isu kenaikan harga minyak di malaysia

Upload: imelda-joseff

Post on 06-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Menerangkan sebab isu kenaikan harga minyak dunia dan negara Malaysia secara khususnya. Kesan kenaikan harga minyak kepada rakyat dan cara mengatasi.

TRANSCRIPT

ISU SUMBER TENAGA TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI

SCE 1153 SAINS TEKNOLOGI DAN MASYARAKATISU SUMBER TENAGA TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI

5

ISU KENAIKAN HARGA MINYAK DI MALAYSIA1.0 PENGENALAN Industri minyak memainkan peranan yang sangat penting dalam memacu pembangunan ekonomi sesebuah negara. Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun bergantung kepada bahan bakar ini sebagai punca kuasa utama bagi menampung pelbagai fungsi ekonomi dan keperluan harian rakyat. Sejak pertengahan tahun 2009, harga minyak mentah di pasaran dunia menunjukkan peningkatan yang berterusan sehingga hari ini. Di Malaysia, lonjakan dramatik harga minyak telah memberikan impak yang besar kepada pelbagai industri dan kepada rakyat di seluruh negara.

Sumber:Berita Harian (2014)Permintaan bagi minyak mentah dunia yang lebih tinggi berbanding dengan bekalan minyak yang ada menyebabkan pasaran minyak dunia menjadi lebih tertekan (Jabatan Perdana Menteri, 2006). Pembangunan pesat terutamanya di negara-negara perindustrian seperti Amerika Syarikat, China dan India menyumbang kepada peningkatan permintaan minyak dunia. Hal ini mewujudkan tekanan terhadap keperluan minyak sekaligus menyumbang kepada peningkatan harga bahan bakar ini. Dalam konteks negara, meskipun Malaysia merupakan salah satu negara pengeluar minyak, kita masih tidak boleh mengawal harga minyak kerana terdedah kepada urusan jualan di pasaran antarabangsa dan kaedah agihan penggunaan hasil minyak dunia (Mohd Noor Omar, 2013). Walaupun kerajaan telah berusaha meringankan beban rakyat dengan memberikan subsidi minyak yang lebih tinggi berbanding negara-negara lain, namun dengan kenaikan harga pasaran minyak dunia yang berterusan, kerajaan terpaksa menanggung bebanan subsidi petroleum yang sangat tinggi. Oleh itu, dengan memahami kedudukan harga pasaran minyak dunia, memang tidak dapat dinafikan bahawa kesan kenaikan harga minyak terpaksa dihadapi oleh rakyat Malaysia.Kenaikan harga minyak memberikan pelbagai kesan negatif kepada negara. Peningkatan kos pemprosesan, kos pengangkutan dan pelbagai caj perkhidmatan lain menyebabkan harga barangan keperluan harian semakin melambung tinggi. Hal ini seterusnya menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup rakyat. Secara realitinya, isu kenaikan harga minyak merupakan satu isu global yang rumit serta tidak dapat ditangani secara sepenuhnya dan impak negatif isu ini perlu dihadapi oleh segenap golongan masyarakat. Pelbagai langkah bijak perlu segera diambil bagi menangani serta mengurangkan kesan kenaikan harga minyak yang semakin menghimpit saban hari.

