isu dan cabaran perpaduan kaum

Upload: mahalimahat

Post on 05-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Isu Dan Cabaran Perpaduan Kaum

    1/7

    Isu dan Cabaran Perpaduan Kaum

    Penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan sukan masih tidak menyeluruh. Hanya

    80 peratus pelajar di sekolah menengah dansekolah rendah yang menyertai aktiviti ini. Bagi

    menggalakkan penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, ianya telah dijadikansyaratkemasukan ke IPTA mulai tahun 2006. Cabaran KPM adalah untuk memantapkan program

    kokurikulum dan sukan supaya menarik penyertaan pelajar serta memperluas pilihan aktiviti

    kokurikulum dan sukan pada semua peringkat pendidikan.Masyarakat Malaysia yang berbilang

    kaum dan majmuk telah mewujudkan masalah polarisasi kaum terutamanya dalam kalangan

    pelajar.Keteguhan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya.Pemisahan kaum

    antara pelajar-pelajar, boleh menimbulkan permusuhan dan pergaduhan. Para pelajar tentu sukar

    bekerjasama untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka seolah-olah mengutamakan

    bangsa masing-masing sahaja. Hal ini akan menimbulkan pula prasangka dan salahfaham yang

    pasti merenggangkan hubungan pelajar. Antara faktor yang menimbulkan situasi tersebut ialah

    perbezaan kebudayaan dan corak hidup disamping mengamalkan dan menganuti kepercayaan

    yang berbeza dan bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.Sesungguhnya, gejala ini perlu

    dihapuskan demi perpaduan dan masa hadapan negara. Para pelajar perlu digalakkan untuk

    berinteraksi dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa. Benih-benih perpaduan perlu disemaidi

    dalam jiwa pelajar-pelajar semasa berada dibangku sekolah. Sebagai sebuah negara

    bermasyarakat majmuk, perpaduan rakyat sangat penting. Para pelajar perlu berinteraksi ketika

    berada di sekolah untuk mengukuhkan perpaduan. Oleh yang demikian, tembok yang

    memisahkan pelajar-pelajar dapat dirobohkan. Menyedari hakikat ini, langkah-langkah yang

    berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar

    yang berbilang bangsa dan dalampada masa yang sama untuk memperkasakan sekolah.

    Strategi Pelaksanaan Bagi Mewujudkan Perpaduan Kaum dan Memperkasakan Sekolah

    Pelbagai program sebagai strategi pelaksanaan yang boleh dijalankan diperingkat sekolahbagi mewujudkan perpaduan kaum dan seterusnya memperkasakan sekolah.

    Penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah

    Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka,

    Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Bin Haj Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana

  • 8/2/2019 Isu Dan Cabaran Perpaduan Kaum

    2/7

    Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah.

    Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah maka pengetahuan, pemahaman,

    penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun

    Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan

    diperkukuhkan.

    Nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Negeri

    Amalan ini dilaksanakan pada setiap perhimpunan resmi sekolah.Semua warga sekolah

    bingkas bangun dengan sendirinya apabila dimaklumkan oleh pengacara majlis dan

    menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh semangat. Amalan ini dapat membina perasaan

    setia, cinta dan bangga kepada negara dan raja yang menjadi lambang perpaduanseluruh rakyat

    Malaysia. Sekolah Penyayang -Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankankonsep "Sekolahku Syurgaku" dan "Yang Tua Dihormati, Yang MudaDisayangi" dengan

    penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui PersatuanIbubapa dan Guru. Program ini dapat

    mewujudkan golongan pelajar yangcinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka

    menolong danmenghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkanperasaan kasih

    sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dansesama ibubapa para pelajar.Pemuafakatan

    Sekolah dan Masyarakat -Sekolah juga mewujudkan program pemuwafakatan dengan

    masyarakatsetempat melalui program-program ilmiah seperti ceramah agama, solathajat,

    sambutan Maulidur Rasul, Ma'al Hijrah, gotong royong membersihtanah perkuburan dan

    sebagainya. Sekolah juga memberi kerjasama kepadapenduduk dan masyarakat setempat apabila

    mereka memohon kerjasama daripihak sekolah untuk menggunakan kemudahan padang dan

    dewan untukmelaksanakan aktiviti-aktiviti, majlis-majlis dan permainan tertentu.

    Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

    Biasanya sebagai sebuah sekolah berasrama penuh yang majority pelajarnya terdiri dari

    pelajar Melayu, antaranya berasal dari daerah dan negeri yang berlainan termasuk dari Sabah dan

    Sarawak. Program RIMUP secara kelompok turut diadakan di mana pelajar-pelajar dari sekolah

    ini terlibat dengan program yang dirancang bersama dengan sekolah-sekolah lain yang,

    mempunyai pelajar berbilang kaum. Jawatankuasa RIMUP peringkat sekolah dan kelompok

    dianggotai kaum yangpelbagai. Kesan penglibatan pelajar dan warga sekolah dalam program ini

  • 8/2/2019 Isu Dan Cabaran Perpaduan Kaum

    3/7

    adalah sangat baik. Ia membolehkan mereka berinteraksi dan bergaul secara lebih erat dan mesra

    seterusnya menyumbang kepada perpaduan.

