islam iktiraf kesamarataan

10
Islam iktiraf kesamarataan, tidak benarkan hak sesama insan dicabuli KEMERDEKAAN ialah nilai terunggul dalam Islam. Malah, Islam dan kemerdekaan terlalu sinonim. Satu daripada cita-cita utama agama Islam ialah memerdekakan manusia. Apabila manusia memiliki kemerdekaan, nilai ajaran Islam secara langsung terjelma dalam kehidupan. Ramai yang keliru dan beranggapan bahawa agama Islam mengongkong kehidupan. Kekeliruan ini amat menyedihkan. Sekiranya seseorang itu benar-benar menyelami inti ajaran Islam, dia akan mendapati Islam adalah agama pembebasan. Ini dapat ditelusuri menerusi beberapa prinsip utama ajaran Islam. Pertama ialah ajaran kepercayaan atau akidah yang menjadi tunjang agama. Prinsip yang menunjangi akidah Islam dikenali sebagai tauhid. Inti terpenting daripada prinsip ini ialah mengenai kesamarataan manusia di sisi Tuhan. Hanya Allah yang paling tinggi dan sumber ketaatan serta pertanggungjawaban manusia. Manakala kedudukan manusia di sisi manusia yang lain adalah setara dan saksama. Berasaskan prinsip tauhid ini, Islam menyanjungi kemerdekaan setiap manusia. Memandangkan kedudukan manusia adalah setara dan tanggungjawab mereka terhadap Tuhan adalah saksama, maka, seseorang itu berhak menikmati nilai kemerdekaan dirinya. Dengan kata lain, tidak ada seorang manusia di dunia ini walaupun daripada bangsa atau keturunan mana sekalipun yang berhak mencabuli kemerdekaan yang dikurniakan Tuhan. Ajaran Islam menolak pemikiran dan kepercayaan bahawa sesetengah individu atau kelompok manusia lebih mulia atau tinggi darjat dan kehormatannya berbanding yang lain. Sehubungan dengan kefahaman inilah, ajaran Islam menolak konsep perhambaan atau sistem kasta yang meletakkan kedudukan sosial tertentu bagi satu-satu kelompok masyarakat sehingga menyekat pergaulan dan perhubungan.

Upload: nurul-hidayah

Post on 28-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Islam agamaku

TRANSCRIPT

Page 1: Islam Iktiraf Kesamarataan

Islam iktiraf kesamarataan, tidak benarkan hak sesama insan dicabuli

KEMERDEKAAN ialah nilai terunggul dalam Islam. Malah, Islam dan kemerdekaan terlalu sinonim. Satu daripada cita-cita utama agama Islam ialah memerdekakan manusia. Apabila manusia memiliki kemerdekaan, nilai ajaran Islam secara langsung terjelma dalam kehidupan.

Ramai yang keliru dan beranggapan bahawa agama Islam mengongkong kehidupan. Kekeliruan ini amat menyedihkan. Sekiranya seseorang itu benar-benar menyelami inti ajaran Islam, dia akan mendapati Islam adalah agama pembebasan.

Ini dapat ditelusuri menerusi beberapa prinsip utama ajaran Islam. Pertama ialah ajaran kepercayaan atau akidah yang menjadi tunjang agama.

Prinsip yang menunjangi akidah Islam dikenali sebagai tauhid. Inti terpenting daripada prinsip ini ialah mengenai kesamarataan manusia di sisi Tuhan. Hanya Allah yang paling tinggi dan sumber ketaatan serta pertanggungjawaban manusia. Manakala kedudukan manusia di sisi manusia yang lain adalah setara dan saksama.

Berasaskan prinsip tauhid ini, Islam menyanjungi kemerdekaan setiap manusia. Memandangkan kedudukan manusia adalah setara dan tanggungjawab mereka terhadap Tuhan adalah saksama, maka, seseorang itu berhak menikmati nilai kemerdekaan dirinya. Dengan kata lain, tidak ada seorang manusia di dunia ini walaupun daripada bangsa atau keturunan mana sekalipun yang berhak mencabuli kemerdekaan yang dikurniakan Tuhan.

