issn 2289-6554 · 2019-08-06 · as memperbaharui binaan beliau. ini kerana berdasarkan nas...

13

Upload: others

Post on 05-Jul-2020

9 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISSN 2289-6554 · 2019-08-06 · AS memperbaharui binaan beliau. Ini kerana berdasarkan nas al-Quran yang mula-mula membina Kaabah ialah Nabi Ibrahim AS dan jarak 40 tahun di antara

Terbitan:Unit Komunikasi Korporat

Universiti Teknologi Mara (Perak)

Dicetak oleh:Percetakan Zainon Kassim Sdn. Bhd.

No. 1 & 3, Tingkat Kilang, Kawasan Perindustrian Ringan Jelapang,30100 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Tel: 05 526 8506, 526 8507, 528 0506, 528 0507Fax: 05 526 8504

www.perak.uitm.edu.my

ISSN 2289-6554

Page 2: ISSN 2289-6554 · 2019-08-06 · AS memperbaharui binaan beliau. Ini kerana berdasarkan nas al-Quran yang mula-mula membina Kaabah ialah Nabi Ibrahim AS dan jarak 40 tahun di antara
Page 3: ISSN 2289-6554 · 2019-08-06 · AS memperbaharui binaan beliau. Ini kerana berdasarkan nas al-Quran yang mula-mula membina Kaabah ialah Nabi Ibrahim AS dan jarak 40 tahun di antara

vAKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 2014 |AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 2014 iii

Sidang Editorial Bil.1/2014Penaung: YBhg. Prof. Ir. Dr. Hajah Zainab MohamedRektor, Universiti Teknologi MARA (Perak)

Ketua Editor:Hajah Rosida Ahmad JunidKetua, Unit Komunikasi Korporat

Editor:Sr Hasnan HashimDr Thuraiya MohdMohamed Ishak Hj Badarudin

Penilai Artikel / Kertas Kerja Ilmiah:Dr Thuraiya MohdDr Suharto TerimanDr Norhayati BaharunDr Lilawati Ab WahabDr Rahayu Abdul RahmanDr Hazliza HaronPuan Noraziah AzizanMuhammad Yusri Yusof Salleh

Penyelaras Unit Informasi dan Publisiti:

Pengurus Produksi dan Reka Bentuk Grafik:

Zarlina Mohd Zamari

Penyelaras Unit Penyiaran Multimedia dan Audio Video:Ahmad Sofiyuddin Mohd Shuib

Ahmad Ridhuan Mohd KhalitPercetakan:Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), Ipoh, Perak.

U n i v er s i t i T e k n o l o g i M A RA ( P e r a k )akademika

AKADEMIKA UiTM (PERAK) 2014

Page 4: ISSN 2289-6554 · 2019-08-06 · AS memperbaharui binaan beliau. Ini kerana berdasarkan nas al-Quran yang mula-mula membina Kaabah ialah Nabi Ibrahim AS dan jarak 40 tahun di antara

viiAKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 2014 |AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 2014 v

Isi KandunganU n i v e r s i t i T e k n o l o g i M A R A ( P e r a k )akademika

THE APPLICATION OF SAMPLING METHODOLOGY FOR MIGRATION BEHAVIOURAL SURVEY IN THE KLANG VALLEY REGIONMohd Fadzil Abdul Rashid

M-PERAK DISCOVERY : DARIPADA BROSUR KEPADA APLIKASI MOBILNor Rashidah Paujah @ Ismail

THE RELATIONSHIP BETWEEN ETHICAL LEADERSHIP BEHAVIOUR AND EMPLOYEES OUTCOMES AMONG MANAGEMENT EMPLOYEES IN PUBLIC HOSPITALSiti Daleela binti Mohd Wahid

VOCABULARY LEARNING STRATEGIES FOR ESL LEARNERSAzurawati Binti Zaidi

PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER SATU UITM PERAK: SATU KAJIAN PENEROKAANNorhasliza Binti Ahmad

INFORMATION SEEKING MODELS: HIGHER LEARNING ENVIRONMENT OF SOCIAL SCIENCESHjh Ramnah Abd. Thani

RESIDENTIAL SATISFACTION AND SERVICE CHARGES PAYMENT BEHAVIOR OF MEDIUM COST APARTMENTS IN KUALA LUMPURRohaya Ghani

KNOWLEDGE TRANSFER CONTEXT: THE SOURCES OF INFORMATION IN ADAPTIVE RE-USE PROJECTSKartina Alauddin

MANAKAH SATU MASJIDIL AQSA?Wan Kamal Nadzif bin Wan Jamil

TANAH SIMPANAN MELAYU –SATU TINJAUAN DARI ASPEK SEJARAHMohd Hasrol Haffiz Aliasak

TECHNOLOGY IN STATISTICS EDUCATIONNorhayati Baharun

PROGRAM PEMENTORAN BERSTRUKTUR UITM (PERAK)Thuraiya Mohd

TEACHER DIARY SYSTEM (TDS) USING PROGRAMME EVALUATION AND REVIEW TECHNIQUE (PERT)Nur Hasni Nasrudin

1

11

18

23

28

37

46

54

61

69

75

83

91

THE ESSENTIALS OF ENGINEERING AND UNDERSTANDING ESSENCES OF THE EARTH 1THROUGH GEOTECHNICAL ENGINEERING AND TROPICAL ROCK ENGINEERINGRESEARCH ENDEAVOURSZainab Mohamed

THE APPLICATION OF SAMPLING METHODOLOGY FOR MIGRATION BEHAVIOURAL 3SURVEY IN THE KLANG VALLEY REGIONMohd Fadzil Abdul Rashid

M-PERAK DISCOVERY : DARIPADA BROSUR KEPADA APLIKASI MOBIL 13Nor Rashidah Paujah @ Ismail

THE RELATIONSHIP BETWEEN ETHICAL LEADERSHIP BEHAVIOUR AND EMPLOYEES 20OUTCOMES AMONG MANAGEMENT EMPLOYEES IN PUBLIC HOSPITALSiti Daleela binti Mohd Wahid