    Penyertaan Dalam Kokurikulum

    Semua pelajar diwajibkan mengambil bahagian dalam persatuan,permainan dan pakaian

    seragam. Penyertaan aktif dalam kokurikulum dan pembabitan mereka dalam perkhemahan,

    persembahan dan pertandingan dipelbagai peringkat akan mendedahkan mereka kepada situasi

    yang berlainan dan beragama. Terdapat peraturan dan disiplin tertentu semasa mengikuti

    program-program yang dijalankan. Pemilihan ahli jawatankuasa dilakukan secara demokrasi

    dengan bimbingan guru penasihat danjurulatih dari pelbagai agensi. Mereka dapat berinteraksi

    secara sihatserta mematuhi peraturan dan disiplin yang ditentukan. Hasil dari penglibatan pelajar

    secara aktif dalam aktiviti yang dilaksanakan adalah sangat memuaskan terutama dalam usahauntuk membentuk dan membina kehidupan masa depan pelajar dan sebuah masyarakat yang

    berdisiplin, berharmoni dan bersatu padu.

    Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan

    Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari

    ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan

    kerjasama Kelab Rukun Negara, UnitBimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan,

    Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan

    PIBG, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaandan Bukan Kerajaan dalam

    aktiviti yang dilaksanakan. Acara yangdilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan,

    tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran

    "JalurGemilang", hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah,

    pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik

    kemerdekaan. Pelajar juga terlibatdengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di

    peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program

    ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang

    merdeka dan bertanggungjawab,bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan

    bersatupadu dankestabilan negara.

    Lawatan Sambil Belajar

  • 8/2/2019 Isu Dan Cabaran Perpaduan Kaum

    4/7

    Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ketempat-tempat

    bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara,

    Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan

    kanak-kanak,asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara

    diadakan semasa Lawatan Sambil Belajar tersebut seperti perbincangan, gotong royong,

    persembahan kesenian dan kebudayaan,pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari

    program Lawatan Sambil Belajar ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar

    peripentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat

    berbilang kaum dan keturunan.

    Pengurusan Disiplin Secara Kolektif, Telus dan Adil

    Jawatankuasa Disiplin dan Lembaga Disiplin sekolah diwujudkan. Pelajar didedahkanberkenaan pengurusan disiplin dan peraturan sekolah dan asrama sejak hari pendaftaran atau hari

    pertama persekolahanbermula. Peraturan sekolah dimaklumkan kepada semua pelajar dan

    dipamerkan di setiap lokasi penting seperti bilik darjah, papan-papan kenyataan sekolah dan

    asrama. Pelajar selalu diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan peraturan yang

    ditetapkan mengikut pekeliling yang dibenarkan. Pelajar diberi peringatan, amaran dan nasihat

    supaya berkelakuan baik sepanjang persekolahan. Setiap kes kesalahan diambil perhatian dan

    segala tindakan adalah mengikut prosedur yang dibenarkan.Tindakan dan hukuman yang

    dikenakan ke atas pelajar yang bermasalah mestilah adil, menggunakan budi bicara yang

    sepatutnya dan bertujuan untuk mendidik serta mengambil kira situasi dan masa depan pelajar

    terbabit. Keadaan ini menjadikan suasana sekolah berada dalam keadaan tenteram dan harmoni

    sesuai sebagai tempat mulia untuk mereka menimba pengalaman dan ilmu pengetahuan

    seterusnya menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pelajar menikmati suasana

    kondusifdi sekolah dan di asrama di mana budaya "Sekolahku Syurgaku" dapatdiwujudkan.

    Mereka dapat merasakan kepentingan undang-undang,peraturan, etika, tata susila dan

    perlembagaan di sesebuah institusi dan masyarakat serta menyedari tanggungjawab semua pihak

    agar sentiasamenghormati dan mematuhinya.

    Hari Keluarga dan Sukaneka

  • 8/2/2019 Isu Dan Cabaran Perpaduan Kaum

    5/7

    Program yang melibatkan seluruh warga pendidik, kakitangan danbeberapa orang pelajar

    boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankanmelibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan

    perasaan tertekandengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman,

    keteguhanperpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh wargasekolah.

    Acara kebudayaan dan kesenian-

    Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat bolehdiadakan seperti

    permainan tradisi, dikir barat, nasyid, marhaban,berzanji dan lain-lain lagi yang disertai oleh

    pelajar, kakitangan danguru sekolah. Selain dapat berhibur,semua yang terlibat dapat

    memahamidan mematuhi peraturan yang digariskan.Penyertaan dari pelbagai kaumharus

    digalakkan.

    Perkhemahan Bina Insan

    Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan

    sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba,

    Polis dan sebagainya.Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati

    diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan

    yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari

    mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia,

    nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai.

    Majlis Sambutan Hari Raya dan Tahun Baru Cina

    Setiap kali menjelang hari perayaan, sekolah mengatur program yang melibatkan seluruh

    warga sekolah. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang

    diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan

    selamat yang diberikan, disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih

    sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaumdalam dunia sekolah yang kecil.

