peratus daripada

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2012. Dengan itu, langkah mengurangkan

subsidi harga minyak petrol dan diesel merupakan langkah jangka panjang yang perlu diambil

bagi memantapkan ekonomi negara untuk mengelak negara menjadi muflis sekiranya berterusan

memberikan subsidi berkenaan. Hal ini kerana kerajaan berada di dalam keadaan yang sukar

untuk mengimbangi antara keperluan rakyat dengan mengekalkan sumber kewangan lain bagi

mengekalkan subsidi minyak pada paras semasa seperti peruntukan pembangunan.

Seterusnya, kenaikan harga minyak juga adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi

terhadap komoditi minyak. Menurut Raja Mohd. Affandi (1975), permintaan dapat ditakrifkan

sebagai jadual kuantiti barang yang akan dibeli oleh pengguna pada berbagai- bagai tingkat

harga Sebagai contoh negara China dan Amerika Syarikat (AS), kedua- dua negara ini memberi

fokus dalam perekonomian iaitu bidang industri. Kemajuan dalam bidang perindustrian di negara

China dan Amerika Syarikat menyebabkan negara tersebut bergantung kepada sumber minyak

dan memerlukan jumlah minyak yang banyak bagi menampung keperluan industri dan seharian

penduduk. Berdasarkan data Independent Statistic & Analysis U.S Energy Information, China

mengimport 5.4 juta barrel per hari minyak mentah pada tahun 2012, ia meningkat sebanyak 7%

daripada 5.1 juta barrel per hari pada tahun 2011. Sementara itu, AS mengimport kira-kira 10.6

juta tong sehari petroleum pada 2012 daripada kira-kira 80 buah negara. Hal ini menunjukkan

terdapat permintaan yang tinggi terhadap minyak, situasi ini menyebabkan harga minyak di

dunia mengalami perningkatan.

Punca kenaikan harga minyak yang seterusnya ialah keperluan minyak itu sendiri kepada

negara pengeluar. . Berdasarkan data Independent Statistic & Analysis U.S Energy Information,

Iraq mempunyai hasil pengeluaran minyak secara purata iaitu 3 juta barrel per hari pada tahun

2012, Namun, Iraq hanya mengeksport minyak mentah sebanyak 2.4 juta barrel per hari pada

tahun yang sama, Situasi ini menyebabkan jumlah minyak yang dikeluarkan oleh mereka untuk

dieksport tidak banyak kerana mereka perlu memenuhi keperluan minyak di negara mereka

terlebih dahulu sebelum mengeksportnya ke negara lain. Oleh itu, jumlah penawaran minyak

yang sedikit di pasaran antarabangsa menyebabkan harga minyak melambung kerana negara-

negara lain turut memerlukan minyak dalam kuantiti yang banyak dan juga memerlukan bekalan

secara berterusan.

Page 4: Isu Kenaikan Harga Minyak

Akhir sekali, spekulasi penurunan kadar nilai mata wang Amerika Syarikat (AS) juga

dikaitkan dengan peningkatan harga minyak. Menurut Teguh Sihono (2011), krisis kewangan

yang berlaku di AS menyebabkan harga saham global jatuh dan melemahkan kadar mata wang

Amerika Syarikat. Pembelian minyak dikaitkan dengan penggunaan mata wang Amerika

Syarikat, ini bermakna sekiranya terdapat sebarang penurunan mata wang negara tersebut,

pastinya ia akan menjejaskan nisbah keuntungan yang bakal diterima oleh negara pengeluar

minyak. Oleh itu, situasi ini membawa kepada negara pengeluar minyak tidak berminat untuk

mengeluarkan minyak lebih banyak kerana pembelian minyak menggunakan mata wang

Amerika Syarikat ketika ini tidak membawa kadar keuntungan yang banyak kepada mereka.

Kesimpulannya, peningkatan harga minyak berpunca daripada keadaan politik,

permintaan yang tinggi terhadap komiditi minyak, pengurangan subsidi, keperluaan minyak itu

sendiri bagi Negara pengeluar dan juga penurunan mata wang Amerika Syarikat. Bagi

mengelakkan peningkatan harga minyak daripada terus meningkat, semua pihak haruslah

berkerjasama dengan menjalinkan hubungan yang erat antara Negara pengeluar dengan Negara

lain. Hal ini kerana, kegagalan mengekalkan dengan perjanjian bersama akan mengakibatkan

harga minyak akan terus meningkat ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu, kerajaan perlu

memainkan peranan untuk membendung masalah kenaikan harga minyak dan mengambil

tindakan untuk mengatasinya supaya masalah kenaikan harga minyak dapat dikawal. Manakala,

kita sebagai pengguna perlu bijak dalam mengawal perbelanjaan seharian supaya tidak terbeban

dengan kesan kenaikan harga minyak di Malaysia.

Page 5: Isu Kenaikan Harga Minyak

3.0 Kesan kenaikan harga minyak

3.1 Kesan negatif

Peningkatan harga minyak menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan terutamanya

harga barangan makanan. Bahan makanan, sama ada dalam bentuk mentah, separa proses atau

siap akan diangkut dari tempat pemprosesan ke tempat pemasaran iaitu kedai runcit dan

sebagainya. Oleh itu, kenaikan kos pengangkutan dan kos pemprosesan menyebabkan pihak

pengilang menaikkan harga barangan kepada para peniaga. Kemudiannya, para peniaga turut

menaikkan harga barangan bagi memastikan ia mendapat semula modal yang dilaburnya.

