isu #7, julai 2016 urat berita onstituen - wong · pdf filesidang parlimen kedua dalam isu ini...

20
Surat Berita Konstituen Wong Chen Ahli Parlimen Kelana Jaya Isu #7, Julai 2016 Sidang Parlimen pertama Sidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan Aktiviti- aktiviti Pusat Khidmat Kelana Jaya Selamat Tinggal kepada Amir Projek-projek kecil Projek air migrasi Pengumpulan Dana: Independence Day: Resurgence Himpunan Bantah TPPA dan Bantah GST

Upload: tranmien

Post on 26-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita KonstituenWong ChenAhli Parlimen Kelana Jaya

Isu #7, Julai 2016

Sidang Parlimen pertamaSidang Parlimen kedua

Dalam isu iniPengemaskinian sidang ParlimenTPPA dan konklusinya

Projek Komuniti

Bulan kebajikan

Aktiviti- aktiviti Pusat Khidmat Kelana Jaya

Selamat Tinggal kepada Amir

Projek-projek kecil

Projek air migrasi

Pengumpulan Dana: Independence Day:Resurgence

Himpunan Bantah TPPA dan Bantah GST

Page 2: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #7

PendahuluanUcapan selamat sejahtera dan pengemaskinian ringkas untuk para penduduk Kelana Jaya daripada YB Wong Chen.

Selamat sejatera kepada para penduduk Kelana Jaya,

Isu ekonomi nasional

Ini adalah surat berita ketujuh saya untuk komuniti Kelana Jaya. Kami sepejabat akan berusaha menerbitkan satu isu setiap enam bulan mengenai kerja dan perkhidmatan kami. Isu ini dierterbitkan pada pertengahan tahun 2016 dan juga menandakan tahun ketiga saya bekhidmat sebagai Ahli Parlimen anda.

Saya ingin melaporkan bahawa Parlimen telah bersidang sebanyak tiga kali tahun ini. Saya telahmenyampaikan lima ucapan utama di Parlimen dan mengambil bahagian dalam beberapa sesi pencelahan. Kemuncak sepanjang enam bulan ini adalah semasa pejabat saya mengendalikan kerjapenyelidikan dan perbahasan teras Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Pejabat dan intern-intern saya telah bekerja keras dan walaupun kami telah tewas undian di Parlimen, kami percaya bahawa kami telah banyak menyumbang kepada dasar perdagangan Malaysia. Saya telah membentangkan Ucapan Menjunjung Kasih Titah Diraja saya pada bulan Mac yang telah memberi fokus kepada isu-isu ekonomi. Saya turut berpeluang menjadi pendebat PKR ketiga selepas YB Wan Azizah (Ketua Pembangkang) dan YB Rafizi Ramli. Saya juga telah mendahului sesi perbahasan bagi Rang Undang-undang Syarikat dan Rang Undang-undang Skim Kepentingan. Bagi sesi Parlimen bulan Mei, saya telah mencabar Jabatan Perdana Mentari dalam isu Rang Undang-undang Bekalan Gas yang penuh kontroversi.

Para penduduk Kelana Jaya, Malaysia di suku tahun pertama 2016 telah diancam krisis kewanganyang ketara apabila harga minyak turun mendadak ke USD30 setong. Semenjak itu, harga minyak telah menjadi lebih stabil, iaitu di sekitar USD50 dan telah terus meningkat pada suku tahun kedua. Namun, ketidakstabilan dan keturunan komoditi tetap mengancam ekonomi negara kita. Kami juga telah memperoleh maklumat yang GST telah berjaya mengutip cukai lebih daripada jumlah yang telah dianggar. Walaupun ini berita baik bagi kerajaan, rakyat masih dibebankan dengan kosnya. Kadar perbelanjaan pengguna dan sentimen ekonomi secara keseluruhan amat rendah dan dijangka akan kekal rendah sepanjang tahun ini. Kadar pengangguran dan pemberhentian kerja pula adalah masalah yang berbeza. Pejabat saya menjangka dana pemberhentian gaji akan habis kira-kira pada suku tahun ketiga 2016. Sektor hartanah pula akan terjejas selama dua hingga tiga tahun akibat perampasan harta. Harapan terakhir untuk mengelakkan krisis ekonomi untuk jangka masa pendek adalah peluang pelaburan infrastruktur yang tinggi daripada China. Namun, kita mesti ingat bahawa tiada apa-apa yang dapat diperoleh secara percuma di dunia ini. Justeru, kita perlu berwaspada terhadap apa yang negara kita sanggup beri kepada China demi mendapatkan wang pelaburan mereka ini. Kita menjangka China akan meneruskan dasar ‘cheque book diplomacy’ mereka dan ini akan mendatangkan masalah geopolitik.

Malangnya, Perdana Menteri kita seakan-akan inginkan negara kita bergantung pada negara-negara lain, tidak kira sama ada negara China ataupun Amerika Syarikat.

1

Page 3: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #7

Isu politik nasional

Yang benar,

Perihal masyarakat

Perdana Menteri sedang meneruskan usaha beliau untuk menyelesaikan isu IMDB dan isu derma RM2.6 bilion. Pada bulan April, kritik beliau yang terakhir, Tan Sri Dr Zeti Aziz telah meletak jawatan dan selama dua bulan, gabenor bank yang baru masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan bagi isu IMDB.Pada bulan lepas, pegawai-pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) juga telah meletak jawatan dan pada bulan Ogos 2016, sepasukan pegawai MACC yang baharu akan dilantik. Situasi ini jelas menunjukkan bahawa hanya Wall Street Journal dan Abu Dhabi yang sanggup memberi fokus terhadap isu ini.

