istiazah dan basmalah_m4

34
ISTIAZAH DAN BASMALAH Pembukaan pembacaan 1. Al-Isti`azah ة ذا ع ت س لا ا: Setiap pembaca al-quran perlu memulakan pembacaan dengan al-isti`azah sama ada permulaan tersebut di awal surah atau dipertengahan. Ini berdasarkan kepada umumnya firman Allah ta`ala: ﴿ ِ انَ طْ يَ ّ ش ل اَ نِ مِ ّ اِ بْ ذِ عَ تْ س اَ فَ ن# اْ رُ قْ ل اَ تْ ) اَ رَ ق اَ ذِ , اَ فِ م يِ جَ ّ ر ل ﴾اBermaksud: apabila kamu membaca al-

Upload: roslan-hamid

Post on 27-Jun-2015

277 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAHPembukaan pembacaan

1. Al-Isti`azah االستعاذة : Setiap pembaca al-quran perlu memulakan pembacaan dengan al-isti`azah sama ada permulaan tersebut di awal surah atau dipertengahan. Ini berdasarkan kepada umumnya firman Allah ta`ala: ط�ان ﴿ ي الش� من� �ه الل ب �عذ ت ف�اس آن� ق�ر ال ت�

أ ق�ر� ذ�ا ف�إ

جيم ﴾الر�Bermaksud: apabila kamu membaca al-quran, maka pohonlah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam. [al-Nahl: 98]

Page 2: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Makna al-isti`azah: berlindung dengan Allah dan memohon benteng daripada kejahatan syaitan.

Lafaz al-isti`azah: م ي ج الر� ط�ان ي الش� من� �ه �الل ب �ع�وذ� أ

Page 3: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Cara pembacaan:

a. Dibaca perlahan ketika: i. Ingin membaca al-quran dengan bacaan perlahan.ii. Membaca berseorangan sekalipun ingin membaca al-quran dengan kuat.iii. Di dalam solat sama ada solat siang atau malam.

Page 4: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

b. Dibaca kuat ketika:

i. Ingin membaca al-quran dengan mengangkat suara dan terdapat pendengar bacaan tersebut.ii. Pembaca pertama ingin memulakan pembacaan seperti dalam majlis tadarus al-quran. Pembaca kedua dan seterusnya membaca al-isti`azah dengan perlahan.

Page 5: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Al-Basmalah البسملة

Tempat pembacaannya: ialah ketika memulakan pembacaan di awal setiap surah. Tetapi sekiranya pembaca memulakan pembacaan di pertengahan surah, maka pembaca boleh memilih sama ada ingin membaca al-basmalah setelah al-isti`azah ataupun tidak.

Page 6: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

a. Diwajibkan membaca al-basmalah di dalam surah al-fatihah di dalam mazhab Syafie. Ini kerana al-basmalah menurut pendapat mereka merupakan salah satu daripada ayat al-fatihah.

b. Disunatkan membaca al-basmalah di setiap permulaan surah kecuali di awal surah al-baraah Membaca al-basmalah lebih afdal ketika . التوبةmemulakan pembacaan di pertengahan surah.

Page 7: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Maksud hadis Rasululullah s.a.w.;

“Setiap perkara yang dituntut oleh agama Islam dan tidak dimulakan dengan al-basmalah, maka perkara tersebut tidak mempunyai keberkatan”

Page 8: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Haram membaca al-basmalah dipermulaan surah al-baraah dan makruh membacanya di pertengahan surah tersebut. Ini kerana al-basmalah membawa maksud keamanan dan surah al-baraah tidak mengandungi makna keamanan kepada orang kafir.

Page 9: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Adakah ia satu ayat daripada ayat-ayat Al-Quran?