2.0 CADANGAN MEMPERBAIKI2.1 Penggunaan sumber tenaga alternatif Oleh kerana minyak merupakan salah satu sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui, penurunan rizab petroleum serta teori kemuncak penggunaan minyak menjadi kerisauan global dan hal ini menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga pasaran minyak. Oleh itu, usaha dan penyelidikan yang lebih giat harus dijalankan ke arah mengurangkan kebergantungan negara terhadap minyak sebagai sumber tenaga utama. Alternatif yang boleh diambil adalah mencari sumber tenaga selain daripada minyak sebagai punca kuasa.Pembangunan teknologi yang menggunakan tenaga alternatif perlu diberi tumpuan terutamanya dalam bidang yang melibatkan penggunaan sumber minyak yang tinggi. Sektor pengangkutan merupakan salah satu bidang yang merekodkan keperluan penggunaan minyak yang tertinggi di negara ini. Sekiranya negara mampu mengeluarkan produk kenderaan yang menggunakan bahan alternatif sebagai sumber tenaga, kebergantungan terhadap sumber minyak mungkin dapat dikurangkan sekaligus mengurangkan kesan kenaikan harga minyak terhadap rakyat.Antara contoh teknologi yang boleh dikaji dan dibangunkan dengan lebih giat di malaysia adalah penggunaan kenderaan yang menggunakan sistem gas asli. Penggunaan sistem kenderaan gas asli (NGV) merupakan satu alternatif yang sangat baik untuk menggantikan minyak sebagai bahan bakar utama bagi kenderaan. Walaupun gas asli juga merupakan tenaga yang tidak boleh diperbaharui, harga gas asli adalah melebihi tiga kali ganda lebih murah berbanding harga pasaran petrol kini dan hal ini boleh memaksimumkan penjimatan kos minyak sebagai bahan bakar bagi kenderaan (Nurfatihah, 2014). Teknologi NGV khususnya di Malaysia masih asing bagi sebahagian besar rakyat serta masih mempunyai beberapa kelemahan berbanding dengan sistem kenderaan biasa. Oleh itu, kajian yang lebih terperinci perlu dijalankan bagi menambahbaik sistem ini supaya lebih praktikal dan sesuai digunakan oleh pengguna dari segenap lapisan masyarakat. Jika sistem ini dinaiktaraf dan digunakan secara meluas, kebergantungan negara kepada sumber minyak boleh dikurangkan.2.2 Memupuk kesedaran penjimatan Permintaan yang tinggi terhadap sumber minyak adalah salah satu faktor penyumbang kepada kenaikan harga minyak. Peningkatan harga minyak pula menyumbang kepada peningkatan kos sara hidup. Oleh itu, langkah penjimatan harus diambil bagi mengurangkan penggunaan minyak sekaligus mengurangkan tekanan impak kenaikan harga minyak kepada rakyat. Pelbagai kempen boleh dijalankan bagi memupuk kesedaran mengenai kesan kenaikan minyak serta memberi pendedahan tentang langkah-langkah penjimatan yang boleh diambil untuk mengurangkan bebanan yang terpaksa dihadapi. Kempen-kempen boleh dijalankan di pelbagai peringkat institusi dan haruslah melibatkan segenap lapisan masyarakat.Antara kempen yang boleh dijalankan adalah Kempen Bumi Hijau. Melalui kempen ini, rakyat digalakkan untuk bercucuk tanam bagi mengurangkan kos bagi keperluan bahan mentah. Pelbagai informasi mengenai cara bercucuk tanam yang kreatif dan boleh dipraktikkan oleh rakyat tanpa mengira persekitaran tempat tinggal perlu diberikan secara meluas. Sebagai contoh, kaedah bercucuk tanam tanpa menggunakan tanah ataupun kaedah bercucuk tanam di atas kawasan yang terhad. Semasa kempen dijalankan, pelbagai contoh aktiviti bercucuk tanam yang berjaya boleh ditonjolkan bagi memupuk minat lebih ramai individu untuk mencuba kaedah bercucuk tanam yang dicadangkan mengikut kesesuaian penempatan masing-masing.Selain kempen Bumi Hijau, kempen yang menggalakkan rakyat berjimat cermat boleh diadakan bagi mengurangkan tekanan kesan kenaikan harga minyak. Golongan muda khususnya pelajar sekolah dan institusi pendidikan tinggi perlu ditanamkan dengan pengetahuan pengurusan perbelanjaan yang