isl minggu 1

Upload: lilians-foo

Post on 08-Oct-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ISL PKP 3106

TRANSCRIPT

Tugasan kumpulan (1) :

Mencari maklumat dari pusat sumber dan internet tentang kegunaan pentaksiran dalam pendidikan pemulihan dan juga dalam pelbagai bidang yang melibatkan murid pemulihan.

Pengenalan

Pentaksiran adalah sesuatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan khas.

Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan khas berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran. Maklumat diperlukan untuk megenal pasti masalah murid yang dihadapi oleh seseorang murid.

Definisi pentaksiran

Ia sebagai satu proses pengumpulan maklumat untuk tujuan membuat keputusan.

Ia juga terdapat banyak keputusan yang penting yang perlu dibuat dalam pendidikan khas.

Pentaksiran dalam pendidikan khas

adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, dan mengira dan sebagainya.

Mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehan.

Kegunaan pentaksiran dalam pendidikan khas

Perancangan pentaksiran bilik darjah

Mendapat maklumat yang sah dan berguna berkaitan dengan pembelajaran pelajar.

Menyediakan analisis pentaksiran yang dapat mengukur pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diukur dengan tepat.

Ia bertujuan mendapat maklumat berkaitan kemahiran kognitif dan kemahiran motor, kemahiran persepsi, kemahiran akademik, kemahiran bahasa, tingkah laku. Bahan ISL

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Pentaksiran adalah merupakan satu pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Segala maklumat yang diperolehi oleh pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dilakukan mestilah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.

Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini direkodkan dalam pelbagai bentuk seperti jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. Tujuan dalam pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran mengenai tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis dan sebagainya. Selain itu juga, melalui pentaksiran , kita juga dapat mengesan dan mengenalpasti punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya.

Dalam pentaksiran proses yang terlibat terdiri daripada lima komponen utama iaitu pengumpulan, analisis, penilaian, penentuan dan cadangan. Bagi pengumpulan, proses yang terlibat ialah mengesan dan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber latar belakang maklumat seperti rekod sekolah, sejarah perubatan dan sebagainya. Bagi proses analisis, tindakan yang perlu diambil ialah melibatkan pemprosesan dan kefahaman mengenai corak sejarah pendidikan, social , perkembangan , persekitaran , perubatan dan emosi murid.

Bagi penilaian pula, penilaian meliputi aspek akademik, emosi, persepsi, bahasa, fisiologi, kognitif dan perkembangan perubatan untuk menentukan tahap kekuatan dan kelemahan. Bagi proses penentuan pula, tindakan yang perlu diambil ialah penentuan cirri-ciri ketidakbolehan murid dan pengetahuan tentang criteria bagi setiap kategori kanak-kanak pendidikan khas. Bagi cadangan pula, proses ini melibatkan penempatan pendidikan dan program yang perlu dijalankan oleh guru sekolah dan guru kepada ibu bapa.

Menurut Peirangelo & Giullian, G (2006) , tujuan pentaksiran adalah untuk pemeriksaan dan pengenalpastian. Selain itu, pentaksiran juga bertujuan untuk menentukan kelayakan dan melakukan diagnosis serta dalam perancangan pengajaran dan penilaian.

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

Terdapat pelbagai pentaksiran, antaranya adalah seperti pentaksiran kemahiran pembelajaran asas,pentaksiran kemahiran sosial dan tingkah laku, pentaksiran kemahiran bahasa yang terdiri daripada membaca, menulis dan lisan serta pentaksiran kemahiran matematik.Kepentingan Pentaksiran dalam Pendidikan KhasKonsep PentaksiranMaksud Pentaksiran-Proses yang melibatkan pengumpulan data data kuantitatif mengenai pembelajaran atau perubahan perlakuan pelajar akibat daripada proses pengajaran dan pembelajaran.-Phopham (2002) menyatakan istilah istilah pengukuran, ujian dan pentaksiran digunakan secara bersilih ganti dan sinonim.-Ronald L.Taylor (2000) merujuk kepada proses mengumpul maklumat-berkaitan untuk membantu individu membuat keputusan.-Raymond (2000) digunakan sebagai alat unutk membuat klasifikasi bagi menentukan seseorang individu itu mempunyai keperluan khas atau tidak.-Gearheart & Gearheart (1990) menyatakan pentaksiran satu proses sistematik unutk mengumpul dan menginterprestasikan data bertujuan keputusan intervensi dan penempatan murid murid khas.Proses penerimaan, perancangan dan perlaksanaan pendidikan khas Kegunaan pentaksiran dalam pendidikan khas-Untuk mendapatkan maklumat berkaitan tentang :a)Kemahiran kognitif (kecerdasan, memori)b)Kemahiran motorc)Kemahiran persepsi (visual, auditori)d)Kemahiran akademik (bacaan, tulisan, matematik)e)Kemahiran bahasa (ekspresif, reseptif)f)Tingkahlakug)Emosih)Sosiali)Ekonomij)Gambaran kemajuan muridCARA PENGUMPULAN MAKLUMATi) Rekod Lama

ialah rekod yang membolehkan guru memperoleh maklumat atau peristiwa atau keadaan pada masa sebelumnya.

contohnya buku rekod, dalam buku rekod tu, guru dapat tengok tahap pencapaian murid pada darjah berapa ke darjah berapa. Dengan adanya rekod lama ini, guru dapat membandingkan tahap pencapaian murid tersebut..sama ade meningkat atau semakin menurun...

ii) Sample Kerja

juga dikenali sebagai hasilan kerja.

berdasarkan kerja murid yang telah siap.

example: kraftangan, lukisan and paling jelas ialah kerja sekolah korang (homework).

iii) Pengujian

bertujuan untuk menilai pencapaian murid.

contoh paling dekat dengan korang ialah EXAM, I hate exam okey...lalaala

Pengujian ni satu prosedur yang lebih sistematik dan boleh dinilai dengan menggunakan skala bernombor atau sistem berkategori.

iv) Pemerhatian

digunakan untuk mengenalpasti ciri2 perkembangan murid dari aspek afektif dan psikomotor.

v) Soal Selidik

melalui teknik temubual untuk mendapatkan maklumat daripada murid.