Dalam isu hak asasi manusia dan kebebasan sivil, Akta Majlis Keselamatan Negara (NSC) telah diwartakandan kini merupakan undang-undang tanah air kita. Akta ini meletakkan sistem demokrasi kita dalam tangan Perdana Menteri kita yang maha kuasa. Dalam pembentangan Rang Undang-undang “Hudud” di Parlimen oleh YB Hadi Awang bersama penglibatan UMNO-BN, kita dapat melihat kecenderungan ke arah fikiran radikalisme di negara kita. Bukan setakat itu sahaja, kita juga telah menyaksi kerelaan PAS membantu UMNO untuk memenangi pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Peralihan PAS yang baru ini telah memberi UMNO satu peluang keemasan untuk menjalankan pilihan raya awal dalam masa setahun ini dari sekarang.

Sejak kebelakangan ini, pejabat saya telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti konstituensi. Kami telah menganjurkan dan menyertai sebanyak 39 acara dalam tempoh enam bulanyang lalu. Kami turut menganjurkan program bulan kebajikan pada bulan Jun dan pejabat saya mencecah rekod baru dengan berjaya menemu duga 700 pemohon. Ini berbanding dengan rekod tahun lepas dimana kami menemu duga 350 individu/keluarga. Akhirnya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ADUN saya, YB Hannah Yeoh dan YB Nik Nazmi, keseluruhan ahli majlis dan ahli JKP yang telah menghulurkan perkhidmatan mereka kepada orang Kelana Jaya.

Dalam tempoh enam bulan yang akan datang, saya sedar terdapat banyak cabaran yang bakal kita hadapi. Setakat ini, cabaran yang seterusnya adalah pengendalian Belanjawan pada bulan Oktober/November nanti. Kami akan meneruskan perjuangan mempertahankan hak asasi anda dan kami sedia bekerja keras demi Malaysia lebih baik dan adil bagi seluruh masyarakat.

2

Page 4: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #7

Pengemaskiniansidang ParlimenBerikut adalah berita terkini mengenai sidangParlimen khas TPPA serta sesi-sesi Parlimen bulan Mac/April dan Mei.

TPPA dan konlusinya

Namun, semasa sidang Parlimen tersebut, segala usaha kami tersia-sia.

Satu sidang parlimen khas TPPA telah diadakan pada 26hb dan 27hb Januari 2016. Saya telah bekerja keras menyelidik Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) semenjak dua tahun setengah yang lalu. Dalam persediaan persidangan ini, pejabat telah makan, tidur, dan merendam diri dalam segala hal TPPA. Kami telah berunding dengan Sanya Reid dari Third World Network mengenai isu ini. Sanya telah membimbing penyelidik saya, Nadirah dan intern-intern saya selama sehari dalam usaha menyelidik teks TPPA. YB Gooi Hsiao Leung, yang turut bekerjasama dengan saya, juga telah berbincang mengenai dasar luar negeri dan hal-hal pertanian. YB Charles Santiago,YB Dr. Hatta Ramli dan saya juga telah menghadiri mesyuarat dengan SUHAKAM untuk mengesyor mereka menjalankan penilaian impak TPPA terhadap hak asasi manusia. Saya telah mengeluarkanpelbagai kenyataan media, termasuk kenyataan mengenai laporan PricewaterhouseCoopers (PwC), yang telah menunjukkan bahawa Malaysia akan mengalami kejatuhan imbangan perdagangan sebanyak 30% demi mendapatkan faedah ekonomi yang tidak penting jika kita menandatangani TPPA.

Lebih kurang seminggu sebelum sidang parlimen TPPA, YB Nurul Izzah Anwar, Professor Jomo Kwame Sundaram, and saya telah memberi taklimat TPPA kepada Ahli-ahli Parlimen PKR. Taklimat tersebut diadakan supaya Ahli-ahli Parlimen kami bersiap sedia untuk berbahas di Parlimen.

Saya telah diberi peluang berbahas tetapi gagal membentangkan 50% kandungan saya. Saya sememangnya tidak tersangka ada yang sanggup mencelah saya dengan kenyataan-kenyataan yang semberono, menyebabkan masa saya dihabiskan begitu sahaja. Tuan Speaker bukan sahaja gagal mempertahankan saya, beliau telah melayan salah satu pencelahan yang tidak munasabah tersebut. Semasa penggulungan ucapan saya, saya menyatakan bahawa hak saya untuk berbahas telah diragut. Apabila saya mengalih pandangan saya ke arah Menteri-Menteri, mereka sengaja mengelak tinjauan mata saya. Adakah pendapat saya begitu bahaya terhadap agenda mereka sehingga saya perlu dihalang sebegini?

Akhirnya, keputusannya adalah Pakatan Harapan dan PAS 84 undian, Barisan Nasional 127 undian.Setelah dua setengah tahun dalam kokus dan dua bulan terakhir bertungkus-lumus menyelidik isu ini, mungkin kesemua ini “fait accompli”.

Meskipun, saya ingin berterima kasih kepada semua ahli kokus, NGO, kakitangan, dan intern-intern atas usaha bersemangat mereka.

3

Page 5: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #7

sidang parlimen pertama (7hb mac - 7hb april)ucapan Junjung kasih Titah diraja

Rang Undang-UNdang Syarikat 2015 and Rang UNdang-Undang Skim Kepentingan 2015

7hb Mac merupakan permulaan rasmi Parlimen 2016, di mana Yang Di-pertuan Agong telah menyampaikan titah ucapan baginda. Perbahasan Parlimen bermula pada hari berikutnya.

