isl m 6

52
TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF Pengenalan Perlu ditegaskan bahawa pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada.Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai ,iaitu sesuatu penggerak yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan itu.Proses pembelajaran ini akan terakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan. Menurut sesetengah ahli psikologi seperti Piaget,Kohler,Bruner,Gagne dan Ausubel menekankan proses kognitif yang sebenarnya menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran.Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya.Mengikut mereka,pembelajaran bukan percubaan secara membabi buta tetapi mempunyai motif atau objektif-objektif tertentu. Selain itu,mengikut kajian-kajian mazhab kognitif ,pembelajaran hanya boleh berlaku adalah berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pmbelajaran.Ahli-ahli kognitif mengaitkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan proses-proses mental dalaman ,iaitu

Upload: wan-man

Post on 03-Oct-2015

229 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

self learning work

TRANSCRIPT

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIFPengenalanPerlu ditegaskan bahawa pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang ada.Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai ,iaitu sesuatu penggerak yang dapat mendorongnya berusaha memikirkan erti rangsangan itu.Proses pembelajaran ini akan terakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.Menurut sesetengah ahli psikologi seperti Piaget,Kohler,Bruner,Gagne dan Ausubel menekankan proses kognitif yang sebenarnya menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran.Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya.Mengikut mereka,pembelajaran bukan percubaan secara membabi buta tetapi mempunyai motif atau objektif-objektif tertentu.Selain itu,mengikut kajian-kajian mazhab kognitif ,pembelajaran hanya boleh berlaku adalah berdasarkan pelajar yang mempunyai cukup pengalaman yang berkaitan untuk mempelajari pengalaman baru di samping mempunyai motif serta rela mengambil inisiatif diri sendiri untuk menjalankan aktiviti pmbelajaran.Ahli-ahli kognitif mengaitkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dengan proses-proses mental dalaman ,iaitu fikiran ,ingatan,pengetahuan dan penyelesaian masalah yang berlaku dalam pembentukan skema manusia.Ahli-ahli kognitivis berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam minda manusia.Oleh yang demikian,ahli-ahli penyelidik tidak dapat memerhatikan secara langsung bagaimana pembelajaran berlaku kecuali dengan meramal daripada tingkah laku manusia.Proses dalaman yang dirujuk termasuk pemikiran,celik akal,pemprosesan maklumat,ingatan dan pengamatan.

