islamisasi ilmu di malaysia

Upload: alexander

Post on 05-Apr-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Islamisasi Ilmu Di Malaysia

    1/4

    Islamisasi Ilmu Di Malaysia : Satu Analisa KritisSumber: http://www.mindamadani.my/content/view/111/1

    Pengislaman Ilmu atau islamisasi ilmu merupakan makna yang serupadalam bahasa Malaysia. Dalam bahasa Arab disebut sebagaiIslamiyyat al-Marifat dan dalam bahasa Inggeris disebut sebagaiIslamization of Knowledge.

    Dalam Islam, ilmu merupakan perkara yang amat penting malahanmenuntut ilmu diwajibkan semenjak lahir sehingga ke liang lahad. Ayatal-Quran yang pertama yang diturunkan berkaitan dengan ilmu iaituSurah al-Alaq ayat 1-5. Menurut ajaran Islam, ilmu bersifat sejagat dantidak ada pemisahan antara ilmu-ilmu dalam Islam.

    Oleh kerana itu, sejarah dunia ilmu Islam silam telah melahirkan ramaiulama yang terkemuka yang sebati di dalamnya ilmu-ilmu dunia danakhirat. Mereka berusaha menyebatikan idea-idea besar dalamtamadun yang lain dengan ajaran agama Islam.

    Ini dapat dilihat sebagai contoh seperti Kindi, Ibn Sina, al-Ghazali, SyahWaliy Allah dan lain-lain lagi. Mereka berusaha menyebatikan beberapaidea dan ilmu luar dengan ajaran Islam. Perbezaannya, mereka tidakmengunakan istilah pengislaman ilmu kerana pada masa itu umatIslam begitu cemerlang dalam ilmu pengetahuan.

    Sesungguhnya pengislaman ilmu ini telah bermula sejak zamanRasulullah SAW dan para sahabat dengan turunnya al-Quran dalam

    bahasa Arab. Al-Quran telah membawa bahasa Arab yang islami lalumerubah watak, perangai dan minda orang Arab ketika itu. Al-Quran

    juga merubah pandangan hidup mereka tentang alam semesta dankehidupan dunia.

    Pengislaman ilmu ini diteruskan oleh para sahabat, tabiin dan ulama-ulama sehingga umat Islam mencapai kegemilangan dalam ilmu. Olehitu, islamisasi dalam erti kata yang sebenar bukanlah perkara baru.

    Cuma dalam konteks pengislaman ilmu-ilmu semasa sekarangdicetuskan semula oleh tokoh-tokoh sarjana Islam seperti Prof. SyedMuhammad Naquib al-Attas, Al-Faruqi, Fazlur Rahman, Syed HusseinNasr dan lain-lain.

    Pemisahan-pemisahan ilmu ini terjadi apabila ilmu ini diambil olehorang-orang barat dan umat Islam menuntut ilmu daripada mereka.

    Islamisasi ilmu ini menjadi perdebatan utama di kalangan paraintelektual Islam semenjak tahun 1970-an.

    Walaupun ada sarjana muslim membicarakannya tetapi tidak secaraterperinci dan mendalam mengenai konsep dan kerangka pengislamanilmu. Umpamanya seperti Muhammad Iqbal, Prof. Dr. Syed HusseinNasr, Prof. Dr. Fazlur Rahman, Dr. Syed Jaafar Syeikh Idris,Muhammad Abduh dan Sayyid Ahmad Khan.

    Antara tokoh Melayu yang membicarakan perkara ini ialah Prof. Dr.Syed Muhammad Naquib al-Attas. Beliau telah membuat satu analisapenting pengislaman pemikiran pada tahun 1969 ketika mengemukakanteori pengislaman kepulauan Melayu-Indonesia.

    Beliau mengupas perkara ini dalam karyanya berjudul PreliminaryStatement on a General Theory of Islamization of the Malay-

    Indonesian Archilelogo. Beliau telah memberi beberapa hujah yangmenyebutkan kedatangan Islam telah merubah watak, peribadi,pemikiran, akhlak serta pandangan alam orang Melayu daripada bersifattahyul, kepada bersifat ilmiah dan fakta.