Saya telah dipilih sebagai pembahas ketiga PKR (YB Wan Azizah merupakan pembahas pertama, diikuti oleh YB Rafizi Ramli). Namun, oleh kerana Rafizi telah mengalami sakit tekak dan masih belum pulih, saya telah diarah untuk menjadi pembahas kedua. Saya telah menyampaikan Ucapan Junjung Kasih Titah Diraja saya pada pukul 3.30 p.m. Ucapan saya telah memberi fokus kepada isu ekonomi dan mengambil masa selama 30 minit. Transkrip ucapan tersebut boleh dibaca di laman web saya: www.wongchen.com Yang mengejutkan seluruh Parlimen, Timbalan Menteri Kewangan telah membalas ucapan saya dan bersetuju dengan idea saya sepenuhnya. Saya telah mengucapkan terima kasih kepada beliau dan mencadangkan beliau mengganti Dato’ Seri Najib sebagai Menteri Kewangan. Memandangkan Dato’ Johari pernah bekerja di sektor korporat, saya berkata bahawa tiada syarikat yang melantik Ketua Pegawai Eksekutifnya untuk menjadi Ketua Pegawai Kewangannya. Mengapakah Perdana Menteri boleh memegang jawatan Menteri Kewangan pada masa yang sama pula? Malaysia Boleh!

Pada hari pertama sidang Parlimen, kami juga telah singgah di Balai Polis Dang Wangi untuk memberi sokongan moral kepada Rafizi yang telah disoal siasat sekali lagi atas isu Tabung Haji. Bagi Rafizi, situasi sebegini ini sudah lama menjadi satu kebiasaan.

Untuk sesi ini, saya ditugaskan oleh PKR untuk menyelidik dan membahaskan Rang Undang-undang Syarikat dan Rang Undang-Undang Skim Kepentingan yang baharu.

Walaupun Rang Undang-undang (RUU) ini agak baik dan sememangnya diperlukan, nilai RUU ini hanya dapat ditentukan secara praktikal. Keberkesanan RUU tersebut juga bergantung pada pelaksanaan yang betul oleh pihak berkuasa berkenaan. Isu ekonomi kita tidak dapat diselesaikan hanya dengan meluluskan undang-undang, lebih-lebih lagi memandangkan isu ini berkaitan dengan daya saing Malaysia di pentas antarabangsa.

Walaupun saya seorang Ahli Parlimen yang kritikal, saya tidak teragak-agak untuk menambah baikkan sesuatu undang-undang jikalau undang-undang tersebut jelas akan membawa manfaat.

4

Page 6: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #7

Laporan 1MDB oleh PACLaporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai hal 1MDB telah diletakkan di atas meja-meja Ahli-ahli Parlimen pada pagi 7hb April. Laporan tersebut banyak menyentuh berkenaan isu Petrosaudi serta aliran wang sebanyak USD700 juta ke akaun RBS Coutts, sebuah syarikat yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perjanjian antara 1MDB dan Petrosaudi.

Apa jelas ialah 1MDB mempunyai sebuah badan pengurusan yang tidak terkawal dan telah menyalahguna kuasa mereka untuk membenarkan pindaan wang USD700 juta tersebut ke akaun RBS Coutts.

Laporan tersebut turut mengatakan bahawa Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB bukan sahaja telah diperdaya, arahan mereka juga telah diketepikan. Terdapat 19 situasi di mana badan pengurusan itu telah bertindak bertentangan dengan arahan-arahan BOD. Badan pengurusan tersebut juga telah sengaja memberi maklumat salah dan palsu kepada BOD sebanyak enam kali. Bukan setakat itu sahaja, badan pengurusan itu turut memberi maklumat salah dan palsu kepada juruaudit sebanyak tiga kali.

Selain itu, PAC telah melaporkan bahawa Fasal 117

Sebaliknya, laporan PAC mengatakan bahawa CEO 1MDB ketika itu, Datuk Shahrol Azral adalah individu yang bertanggungjawab atas kesalahan-kesalahan badan pengurusan 1MDB.

PAC juga telah mencadangkan supaya Perdana Menteri berhenti menjadi penasihat 1MDB, dan telah mengesyor jawatan tersebut diberi kepada Menteri Kewangan. Ironinya, Dato’ Seri Najib memegang kedua-dua jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Namun, hal ini penting supaya sesebuah carta organisasi dapat ditetapkan secara rasmi yang mengatakan bahawa ketua badan penasibat 1MDB adalah Kementerian Kewangan, memandangkan 1MDB merupakan satu entiti Kementerian Kewangan.

Memorandum Persatuan yang kontroversi itu membenarkan Dato’ Seri Najib untuk membuat keputusan terakhir dalam segala perihal kewangan 1MDB. Pendek kata, beliau boleh menolak segala keputusan yang dibuat oleh BOD. Pernahkah beliau berbuat demikian? Perkara ini tidak dibentangkan dalam laporan ini.

5

Page 7: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #7

Berita Parlimen lainSecara keseluruhannya, sesi Parlimen ini agak suram. Suasanya penuh kemuraman dan tidak menyenangkan. Para wartawan juga telah meluahkan perasaan yang sama. Seorang sahabat saya berpendapat bahawa seluruh Malaysia sakit tenat kerana mengalami penyakit ‘corruptionitist’. YB Azalina, Menteri baharu yang bertanggungjawab di Parlimen bagi pihak Perdana Menteri telah cuba membentangkan usul untuk melarang sebarang persoalan mengenai RM2.6 billion. YB Gobind Singh Deo telah mencabar kenyataan Azalina bahawa kementerian tidak akan menjawab sebarang soalan mengenai isu RM2.6 billion. Gobind telah menyatakan bahawa kuasa tersebut dalam tangan Speaker, bukannya kementerian. Speaker membalas bahawa perkara tersebut tidak dibawa ke perhatiannya dan oleh itu, beliau tidak akan membuat keputusan mengenai usul tersebut.