Teori Pemprosesan Maklumat Gagne Robert M Gagne(1916-2002) adalah seorang ahli psikologi yang dianggap sebagai bapa psikologi pendidikan dan telah menjalankan penyelidikan luas dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.Beliau telah mencari cara yang paling sempurna dan unggul untuk melakukan suatu pembelajaran yang standard.Beliau turut memberikan sumbangan yang kini menjadi asas pendidikan di kalangan pendidik seluruh dunia.Sumbangan beliau adalah dalam aspek-aspek seperti taksonomi pembelajaran dan juga sembilan syarat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Gagne telah mengkaji cara seseorang menerima dan memproses maklumat yang diterima melalui deria.Beliau menyamakan proses ini dengan proses pemprosesan maklumat oleh sebuah komputer,iaitu,input rangsangan diproses oleh memori sensori dan ingatan jangka pendek.Maklumat yang dihasilkan digunakan untuk bertindak dengan persekitaran atau disimpan dalam memori jangka panjang.Di samping itu, Taksonomi Gagne merupakan antara sumbangan terpenting beliau.Taksonomi Gagne boleh dibahagikan kepada lima kategori seperti kemahiran verbal,kemahiran intelektual,strategi kognitif,sikap positif dan kemahiran motor.Kemahiran verbal terdiri daripada kemahiran-kemahiran penghafalaan dari memori,membuat respon verbal kepada input,kebolehan melabel dan menamakan fakta secara verbal atau bertulis dan kebolehan untuk mengingat semula maklumat-maklumat yang berkaitan.Seterusnya,kemahiran intelektual terdiri daripada kemahiran berdiskriminasi ,mengkategorikan mengikut ciri-ciri fizikal atau abstarak ,pengaplikasikan prosedur-prosedur mudah dan yang kompleks untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau masalah.Ia mengandungi beberapa aras seperti aras diskriminasi ,konsep konkrit ,penggunaan peralihan dan penyelesaian masalah.Kategori ketiga iaitu strategi kognitif pula merujuk kepada kebolehan individu-individu untuk mereka cipta dengan proses mental untuk mencapai sesuatu tugasan dan menyelesaikan masalah.Ia melibatkan kebolehan individu untuk membuat pilihan ,keputusan dan model mental.Kategori seterusnya pula sikap positif iaitu ia merujuk kepada individu-individu yang berkelakuan untuk menggambarkan nilai-nilai murni yang baru dikuasai.Individu berkebolehan untuk memberi sesuatu pendapat dengan logikal dan rasional.Kemahiran motor adalah kategori terakhir yang terdapat dalam Taksonomi Gagne.Ia melibatkan perlakuan tugas-tugas fizikal mengikut piawaian yang telah ditentukan.Ia turut melibatkan pergerakan otot ,umpamanya memandu kereta dan mambaling bola.Selain daripada Taksonomi Gagne,beliau juga telah menyenaraikan sembilan situasi pengajaran dan proses kognitif untuk setiap syarat yang ditetapkan oleh beliau.Situasi-situasi ini perlu dititikberatkan oleh guru-guru supaya pengajaran dilaksanakan dengan berkesan dan pembelajaran akan berlaku dengan kukuh dan sempurna.Menurut Gagne,sebagai seorang guru,ia perlu menarik perhatian murid.Bagi mendapatkan tumpuan murid ke atas pengajarannya,guru boleh memulakan pengajaran dengan set induksi yang menarik.Selain itu,guru juga perlu memberitahu murid-murid mengenai objektif pelajaran supaya murid dapat tahu apa yang akan dipelajarinya pada hari itu.Seterusnya,guru juga perlu mengingatkan murid-murid mengenai pelajaran lampau untuk merangsang pengetahuan sedia ada pada mereka.Guru boleh menyoal murid-murid mengenai satu tajuk spesifik yang akan diajari.Ini adalah untuk membolehkan murid itu berfokus kepada tajuk tersebut.Di samping itu,guru juga boleh memberi panduan dengan membantu mereka melalui persoalan-persoalan yang berkaiatan dengan proses pengajaran dan pembelajaran pada hari itu.Sebagai seorang guru,ia perlu menggalakkan murid membuat latihan kendiri bagi mendapatkan gerak balas daripada mereka. Selepas mereka membuat latihan kendiri,guru perlu memberi maklum balas dan membetulkan sekiranya wujud konsep yang salah.Selain itu, guru juga boleh menilai tahap pencapaian murid dengan memberi latihan tambahan dan pemulihan. Ini juga merupakan satu kaedah penilaian dan pentafsiran yang boleh dilakukan untuk meninjau tahap pemahaman mereka.Akhir sekali,guru perlu membuat generalisasi dengan membuat pemindahan pembelajaran dimana guru boleh mengajukan soalan-soalan lain dan meminta murid mengenal pasti jawapannya.Secara kesimpulannya, pembelajaran berlaku daripada yang konkrit kepada abstrak. Pembelajaran juga mengutamakan murid keupayaan murid mencapai celik akal dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran, teori ini menekankan Proses Penanggapan dan Pemprosesan Maklumat. Teori ini juga menekankan proses peneguhan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan.Teori Pembentukan Konsep BrunerJerome Bruner telah dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915. Insan yang lebih dikenali sebagai J.Bruner ini merupakan bapa kepada teori psikologi kognitif. Anak kepada Herman dan Rose (Glickmann) Bruner, telah dilahirkan buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau masih bayi. Bruner bersekolah di sekolah umum, lulus dari sekolah tinggi pada tahun 1933, dan masuk Duke University di mana ia mengambil jurusan psikologi, mendapat gelaran AB pada tahun 1937. Bruner kemudian mengejar kajian pascasarjana di Harvard University, menerima MA pada 1939 dan Ph.D. pada tahun 1941. Semasa Perang Dunia II, beliau berkhidmat di bawah Jeneral Eisenhower di Perang Psikologis Divisi Markas Tertinggi Bersekutu Expeditionary Force Eropah. Beliau memainkan peranan yang penting dalam perancangan Projek Medison, suatu kurikulum matematik moden di Amerika Syarikat.Antara pencapaian yang telah diperolehi oleh berliau adalah seperti, BA, Duke University, 1937, PhD, Harvard, 1941 (psikologi), Profesor psikologi di Harvard (1952-1972), Profesor psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA Pingat Emas, 1974, untuk "kajian khas dan asli", Balzan Prize pada tahun 1987 untuk "sumbangan untuk memahami fikiran manusia" serta Fellow, American Academy of Arts and Sciences. Bruner berpendapat bahawa cara seseorang individu mengamalkan budayanya dan pergaulan sosialnya akan menentukan cara bagaimana individu tersebut menerima pendidikan.Beliau terkenal untuk dua teori kognitifnya iaitu Model Penemuan Inkuiri dan Teori Pembentukan Konsep. Fokus utama teori Bruner adalah model penemuan inkuiri dalam pembelajaran yang mementingkan konsep kategorisasi.Bruner lebih menegaskan faktor-faktor persekitaran dan pengalaman model penemuan inkuirinya.Pembelajaran penemuan Bruner adalah lebih berdasarkan prinsip konstruktivisme iaitu,seorang murid akan membina maklumat dan konsep baru berdasarkan perkaitan di antara maklumat-maklumat yang sedia ada.Murid-murid akan mengolah maklumat melalui struktur kognitif yang sedia ada seperti skema dan model mental untuk menambah kesedaran baru dalam ingatan. Menurut model ini,murid-murid digalakkan belajar melalui perbuatan aktiviti dan pengalam sendiri.Dalam keadaan ini,peranan guru adalah untuk mencungkil fikiran mereka serta memberangsangkan naluri ingin tahu murid-murid dengan soalan-soalan yang mencabar.Guru-guru juga bertanggungjawab untuk memastikan aktivit-aktiviti pengajaran bersesuaian dan murid-murid tidak gagal dalam aktiviti penemuan mereka. Terdapat empat tema yang berkaitan dengan Model Penemuan Inkuiri yang harus diutamakan.Tema pertama adalah pertengahkan konsep dan keutamaan struktur kognitif dalam proses pembelajaran.Pemindahan pembelajaran daripada pengetahuan lama yang sedia ada kepada input dan konsep-konsep baru perlu difokuskan.Guru-guru mesti selalu pertengahkan dan memfokuskan pada konsep-konsep yang baru kerana penguasaan fakta-fakta atau sesuatu teknik tidak berkesan dalam jangka masa panjang.Tema seterusnya pula kesediaan belajar murid-murid.Guru-guru mesti meneliti kesediaan pembelajaran murid-murid dan mengutamakan kurikulum berpusar.Guru juga perlu sentiasa mengajar isi pelajaran dan kurikulum daripada senang kepada susah dan yang sentiasa mengaitkan satu konsep dengan yang lain.Selain daripada itu,sesuatu topik mesti selalu diulang oleh guru sehingga murid-murid memahaminya dengan sempurna. Tema ketiga pula adalah penggunaan naluri intuitif atau gerak hati.Semasa guru-guru mengajar,mereka mesti mengajar dengan memfokuskan kepada naluri intuitif atau gerak hati para murid.Pembelajaran harus produktif dan perlu diutamakan sebagai pembelajaran yang bermakna untuk murid-murid.Pembelajaran perlu disokong dengan pemikiran lain seperti pemikiran analitikal.Tema yang terakhir adalah motof untuk belajar.Guru-guru juga mesti sentiasa mencungkil motivasi dalaman atau naluri ingin tahu murid-murid mengenai sesuatu fenomena.Ini merupakan cara yang paling berkesan bagi seorang guru untuk menarik minat murid-muridnya.Guru-guru juga perlu mengajar murid-murid yang mencapai markah yang tertinggi dalam peperiksaan atau mendapat tempat pertama dalam pertandingan sekolah bukan tujuan utama untuk belajar sesuatu.Motif untuk belajar adalah lebih untuk memenuhi keperluan kognitif minda serta untuk perkembangan intelek murid-murid. Bruner juga telah mengutamakan teori pembentukan konsep yang terkenal.Beliau menekankan perkembangan kognitif kanak-kanak melalui beberapa peringkat penaakulan.Peringkat pertama adalah peringkat enaktif atau tidak aktif.Kanak-kanak yang berumur dari 0-2 tahun tergolong dalam peringkat ini.Pada peringkat ini,kanak-kanak belajar melalui tindakan manipulatif kerana mereka belum menguasai bahasa untuk bertutur.Mereka juga menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan masalah.Beberapa aktiviti dilakukan berdasarkan pergerakan anggota kanak-kanak.Maka,guru-guru perlu sdiakan bahan maujud untuk mengimbangkan minda murid-murid dalam peringkat ini.Menuut Bruner,peringkat ikonik adalah peringkat penaakulan kedua.Kanak-kanak yang berumur 2-4 tahun dapat membayangkan satu situasi dalam minda mereka pada peringkat ini.Mereka juga menyimpan maklumat dan pengalaman dalam kerangka kognitif secara lebih tersusun.Guru-guru perlu merancang pelajaran dengan menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar.Peingkat terakhir adalah peringkat simbolik.Pada peringkat ini,kanak-kanak boleh menggunakan simbol seperti bahasa,perkataan,nombor dan simbol-simbol matematik.Mereka juga dapat memindah pengalaman pembelajaran ke situasi serupa dengan membuat penaakulan logik.Pada tahap ini,kanak-kanak dapat menyoal mengenai satu fenomena dan dapat memberi pendapat mengenai sesuatu masalah atau situasi.Mereka juga menggunakan langkah-langlah penyelesaian masalah.Oleh yang demikian,guru-guru harus merancang pengajaran secara teratur supaya murid-murid dapat mengembangkan potensi mereka pada peringkat ini.Menurut Bruner,dalam mana-mana tempoh masa yang tertentu ,satu jenis penaakulan akan lebih dominan daripada yang lain.Ini bererti kanak-kanak berkebolehan untuk berfikir pada tahap yang lebih mantap melalui pendedahan kepada idea-idea kognitif mencabar dalam persekitaran mereka daripada umur yang kecil lagi. Dengan itu,Bruner (1996),di dalam bukunya Toward a Theory of Instruction ,menghuraikan empat prinsip pengajaran-pembelajaran berlandaskan teori pembelajaran yang dikemukakannya.Di antaranya ialah prinsip kecenderungan murid-murid,prinsip pengajaran berstruktur,prinsip rangkaian ataupun sekuen dan prinsip peneguhan.Dalam prinsip kecenderungan murid-murid,murid-murid mesti mempunyai kecenderungan ingin tahu perkara-perkara yang sedang berlaku di sekelilngnya.Mereka perlu sentiasa menyoal diri dengan soalan-soalan sepert Mengapa?,Kenapa? atau Bagaimanakah sesuatu berlaku?Manakala pengajaran berstruktur pula dikatakan sebagai organisasi isi pelajaran oleh Bruner.Mengikut beliau,aktivit pembelajaran dan pengajaran yang berkesan dapat dicapai sekiranya organisasi isi pelajaran adalah sesuai dengan pembelajaran mental kanak-kanak.Prinsip ini mengutamakan apa isi pelajaran sesuai dengan apa bentuk pengajaran,dan apa bentuk pengajaran yang sesuai digunakan untuk apa murid yang berkenaan.Di bawah prinsip ini,Bruner mencadangkan penggunaan prinsip pengajaran daripada konkrit kepada abstrak ,iaitu menggunakan bahan konkrit ,demonstrasi ataupun ilustrasi untuk mengajar perwakilan nombor.Sementara itu,prinsip rangkaian yang juga dikenali sebagai prinsip sekuen merupakan suatu prinsip turutan. Mengikut Bruner, prinsip ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu prinsip sekuen yang pertama (prinsip kesediaan). Di mana pada peringkat ini guru perlu menggunakan set induksi untuk menimbulkan motivasi yang berterusan kepada murid agar aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan berkesan. Prinsip seterusnya adalah prinsip sekuen yang kedua. Prinsip ini adalah penggunaan dan perlaksanaan kaedah dan teknik mengajar. Kaedah dan teknik mengajar perlulah seimbang dengan perkembangan kognitif murid pada waktu itu. Secara tidak langsung, ianya dapat mempertingkatkan daya keupayaan mental kanak-kanak. Prinsip sekuen ini dapat menghubungkaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama serta keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.Justeru itu,murid-murid harus diberi peluang untuk sentiasa mengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada dan menguasai bahan-bahan pembelajaran dalam bentuk rangkaian.Dengan itu,prinsip yang terakhir adalah prinsip peneguhan.Guru-guru mesti bijak membuat peneguhan yang bersesuaian tidak kira positif ataupun negatif untuk memperkukuhkan sesuatu pembelajaran.Mengikut Bruner,selain daripada memberi peneguhan,penetapan masa yang sesuai dalam pemberian peneguhan juga penting supaya gerak balas yang ditunjukkan oleh murid-murid diulang secara bersiri dan konsisten.Secara kesimpulanya,boleh dikatakan bahawa teori Bruner telah mempengaruhi pengajaran dengan impak yang paling ketara.Teori Pembelajaran Asimilasi Ausubel David Paul Ausubel(1918-2008) merupakan salah seorang ahli psikologi Amerika. Beliau telah memberi banyak sumbangan yang penting khususnya dalam bidang psikologi pendidikan, sains kognitif dan juga pembelajaran pendidikan sains. Ausubel Silahirkan pada 25 Oktober 1918 dan dibesarkan di Brooklyn, New York. Beliau mendapat pendidikan di Universiti of Pennsylvania dan mendapat ijazah kehormat pada tahun 1939 dalam bidang psikologi. Kemudian Ausubel menamatkan pelajarannya di sekolah perubatan di Universiti Middlesex. Beliau juga telah berkhidmat dengan jabatan pertahanan US Public Health Service, dan telah memperolehi M.A dan Ph.D dalam Psikologi Perkembangan dari Universiti Columbia pada 1950. Pada tahun 1973, Ausubel membuat keputusan untuk bersara dari bidang akademik dan menyertai latihan psikiatri. Sepanjang menjalani latihan psikaitri, Ausubel telah menghasilkan pelbagai judul buku dan artikel tentang psikiatri dan jurnal psikologikal. Pada tahun 1976, beliau telah menerima Anugerah Thorndike dari Persatuan Psikologi Amerika bagi sumbangan beliau yang memberangsangkan dalam bidang psikologi dalam pendidikan. Pada umur 75 tahun, Ausubel bersara dari bidang professional dan melibatkan diri sepenuhnya dalam penulisan dan telah menghasilkan empat buah buku yang terkenal. David Ausubel telah mengemukakan teori pembelajaran yang mengatakan manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan daripada pembelajaran penemuan atau dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori. Model pembelajaran ekspositori yang dikemukakan oleh beliau menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dandijelaskan menurut urutan serta fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada am kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh (Woolfolk, 1998). Ausubel juga mengemukakan pembelajaran lisan bermakna iaitu meaningful verbal learning, termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.Dua proses yang dikemukakan untuk membantu pembelajaran bermakna ialah pembelajaran resepsi dan penemuan.Ausubel lebih mementingkan pembelajaran resepsi daripada pembelajaran penemuan dan hafazan.Resepsi bermaksud penerimaan maklumat oleh murid-murid apabila guru mengemukakan isi kandungan pelajaran secara eksplisit ,langsung,lengkap dan tersusun.Mengikut model ini,guru-guru harus menyampaikan pelajaran melalui kuliah atau ceramah,iaitu dalam bentuk pengajaran memusatkan guru.Penemuan berlaku apabila murid-murid meneroka bahan-bahan pembelajaran yang disediakan oleh guru-guru dan membentuk konsep melalui proses penyelesaian masalah.Murid-murid berusaha untuk mencari makna sendiri dengan menggunakan kerangka kognitif yang telah dibina sebelum ini. Untuk membantu pembelajaran,Ausubel juga telah memperkenalkan konsep penyusunan awal. Penyusunan awal telah diperkenalkan oleh beliau untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optimal berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada penyusunan awal. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut.Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada guru dan pelajar tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentangapa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk mengingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari. Mengikut Ausubel,peta konsep adalah sebuah struktur grafik yang boleh digunakan sebagai penyusunan awal dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pemetaan peta konsep dapat membantu proses penyusunan maklumat murid-murid secara jelas.Ia juga dapat mengukuhkan isi kandungan yang sedia ada dalam struktur kognitif murid-murid dan mendemostrasikan kefahaman mereka mengenai sesuatu topik.Pembelajaran bermakna hanya boleh berlaku sekiranya guru-guru menyusun bahab-bahan pembelajaran dalam bentuk yang lengkap dan sempurna.Dalam erti kata lain,pembelajaran berkesan berlaku jika penyampaian pengajaran guru-guru tersusun dan atur.Justeru itu,teori beliau juga dikenali sebagai Teori Pembelajaran Resepsi. Pembentukan kerangka pengetahuan atau struktur mental/kognitif berkembang dengan pembelajaran bermakna melalui 4 proses.Proses pertama adalah proses subsumsi.Proses subsumsi merujuk kepada pengetahuan baru mengenai konsep-konsep yang lebih umum dan inklusif di dalam struktur kognitif seseorang individu.Proses ini terdiri daripada subsumsi terbitan dan subsumsi korelatif.Subsumsi terbitan merujuk kepada maklumat bary yang terbit daripada maklumat lama yang ada pada diri murid-murid.Maklumat baru ini akan disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.Sementara subsumsi korelatif merujuk pada suatu keadaan di mana murid-murid menukar dan mengubahsuai struktur kognitif yang sedia ada untuk mengakomodasikan maklumat atau konsep baru.Proses subordianat dan superodinat merupakan proses kedua dalam pembentukan kerangka pengetahuan.Proses subordinat adalah pengolahan maklumat untuk memahami konsep secara terperinci dan khusus.Proses ini adalah spesifik dan bukan umum.Proses pembelajaran subordinat boleh dijalankan melalui pengajaran induktif.Sebaliknya,proses superordinat adalah pengolahan maklumat secara am dan inklusif.Proses pembelajaran ini boleh dijalankan melalui pengajaran deduktif.Proses ketida adalah perbezaan progresif.Dalam pendekatan ini,guru-guru akan cuba memantapkan kefahaman sesuatu konsep secara progresif atau beransur-ansur khasnya apabila konsep itu sangat sukar.Guru-guru akan mendedahkan murid-murid kepada proses pembelajaran dimana mereka perlu mendedahkan prinsip-prinsip yang lebih am dalam konsep-konsep yang dan yang berkaitan di antara satu sama lain.Kemudian,guru-guru akan membuat elaborasi ciri-ciri yang lebih terpencil yang wujud di dalam konsep-konsep yang sukar ini.Mereka juga akan menekankan perbezaan dan persamaan yang wujud di antara konsep-konsep yang saling berkaitan.Langkah ini akan membantu murid-murid meningkatkan kefahaman dan memperolehi penguasaan pembelajaran terhadap konsep-konsep yang sukar.Proses penyelarasan integratif atau pengubahsuaian bersepadu adalah proses terakhir.Dalam proses penyelarasan integratif ,guru-guru mesti memainkan peranan untuk menhilangkan kekeliruan dan persoalan yang timbul dalam minda murid-murid akibat daripada pendedahan kepada pelbagai jenis konsep dan rumus dalam sistem persekolahan.Mereka akan cuba menyelaraskan tajuk-tajuk pembelajaran yang hampir sama supaya lebih mudah difahami oleh murid-murid.Justeru itu,pengubahsuaian bersepadu juga merujuk kepada satu pendekatan dimana percanggahan makna di antara konsep-konsep yang hampir sama atau berkaitan dengan lebih teliti oleh guru. Prinsip pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam pengajaran dengan memberikan perhatian kepada dua perkara.Perkara pertama, Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran resepsi(penerimaan)atau model pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yanglengkap dalam susunan yang teratur seperti dalam kaedah kuliah.Perkara kedua pula menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan pelajarmengingat semula konsep yang telah dipelajari dan mengaitkannya dengan konsepbaru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.