    Beliau menghuraikan proses sejarah dan kebudayaan dan Islamisasi dikepulauan Melayu ini mengalami proses tiga tahap:

    Tahap Pertama: dari kira-kira 578-805/1200-1400, di mana ilmu hukumatau fiqh memainkan peranan yang besar dalam menafsirkan hukumagama (syariah) dalam menarik orang-orang Melayu ke Islam.Pemelukan ini diakibatkan kekuatan iman dan tidak mesti diikuti olehsuatu pengertian tentang implikasi-implikasi rasional atau intelektualyang terbawa serta oleh perpindahan agama tersebut. Tahap ini denganbaik dapat disebut sebagai tahap pemelukan jasad.

    Tahap Kedua: Dari kira-kira 803-1112/1400-1700, kelanjutan darproses yang dihuraikan dalam tahap 1, tetapi pada tahap ini perananutama dalam menafsirkan (syariah) telah sampai ke peringkat falsafahmistik dan metafizik dan unsur-unsur rasional dan intelektual lainnyaseperti teologi rasional (kalam). Pada tahap ini, ilmu tasauf dan tulisantulisan para sufi serta para ahli mutakallimin memainkan perananpenting dalam usaha pemelukan roh.

    Tahap Ketiga: dari kira-kira 1112/1700 dan seterusnya, kelanjutan dartahap 1 dan tahap 2 yang sebahagian besarnya terhasil. Pada tahap inharus juga ditunjukkan pengaruh-pengaruh budaya akibat kedatanganBarat. Apa yang umumnya dikenali sebagai Pembaratan adalahdigambarkan di sini sebagai pengkalan dari semangat rasionalisindividualis dan internasionalis yang dasar-dasar falsafahnya telahdiletakkan lebih dahulu oleh Islam.

    Ternyata sekali bahawa Islam telah merubah bukan sahaja struktuzahir masyarakat Melayu bahkan perubahan itu juga ke jiwanya, yangtelah merubah pandangan hidup, kebudayaan dan mengubahnya daralam fantasi ke alam nyata dan saintifik.

    S.M.N. Al-Attas juga berpendapat bahawa bahasa Melayu merupakanbahasa pengantar ilmu-ilmu agama Islam di kepulauan Melayu. BahasaMelayu telah diperbaharui dan diperkayakan istilah dan perkataan Arabsehingga ia diterima pakai pada abad 16 dan 17. Penggunaan bahasaMelayu ini telah menjadi bahasa rasmi lebih daripada 100 juta orang d

    Asia Tenggara.

    Oleh itu, beliau berpendapat Bahasa Melayu harus dianggap sebagaBahasa Islam. Menurutnya bahasa merupakan wahana paling pentingdalam proses islamisasi. Ini kerana melalui bahasa sesuatu pandanganhidup sesuatu bangsa dan tamadun dapat disebarkan lewat konsepkonsep penting melalui bahasa.

    Sebagai contoh semasa al-Quran datang, ia telah merubah watak danpandangan hidup Arab jahiliah dengan membawa makna baru dalamkonsep-konsep yang telah ada.

    Al-Faruqi pula telah menulis satu buku ke arah pengislaman bahasaInggeris bagi membolehkannya menyelurkan nama-nama khas danmakna-makna Islam tanpa penyelewengan pengertian bagi kegunaanumat Islam yang menggunakan bahasa tersebut.

    Penulis perpendapat bahawa usaha-usaha pengislaman bahasa sama

    ada bahasa Melayu atau bahasa Inggeris merupakan satu langkah yangamat baik. Islam tidak pernah menghadkan bahasa-bahasa tertentuuntuk umatnya. Malahan menguasai pelbagai bahasa itu merupakantuntutan al-Quran. Dengan menguasai pelbagai bahasa memungkinkanseseorang itu lebih memahami ilmu dengan mendalam. Sumbangankedua-dua tokoh ini harus diberi pengiktirafan.