bijak sejak dari awal lagi. Kempen penjimatan juga boleh dijalankan secara terbuka bagi menyampaikan pengetahuan kepada masyarakat tentang kepentingan merancang pembelian, membudayakan sifat berjimat cermat serta membentuk imej pengguna bijaksana. Selain itu, maklumat berkaitan dengan pengguna bijak haruslah disebarkan dengan bijak melalui media-media informasi supaya boleh dicapai oleh seluruh rakyat Malaysia. Jika sikap berjimat cermat boleh dipupuk dalam diri setiap anggota masyarakat, peningkatan kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak boleh ditangani dengan bijak oleh rakyat. Hal ini kerana sungguhpun dengan kenaikan harga barang dan pelbagai perkhidmatan lain, mereka masih boleh merancang perbelanjaan dengan bijak dan berhemah.2.3 Menaiktaraf perkhidmatan pengangkutan awam di seluruh negara Umum diketahui bahawa sektor pengangkutan merupakan sektor yang mencatatkan penggunaan sumber minyak yang tertinggi dalam negara. Jumlah kenderaan semakin meningkat saban hari sehingga permintaan terhadap minyak juga semakin meningkat. Sikap sebahagian besar rakyat Malaysia yang lebih suka menggunakan kenderaan persendirian menyebabkan kempen berkongsi kereta yang telah beberapa kali cuba diketengahkan di negara ini menemui kegagalan. Oleh itu, salah satu alternatif lain yang boleh dilaksanakan adalah dengan menaik taraf sistem dan kemudahan perkidmatan pengangkutan awam di seluruh negara terutamanya bagi bandar-bandar yang mempunyai penduduk padat. Rakyat harus digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam sebagai pilihan pengangkutan utama. Namun realitinya, perkidmatan pengangkutan awam di Malaysia masih memerlukan banyak penambahbaikan. Masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna pengangkutan awam di Malaysia perlu dikaji secara terperinci untuk menaiktaraf perkhidmatan ini supaya lebih selesa serta memenuhi keperluan dan tuntutan pengguna. Antara masalah utama yang dihadapi oleh perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia adalah tumpuan pengangkutan yang tidak menyeluruh, tambang yang tidak berpatutan dengan kualiti perkhidmatan, sistem pengurusan yang kurang cekap serta kemudahan yang kurang selesa (Kementerian Pengangkutan Malaysia, 2013). Masalah-masalah ini harus diselesaikan dengan cekap dan menyeluruh bagi menarik lebih ramai pengguna pengangkutan awam di negara ini. Oleh itu, jaringan dan tumpuan perkhidmatan pengangkutan awam harus diperluas di seluruh negara dan tidak hanya tertumpu kepada tempat-tempat tertentu sahaja. Hal ini bagi memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan ini tanpa batasan tempat atau kawasan. Sistem pengurusan yang cekap juga harus menjadi penekanan supaya masalah seperti kelewatan waktu perjalanan dapat diatasi bagi memudahkan pengguna merancang perjalanan terutamanya golongan pekerja. Selain itu, caj tambang yang dikenakan juga haruslah bertepatan dengan kualiti perkidmatan yang diberikan kepada pengguna. Jika mutu perkhidmatan pengangkutan awam dinaiktaraf, lebih banyak pengguna akan tertarik untuk menggunakan pengangkutan awam dan matlamat kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai saluran pengangkutan utama rakyat akan direalisasikan. Hal ini bukan sahaja akan menyumbang kepada penjimatan penggunaan minyak di negara ini malah membolehkan rakyat untuk menjimatkan kos pengangkutan sekaligus mengurangkan tekanan kenaikan harga minyak.1.0 PENUTUP Natijahnya, masalah kenaikan harga minyak di negara ini merupakan isu global yang rumit dan tidak boleh diatasi dengan sepenuhnya. Walaubagaimanapun, dengan pelbagai usaha yang dijalankan, impak negatif kenaikan harga bahan bakar ini terhadap rakyat dapat dikurangkan. Oleh itu, semua pihak harus berganding bahu untuk menyokong dan menjayakan segala usaha yang dijalankan untuk kesejahteraan hidup bersama.

