isu-isu

4
3.0 CABARAN KEPIMPINAN SEKOLAH Isu Pertama Isu semasa yang hangat diperkatakan hujung tahun lepas ialah tragedi soalan bocor bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Isu ini telah mendatangkan kontroversi dalam kalangan guru dalam mengejar gred purata bagi setiap sekolah. Ini berkemungkinan, guru tersebut tertekan dengan desakan pihak atasan yang mengejar skor bagi sesuatu mata pelajaran. Kertas soalan yang bocor bagi ujian tersebut ialah mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Ini merupakan mata pelajaran teras dan core dalam ujian ini. Namun, ia bukanlah penyebab utama untuk membolehkan guru tersebut melakukan perkara yang menjauhi etika pekerjaan. Jika dilihat dari sudut pandangan islam, sesuatu matlamat itu tidak akan sesekali menghalalakan cara yang salah. Ini lah nahtijahnya apabila seorang guru yang kurang perihatin terhadap penjagaan etika dan integriti dalam gerak kerjanya yang telah mengakibatkan guru tersebut terlibat dalam perbuatan yang tidak sihat ini. Pada pendangan saya gaya kepimpinan demokratik perlu diambil dalam menyelesaikan isu ini. Ini kerana antara faktor guru tersebut membocorkan kertas soalan ini ialah berpunca daripada perasaan tidak puas hati terhadap sistem pendidikan yang menfokuskan kepada peperiksaan semata-semata. Ini memberikan tekanan kepada guru-guru untuk mengejar gred bagi mata pelajaran masing-masing. Apa yang kementerian harus lakukan ialah Kementrian Pendidikan harus mengambil pandangan guru-guru yang berpengalaman sebelum melaksanakan sesuatu sistem pendidikan. Ini kerana, sebilangan pekerja yang bekerja di kementrian Pendidikan bukanlah berlatar belakangkan seorang guru. Ini akan menyebabakan mereka tidak memahami sesuatu isu itu secara mendalam. Ini akan mewujudkan persefahaman antara guru dan Kementrian Pendidikan. Hasilnya, sekarang telah terlaksananya PPPM dalam sistem pendidikan. Ini hasil daripada perbincangan antara guru dan penggubal sistem. Pada pandangan saya juga, guru masa kini perlulah menerapkan teori Kepimpinan Mengikut Situasi ke dalam diri mereka. Ini kerana, teori yang dihasilkan oleh Fred Fiedlier ini membolehkan guru menerapkan isi-isi teori ke dalam gerak kerja mereka mengikut situasi. Antara tiga faktor yang mempengaruhi teori ini ialah hubungan antara pemimpin dan pekerja berdasarkan kepercayaan dan hormat menghormati. Dalam situasi ini, pihak kementerian telah memberikan kepercayaan terhadap guru tersebut untuk menjaga kertas peperiksaan tersebut daripada dicerobohi. Namun, guru tersebut telah mencalarkan kepercayaan yang diberikan oleh pihak kementrian.

Upload: anonymous-4hzumzshjz

Post on 25-Jan-2016

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tentang masalah guru

TRANSCRIPT

Page 1: isu-isu

3.0 CABARAN KEPIMPINAN SEKOLAH

Isu Pertama

Isu semasa yang hangat diperkatakan hujung tahun lepas ialah tragedi soalan bocor bagi Ujian

Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Isu ini telah mendatangkan kontroversi dalam kalangan

guru dalam mengejar gred purata bagi setiap sekolah. Ini berkemungkinan, guru tersebut

tertekan dengan desakan pihak atasan yang mengejar skor bagi sesuatu mata pelajaran.

Kertas soalan yang bocor bagi ujian tersebut ialah mata pelajaran Sains, Matematik dan

Bahasa Inggeris. Ini merupakan mata pelajaran teras dan “core” dalam ujian ini. Namun, ia

bukanlah penyebab utama untuk membolehkan guru tersebut melakukan perkara yang

menjauhi etika pekerjaan. Jika dilihat dari sudut pandangan islam, sesuatu matlamat itu tidak

akan sesekali menghalalakan cara yang salah. Ini lah nahtijahnya apabila seorang guru yang

kurang perihatin terhadap penjagaan etika dan integriti dalam gerak kerjanya yang telah

mengakibatkan guru tersebut terlibat dalam perbuatan yang tidak sihat ini.