VOCABULARY LEARNING STRATEGIES FOR ESL LEARNERS 25Azurawati Binti Zaidi

PEMBANGUNAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER 30SATU UITM PERAK: SATU KAJIAN PENEROKAANNorhasliza Binti Ahmad

INFORMATION SEEKING MODELS: 39HIGHER LEARNING ENVIRONMENT OF SOCIAL SCIENCESHjh Ramnah Abd. Thani

RESIDENTIAL SATISFACTION AND SERVICE CHARGES PAYMENT BEHAVIOR OF MEDIUM 48COST APARTMENTS IN KUALA LUMPURRohaya Ghani

KNOWLEDGE TRANSFER CONTEXT: THE SOURCES OF INFORMATION IN ADAPTIVE 56RE-USE PROJECTSKartina Alauddin

MANAKAH SATU MASJIDIL AQSA? 63Wan Kamal Nadzif bin Wan Jamil

TANAH SIMPANAN MELAYU – 71SATU TINJAUAN DARI ASPEK SEJARAHMohd Hasrol Haffiz Aliasak

TECHNOLOGY IN STATISTICS EDUCATION 77Norhayati Baharun

PROGRAM PEMENTORAN BERSTRUKTUR UITM (PERAK) 85Thuraiya Mohd

TEACHER DIARY SYSTEM (TDS) USING PROGRAMME EVALUATION AND 93REVIEW TECHNIQUE (PERT)Nur Hasni Nasrudin

A REVIEW ON THE POTENTIAL OF NATURAL TIMBER TREATMENT TOWARDS TERMITE 98ATTACK SOLUTION FOR BETTER GREEN ENVIRONMENTHasnan Hashim

AKADEMIKA UiTM (PERAK) 2014

Page 5: ISSN 2289-6554 · 2019-08-06 · AS memperbaharui binaan beliau. Ini kerana berdasarkan nas al-Quran yang mula-mula membina Kaabah ialah Nabi Ibrahim AS dan jarak 40 tahun di antara

63AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 2014 |AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 201460

Renovation in Ontario, Canada’, International Journal of Heritage Studies, vol. Vol. 12, no. No. 6, p. 15 pagesTatum, M., 2003, ‘What is Adaptive Reuse?’, 2010, from http://www.wisegee.com/what -is-adaptive-reuse.htm

TravelVictoria. 2004, 2011, ‘Travel Victoria. Geelong Information & Attractions’, 2004, from http://www.travelvictoria.com.au

Yuan, M & Yang, J 2009, ‘A Knowledge Management Framework to Promote Infrastructure Project Sustainability’, in 15th International Symposium on Construction Management and Estate, Nanjing, China, vol. 29

AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 2014 61

MANAKAH SATU MASJIDIL AQSA?

1Wan Kamal Nadzif bin Wan Jamil, 2Arnie binti Adnan1Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)

Universiti Teknologi MARA (Perak)2Universiti Pendidikan Sultan Idris

E-mel: [email protected]

ABSTRAK

Artikel ini menghuraikan mengenai konsep bandar suci Islam iaitu merujuk kepada Masjidil Aqsa yang merupakan masjid ketiga paling afdal dan suci. Sejarah dan pengkisahan masjid ini dikupas bersandarkan riwayat-riwayat daripada sumber hadith yang muktabar. Fokus utama ialah terhadap persoalan yang mana satukah Masjidil Aqsa yang sebenar. Ada pihak yang beranggapan Masjid Qubbatus Sakhrah (Dome of The Rock) manakala sebahagian pihak menganggap ia adalah Masjid Qibli yang terletak berhadapan dengannya. Tulisan ini bermaksud merungkai persoalan ini berdasarkan kedudukan lokasi masjid dan masjid-masjid yang terdapat di dalam Masjidil Aqsa. Metodologi penulisan berpandukan metode analisa dokumen terhadap teks-teks turath dan kajian semasa di samping temu bual dengan imam Masjidil Aqsa serta penceritaan penduduk setempat sewaktu ziarah penulis ketika mengunjungi masjid ini pada 22 hingga 24 November 2013. Dapatan artikel ini dapat menjelaskan mengenai kedudukan sebenar Masjidil Aqsa dan semoga dapat membuka pintu hati umat Islam untuk datang menziarahi masjid ini seperti yang disarankan

Kata kunci: Masjidil Aqsa, Qubbah al-Sakhrah, Masjid Qibli, Jerusalem

TIGA MASJID SUCI DALAM ISLAM

Penentuan sesuatu tempat itu sebagai suci, mempunyai fadilat dan keberkatan perlulah melalui nas dan dalil. Dalam Islam tidak boleh dianggap sesuatu tempat sebagai suci, hari-hari tertentu mempunyai kelebihan atau sesuatu amalan mempunyai fadilat melainkan perlu ada sumbernya iaitu daripada al-Quran dan hadith yang mempunyai sandaran riwayat. Ulama sepakat menyatakan bahawa tiga masjid suci dalam Islam hanyalah Masjidil Aqsa di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Jerusalem. Ini bersandarkan hadith daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Tidak diperintah kamu bersusah-payah berjalan (melakukan permusafiran yang jauh) melainkan untuk ke tiga masjid; Masjidil Haram dan Masjid Rasul SAW dan Masjidil Aqsa” (Riwayat al-Bukhari, hadith sahih)