YB Gooi Hsiao Leung kemudian mengatakan bahawa soalan yang ditujukan oleh YB Sim Tze Tzin telah ditolak oleh Azalina atas alasan yang sama. Tindakan ini menunjukkan bahawa Azalina telah merampas kuasa Speaker. Speaker kelihatan terkejut dengan penjelasan tersebut dantelah meminta Gooi dan Sim untuk berjumpa dengannya.

Azalina ternyata bertindak di luar batasan kuasanya dan telah melanggar peraturan asas Parlimen. Yang lebih memalukan, Azalina adalah seorang peguam sebelum beliau menjadi seorang Menteri.

Selain itu, satu isu juga telah dibangkitkan mengenai kes penderaan kanak-kanak di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Kuantan. Kes ini telah dilaporkan dalam akhbar tempatan dan YB Fuziah telah membuat permohonan supaya perkara ini dibahas dengan segera setelah beliau dilarang memasuki pusat penjagaan tersebut. Sebaliknya, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hajjah Azizah Mohd Dun menegaskan bahawa tiada sebarang masalah di pusat tersebut. Dr. Noor Azmi, Bagan Serai (UMNO), penyokong terbesar GST di Parlimen, pula tergamak memberi cadangan bahawa laporan dan gambar-gambar tersebut mungkin adalah palsu.

Keselamatan 162 orang kanak-kanak kini bagai telur di hujung tanduk, dan bukan sahaja ia tidak diperakui dan diteliti dengan bertanggungjawab, hal tersebut telah diketepikan begitu sahaja. Pengendalian masalah ini adalah hal yang paling mengecewakan pada sesi persidangan ini. Ia jauh lebih mengecewakan daripada usul RM2.6 billion awal tadi.

6

Page 8: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #7

Sidang Parlimen Kedua (16hb Mei - 26hb Mei)Rang Undang-undang Bekalan Gas (Pindaan) 2016

Rang UNdang-Undang "Hudud" YB Hadi Awang

Salah satu Rang Undang-undang (RUU) yang telah dibentangkan pada sidang Parlimen ini adalah RUU Bekalan Gas (Pindaan) 2016. Walaupun RUU ini seakan-akannya baik, ia sebenarnya tidak! Pertama sekali, seksyen 11B membenarkan Perdana Menteri mengendalikan bekalan gas, bukan Menteri Tenaga. RUU ini membolehkan Perdana Menteri sendiri untuk memberi lesen kepada sesiapa sahaja untuk membekalkan gas, terutamanya dalam sektor pengangkutan beka-lan gas! Pindaan ini juga akan membolehkan Perdana Menteri sendiri membuat keputusan dalam hal ini melangkau Suruhanjaya Tenaga. Selain itu, RUU ini akan membenarkan lesen-lesen dipindahmilik, diserahhakkan, disubserahhakkan, ataupun dilupuskan dengan keizinan bertulis Perdana Menteri .

RUU ini bertentangan dengan prinsip ketelusan pentadbiran tadbir urus. Pindaan-pindaan ini bukan sahaja akan menyebabkan kapitalisme kroni dilaksanakan selaris undang-undang, amalan Ali-Baba akan terus dipraktikkan.

Usul YB Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 telah dibentangkan pada hari terakhir sidang Parlimen. Pada mulanya, usul ini adalah usul kelimabelas sebelum dibenarkan mendahului perbahasan tiga RUU dan 14 usul yang lain. Ini bukanlah proses penggubalan undang-undang. Ini adalah serangan hendap. Selepas usul ini telah dibentangkan, pejabat saya telah meneliti RUU tersebut. Saya sedar bahawa lebih kurang 42% para penduduk di Kelana Jaya adalah penganut agama Islam, dan memandangkan RUU ini berkait rapat dengan golongan agama Islam, saya telah menjalankan sesi perbincangan dengan imam-imam dan nazir-nazir tempatan. Saya juga telah berbincang dengan ketua-ketua agama bukan Islam untuk mendapatkan maklum balas yang lebih menyeluruh. Bagi isu ini, kami tidak boleh membuat keputusan terburu-buru, lebih-lebih lagi terdapat sedikit masa sebelum sidang Parlimen yang berikutnya. Namun, saya akan berwaspada dan sentiasa mengingati bahawa RUU ini disokong oleh UMNO dan dicadangkan oleh ketua-ketua PAS.

Pada 6hb Jun, kami telah menerbitkan satu kertas posisi yang telah menelitikan pandangan kami dalam hali ini. Laporannya tersebut dapat dimuat turun di www.wongchen.com.

Kita tidak boleh terperangkap dalam jerat politik yang memperalatkan agama untuk memecah belahkan perpaduan rakyat.

7

Page 9: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #7

Projek komunitiProjek-projek komuniti merupakan sebahagian besar perkhidmatan kami. Kami sedia berkhidmat kepadamasyarakat, terutamanya bagi golongan yang susah.

Projek migrasi bekalan air Sejak permulaan tahun ini, pejabat kami sedang sibuk menjalankan satu projek migrasi bekalan air di Desa Mentari. Pangsapuri kos rendah tersebut kini beroperasi atas bekalan air yang hanya disalurkan melalui satu sistem paip, dan para penduduknya telah menghadapi beberapa masalah gangguan bekalan air. Projek ini akan membantu Desa Mentari memasang sistem paip air secara individu bagi setiap unit perumahan.