Seluruh umat Islam telah bersepakat (ijma’) bahawa basmalah yang terdapat di dalam surah An-Naml adalah ayat Al-Quran.Firman Allah S.W.T:Terjemahan: “Sesungguhnya surat itu dari (Nabi) Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut): `Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani” (An-Naml:30)

Page 10: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Apabila seorang itu memulakan bacaannya di pertengahan surah, maka dia boleh memilih untuk membaca basmalah atau meninggalkannya. Oleh itu, barangsiapa yang mengengkari Qurannya basmalah dalam ayat tersebut boleh menyebabkan dia terkeluar daripada Islam.Namun para ulama sejak zaman berzaman telah berbeza pendapat tentang basmalah pada selain daripada ayat 30 surah An-Naml itu. Adakah ia satu ayat yang tersendiri dalam Al-Quran, atau ia adalah ayat pertama bagi setiap surah Al-Quran (kecuali surah At-Taubah), atau ia hanyalah ayat pertama bagi surah Al-Fatihah tapi bukan untuk yang lain, atau ia memang bukan ayat Al-Quran (kecuali ayat 30 surah An-Naml)?

Page 11: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Pendapat pertama: Basmalah adalah ayat pertama bagi surah Al-Fatihah dan surah-surah lain dalam Al-Quran.Pendapat ini disandarkan kepada Ibn ‘Abbas, Ibn ‘Umar, Towus, ‘Ata’, Makhul, Abdullah Bin Al-Mubarak, Qurra’ (ulama Al-Quran) Makkah dan Kufah, juga salah satu As-Syafi’e.

Page 12: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Pendapat kedua: Basmalah hanya ayat pertama Al-Fatihah sahaja bukan untuk surah-surah yang lain.Pendapat ini dinisbahkan kepada Ali Bin Abi Talib, Ibn ‘Abbas, Abu Hurairah, Sa’id Bin Jubair, Sufyan Ath-Thauri, Ahmad Bin Hanbal, sebilangan ulama Kufah dan Makkah. Ia juga salah satu pendapat As-Syafi’e.

Page 13: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Pendapat ketiga: Basmalah bukan satu ayat daripada Al-Quran.Pendapat ini disandarkan kepada Al-Khulafa’ Ar-Rasyidin, Ibn Mas’ud, ‘Ammar Bin Yasir, Al-Hasan Al-Basri, Syu’bah, juga pendapat Al-Auza’ie, Abu Hanifah, Malik, Daud Az-Zahiri dan satu riwayat daripada Ahmad. Ia juga pendapat Qurra’ Madinah, Basrah dan Syam.

Page 14: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Pendapat keempat: Basmalah bukan sebahagian daripada surah Al-Quran, tetapi ia adalah ayat Al-Quran yang berasingan daripada surah.Ini disebutkan oleh sebahagian ulama mazhab Hanafi seperti Al-Jassas.

Page 15: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Tarjih:Berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan oleh semua pihak, pendapat yang paling kukuh ialah menggabungkan antara pendapat kedua dan keempat. Basmalah adalah ayat pertama surah Al-Fatihah sahaja, bukan untuk surah-surah lain, tetapi ia adalah ayat yang berasingan yang memisahkan antara surah.

Page 16: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Dalil Basmalah ayat pertama Al-Fatihah:عليه - الله صلى ��ه الل �س�ول ر� ق�ال� ق�ال� � ه ع�ن ��ه الل ضى� ر� ة� ر� ي ه�ر� ى ب

� أ ع�ن ) ( : - حيم الر� ح م�ن الر� �ه الل م س ب ء�وا ف�اق ر� �ه ل ل � ح�م د ال ��م ت

أ ق�ر� ذ�ا إ « وسلمح م�ن ) الر� �ه الل م س ب و� ى �ان م�ث ال � ع ب و�الس� �اب ت ك ال �م? و�أ آن ق�ر ال م?