Kata al-Sanadi dalam Syarh al-Nasa’i, ‘tidak’ (la) dalam hadith di atas ialah penafian (nafi) yang bermaksud tegahan (nahi) dan ‘bersusah-payah berjalan’ (syidd al-rihal) merupakan kiasan kepada musafir. Hadith ini bermaksud tidak disuruh umat Islam bersusah payah melakukan perjalanan yang jauh dengan niat ibadat melainkan untuk menziarahi tiga tempat ini. Ini disebabkan ketiga-tiga tempat ini menjanjikan ganjaran pahala apabila kita bersolat di dalamnya dan kerana ia mempunyai ikatan dengan umat Islam dari sudut akidah dan sejarah. Al-Baghawi dalam Syarh al-Sunnah dan Ibn Hajar dalam Fath al-Bari menamakan ketiga-tiga masjid ini sebagai Masajid al-Anbiya’ kerana di situlah tempat berhimpunnya para Nabi dan tempat manusia melakukan haji iaitu Kaabah serta merupakan kiblat umat manusia terdahulu iaitu Masjidil Aqsa dan kesemua masjid ini diasaskan atas dasar takwa. Masjidil Aqsa merupakan tempat Nabi Muhammad SAW melakukan perjalanan malam iaitu Israk dan dari Masjidil Aqsa juga baginda melakukan perjalanan ke langit iaitu Mi`raj. Firman Allah SWT:

“Maha Suci (Allah) yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati di sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat Kami. Sungguh Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (Surah al-Israk, ayat 1)

Kata para ulama jika tiada fadilat lain mengenai kelebihan Masjidil Aqsa nescaya ayat ini sahaja sudah mencukupi untuk menjelaskan kelebihannya. Ini kerana ia menunjukkan kesempurnaan keberkataan yang ada pada bumi ini kerana jika di kawasan di sekelilingnya pun sudah Tuhan berkati apatah lagi kawasan dalam masjid itu sendiri, sudah tentu keberkatannya bertambah-tambah (Abdullah Ma`ruf, 2013: 8).

AKADEMIKA UiTM (PERAK) 2014

Page 6: ISSN 2289-6554 · 2019-08-06 · AS memperbaharui binaan beliau. Ini kerana berdasarkan nas al-Quran yang mula-mula membina Kaabah ialah Nabi Ibrahim AS dan jarak 40 tahun di antara

64 | AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 2014AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 201462

SEJARAH MASJIDIL AQSA

Masjidil Aqsa terletak di Old City (al-Baldat al-Qadimah) dan keluasannya meliputi satu perenam dari bandar Jerusalem atau Quds. Pada masa sekarang Jerusalem dibahagikan kepada empat bahagian; pertama kawasan Muslim di timur Old City di mana terletaknya Masjidil Aqsa, kawasan Yahudi (Jewish Quarter) yang terletak bersebelahan dinding Buraq (wailing wail) di selatan, kawasan Kristian Armenia (Armenian Quarter) yang terletak di barat daya dan Kristian Orthodox (Orthodox Quarter) di sebelah barat wilayah Old City.

Sebab ia dinamakan al-Aqsa ialah kerana lokasinya yang terletak nun jauh berbanding Mekah kerana dari sudut bahasa al-Aqsa bermaksud al-Ab`ad iaitu jauh. Ia juga dinamakan al-Ard al-Muqaddasah iaitu tanah suci yang diambil dari perkataan kudus iaitu bersih suci berdasarkan ayat 21, surah al-Maidah. Begitu juga dinamakan tempat ini sebagai al-Ard al-Mubarak iaitu tanah yang diberkati yang diambil dari perkataan berkat berdalilkan ayat 1, surah al-Israk dan ayat 81, surah al-Anbiyak. Ia turut dinamakan Baitul Maqdis iaitu rumah suci dan pada zaman dahulu Baitul Maqdis merupakan ibu negeri bagi wilayah Syam.

Suatu yang perlu diperbetulkan ialah tidak boleh dinamakan Masjidil Aqsa sebagai al-Haram al-Syarif iaitu tanah haram yang mulia kerana apabila disebut Tanah Haram ia tertakluk kepada hukum-hakam fiqh dan terdapat hukum khusus mengenainya. Dalam Islam hanya dua tempat diiktiraf sebagai Tanah Haram, pertama ialah Mekah yang diharamkan sendiri oleh Allah SWT pada hari Dia menciptakan langit-langit dan bumi kemudian diisytiharkan oleh Nabi Ibrahim AS dan diulang isytihar oleh Nabi Muhammad SAW ketika hari pembukaan kota Mekah (Al-Bukhari, no. 1349). Kedua ialah Madinah yang diisytiharkan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW sebagai Tanah Haram. Perbuatan menamakan Masjidil Aqsa atau tempat lain sebagai Tanah Haram seperti al-Haram al-Khalil iaitu Hebron di mana tempat bersemadinya kubur Nabi Ibrahim AS dan isterinya Sarah, Nabi Ishaq AS dan isterinya Rifqah serta Nabi Ya`qub AS termasuk dalam perbuatan mengharamkan apa yang Allah SWT halalkan. (Abdullah Ma`ruf, 2013: 212).

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam di mana Nabi Muhammad SAW dan para Sahabat RA bersolat menghadap ke arah masjid ini selama 16 atau 17 bulan berdasarkan cerita daripada al-Bara’ b. `Azib RA dalam riwayat Ibn Hibban dengan sanad yang sahih. Masjidil Aqsa juga merupakan masjid kedua

didirikan di atas muka bumi ini untuk tujuan beribadat kepada Allah SWT. Ini bersandarkan hadith sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa Abu Dharr RA pernah bertanya kepada Rasulullah SAW apakah masjid pertama didirikan di atas muka bumi? Baginda menjawab Masjidil Haram. Beliau bertanya lagi selepas itu? Baginda menjawab Masjidil Aqsa. Beliau bertanya pula selang jarak di antara keduanya? Baginda menjawab 40 tahun.

Ulama berselisih pendapat mengenai siapakah yang mula-mula membina asas Masjidil Aqsa. Ibn al-Jawzi berpandangan orang yang mula-mula meletakkan asas pembinaan Masjidil Haram ialah Nabi Adam AS dan sebahagian anak-anak baginda yang bertebaran di muka bumi inilah yang telah membina Masjidil Aqsa. Adapun Nabi Ibrahim AS menurut al-Qurtubi, baginda memperbaharui asas binaan tersebut bagi Masjidil Haram setelah berlaku perubahan asas binaan akibat berlalunya waktu yang panjang dan banjir besar pada zaman Nabi Nuh AS. Begitu juga Nabi Sulaiman AS yang menyempurnakan pembinaan Masjidil Aqsa yang telah diasaskan binaannya oleh ayahanda baginda Nabi Dawud AS (Al-Tabarani, al-Mu`jam al-Kabir, no. 4477).