Oleh demikian, pejabat kami bersama Syabas telah melaksanakan satu taklimat untuk memberitahu dan memberi pengemaskinian terkini kepada penduduk-penduduk mengenai projek ini. Kami telah membuat

Taklimat tersebut telah dihadiri oleh Wong Chen, Encik Leong, dan Abigail daripada pejabat P104, Encik Krishna daripada Syabas, Dr. Fahmi Ngah daripada Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, seorang wakil daripada pejabat ADUN Seri Setia, dan juga ketua-ketua JMB Blok 1. Maklum balas daripada para penduduk amat memuaskan dan kebanyakkan residen telah turun menghadiri taklimat tersebut. Beberapa orang penduduk juga telah menujukan persoalan mengenai projek ini. Kami berharap agar projek di Blok 1 dapat diselesaikan pada akhir tahun ini.

Sejak kebelakangan ini, pejabat kami terlibat dalam beberapa projek pembinaan komuniti, ataupun projek kecil, di kawasan Desa Mentari, Desa Ria, dan Kampung Lindungan. Ini selaris dengan pekeliling daripada Pejabat Daerah dan Tanah Petaling. Pekeliling tersebut telah menetapkan bahawa 30% daripada belanjawan konstituensi yang telah diperuntukkan kepada kami mesti digunakan untuk membina infrastruktur komuniti untuk kegunaan masyarakat Kelana Jaya.

keputusan untuk menjalankan projek ini di Blok 1 sebagai blok ujian untuk mendapatkan maklum balas dan respons daripada komuniti Desa Mentari.

"projek Kecil"

Kini, jalan di Surau Al-Ehsan telah berjaya diturap menggunakan peruntukan projek kecil kami. Kerja-kerja pengarasan tanah padang bola Desa Ria dan pembinaan bilik

mandi jenazah Surau Al-Hidayah masih dijalankan. Kami juga telah menerima dua permohonan projek kecil untuk mengganti tingkap-tingkap sebuah dewan komuniti di Kampung Lindungan dan untuk membaiki lantai dewan komuniti Blok 7 dan 8, Desa Mentari. Kami berharap agar semua projek dapat diselesaikan pada hujung tahun ini.

8

Page 10: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #7

Bulan KebajikanPada 1hb Jun, pejabat kami telah memulakan bulan kebjikan kami bagi golongan fakir miskin di kawasan kami. Program ini telah bermula dua tahun yang lepas. Kami telah berjaya membantuk sebanyak 350 bula keluarga pada tahun lepas dengan jumlah wang sebanyak RM130,000, lebih daripada separuh belanjwan konstituensi saya. Kami juga berpeluang mendapatkan data sosio-ekonomi golongan papa di Kelana Jaya.

Program bulan kebajikan ini telah dilaksanakan sepanjang bulan Jun. Kami telah menerima lebih

Berikut adalah maklumat mengenai pemohon-pemohon yang telah datang meminta bantuan kewangan daripada pejabat kami.

daripada 700 permohonan tahun ini. Anggaran golongan fakir miskin di Kelana Jaya adalah seramai 4,000 orang.

9

Bil. permohonan dari Desa Mentari

Warga emas OKU Kesihatan Ibu/bapa tunggal

Peruntukan bagi setiap Kategori

Warga emas OKU Kesihatan Ibu/bapa tunggal

0 50 100 150 200

230

92

208

145

129

56

130

91

Permohonan menurut Kategori

Ibu/bapa tunggal

Kesihatan

OKU

Warga emas

Bil. permohonan dari Desa Mentari Bil. permohonan

Page 11: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #7

Aktiviti-aktiviti pusatKhidmat Kelana JayaBerikuat adalah beberapa aktiviti pejabat yang telah dijalankan sejak permulaan tahun ini.

Selamat tinggal kepada amir

Pengumpulan Dana: Independence day: Resurgence

Pada 31hb Mac, pejabat kami telahmengucapkan selamat tinggal kepada Amir setelah beliau menye-lesaikan hari kerja terakhirnya. Amir mula berkhidmat di pejabat ini sebagai seorang intern pada bulan Disember 2014, dan telah menjawat jawatan Pegawai Operasi pada bulan Mac 2015. Perkhidmatan setahunnya telahpun tamat pada bulan Mac 2016.

Kepintaran dan kemesraan Amir akan dirindui pejabat kami. Jiwanya yang murah hati dan penyayang sudah tentu akan dirindui para penduduk Kelana Jaya, terutamanya mereka di Desa Mentari dan Desa Ria. Beliau telah dianugerahi sebatang “lightsaber” dan dua keping sijil penghargaan.

Program Pengumpulan Dana Independence Day: Resurgence pejabat kami telah diadakan pada 24hb Jun di TGV, 1 Utama. Seperti biasa, segala dana yang telah dikutip digunakan untuk menjalankan operasi pejabat konstituensi kami, yang mempunyai dua staf sepenuh masa serta sepasukan sukarelawan dan intern yang berdedikasi.

Terima kasih kepada semua yang telah hadir menjayakan program kami ini. Sokongan anda telah membolehkan kami menjual semua tiket kami!

Pada akhir program ini, kami telah berjaya mengutip dana sebanyak RM23,600 hanya daripada penjualan tiket sahaja. Terima kasih kepada seluruh pejabat serta para sukarelawan P104 atas kejayaan mereka menganjurkan program ini.

Kami ingin mendoakan yang terbaik untuk Amir dan berharap beliau akan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

10

Page 12: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #7

Himpunan Bantah TPPA

Himpunan Bantah GST

Persoalannya, apakah implikasi GST bagi rakyat Malaysia?

Pada 23hb January, kami sepejabat telah bersiap sedia menghadiri himpunan bantah TPPA. Terdapat cubaan untuk membangkitkan isu perkauman oleh beberapa ketua politik beberapa jam sebelum himpunan tersebut. Kenyataan YB Hadi Awang bahawa komuniti Cina meyokong TPPA sememangnya mengarut. Bukannya Hadi yang menganjurkan himpunan ini. Realitinya, wakil PAS untuk Kokus Parlimen TPPA tidak hadir mesyuarat sebanyak 95% dan tidak pernah keluarkan kenyataan mengenai TPPA. Bagaimanakah Hadi tiba-tiba menjadi pakar dalam hal ini?