Ciri-Ciri Penting Mazhab Kognitif Dan Penggunaannya Dalam Kelas.Menurut Kamarudin Hj. Husin (1993), terdapat beberapa ciri-ciri penting yang dapat dikutip daripada setiap mazhab untuk diaplikasikan di dalam bilik darjah. Antaranya ialah :1) Pembelajaran merupakan satu proses mentalMelalui prinsip ini, pembelajaran adalah dianggap sebagai satu proses pemikiran. Dalam proses pembelajaran, kanak-kanak sering berfikir, menyelesaikan masalah dan menggunakan akal fikiran mereka melalui kaedah peninjauan secara terperinci. Prinsip ini menekankan kepentingan berfikir. Dalam hal ini, pembelajaran di bilik bilik darjah harus dipergiat untuk membolehkan kanak-kanak berfikir dengan sempurna. Mereka harus disogokkan dengan pengalaman atau keadaan-keadaan tertentu untuk menghasilkan gerak balas tertentu juga. Mereka perlu diberi berfikir, menganalisis serta menilai data-data atau rangsangan-rangsangan yang diperoleh daripada dunia luar sebelum mereka mampu berinteraksi terhadapnya. Prinsip ini member perhatian berat kepada kebolehan intelektual, membina persepsi, ingatan, sensasi dan proses-proses lain yang terlibat dengan aktiviti mental.2) Perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat.Prinsip ini menekankan bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku secara berperingkat-peringkat. Peringkat yang lebih awal adalah lebih mustahak dan utama. Peringkat awal ini menjadi asas kepada perkembangan kognitif yang selanjutnya.Dalam hal pembelajaran, guru harus menyedari hakikat bahawa perkembangan diri kanak-kanak sebenarnya tidak serupa. Oleh yang demikian, kanak-kanak harus dilayan mengikut keperluan psikologi mereka yang sebenar. Semua perancangan yang melibatkan aktiviti, kandungan, pemilihan bahan, strategi pengajaran dan sebagainya harus sesuai dengan perkembangan diri kanak-kanak ketika itu. Guru harus memikirkan tentang tahap kemampuan berfikir, pembinaan konsep-konsep, keperluan mewujudkan suasana konkrit daya ingatan dan sebagainya yang sebenarnya sentiasa terlibat dalam proses pembelajaran. Menurut prinsip ini, mengajarkan seseorang kanak-kanak tentang sesuatu yang belum sampai masanya akan memakan masa yang panjang daripada mengajar seseoarang kanak-kanak tentang sesuatu yang bersesuain dengan kemampuannnya. Ini bermaksud bahawa faktor kemampuan dan kematangan dalam pembelajaran adalah penting. Biasanya kanak-kanak tersebut mempunyai motivasi yang lebih tinggi untuk belajar.Pembelajaran harus berasakan minat, umur, kecenderungan, keupayaan mental, emosi dan sosial murid. Kandungan perlu diperingkat-peringkatkan, disusunatur dan disampaikan mengikut keperluan. Keadaan ini perlu mengambil kira prinsip-prinsip pembelajaran yang lain melibatkan pergerakan daripada yang mudah kepada yang lebih kompleks, daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman, daripada yang dekat kepada yang jauh, daripada yang konkrit kepada yang abstark dan sebagainya.3) Pembelajaran adalah satu keseluruhan.Hal ini sebenarnya, melibatkan persepsi. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, keseluruhan adalah lebih penting daripada bahagian-bahagian yang menjadikannya. Ini kerana daripada keseluruhan, kita dapat melihat makna sebenar dan pertalian atau hubungan antara bahagian-bahagiannya.Prinsip ini cuba mengetengahkan proses pengamatan dan pembinaan konsep yang bererti yang hanya dapat dilakukan melalui keseluruhan yang bermakna. Menurut prinsip ini, keseluruhan adalah penting untuk mendapatkan makna atau fungsi yang tepat. Dalam hal pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, seandainya kita hanya berpeluang melihat bahagian-bahagiannya, dan tidak keseluruhannya maka kita tidak dapat menghasilkan satu makna yang menyeluruh. Ini akan menyebabkan pembelajaran dianggap tidak bererti dan tidak sempurna. Dalam hal ini, hukum-hukum pembelajaran yang disarankan oleh mazhab kognitif seperti Hukum Kedekatan, Hukum Keserupaan, Hukum Kesinambungan dan Hukum Tutupan adalah mustahak diberi perhatian untuk membolehkan murid-murid membina konsep-konsep secara berkesan dan menjalani pembelajaran yang lebih bermakna.4) Pembelajaran adalah proses cuba jaya.Dalam kehidupan kita, sering kali kita berhadapan dengan pelbagai masalah. Dalam hal ini, kita cuba menyelesaikannya melalui pelbagai cara yang kita fikirkan terbaik. Biasanya, tiada masalah yang dapat diselesaikan tanpa percubaan-percubaan mengatasinya terlebih dahulu.Dalam hal pembelajaran, proses ini kerap berlaku dan diamalkan di bilik-bilik darjah, malah ia merupakan cara yang paling digemari oleh murid-murid. Melaluinya, murid-murid berpeluang mengetengahkan pendapat dan menggunakan idea sendiri untuk mengatasi sebarang masalah. Dalam kesukaran menyelesaikan masalah itu, tiba-tiba celik akal akan terhasil. Pengalaman-pengalaman itulah yang merupakan pembelajaran bagi mereka.5) Pembelajaran adalah juga satu penyiasatan.Pembelajaran mengikut pendapat mazhab ini bukan sahaja melibatkan proses cuba jaya tetapi juga pada peringkat yang lebih tinggi melibatkan kajian-kajian, penyiasatan dan penerokaan. Dalam hal ini murid-murid biasanya meneliti, memerhati, menganalisis, membuat perbandingan, mengesan dan sebagainya.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelbagai cara boleh digunakan untuk membolehkan penyiasatan dilakukan. Guru boleh menggunakan teknik penemuan, inkuiri, teknik menyelesaikan masalah, teknik lawatan dan sebagainya. Murid-murid boleh juga mengadakan sesi-sesi perbincangan, membentangkan laporan dan lain-lain yang difikirkan perlu. Situasi ini member mereka peluang bertukar-tukar pandangan, mengetangahkan penemuan, menilai kerja-kerja sendiri dan sebagainya.

