isu-isu sosial

8
- 1 - JKA 216/4: PARADIGMA DAN TEORI SOSIAL PENGURUS KURSUS: Dr Fatan Hamamah Yahaya Pengenalan Bagi anda yang mengkhusus dalam bidang Antropologi dan Sosiologi, saya percaya kursus ini bukanlah sesuatu yang baharu dan asing. Bagi mereka yang minor, anda akan memula "perjalanan" ke arah ruang lingkup ilmu yang akan menimbulkan lebih soalan dari jawapan. Ini agak berbeza dengan bidang pengajian sains tulen kerana "bahan", "benda" atau perkara yang anda teliti dan kaji, iaitu masyarakat adalah entiti yang kompleks. Pada satu segi, masyarakat adalah satu fenomena atau "kejadian" yang abstrak tetapi nyata. Ia sesuatu yang boleh kita rasai dan alami kerana kita juga menjadi ahli dalamnya tetapi dalam masa yang sama ia juga bebas dari tindakan kita. Kita juga "rasai" sebagai satu yang "hidup" tetapi tidak pula kita pasti di mana "punca" dan di mana nadinya, dan penting sekali kenapa dan bagaimana ia berbeza dan berbagai dari masa dan tempat. Berlainan dari benda atau ‘bahan’ yang lain, masyarakat adalah suatu “fenomena”; abstrak tapi nyata, cair tapi padat, berstruktur tetapi berubah, bersepadu tetapi bertelingkah. Pendek kata, "masyarakat manusia" adalah suatu yang kompleks, ia merupakan suatu "kejadian", suatu fenomena, suatu abstraksi yang semua manusia alami. Kesemua ini ialah soalan-soalan yang menjadi papan tanda pertanyaan yang akan anda temui. Soalan-soalan tersebut bukan yang baharu, ia telah cuba dijawab oleh ahli falsafah, ahli teologi (agama) dan para pengkaji sosial. Malah jawapan kepada soalan tersebut semuanya menjadi asas pada pembentukan teori sosial. Apa yang ingin disampaikan dalam kursus ini Modul kursus ini mengandungi dua tema utama: i) Tema pertama: Paradigma dan Teori dalam Sejarah Kursus ini akan singgah di beberapa lokasi ilmiah yang menerokai pengetahuan tentang masyarakat. Bermula dengan penilitian para ahli falsafah Yunani ini sehinggalah ke zaman “pencerahan” (enlightenment) dan Rennaisanse dan seterusnya ke zaman Pasca Revolusi Perancis hingga ke zaman Eropah Moden, anda akan dibawa singgah untuk melihat aliran pemikiran tentang masyarakat. Dalam pengertian yang longgar, teori ialah "pendirian" atau "penerangan" tentang kejadian sosial (masyarakat).

Upload: abdul-razak-noh

Post on 13-Aug-2015

183 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

isu-isu sosial

TRANSCRIPT

- 1 -

JKA 216/4: PARADIGMA DAN TEORI SOSIAL PENGURUS KURSUS: Dr Fatan Hamamah Yahaya Pengenalan Bagi anda yang mengkhusus dalam bidang Antropologi dan Sosiologi, saya

percaya kursus ini bukanlah sesuatu yang baharu dan asing. Bagi mereka yang

minor, anda akan memula "perjalanan" ke arah ruang lingkup ilmu yang akan

menimbulkan lebih soalan dari jawapan. Ini agak berbeza dengan bidang

pengajian sains tulen kerana "bahan", "benda" atau perkara yang anda teliti dan

kaji, iaitu masyarakat adalah entiti yang kompleks. Pada satu segi, masyarakat

adalah satu fenomena atau "kejadian" yang abstrak tetapi nyata. Ia sesuatu

yang boleh kita rasai dan alami kerana kita juga menjadi ahli dalamnya tetapi

dalam masa yang sama ia juga bebas dari tindakan kita. Kita juga "rasai"

sebagai satu yang "hidup" tetapi tidak pula kita pasti di mana "punca" dan di

mana nadinya, dan penting sekali kenapa dan bagaimana ia berbeza dan

berbagai dari masa dan tempat. Berlainan dari benda atau ‘bahan’ yang lain,

masyarakat adalah suatu “fenomena”; abstrak tapi nyata, cair tapi padat,

berstruktur tetapi berubah, bersepadu tetapi bertelingkah. Pendek kata,

"masyarakat manusia" adalah suatu yang kompleks, ia merupakan suatu

"kejadian", suatu fenomena, suatu abstraksi yang semua manusia alami.