Ibn Kathir dalam al-Bidayah berpandangan orang yang mula-mula membina Masjidil Aqsa ialah Isra’il iaitu Nabi Ya`qub b. Ishaq b. Ibrahim AS dan Nabi Sulaiman AS memperbaharui binaan beliau. Ini kerana berdasarkan nas al-Quran yang mula-mula membina Kaabah ialah Nabi Ibrahim AS dan jarak 40 tahun di antara baginda dengan cucunya suatu yang boleh diterima. Al-Khattabi pula menyatakan boleh jadi yang awal membina Masjidil Aqsa ialah para wali Allah yang hidup sebelum Nabi Dawud AS. Adapun Nabi Dawud AS dan Nabi Sulaiman AS menambahkan lagi keluasan dan membina beberapa lagi binaan tambahan untuk masjid ini.

FADILAT DAN KELEBIHAN MASJIDIL AQSA

Masjidil Aqsa merupakan tempat pertama kiblat umat Islam, tempat kedua masjid yang didirikan di atas muka bumi dan tempat ketiga ganjaran solat yang paling banyak digandakan selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Terdapat tiga riwayat yang berkaitan mengenai kelebihan solat di Masjidil Aqsa; pertama 1000 kedua 500 dan ketiga 250 dan setiap fadilat bersandarkan riwayat-riwayat hadith daripada Nabi SAW.

Ganjaran solat 1000 berbanding masjid lain berdasarkan hadith Maimunah bt. Sa`d RA melalui riwayat Ibn Majah (no.1397) dan sanad hadith ini da`if seperti yang dinilai oleh al-Albani. Ganjaran solat 500 berbanding

65AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 2014 |AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 201462

AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 2014 63

masjid lain pula daripada hadith Abu al-Dardak RA yang diriwayatkan oleh al-Haythami, al-Tabarani dalam al-Kabir dan al-Bazzar. Hadith ini dinilai hasan oleh al-Haythami dan kata beliau para perawinya thiqat cuma sebahagian mereka dipertikaikan (Majma` al-Zawa’id, no. 5873). Al-Bazzar juga menilainya hasan sepertimana yang disebut oleh Ibn Hajar dalam Fath al-Bari manakala al-Albani menilainya da`if. Manakala ganjaran solat 250 berbanding masjid lain melalui hadith Abu Dharr RA yang diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Awsat (no. 6983) dan al-Hakim dalam al-Mustadrak (no.8553). Ia dinilai sahih oleh al-Hakim, al-Dhahabi dan al-Albani. Ada ulama yang memilih salah satu ganjaran yang paling kuat berdasarkan sanad hadith dan ada juga yang memilih kesemua dengan menyatakan ganjaran 1000 apabila dilakukan secara berjemaah di dalam masjid dan yang selainnya iaitu 500 dan 250 apabila dilakukan tanpa berjemaah. Ibn Taimiyyah memilih fadilat yang menyatakan ganjarannya 500 di dalam Majmu` al-Fatawa.

Gambar 1: Syeikh Ali al-Abbasi (Sumber: Wan Kamal Nadzif, 2013)

Hasil temu bual penulis dengan Imam Besar Masjidil Aqsa, Syeikh Ali al-Abbasi beliau juga memilih pandangan yang menyatakan fadilat bersolat di dalam Masjidil Aqsa ialah 500 kali ganda. Cuma hadith yang menyatakan ganjaran bersolat di Masjidil Aqsa ialah 50 000 solat berbanding masjid lain kecuali Masjidil Haram maka sanad hadith ini da`if kerana jumhur ulama menyatakan bahawa solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi lebih afdal daripada Masjidil Aqsa sepertimana kata al-Zarkasyi dalam I`lam al-Sajid.

Fadilat lain ialah diampunkan kesalahan mereka yang

datang ziarah ke masjid ini dengan niat untuk bersolat di dalamnya. Ini berdasarkan doa daripada Nabi Sulaiman AS apabila baginda selesai menyiapkan binaan Masjidil Aqsa, baginda berdoa kepada Allah SWT memohon tiga perkara; diberikan keadilan dalam berhukum, diberikan kerajaan yang tidak diberi kepada orang lain selepasnya dan baginda berdoa agar sesiapa yang datang bersolat di masjid yang beliau bina ini agar diampunkan kesalahannya sepertimana hari dia dilahirkan ibunya (Al-Nasa’i, no. 693, hadith sahih). Dalam riwayat lain, Nabi Muhammad SAW berkata: Adapun dua permohonan baginda telah diberi Allah SWT dan aku berharap turut juga diberi yang ketiga iaitu ganjaran diampunkan kesalahan mereka yang datang solat di Masjidil Aqsa (Al-Suyuti, al-Jami` al-Saghir, no. 3853, hadith sahih).

Masjidil Aqsa ialah merupakan tempat solat para Anbiya’ termasuk Nabi Muhammad SAW iaitu ketika malam israk. Oleh sebab itu walaupun Nabi Musa AS hanya sempat melihat Baitul Maqdis dari puncak Mount Nebo (Mount Nabi) di Jordan dan berdoa diwafatkan berhampiran Baitul Maqdis tetapi hakikatnya baginda pernah masuk dan solat di dalam Masjidil Aqsa. Dalilnya ialah hadith daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah menceritakan mengenai Israk Mi`raj:

“Aku dapati diriku bersama sekumpulan para Anbiya’ dan aku melihat Musa sedang berdiri solat, dia seorang lelaki yang tegap dan berambut kerinting seperti orang bani Syanu’ah. Aku melihat Isa b. Maryam AS sedang berdiri solat dan wajahnya seiras `Urwah b. Mas`ud al-Thaqafi. Aku juga melihat Ibrahim AS sedang berdiri solat, baginda seiras wajah dengan Sahabatmu ini (Nabi SAW sendiri). Ketika masuk waktu solat, aku pun mengimamkan mereka semua. Selesai solat, seseorang berkata: Wahai Muhammad, ini dia malaikat penjaga neraka, berilah salam kepadanya. Aku pun menoleh kepadanya namun dia dahulu memberi salam kepadaku”. (Riwayat Muslim, hadith sahih)