6) Pembelajaran mementingkan pengalaman dan kesediaan belajar.Menurut prinsip ini, semua pembelajaran harus mengambil kira pengalaman dan pengetahuan sedia ada dan kesediaan belajar murid-murid. Biasanya, pembelajaran yang bertitik tolak daripada kedua-dua elemen ini memudahkan guru-guru merancang, iaitu menyediakan bahan dan milih strategi pengajaran yang sesuai. Di samping itu, murid-murid juga berpeluang mengikuti pembelajaran yang lebih bermakna yang telah disediakan mengikut tahap kemampuan intektual dan pengalaman mereka.

SEJARAH TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIFTeori Pembelajaran tingkah laku yang diutarakan oleh mazhab behavioris tidak dapat digunakan untuk menerangkan semua jenis pembelajaran yang berlaku dalam situasi yang berlainan. Umpamanya, walaupun kita kerap menggunakan telefon untuk menelefon kawan, kita sentiasa perlu merujuk buku panduan telefon untuk mendapatkan nombor. Sukar bagi kita untuk mengingati nombor yang kurang memberi makna dalam hidup kita. Walaubagaimanapun, kita sentiasa mengingati peristiwa yang telah kita alami suatu masa dahulu. Ini kerana peristiwa itu merupakan suatu pengalaman yang bermakna kepada kita.Sehubungan dengan itu, mazhab kognitif (juga disebut mazhab Gestalt) menyarankan bahawa pembelajaran berlaku apabila kita cuba mencari maksud berkaitan dengan sesuatu perkara. Gestalt adalah perkataan German yang bermaksud bentuk, pola, konfigurasi atau keseluruhan yang tersusun. Beberapa orang ahli psikologi pada masa awal kurun ini telah membuat kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pengamatan kita dalam pembelajaran. Oleh itu, teori pembelajaran kognitif juga dikenali sebagai teori Gestalt.Kita menggunakan pemikiran dan otak untuk belajar. Di samping itu, kepercayaan , harapan dan perasaan juga mempengaruhi pembelajaran kita. Dalam situasi bilik darjah murid belajar dengan memperolehi dan mengelolakan pengetahuan. Murid sentiasa mengelolakan pengalaman yang sedia ada untuk membina struktur kognitif supaya memperolehipengetahuan yang baru. Setiap kali murid belajar mereka akan mengelolakan dan menyimpan pengalaman dalam ingatan. Bahkan mereka akan menghayati maksud perkara yang baru mereka pelajari. Pengalaman yang bertindih juga dapat membantu murid menyelesaikan sesuatu masalah yang mereka hadapi.