Kesemua ini ialah soalan-soalan yang menjadi papan tanda pertanyaan yang

akan anda temui. Soalan-soalan tersebut bukan yang baharu, ia telah cuba

dijawab oleh ahli falsafah, ahli teologi (agama) dan para pengkaji sosial. Malah

jawapan kepada soalan tersebut semuanya menjadi asas pada pembentukan

teori sosial.

Apa yang ingin disampaikan dalam kursus ini Modul kursus ini mengandungi dua tema utama: i) Tema pertama: Paradigma dan Teori dalam Sejarah Kursus ini akan singgah di beberapa lokasi ilmiah yang menerokai pengetahuan

tentang masyarakat. Bermula dengan penilitian para ahli falsafah Yunani ini

sehinggalah ke zaman “pencerahan” (enlightenment) dan Rennaisanse dan

seterusnya ke zaman Pasca Revolusi Perancis hingga ke zaman Eropah Moden,

anda akan dibawa singgah untuk melihat aliran pemikiran tentang masyarakat.

Dalam pengertian yang longgar, teori ialah "pendirian" atau "penerangan"

tentang kejadian sosial (masyarakat).

- 2 -

"Teori" agung yang mampu menerangkan "kejadian" ini belum ada. Yang ada

sekarang, hasil dari debat, perbincangan, dialog dan penyelidikan, hanya

"pendapat" pendekatan yang "cuba" sebolehnya menerangkan sesuatu kejadian

atau fenomena sosial.

Dalam kursus ini anda akan pelajari paradigma dan teori-teori sosial yang

menerangkan tentang keadaan, suasana serta dinamik (perubahan) dan proses

masyarakat berubah serta kesan utama dan sampingan. Anda akan mempelajari

teori ini melalui “pendekatan" atau "paradigma". Anda tentu akan menyoal.

Kalau semua "teori" ini adalah cuma sekadar pendapat atau pendekatan, buat

apa kita perlu belajar, kerana bukan saja teori ini tidak berkemampuan memberi

"kebenaran", ianya juga akan berubah kerana masyarakat adalah suatu kejadian

yang berubah (dinamik).

Walau bagaimanapun "perkembangan" teori sosial ini sebenarnya bukan

penambahan ilmu baru. Perbincangan dan penerangan tentang corak, aturan

dan perubahan masyarakat bukanlah monopoli cendekiawan Barat. Malah Ibn-

Khaldun, cendekiawan Tunis yang terkenal dengan kitabnya Mukadimah

telahpun menyarankan “teori” atau penerangan tentang perubahan dan

perkembangan tamadun 8 kurun sebelum teori sosial barat muncul.

Perkembangan teori-teori sosial untuk menerangkan perubahan sosial juga

mengikuti transformasi yang berlaku berikutan revolusi industri di Eropah Barat di

sekitar awal kurun ke-18.

Arena penteorian dalam sosiologi dan antropologi barat bermula dengan para

ahli falsafah sosial yang anda akan diperkenalkan dalam kursus ini. Kemudian,

anda akan ditemui dengan tiga cendekiawan yang terkenal iaitu Marx, Weber

dan Durkheim yang meletakkan asas "aliran" atau "pendekatan" atau paradigma

untuk meneliti, menerang dan memahami apa itu sebenarnya masyarakat

dengan berpedoman kaedah yang dikenali “saintifik”, “positif” dan “empirik”.

Untuk menyenangkan pelajar yang mula memahami perkembangan paradigma

dan teori sosial moden, segala tulisan, perdebatan dan perbincangan yang akan

dibentangkan mengikut aliran sejarah perkembangan pengetahuan sains.

Pembuka tirai kepada 'paradigma" moden, berdasarkan saranan dan

perbincangan pengasas paradigma sosial iaitu Marx, Weber dan Durkheim.

Modul ini juga memberi imbasan ringkas tentang "paradigma moden" iaitu

pengolahan semula (berdasarkan andaian yang terperinci) paradigma klasik dan

pengenalan pada beberapa "teori" sosial yang berkaitan. Antara perkara yang

akan ditumpukan ialah latar belakang falsafah teori sosial, yang menjadi

- 3 -

pedoman pada pembentukan teori dalam sosiologi dan antropologi

sosial/budaya.