� أ �ه�ا ن إح د�اه�ا( إ حيم .« الر�

Terjemahan: Daripada Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah S.A.W telah bersabda: “Apabila kamu membaca ( لله (الحمدbacalah ( الرحيم الرحمن الله -Sesungguhnya ia (Al .(بسمFatihah) adalah Induk Al-Quran dan Induk Al-Kitab dan Tujuh Ayat yang diulang-ulang, dan ( الرحيم الرحمن الله satu (بسمayat daripadanya.”(Hadith riwayat Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra, dan disahihkan oleh Al-Albani)

Page 17: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Dalil Basmalah bukan ayat pertama surah lain dari Al-Fatihah: من Bة ور� �س ن� إ ق�ال� �م� ل و�س� ه �ي ع�ل ��ه الل ص�ل�ى Cي �ب الن ع�ن ة� ر� ي ه�ر� ي ب

� أ ع�نك� �ار� �ب ت �ة ور� �س و�هي� ��ه ل غ�فر� �ى ت ح� Hل�ج ر� ل ف�ع�ت ش� Bة� آي �ون� ث �ال� ث آن ق�ر ال

� ك م�ل ال �ده ي ب �ذي .الTerjemahan: Daripada Abu Hurairah r.a daripada nabi S.A.W, sabdanya: “Sesungguhnya suatu surah daripada Al-Quran ada 30 ayat, disyafaatkan untuk seorang lelaki hingga diampunkan baginya. Surah itu ialah surah Tabaraka llazi biyadihil Mulk (Al-Mulk).”(Hadith riwayat At-Tirmizi dan beliau menghasankannya, kata Al-Hakim: sahih isnadnya, dan ia juga dihasankan oleh Al-Albani)Ijma’ umat Islam bahawa surah Al-Mulk mengandungi 30 ayat tanpa mengira basmalah.

Page 18: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Dalil Basmalah ayat Al-Quran yang berasingan: - - H �و م ي ذ�ات� وسلم عليه الله صلى �ه الل �س�ول ر� �ا ن �ي ب ق�ال� Hس� �ن أ ع�ن

م�ا �ا ن ف�ق�ل مBا Cس� �ب م�ت �ه س� أ ر� ف�ع� ر� �م� ث Bة�اء�ف غ إ �غ ف�ى أ ذ إ �ا ظ ه�رن

� أ ن� �ي ب . « � أ ف�ق�ر� » Tة ور� �س فBا آن �ى� ع�ل زل�ت ن

� أ « ق�ال� �ه الل س�ول� ر� �ا ي �ك� �ض ح�ك أ ( ر ح� و�ان Cك� ب ر� ل Cل�ص�ف �ر� �و ث ك ال �اك� ن �ع ط�ي أ �ا ن إ حيم الر� ح م�ن الر� �ه الل م س ب

. ) ��ر �و ث ك ال م�ا ون� ��د ر ت� أ « ق�ال� �م� ث » ��ر ت ب

� األ ه�و� �ك� ئ ان ش� ن� .« إTerjemahan: Daripada Anas, katanya: ketika kami bersama Rasulullah S.A.W pada suatu hari, baginda tersenyum, lalu kami bertanya: Apakah yang menggembirakanmu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “diturunkan kepadaku sebentar tadi suatu surah” lalu baginda membaca: ( الل�ه س م ب

�ك� ئ ان ش� ن� إ ح�ر و�ان Cك� ر�ب ل Cل�ص�ف �ر� ال ك�و ث �اك� ن أ�ع ط�ي �ا ن إ الر�حيم الر�ح م�ن ��ر ت ب

األ� (Hadith riwayat Muslim)(ه�و�

Page 19: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

: � ال م�ون� ل م�س ال �ان� ك ق�ال� ه�م�ا ع�ن ��ه الل ضى� ر� Hاس� ع�ب ن اب ع�نح م�ن ) الر� �ه الل م س ب ل� �ز� �ن ت �ى ت ح� ة ور� الس? قض�اء� ان �م�ون� �ع ل ي

) �ن�( ) أ م�وا ع�ل حيم الر� ح م�ن الر� �ه الل م س ب ل� �ز� ن ذ�ا ف�إ حيم الر� ق�ض�ت ان ق�د ة� ور� .الس?