BIBLIOGRAFIAhmad Hassan. (2014, Oktober 6). Kenaikan harga minyak jejas rakyat berpendapatan rendah. The Borneo Post. Diperoleh daripada http://www.theborneopost.com /2014/10/06/kenaikan-harga-minyak-jejas-rakyat-berpendapatan-rendah/

Jabatan Perdana Menteri. (2006). Penjelasan mengenai kenaikan harga minyak serta subsidi dan lain-lain bantuan kerajaan kepada sektor sosial. Diperoleh dari http://www.epu.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=214162ba-f92e-4ca1-b915-44cd7621eb90&groupId=283545

Kementerian Pengangkutan Malaysia. (2013). Mempertingkatkan pengangkutan awam bandar. Diperoleh daripada http://www.pmo.gov.my/GTP/documents/Pelan%20Hala %20Tuju%20GTP/Pelan%20Hala%20Tuju%20GTP_Bab11.pdf

Mohd Noor Omar. (2014, Mac 17). Pertimbangan munasabah dalam keputusan ekonomi . Berita Harian. Diperoleh daripada http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/berita-harian/7753-pertimbangan-munasabah-dalam-keputusan-ekonomi

Norfadhilah Mohd Ali. (2009). Sustainability of petroleum and environmental control in the malaysian petroleum law. (Tesis Sarjana Muda yang tidak diterbitkan). Kolej University Islam Malaysia, Negeri Sembilan, Malaysia.

Nurulfatiha Muah. (2014, Disember 4). Guna NGV 70 peratus lebih jimat. Sinar Harian. Diperoleh daripada http://www.sinarharian.com.my/bisnes/guna-ngv-70-peratus-lebih-jimat-1.338924

Guna NGV 70 peratus lebih jimatNURULFATIHA MUAH4 Disember 2014

Allan bersama silinder NGV yang akan dipasang pada kenderaan pelanggan City NGV.PENGGUNAANsistem kenderaan gas asli (NGV) pada kenderaan persendirian boleh dijadikan alternatif menggantikan petrol sebagai bahan bakar untuk menjimatkan perbelanjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif City NGV (M) Sdn Bhd (City NGV), Allan Tan Boon Kee berkata, pemasangan NGV pada kenderaan boleh menjimatkan kos bahan bakar sehingga 70 peratus.

Katanya, sebagai contoh, pemasangan NGV dalam tempoh dua tahun mampu menjimatkan kos bahan bakar sehingga RM13,104 jika seseorang itu membelanjakan RM780 petrol setiap bulan dengan mengandaikan penggunaan NGV RM234.

Selain itu, kenderaan guna NGV diberi diskaun cukai jalan 25 peratus atau 50 peratus.

Ketika ini, harga petrol RM2.26 seliter, manakala NGV pula 68 sen seliter. Dengan kualiti hampir menyamai petrol, NGV juga boleh bergerak dalam kilometer jauh, katanya.

Allan berkata, penggunaan NGV juga selamat pada kenderaan asalkan ia dipasang oleh pakar pemasangan sistem tersebut.

Ada segelintir individu sanggup pasang NGV sendiri untuk jimatkan kos, namun perlu diingatkan ia boleh mengundang bahaya seperti risiko kenderaan terbakar jika ia tidak dipasang dengan betul, katanya.

Beliau berkata, kos penyelenggaraan NGV adalah rendah, selain lebih mesra alam.

Walaupun pengguna ada alternatif lain untuk jimatkan bahan bakar seperti elektrik dan hibrid, namun kosnya agak mahal berbanding NGV, katanya.

Dalam pada itu, Allan berkata, City NGV berhasrat meluaskan pasaran penggunaan NGV kepada kenderaan persendirian.

Ketika ini, lebih 6,000 teksi gunakan perkhidmatan kami untuk memasang NGV sejak City NGV ditubuhkan pada 2007.

Kami mahu capai sasaran 1,000 kenderaan pasang NGV di City NGV tahun depan dalam usaha menjayakan misi syarikat yang mahu setiap keluarga di negara ini mempunyai kenderaan menggunakan NGV, katanya.

Menurutnya, syarikat itu mengenakan kos antara 2,299 hingga RM3,800 untuk pemasangan NGV jenis konvensional, manakala RM3,699 hingga RM6,000 untuk NGV sistem sequential dengan tempoh jaminan setahun bagi setiap pakej pemasangan.

Bermula1 Januari depan, Allan berkata, City NGV membuat promosi pemasangan NGV pada harga RM2,999 untuk kenderaan menggunakan NGV sistem 'sequential' seperti Proton, terhad kepada 1,000 kenderaan pertama.

5