Masjidil Aqsa terletak di Baitul Maqdis dalam daerah Syam. Nabi Muhammad SAW pernah berdoa secara khusus agar Allah SWT memberkati bumi Syam. Daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW pernah berdoa: Ya Allah berkatilah Syam kami dan Yaman kami. Para Sahabat berkata: Dan pada Najad kami?. Baginda lalu mengulangi doa tadi: Ya Allah berkatilah Syam kami dan Yaman kami. Para Sahabat berkata: Dan pada Najad kami? Jawab baginda: Di situlah gempa dan fitnah. Dan di situ juga munculnya tanduk syaitan (Al-Bukhari, no. 7094). Najad merujuk kepada negara Iraq

AKADEMIKA UiTM (PERAK) 2014

Page 7: ISSN 2289-6554 · 2019-08-06 · AS memperbaharui binaan beliau. Ini kerana berdasarkan nas al-Quran yang mula-mula membina Kaabah ialah Nabi Ibrahim AS dan jarak 40 tahun di antara

Page 8: ISSN 2289-6554 · 2019-08-06 · AS memperbaharui binaan beliau. Ini kerana berdasarkan nas al-Quran yang mula-mula membina Kaabah ialah Nabi Ibrahim AS dan jarak 40 tahun di antara

66 | AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 2014AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 201464

dan Iran sekarang dan banyak ajaran yang menyimpang dari akidah Ahli Sunnah wal Jamaah berasal dari wilayah ini seperti Syiah, Rafidah, Qadariyah, Jahmiyah dan Muktazilah.

Baitul Maqdis juga menjadi tempat bersemadinya jasad Nabi Musa AS di perbatuan merah (al-kathib al-ahmar) sebagaimana doa Nabi Musa AS kepada Allah SWT agar mewafatkan baginda sedekat lontaran batu dengan Baitul Maqdis (Muslim, no. 6298). Penulis sempat menziarahi makam dan masjid Nabi Musa AS di Jericho (Ariha) yang terletak di timur Jerusalem. Di tempat ini terdapat batu tempat Nabi Musa AS berpijak namun kubur baginda tidak dapat ditentukan secara pasti di mana. Peristiwa besar akhir zaman juga banyak berlaku di bumi Syam. Dikatakan Nabi Isa AS akan turun di Menara Putih di Damsyik dan baginda akan mengejar Dajal hingga di Bab Luddun di Palestin dan membunuhnya di situ. Tentera-tentera al-Mahdi dan yang akan menolong Nabi Isa pada akhir zaman juga dari kalangan penduduk Syam.

Sememangnya bumi Baitul Maqdis mempunyai kelebihan yang sangat banyak. Satu kerana Masjidil Aqsa berada di dalamnya secara khusus dan kedua kerana Baitul Maqdis berada di bumi Syam secara umum. Oleh sebab itu dalam Tafsir al-Jalalain ditafsirkan ayat:

“Demi buah Tin dan Zaitun, dan Gunung Tursina serta Negeri yang aman ini” (Surah al-Tin, ayat 1-3)

Wa al-Tin wa al-Zaitun ialah Syam, Turi Sinin ialah bukit tempat Nabi Musa AS bercakap-cakap dengan Allah SWT dan al-Balad al-Amin ialah Mekah. Ini disebabkan buah Tin banyak terdapat di Damsyik dan buah zaitun banyak terdapat di Baitul Maqdis dan Palestin. Bumi Syam sekarang termasuklah negara Jordan, Syria, Lubnan dan Palestin.

MASJID-MASJID DI DALAM MASJIDIL AQSA

Di dalam Masjidil Aqsa terdapat beberapa masjid lain yang didirikan di dalamnya. Kebanyakan masjid-masjid ini didirikan pada zaman pemerintahan bani Umayyah walaupun asas dan sejarah tempat-tempat ini sebenarnya lebih awal daripada itu. Besarnya perhatian para pemerintah Islam terhadap Masjidil Aqsa ini dapat dilihat apabila terdapat Istana Umayyah yang didirikan bersebelahan Masjid Marwan dan bahagian bawah tanah al-Aqsa lama merupakan laluan para khalifah untuk ke masjid setiap kali waktu solat dikumandangkan. Antara para Khalifah Bani Umayyah yang memberi sumbangan besar terhadap pembinaan Masjidil Aqsa

ialah Khalifah Marwan b. al-Hakam yang dinisbahkan kepadanya Masjid al-Marwani, anaknya Khalifah Abd al-Malik b. Marwan yang membina Masjid Qubbah al-Sakhrah, cucunya al-Walid b. Abd al-Malik yang membina Masjid Qibli dan saudara-saudaranya Hisyam b. Abd al-Malik serta Sulaiman b. Abd al-Malik. Begitu juga peranan para khalifah dari kerajaan-kerajaan Islam yang lain khususnya Sultan Salahuddin al-Ayyubi yang membebaskan Masjidil Aqsa dari tangan tentera Salib pada tahun 583 Hijrah bersamaan 1187 Masihi. Namun dua masjid utama yang menjadi perhatian para pengunjung Masjidil Aqsa ialah Masjid Qubbah al-Sakhrah dengan kubah berwarna emas dan Masjid Qibli dengan kubah berwarna gelap.

