isu-isu terkini.doc

7
Keruntuhan moral remaja bukan disebabkan sekolah 16/04/2011 4:48pm YAN — Keruntuhan moral remaja bukan disebabkan kegagalan institusi pendidikan semata-mata tetapi banyak faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom. "Ini bukan soal sistem pendidikan gagal tetapi bagaimana kita nak memperkemaskan kembali institusi keluarga dan kita perlu lihat asuhan akhlak budi pekerti bermula dari rumah sampai kepada peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kampung Pauh, di sini hari ini. Beliau berkata, masyarakat selalu membuat kesimpulan mudah dengan mengatakan keruntuhan akhlak berpunca daripada kegagalan pendidikan, sebaliknya institusi kekeluargaan itu sendiri perlu diperkemaskan. Jamil Khir berkata, golongan remaja juga perlu didekatkan dengan program-program berbentuk keagamaan yang dianjurkan di masjid-masjid agar mereka lebih faham tentang nilai-nilai agama dan tidak terjebak dengan gejala sosial. "Sekarang ini program-program di masjid seperti ada kelompok- kelompok tertentu sahaja dan di sinilah perlunya imam masjid dan ketua kampung memainkan peranan mereka,” katanya. Beliau berkata, ahli jawatankuasa masjid perlu mencipta program yang menarik di masjid supaya golongan remaja

Upload: syikhin-osman

Post on 27-Sep-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Keruntuhan moral remaja bukan disebabkan sekolah

16/04/2011 4:48pm

YAN Keruntuhan moral remaja bukan disebabkan kegagalan institusi pendidikan semata-mata tetapi banyak faktor lain yang menyumbang kepada berlakunya perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

"Ini bukan soal sistem pendidikan gagal tetapi bagaimana kita nak memperkemaskan kembali institusi keluarga dan kita perlu lihat asuhan akhlak budi pekerti bermula dari rumah sampai kepada peringkat sekolah, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kampung Pauh, di sini hari ini.

Beliau berkata, masyarakat selalu membuat kesimpulan mudah dengan mengatakan keruntuhan akhlak berpunca daripada kegagalan pendidikan, sebaliknya institusi kekeluargaan itu sendiri perlu diperkemaskan.

Jamil Khir berkata, golongan remaja juga perlu didekatkan dengan program-program berbentuk keagamaan yang dianjurkan di masjid-masjid agar mereka lebih faham tentang nilai-nilai agama dan tidak terjebak dengan gejala sosial.

"Sekarang ini program-program di masjid seperti ada kelompok-kelompok tertentu sahaja dan di sinilah perlunya imam masjid dan ketua kampung memainkan peranan mereka, katanya.

Beliau berkata, ahli jawatankuasa masjid perlu mencipta program yang menarik di masjid supaya golongan remaja tertarik untuk mendekati masjid sekaligus mengelakkan diri dari gejala sosial. Bernama

Pelajar tingkatan empat hilang selepas ke sekolah

13/04/2011 4:49pm

PUTRAJAYA Seorang pelajar perempuan, Nur Atiqah Tajuddin, 16, yang ke sekolah pada petang Jumaat lepas untuk menghias kelas tidak pulang ke rumahnya di Presint 9 sehingga hari ini.

Ibunya Roslinda Karim, 46, berkata kali terakhir beliau bertemu anaknya, ketika beliau pulang ke rumah pada waktu rehat hari yang sama sebelum kembali ke tempat kerja di sebuah kementerian di sini pada pukul 2 petang.

"Selepas Nur Atiqah tidak pulang ke rumah petang itu, saya hubungi rakannya yang sama-sama ke sekolah dan diberitahu anak saya sudah keluar dari sekolah dan ke perhentian bas berhampiran untuk bertemu seorang lagi rakan perempuannya berusia 12 tahun yang dilaporkan turut hilang, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Roslinda berkata, Nur Atiqah, anak keempat daripada enam beradik dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9 (1) tidak membawa telefon bimbit dan sebarang dokumen pengenalan diri.

Cubaan beliau menghubungi rakan Nur Atiqah yang dilaporkan hilang bersamanya juga gagal apabila telefon bimbit itu dijawab oleh invidividu tidak dikenali. Bernama

Remaja hidu pen marker ganti gam

REMAJA kini melepaskan gian dengan menghidu pen marker. Gambar hiasan

PUTRAJAYA Tidak cukup menghidu gam dan minyak petrol, kini ada sebilangan remaja di negara ini melepaskan gian menghidu bahan alkohol dan bahan kimia yang terdapat di dalam dakwat pen penanda atau marker.