Ajaran Islam menolak pemikiran dan kepercayaan bahawa sesetengah individu atau kelompok manusia lebih mulia atau tinggi darjat dan kehormatannya berbanding yang lain. Sehubungan dengan kefahaman inilah, ajaran Islam menolak konsep perhambaan atau sistem kasta yang meletakkan kedudukan sosial tertentu bagi satu-satu kelompok masyarakat sehingga menyekat pergaulan dan perhubungan.

Islam sebagai agama pembebasan manusia memang cukup dihayati pengertiannya oleh masyarakat di Tanah Arab pada awal perkembangannya. Oleh sebab itu, agama Islam begitu mudah tersebar.

Dalam keadaan masyarakat pada waktu itu yang ditadbir berasaskan kemuliaan sesuatu kabilah atau puak, ia mengundang eksploitasi dan penindasan secara berleluasa. Golongan miskin dan fakir menjadi mangsa ketidakadilan. Keringat mereka dikerah sewenang-wenang untuk kesenangan golongan bangsawan tanpa imbuhan setimpal. Hak mereka sering dirampas secara paksaan.

Page 2: Islam Iktiraf Kesamarataan

Kedatangan Islam seumpama sinar baru mengubat kesengsaraan yang sekian lama dialami masyarakat Arab. Islam menekankan hak dan kedudukan mereka yang setara dan saksama.

Seruan kepada pembebasan manusia tambah diyakini menerusi kepemimpinan Nabi Muhamad SAW yang tersohor dengan peribadi mulia lagi jujur. Seruan Nabi Muhamad SAW yang menegaskan bahawa ?tiada perbezaan antara Arab atau bukan Arab? dan ?semua manusia berasal daripada Adam dan Adam dijadikan daripada tanah? (maksud hadis), sering terngiang-ngiang dalam dakapan pendengaran mereka. Seruan itu memang benar apabila mereka melihat sendiri layanan dan cara kehidupan masyarakat awal Islam yang ditadbir Nabi Muhamad SAW secara penuh saksama dan adil.

Penghayatan makna seruan pembebasan manusia ke arah kesaksamaan taraf dan kedudukan menjadi asas terhadap penentangan masyarakat Islam terhadap apa juga bentuk yang membawa kepada penindasan sesama manusia. Kesedaran itu membangkitkan rasa benci terhadap sebarang unsur yang diistilahkan pada masa ini sebagai ?penjajahan?.

Memandangkan ada segelintir manusia yang rela memperoleh kesenangan di atas kesengsaraan orang lain, maka penjajahan digunakan sebagai saluran bagi tujuan itu. Sesungguhnya penjajahan, dalam apa juga bentuk adalah amalan yang mesti ditentang.

Penjajahan ini mesti ditentang dan diprotes secara berterusan oleh setiap individu menerusi cara yang sesuai. Selagi ada penjajahan, selagi itu manusia tidak memperoleh kemerdekaan.

Apabila seseorang itu terjajah, kehormatan dirinya turut tergadai. Oleh itu, memperjuangkan hak dan kehormatan diri dan kaum yang dirampas adalah ibadat yang besar di sisi agama. Ia seumpama berjuang bagi menegakkan agama itu sendiri kerana agama diturunkan bagi memuliakan bangsa manusia.

Apabila agama Islam menyeru kepada pembebasan dan kemerdekaan manusia, ia sebenarnya menyeru kepada memartabatkan kehormatan manusia itu sendiri atau disebut dalam istilah al-Quran sebagai ?karamah insaniyyah?.

Dalam kata lain, manusia ialah kejadian Tuhan yang paling mulia dan kemuliaan ini adalah anugerah Tuhan yang paling agung. Tiada sesiapa juga daripada kalangan manusia yang boleh merampas kemuliaan dan kehormatan ini kerana ia kurniaan Tuhan.