1. Qubbah al-Sakhrah (Dome of The Rock)

Gambar 2: Qubbah al-Sakhrah (Sumber: Wan Kamal Nadzif, 2013)

Masjid ini terkenal dengan reka bentuk kubahnya yang oktagon keemasan. Ia berbentuk lapan sisi dan di tengah-tengahnya terdapat batu yang disebut al-Sakhrah al-Musyarrafah manakala di bawah batu ini terdapat gua yang masih kekal dalam bentuknya yang asal. Masjid ini dibina oleh Khalifah Abd al-Malik b. Marwan (65-86H/684-705M) yang diselia pembinaannya oleh Raja’ b. Haywah, seorang tabiin terkenal dan Yazid b. Salam, seorang jurutera dari Quds. Binaan masjid ini dibuat di atas sebuah batu dipercayai tempat Nabi Muhammad SAW mi`raj ke langit. Bucu batu yang menghadap pintu Barat dipercayai mempunyai kesan tapak kaki Rasulullah SAW dan batu itu sekarang diletakkan di dalam binaan kecil berkubah. Adapun riwayat-riwayat yang mengatakan batu ini tergantung, batu ini hendak mengikut Rasulullah SAW mi`raj ke langit, malaikat Jibril AS menahan batu tersebut atau batu tersebut pecah selepas Nabi SAW berpijak ke atasnya ketika turun dari langit maka ia tidak bersandarkan

67AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 2014 |AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 201464

AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 2014 65

kepada mana-mana sumber riwayat daripada hadith. Fadilat bersolat di dalam gua kecil di bawah batu ini juga sama seperti bersolat di dalam mana-mana kawasan Masjidil Aqsa. Riwayat Yahudi pula mempercayai batu ini dipanggil rock of Mount Moriah dan ia merupakan tempat Nabi Ibrahim AS menyembelih anaknya Nabi Ishak AS. Cerita ini juga tiada sumber daripada hadith untuk mengesahkannya.

Terdapat empat pintu masuk utama ke masjid ini iaitu al-Bab al-Gharbi, Bab al-Qiblah, pintu Qubbah al-Silsilah dan Bab al-Jannah. Terdapat 16 tingkap di sekeliling masjid ini dan setiap tingkap dihiasi dengan hiasan seni tampak yang bermotifkan arabes, geometrik dan kaligrafi. Di sekeliling kubah emas ini iaitu pada bahagian luarnya dihias dengan seni khat dari Surah al-Israk menggunakan gaya Khat Thuluth yang sangat indah. Mihrab di dalam Qubbah al-Sakhrah merupakan mihrab asal pada zaman Umawiyyah dan ia dianggap antara mihrab tertua dalam sejarah Islam. Bagi waktu-waktu solat yang selain Ssolat Jumaat terdapat imam berasingan untuk mengetuai solat berjemaah di masjid ini.

Semasa zaman penaklukan tentera Salib pada tahun 492 Hijrah bersamaan 1099 Masihi, mereka telah mengubah masjid ini menjadi Temple of Domini (Ma`bad al-Rabb). Gereja ini dibuat betul-betul di atas batu di tengah-tengah masjid sebelum Sultan Salahuddin mengembalikan masjid ini ke fungsi asalnya selepas membebaskan Quds. Sultan Salahuddin juga telah mencelup kembali warna emas di kubah ini. Ia pernah dibaik pulih oleh Raja Abdullah I pada tahun 1924, Raja Husain b. Talal pada tahun 1953 dan sewaktu ziarah penulis ke masjid ini kawasan di tengah-tengah kubah sedang dibaik pulih di bawah projek kerajaan Turki. Masjidil Aqsa diletakkan di bawah selia tadbir Raja Jordan dan badan wakaf yang menguruskannya iaitu Da’irah al-Awqaf al-Islamiyyah fi al-Quds.

Gambar 3: Qubbah al-Silsilah(Sumber: Wan Kamal Nadzif, 2013)

Qubbah al-Silsilah terletak di timur Qubbah al-Sakhrah dan saiznya lebih kecil dengan enam sisi berbentuk hektagon yang berbentuk binaan kecil dengan kubah berwarna biru. Ia dibina oleh Khalifah Abd al-Malik b. Marwan pada tahun 72 Hijrah bersamaan 691 Masihi. Binaan dindingnya terbuka dan tempat ini pada zaman dahulu dikatakan diguna sebagai tempat menyimpan harta (baitul mal) dan ada yang menceritakan tempat ini ialah tempat rehat para jurutera dan pekerja-pekerja yang terlibat dalam membina masjid Qubbah al-Sakhrah. Cerita yang lebih tepat ialah tempat ini dahulu digunakan oleh Khalifah Sulaiman b. Abd al-Malik untuk duduk mendengar masalah rakyat. Ia juga tempat para ulama menyampaikan ilmu dan sekarang digunakan sebagai tempat solat. Kubah ini telah ditukarkan kepada gereja iaitu Church of James (Kanisah al-Qadis Jims) ketika penaklukan tentera salib sebelum ditukar semula ke tempat solat oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Kerja-kerja baik pulih terakhir terhadap kubah ini dijalankan pada tahun 2012 di bawah projek Turish Cooperation and Coordination Agency (TiKA) di bawah kerajaan Turki.

2. Masjid Qibli (al-Masjid al-Qibli)

Masjid ini terletak di kawasan selatan Masjidil Aqsa menghadap ke arah kiblat di Mekah dan disebabkan itu ia dinamakan Qibli. Masjid ini dinamakan juga al-Jami` al-Qibli kerana ia merupakan tempat khatib menyampaikan khutbah Jumaat dan tempat imam mengetuai solat Jumaat. Hingga zaman sekarang solat Jumaat disatukan imamnya pada masjid ini dan ia menjadi tempat solat jemaah lelaki manakala jemaah wanita bersolat di Qubbah al-Sakhrah.