Terjemahan: Daripada Ibn ‘Abbas r.a katanya: “Adapun orang-orang Islam tidak mengetahui tamatnya suatu surah itu hinggalah turun ( الرحيم الرحمن الله ,(بسمmaka apabila turun ( الرحيم الرحمن الله (بسمmerekapun mengetahui bahawa surah itu sudah tamat.”(Hadith riwayat Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, katanya: sahih dengan syarat Al-Bukhari dan Muslim)

Page 20: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Peringatan:i. An-Nawawi menegaskan bahawa persoalan membaca basmalah samada secara jahar (jelas) atau sirr (perlahan) tidak berkaitan dengan persoalan mengithbatkan basmalah sebagai ayat Al-Quran.ii. Sekalipun para ulama berbeza pendapat tentang status basmalah tetapi mereka sepakat untuk mengithbat penulisannya pada awal setiap surah kecuali surah At-Taubah.iii. Seluruh umat juga bersepakat bahawa tidak dihukum kafir orang yang mengithbatkan basmalah sebagai ayat Al-Quran atau yang menafikannya (kecuali An-Naml:30). Ini berbeza dengan orang yang menafikan walau satu huruf dari Al-Quran yang diijma’kan atau yang mengithbatkan suatu huruf yang memang sepakat ia bukan Al-Quran. Kedua-dua hal ini menyebabkan kufur –secara ijma’-. Ini yang disebut oleh As-Syaukani.

Page 21: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Hukum membaca basmalah pada setiap surah di luar solat.Sebahagian besar ulama menyatakan bahawa dimustahabkan untuk membacanya di awal setiap surah. Ini kerana dalil-dalil menunjukkan ia dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. Ini juga berdasarkan pendapat bahawa basmalah adalah ayat yang bersendirian yang diletakkan untuk memisahkan antara surah dan dibaca untuk keberkatan.Bagaimanapun basmalah tidak dibaca pada awal surah At-Taubah dengan sepakat ulama. Cuma apabila memulakan bacaan dipertengahan surah At-Taubah, sebilangan ulama menyatakan membacanya lebih baik. Namun Al-Ja’bari melarang daripada membacanya walaupun dimulakan di pertengahan surah sebagaimana ia dilarang di awalnya.

Page 22: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Hukum membaca basmalah pada surah dalam solat.Perbezaan pendapat ulama tentang adakah basmalah ayat pertama bagi surah Al-Fatihah dan surah-surah yang lain membawa kepada persoalan berikutnya iaitu: adakah perlu dibaca basmalah ini setiap kali membaca awal surah dalam solat?Pendapat pertama: Mazhab Maliki melarang membaca basmalah di dalam solat fardhu, tidak kira samada secara jahar mahupun sirr, samada pada surah Al-Fatihah mahupun surah-surah yang lain. Tetapi mereka membenarkan basmalah dibaca dalam solat-solat sunat seperti Tarawih dan sebagainya.

Page 23: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Pendapat kedua: Abu Hanifah menyatakan bahawa basmalah dibaca secara sirr dalam setiap rakaat solat.Pendapat ketiga: As-Syafi’ie mewajibkan bacaan basmalah bagi permulaan Al-Fatihah. Ia dibaca secara jahar bagi solat yang jahar dan dibaca secara sirr bagi solat yang sirr. Jika ditinggalkan, solat itu perlu diulangi.Pendapat keempat: Ahmad Bin Hanbal menyatakan basmalah dibacakan secara sirr dan tidak disunatkan untuk dibaca secara jahar.

Page 24: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Pendapat kedua: Abu Hanifah menyatakan bahawa basmalah dibaca secara sirr dalam setiap rakaat solat.Pendapat ketiga: As-Syafi’ie mewajibkan bacaan basmalah bagi permulaan Al-Fatihah. Ia dibaca secara jahar bagi solat yang jahar dan dibaca secara sirr bagi solat yang sirr. Jika ditinggalkan, solat itu perlu diulangi.Pendapat keempat: Ahmad Bin Hanbal menyatakan basmalah dibacakan secara sirr dan tidak disunatkan untuk dibaca secara jahar.Pendapat kelima: Towus menyatakan basmalah dibaca hanya pada Al-Fatihah tapi tidak pada surah-surah yang lain.