    Gagasan Pengislaman Ilmu

    Gagasan pengislaman ilmu-ilmu ini telah menimbulkan kontroversi dkalangan para ilmuan Islam pada separuh abad ke 20M. Ia semakinbermakna kerana umat Islam tidak dapat menyaring ilmu-ilmu terutamadari barat. Timbulnya aliran-aliran pendidikan tradisional dan sekular.

    Umat Islam tidak mempunyai kerangka pendidikan Islam yang tulenserta universiti Islam. Oleh sebab-sebab demikian, beberapa tokoh telah

    mengutarakan gagasan pengislaman ilmu. Menurut S.M.N. Al-Attasbahawa gagasan pengislaman ilmu merupakan ideanya yang telahdibentangkan di Persidangan Pendidikan Islam di Mekah, Arab Saudpada 31 Mac - 8 April 1977.

    Dalam kertas kerjanya beliau telah memperjelaskan mengenai adabpengislaman ilmu dan konsep universiti Islam. Ini juga dibuktikandengan tulisan surat beliau kepada Sekretariat Islam di Jeddah pada 15Mei 1973 yang memintanya memberi pandangan dalam mengenal pastkeperluan umat Islam dan kaedah yang diperlukan oleh dunia Islam.

    Beliau menekankan bahawa masalah utama umat Islam ialah masalahilmu pengetahuan. Beliau menyebutkan keperluan umat Islam membuapenyelidikan mendalam mengenai konsep pendidikan Islam.

  • 7/31/2019 Islamisasi Ilmu Di Malaysia

    2/4

    Beliau juga mengutarakan penubuhan Universiti Islam. Universititersebut harus berbeza dengan universiti Barat sama ada dari segistruktur, konsep, tujuan dan matlamat. Ia harus bertujuan melahirkaninsan kamil (universal man).

    Ini juga dibuktikan dalam penulisan-penulisannya yang lain sepertiIslam and Secularism yang ditulis pada tahun 1976 dan diterbitkanoleh ABIM pada tahun 1978 dan juga Risalah untuk kaum Muslimin.

    S.M.N. Al-Attas menyebutkan bahawa dilema yang sedang kita hadapipada hari ini adalah disebabkan oleh:

    1. Kekeliruan dan kesilapan dalam ilmu, mewujudkan keadaan bagi:

    2. Kehilangan adab dalam lingkungan masyarakat. Keadaan yang timbuldaripada (1) dan (2)

    3.Muncul pemimpin-pemimpin yang tidak mempunyai kelayakan untukmengisi kepimpinan yang sah bagi masyarakat muslim, yang tidakmempunyai akhlak mulia, yang tidak mempunyai tahap intelektual dankerohanian yang diperlukan untuk mengisi kepimpinan Islam, yangmengekalkan keadaan dalam (1) di atas itu ke atas hal ehwalmasyarakat oleh pemimpin seperti mereka yang menguasai dalamsemua bidang.

    Menurut Prof. Dr. W.M.N. Wan Daud, gagasan pengislaman ilmu initelah dicetuskan oleh Prof. Dr. S.M.N. Al-Attas pada tahun 1970an dan

    dikembangkan oleh Dr. Ismail al-Faruqi dan IIIT. Menurutnya lagi, Prof.Dr. S.M.N. Al-Attas adalah tokoh pertama yang mentakrifkan dengan

    jelas konsep proses Islamisasi. Beliau mentakrifkan Islamisasi sebagaithe liberation of man first from magical, mythological, animistic,national-cultural tradition, and then from secular control over his reasonand his language. (Islamisasi adalah pembebasan manusia, pertamadaripada tradisi tahyul, mitos, animis, kebangsaan dan kebudayaan danselepas itu (pembebasan akal) dan bahasa daripada pengaruhsekularisme). Bagi beliau Islamisasi ialah proses dua hala: pembebasandiri dan pengembalian diri kepada kejadian asalnya, kepada fitrah.Model yang patut diikuti ialah Rasulullah dan para sahabat manakalalangkah pertama Islamisasi ialah islamisasi akal dan pemikiran melaluiislamisasi bahasa. Bahasa Arab, mengikut beliau telah diislamkan olehal-Quran yang menyebabkan perubahan pandangan alam umat ArabIslam, berbanding dengan Arab Jahiliah.