Mengikut mazhab Gestalt, manusia mempunyai struktur kognitif dan apabila seseorang belajar dia akan menyusun segala maklumat dalam ingatannya. Mazhab kognitif berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai keupayaan mental untuk mengelola dan menyusun serta mengeluarkan semula segala pengalaman untuk membolehkannya memerhati pertalian di antara pengalaman tersimpan dengan masalah yang dihadapi. Mengikut pandangan kognitif, proses pembelajaran dapat disifatkan sebagai pengumpulan, penyusunan dan penggunaan pengetahuan yang dikeluarkan untuk penyelesaian masalah. Pembelajaran kognitif melibatkan dua proses mental yang disebut pengamatan dan penguasaan konsep(penanggapan)Teori kognitif juga menganggap pembelajaran sebagai sati proses yang aktif. Setiap pelajar mempunyai kebolehan mental untuk mengelola, menyimpan dan mengeluarkan semula segala pengalamannya untuk memperoleh maksud baru dalam pembelajaran lanjutan atau untuk menyelesaikan masalah. Seseorang itu tidak belajar secara positif hanya melalui kaedah cuba ralat dalam persekitaran. Murid boleh memilih, membuat keputusan, mempraktik dan mencuba untuk mencapai sesuatu matlamat. Oleh itu, pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada sentiasa menentukan apa yang akan dipelajari, diingati atau dilupakan.

TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET (1896-1980)

2.1Pengenalan Kepada Teori Perkembangan Kognitif Jean PiagetTeori Piaget dianggap sebagai teori perkembangan kognitif yang lebih menyeluruh walaupun ada yang masih menyoal dan tidak menyetujuinya.Teori ini ada pada dasarnya telah menjadi menjadi asas dan pengaruh kepada teori dan penyelidikan yang selanjutnya.Piaget mengemukakan idea tentang pembentukan konsep kanak-kanak dan kecerdasan dengan mencadangkan bahawa penyelidik-penyelidik dapat belajar mengikut kemampuan perkembangan intelek yang didalami oleh kanak-kanak dengan berterusan. Pemerhatian beliau terhadap kanak-kanak secara berterusan termasuk pemeriksaan terhadap kesilapan anak-anak sendiri, maka beliau merumuskan bahawa wujud sistem logikal yang mudah dan teratur yang mendasari pemikiran kanak-kanak. Menurut piaget, sistem-sistem ini adalah berbeza-beza daripada sistem logikal yang digunakan oleh orang dewasa. Untuk memahami perkembangan, sistem-sistem ini seharusnya didefinisikan dan dibahagi mengikut ciri-ciri yang tersendiri. Piaget percaya fungi kecerdasan adalah untuk membanu menyesuaikan diri (adaptasi) kanak-kanak terhadap persekitaran.Fokus penyesuaian (adaptasi) adalah berdasarkan perkembangan kognitif yang dilihat bersama-sama dengan respon kompleks yang dialami terhadap persekitaran. Dengan meningkatkannya pembelajaran dan kematangan kanak-kanak, kedua-dua kecerdasan dan manifestasinya menjadi berbeza-beza. Piaget percaya perkembangan berlaku dalam tahap-tahap yang mengalami perubahan melalui equilibration (penyeimbangan) keadaan yang menyebabkan kanak-kanak mencari suatu keseimbangan di antara apa yang dialami dalam persekitaran dengan proses dan struktur kognitif yang dihadapinya. Equilibration melibatkan tiga proses. Proses pertama, dalam situasi-situasi tertentu, skema dan tahap pemikiran kanak-kanak adalah cukup untuk menyesuaikan atau mengadaptasikan cabaran-cabaran persekitaran. Maka, kanak-kanak tersebut adalah dalam keadaan equilibrium (keseimbangan). Proses kedua kanak-kanak juga diberi informasi yang tidak sesuai dengan skema kanak-kanak kurang menghadapi cabaran-cabaran baru.2.2Peringkat Perkembangan Teori Kognitif Jean Piaget2.2.1Peringkat Deria Motor(0-2 Tahun)Dalam peringkat ini,kanak-kanak mula menggunakan seria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahir selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam persekitrannya. Antara 4 hingga 8 bulan, bayi itu kelihatan telah mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. Apabila berusia satu tahun, dia mula menyedari objek-objek lain di dalam persekitarannya. Diantara 1 hingga 2 tahun, kanak-kanak cuba menggunkan berbagai-bagaiskema(struktur menyelesaikan masalah yang dia hadapi). Pada akhir dua tahun, kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang mudah. Dari kelahiran hingga umur 2 tahun, kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannnya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. Contohnya, bayi berumur sebelum Sembilan bulan tidak akan mencari objek yang tidak kelihatan setelah diperhatikan objek tersebut sebelummya. Pada tahap ini, bayi melihat kepada hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa. Bayi tersebut mempelajari tentang dirinya dengan melihat, menyentuh, dan mendengar di sekelilingnya kemudian menirunya. Kebolehan untuk meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (observational learning) (Mussen dan Kagan, 1974). Dalam perkembangan sensorimotor ini, terdapat enam sub tahap yang dikategorikan dengan melihat perkembangan kebolehan tertentu pada umur yang tertentu.a) Dari lahir hingga satu bulan (refleks)

Bayi hanya mampu melakukan gerakan pantulan. Gerakan pantulan yang diwujudkan lahir melalui tingkah laku pendengaran, penyusunan, gerakan tangan (genggaman dan sebagainya), penyesuaian, pandangan, pergerakan mata dan sebagainya. Gerakan ini belum dapat ditentukan perbezaannya. Sebahagian besar daripada gerakan ini dilakukan ialah untuk keperluan tertentu atau hanya sebagai gerakan pantulan sahaja.

b) Sebulan hingga empat bulan (reaksi asas sekular)

Peringkat pertama pencapaian untuk penyesuaian dan berlakunya reaksi sekular. bayi mula mempunyai pengertian tentang bahagian badannya yang tertentu. Di tahap ini pengalaman memainkan peranan yang penting untuk pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Pengalaman boleh didapati daripada perkembangan di tahap pertama. dengan itu tingkah laku kanak-kanak pada tahap kedua ini sudah bergantung kepada andaian sebab musabab yang tertentu untuk mewujudkan sesuatu situasi baru. Pergerakan sistem sensori mula diselaraskan dengan sistem pandangan dan gerakan tangan. bila mendengar sesuatu bunyi, bayi akan menggerakkan kepala dan matanya ke arah punca sumber bunyi. Contohnya, sekiranya bayi tersebut melakukan sesuatu tingkah laku yang ganjarannya akan mendapat menyeronokkan atau menyenangkan, dia akan mengulangi tingkah laku itu lagi.

c) Empat hingga lapan bulan (reaksi sekular kedua)

Di tahap ini bayi mempunyai persediaan untuk membuat pandangan da n pemerhatian yang lebih. Kebanyakan tingkahlaku bayi dihasilkan daripada sesuatu proses pem belajaran. Bayi telah dapat melakukan tingkah laku baru seperti mengambil sesuat u barang lalu menggerakkannya. Di waktu ini, bayi boleh membuat tanggapan ten tang objek dalam tangannya. Contohnya, bayi itu sengaja memasukkan barang mainan ke dalam mulut dengan tujuan untuk mengeta hui atau mengenali barang tersebut.

d) Lapan hingga dua belas bulan ( reaksi kordinasi)

Ia dikatakan sebagai masa pengukuhan di mana keadaan yang wujud sebelumnya disesuaikan di antara satu sama lain. Pada tahap ini, perkembangan mental bayi sudah dapat dikatakan sebagai sebagai berada di tahap perkembangan daya kognitif dan kebolehan mental asas pada bayi. Bayi sudah mengetahui sebab akibat sesuatu keadaan berlaku. Contohnya, apabila menggoncangkan sesuatu alat mainan, ia akan berbunyi.e) Dua belas bulan hingga lapan belas bulan (reaksi sekular ketiga)

Pada ketika ini, penemuan makna baru melalui pengalaman yang dilalui oleh bayi berlaku secara aktif. hal ini, bayi memerlukan kecepatan untuk melahirkan keseluruhan rangkaian tingkah laku apabila berada di dalam sesuatu situasi baru. di tahap ini, bayi memperlihatkan kemajuan yang pesat berhubung dengan pemahaman sesuatu konsep dan telah mempunyai konsep yang kukuh tentang sesuatu objek. bayi juga mengalami proses cuba jaya tetapi dalam keadaan yang mudah. Contohnya, kanak-kanak ini akan mencuba pelbagai bunyi dan tingkah laku untuk mendapatkan perhatian.f) Lapan belas bulan hingga dua tahun (penggambaran pemikiran awal)

Berlakunya kombinasi mental di mana kanak-kanak mula mempunyai keupayaan untuk memahami aktiviti permainan dan fungsi simbolik. Pada ketika ini, kanak-kanak dapat mengatasi masalah kaedah cuba jaya dan dapat membezakan jenis-jenis tingkah laku peniruan yang diperhatikan. kanak-kanak juga telah mengetahui tentang peranan jantina dan fungsi individu dalam rumahtangga.

