isl m3

7
ISL M3 : Menghasilkan carta garis masa tentang proses pembentukan masyarakat pluralistik di alam Melayu Pengenalan 1. Pluralisme : ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat. 2. Plurati : wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semula jadi-masyarakat Melaka. 3. Pluralistik : wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan-era penjajah British. Ciri-ciri Pluraliti Pluralistik Semula jadi tanpa paksaan Sukarela mencari kehidupan dan kekayaan Disertai oleh ahli keluarga Menjamin ketenangan pemikiran dan perasaan fleksible Secara paksaan Demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris Tidak disertai oleh ahli keluarga Tidak pernah melupakan negara asal Kesan Pluraliti Pluralistik Kewujudan interaksi yang harmoni antara penduduk dan alam sekitar Sanggup berkahwin dengan orang tempatan Mengamalkan budaya seharian orang Melayu Amalan dan adat resam pendatang asing diterima oleh penduduk tempatan Gagal berasimilasi dengan penduduk dan alam sekitar Mempunyai sistem tersendiri Terasing dengan kelompok masyarakat yang lain walaupun di tempat yang sama Tidak berkenalan antara satu sama lain

Upload: wee-dong-lau

Post on 11-Jan-2016

230 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

x

TRANSCRIPT

Page 1: ISL M3

ISL M3 : Menghasilkan carta garis masa tentang proses pembentukan masyarakat

pluralistik di alam Melayu

Pengenalan

1. Pluralisme : ideologi yang menyama-ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat.

2. Plurati : wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semula jadi-masyarakat Melaka.

3. Pluralistik : wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan-era penjajah British.

Ciri-ciri

Pluraliti Pluralistik

Semula jadi tanpa paksaan

Sukarela mencari kehidupan dan

kekayaan

Disertai oleh ahli keluarga

Menjamin ketenangan pemikiran dan

perasaan

fleksible

Secara paksaan

Demi kepentingan ekonomi dan politik

Inggeris

Tidak disertai oleh ahli keluarga

Tidak pernah melupakan negara asal

Kesan

Pluraliti Pluralistik

Kewujudan interaksi yang harmoni

antara penduduk dan alam sekitar

Sanggup berkahwin dengan orang

tempatan

Mengamalkan budaya seharian orang

Melayu

Amalan dan adat resam pendatang

asing diterima oleh penduduk

tempatan

Gagal berasimilasi dengan penduduk

dan alam sekitar

Mempunyai sistem tersendiri

Terasing dengan kelompok

masyarakat yang lain walaupun di

tempat yang sama

Tidak berkenalan antara satu sama

lain

Page 2: ISL M3

Garis masa proses pembentukan masyarakat pluralistik di alam Melayu

Kesultanan Melayu Melaka

Negeri-negeri Persisiran Melaka terdedah kepada perdagangan antarabangsa.

Faktor pembentukan masyarakat pluraliti :

- Kedudukan Selat Melaka yang strategik

- Kemudahan yang disediakan

- Rancangan sultan dan pembesar

Kesan pembentukan masyarakat pluraliti :

- Pembentukan masyarakat majmuk

- Interaksi berlaku

- Berlakunya unsur akomodasi

- Asimilasi penduduk tempatan dengan etnik lain

- Penyebaran Islam

- Perkembangan ekonomi, politik dan sosial

Melaka diserang oleh Portugis pada tahun 1511.

Kesultanan Melayu Melaka

(1402-1511)

Penjajahan Portugis (1409-1641)

Penjajahan Belanda (1641-1824)

Penjajahan British (1826-1941)(1946-1948)

Penjajahan Jepun (1941-1945)

Page 3: ISL M3

Penjajahan Portugis

Faktor penjajahan Portugis :

- Kemakmuran Melaka

- 3G, Glory (kemegahan), Gold (kekayaan), Gospel (keagamaan)

Kesan penjajahan Portugis :

- Tamatnya zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka

- Menduduki Melaka selama 130 tahun

- Masyarakat Serani – unsur akomodasi

Penjajahan Belanda

Faktor penjajahan Belanda :

- Belanda jajahan takluk King Philip (raja Sepanyol)

- Akibat pertikaian agama, Belanda melawan, merdeka pada 1548

- Portugal dan Belanda mempunyai hubungan perniagaan

- Portugal dtawan Raja Philip, hubungan terputus

- Belanda mencari rempah ratus di Asia

- Pada tahun 1639, Belanda menawan Melaka melalui perjanjian dengan

negeri Johor.