    S.M.N. Al-Attas menyarankan supaya kita mengkaji dengan

    bersungguh-sungguh aliran pemikiran pemimpin yang tulen zamanlampau yang kesemuanya diakui dan diiktiraf oleh masyarakat sertamempelajari keagungan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan masalampau. Ia merupakan pra-syarat untuk kita benar-benar bersedia untukmemberi sumbangan pada dunia ilmu pengetahuan kini.

    S.M.N. Al-Attas mengkelaskan ilmu kepada dua jenis. Jenis ilmu yangpertama itu dianugerahi Allah melalui wahyu kepada manusia dan inimerujuk kepada Kitab suci al-Quran. Kitab Suci al-Quran itu adalahwahyu yang lengkap dan muktamad yang dapat memandu danmenyelamatkan manusia. Jenis ilmu yang kedua merujuk kepada ilmutentang sains (ulum) yang lain, dan ia didapati melalui pengalaman,pemerhatian dan penyelidikan; ilmu ini tidak berkaitan, bersifat didaktifdan ia merujuk kepada objek-objek yang bernilai pragmatik. Jenis ilmuyang pertama itu adalah dikurniai Tuhan kepada manusia secaralangsung melalui wahyu, sementara jenis ilmu yang kedua itu diterima

    melalui ramalan dan usaha-usaha penyelidikan secara rasionalberdasarkan pengalamannya yang wajar dan jelas.

    Oleh itu, S.M.N. Al-Attas menegaskan kepentingan ilmu jenis pertamamenjadi asas dan bimbingan kepada ilmu jenis kedua. Menurutnya,pengislaman ilmu dilakukan dengan memisahkan unsur-unsur barattermasuklah konsep-konsep penting terutamanya yang terdapat dalamilmu itu yang berkaitan dengan sains kemanusian. Selepas penyaringanitu, ilmu-ilmu yang bebas itu dicerna semula dengan unsur-unsur dankonsep-konsep penting Islam. Selanjutnya melakukan perumusan danpenyepaduan unsur-unsur Islam yang penting yang dapat menghasilkangubahan yang mengandungi teras ilmu Islam untuk digunakan dalamsistem pendidikan dari peringkat bawah hinggalah ke peringkat tinggi.(Lihat lampiran 1 dan 2) Ilmu-ilmu itu perlu mengandungi unsur-unsurkemanusiaan, keagamaan, Ilmu dan makrifah, hikmah dan keadilan.

    Sumber terpenting dalam proses islamisasi ialah al-Quran dan alSunnah.

    Pelbagai tanggapan dan perbezaan pendapat mengenai tokoh yangmencetuskan idea gagasan pengislaman ilmu ini. Ada golongan yangmengakui mereka yang mencetuskan idea ini. Perkara ini disinggungoleh Prof W.M.N. Wan Daud dengan kata : Ramai telah membicarakantentang gagasan islamisasi ilmu yang berpotensi besar ini, dan tidaksedikit pula yang mendabik dada mengaku peranan masing-masingdalam perkembangan gagasan ini. Dalam jangka masa yang tidak lamaberbagai-bagai makalah dan buku diterbitkan, dan seminar-seminaantarabangsa dilancarkan bagi menyebarkan gagasan ini di beberapabuah negara Islam dan bukan Islam. Tetapi yang lebih utama lagi ialahsupaya idea atau gagasan itu perlu dibuat agar tokoh-tokoh yangberperanan di dalamnya boleh diberi pengiktirafan sewajarnya.

    Seperkara yang penting yang disentuh oleh Prof Dr. W.M.N. Wan Daudialah mengenai pendukung-pendukung yang tidak begitu berhati-hatmeneliti idea besar ini, lalu mempermudahkannya. Perkara ini tentakan menyulitkan pencapaian cita-cita dan merendahkan kehebatanasal idea ini. Apatah lagi jika dikaitkan dengan kelemahan gagasan itusendiri.