2.2.2Peringkat Pra Operasi(2 hingga 7 Tahun)Dalam peringkat ini, kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta symbol untuk mengambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun kanak-kanaktelah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasai, perkembangan kognitifnya kian menjadi pesat. Pemikiran kanak-kanak dalam peringkat ini adalah egosentrik.Mereka menganggap pengalamandan pandangan orang lain adalah serupa dengannya.Mereka percaya semua objek mempunyai jiwa, oleh itu mereka tidak boleh membezakan angan-angan dengan kenyataan. Mereka hanya boleh memikir secaratransdaktif, iaitu daripada contoh khusus kepada contoh contoh khusus sahaja. Namun demikian, mereka tidak boleh memikir secaradeduktif(daripada umum kepada contoh khusus) dan secarainduktif(daripada contoh khusus kepada umum). Pada akhir peringkat ini, mereka mula berupaya member sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri-ciri tertentu dan memahami konsep pengabadian bilangan.2.2.3Peringkat Operasi Konkrit(7 hingga 12 Tahun)Tahap ini bermula pada umur tujuh tahun atau lapan tahun hingga 11 atau 12 tahun.Kanak-kanak dapat memanipulasikan dan membentuk reprentasi mental secara dalaman. Mereka mempunyai pelbagai pemikiran dan memori tentang objek-objek yang konkrit seperti computer, perabot dan benda-benda maujud. Dalam eksperimen konservasi kuantiti yang dilakukan oleh Piaget, kanak-kanak dapat mengabadikan (conserve) dalam minda kuantiti dan memerhatikan perubahan dalam bentuk luaran objek atau benda-benda. Pada mulanya, kanak-kanak bergantung pada persepsi segera seperi rupa bentuk objek secara luaran. Dengan perlahan-lahan mereka membentuk peraturan dan skema dalaman tentang apa dan bagaimana sesuatu perkara berlaku.Seterusnya, menggunakan skema dalaman untuk member panduan tentang penaakul daripa bentuk luaran sahaja. Kanak-kanak di tahap operasi konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit ini dapat memanipulasi representasi dalaman objek-objek yang konkrit untuk mengenal pasti kuantiti-kuantiti yang terkandung di dalamnya. Seterusnya, implikasi logikal dapat menyedarkan kanak-kanak tentang objek-objek yang disentuh. Menurut Piaget, tahap terakhir dalam perkembangan kognitif adalah meneliti dan mengsplikasi prinsip-prinsip yang sama kepada konsep-konsep abstrak.

2.2.4Peringkat Operasi Formal(selepas 12 Tahun)Tahap operasi formal bermula umur 11 atau 12 tahun dan seterusnya melibatkanoperasi mental pada yang abstrak dan symbol yang mungkin tidak mempunyai bentuk fizikal dan konkrit.Dalam pada itu, kanak-kanak mula memahami perkara-perkara yang mungkin mereka tidak terlibat dan alami secara langsung. Lebih daripada itu, mereka dapat membentuk dan mencari untuk mewujudkan representasi mental pada situasi yang dihadapinya dengan logic. Justeru, teori perkembangan kognitif adalah berasaskan tahap demi tahap. Bagi Piaget, tahap-tahap ini berlaku pada usia yang sama bagi kanak-kanak. Setiap tahap memasuki tahp baru, kanak-kanak memikirkan cara-cara dan ciri-ciri yang dikenal pasti dalam tahap berkenaan dengan nyata dan berkesan. Dalam peringkat, remaja telah boleh memikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh memikir secara deduktif atau induktif dan menggunakannya untuk membuktikan teori atau hukum matematik.2.3Empat Tahap Perkembangan Kognitif PiagetTahapTempoh

Sensori MotorSejak lahir hingga 2 tahun

Praoperasi2 hingga 7 tahun

Operasi Konkrit7 hingga 12 tahun

Operasi Formal11 tahun hingga zaman remaja

Jadual Empat tahap Perkembangan Kognitif Piaget

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF DALAM PROSESPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.Secara umumnya, teori pembelajaran kognitif merupakan satu teori yang sangat pentingdalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, ia juga satu cara pembelajaran yang menggunakan pengalaman sedia ada untuk memikirkan cara penyelesaian masalah yang dihadapi.Teori pembelajaran kognitif ini sangat menitikberatkan bahawa pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada pada murid-murid untuk proses pembelajaran. Dengan adanya teori pembelajaran kognitif ini ia secara langsung memberikan implikasi-implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak atau pun murid-murid. Implikasi teori pembelajaran kognitif yang pertama kepada proses pembelajaran murid-murid iaiah merangsang ingatan kanak-kanak semula.Dalam pembelajaran kognitif ia lebih kepada menggunakan pengalaman yang sedia bagi membantu dalam proses pembelajaran. Oleh yang demikian, pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak semula. Contohnya, ketika kanak-kanak tersebut beradadi alam persekolahan mereka akan melalui pembelajaran yang memerlukan pengalaman atau pun pengetahuan yang sedia ada. Seperti kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan pengetahuan ada ketika di prasekolah dahulu, tentu situasi ini tidak akan menyukarkan bagi kanak-kanak tersebut.Selain itu, implikasi teori pembelajaran kognitif yang seterusnya dalam proses pengajarandan pembelajaran murid-murid iaiah membantu murid-murid mengingat semula. Olehkerana pembelajaran kognitif ini menekankan kepada perubahan-perubahan yang berlakudalam cara manusia berfikir dari peringkat bayi sehingga ia dewasa. Jean Piaget memandang kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif yang berkelakuan seperti saintismuda dan akan memperkembangkan teori mereka masing-masing. Dalam bilik darjah,murid-murid akan belajar sesuatu mengikut tahap atau pun tingkat umur mereka. Selainitu, ia juga bergantung kepada bagaimana kanak-kanak tersebut memperolehi pengetahuan mereka. Contohnya, kanak-kanak tadika memperolehi pengetahuan melalui persepsi mereka sendiri berkaitan dengan dunia. Dengan itu, apabila kanak-kanak tersebut melalui zaman persekolahan ia akan membantu murid-murid semula tentang apayang mereka telah pelajari selama ini terutama sekali pengetahuan yang mereka miliki ketika di prasekolah.Di samping itu, implikasi pembelajaran kognitif yang lain iaiah isi-isi pelajaranhendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Mengikut pendapatJean Piaget dalam teori pembelajaran kognitif, beliau telah mengelaskan kepada empat tahap perkembangan kognitif Piaget iaitu sensori motor( sejak lahir hingga 2 tahun), praoperasi( 2 hingga 7 tahun), operasi konkrit( 7 hingga 11 tahun) dan operasi formal( 11tahun hingga remaja). Oleh yang demikian, isi pelajaran yang di sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mestilah mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.Hal ini demikian kerana, pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut umur atau pun tahap masing-masing. Di sini, guru haruslah menyampaikan dan menyusun isi-isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak. Contohnya,di prasekolah ia lebih kepada bermain sambil belajar serta cenderung kepada pengetahuan asas tentang kemahiran 3M dengan itu guru hendaklah mengajar murid-murid tersebut mengikut peringkat perkembangan mereka dan bukannya mengajar mereka dengan menggunakan sukatan pelajaran sekolah rendah.

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

1.1 DEFINISI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISMEApakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran konstruktivisme? Istilah konstruktivisme ini merujuk kepada idea bahawa pelajar membina pengetahuan untuk diri mereka sendiri. Setiap pelajar secara individu(dan sosial) membina makna contoh seperti dia belajar membina makna bagi sesuatu pembelajaran. Konstruktivisme juga berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik. Ia berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seorang individu. Dalam erti kata lain, apa yang dilalui dalam kehidupan seorang individu merupakan himpunan kesemua pengalaman yang dialami oleh manusia. Seseorang individu akan membina atau konstruk ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan bukan menguasainya daripada orang lain semasa proses ini.