Di samping itu, bahagian ini juga memperkenalkan anda pada jenis "teori" sosial

yang menumpukan kepada perkara yang lebih mikro seperti teori kognisi,

interaksi dan tindakan sosial (social action).

ii) Tema Kedua: Wacana dan aliran pemikiran sosial dalam suasana sosial kontemporari Antropologi dan sosiologi, sebagai disiplin sains sosial yang bertujuan

memahami dan menerangkan kehidupan dan kegiatan manusia, tidak terlepas

daripada perlonjakan pasca-moden ini. Teori-teori yang ada tidak lagi mencukupi

untuk menerangkan perubahan dan pertumbuhan situasi baru, malah situasi

“baru” yang berlaku berikutan “order baru” ini tidak serata dan universal. Kesan

dari proses globalisasi dan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi, tekanan

serta corak permasyarakatan dan “struktur” yang tumbuh di dunia tidak lagi

sama. Kepelbagaian corak ini menidakkan kemampuan teori-teori yang ada

menerangkan kegiatan, suasana dan corak perjalanan masyarakat.

Bagi antropologi khususnya, keadaan ini adalah suatu cabaran, terutamanya

sebagai satu disiplin yang berasaskan penyelidikan dan pemerhatian untuk

menerangkan kepelbagaian, tingkahlaku, budaya masyarakat manusia dan

segala yang menjadi penyebab kepada kepelbagaian ini. Salah satu fenomena

sosial yang menonjol di dalam dekad ini, yang menjadi tumpuan ahli-ahli

antropologi ialah permasalahan sosial berkaitan dengan kelompok sosial yang

dulunya “terpinggir” tetapi sekarang sudah menjadi tema penting: kedudukan

wanita, kumpulan minoriti (ethnis), kumpulan pendesak (misalnya

environmentalis) dan kumpulan sub-budaya yang dulunya dianggap sebagai

devian tetapi sudah bersuara seperti homoseksual dan kumpulan “agama” yang

menjanjikan kehidupan “baru” dengan berbalik kepada yang asal.

Pemikiran sosial (social thought), seperti fesyen dan muzik, berulang dan

berbalik dalam satu litaran kepada akar umbi yang “lama” untuk mendapatkan

“darah” baru bagi menilai fenomena sosial baru. Tidak seperti sains tulen,

penelitian tentang manusia (human sciences) atau sains sosial telah beberapa

kali berbalik kepada tulisan-tulisan serta pemikiran dan “teori” silam untuk

merombak corak analisis dan tafsiran tentang gejala sosial yang lebih semakin

kompleks.

Bahagian ini membincang teori serta pendekatan yang timbul dan dipertahankan

sepuluh tahun yang lalu, iaitu teori-teori yang biasanya digelar “moden” yang

- 4 -

cuba menerangkan situasi masyarakat dunia sekarang dan segala yang terjadi

sebelum ini.

Teori-teori Marx yang menjadi asas pembentukan paradigma konflik telah

menjadi jumud dan ketat dengan analisa kelas dan terperangkap dengan

penerangan economic determinism sehingga tidak berdaya menentang atau

mentafsir perubahan dan keruntuhan masyarakat komunisme. Begitu juga

dengan paradigma fungsionalisme, yang berpedomankan falsafah positivisme

dan prinsip universal yang melihat aktiviti manusia bermasyarakat berdasar

kehendak mencapai keseimbangan, berstruktur dan bersinambungan secara

timbal balik, telah terbukti bercanggahan dengan realiti sosial.

Isu utama modul ini ialah bagaimana teori-teori “moden” ini yang bercambah di

dalam kelompok intelek barat selepas perang dunia kedua dan kegunaannya,

terutamanya untuk menerang dan mentafsir suasana sosial barat pada tahun-

tahun tujuh puluhan dan lapan puluhan. Jika kita lihat kembali sejarah

perkembangan teori sosial, akan dapat kita lihat bahawa kritik dan debat tentang

kelemahan teori-teori moden (konflik Marx), struktural-fungsional (Parson) dan

semua variasi dari kedua ini dari aliran bawaan Max Weber telah bermula pada

tahun70-an lagi.

Tema penting dalam bahagian ini bersabit dengan perubahan masyarakat dan

sistem yang berkaitan: ekonomi, politik, budaya. Berakhirnya perang dingin,

keruntuhan sistem komunisme, revolusi maklumat dan pertumbuhan “order baru”

adalah antara perubahan struktur masyarakat manusia dan mengubah cara

manusia berhubung, berinteraksi dan bertindak. Sama ada suka atau tidak, kita

sekarang sudah menjejaki suasana “baru’ yang berbeza, dari segi bentuk dan

corak, dari “zaman” lalu. Mungkin di Malaysia suasana “baru” ini belum kita rasai

sepenuhnya, tetapi kita tidak akan terlepas darinya kerana masyarakat kita,

negara kita sememangnya terikat dan tersabit dengan segala yang berlaku di

barat. Dalam istilah sains sosial, suasana baru ini disebut sebagai post-modern

atau “pasca-moden”.