    Penulis berpendapat bahawa idea asal ini dicetuskan oleh Prof. DrS.M.N. Al-Attas tetapi dikembangkan oleh Prof. Dr. Ismail al-Faruqi danIIIT di Amerika Syarikat. Di sana idea-idea ini berkembang dengan luassehingga mereka menganggap idea ini terbit di Amerika Syarikat. Oleh

    kerana masyarakat serta tradisi intelektual di dunia barat lebihberkembang pesat dari dunia Melayu, maka dilihat gagasanpengislaman ilmu ini terbit daripada barat dan IIIT.

    Menurut IIIT, pengislaman ilmu mula diberi perhatian oleh tokoh-tokohyang berpengalaman dalam menubuhkan persatuan pelajar muslim

    Amerika dan Kanada dan di peringkat antarabangsa seperti IIFSO danWAMY. Satu seminar telah diadakan di Lugono, Switzerland pada tahun1977 yang membicarakan mengenai krisis pemikiran umat IslamSelepas tertubuhnya IIIT pada tahun 1401H/1981M, maka antaragagasan agenda utama ialah pengislaman ilmu. Satu seminar telahdiadakan pada Rabiawwal 1402H/Januari 1982M di Universiti IslamIslamabad bagi membincang secara lebih mendalam pengislaman ilmuDalam seminar ini, al-Faruqi telah membentangkan kertas kerja bertajukIslamization of Knowledge: Problem, Principles and ProspectivePersidangan ini telah membicarakan tentang pengislaman ilmu dari segSains Kemanusiaan, Sosiologi, Ekonomi, Matematik, Undang-Undang

    Usul Fiqh, Sejarah dan Falsafah.

    Pada tahun 1984, diadakan Seminar Antarabangsa Pengislaman IlmuKetiga di Kuala Lumpur. Sebanyak 23 kertas kerja dibentangkan yangmeliputi segala bidang ilmu pengetahuan. Pada Januari 1987persidangan keempat telah diadakan di Khartum. Sebanyak 41 kertaskerja dibentangkan dalam persidangan ini yang berfokuskan metodologilmu-ilmu Islam dan juga mengenai pendidikan Islam.

    Ternyata di sini, pihak IIIT juga telah memainkan peranan penting dalammemperkembangkan pengislaman ilmu dengan mengadakan seminadan bengkel sama ada bersifat tempatan dan antarabangsa.

    Penjelasan Pengislaman Ilmu

    Pengislaman ilmu pengetahuan merupakan salah satu aspek

    pengislaman pada keseluruhannya. Proses pengislaman ini bermuladengan proses pengislaman ilmu atau Islamisasi ilmu. Ini keranaislamisasi ilmu berkisar pada dalam diri manusia yang akhirnya menjadasas kepada proses seterusnya. Proses islamisasi dalam bidang yanglain banyak bergantung kepada proses islamisasi ilmu. Denganmengatakan bahawa islamisasi bermula dengan ilmu di dalam dirmanusia tidak bermakna ia hanya berbentuk teori semata-mata. DalamIslam sesuatu yang praktikal tidak dapat dipisahkan dari teori sepertmana tergambar dalam jalinan yang kuat antara Iman dan amal.

    Perkataan Pengislaman nisbah kepada perkataan agama Islam iaituagama yang telah diletakkan manhaj oleh Allah melalui wahyu. Ilmuialah persepsi, konsep, bentuk sesuatu perkara atau benda. Ia jugasuatu proses penjelasan, penyataan dan keputusan dalampembentukan mental. Pengislaman ilmu bermakna hubungan antara

  • 7/31/2019 Islamisasi Ilmu Di Malaysia

    3/4

    Islam dengan ilmu pengetahuan iaitu hubungan antara Kitab Wahyual-Quran dan al-Sunnah dengan Kitab Wujud dan ilmu kemanusiaan.Oleh itu, pengislaman ilmu ialah aliran yang mengatakan wujudnyahubungan antara Islam dengan ilmu kemanusiaan dan menolakgolongan yang menjadikan realiti dan alam semesta sebagai satu-satunya sumber bagi ilmu pengetahuan manusia.