Rajah 1.1.1 : Murid membina pengetahuan sendiriPembinaan ilmu adalah satu proses semulajadi. Menurut penyokong konstruktivis, apabila manusia berhadapan dengan sesuatu yang tidak diketahui, mereka ingin memahaminya. Naluri mereka akan mengaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada supaya ia menjadi satu informasi yang bermakna (Jonassen, 1996;Jones et al, 1993). Jean Piaget, Jerome Bruner, Lev Vygotsky, John Dewey dan Seymour Papert adalah antara tokoh-tokoh mazhab konstruktivisme terdiri daripada ahli-ahli psikologi dan pakar pendidikan. Menurut teori konstuktivisme, pengetahuan adalah produk minda yang dibina (konstruk) dengan pengalaman dan input baru yang diterima melalui deria-deria sebagai hasil persepsi. Murid-murid akan membina makna bagi setiap fenomena di sekelilingnya melalui refleksi. Mereka akan menjana peraturan dan panduan mental sendiri agar memahami dunia sekeliling seperti dalam rumah, sekolah dan komuniti hidup seharian. Dengan itu, pembelajaran mereka dipengaruhi oleh cara sesuatu topik dipersembahkan oleh guru-guru dan kualiti pengalaman yang ada pada murid-murid.1.2 PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISMETerdapat beberapa prinsip pemikiran konstruktivis yang kita mesti ingat apabila kita mempertimbangkan peranan kita sebagai pendidik. Kesemua idea berikut adalah berdasarkan pada kepercayaan bahawa pembelajaran terdiri seseorang individu itu sendiri membina makna dan kemudiannya bagaimana mereka mempengaruhi pengetahuan sedia ada masing-masing.

Rajah 1.2.1 : Kanak-kanak menggunakan deria sentuhanPrinsip yang pertama, pembelajaran adalah satu proses yang aktif di mana pelajar menggunakan input deria dan membina makna daripadanya. Rumusan yang lebih tradisional idea ini melibatkan istilah pelajar yang aktif (istilah Dewey) menekankan bahawa pelajar perlu melakukan sesuatu; di mana pembelajaran bukanlah penerimaan pasif pengetahuan, ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.. Kedua, manusia belajar cara belajar kerana mereka belajar, dimana pembelajaran terdiri membina makna dan membina sistem makna. Sebagai contoh, jika kita belajar mengenalpasti sela masa dalam jadual waktu dalam mata pelajaran matematik, kita akan belajar makna jadual dalam masa yang sama. Setiap makna kita membina membuatkan kita lebih berupaya untuk memberi makna bagi sensasi lain yang boleh dimuatkan dalam corak yang sama.

Rajah 1.2.2 : Aktiviti hands-on Selain itu, peranan tindakan yang sangat penting dalam membina makna adalah mental: ia berlaku dalam minda. Tindakan fizikal, pengalaman secara hands-on sangat diperlukan untuk pembelajaran, terutamanya bagi kanak-kanak. Bagi mengukuhkan lagi pembelajaran, kita juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan minda serta fizikal (Dewey menyebut aktiviti ini sebagai reflektif). Seterusnya, pembelajaran melibatkan bahasa, bahasa yang kita gunakan mempengaruhi pembelajaran. Pada peringkat empirik, penyelidik telah mendapati bahawa individu bercakap kepada diri mereka semasa belajar. Pada peringkat yang lebih umum, Vigotsky menegaskan bahawa bahasa dan pembelajaran adalah berkait saling berkaitan. Perkara ini jelas ditekankan dalam merujuk kepada keperluan untuk menghormati bahasa ibunda. Bahasa ibunda haruslah sebagai bahasa pengantar utama bagi memudahkan proses pembelajaran. Prinsip yang kelima pula menyatakan pembelajaran adalah aktiviti sosial, dimana pembelajaran kita berkaitrapat hubungan kita dengan manusia yang lain, guru-guru, rakan-rakan, keluarga serta kenalan kasual. Kita lebih cenderung untuk berjaya dalam usaha kami untuk mendidik jika kita mengiktiraf prinsip ini dan bukannya cuba untuk mengelakkan ia. Kebanyakan pendidikan tradisional, seperti yang ditegaskan Dewey, lebih terarah kepada mengasingkan pelajar semua daripada interaksi sosial, dan ke arah melihat pendidikan sebagai satu-satu hubungan antara pelajar dan bahan objektif yang perlu dipelajari. Sebaliknya, pendidikan progresif (untuk terus menggunakan formulasi Dewey) mengiktiraf aspek sosial pembelajaran dan menggunakan perbualan, interaksi dengan orang lain, dan aplikasi pengetahuan sebagai aspek penting pembelajaran. Pembelajaran juga adalah kontekstual, bermaksud kita belajar dalam hubungan apa lagi yang kita tahu, apa yang kita percaya, prasangka kita dan kebimbangan kita. Ia menjadi jelas bahawa ini sebenarnya adalah akibat dari idea bahawa pembelajaran adalah aktif dan sosial. Kita tidak boleh mengelakan suatu pembelajaran dari kehidupan harian. Selain itu, pengetahuan juga diperlukan untuk seseorang itu belajar. Adalah sesuatu yang tidak mungkin untuk sesorang itu mengasimilasikan pengetahuan baru tanpa mempunyai beberapa struktur yang dikembangkan dari pengetahuan sebelumnya untuk dibina. Lebih banyak kita tahu, lebih banyak kita boleh belajar. Oleh itu, sebarang usaha untuk mengajar mesti dihubungkan dengan keadaan pelajar, mesti diwujudkan laluan ke arah subjek bagi pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada. Prinsip yang kelapan pula adalah mempelajari sesuatu perkara memerlukan masa, pembelajaran bukanlah terbina secara serta-merta. Untuk pembelajaran yang signifikan, kita perlu melewati semula idea, cuba untuk bermain dengan idea-idea bagi menyesuaikan dengan pengajaran dan menggunakan idea-idea. Ini tidak boleh berlaku dalam 5-10 minit . Jika anda memikirkan tentang apa yang anda telah belajar, anda akan menyedari bahawa ia adalah hasil dari sesuatu pengulangan pendedahan dan pemikiran. Prinsip yang terakhir pula menegaskan bahawa motivasi adalah satu komponen penting dalam pembelajaran. Bukan sahaja membantu pembelajaran, motivasi juga adalah penting untuk pembelajaran. Idea motivasi ini diilhamkan untuk merangkumi pemahaman cara di mana pengetahuan yang boleh digunakan. Melainkan kita tahu "sebab mengapa", kita tidak boleh sangat terlibat dalam menggunakan pengetahuan yang boleh diterapkan dalam diri kita. Walaupun dengan pengajaran paling teruk dan langsung. 1.3 CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISMECiri paling penting pembelajaran konstruktivisme ialah murid-murid bertanggungjawab ke atas pembelajarannya.Guru-guru mesti sedar tentang corak mental pelajar yang membantu mereka mengerti dunia dan membuat andaian-andaian untuk menyokong pemikiran mereka. Dalam teori konstruktivisme, pembelajaran bukan merupakan satu proses penghafalan maklumat di mana jawapan betul diberikann oleh guru-guru. Justeru itu, pembelajaran mesti bermula dengan isu-isu yang berkait rapat dengan minat dan naluri ingin tahu murid-murid.Pemahaman sesuatu topic pembelajaran harus dibuat secara menyeluruh dan sebagai kaitan di antara bahagia-bahagian yang kecil.Jusyeru itu, pembelajaran berpusatkan kepada penguasaan konsep-konsep asas. Guru-guru juga harus mendorong proses pembelajaran murid-murid dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka yang sering mengadakan perbincangan kumpulan di kalangan murid-murid. Teori konstruktivis tidak menggalakkan pernilaian sumatif yang berpusat ; sebaliknya, penilaian harus formatif dan berterusan dan dijalankan serentak dengan proses pembinaan dan penguasaan ilmu. Oleh yang demikian, penggubal kukirikulum konstraktivis perlu menggalakkan pembinaan kurikulum yang dinamik dan berubah-berubah berdasarkan pengetahuan sedia ada individu serta penyelesaian masalah secara praktikal.1.4 PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME MENURUT TOKOH-TOKOH UTAMAJean Piaget menyatakan pembentukan struktur mental melalui skema, asimilasi dan akomodasi. Konsep dasar organisasi dan adaptasi proses intelek mengikut ke Piaget, iaitu: skema yang dilihat dilihat sebagai sekumpulan konsep, asimilasi pula merupakan peristiwa padanan maklumat baru dengan maklumat lama yang telah berlaku terhadap seseorang dan sementara itu akomodasi adalah sesuatu yang berlaku apabila maklumat baru dan maklumat lama kembali tidak sepadan kemudian dibandingkan dan diselaraskan dengan maklumat lama. Keseimbangan akan dicapai apabila pelajar mengiktiraf maklumat baru. Menurut Jerome Bruner, pembelajaran melalui penemuan ; pembentukan konsep. Pembelajaran secaraa penemuan adalah berasaskan penyelidikan, teori pembelajaran konstruktivis yang berlaku dalam menyelesaikan masalah situasi di mana pelajar menggunakan pengalaman yang sedia dan pengetahuan sedia ada untuk mengetahui fakta dan hubungan dan kebenaran baru yang perlu dipelajari.