Pedoman Penyediaan Untuk Sessi Sidang Video Sebelum anda datang untuk kursus intensif, saya syorkan supaya bersedia

dengan pengetahuan tentang paradigma-paradigma utama yang boleh anda

perolehi dari dalam modul. Anda akan ditambah dengan maklumat yang lebih

terperinci tentang teori-teori dan dengan perbincangan yang lebih khusus

- 5 -

tentang perubahan sosial dan pembangunan. Agenda sidang video adalah

seperti berikut:

Perjumpaan 1: Pengertian umum tentang 'teori" sosial dan “penerangan”

lain yang menyerupai teori: - pernyataan umum - hipotesis - paradigma - rangka konsepsi

Perjumpaan 2: Falsafah positivisme dan sosiologi/ antropologi moden

Perjumpaan 3: Sumber dan sumbangan disiplin lain dalam pembentukan teori sosial.

.

Perjumpaan 4: Tokoh-tokoh penteori sosial

Perjumpaan 5: Teori sosial moden Persamaan/perbezaan andaian antara teori klasik dan

moden Perjumpaan 6: Kupasan dan ulasan ke atas paradigma dan teori sosial

dalam isu-isu semasa. Perjumpaan 7: Apa yang anda perlu sedia sebelum menghadapi

peperiksaan akhir. Kerja Kursus Nilai kerja kursus bagi kursus ini ialah 40%. i) Ujian (20%) Penilaian kerja kursus berdasarkan Ujian (20%) semasa kursus intensif. ii) Tugasan (20%) Soalan tugasan anda adalah seperti berikut:

Soalan:

Jelaskan makna teori dan paradigma sosial. Contoh boleh diperolehi dalam karya salah seorang tokoh berikut:

- 6 -

(a) Karl Marx (b) Max Weber (c) Emile Durkheim (d) Ibn Khaldun

. Arahan penyedian tugasan: i. Panjang tugasan ialah antara 8 - 10 muka surat. ii. Penulisan tugasan mesti memperlihatkan penulisan akademik yang serius

dari segi pembentangan, perbincangan dan penulisan penggunaan bahan rujukan dan petikan dengan cara American Psychological Association (APA Style). Contoh:

Mengikut Ibn Khaldun, dunia sosial adalah dunia metaforia (2007)

Konsep Dunia adalah metaforikal (Rustam 2007)

“Dunia adalah bayangan yang diberi bentuk melalui metafora keluarga”(Rustam 2007:12). [12 ialah halaman buku atau makalah dimana petikan dirujuk] .

Jika perlu, gunakan nota hujung (endnotes), iaitu nota akhir bersiri, dihujung tugasan sebelum bibliografi.

Senaraikan rujukan dalam bibliografi bagi bahan yang di rujuk SAHAJA.

iii. Anda boleh gunakan rujukan dari laman web/internet. Rujukan web yang

telah digunakan disenaraikan dalam format penulisan bibliografi: nama penulis atau nama laman, dan URL/http.

vi. Anda BOLEH menulis tugasan dalam Bahasa Inggeris. v. Gunakan halaman hadapan rasmi PPPJJ yang disertakan untuk dimuatkan

dengan maklumat pelajar dan kursus. vi. Tarikh muktamad penghantaran tugasan ialah pada 14 Januari 2013. Bahan Tambahan Giddens, A. 1979. Central Problems In Social Theory. London: McMillan. Barret, R. 1984. The Rebirth of Anthropology Theory. Toronto: University of

Toronto Press. Gamide, A. 1981. An Introduction to Modern and Political Thoughts. Cambridge:

McMillan. Roxborough, I. 1983. Teori-teori Kemunduran. Kuala Lumpur: DBP. Ritzer,G. 1996. Modern Sociological Theory. New York: McGraw International

Edition.

- 7 -

SELAMAT BELAJAR Pengurus Kursus Dr Fatan Hamamah bt Yahaya

Alamat: Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM, 11800 Pulau Pinang

Telefon: 04-6532316 e-mel: [email protected]

- 8 -

Perancangan Akademik

JKA 216 PARADIGMA

DAN TEORI SOSIAL

Sidang Akademik 2012/2013

KELAS SIDANG VIDEO

Sidang Video

TARIKH

Masa

Perjumpaan 1

Perjumpaan 2

Perjumpaan 3

Perjumpaan 4

Perjumpaan 5

Perjumpaan 6

Perjumpaan 7

(Tarikh dan masa kelas sidang video perlu diisi oleh pelajar dengan merujuk kepada jadual Sidang Video Sidang Akademik 2012/2013 yang telah dihantar kepada pelajar)