    Maksud pengislaman ilmu pengetahuan ialah rangka kerja yangmenyeluruh dan menentukan tahap individu dan masyarakat, untukpemikiran dan tindakan, untuk pendidikan dan praktis, untukpengetahuan dan organisasi, untuk pemerintah dan rakyat, untuk duniamasa kini dan akan datang. Oleh demikian, pengislaman ilmu amatpenting dan perlu dijadikan agenda umat Islam kini.

    Proses pengislaman ilmu ini merupakan satu syarat sebagai asas untukmenegakkan satu rangka umat, untuk membentuk pandangan individudan kolektif terhadap kehidupan serta untuk mengembangkan aspek-aspek ideologikal dan praktikalnya. Tujuan daripada pengislaman ilmuialah untuk merumuskan kaedah untuk ideologi Islam membersihkannyadaripada bidaah, korupsi, pemencilan, kelembapan dan pepecahanyang dialami sejak beberapa abad lamanya. Ia juga bertujuanmenyuburkan kembali pemikiran Islam dan kaedahnya denganmemberikannya jalan ke arah sumber utama warisan umat. Begitu jugaia bertujuan untuk mencapai kehandalan dalam pemikiran umat dalamsegala jenis ilmu pengetahuan.

    Langkah-Langkah Pengislaman Ilmu

    Al-Faruqi semasa membentangkan kertas kerjanya di PersidanganIslamisasi Ilmu kali Kedua di Islamabad pada 7-9 Rabial-Awwal 1402/4-6 Januari 1982 telah menggariskan beberapa langkah yang diperlukanuntuk pengislaman Ilmu pengetahuan. Beliau telah menggariskan 12langkah iaitu :

    1. Penguasaan dan Kemahiran Disiplin Ilmu Moden: PenghuraianKategori2. Tinjauan Disiplin Ilmu3. Penguasaan Warisan Ilmu Islam: Sebuah Antologi4. Penguasaan Warisan Ilmu Islam: Tahap Analisis5. Penentuan Penyesuaian Islam yang Khusus terhadap Disiplin-disiplinIlmu6. Penilaian Kritikal terhadap Disiplin Ilmu Moden: HakikatKedudukannya pada Masa Kini.7. Penilaian Kritikal terhadap warisan Islam: Tahap perkembangan pada

    Masa Kini.8. Kajian Masalah Utama Umat Islam9. Kajian Tentang Masalah yang Dihadapi oleh Umat Manusia10. Analisis Kreatif dan Sintesis11. Membentuk semula Disiplin Ilmu Moden ke dalam Rangka KerjaIslam: Buku Teks Universiti12. Pengagihan Ilmu yang Telah diislamkan. (Lihat lampiran 3, 4 dan 5)

    Pengislaman Ilmu Di Malaysia

    Selepas merdeka, negara-negara Islam termasuk Malaysia,meneruskan sistem pendidikan moden yang bermula di zamanpenjajahan. Walau bagaimanapun kurikulumnya diorientasikan dandiubahsuaikan selaras dengan hasrat dan semangat rakyat dan negarayang merdeka. Namun demikian falsafah, pandangan semesta dan nilai-nilai sekular yang mendasari ilmu-ilmu tersebut tidak banyak berubah.

    Pindaan yang ketara dalam kurikulum negara ini ialah kemasukanmatapelajaran Pengetahuan Agama Islam. Namun demikian matapelajaran ini terpisah dari matapelajaran lain, dan ia berada dalambendungannya sendiri. Sementara itu mata pelajaran-mata pelajaranlain juga berada dalam bendungan mereka sendiri. Keadaan inimenimbulkan semacam dualisme dan dikotomi dalam kurikulumpendidikan kebangsaan.

    Sementara itu juga sistem pendidikan agama berjalan secaraberasingan dan mengekalkan kurikulum yang lama. Tanggapanterhadap ilmu-ilmu moden sebagai sekular. Akibatnya mereka tidakdapat menguasai ilmu moden sekaligus tidak berupaya aktif dalampembangunan negara. Justeru itu produk sistem ini menjadi semacamterpinggir dari arus pembangunan.