Sekiranya ada manusia yang gemar dengan tabiat menindas, menzalimi dan menjatuhkan maruah manusia yang lain, maka sebenarnya, dia menghina anugerah dan kurniaan tertinggi Tuhan kepada manusia. Allah berfirman bermaksud: ?Dan sesungguhnya Kami sudah memuliakan anak-anak Adam

Page 3: Islam Iktiraf Kesamarataan

dan Kami berikan mereka menggunakan pelbagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami sudah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik-baik serta Kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang sudah Kami ciptakan.? (Surah al-Israa', ayat 70)

Dalam hubungan ini, kemerdekaan ialah salah satu daripada ciri kemuliaan dan kehormatan manusia. Oleh itu, ia perlu dipertahankan dengan sepenuhnya, walaupun sehingga terpaksa mengorbankan jiwa dan raga.

Menerusi kemerdekaan, karamah manusia terus terpelihara. Apabila karamah dapat dipelihara, maka akan tertegaklah agama. Tujuan agama ialah menjaga karamah manusia daripada tercabul oleh kerakusan manusia lain. Karamah ini hanya dapat dinikmati manusia apabila m memperoleh kemerdekaan dirinya.

INTI PATI

Inti ajaran Islam

PERAYAAN menyambut kemerdekaan negara yang dilakukan setiap tahun dan kini memasuki kali ke-41, sentiasa memberi kita satu rangsangan untuk terus menghargai kemerdekaan politik yang kita miliki hari ini.

Namun, apakah erti kemerdekaan kepada generasi hari ini? Apakah mereka sedar akan pengorbanan dan perjuangan yang dilakukan oleh generasi dahulu bagi memberi satu kebebasan politik kepada mereka? Apakah generasi hari ini melihat kemerdekaan itu sesuatu yang masih relevan dalam dunia yang tidak bersempadan dalam teknologi maklumat, perdagangan, komunikasi dan budaya sejagat?

Mungkin ramai juga yang menerima kemerdekaan negara sebagai sesuatu yang telah sedia ada tanpa pandai mengisi dan menghargai kemerdekaan itu. Ramai juga anak muda yang mungkin melihat ada polisi-polisi yang tidak lagi sesuai dengan pembangunan negara dan masyarakat majmuk Malaysia hari ini. Ramai juga yang mungkin tidak lagi mengenal tokoh-tokoh lama yang telah berjasa memperjuangkan kemerdekaan negara. Malah mungkin ada juga hal-hal yang telah dilupakan yang boleh menjadi pengajaran bagi memandu kita ke arah kemerdekaan yang lebih bermakna pada masa depan.

Sebagai sebuah episod sejarah negara yang masih relevan dengan pembinaan jati diri kebangsaan dan patriotisme Malaysia, kesedaran terhadap kepentingan sejarah gerakan kemerdekaan adalah sangat wajar disedari dan ditanam di setiap dada generasi hari ini. Ia patut ditonjolkan dalam media massa secara jelas dan bukan hanya setakat perayaan yang menggambarkan keseronokan dan upacara rasmi yang menelan belanja yang besar dan disebut setahun sekali.

Page 4: Islam Iktiraf Kesamarataan

Ia sepatutnya menjadi agenda publisiti negara yang berterusan sepanjang tahun. Ia sepatutnya bukan dijadikan satu mata pelajaran di sekolah yang terpaksa diajar kerana kepentingan peperiksaan semata-mata tanpa ada penghayatan dan semangatnya yang sebenar. Ia patut menjadi doktrin negara demi melahirkan semangat patriotisme yang berakar umbi dalam sanubari, pemikiran dan world view generasi hari ini.

Kita mungkin tidak perlu menulis sebuah sejarah kebangsaan negara yang berat sebelah, namun penulisan sejarah kebangsaan atau kemerdekaan yang dipertanggungjawabkan dengan fakta sejarah yang betul dan analisis yang objektif, cukup untuk memberi satu arah, panduan dan interpretasi yang dapat membina generasi muda dengan lebih yakin dan mempunyai jatidiri dan ketahanan patriotisme yang mampu mengatasi dan menyokong kepentingan negara dalam sebarang bentuk kegawatan serantau atau dunia.