TPPA bukan isu perkauman, tetapi kelas sosial. Penyokong-penyokong TPPA adalah golongan 1% yang maha kaya. Mereka tidak menghiraukan kenaikan kos perubatan bagi golongan kelas pertengahan dan miskin. Mereka tidak mempeduli kehilangan kedaulatan negara dan hak kita untuk menentukan masa hadapan kita. Mereka hanya bermata duitan.

PSM, Mahasiswa, PKR, Bersih, dan NGOs telah berhimpun berdekatan Dataran Merdeka. Terdapathanya 500 orang yang datang berhimpun tetapi suasananya bersemangat.

Kami sepejabat telah menghadiri himpunan Bantah GST pada2hb April. Kami bermula di Pasar Seni sebelum beredar keDataran Merdeka. Walaupun cuaca panas, suasananya penuh semangat. Anggaran kehadiran lebih kurang 3,000 orang.

GST bermaksud setiap orang, miskin atau kaya, akan membayar GST kira-kira RM1,260 setahun. Oleh itu, jika terda-pat lima orang dalam rumah tangga, jumlah bayaran rumah tangga tersebut tahun ini mencecah RM6,300. Jumlah belum lagi mengambil kira faktor inflasi barangan yang dicukai GST. Ada yang mengatakan bahawa GST diperlukan, dan kita mesti membayar cukai dan mengikat perut demi menyelamatkannegara. Namun, adakah Dato’ Seri Najib dan isterinya akan ikut bersama? Adakah mereka akan berhenti membelanjai jutaanRinggit membeli-belah luar negera? Adakah para menteri akan mendapat pekerjaan kedua dan ketiga bagi menampung kehidupan mereka?

11

Page 13: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #7

“Pengalaman saya selama dua bulan di pejabat YB Wong Chen amat menarik. Sebagai seorang intern muda, saya telah berpeluang mengalami dunia pekerjaan daripada perspektif yang berbeza.

“Ibubapa saya telah menggalakkan saya bekerja di pejabat YB Wong Chen sebaik sahaja tamat peperik-saan SPM. Pada mulanya, saya keberatan, tetapi selepas bertemu dengan staf yang penuh bertenaga, saya menjadi bersemangat untuk berkhidmat kepada masyarakat. “Kerja seorang intern bukan mudah. Saya telah menulis surat-surat rasmi (walaupun saya tidak mempunyai pengalaman menulis surat, stafpejabat telah mengajar dan membimbing saya dengan sabar), mengendali aduan-aduan para penduduk dan menyelidik isu dasar polisi yang cukup kompleks. Namun begitu, saya tidak pernah kesal menyertai pejabat ini. “Terima kasih kepada YB Wong Chendan staf atas pengalaman hebat ini. Saya bersyukur kerana berpeluang menjadi sebahagian pasukan P104.”

“Sebagai latihan amali pertama saya,saya telah membuat pilihan yang kurang biasa – menjadi intern YB Wong Chen. Saya sememangnya tidak tersangka akan terlibat dalam isu-isu yang begitu mendalam – kerja kaji selidik, diskusi dasar, dan lawa-tan ke Parlimen. Saya juga sempat berjumpa dengan ‘bintang-bintang’ politik negara, termasuk Rafizi Ramli, Lim Guan Eng, dan Kak Wansendiri. Syoknya, saya tidak perlu membuat kopi untuk melaku-kan kesemua ini! “Sebagai intern, kebanyakan kerja saya adalah penyelidikan, sama ada untuk mesyuarat parti, ucapan parlimen ataupun nota untuk AP. Saya juga berpeluang berbual-bual dengan individu-individu dari berbagai-bagai latar belakang profesional. Tidak kira sama ada mereka adalah sukarelawan, AP, bekas kakitangan pejabat, ataupun pelajar atas lawatan, saya telah bela-jar sesuatu yang baharu dari mereka sudi melayan pertanyaan saya. “Kepada anda semua, terima kasih atas pengalaman yang menakjubkan ini!”

“Sebagai ahli pasukan P104, saya telah mengambil bahagian dalam politik parlimen nasional dan juga keperluan konstituensi tempatan. Dari Parliamen ke Desa Mentari, jelas bahawa pejabat ini benar-benar sayangkan Malaysia. “Sepanjang empat tahun saya di universiti di Perth, tawar hati saya apaila saya membaca berita politik Malaysia. Sebagai intern selama lima minggu, saya banyak menan-gani isu-isu di sebalik keratan akhbar harian. Walaupun ada masanya saya kecewa (khususnya bagi isu TPPA), penyelidikan hal-hal dasar polisi masih menarik. YB Wong Chen telah meluangkan masa untuk mengajar dan melatih intern-internnya; stafnya pula baik hati dan kini kami rakan-rakan rapat.

“Melalui pengalaman ini, memang jelas terdapat situasi tiada harapan lawan yang berharapan; realiti teruk rasuah (yang telah menyebabkan emigrasi) lawan mereka yang berjuang menentang rasuah. Saya gembira kerana berpeluang untuk bekerja bersama para pejuang ini.”

Intern-intern Pusat Khidmat Kelana JayaIntern-intern kami merupakan sebahagian operasi daripada operasi kami yang penting. Berikut adalah testimoni-testimoni mereka mengenai pengalaman mereka di pejabat ini.