Khalifah Umar al-Khattab RA merupakan orang yang mengasaskan pembinaan masjid ini iaitu ketika beliau membuka Quds bersama tentera Islam pada tahun 15 Hijrah bersamaan 638 Masihi. Ketika beliau sampai di Masjidil Aqsa, Umar melihat tiada binaan yang khusus sebagai tempat solat. Umar lalu bermesyuarat dan meminta pandangan para Sahabat di mana masjid hendak didirikan. Ini berdasarkan riwayat al-Tabari bahawa Umar pernah bertanya kepada Ka`ab al-Ahbar di manakah tempat yang terbaik untuk didirikan masjid. Lalu jawab Ka`ab di Sakhrah (Dome of The Rock) agar dapat kita menyatukan pada arah kiblat kita ini kiblat Musa dan Muhammad SAW. Umar menolak pandangan ini untuk membezakan dengan Yahudi. Ada yang mencadangkan dibina mihrab di bahagian depan batu iaitu arah selatan menghadap ke Mekah. Umar berhasrat hendak menjadikan kiblat di dada Masjidil Aqsa lalu beliau membinanya di dinding selatan Masjidil Aqsa

AKADEMIKA UiTM (PERAK) 2014

Page 9: ISSN 2289-6554 · 2019-08-06 · AS memperbaharui binaan beliau. Ini kerana berdasarkan nas al-Quran yang mula-mula membina Kaabah ialah Nabi Ibrahim AS dan jarak 40 tahun di antara

Page 10: ISSN 2289-6554 · 2019-08-06 · AS memperbaharui binaan beliau. Ini kerana berdasarkan nas al-Quran yang mula-mula membina Kaabah ialah Nabi Ibrahim AS dan jarak 40 tahun di antara

68 | AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 2014AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 201466

berhadapan dengan Qubbah al-Sakhrah. Umar bersama para Sahabat lain dan tentera Islam lain membina asas masjid ini dan ia dinamakan al-Masjid al-Umari dengan binaan awalnya sangat ringkas dan sederhana.

Selepas Umar membuka Quds inilah beliau mengarahkan Bilal b. Rabah RA yang turut sama sebagai tentera Islam untuk melaungkan azan tetapi Bilal enggan. Ini disebabkan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, Bilal tidak pernah melaungkan azan sebaliknya meminta izin kepada Khalifah Abu Bakar RA untuk keluar berjihad. Para Sahabat lain memperingatkan kepada Bilal, taatlah perintah Amirul Mukminin. Kata Umar lagi kepada Bilal, azanlah Bilal, ingatkanlah kembali kita semua kepada kenangan pada zaman awal-awal dahulu (iaitu bersama Rasulullah SAW). Akhirnya kedengaran juga suara merdu azan Bilal b. Rabah di Masjidil Aqsa. Sebaik Bilal melaungkan azan Umar al-Khattab dan para Sahabat yang pernah hidup bersama-sama Rasulullah SAW menangis teresak-esak, khususnya Umar yang diceritakan terenjut-enjut bahunya kerana tangisan yang kuat seperti menangisnya kanak-kanak. Binaan Umar kemudiannya diluaskan oleh Mu`awiyah b. Abi Sufyan RA. Adapun binaan Masjid Qibli sekarang, diasaskan oleh Khalifah Abd al-Malik b. Marwan dan disiapkan pembinaannnya oleh anak beliau Khalifah al-Walid b. Abd al-Malik (86-96H/705-714M).

Gambar 4: Al-Aqsa al-Qadim(Sumber: Wan Kamal Nadzif, 2013)

Di bahagian bawah masjid ini terletaknya tempat solat al-Aqsa yang lama atau al-Aqsa al-Qadim. Sewaktu ziarah penulis ke Masjid Qibli, ruang bawah al-Aqsa lama dibuka untuk kegunaan solat Jumaat. Diceritakan pada ruang al-Aqsa lama inilah ketika peristiwa israk, Nabi Muhammad SAW telah solat mengimamkan 124 000 para anbiyak beserta 300 malaikat dan ketika itu kiblat masih menghadap ke arah Sakhrah.

Gambar 5: Masjid Qibli(Sumber: Wan Kamal Nadzif, 2013)

Masjid Qibli mempunyai sembilan pintu masuk dengan gerbang di hadapan kolam air merupakan pintu masuk utama. Bersebelahan gerbang pintu masuk utama ini terletaknya laluan untuk turun ke bahagian al-Aqsa lama di bawah tanah. Berhadapan pintu masuk utama ini juga kelihatan bulatan air yang dinamakan Sabil al-Ka’s iaitu tempat wuduk yang dibina oleh Sultan Abu Bakr b. Ayyub dari kerajaan Ayyubiyyah pada tahun 589 Hijrah bersamaan 1193 Masihi. Al-Ka’s ini berbentuk bulatan dan di tengah-tengahnya terdapat air pancut dan kolam tadahan air. Di sekelilingnya terdapat tempat wuduk berbatu bagi kegunaan jemaah untuk berwuduk. Masjid ini pernah diubah pada zaman tentera Salib menjadi pejabat pentadbiran, tempat ditambat kuda-kuda perang dan gereja.

69AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 2014 |AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 201466

AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 2014 67

3. Masjid Buraq (al-Jami` al-Buraq)

Gambar 6: Masjid Buraq(Sumber: Wan Kamal Nadzif, 2013)

Masjid Buraq terletak bersebelahan dengan Dinding Buraq atau Dinding Ratapan (Wailing Wall) dan ia merupakan binaan pada zaman kerajaan Umawiyyah dan Mamluk. Masjid ini lokasinya di bahagian bawah dan ia bersambung dengan binaan al-Aqsa lama, pintu bab al-Rahmah dan Masjid Marwani. Terdapat di dinding masjid ini bulatan besi yang dipercayai tempat Nabi Muhamad SAW mengikat Buraq pada malam Israk dan Mi`raj. Masjid Buraq telah diperbaharui binaannya pada zaman kerajaan Mamluk antara tahun 707 hingga 737 Hijrah bersamaan 1307 hingga 1336 Masihi.

4. Masjid al-Mugharabah (Jami` al-Mugharabah)

Gambar 7: Masjid al-Mugharabah(Sumber: Wan Kamal Nadzif, 2013)

Masjid al-Mugharabah terletak di barat Masjid Qibli yang berhampiran pintu bab al-Mugharabah dan ia merupakan binaan zaman kerajaan Ayyubiyyah. Asalnya ia merupakan masjid lama yang digunakan sebagai tempat solat namun sekarang digunakan sebagai muzium yang menempatkan pelbagai kesan tinggalan sejarah dan artifak Islam dari pelbagai zaman dan dikenali dengan nama Mathaf al-Athar al-Islamiah.