Dalam menghayati atau pun menghargai kemerdekaan negara, ia nampaknya tertumpu kepada dua aspek. Pertamanya, penonjolan selalu dibuat kepada tokoh-tokoh dan parti-parti yang bersifat kanan atau establishment. Ini tentulah tidak adil apabila tokoh-tokoh seperti Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohammed dan ramai lagi, yang telah merengkok dalam penjara bagi tempoh yang lama, demi menuntut kemerdekaan negara dari penjajah, dibiarkan hilang ditelan masa. Mereka terpaksa hidup bersusah payah, membuang tenaga dan wang ringgit demi untuk perjuangan itu.

Walaupun mereka bersifat radikal dan pembangkang, namun dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, perjuangan seperti ini sangat bermakna dalam memberi satu perjuangan yang kental dan tidak bersifat 'pak turut'. Tentangan mereka menjadi check and balance' kepada golongan yang bekerjasama dengan British untuk membuat desakan-desakan yang lebih menguntungkan kemerdekaan negara.

Pada dasarnya juga, penentangan dan kerjasama di antara golongan pro dan anti penjajah ini sebenarnya adalah satu penyempurnaan kepada proses mencapai kemerdekaan itu. Malah, dalam perbezaan pendekatan politik itu, mereka tetap penting dan seiringan kerana kedua-duanya bergerak untuk mendapatkan kemerdekaan itu sendiri. Malah, dengan mengambil kira perjuangan golongan penentang yang selalunya terpinggir ini, generasi hari ini disajikan sebuah penghayatan sejarah kemerdekaan negara yang sempurna dan objektif. Sikap yang objektif ini juga dapat membantu generasi hari ini bersikap lebih terbuka dalam membuat penilaian mereka terhadap bentuk dan pendekatan politik mereka pada masa hadapan.

Ini kerana sumbangan pemimpin-pemimpin pembangkang ini bukan sahaja dapat dinilai, tetapi dapat dijadikan panduan dan iktibar bagi pembinaan dan pengisian kemerdekaan untuk abad baru. Sikap berfikir secara kritikal juga dapat disemai supaya generasi baru akan terus mempunyai pendekatan politik yang matang yang sangat berguna bagi membina jati dini mereka dan seterusnya mempertahankan kemerdekaan negara ini.

Page 5: Islam Iktiraf Kesamarataan

Penonjolan tokoh-tokoh establishment pula terdiri daripada tokoh-tokoh yang tertentu. Kadang kala pula, mereka bukanlah pejuang-pejuang yang telah benar-benar terlibat dalam gerakan menuntut kemerdekaan negara. Malah, ada yang hanya menjadi pengikut pada masa itu. Terdapat juga mereka yang dahulunya tidak menyumbangkan tenaga yang jelas dalam gerakan menuntut kemerdekaan kerana sedang belajar di luar negara atau berkhidmat dengan kerajaan kolonial dan terpaksa menutup mulut kerana General Order Malayan Civil Service. Lebih hebat lagi apabila ada tokoh yang menjadi penentang kepada kegiatan ataupun parti yang bergerak menuntut kemerdekaan, tetapi kini mengaku sebagai penyokong parti utama. Mungkin seperti kata pepatah Melayu, 'tiada rotan, akarpun berguna' itu sesuai dalam kita mencari hero bagi generasi hari ini. Bagaimanapun, fakta sejarah tidak harus diputar-belitkan.

Keadaan ini menimbulkan beberapa kesan yang agak negatif kepada pengetahuan dan pemikiran generasi hari ini terhadap kemerdekaan kita. Mereka mungkin mempunyai anggapan bahawa itulah pejuang-pejuang sebenar kemerdekaan negara; dengan itu, pengetahuan, perspektif dan idola mereka akan terhad dan tidak berapa tepat.