Lau Chun Tung Choo Xin Er Tania Loke

12

Page 14: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #7

Na Khai Yee Matthew Lai Too Seng Zhao“Saya telah menyertai pebajat YB Wong Chen selepas lawatan spontan ke pejabatnya untuk memperoleh bantuan bagi beberapa karangan politik yang telah saya tulis pada tahun lepas. Sebaliknya, saya telah diberi peluang untuk menjadi intern.“Hari-hari pertama saya berlalu pintas. Saya tidak memahami diskusi mengenai TPPA, OSA, dan lain-lain. Namun, saya mula sedar tujuan saya di sini. “Kerja di sebalik penggubalan dasar telah mengajar saya kepentingan seseorang pemimpin untuk melind-ungi mereka yang telah memilihnya untuk memimpin mereka. Ya, tidak dinafikan bahawa negara kita men-galami skandal besar, kelemahan undang-undang yang lebih cenderung menghukum si pemberi maklumat, dan pengagihan penda-patan tidak seimbang. Meskipun demikian, saya memahami mengapa pejabat ini masih meneruskan perjuangan mereka ini. “P104 Kelana Jaya, terima kasih. Anda semua cerdik dan tekad. Yang paling mengharukan? Anda telah menunjukkan bahawa saya boleh menjadi seperti anda semua.”

“Saya telah berkerja sebagai intern di pejabat YB Wong Chen hampir dua bulan. Sepanjang tempoh ini, saya telah melawat Parlimen, terlibat dalam taklimat kakitangan dan mesyuarat konstituen, dan mebuatlawatan tapak.

“Semasa YB membimbing saya men-garang artikel, saya telah belajar memastikan ayat-ayat saya ringkas dan tepat apabila membuat draf, serta menulis dengan padat dan berdasar-kan fakta. Saya sekarang memahami bagaimana undang-undang atau polisi digubal dan implikasinya terha-dap masyarakat am. Saya turut berpel-uang memerhati perbezaan antara AP dan memahami seseorang itu dinilai daripada rakan-rakan sekelilingnya.

“Saya menghargai ketelusan yang diamalkan oleh pejabat ini. Saya dapat menggunakan komputer pejabat dan mengendali panggilan telefon. Sebuah pejabat yang ingin menyem-bunyikan sesuatu tidak akan membe-narkan internnya akses sebegitu. “Saya berterima kasih kepada YB Wong Chen sepejabat kerana memberi saya peluang untuk belajar dan menjadi sumber inspirasi saya.”

13

“Satu pertanyaan emel mengenai peluang intern dari US adalah permulaan pengembaraan saya. Saya telah memohon untuk menjadi intern YB Wong Chen kerana bermi-nat dalam hal pendidikan, hak wanita dan situasi politik tanah air. “Sepanjang kerja saya menyelidik RUU dan berkempen di Kuala Kangsar, pengalaman saya sebagai intern bukan sahaja telah meluaskan pandangan saya mengenai fungsi sistem Parlimen Malaysia, saya telah didedahkan kepada buah fikiran dan isu-isu penting rakyat Malaysia. Saya menyangka saya hanya akan mempe-lajari kerja-kerja penggubalan dasar. Namun, P104 telah menawarkan lebih daripada itu - pementoran, ”net-working”, diskusi spontan mengenai isu dunia, dan perbincangan falsafah yang mencetus idea-idea hebat. “YB Wong Chen sepejabat, terima kasih atas pengalaman yang paling menyeronokkan dalam hidup saya.

“Nulla dies et distantia umquam memori vos existe aveo. Ad infinitum. (Tidak kira tempoh atau-pun jarak, anda akan kekal dalam kenangan. Selama-lamanya.)”

Page 15: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #7

Intern Diperlukan!Adakah anda berminat untuk mendalamkan pengetahuan anda mengenai Parlimen?Adakah anda ingin tahu peranan seorang Ahli Parlimen?

Sertai kami sebagai seorang intern!

Berdasarkan kemahiran anda, anda boleh membantu kami dalamkerja penyelidikan polisi dan dasar rancangan negara, kerja kemasyarakatan,

ataupun kedua-duanya.

Sila hantar CV dan surat lamaran anda kepada [email protected].

Anda akan menerima elaun kecil sebanyak RM20 seharidan makan tengah hari percuma sekali sekala.

14

Page 16: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #7

Amir mempunyai latar belakang Sosiologi dan adalah penerima ijazah Sarjana dari King’s College, London dalam bidang Industri Kreatif. Pada mulanya, Amir menyertai pejabat inisebagai intern sebelum menjawat jawatan Pegawai Operasi. Amir sememang-nya merupakan pegawai paling luar biasa yang pernah diterima oleh pejabat ini.

Bagi Amir, pengamalan pekerjaan inimerupakan satu pengembaran yang cukup bermakna. Beliau tidak serikmengatasi segala cabaran yang dihadapi dengan senyuman gembira, tidak kira sama ada beliau sedang mencukur rambut di hadapan pintu Parlimen ataupun bermalam di Desa Mentari.

Walaupun Amir telah meninggal pejabat ini pada akhir Mac 2016, Amir berjanji untuk terus berkhid-mat untuk Malaysia.

Nadirah adalah seorang graduanundang-undang dari Cardiff University dan telah lulus Peperiksaan Sijil Amalan GuamanMalaysia. Beliau pertama sekali bertemu dengan YB Wong Chendan pasukannya di sebuah kem kesihatan semasa bekerja sebagai seorang sukarelawan. Tertarik dan masih kurang pasti mengenai profesion undang-undang, beliau membuat keputusan untuk menyertai pejabat ini sebagai intern untuk mencari kerjayaalternatif.