Page 25: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Kesimpulan:1. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa basmalah dibaca pada awal surah Al-Fatihah samada hukumnya wajib ataupun sunat.2. Bagi ulama yang mengira basmalah sebagai ayat pertama Al-Fatihah, mereka mewajibkannya tetapi tidak untuk surah yang lain.3. Mereka yang menganggap basmalah ayat yang bersendirian menyatakan sunat dibaca pada awal setiap surah. Tetapi ada juga yang mewajibkannya untuk Al-Fatihah kerana Rasulullah S.A.W sentiasa membacanya di awal Al-Fatihah.4. Ulama yang menganggap basmalah bukan ayat Al-Quran, melarang dari membacanya.

Page 26: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Membaca basmalah secara jahar atau sirrSebagaimana yang lalu, kebanyakan ulama mengithbatkan bacaan basmalah ini dalam solat samada kerana menganggapnya ayat Al-Quran atau kerana dalil-dalil yang menunjukkan nabi sentiasa melakukannya. Bagaimanapun mereka masih berselisih tentang cara membacanya, adakah secara jahar atau secara sirr?Pendapat pertama: Bagi ulama yang menganggapnya bukan ayat Al-Quran, basmalah tidak dijaharkan.Pendapat kedua: Bagi para ulama yang menganggap basmalah sebagai ayat pertama bagi surah-surah termasuk Al-Fatihah, mereka terbahagi dua.

Page 27: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Pertama yang menyatakan perlu dijaharkan, kedua yang menyatakan tidak dijaharkan.Untuk memilih pendapat yang lebih kuat hendaklah diteliti dalil-dalil yang dikemukakan.Dalil basmalah dibaca jahar:i. Ia adalah ayat pertama Al-Fatihah, justeru ia perlu dibaca jahar seperti ayat-ayat yang lain.ii. Hadith Nu’aim Al-Mujmir, katanya:

Cم� أ ب� أ ق�ر� �م� ث حيم الر� ح م�ن الر� �ه الل م س ب

� أ ف�ق�ر� ة� ر� ي ه�ر� ي ب� أ اء� و�ر� � ت �ي ص�ل

} { آمين� ف�ق�ال� Cين� الض�ال و�ال� هم �ي ع�ل م�غ ض�وب ال ر غ�ي �غ� �ل ب ذ�ا إ �ى ت ح� آن ق�ر ال ج�ل�وس ال من ق�ام� ذ�ا و�إ ��ر ب ك

� أ ��ه الل س�ج�د� �م�ا �ل ك ��ق�ول و�ي آمين� ��اس الن ف�ق�ال�Cي ن إ �ده ي ب �ف سي ن �ذي و�ال ق�ال� �م� ل س� ذ�ا و�إ ��ر ب ك

� أ ��ه الل ق�ال� ن �ي �ت ن ث اال في�م� ل و�س� ه �ي ع�ل ��ه الل ص�ل�ى �ه الل س�ول ر� ب Bة ص�ال� �م �ه�ك ب ش

� أل�

Page 28: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Terjemahan: “Aku telah solat di belakang (menjadi makmum) Abu Hurairah r.a, lalu beliau membaca ( بسم

الرحيم الرحمن kemudian beliau membaca Ummul (اللهQuran hinggalah beliau sampai pada ( وب�ال م�غ ض ر غ�ي

الض�الCين� و�ال� م ه ) :beliau berkata (ع�ل�ي dan orang (آمين�ramaipun menyebut ( dan apabila sujud menyebut ,(آمين�( ��ر ك ب

أ� � dan apabila bangun dari duduk rakaat kedua (الل�ه( ��ر ك ب

أ� � dan sebaik selesai memberi salam, beliau ,(الل�هberkata: “dan demi Tuhan yang jiwaku ditangan-Nya, sesungguhnya aku adalah yang paling menyerupai solat Rasulullah S.A.W”.(Hadith riwayatAn-Nasa’ie. Kata Al-Albani: isnadnya dha’if).