Keduanya, nama-nama lain yang tertutup itu akan menjadi asing dan tidak bermakna kepada generasi muda. Ini tentulah menyedihkan kerana perjuangan yang benar-benar penting dari tokoh yang tidak sempat menonjolkan dirinya itu akan terbuang begitu sahaja. Nama-nama seperti Datuk Panglima Bukit Gantang, Datuk Nik Ahmad Kamil, Datuk Hamzah Abdullah, Dr. Hamzah Haji Taib, C.M. Yusuf, Mustapha Hussein, Abdullah Ayub, M. Mustaza dan ramai lagi, akan terus mati dalam ingatan dan pengetahuan generasi hari ini. Sedangkan usaha menuntut kemerdekaan bukan berlaku dalam tempoh yang singkat, tetapi masa yang lama dan ini tentulah memerlukan ramai pendokongnya. Mereka harus diketengahkan sebagai pelopor-pelopor penting yang telah menanam dan menyuburkan idea dan gerakan menuntut kemerdekaan itu.

Bukan Tunku Abdul Rahman yang bekerja merundingkan kemerdekaan, tetapi juga Datuk Onn, E.E.C. Thuraisingham, Tun Dr. Ismail, Tun Abdul Razak, Tan Cheng Lock, Syed Jaafar Albar, Ibu Zainon, Khadijah Sidek dan ratusan pemimpin UMNO yang lain patut dibicarakan dan ditonjolkan kepentingan mereka. Malah, ramai di antara mereka yang tidak dapat merasakan nikmat kemerdekaan itu kerana mereka terpinggir selepas merdeka. Mereka dilupakan, walaupun mereka merupakan pengasas-pengasas UMNO yang telah bersusah-payah memajukan parti itu, sehingga ia menjadi kukuh mencengkam politik negara ini.

Walaupun terdapat perbezaan pendekatan politik, namun sumbangan mereka dan matlamat perjuangan untuk bangsa Melayu dan negara Malaysia, sepatutnya cukup untuk memberi ruang tertentu dalam fikiran dan penghargaan kita dan generasi hari ini. Perayaan kemerdekaan negara sepatutnya menjadi sebab untuk menghargai sumbangan mereka sebagai perintis kemerdekaan itu.

Bagi generasi hari ini, penghayatan kemerdekaan tidak hanya cukup dengan mengibarkan bendera atau menyanyikan lagu Merdeka oleh Sudirman. Mereka harus mengetahui pergolakan politik untuk

Page 6: Islam Iktiraf Kesamarataan

mendapatkan kemerdekaan, dengan itu, penghayatan generasi muda akan lebih bermakna. Mereka seharusnya sedar bagaimana tolak ansur politik telah dilakukan demi untuk mencapai kemerdekaan itu.

Masalah perkauman, yang mendasari politik negara, walaupun tidak dapat dihapuskan, tetapi telah dapat diatasi sehingga kemerdekaan dapat diisytiharkan pada tarikh keramat itu. Memang dari satu sudut, kemerdekaan kita tidak mengalami satu revolusi seperti di Indonesia, namun pada hakikatnya, itulah gambaran kematangan ahli-ahli politik lalu mengatasi polemik sesama mereka. Malah, ramai yang berpendapat, itulah kehebatan negara ini kerana telah berupaya mencapai kemerdekaan tanpa menitiskan setitik darah pun. Ini patut dipegang oleh generasi hari ini demi untuk terus memantapkan jati diri mereka sebagai bangsa Malaysia.

Jika seseorang itu menyelami inti ajaran Islam, dia mendapati Islam adalah agama pembebasan.

Prinsip menunjangi akidah Islam dikenali sebagai tauhid dan inti terpenting daripada prinsip ini ialah mengenai kesamarataan di sisi Tuhan.

Penghayatan makna seruan pembebasan manusia ke arah kesaksamaan taraf dan kedudukan menjadi asas penentangan masyarakat Islam terhadap apa juga bentuk yang membawa kepada penindasan sesama manusia.

Author: redsinner Time: 30-8-2006 10:26 PM

masih aku berfikir knapa hanya bile kita di negara orang baru sedar betapa kita sanjung tinggi terhadap negara sendiri.

aku di perantauan hanya termenung dalam bilik, pikir pasal kemerdekaaan sbb kat sini takde countdown, fireworks and stuffs.

hanya ada makan2 kat Malaysia Hall this weekend. huhuhu...

yang penting next month ada multicultural day and kitaorg nak berronggeng atas pentas....kuakuakua...

my point is that hargailah negara kita regardless of our colours/races. penah diwarwarkan bahawa negara berbilang kaum nih hanya

wujud dalam dongengan (there was a book from an american writer and publisher, aku mmg x amik ape tajuk n writer dia) tapi Malaysia dan rakyatnya mampu live up to that expectation. jangan sampai Malaysia dijajah lagi sekali baru kita tersedar...