    Sistem pendidikan kebangsaan pula didokong oleh kerajaan tetapmempunyai produk yang berbeza dengan pelajar sistem agamaProduknya masih gagal mempunyai ciri-ciri kesepaduan antara nilaagama dan bukan agama. Keadaan ini mewujudkan dualisme dalampemikiran dan ia mengekang serta menjejaskan usaha ke arahpembentukan sahsiah diri yang sepadu.

    Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil dayausaha serta langkah positif ke arah mewujudkan pendidikan bersepadudan ilmu bersepadu. Pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Negara(FPN) yang berteraskan konsep kesepaduan telah diungkapkan secarabertulis. Falsafah Pendidikan Negara berbunyi:

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke aramemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis darsegi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyaMalaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak muliabertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan dirserta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuranmasyarakat dan negara.

    Falsafah Pendidikan Negara ini menjadi teras dalam segala programperancangan dalam pendidikan negara. Paksi kepada FPN adalahketuhanan. Perpandukan kepada FPN beberapa ciri penting dapadirumuskan:

    1. Pendidikan adalah usaha untuk mewujudkan budaya ilmu di manasekolah merupakan permulaan perjalanan ke arah penerusan pencarianilmu sehingga ke akhir hayat.

    2. Manusia yang hendak dilahirkan oleh sistem pendidikan adalahmanusia yang bermoral dan bertaqwa yang percaya dan patuh kepadatuhan.

    3. Manusia yang akan muncul daripada sistem pendidikan adalahmanusia yang seimbang dan harmonis dari segi emosi, jasmani, rohandan intelek yang mempunyai ketrampilan dan ilmu pengetahuan yangdapat berpijak di atas kaki sendiri untuk berbakti dan berjasa kepadamasyarakat dan negara.

    Perkara yang penting dalam FPN ini ialah proses pendidikan yangdikenali sebagai Pendidikan Bersepadu atau Perspektif Bersepadu

    Sejagat. Pendidikan sepadu merupakan saluran yang terbaik untukmengoperasikan hasrat FPN ke arah pembentukan insan damasyarakat Malaysia. Dengan demikian pendidikan sepadu dijadikandasar dalam kurikulum sekolah dan pendidikan negara. Konsepbersepadu ini harus meliputi seluruh tahap pendidikan, iaitu dari prasekolah hinggalah ke institusi pengajian tinggi.

    Sebagai langkah permulaan maka KBSR (1983) dan KBSM (1988/89diperkenalkan dengan konsep pendidikan sepadu. Kurikulum sekolahrendah yang dahulu dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendahtelah diselaraskan dengan FPN pada tahun 1993/94. Semenjak itu iadikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

    Dr. Wan Mohd Zahid telah menghuraikan maksud Konsep PendidikanSepadu iaitu merujuk kepada kejadian insan. Pada hakikatnya insanmerupakan kejadian yang sepadu, iaitu gabungan antara rohani dan

    jasmani. Berasaskan hakikat ini pembangunan insan perlu dilakukandengan secara sepadu, iaitu meliputi pembangunan rohani, intelek danjasmani. Ia juga bermaksud kembali kepada fitrah.

    Dari perspektif ilmu pula, pendidikan sepadu ini merujuk kepadakeperluan manusia untuk mempelajari ilmu agama, ilmu kemanusiaandan ilmu sains tabie. Ketiga-tiga jenis ilmu ini adalah penting untumembolehkan manusia menjayakan perhubungan yang betul danharmonis dengan Tuhan Maha Pencipta, manusia lain dan alamnya. Ia

    juga merujuk kepada prinsip keTuhanan iaitu usaha untuk memupudalam pendidikan kesedaran keTuhanan. Prinsip keTuhanan telahdinukilkan dengan jelas dalam FPN.

    Tujuan asas pendidikan bersepadu adalah untuk membentuk insanyang baik berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan

  • 7/31/2019 Islamisasi Ilmu Di Malaysia

    4/4

    Dalam konteks ini, istilah bersepadu bermaksud bersatu, bercantum,bergabung, bertaut, bersebati, bekerjasama, bermuafakat, seia sekata,dan bersama-sama, yang dikonsepsikan dan direalisasikan denganberasaskan kepercayaan kepada Tuhan.