Melaka diserahkan kepada British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda (1824)

Penjajahan British

Faktor kedatangan Melayu :

- Kawasan pertanian terhad akibat keluburan

- Belanda mengenakan cukai yang tinggi, membebankan penduduk dan

menyebabkan kehilangan tanah

- Sistem Tanaman Paksa diperkenalakan sebagai sumber pendapatan selepas

Perang Napoleon

- Ketidakstabilan politik di negara asal akibat penindasan Belanda

- Kepesatan ekonomi Tanah Melayu membuka peluang pekerjaan

Faktor kedatangan Cina :

- Perkembangan perusahaan bijih timah yang memerlukan banyak buruh

Page 4: ISL M3

- Kerajaan British melonggarkan syarat kemasukan ke negeri-negeri Melayu

- Kesukaran hidup akibat bencana alam, pertambahan penduduk

- Ketidakstabilan politik yang menyebabkan nyawa dan harta diancam

- Kemudahan sistem pengangkutan seperti kapal stim dan ejen-ejen

- Daya usaha yang tinggi dan suka mengembara

Faktor kedatangan India :

- Kesukaran hidup kerana kawasan pertanian dan pekerjaan terhad

- Pertambahan penduduk yang pesat

- Bencana alam

- Pertumbuhan ekonomi Tanah Melayu – tanaman pertanian dagang seperti

getah dan kelapa sawit

- Galakan kerajaan Inggeris untuk bekerja di lading, perkhidmatan awam dan

pembinaan

Dasar pecah dan perintah :

- Membawa masuk pendatang asing dari China dan India untuk kepentingan

ekonomi

Gagal berasimilasi

Wujud masyarakat pluralistik yang hidup terasing daripada kelompok lain

walaupun tinggal di tempat yang sama

Zaman pluraliti Kesultanan Melayu Melaka

Zaman pluraliti Kesultanan Melayu Melaka merupakan kemuncak pluraliti di alam

Melayu.

Melaka diperintahkan oleh para sultan dan pembesar yang berpandangan jauh

Empayar Melaka merupakan tempat pertemuan para pedagang dari seluruh

pelosok dunia sehingga digelar “The Venice of the East”

Faktor-faktor yang membawa keagungannya sehingga diberi jolokan “The

Venice of the East” adalah :

(a) Pemerintahan yang diplomasi dan terbuka

Page 5: ISL M3

- perlantikan jawatan penting dalam kerajaan adalah terbuka kepada

semua etnik. Sebagai contoh, Raja Mendeliar yang berketurunan India

pernah dlantik memegang jawatan penting di istana sultan.

- perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka dengan anak

pemerintah China dan pemerintah yang lain. Sultan Melaka, Sultan

Mansuh Shah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po dari negara China.

- Proses penghijrahan berlaku secara semulajadi tanpa paksaan. Sebagai

contoh, rakyat tidak memerlukan passport dan visa untuk memasuki

sesuatu kawasan.

- Memberi peluang kepada etnik imigran untuk tinggal di Melaka dan

berkahwin dengan wanita tempatan. Sebagai contoh, pedagang Arab,

China, India dan lain-lain telah berasimilasi dengan penduduk tempatan

dengan baik sekali dan telah mewujudkan kategori masyarakat yang tidak

pernah wujud sebelumnya, iaitu masyarakat Baba dan Nyonya.

(b) Perdagangan

- Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima kehadiran para

pedagang daripada seluruh pelosok dunia tanpa syarat-syarat yang

menyulitkan kemungkinan pelabuhan Melaka berkembang sebagai

pelabuhan penting dunia.

- Pelaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka

menjamin tahap keselamatan yang tinggi kepada ribuan kapal pedagang

serta menyebabkan perdagangan di Melaka berkembang pesat.

- Kecekapan kawalan terhadap hasil rempah-ratus yang menjadi tarikan

kepada ketadangan pedagang asing.

(c) Kebudayaan

- Kedatang pedagang antarabangsa dan perkahwinan antara etnik imigran

dengan penduduk tempatan membentuk komuniti tersendiri. Sebagai

contoh, Kacukan Cina-Melayu yang unik dinamakan Baba dan Nyonya

telah mewujudakan bahasa pertuturan mereka iatu Melayu.

- Kemajuan perdagangan dan kemajuan sebagai kota metropolitan

menyebabkan Melaka wujud sebagai kota multi-budaya.