Teknik terbaharu itu didedahkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ekoran beberapa operasi pihaknya sejak kebelakangan ini.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Zuraidah Mohamed berkata, harga pen berkenaan yang jauh lebih murah selain mudah diperoleh di pasaran juga dipercayai menjadi punca ia pilihan utama remaja sebelum berjinak-jinak dengan dadah sebenar.

Caranya, mereka menghidu kepala pen ini sekuat mungkin bagi mendapatkan kesan khayal yang maksimum dan tidak kisah jika hidung diwarnai dakwat sekalipun kerana yang penting mereka khayal, ujarnya selepas Majlis Anugerah Cemerlang AADK 2010 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop di sini semalam.

Seramai 492 anggota dan pegawai AADK menerima sijil penghargaan dan wang tunai RM1,000.

Menurut Zuraidah, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan terdapat peningkatan pengguna dadah di kalangan remaja terutamanya kes melibatkan bahan mengkhayalkan.

Polis tahan bomoh disyaki rogol pelajar

08/04/2011 4:47pm

JITRA Seorang bomoh berusia 36 tahun ditahan selepas disyaki merogol seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini yang mendapatkan rawatan di rumahnya di Simpang Kemboja, Ayer Hitam dekat sini Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Supritendan Ibrahim Mohd Yusuf berkata, pelajar terbabit yang dikatakan terkena gangguan telah ke rumah bomoh berkenaan bersama ibu bapanya untuk rawatan susulan.

"Sehari sebelum kejadian mangsa dah pergi jumpa bomoh itu dan diberitahu ada hantu menumpang dalam badannya dan disuruh datang semula pada malam keesokan harinya, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini hari ini.

Menurut laporan, mangsa dirogol ketika sedang dirawat dalam sebuah bilik di rumah bomoh berkenaan, manakala ibu bapanya berada di ruang tamu.

"Selepas menyedari mangsa dirogol, keluarganya membuat laporan polis dan suspek ditahan di tempat kerjanya di kolam udang Kerpan pada petang Rabu, katanya.

Ibrahim berkata, bomoh berkenaan kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. BernamaKanak-kanak perempuan diculik?

05/04/2011 5:35pm

KUANTAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun sembilan bulan hilang dipercayai diculik lewat petang semalam ketika bersama kakak iparnya, 23, dan seorang saudaranya berusia 10 tahun, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, SAC T. Narenasagaran berkata, kejadian itu berlaku di sebuah kedai telefon bimbit milik ibu kanak-kanak itu di Jalan Kuantan-Gambang berhampiran dengan sebuah pasar raya kira-kira 7 petang.

Bercakap kepada pemberita Narenasagaran meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kanak-kanak berkenaan, Nur Hafiqah Zarissya Mohd Nawawi, menghubungi polis di talian 09-5751999. - Bernama

Dua ditahan bersama dadah RM360,000 01/04/2011 6:35pm

KUANTAN Dua lelaki ditahan dalam dua kejadian di kawasan peranginan Genting Highlands di sini bersama beberapa jenis dadah yang dianggarkan bernilai RM360,000 baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Fatimah Ghazali berkata seorang pemandu kereta sewa berusia 58 tahun ditahan di kawasan sebuah hotel pada 5 petang Rabu lepas.

"Hasil daripada penahanan lelaki itu polis menemui empat paket lutsinar dengan setiap paket berisi serbuk dan ketulan syabu seberat 235 gram yang harga runcitnya bernilai RM235,000, katanya kepada pemberita hari ini.

Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan ketika memandu kereta di kawasan peranginan itu pada 10.45 malam tadi.

"Selepas kita memperkenalkan diri sebagai polis, suspek enggan keluar dari kereta dan kita terpaksa bertindak agresif mengeluarkannya kerana dia tidak mahu bekerjasama, katanya.

Fatimah berkata polis merampas sebuah beg silang yang mengandungi sepaket syabu dan menemui 300 biji pil Eramin 5, 800 pil Do, wang tunai RM5,841, tiga telefon bimbit serta mata wang Thailand 1,000 bath.

Beliau berkata harga runcit dadah yang dirampas dari suspek kedua bernilai RM125,000 dan kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan. - Bernama