    Sistem Rumah

    Pelajar sekolah dari daerah yang berlainan termasuk dari Sabah dan Sarawak ditempatkan

    dalam satu rumah supaya mereka dapat berinteraksi dan berkongsi hidup dalam kehidupan

  • 8/2/2019 Isu Dan Cabaran Perpaduan Kaum

    6/7

    sebagai pelajar sekolah berasrama penuh. Setiap rumah dibimbing dan dipantau oleh para

    warden dan guru-guru dari pelbagai kaum. Perlaksanaan sistem ini berjaya mewujudkan suasana

    kediaman yang aman dan sihat yang memberi semangat kepada pelajar mengikuti proses

    persekolahan mereka dalam situasi yang terbaik dan kondusif. Hasilnya kehidupan yang harmoni

    dan berdisiplin dalam kalangan ahli rumah sebagai sebuah komuniti sekolah yang mempunyai

    semangat bersatu padu.Aktiviti Riadah di luar sekolah -Sekolah menggalakkan pelajar

    mengambil bahagian dalam pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Majlis Daerah,

    Majlis Belia Malaysia, Jabatan Kesihatan dan sebagainya. Antara aktiviti yang disertai pelajar

    ialah senamrobik, mencari harta karun, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Ma'al Hijrah,

    Larian Merdeka dan sebagainya. Pelajar dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum

    dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan

    perasaan hormat menghormati sesame masyarakat.

    Tabung kebajikan

    Sekolah mengadakan tabung kebajikan guru, kakitangan dan juga pelajar. Selain dari

    kutipan yuran, derma kilat, sumbangan juga diperolehi dari pihak luar seperti PIBG, Alumni,

    Institusi Kewangan, Pusat Zakat, Yayasan-yayasan Negeri, Koperasi, para dermawan dan orang

    perseorangan. Sumbangan ini diagihkan kepada pelajar yang terdiri dari keluarga yang kurang

    berada untuk membayar yuran sekolah, peperiksaan,wang saku, perubatan, zakat, pakaian,

    melanjutkan pelajaran, kematian atau kemalangan dan sebagainya. Amalan sebegini dapat

    menyemai perasaan simpati, kasih mengasihi, mengukuhkan ikatan muhibbah dan perpaduan

    seperti yang dihasrat dan dicita-citakan dalam Wawasan 2020.

    Kesimpulan

    Hasrat, perancangan dan strategi reformasi pendidikan yang terjelma melalui Penyata

    Razak 1956 dulu telah menampakkan kejayaan.Walaupun tidak sepenuhnya. Sebagai sebuah

    negara yang mempunyai pelbagai bahasa dan kaum, adalah amat wajar bahasa Melayu telah

    dipilih untuk menjadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara.Kesan dari tinggalan

    penjajahan British dahulu amat payah untukkita selesaikan, kerana masyarakat Tanah Melayu

    pada waktu itu dibentuk dengan sengaja oleh British untuk kepentingan politik mereka. Dasar

    pecah dan perintah yang dijalankan itu, menyebabkan pemimpin-pemimpin negara sampai

  • 8/2/2019 Isu Dan Cabaran Perpaduan Kaum

    7/7

    sekarang terpaksa memikirkan jalan tebaik untuk mencapai perpaduan.Dalam suasana

    masyarakat majmuk yang mempunyai "ethno-centristic"yang masyarakatnya mempunyai

    pelbagai agama, budaya dan fahaman"Cultural pluralism" tentunya perkara yang berkaitan

    dengan perpaduan nasional perlu diambil perhatian dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan

    proses pemasyarakatan ini, Pendidikan adalah merupakan satu kaedah terpenting.Menyedari

    betapa pentingnya tujuan untuk memastikan system pendidikan negara menjadi wadah berkesan

    ke arah memenuhi aspirasi negara, selaras dengan usaha untuk melahirkan generasi yang

    bersatupadu, dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat, membina kemajuan dan kesejahteraan

    diri serta menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuranNegara, semua pendidik harus

    meletakkan kepentingan nasional dan negarapada kedudukan paling utama daripada kepentingan

    masing-masing. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan sokongan dan dorongan kepada

    usaha-usaha murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah bertujuanmemupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat diMalaysia tanpa melupakan

    matlamat dan aspirasi negara dalam menujuWawasan 2020 iaitu menjadi negara maju mengikut

    acuan sendiri.Di pihak anak didik selaku pelajar hari ini, yang bakal mengganti pemimpin dan

    pembina negara pada masa akan datang, biarpun berasal dari wilayah yang berlainan, menjadi

    ahli dalam komuniti sebuah sekolah yangterdiri dari para guru dan kakitangan sokongan yang

    berbilang kaum sepatutnya menjadikan alam persekolahan dan mungkin kehidupan di asrama

    medan terbaik untuk melatih komuniti kecil masyarakat Malaysia peri pentingnya perpaduan ke

    arah pencapaian akademik, kokurikulum dan pembinaan sahsiah yang cemerlang dan seterusnya

    memperkasakan sekolah.