Page 29: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Dalil basmalah tidak dibaca jahar:i. Hadith Anas Bin Malik r.a:

وسلم عليه الله صلى ي� �ب الن ن�� ،أ

Terjemahan: “Bahawasanya Nabi SAW, Abu Bakar dan Umar memulakan solat dengan( �مين� ع�ال ال Cب ر� لله � ح�م د (Muttafaqun ‘alaihi).(ال

Page 30: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

Hadith ini ditafsirkan oleh beberapa hadith lain, iaitu:ii. Kata Anas r.a:�ح�دBا , أ م�ع س

� أ �م ف�ل م�ان� و�ع�ث و�ع�م�ر� Hر �ك ب ي ب� أ م�ع� � ت �ي ص�ل

حيم الر� ح م�ن الر� الله م س ب� أ �ق ر� ي ه�م من

Terjemahan: “Aku solat bersama Abu Bakar, Umar dan Uthman, maka aku tidak mendengar seorangpun daripada mereka yang membaca ( س م ب

الر�حيم الر�ح م�ن ( الله(Hadith riwayat Al-Bukhari)

Page 31: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

iii. Kata Anas r.a: - - Hر �ك ب ي ب

� و�أ وسلم عليه الله صلى Cي �ب الن خ�ل ف� � ت �ي ص�ل ” Cب ر� �ه ل ل � ح�م د ال ب ح�ون� �ف ت ت �س ي �وا �ان ف�ك م�ان� و�ع�ث و�ع�م�ر�في “, حيم الر� ح م�ن الر� �ه الل م س ب ون� ��ر �ذ ك ي ال �مين� ع�ال ال

آخره�ا في و�ال Hة�اء قر� و�ل� أ

Terjemahan: “Aku solat di belakang Nabi SAW, Abu Bakar, Umar dan Uthman, maka mereka memulakan solat dengan ( ال ع�ال�مين� Cب�ر لله � Mereka tidak .(ال ح�م دmembaca ( الر�حيم الر�ح م�ن الله س م di awal bacaan ( بmahupun di akhirnya.”(Hadith riwayat Muslim).

Page 32: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

iv. Kata Anas r.a:و�خ�ل ف� �م� ل و�س� ه �ي ع�ل ��ه الل ص�ل�ى �ه الل س�ول ر� خ�ل ف� � ت �ي ص�ل�ه الل م س ب ب ون� ��ج ه�ر ي ال� �وا �ان و�ك م�ان� و�ع�ث و�ع�م�ر� Hر �ك ب ي ب

� أ حيم الر� ح م�ن الر�

Terjemahan: “Aku solat di belakang Nabi SAW dan di belakang Abu Bakar, Umar dan Uthman, maka mereka tidak menjaharkan ( ن�م الر�ح الله س م ب Hadith riwayat Ahmad, An-Nasa’ie dan Ibn).( الر�حيمKhuzaimah).Dalam riwayat lain di sisi Ibn Khuzaimah:

�سر?ون� ي �وا ك�ان

Page 33: Istiazah Dan Basmalah_m4

ISTIAZAH DAN BASMALAH

iv. Kata Anas r.a:و�خ�ل ف� �م� ل و�س� ه �ي ع�ل ��ه الل ص�ل�ى �ه الل س�ول ر� خ�ل ف� � ت �ي ص�ل�ه الل م س ب ب ون� ��ج ه�ر ي ال� �وا �ان و�ك م�ان� و�ع�ث و�ع�م�ر� Hر �ك ب ي ب

� أ حيم الر� ح م�ن الر�

Terjemahan: “Aku solat di belakang Nabi SAW dan di belakang Abu Bakar, Umar dan Uthman, maka mereka tidak menjaharkan ( ن�م الر�ح الله س م ب Hadith riwayat Ahmad, An-Nasa’ie dan Ibn).( الر�حيمKhuzaimah).Dalam riwayat lain di sisi Ibn Khuzaimah:

�سر?ون� ي �وا ك�ان

Page 34: Istiazah Dan Basmalah_m4

RUJUKAN