    Secara kasar, perbincangan tentang konsep bersepadu ini boleh dibuatkepada dua tahap iaitu tahap umum dan tahap khusus. Aspek pentingbagi proses kesepaduan pada tahap umum termasuklah kesepaduanfungsi hidup, kesepaduan tanggungjawab, kesepaduan ilmupengetahuan, kesepaduan amalan pendidikan, kesepaduan disiplinilmiah dan kesepaduan dimensi perkembangan. Sementara tahapkhusus pula memerlukan kesepaduan matlamat, kesepaduan unsur,kesepaduan proses pembelajaran, kesepaduan jenis pengetahuan,kesepaduan merentasi kurikulum dan kesepaduan isi kandungan.

    Jelas sekali, proses pendidikan sepadu ini merupakan cabang dariproses pengislaman ilmu secara keseluruhannya. Antara langkahyang perlu bagi mencapai matlamat pengislaman ilmu dalam DasarPendidikan Negara ialah:

    1. Pembetulan: membetulkan fakta dan konsep yang bertentangandengan Islam.2. Orientasi: Memasukkan pandangan, visi dan tafsiran Islam ke dalamdisiplin ilmu yang berkaitan.3. Penyelarasan: Menyelaraskan disiplin-disiplin ilmu yang bukanagama dengan ilmu agama.4. Kesepaduan: Menyepadukan seluruh ilmu dalam satu acuan atau

    paradigma yang berteraskan tawhid.

    Di samping itu, bahan-bahan buku teks perlu disemak semulaberasaskan kepada paradigma tawhid dan guru-guru perludiorientasikan semula supaya mereka dapat memahami falsafah,konsep dan pendekatan yang berasaskan rangka paradigma tawhid. Disamping itu juga, Budaya Islamik perlu diwujudkan di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi.

    Kesimpulan

    Oleh kerana ilmu agama dan ilmu sains saling berkait rapat keranamereka lahir dari sumber yang sama iaitu ilmu tuhan maka prosespengislaman ilmu amat penting supaya manusia dapat mengetahui carauntuk meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya yang sebenar dalamsistem kewujudan. Dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya yangsebenar, manusia mengamalkan keadilan dan keadilan membawa

    kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

    Generasi yang lahir dari pendidikan pengislaman ilmu adalah generasiyang mempunyai rasa tawadu, bertanggungjawab dan disiplin yangtinggi. Mereka sentiasa membawa slogan kemajuan umat. Adalahdiharapkan dengan pengislaman ilmu ini merupakan satu titik tolakdalam proses pengislaman dari segi politik, ekonomi dan sainskemanusian keseluruhannya.

    Di Malaysia, pengislaman ilmu masih bergiat lancar dan memerlukansokongan dari semua pihak bagi menjayakannya. Sesungguhnyaproses untuk melaksanakan dan menjayakan hasrat ini akan mengambilmasa. Kejayaannya bergantung kepada kesediaan pihak pemimpin,penggubal dasar, pendidik dan masyarakat dalam menghayati danmengamali konsep pengislaman ilmu. Idea besar ini akan menjadimalap dan sulit apabila ia diambil dan dipermudahkan oleh pendukung-

    pendukung yang tidak berhati-hati dalam melaksanakannya.

    Oleh itu, usaha-usaha ke arah islamisasi ilmu di pusat-pusat pengajiantinggi di negara ini harus dikaji dari semasa ke semasa supayakeberkesannya terserlah seperti termaktub dalam gagasan awalnya.Pengislaman ilmu ini haruslah bermula dari peringkat rendahhinggalah ke tahap pengajian tinggi. Dalam keghairahan kitamengimport kolej-kolej swasta dan universiti-universiti dari luar negara,maka pihak yang berwajib perlulah mengawasi dan memerhati supayaproses pengislaman ilmu tidak terbantut dan terjejas disebabkanperkara tersebut. Kita berkeyakinan pengislaman ilmu merupakan satutitik tolak ke arah kebangkitan umat seterusnya membawa umat inikepada izzah.