Sebagai seorang intern, Nadirah telah berpeluang bekerja dengan pasukan Belanjawan Alternatif 2016 bagi pihak pembangkang, menyelidik isu mengenai TPPA, serta menyelesaikan masalah-masalah kemiskinan bandar. Selepas dua bulan setengah seba-gai intern, beliau ditawar jawatan

Abigail merupakan graduan undang-undang University of Reading dan adalah penerimaIjazah Sarjana dari International Islamic University dalam bidang undang-undang antarabangsa. Sebagai tradisi, Abigail mula-mula menyertai pejabat ini sebagai seorang intern sebelum ditawar jawatan Pegawai Operasi.

Sebagai seorang Pegawai Operasi, Abigail telah mengendali pelbagaiisu konstituensi seperti kebajikandan kes kewarganegaraan. Beliaujuga telah ditugaskan untuk menyelidik isu TPPA dan telah menyumbang kepada ucapan perbahasan Parlimen Ketua Pembangkang mengenai RUU Kanak-kanak (Pindaan) 2015. Penyertaan Abigail di pejabat inidialu-alukan dan beliau akan berkhidmat kepada masyarakat dengan senyuman manis.

Staf Pusat Khidmat Kelana JayaMemperkenalkan golongan belia Malaysia pejabat P104 dalamperjuangan mempertahankan masa depan negara.

Amir Hamzah Nadirah Sharif Abigail Nimbalker

15

Page 17: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #7

koleksi gambarBerikut adalah koleksi gambar aktiviti-aktiviti yang telahdiadakan sejak enam bulan yang lalu.

Forum di Manchester, England yang telah dianjurkanoleh Malaysian Progressive United Kingdom

Bulan kebajikan tahunan bagi golongan miskin bandardi Kelana Jaya

Gotong-royong membersihkan longkang monsun bersamapara penduduk dan KRT Blok 1 Desa Mentari

Perhimpunan malam di balai polis Bukit Aman membantah penangkapan YB Rafizi Ramli

Lawatan ke bazar Ramadhan USJ 4 bersama YB Hannah Yeoh dan Yang Dipertua MPSJ , Dato’ Nor Hisham

Menyokong AMANAH semasa pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar

16

Page 18: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #7

Program Ramadhan Jom Shopping bersamapejabat YB Hannah Yeoh

Unit berkuda Polis Diraja Malaysia diKarnival Pencegahan Jenayah Desa Mentari

Gambar semasa sambutan Tahun Baru Cina anjuranRukun Tetangga SS14

Sukarelawan-sukarelawan P104 menasihatipara penduduk semasa operasi malam hari Isnin

Sanya Reid dari Third World Network membimbingstaf dan intern-intern dalam hal TPPA

Suasana semasa Program Pengumpulan Dana P104 di TGV, 1 Utama

17

Page 19: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Surat Berita Pusat Khidmat Kelana Jaya Isu #7

Demonstrasi Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran di Desa Mentari bersama pasukan bomba Sg. Penchala

Jom Cuci bersama Sister Stella dan murid-muridnya di Blok 2, Desa Mentari

Pertandingan mewarna Hari Keluarga 2016 anjuran Masjid Al-Mukminun USJ 2

Gambar selepas sesi perbincangan bersama wakil-wakil komuniti agama

Aiskrim di Himpunan Bantah GST bersamaYB Gooi Hsiao Leung

Suasana di Himpunan Bantah TPPA di Kuala Lumpur

18

Page 20: Isu #7, Julai 2016 urat Berita onstituen - Wong · PDF fileSidang Parlimen kedua Dalam isu ini Pengemaskinian sidang Parlimen TPPA dan konklusinya Projek Komuniti Bulan kebajikan

Perkhidmatan

Yang ditawar oleh Pusat Khidmat KelanaJaya

Kami berkhidmat untuk semua penduduk konstituensi Parlimen Kelana Jaya yang merangkumi:

USJPJS 5 - 10 (Desa Mentari)

Taman GlenmarieKelana Jaya

SS5, SS7, SS8, dan SS9

Bagaimana Boleh Kami bantu anda?

Parlimen Isu kebajikan, pelajaran,dan perubantan

Isu Kewarganegaraan

Mewakili Kelana Jaya dalam penggubalan dasar dan perundanganMemberi maklum balas terkini dalam isu nasional

Membangkitkan isu nasional bagi pihak anda

Menyokong permohonan bantuan perubatan dan kebajikanMembuat permohonan pengecualian yuran perubatanBerhubung dengan pihakkebajikan dan NGO perubatan

Menyokong permohonan bagiKP biru dan pengeluaransurat sokonganMembuat penyusulan denganJPN dan imigresen

Wong Chen

Kelana JayaSurat Berita #7: Julai 2016

Penyunting: Wong ChenPenyumbang: Nadirah Sharif, Abigail Nimbalker, Too SengZhao, Poon Wei Ying, Koh WyhowReka bentuk corakbirai hias: Freepik

Pertanyaan:

Emel: [email protected]: 03-5613 7918Fax: 03-5613 7919Alamat: 113B (Tingkat 2)Jalan SS14/1 47510 Subang JayaSelangor, Malaysia

Wong Chen Kelana Jaya Surat Berita Konstituen adalah diterbitkan oleh Pusat Khidmat P104 Kelana Jaya AhliParlimen Kelana Jaya Selangor Malaysia. Surat Berita Konstituen Wong Chen Kelana Jaya adalah produk yang tidak dikawal. Informasi yang terkandung dalam surat berita ini adalah untuk maklumat am dan bukan bertujuan untuk digunapakai oleh pembaca dalam membuat atau tidak membuat keputusan peribadi, perniagaan dan/atau pelaburan khusus. Sekiranya anda ingin membuat rujukan, menghasilkan semula atau menyesuaikan apa-apa kandungan dalam apa-apa cara, sila dapatkan kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu.