isl

Upload: n-yaccoff-rose

Post on 05-Jan-2016

5 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hubungan etnik

TRANSCRIPT

ISL MINGGU 5 - sumber internetANALISIS FAKTOR FAKTOR SEJARAH YANG TELAH MENYULITKAN PROSES PENCAPAIAN PERPADUAN DI MALAYSIA SEBELUM 1970.

Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secarasengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersamasecara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruhmasyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara.Integrasi dirujuk kepada proses penyatuan masyarakat berbilang kaum, daerah dan wilayahtempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang, kepercayaan dan peganganagama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai murnimasyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama secara adil dan saksama.MASALAH PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONALPerpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh Kerajaan Malaysia. Isuperpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamatyang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum,berasaskan persamaan hak dan keadilanCabaran ini berkait dengan cabaran ke lima yang berbunyi Mewujudkan masyarakat liberal danbertolak ansur dengan rakyat pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dankepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan merekakepada negara. Cabaran ini berkait pula dengan cabaran ke tujuh iaitu untuk Mewujudkanmasyarakat berbudi dan berbudaya penyayang iaitu sistem sosial yang lebih mementingkanmasyarakat daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada individu tertentu sahaja.

HALANGAN DAN KESUKARAN UNTUK PERPADUAN DAN INTEGRASITerdapat beberapa faktor sejarah yang menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Malaysia.Di antaranya ialah; Agama dan kebudayaan: Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Masing-masing kurang mengenali dan memahami dan seringkali menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menguatkan perasaan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara pelbagai kaum. Dasar Penjajah British: Penjajah British mengamalkan dasar pecah dan perintah yang menjarakkan kumpulan-kumpulan etnik demi kepentingan dan keselamatan mereka sendiri.. Penjajah sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang tertentu. Interaksi antara kaum menjadi terbatas dan lahirlah sikap prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik. Sistem pendidikan, persekolahan dan bahasa yang berlainan: Laporan Razak menyebut bahawa tiada satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu di mana setiap etnik lebihgemar menghantar anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kurikulum yang digunakan juga tidak sama. Ada pula yang berpusat ke negara nenekmoyang mereka, tidak terdapat bahasa pengantar yang sama. Keadaan ini melebarluaskan lagijurang pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahamandan perhubungan sesama rakyat di samping mewujudkan keperibadian dan perwatakan yangberbeza tanpa mempedulikan pembentukan warga negara yang beridentitikan satu negara. Amalan ekonomi yang berlainan: Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berlainan jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan negara terancam. Perbezaan politik mengikut bangsa, kaum dan etnik: Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik tertentu telah memmperkuatkan identiti sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak wasangka kerana setiap kumpulan hanyamemperjuangkan hak dan kepentingan kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yangberasaskan kepada suku kaum juga memainkan pelbagai isu sensitif seperti bahasa, budaya,ekonomi dan hak keistimewaan sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan. Pendudukan Jepun: Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurangpermusuhan antara orang Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiridari orang-orang Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepununtuk menjadi askar dan polis. Keadaan ini menjadikan menjejaskan persefahaman danmenimbulkan perasaan kurang senang antara masyarakat Melayu dan Cina.ISL MINGGU 6PROSIDING Seminar OLITIK MALAYSIA. Penyunting Worran Hj. Kabul Shireen Haron Mat Zin Mat Kib Abdul Kadir Rosline Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Universiti Teknologi MARA SHAH ALAM 2008GLOBALISASI EKONOMI POLITIK DAN PENGALAMAN PEMBANGUNAN MALAYSIA