5. Masjid Marwani (al-Musalla al-Marwani)

Masjid Marwani terletak di timur Masjid Qibli di bawah tanah dan binaannya bersambung dengan al-Aqsa lama. Asal nama masjid ini ialah al-Taswiyah al-Syarqiyyah kerana tujuan pembinaannya yang asal ialah untuk menyamaratakan bahagian selatan Masjidil Aqsa kerana permukaan buminya tidak rata dan rendah. Semasa penaklukan tentera Salib dinding masjid ini digunakan sebagai tempat menambat kuda-kuda perang dan tentera Salib juga telah mendirikan gereja yang dinamakan Temple of Solomon (ma`bad Sulaiman) di sini.

Masjid-masjid lain di sekitar dataran Masjidil Aqsa ialah Masjid al-Nisa’ yang dibina pada zaman kerajaan Ayyubiyyah dan Masjid Mahdi ̀ Isa AS yang dibina pada zaman kerajaan Uthmaniyyah. Terdapat kubah-kubah dan binaan kecil di dalam kawasan Masjidil Aqsa seperti Qubbah al-Mi`raj yang dibina pada zaman Ayyubiyyah, Qubbah al-Nabi pada zaman Uthmaniyyah, Qubbah Sulaiman AS, Qubbah Musa AS, Qubbah al-Khidir AS, Qubah Yusuf AS, Qubbah Yusuf Agha, Qubbah al-Arwah, Qubbah al-Zawiyah al-Muhammadiyyah, Iwan Sultan Mahmud dan Qubbah al-Nahwiyyah. Begitu juga menara-menara azan, pintu-pintu gerbang, madrasah-madrasah dan tembok di sekeliling dataran Masjidil Aqsa. Kesemua binaan ini dianggap sebagai sebahagian kawasan Masjidil Aqsa.

KESIMPULAN

Sebahagian pihak menganggap Qubbah al-Sakhrah sebagai Masjidil Aqsa yang sebenar manakala sebahagian pihak menganggap Masjid Qibli sebagai Masjidi Aqsa yang sebenar. Sebenarnya Masjidil Aqsa merangkumi kedua-dua masjid mulia ini beserta masjid-masjid, kubah, binaan, madrasah, pintu dan tembok yang dikelilingi pagar di sekelilingnya. Begitu juga halaman-halamannya, binaan-binaan di atas tanah, binaan-binaan di bawah tanah yang mana keluasan keseluruhan dataran Masjidil Aqsa ialah 144 000 meter persegi kerana yang diambil kira ialah buminya iaitu tempat yang berkat sama ada ia berbumbung atau terbuka. Terdapat hampir 200 binaan bersejarah di dalam masjid ini. Maka apabila

AKADEMIKA UiTM (PERAK) 2014

Page 11: ISSN 2289-6554 · 2019-08-06 · AS memperbaharui binaan beliau. Ini kerana berdasarkan nas al-Quran yang mula-mula membina Kaabah ialah Nabi Ibrahim AS dan jarak 40 tahun di antara

Page 12: ISSN 2289-6554 · 2019-08-06 · AS memperbaharui binaan beliau. Ini kerana berdasarkan nas al-Quran yang mula-mula membina Kaabah ialah Nabi Ibrahim AS dan jarak 40 tahun di antara

70 | AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 2014AKADEMIKA UiTM ( PERAK ) 201468

menjejakkan sahaja kaki ke dalam mana-mana kawasan ini sudah boleh berniat iktikaf dan melakukan solat. Fadilat bersolat di dalam Masjidil Aqsa sudah diperolehi apabila menunaikan solat di dalam kawasan ini. Ini sepertimana yang disebut oleh Dr. Mahdi Abd al-Hadi, Ketua al-Jam`iyyah al-Falistiniyyah al-Akadimiyyah li al-Syu’un al-Dawliyyah al-Quds dan Dr. Abdullah Ma`ruf serta Professor Ra’fat Mar`i dalam tulisan mereka. Adapun setiap masjid yang terdapat di dalam kawasan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Maka hendaklah kita sebagai umat Islam menziarahi dan mengimarahkan Masjidil Aqsa sebagai destinasi masjid wajib lawat selain dua tanah haram Mekah dan Madinah.

RUJUKAN

`Abdullah Ma`ruf & Ra’fat Mar`i, 2013. Atlas Ma`alim al-Masjid al-Aqsa al-Mubarak, Jordan: Mu’assasah al-Fursan.

Al-Bukhari, 2004. Sahih al-Bukhari, Mesir: Muassasah al-Mukhtar.

Ibn Majah, t.t. Sunan Ibn Majah, Riyad: Maktabah al-Ma`arif.

Mahdi `Abd al-Hadi, 2013. Dalil al-Masjid al-Aqsa al-Mubarak, Jerusalem: al-Jam`iyyah al-Falistiniyyah alk-Akadimiyyah li al-Syu’un al-Dauliyyah al-Quds.Muslim al-Hajjaj, 2003. Sahih Muslim, Kaherah: Dar Ibn al-Haitham.

Syauqi Abu Khalil, 2003. Atlas al-Qur’an Amakin Aqwam A`lam, Damsyik: Dar al-Fikr.

Al-Tabarani, 1983. Al-Mu`jam al-Kabir, Mosul: Maktabah al-Ulum wa al-Hikam.

Al-Tabarani, 1415H. Al-Mu`jam al-Awsat, Kaherah: Dar al-Haramain.

The Holy Land, Israel: Palphot Ltd.

AKADEMIKA UiTM (PERAK) 2014

Page 13: ISSN 2289-6554 · 2019-08-06 · AS memperbaharui binaan beliau. Ini kerana berdasarkan nas al-Quran yang mula-mula membina Kaabah ialah Nabi Ibrahim AS dan jarak 40 tahun di antara