Rajah 1.4.1 : Kanak-kanak meneroka

Pelajar berinteraksi dengan dunia dengan meneroka dan memanipulasi objek, bergelut dengan soalan dan kontroversi, atau melaksanakan eksperimen. Hasilnya, pelajar mungkin lebih cenderung untuk mengingati konsep dan pengetahuan yang ditemui pada mereka sendiri (dalam berbeza dengan model penghapusan). Model yang berdasarkan model pembelajaran penemuan termasuk: penemuan berpandu, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan simulasi, pembelajaran berasaskan kes, pembelajaran sampingan, antara lain. Seterusnya, Lev Vygotsky mengilhamkan bahawa Zon Perkembangan Proksimal berkaitan dengan pendekatan sosio-budaya. Pembinaan pengetahuan dipengaruhi oleh lingkungan sosial di sekitarnya. Pengetahuan, sikap, pemikiran, sistem nilai yang dimilki pelajar akan berkembang melalui proses interaksi. Konsep penting dalam teori Vygosky iaitu Zone of Proximal Development (ZPD) dan Scaffolding.

Rajah 1.4.2 : Teori Vygotsky : Zon Perkembangan ProksimalZPD adalah jarak antara perkembangan sebenar dengan peringkat perkembangan yang berpotensi di mana pelajar mampu mengkonstruksikan pengetahuan di bawah bimbingan orang dewasa. Sementara Scaffolding Scaffolding merupakan pemberian sejumlah bantuan kepada pelajar pada tahap-tahap awal pembelajaran, kemudian mengurangi bantuan dan memberikan pelajar kesempatan untuk mengambil alih tanggungjawab yang semakin besar setelah ia dapat melakukannya (Slavin, 1997). Scaffolding merupakan bantuan yang diberikan kepada pelajar untuk belajar dan memecahkan masalah. Bantuan tersebut dapat berupa petunjuk, dorongan, peringatan, menguraikan masalah ke dalam langkah-langkah pemecahan, memberikan contoh, dan tindakan-tindakan lain yang memungkinkan pelajar itu belajar berdikari. Kostrukstivisme sosial Vygosky meyakini bahawa interaksi sosial, unsur budaya, dan aktiviti-aktiviti yang membentuk pembangunan dan pembelajaran individu. Vygosky menekankan bahawa semua mental peringkat tinggi seperti berfikir dan menyelesaikan masalah didorongi dengan alat-alat psikologi seperti bahasa, lambang dan simbol. Vygosky dalam penelitiannya membezakan dua macam konsep iaitu konsep spontan dan konsep saintifik. Konsep spontan diperolehi dari pengetahuan harian, sedangkan konsep saintifik diperolehi dari pengetahuan dan pembelajaran yang diperoleh dari sekolah. konsep ini saling berhungan antara satu dengan yang lain. Tokoh lain iaitu John Dewey menegaskan bahawa pendidikan progresif adalah pembelajaran melalui pengalaman. Dalam teori beliau, pembelajaran terhasil daripada refleksi mengenai pengalaman seseorang, semasa berusaha untuk membuat sesuatu. Seseorang boleh terus menghidu bau, rasa, dan sebagainya, dan mempunyai reaksi mendalam (contohnya, bahaya), tetapi kita juga berhadapan dengan situasi yang mencabar, hairan, atau keliru. Melalui pertemuan individu dengan dunia dan refleksi kepada pengalaman ini, pemahaman terkini individu di dunia ini berubah supaya perkara baru itu menjadi lebih jelas. Pemahaman kita menjadi lebih luas dan lebih tersusun, membantu kita untuk mendapatkan makna yang lebih kukuh. Dewey percaya bahawa manusia mempunyai aliran intelektual, yang berkembang apabila dicabar oleh masalah atau dilema. Peranan pendidikan bukanlah untuk memenuhi sepenuhnya kecenderungan pelajar dan tidak cuba untuk memaksa kanak-kanak mengikuti kurikulum tersedia yang tidak mengambil kira mengenai pelajar. Dewey melihat minda kanak-kanak sebagai fleksibel, luas, dan tidak terbentuk.

Rajah 1.4.3 : Pengunaan peralatan sainsPersekitaran pembelajaran mewah yang dicadangkan oleh Dewey harus menyediakan mencukupi "masa, bercakap, dan alat." Pelajar dicabar melalui pertanyaan, perbincangan, cadangan, dan galakan daripada ibu bapa, guru, dan rakan-rakan. Alat, seperti mikroskop dan teknik penyelidikan yang digunakan oleh saintis, atau instrumen muzik dan notasi yang digunakan oleh komposer dan pemuzik, boleh membuat pertanyaan dan penyiasatan pelajar di dunia bahkan lebih menarik dan berkuasa.

Rajah 1.4.4 : Penggunaan komputer dalam pengajaran

Penggunaan teknologi untuk membina dan menghasilkan idea-idea baru merupakan idea dari tokoh bernama Seymour Papert. Pengajaran berasaskan komputer untuk kanak-kanak telah membawa kepada penggunaan meluas komputer dan teknologi maklumat dalam persekitaran konstruktivis.

1.5 IMPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM BILIK DARJAHPrinsip yang paling penting adalah bahawa guru-guru tidak memberikan pengetahuan kepada murid-murid.Sebaliknya, murid-murid mesti membangunkan ilmu pengetahuan secara sendiri dalam struktur mental mereka. Ini bermakna, murid-murid harus berusaha sendiri dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut.

Rajah 1.5.1 : Membina makna dan berinteraksi Pembinaan ilmu pengetahuan kendiri, iaitu membina makna daripada pengalaman dan interaksi sosial serta persekitaran. Secara aktif, murid-murid membina maklumat berasaskan pengalaman yang sedia ada; apa yang telah dipelajari oleh mereka sebelum proses ini adalah penting. Pembinaan maklumat dibuat secara membanding maklumat lama dan baru; ia melibatkan pengubahsuaian kefahaman konsep-konsep lama dan baru berasaskan kepercayaan individu.

Rajah 1.5.2 : Penyediaan bahan bantu mengajar matematik Seterusnya, bahan bantu pengajaran yang digunakan oleh guru-guru harus menunjukkan perkaitan dengan pengalaman sedia ada murid-murid. Persembahan pengajaran mesti menarik dan pelbagai untuk menarik minat murid-murid agar mereka cepat menguasai ilmu baru. Murid-murid mengambil kesempatan untuk menerapkan idea-idea baru berasaskan pemahaman kendiri daripada bahan-bahan bantu pengajaran. Selain itu, murid-murid perlu menggunakan minda mereka secara aktif untuk membandingkan maklumat-maklumat baru dengan pengalaman sedia ada mereka dan untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru ini. Akhir sekali, penaakulan dan penggunaan logik di aplikasikan secara aktif. Apabila seorang murid menyedari bahawa ilmu atau maklumat yang ada padanya tidak konsisten atau serasi dengan penerangan baru, ia akan bermotivasi untuk membetulkan ketidakseimbangan pada dirinya. Murid tersebut akan berusaha menerima informasi baru dan menganalisinya sebelum menerima atau menolaknya.

1.7 KELEMAHAN TEORI KONSTRUKTIVISTerdapat beberapa kelemahan teori pembelajaran konstruktivis ini. Kelemahan yang pertama, pelajar mengkonstruksi pengetahuannya sendiri, kemungkinan bahawa hasil pembinaan pelajar tidak sesuai dengan hasil pembinaan sesuai dengan kaedah ilmu pengetahuan sehingga menyebabkan salah faham. Konstruktivisme menerapkan agar pelajar membina pengetahuannya sendiri, hal ini pasti memerlukan masa yang lama dan setiap pelajar memerlukan layanan dan keperluan yang berbeza-beza. Pelajar pintar akan dapat mengikuti plajaran, sementara pelajar lemah mungkin akan terus ketinggalan. Situasi dan keadaan setiap sekolah tidak sama, kerana tidak semua sekolah mempunyai kemudahan infrastruktur yang dapat membantu keaktifan dan kreativiti pelajar. Kelebihan kepada sekolah bandar berbanding luar bandar, mungkin wujud jurang perbezaan dari segi pencapaian murid. Walaupun guru hanya menjadi motivasi dan penunjuk hala tuju proses belajar, tetapi guuru juga mempunyai kelakuan yang elegan dan arif sebagai semangat pendorong bagi kanak-kanak sehingga diperlukan pengajaran menerapkan nilai-nilai kemanusiaan