Sebagai contoh, barangan runcit seperti gula, tepung, beras dan barangan basah seperti ayam,

ikan dan sebagainya adalah keperluan asas dalam kehidupan rakyat. Peningkatan harga barangan

ini membebankan rakyat.

Selain itu, kos pengangkutan turut meningkat akibat daripada kenaikan harga minyak

terutamanya bagi pengangkutan awam. Hal ini kerana syarikat pengangkutan awam seperti bus

terpaksa menaikkan tambang kerana mereka menggunakan minyak yang banyak bagi

menjalankan operasi perniagaan mereka. Walaubagaimanapun, kenaikan harga tambang bagi

pengangkutan awam masih terkawal kerana kerajaan sentiasa memantau pihak agensi bus supaya

tidak menaikkan harga tiket yang tinggi dan membebankan rakyat. Namun demikian, bagi

mengelakkan kerugiaan, agensi turut mengetatkan jadual perjalanan.

Dalam masa yang sama, kenaikan harga minyak bukan sahaja memberi kesan negatif

kepada rakyat tetapi juga kepada negara. Hal ini kerana kenaikan harga minyak menyebabkan

berlakunya pertambahan dari segi tanggungan subsidi ke atas bahan api tersebut. Menerusi

kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan menunjukkan bahawa pada tahun 2007

sahaja kerajaan terpaksa menanggung subsidi minyak menjangkau lebih RM33 bilion dan sekali

gus menjadi beban kepada kerajaan kerana defisit ekonomi akan menjadi lebih besar.

Page 6: Isu Kenaikan Harga Minyak

3.2 Kesan positif.

Kenaikan harga minyak bukan hanya dapat dilihat sebagai sesuatu yang negatif, tetapi juga boleh

dilihat dari sudut yang positif. Berdasarkan petikan akhbar, Datuk Seri Najib Tun Razak

menyatakan bahawa kenaikan harga minyak disebabkan oleh pengurangan subsidi ini dilihat

sebagai satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka masa yang pendek dan sederhana.

Seterusnya memberi kesan yang positif kepada kesejahteraan rakyat. Pengurangan subsidi

minyak yang dibuat oleh kerajaan turut bertujuan untuk mengurangkan defisit fiskal negara.

Seterusnya, kenaikan harga minyak dapat mewujudkan masyarakat yang berjimat cermat.

Kenaikan harga minyak menyebabkan setiap rakyat mengambil sikap berhati- hati dalam

berbelanja. Sebagai contoh, mereka akan mengurangkan aktiviti makan di luar rumah dan

menggalakkan mereka untuk memasak di rumah. Hal ini akan dapat mengubah gaya hidup

masyarakat bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri walaupun harga minyak naik.

Oleh itu, rakyat dapat mengekalkan kualiti hidup dan keselesaan mereka.

Selain itu. kenaikan harga minyak ini secara tidak langsung membantu dalam menjaga

alam sekitar daripada berlakunya kerosakan. Hal ini kerana, apabila harga minyak naik,

kebanyakan rakyat akan menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja ataupun

berkongsi kereta dengan kawan- kawan. Dengan itu, ia membantu alam sekitar daripada

mengalami kerosakan seperti pencemaran dan pemanasan global akibat daripada pelepasan asap

kenderaan yang banyak di udara.

Page 7: Isu Kenaikan Harga Minyak

4.0 Penutup

Kesimpulannya, peningkatan harga minyak di Malaysia banyak dipengaruhi oleh faktor luar

seperti keadaan politik di Negara pengeluar minyak, spekulasi mata wang Amerika Syarikat,

permintaan terhadap minyak yang tinggi dari negara China dan Amerika dan juga keperluan

minyak itu sendiri bagi Negara pengeluar. Manakala faktor dalaman pula seperti pengurangan

subsidi yang dilancarkan oleh kerajaan. Selain itu, ia juga turut memberi kesan negatif dan juga

positif kepada rakyat dan juga negara.

Bagi mengelakkan kenaikan harga minyak daripada melambung naik, pihak kerajaan

perlu mengadakan kerjasama yang erat di antara negara pengeluar minyak. Tambahan lagi, pihak

kerajaan juga turut menyediakan pelbagai dasar ataupun langkah proaktif bagi mengurangkan

kesan kenaikan ini daripada membebankan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),

Kedai Rakyat 1Malaysia, dan Klinik 1Malaysia. Secara tidak langsung, ia bertujuan untuk

memastikan keperluan asas rakyat disediakan dengan sebaik mungkin dan juga membantu

rakyat untuk berbelanja secara berhemah dan tidak menghadapi sebarang tekanan akibat

kenaikan kos sara hidup yang berpunca daripada kenaikan harga minyak.

Selain itu, rakyat juga perlu memahami dan bersedia untuk menghadapi kenaikan harga

minyak dan juga kesan yang akan berlaku apabila harga minyak meningkat. Hal ini kerana,

pemahaman dan kesediaan rakyat penting bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan negara

daripada sebarang provokasi yang mengganggu ketenteraman.