Pada pendangan saya gaya kepimpinan demokratik perlu diambil dalam menyelesaikan isu ini.

Ini kerana antara faktor guru tersebut membocorkan kertas soalan ini ialah berpunca daripada

perasaan tidak puas hati terhadap sistem pendidikan yang menfokuskan kepada peperiksaan

semata-semata. Ini memberikan tekanan kepada guru-guru untuk mengejar gred bagi mata

pelajaran masing-masing. Apa yang kementerian harus lakukan ialah Kementrian Pendidikan

harus mengambil pandangan guru-guru yang berpengalaman sebelum melaksanakan sesuatu

sistem pendidikan. Ini kerana, sebilangan pekerja yang bekerja di kementrian Pendidikan

bukanlah berlatar belakangkan seorang guru. Ini akan menyebabakan mereka tidak memahami

sesuatu isu itu secara mendalam. Ini akan mewujudkan persefahaman antara guru dan

Kementrian Pendidikan. Hasilnya, sekarang telah terlaksananya PPPM dalam sistem

pendidikan. Ini hasil daripada perbincangan antara guru dan penggubal sistem.

Pada pandangan saya juga, guru masa kini perlulah menerapkan teori Kepimpinan Mengikut

Situasi ke dalam diri mereka. Ini kerana, teori yang dihasilkan oleh Fred Fiedlier ini

membolehkan guru menerapkan isi-isi teori ke dalam gerak kerja mereka mengikut situasi.

Antara tiga faktor yang mempengaruhi teori ini ialah hubungan antara pemimpin dan pekerja

berdasarkan kepercayaan dan hormat menghormati. Dalam situasi ini, pihak kementerian telah

memberikan kepercayaan terhadap guru tersebut untuk menjaga kertas peperiksaan tersebut

daripada dicerobohi. Namun, guru tersebut telah mencalarkan kepercayaan yang diberikan oleh

pihak kementrian.

Page 2: isu-isu

Kedua ialah dari sudut darjah tugas dan kuasa. Pihak pentadbiran perlulah memeberikan tugas

yang sesuai dengan pendirian seseorang guru itu. Namun, bukanlah satu faktor seseorang guru

itu untuk menolak kerja yang diberikan oleh pentadbiran secara bulat-bulat. Guru tersebut juga

harus faham skop tugas yang diterimanya supaya ia tidak membeabnkan diri sendiri lalu

membuat perkara yang menjauhi etika dan integriti di dalam pekerjaan. Ketiga, pihak

pentadbiran harus memberikan ganjaran atau menaikkan pangkat kakitangan sekiranya perkara

yang dilakukan oleh penjawat awam itu mengeluarkan hasil yang berkualiti. Ini dapat

memeberikan rangsangan kepada guru tersebut untuk lebih menjaga etika dan integriti di gerak

kerja yang dilakukannya.

Isu Kedua

Isu ini ialah berkaitan dengan bebanan kerja guru yang kian bertambah. Ini menyebabkan guru

tidak dapat menumpukan kepada tugas hakiki mereka iaitu mengajar kerana sibuk dengan

kerja-kerja lain yang lari dari skop tugas mereka. Walaupun, sering diperkatakan bahawa guru

merupakan orang yang “multi tasking”, namun ada tahap kesesuian yang perlu dilihat oleh

pihak kerajaan dalam memberi kerja terhadap guru. Antara kerja yang sering ditimbulkan isu

oleh guru ialah kerja pengkeranian. Ini kerana, dalam mengamalkan sistem PBS ( Pentaksiran

Berasaskan Sekolah) guru- guru perlu memasukkan data-data murid yang diperolehi mereka ke

dalam laman-laman web tertentu. Ini membuatkan guru ada yang bersengkang mata untuk

memasukkan data ke dalam perisisan tertentu. Hal ini akan menyebabkan guru tertekan

dengan tugasan yang diperolehinya dan ini juga mengakibatkan guru kurang menumpukan

terhadap keberkesanan di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.