Page 7: Islam Iktiraf Kesamarataan

Semoga kita benar-benar jadi bangsa yang merdeka mengikut erti kemerdekaan mempunyai definisi yang banyak sekali. Berlainan sudut dan aspek berlainan pula erti, di antara pengertian itu, untuk pengetahuan kita ialah:

Kemerdekaan bangsa, mengikut politik terlepas daripada penjajahan lain-lain bangsa. Bangsa kita itu dapat berkuasa dan menentukan hala tujuan mereka dan bebas bangsa kita daripada ideologi buatan manusia. Yang mendapat tempat dan menjadi sistem hidup adalah sistem Tuhan Yang Maha Pencipta, yang dunia ini adalah milikNya dan kita juga kepunyaanNya.

Kemerdekaan ekonomi bermakna tidak ada monopoli oleh seorang atau satu golongan. Tidak ada penindasan, tidak ada sekatan, tidak ada penzaliman. Pengagihan kekayaan diratakan kepada semua rakyat jelata mengikut kebolehan, kemampuan serta keperluan.

Kemerdekaan fikiran bermakna semua rakyat boleh memberi pendapat dan fikiran, tidak ada ketakutan dan kebimbangan untuk memberi pandangan.

Kemerdekaan kebudayaan bermakna setiap bangsa ada identiti yang tersendiri dari sudut pakaian, pergaulan dan lain-lain lagi. Corak hidup mereka mengikut bentuk dan patent mereka bukan ditiru dari budaya luar yang asing sekali.

Kemerdekaan pendidikan bermakna semua orang diberi peluang untuk menerima pelajaran dan setiap orang diberi galakan untuk menerima pengetahuan mengikut bidang yang diminati. Yang patut menerima bantuan kewangan untuk pelajaran diberi peluang dan tidak ada diskriminasi tidak ada kroni yang menghalang.

Kemerdekaan agama bermakna setiap orang bebas amalkan agama yang diyakinkan.Masing-masing tidak boleh menghina tidak boleh memusuhi antara satu sama lain kerana agama.Tetapi tidak salah membuat penjelasan mencari kebenaran agar setiap orang dapat menganut agama yang jelas lagi terang kerana kebenaran itu hanya satu yang datang dari Tuhan.

Ada satu kemerdekaan yang amat penting dilupakan orang di mana kemerdekaan itu orang tidak ambil kira bahkan melupakan. Padahal dia penentu kebahagiaan dan keharmonian hidup dalam pergaulan manusia, bahkan penentu seseorang apakah ke Syurga atau Neraka. Kemerdekaan apakah yang dimaksudkan?

Merdeka daripada hawa nafsu yang jahat merosakkan manusia yang merosakkan diri sendiri dan merosakkan orang lain bahkan harta benda iaitu merdeka daripada mazmumah yang memusnah kepada mahmudah yang indah dan membahagiakan. Bebas daripada hasad dengki, sombong, pemarah, jatuh menjatuhkan yang memusnah. Merdeka daripada dendam kesumat, bakhil, tamak,

Page 8: Islam Iktiraf Kesamarataan

penakut, pemalas dan culas. Ria’, megah, mencari nama, ingin glamour, yang ramai orang tersinggung dibuatnya.

Diganti dengan kasih sayang, merendah diri, lemah lembut yang digemari dan jadikan pemurah, rajin, berani, bekerjasama, maaf bermaafan sebagai budaya. Ikhlas, lapang dada, bertolak ansur, hayati hati. Cintakan Tuhan, takutkanNya, dekatkan diri kepadaNya jadi sebati

Inilah dia yang dikatakan ‘Kemerdekaan Sejati’.