Pembangunan Ekonomi Malaysia dalam tempoh awal kemerdekaan dari tahun 1957-1969, sistem ekonomi yang diamalkan adalah berbentuk laissez faire di mana pemerintah tidak campur tangan secara langsung dalam ekonomi tetapi pemerintah memihaki modal asing (melalui pelbagai akta untuk melaksanakan dasar penggantian import) di samping mengawal tata undang-undang dan menyediakan kemudahan awam (Rahimah 2000b). Pada awal-awal tahun 1960-an, tumpuan pembangunan negara ialah lebih kepada kemajuan infrastruktur dan sektor desa bertujuan untuk meningkatkan pendapatan dan produktiviti sektor terbabit. Pada pertengahan tahun 1960-an, satu peralihan penting telah berlaku di mana pemerintah telah memperkenal dasar perindustrian dalam usaha untuk mengimbangkan antara industri dan asas pertanian serta memperluas asas dan struktur industri yang masih kecil supaya lebih ramai pekerja akan dapat diserap (Rahimah 2000a). Dasar perindustrian kerajaan telah bermula dengan industri gantian import (IGI) pada lewat 1950-an dengan kerajaan setakat memberi perlindungan tarif, menyediakan kemudahan infrastruktur, pengecualian cukai dan insentif-insentif lain. Menurut Crouch (1996), strategi utama kemudiaanya yang digunakan ialah dengan mengalakkan pelaburan asing. Pendekatan laissez faire agak berjaya mewujudkan pertumbuhan ekonomi, tetapi telah gagal mengatasi persoalan dilema Melayu, yang mana ianya telah meningkatkan ketidakseimbangan antara kaum dan rasa tidak selamat di kalangan orang Melayu khususnya terhadap kuasa politik mereka (Abdul Rahman 2000e). Dengan itu, sejumlah kecil ahli perniagaan, ahli politik dan pentadbir Melayu mendesak pemerintah agar mengambil langkah lebih tegas dengan mewujudkan beberapa institusi bagi membolehkan pengembangan kelas kapitalis dan kelas menengah Melayu. Hasil desakan tersebut, pemerintah telah membuat sedikit perubahan dalam dasar tidak campuratangan untuk memenuhi tuntutan tersebut (Jomo 1986). Peristiwa 13 Mei 1969 telah membawa satu dimensi baru kepada proses pembangunan negara di mana kerajaan menyedari dasar laissez faire telah menyebabkan berlakunya ketegangan antara kaum. Lantaran dasar tersebut telah digantikan dengan dasar campurtangan kerajaan. Fasa kedua dalam pembangunan ekonomi Malaysia bermula dari tahun 1970 dengan pemerintah memainkan peranan secara langsung dalam ekonomi dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP1) dengan berteraskan kepada perindustrian 113 SEMINAR POLITIK MALAYSIA (Rahimah 2000b). Perkembangan penting dalam tahap ini mempunyai dampak langsung ke atas pembentukan dan perkembangan kelas kapitalis dan kelas menengah, khususnya di kalangan masyarakat Melayu atau Bumiputera ialah penglibatan pemerintah dalam ekonomi sebagai pengusaha (Abdul Rahman 2000e). Sejak dekan 1970-an, terdapat beberapa perubahan besar dalam ekonomi antarabangsa yang memperhebatkan arus globalisasi yang melibatkan pelbagai negara termasuk Malaysia. Dalam tahap ketiga proses perindustrian negara (1981-1986), apabila dirasakan asas perindustrian negara perlu diberi "tolakan besar", iaitu dengan asas baru dalam industri berat dengan kerajaan telah menubuhkan Heavy Industries Corporation of Malaysia (HICOM). Satu perubahan polisi kerajaan yang dibuat pada tahun 1985 bila mana pemerintah telah memperkenalkan Pelan Induk Perindustrian (IMP) yang memberikan perhatian kepada pengalakkan kemasukan modal daripada pelabur luar dan dalam negara (Halim 1999:189). Tahap keempat perindustrian negara pula bermula pada tahun 1986 apabila kerajaan telah melonggarkan Akta Penyelarasan Pelaburan dan mengekalkan galakan dalam bentuk pelepasan cukai . Langkah ini diambil untuk membolehkan pihak swasta (termasuk pelabur asing) memainkan peranan yang lebih besar dalam pembangunan ekonomi negara. Ianya dinamakan sebagai "liberalised export - led industrialisation) dengan pelaburan asing memainkan peranan yang penting semula (Ishak Shaari 2000a: 147). Langkah meliberalisasikan ekonomi negara ini juga adalah tindak balas kerajaan terhadap perkembangan yang berlaku dalam ekonomi dunia, terutamanya selepas berakhirnya rundingan Pusingan Uruguay dan terbentuknya World Trade Organisation (WTO). Justeru itu, keutamaan dalam pembangunan negara lebih ditumpukan kepada usaha untuk mempercepatkan proses perindustrian dan mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi.

ISL MINGGU 8Menghasilkan borang pengurusan grafik tentang pembangunan ekonomi (Rancangan Lima Tahun).

RANCANGAN LIMA TAHUN