Pada pandangan saya, isu ini boleh diatasi dengan cara menggunakan gaya kepimpinan

demokratik. Ini kerana, hal tersebut sama berlaku dalam isu yang pertama iaitu tekanan guru

menyebabakan sesuatu sistem itu tidak dapat dijalankan dengan berkesan. Pihak Kementrian

perlu berbincang dengan semua lapisan guru supaya keputusan yang dibuat sesuai dengan

keadaan semasa. Ini akan mengelakkan daripada sesuatu sistem itu dijalankan tanpa

mengambil kira bebanan yang harus dipikul oleh guru. Ini kerana guru merupakan tunjang

utama dalam perlaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Namun, hal sedemikian telah nampak

jalan penyelesaiannya. Ini telah dinyatakan oleh Menteri pendidikan yang baharu iaitu YB Dato’

Seri Mahdzir Khalid yang menyatakan kementrian akan mengkaji semula bebanan yang

ditanggung oleh guru.

Page 3: isu-isu

Dalam penggunaan teori kepimpinan mengikut situasi ini, pihak pentadbir seharusnya

menjalankan hubungan yang baik dengan guru-guru dalam melaksanakan sistem tersebut

secara bersama. Ini kerana, apabila hubungan dengan pekerja bawahan mereka baik maka

pekerja tersebut secara rela akan membuat tugasan tersebut. Kedua, pihak pentadbir

seharusnya menerangkan skop tugas yang akan dilakukakan oleh guru dengan jelas supaya

dapat mengelakkan salah faham terhadap tugasan yang dilakukan. Ketiga ialah pihak pentadbir

seharusnya memberikan ganjaran terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh guru tersebut. Ini

dapat meningkatkan motivasi guru tersebut supaya lebih bersaing pada masa akan datang.

Akhirnya, ia dpat meningkatkan profesion perguruan ke arah yang lebih tinggi.

Isu Ketiga

Isu ini juga merupakan isu yang panas diperkatakan sekarang ini. Ia membabitkan perlakuan

merotan murid. Isu ini merupakan isu kontroversi yang dipaparkan di dalam media-media

cetak, elektronik dan sosial. ini kerana pihak ibu bapa dan guru-guru masing-masing

mempunyai pemikiran yang berbeza berkenaan dengan isu ini. Bagi pendapat saya, ibu bapa

harus memberikan kepercayaan yang tinggi terhadap guru untuk mendidik anak-anak mereka.

Ini kerana, jika dilihat dalam situasi kini, murid-murid terlalu manja jika hendak dibandingkan

dengan murid-murid dahulu. Ia memberikan kesan yang mendalam terhadap murid tersebut.

Contoh, apabila murid tersebut sering dikenakan hukuman oleh seseorang guru itu, maka ia

akan mengingati dan menghormati gurunya kerana dengan hukuman yang diberikan oleh guru

itu telah menyebabkan murid tersebut menjadi orang yang berguna pada masa kini. Guru juga

mestilah mengawal emosi dalam keadaan tertentu supaya hukuman yang dijalankan bertepatan

dengan kesalahan yang dilakukan oleh murid.

Bagi menyelesaikan perkara ini, gaya kepimpinan yang boleh diambil oleh pihak sekolah ialah

gaya kepimpinan kontigensi. Ini kerana, gaya kepimpinan ini akan mengikut keadaan atau

keperluan yang wujud ( Amir Hassan Dawi 2006 ). Ia boleh dilihat apabila seorang guru itu ingin

untuk membuat keputusan, ia perlu memikirkan faktor-faktor perubahan situasi pada

masyarakat. Ini kerana, dalam hal ini, ada masyarakat yang menerima kaedah rotan sebagai

hukuman yang setimpal kepada murid-murid. Namun ia bergantung pada penerimaan

masyarakat setempat.

Page 4: isu-isu

Dari sudut perlaksanaan teori pula, guru perlu membina hubungan baik dengan murid. Ini

kerana, berkemungkinan guru yang mempunyai hubungan baik dengan muridnya, apa yang

dilakukan oleh gurunya terhadap dirinya ia dianggap sebagai satu pengajaran. Walaupun murid

tersebut dikenakan hukuman rotan. Kedua ialah sejauh mana guru itu menerangkan arahan

yang jelas kepada murid-murid terhadap tugasan yang diberikannya. Sekiranya murid tersebut

melanggar arahan yang ditetapkan, murid tersebut akan faham sebab musabab mereka

dikenakan hukuman. Apabila hal sedemikian dilakukan dalam gerak kerja guru, isu ini

berkemungkinan tidak akan timbul disebabkan kefahaman ibu bapa dan murid-murid.